The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN OLEH: TAN LEE FEI 21D

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leefei8801, 2022-09-03 09:24:29

TUGASAN 1- PENGURUSAN GRAFIK

DISEDIAKAN OLEH: TAN LEE FEI 21D

abadpbekiCmeli-ibkr2eid-l1aac(jirarPjairAahnK 21)

TAN LEE FEI 21D

Pengenalan

Dalam era perubahan arus globalisasi yang pantas dan
mencabar, ia menjadi jelas bahawa keperluan bilik darjah
pada abad ke-21 adalah sangat berbeza berbanding pada
zaman dahulu. Maka, sistem pendidikan perlulah sentiasa
seimbang dengan perkembangan zaman yang serba maju
dan mencabar (Zakaria et al., 2011). Misalnya, bilik darjah
pada abad ke-21 lebih berpusatkan murid dan tidak lagi
berpusatkan guru. Dengan kata lain, guru hanya sebagai
pembimbing dan pemudahcara kepada murid semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan
perubahan yang sebegini, guru pula dilihat sebagai
peranan yang amat penting untuk mengurus bilik darjah
supaya boleh memastikan keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan dapat membawa kesan-kesan positif
kepada murid.

Struktur Susun atur tempat duduk PAK 21

Susunan meja disusun Susunan ini adalah
secara teratur iaitu fleksibel bagi murid
empat orang dalam satu bergerak dan ruang
kumpulan dan jumlah untuk menjalankan
pelajar dalam satu kelas aktiviti berkumpulan
adalah sebanyak 28
orang.

juga tersedia.

Meja guru terletak di Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan
paling depan juga Malaysia 2013-2015
memudahkan guru
untuk memantau
keseluruhan murid di
dalam kelas.

SUSUN ATUR Kenapa pilih susun atur ini?
TEMPAT DUDUK PAK 21
Menurut Marland (1975) yang berpendapat
Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bahawa persekitaran fizikal bilik darjah
2013-2015 yang kondusif dapat menghasilkan
pembelajaran yang efektif.
Oleh itu, saya telah memilih susun atur
tempat duduk tersebut kerana ia amat
sesuai bagi pembelajaran abad ke-21.
Buktinya, mereka telah dibahagikan
kepada 7 kumpulan yang kecil yang tidak
terlalu padat dan membolehkan mereka
berasa selesa semasa belajar.
Selain itu, susun atur tersebut juga telah
memudahkan strategi pengajaran abad
ke-21 iaitu mereka diberi ruang yang cukup
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti PAK 21.
Pendek kata, ia telah memenuhi kehendak
6K yang disenaraikan dalam Panduan
Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21 (2017).

Bagaimana konsep 6K Komunikasi Murid-murid yang duduk secara berkumpulan dapat
diterap? belajar untuk mendengar dan memberi pandangan
terhadap rakan lain.
Justifikasi Lama-kelamaan, mereka akan dapat memahami cara
menyesuaikan mesej dengan teknik tertentu serta
berasa yakin untuk mengemukakan pendapat diri
secara jelas dan ringkas.

Kolaboratif

Selain itu, mereka juga akan menimbulkan perasaan
menghargai sumbangan dan idea daripada rakan lain
serta bersikap tolak ansur semasa menjalankan aktiviti.
Misalnya, apabila murid diberi aktiviti berkumpulan,
murid dari pelbagai kebolehan dapat saling membantu
dan mempunyai tanggungjawab bersama untuk
mencapai matlamat yang seiring.

Bagaimana konsep 6K Pemikiran kritis Selanjutnya, dengan kedudukan itu, hal ini juga telah
diterap? & memudahkan guru untuk melaksanakan aktiviti seperti
gallery walk kerana terdapat ruang yang besar untuk
Justifikasi Kreativiti menunjukkan hasil kerja masing-masing.
Secara tidak langsung, murid juga dapat berfikir secara
kritis dan terbuka untuk meneroka sesuatu ilmu dan

mereka juga dapat membuat sesuatu keputusan
berdasarkan bukti yang kukuh.
Sehubungan dengan itu, setelah pemikiran dapat
dibina, mereka juga berani untuk mencuba sesuatu
yang baharu dengan meletakkan idea sendiri dan tidak
lagi berasa bimbang.

