7.30 Pagi : Pendaftaran 8.00 Pagi : Ucapan Pembukaan : Bacaan Doa (Adik Muhammad Asnawi Syahmi Bin Mohd Faizal) : Bacaan Alquran Oleh Pelajar-Pelajar Tahun 4 : Ucapan Aluan Guru Besar Srisaf : (Ustazah Nor Hayati Binti Omar) : Ucapan Pengerusi Srisaf : (Ustaz Azizon Bin Noordin) : Ucapan Perasmian Dari Tetamu Jemputan : Tayangan Video ''Lensa SRISAF'' : Persembahan Selawat Dari Pelajar Srisaf 9.00 Pagi : Sesi Bergambar Bersama Vip : Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Dan Mata Pelajaran Terbaik Sesi 2023 : Penyampaian Anugerah Tokoh Murid : Penyerahan Slip Upkk 2023 11.00 Pagi : Bersurai : Jamuan Raya Maf Tentatif 1
Bismillahirrahmanirrahim…. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Terima kasih Pengacara Majlis, Yang Berbahagia Encik Ahmad Darul Akmal bin Mohamed Ali , Penolong Pengarah Kanan Unit Pengurusan Kafa Dan Pendaftaran Sekolah Bahagian Pendidikan (JHEAIPP), yang dihormati Encik Mohd Azizon Bin Noordin, Pengerusi Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim (SRISAF). Yang dikasihi, Barisan Jemaah pengurusan, guru-guru Penolong Kanan serta Guru-guru SRISAF. Yang diraikan pelajar-pelajar penerima anugerah, seterusnya yang dimuliakan ibu bapa serta para hadirin sekalian. Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada pagi yang penuh bermakna ini kita dapat berkumpul bersama-sama bagi memberikan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah memperoleh tahap pencapaian yang cemerlang sepanjang tahun 2023. Di samping itu juga, majlis pada pagi ini turut meraikan majlis Graduasi Tahun 5 dalam peperiksaan UPKK. Sesungguhnya majlis indah yang telah disusun atur oleh pihak pengurusan sekolah ini merupakan satu agenda pendidikan yang bertujuan untuk menghargai kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh para pelajar kita. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur seterusnya mencapai matlamatnya. Kita sedar bahawa majlis seumpama ini perlu dilaksanakan untuk memberi penghargaan ke atas kejayaan anak-anak. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran tuan puan. Saya percaya kerjasama yang padu serta sokongan yang berterusan daripada ibu bapa akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan. Sekapur Sireh 2
Sekapur Sireh 3 Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Sepertimana yang kita sedia maklum, keputusan UPKK 2023 telah pun diumumkan pada 18 APRIL 2024 yang lalu. Alhamdulillah SRISAF telah berjaya mendapat keputusan yang membanggakan iaitu bilangan 8A telah meningkat seramai 53 orang pelajar berbanding 42 orang pada tahun 2022, 7A seramai 19 orang pelajar, 6A seramai 16 orang Pelajar, 5A seramai 10 orang pelajar manakala selebihnya mendapat 4A,3A dan 2A. Untuk pengetahuan tuan/puan pelajar-pelajar ini merupakan kumpulan kedua yang menduduki peperiksaan UPKK. Tahniah diucapkan kepada semua. Sekalung tahniah untuk semua guru yang telah bekerja keras demi menyediakan dan menyampaikan pembelajaran yang berkualiti supaya pada akhirnya pelajar yang menerima pembelajaran di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara seterusnya mampu menjadi insan yang cemerlang dan dapat membangunkan negara sejajar dengan kehendaksemasa pada masa akan datang. Syabas juga kepada ibu bapa kerana turut memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak. Namun demikian, kejayaan anak-anak adalah terletak pada diri pelajar itu sendiri yang sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri untuk mengecapi kecemerlangan. Para hadirin sekalian, Majlis ini merupakan satu pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya . Oleh itu, saya mengucapkan tahniah dan Syabas sekali lagi kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya berharap agar kejayaan para pelajar ini akan berterusan dan akan menjadi pembakar semangat kepada para pelajar yang lain untuk sentiasa mempunyai sikap daya saing untuk mempertingkatkan mutu pencapaian mereka . Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar pelajar-pelajar akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga , sekolah, masyarakat, bangsa dan negara. Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabaratuh.