Bagaimana konsep 6K Karakter
diterap?
Di samping itu, susun atur bilik darjah yang efektif juga
Justifikasi dapat membentuk karakter murid yang berjati tinggi.
Hal ini lantaran, melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang
oleh guru dapatlah murid diterapkan nilai yang
bersesuaian dengan sesi PdP pada hari tertentu.

Kewarganegaraan

Bukan itu sahaja, guru juga perlu bijak merancang
kedudukan murid seperti mencampur murid-murid yang
berlainan bangsa dalam satu kumpulan.
Hal ini membolehkan mereka supaya lebih mengenali
dan memahami keistimewaan budaya yang wujud di
negara kita sehingga boleh menanam jiwa cinta akan
negara dalam naluri diri.

2. Peranan guru sebagai pemangkin kreativiti bagi
mengurus persekitaran pembelajaran kondusif

Seseorang guru boleh memanfaatkan Seterusnya, guru juga boleh
multimedia untuk dijadikan bahan bantu mempelbagaikan aktiviti PAK 21 yang dapat
mengajar. Sebagai contoh, guru boleh merangsang pemikiran murid supaya boleh
menggunakan aplikasi digital untuk menjadi lebih kreatif. Misalnya, guru boleh
menghasilkan bahan pengajaran yang menggunakan ruang bilik darjah untuk
interaktif dan dapat menarik perhatian menjalankan aktiviti seperti Peta i-Think,
mereka untuk belajar. Antara aplikasi Round Table, Hot Seat, Stay Stray yang
digital yang sesuai digunakan ialah sebagainya. Guru yang kreatif perlu sentiasa
Power point, Prezi, Kahoot, Canva, Google memperbaharui aktiviti yang dijalankan
Classroom dan sebagainya. semasa sesi PdP supaya keminatan murid
untuk belajar boleh semakin meningkat.

2. Peranan guru sebagai pemangkin kreativiti bagi
mengurus persekitaran pembelajaran kondusif

Sehubungan dengan itu, guru juga boleh Di samping itu, selain daripada bahan
menggunakan bantuan teknologi untuk
menghasilkan bahan interaktif iaitu teknologi, teknik pengajaran guru juga dilihat
bahan yang boleh menggalakkan
penglibatan semua murid. Tamsilannya, penting kerana teknik pengajaran akan
guru boleh menggunakan aplikasi
seperti Wordwall dan Quizizz untuk memberi kesan yang paling besar terhadap
menghasilkan permainan atas talian
yang boleh berinteraksi dengan murid murid. Justeru, guru hendaklah memilih
supaya belajar dengan lebih berkesan.
teknik-teknik pengajaran yang
(Thulasimani Munohsamy, 2014)
menyeronokkan seperti teknik didik hibur

yang membolehkan murid berasa gembira

dan semangat semasa belajar (Chung, 2018).

Selain itu, guru juga perlu sentiasa bergerak ke

meja murid dan bukan sahaja berdiri di

hadapan untuk mengajar untuk memastikan

objektif pengajaran boleh tercapai.

3.Peranan guru dalam membina hubungan yang positif di dalam
bilik darjah perdana dan pendidikan inklusif

Pendidikan perdana Pendidikan inklusif

1.Guru perlu mengetahui perbezaan 1.Guru perlu menerima kepelbagaian murid
individu dalam kalangan pelajar dari segi dan tidak boleh membanding bezakan
latar belakang, sosio-ekonomi, tahap antara murid biasa dan murid inklusif.
pendidikan ibu bapa dan sebagainya. Sebagai guru, kita perlu sentiasa
Dengan itu, guru boleh lebih memahami menunjukkan minat untuk membantu
kegemaran muridnya dan hubungan perkembangan mereka tidak kira dari segi
antara guru dan murid juga lebih rapat. akademik ataupun dalam perkara biasa.