. Bismillahirahmanirrahim , Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berbahagia, Encik Ahmad Darul Akmal bin Mohamed Ali , Penolong Pengarah Kanan Unit Pengurusan Kafa Dan Pendaftaran Sekolah Bahagian Pendidikan (JHEAIPP). Yang berusaha , Puan Nor Hayati Binti Omar, Guru Besar Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim. Yang dihormati , Ahli Jawatankuasa Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim, Barisan guru, tuan-tuan dan puan-puan , seterusnya anak-anak yang dirahmati Allah sekalian . Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan. Di sini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan majlis ini sebagai satu program tahunan untuk menghargai kejayaan para pelajar dalam bidang akedemik . Justeru, tidak lupa juga kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah serta guru-guru yang kreatif dan inovatif. Para hadirin sekalian , Penubuhan Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim sangat penting bagi memastikan anak-anak masyarakat Bertam Perdana untuk mendapat Pendidikan Fardhu Ain dan Alquran secara menyeluruh. SRISAF ini juga ditubuhkan sebagai langkah dalam membina insan yang bertakwa dan berkualiti.Untuk makluman buat masa sekarang jumlah terkini pelajar di Srisaf berjumlah 577 org pelajar dan terdapat 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Ucapan Pengerusi 4
. Ucapan Pengerusi Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Saya berharap murid-murid yang berada di dalam dewan ini akan terus berusaha untuk mencipta kecemerlangan pada tahun yang akan datang. Jadikan majlis ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang. Sebenarnya, kejayaan seorang murid tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru harus ‘Memberi’, agar para murid bersedia untuk ‘Menerima’. Selain insan yang ibarat lilin yang membakar diri ini, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para murid itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan.Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para murid mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis serta semua pihak yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan Majlis Ihtifal Raya Srisaf 2023. 5
6 Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil `Alamin, Wassalatu Wassamu’ Ala Asyrafil Anbiya ‘Iwal Mursalin, Saidina Muhammadin Wa’ Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Terima kasih saya ucapkan kepada Pengacara Majlis. Yang Berbahagia Ustaz Mohd Azizon Bin Noordin , Pengerusi Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim, merangkap Imam Utama Masjid Abdullah Fahim, yang berusaha Ustazah Nor Hayati binti Omar Guru Besar Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim, yang dihormati Pihak Jemaah Pengurusan serta barisan guru-guru, pelajar-pelajar yang diraikan dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan. Alhamdullilah, segala pujian dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan Rahmat-Nya, kita semua dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Ihtifal Raya SRISAF 2023. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis ihtifal raya SRISAF bagi tahun 2023. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak SRISAF yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi kepentingan para pelajar. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti Majlis pada hari ini merupakan satu majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. . Ucapan Perasmian
. Ucapan Perasmian Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun,dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid balik ke rumah. Hadirin sekalian, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang menerima anugerah serta para pelajar UPKK yang mengharumkan nama sekolah dengan keputusan 8A seramai 53 orang. Tahniah kepada semua pelajar. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu terkini,melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan. 7
. Ucapan Perasmian Para hadirin dan para pelajar yang dikasihi sekalian, Ibnu Rusyd, seorang tokoh ilmuwan Islam pernah menukilkan antara lainnya bermaksud, "Kepuasan yang sejati lahir daripada keabadian bersama". Dalam hal ini,semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur langkah sederap berusaha untuk merealisasikannya. Hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak kata peribahasa seperti aur dengan tebing. Semua pihak termasuk ibu bapa dan pelajar patut memberi sokongan padu kepada pihak pentadbiran jika semua mimpi indah tentang kecemerlangan ingin direalisasikan. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim SRISAF dan Masjid Abdullah Fahim kerana berjaya menggabungkan Majlis Ihtifal dan Jamuan Raya serentak. Maka, Dengan lafaz suci kalimah Bismillahirrahmanirahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Ihtifal Raya SRISAF 2023 Sekian, Wabillahi Taufiq walhidayah wassalamualikum warahmatullahi wabarakatuh. 8
. Perihal SRISAF Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim atau SRISAF memulakan operasinya secara rasmi pada tahun 2020 hanya dengan 174 orang pelajar dan 7 orang guru sahaja.SRISAF terletak di Jalan Tun Hamdan Syeikh,Bertam,Kepala Batas dan berlokasi di dalam kawasan Masjid Abdullah Fahim. Dengan memiliki dua blok bangunan sekolah dan kemudahan belajar yang lebih baik serta ruang belajar yang selesa,SRISAF kini mempunyai lebih 577 orang pelajar dan 25 orang tenaga pendidik.Kelas pengajaran Srisaf beroperasi selama 5 hari seminggu dan mempunyai dua sesi. Tujuan SRISAF ditubuhkan adalah satu langkah dalam membina insan yang bertakwa dan berkualiti.Penubuhan SRISAF sangat penting bagi memastikan generasi pada masa hadapan khususnya anak-anak masyarakat Bertam Perdana mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan Fardhu Ain dan Al-Quran secara menyeluruh. Selain itu, penubuhan SRISAF juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berilmu beramal dan berakhlak islami disamping melahirkan juga pelajar yang berjaya menghafaz Al-Quran sekurang-kurang juzuk 30.SRISAF juga menyediakan sistem pendidikan Islam yang syumul. Visi dan misi utama SRISAF adalah menjadi sekolah qudwah dalam pendidikan Fardhu Ain dan Al-Quran di Pulau Pinang di samping melahirkan generasi Al-Quran rabbani dan profesional. Diharapkan agar tertubuhnya SRISAF ini mencapai misi dan visi sekolah serta membina dan melahirkan pelapis ulama dan modal insan yang cemerlang. 9