3.Peranan guru dalam membina hubungan yang positif di dalam
bilik darjah perdana dan pendidikan inklusif

Pendidikan perdana Pendidikan inklusif

2. Guru boleh memberi ganjaran sebagai 2. Guru boleh bertindak sebagai kawan murid
tanda penghargaan kepada murid. supaya mereka boleh berasa selesa dan boleh
Contohnya, guru boleh sentiasa memuji berkongsi perkara kegembiraan ataupun
kepada murid yang telah melakukan satu meluahkan masalah sendiri kepada guru (Syed
tugasan dengan baik ataupun mengamalkan Ismail Syed Mustapa et al., 2021). Apabila
tingkah laku yang baik supaya mereka berasa murid berasa yakin dan percaya kepada guru,
diri dihargai. Di sebaliknya, guru haruslah motivasi mereka juga akan turut ditingkatkan.
memberi teguran yang sewajarnya apabila Namun, batasan hubungan antara guru dan
murid berlaku kesalahan tetapi bukan murid tetap perlu wujud.
memberi hukuman yang besar.

3.Peranan guru dalam membina hubungan yang positif di dalam
bilik darjah perdana dan pendidikan inklusif

Pendidikan perdana Seterusnya, bagi murid dalam pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif pula, cara pengaturan juga adalah sama dengan
Dari segi kedudukan pula, guru boleh pendidikan perdana tetapi dengan tujuan yang
mengatur kedudukan dengan berbeza.
mencampurkan murid pandai dan Dengan mencampurkan murid yang berpendidikan
murid lemah bersama-sama. khas dengan murid biasa akan membolehkan murid
Dengan itu, murid pandai juga dapat yang berpendidikan khas tidak rasa diri dipinggir
membantu murid lemah jika mereka oleh kawan lain dan mereka juga boleh banyak
menemui sebarang masalah. berkomunikasi dengan kawan sebelah serta tidak
lagi bersifat malu.
Bagi murid yang pendidikan inklusif juga
dicadangkan untuk duduk di kawasan depan yang
menghampiri guru supaya guru lebih senang
memerhati keadaan mereka semasa belajar.

Rumusan

Kesimpulannya, dalam konteks pembelajaran abad ke-21,
guru merupakan salah satu watak penting dalam menguruskan
persekitaran bilik darjah yang kondusif. Ia telah mengandungi
cara seseorang guru untuk merancang susun atur tempat duduk,
kreativiti guru dalam merancangan pengajaran dan
pembelajaran dan sebagainya. Semua aspek ini perlu diambil kira
oleh guru supaya dapat melancarkan sesuatu proses
pembelajaran. Berbalik kepada topik susun atur tempat duduk
abad ke-21, ia perlulah disusun dengan logik supaya dapat
memudahkan guru untuk melaksanakan startegi pembelajaran
yang diinginkan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, ciri-ciri
pembelajaran abad ke-21 yang boleh disimpulkan ialah
pengajaran berpusatkan murid, penerapan konsep 6K,
persekitaran yang kondusif, guru sebagai pembimbing dan
penggunaan bahan multimedia.

Rujukan

Chung, M. H. C, Norazah Mohd Nordin, Jamaludin Badusah. (2018). Penggunaan kaedah didik hibur melalui permainan interaktif
dalam pembelajaran Bahasa Melayu, 1-8. https://docplayer.info/120449475-Penggunaan-kaedah-didik-hibur-melalui-
permainan-interaktif-dalam-pembelajaran-bahasa-melayu.html

Marland, M. (1975). The craft of the classroom: A survival guide to classroom management in the secondary school. Heinemann
Educational.

Panduan pelaksanaan pendidikan abad ke-21. (2017). Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2015). Buletin Anjakan: Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia, 4, 1-4.
https://skks2024.files.wordpress.com/2016/12/pembelajaran-abad-ke-21.pdf

Syed Ismail Syed Mustapa, Chin, M. K., Ahmad Subki Miskon & Noor Fitriyati Abdul Samad. (2021). Pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Pustaka Nadwa Sdn. Bhd.

Thulasimani Munohsamy. (2014). Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Journal IPA, 23.
https://www.researchgate.net/publication/279197893_Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_dalam_Pendidikan

Zakaria, Wan Zulkhairi, Hamzah, Rohana & Udin. (2011). Kritikan dan perbandingan falsafah pendidikan di dalam pendidikan
teknik dan vokasional (PTV), 1, 287-300. http://eprints.utm.my/id/eprint/17075/


Click to View FlipBook Version