. Matlamat SRISAF Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim (SRISAF) mula beroperasi pada tahun 2020.SRISAF telah didaftarkan sebagai kafa integrasi di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. SRISAF menyediakan beberapa modul pembelajaran yang memfokuskan kepada keberkesanan pembelajaran Jawi, AlQuran,Amali Solat di samping subjek-subjek lain seperti Ulum,Sirah dan Bahasa Arab. Menyedari betapa pentingnya asperk kerohanian ini, pihak SRISAF akan melaksanakan modul ini bermula sesi pembelajaran 2023/2024 bagi penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran sesi yang lepas. Melalui modul ini diharapkan murid-murid memiliki asas keagamaan yang kukuh setelah keluar dari alam persekolahan. Sekiranya muridmurid memiliki asas keagamaan yang kukuh setelah keluar dari alam persekolahan.Sekiranya murid-murid ini tidak diberikan asas yang kukuh dibimbangi akan menghasilkan generasi yang kurang mempunyai kefahaman dan penghayatan Islam dalam kehidupan. 1.Murid dapat menghafaz dan menguasai sekurang-kurangnya juzuk 30 bagi tahap 1 dan surah pilihan bagi tahap 2. 2. Murid dapatt mengetahui maksud dan terjemahan surah/wirid/doa yang dihafaz. 3. Murid mampu memimpin bacaan doa, wirid dan tahlil. 4. Murid mampu melaksana dan mengimamkan solat berjemaah serta solat jenazah. Memfokuskan kepada pembelajaran Al-Quran, Hafazan, Jawi dan Amali Solat MATLAMAT OBJEKTIF 10
Barisan Jemaah Pengurusan Pengerusi : Encik Azizon bin Noordin Bendahari : Puan Hafidzah binti Hisamuddin Shah Setiausaha : Puan Nor Hayati binti Omar Ahli Jawatankuasa : 1.Encik Nasrun bin Azmi 2.Encik Ahmad Faiz bin Mohamad Rufi 3.Encik Mohd Sahrizan bin Saad 4.Encik Abdul Alfatah bin Mat Isa 5.Puan Sabariah binti Ayob 6.Puan Azizah binti Saad 8.Puan Ummu Nadhirah binti Mohd Fuad 9.Nur Akidah binti Sobri 11
Guru Besar Ustazah Nor Hayati binti Omar Penolong Kanan Pentadbiran (Sesi Pagi) Ustazah Nur Iliya Imani binti Ariff Penolong Kanan Pentadbiran ( Sesi Petang) Ustazah Nurul Shafiqah binti Mohamad Aljuma Guru Data Ustazah Nurul Izzati Binti Roslan Barisan Pendidik 12
Barisan Guru-guru SRISAF sesi 2024/2025 : 1.Ustaz Ahmad Syaukani Alhadi bin Ahmad Khairuddin 2.Ustaz Muhammad Aizuddin bin Shamfuddin 3.Ustaz Muhammad Hijazi bin Azizan 4.Ustazah Alawiyah binti Dahalan 5.Ustazah An'nur Hafiza binti Nor Ezam 6. Ustazah Farah Dalila binti Abdul Rahim 7. Ustazah Hafidzah binti Hisamuddin Shah 8.Ustazah Jamilah bin Hashim 9.Ustazah Ma Nur Hajar binti Meor Aziz 10.Ustazah Malyanah Sakinah binti Mohd Mohd Shukri 11.Ustazah Norzazila binti Mohamad 12.Ustazah Nur Akidah binti Sobri 13.Ustazah Nur Aqilah Solehah binti Abdul Rahim 14.Ustazah Nur Hanani binti Othman 15.Ustazah Nur Shuhada Binti Mohd Azlan 16.Ustazah Nurul Ain bin Mohamad Isa 17.Ustazah Nurul Husna binti Md Nasir 18.Ustazah Nurul Husna binti Mohd Manan 19.Ustazah NurulIzzati bt Roslan 20.Ustazah Siti Aishah binti Anwar 21.Ustazah Ummul Habibah binti Ismail 22.Ustazah Ummu Nadhirah binti Mohd Fuad Barisan Pendidik 13
Penerima Anugerah Tahun 1 Al-Ghazali Aryan Al-Fateh Bin Mohamad Afnan Hamimi Nur Asma Madihah Binti Mohd Azlan Noah Iman Bin Mohamad Hasrul Naim Al-Badawi Muhammad Wafiy Uwais Bin Muhamad Firdaus Adriana Binti Mohd Faizal Muhammad Afiq Amzar Bin Mohd Shahroni Al-Jailani Tengku Ali Sufyan Bin Tengku Amran Syah Hadif Zafran Bin Mohd Hafis Che Ku Ariana Sofia Binti Che Ku Abdullah Al-Maliki Muhammad Akif Najib Bin Mohd Afzanizam Darwisy Syaafi Bin Muhammad Muhammad Athif Bin Nuhairi 14
Penerima Anugerah Tahun 2 Al-Isnawi Fahril Zahwan Bin Mohd Fairuz Siti Zainab Imani Binti Muhamad Hafizi Rania MIikhaila Binti Mohd Khairil Anuar As-Subki Mizan Adnin Bin Ahmad Bin Nazri Muhammad Afif Imran Bin Mohd Ridzuan Nur Hana Amani Binti Mohd Hazmil Al-Amidi Aqeela Zulaikha Binti Mohd Faizal Nuur Aisyah Humaira Binti Ariff Ezwan Ain Nuha Nur Syifa Binti Azrul Amri Al-Qurtubi Muhammad Bin Mahadzir Luqman Kamil Bin Hasbol Nur Farhana Sufiya binti Mohd Shamsuri 15
Penerima Anugerah Tahun 3 As-Syafie Mohamed Adam Haris Bin Mohamed Rafizal Nur Auni Az-Zahraa Binti Mohd Aiman Nor Faqihah Maisarah Binti Mohd Faiz Ar-Rafaie Muhammad Mikhail Bin Shahrizal Nur Nabila Husna Binti Nazril Saara Nurdalysa binti Mohd Syahrudin An-Nawawi Fayha Adelia Binti Anizan Siti Nur Zahra Binti Mohamad Hazmin Nur Kalishah Khaisarah Binti Mohd Sharhalys Al-Hanafi Muhammad Thaqif Sufi Bin Mohd Taufiq Hidayat Ammar Khalish Bin Muhamad Hasbullah Muhammad Amar Imran Bin Mohd Ridzuan Ar-Razi Nur Aisyah Humaira Binti Rohezan Anuar Ali Zayyan Falah Bin Muhammad Fadzil Nik Fatin Sofea Binti Nik Ahmad Irwan Izzaudin 16
Penerima Anugerah Tahun 4 As-Asyaari Nur Amni Aqilah Binti Mohd Rahmat Aimi Najihah Binti Muhammad Fahmi Nur Arfa Khayreena Binti Mohd Ifham Al- Hambali Nur Khalisa Husna Binti Nurulhasyim Nur Qisya Alya Binti Mohamed Rafizal Nur Arina Binti Ahmad Syukri At-Thahawi Nur Alani Fatini Binti Husnul Amir Hana Sofia Binti Khairul Anuar Iman Nuha Binti Syahrul Hisyam Al-Farabi Nur Aina Najwa Binti Mohamad Fadzlan Sarah Eryna Binti Mohd Firdaus Nurul Husna Hanani Binti Helmi Al-Maturidi Ammar Zakwan Bin Norbisahnor Putera Muhammad Ammar Arsyad Bin Syaifolrizal Emil Harithah Bin Mohd Hazwan 17
Penerima Anugerah Tahun 5 AT-Tirmizi Hadif Darwish Bin Muhamad Nazri Syaza Nurdina Binti Mohd Syahrudin Siti Zulaika Binti Sazali Al-Muslim Muhammad Amir Hamizi Bin Mohd Ammar Nik Faiqa Sofea Binti Nik Ahmad Irwan Izzauddin Muhammad Diniy Hasif Bin Mohd Rosazliman Al-Bukhari Nur Aleesya Qaisara Binti Mohamad Fikrillah Vafiyah Jasmin Khan Binti Yasser Raffque Khan Muhammad Aisy Rifqi Bin Mohd Faizal As-Syatibiy Muhammad Farhan Danish Bin Mohd Fadzil Zahin Hijazi Bin Zamrul Hisyam Nur Fatimatuzzafirah Binti Shukri Al-Baihaqi Muhammad Irfan Danish Bin Mohd Ramsyah Muhammad Wafiy Bin Muhamad Tarmizi Nur Qisya Damia Binti Mohd Karimullah 18
Penerima Anugerah Subjek Nama Tahun Markah Jawi Nur Adelia Imani binti Ahmad Ikhram 1 Al-Ghazali 94 Sirah Mohamad Nukman Akif bin Mohamad Yusni 1 Al-Badawi 100 Adab Nur Hana Hannani binti Helmi 1 Al-Ghazali 98 Arab Alisha Nur Hana binti Muhammad Hilmi 1 Al-Jailani 100 Ulum Noah Ziyath bin Saiful Azlan 1 Al-Ghazali 100 Mata Pelajaran Terbaik 19
Penerima Anugerah Subjek Nama Tahun Markah Jawi Muhammad Firash bin Ahmad Sukri 2 Al-Qurtubi 100 Sirah Nor Farhah Maisarah binti Mohd Faiz 2 al-Isnawi 94 Adab Syafi Ammar bin Mohd Shahrunnizam 2 As-Subki 100 Arab Danish Harraz bin Muhammad Nazri 2 Al-Amidi 100 Ulum Izzah Marissa binti Hafizul Hazli 2 Al-Qurtubi 98 Mata Pelajaran Terbaik 20
Penerima Anugerah Subjek Nama Tahun Markah Jawi Nur Zarra Arissa binti Mohd Sukri 3 As-Syafie 98 Sirah Muhammad Imran bin Amiruddin 3 As-Syafie 100 Adab Nur Rania Mazaya binti Muhammad Mukmin 3 As-Syafie 98 Arab Muhammad Umar bin Iktikhar Husairi 3 Ar-Razi 100 Ulum Muhammad Arsyad bin Ariff Ezwan 3 As-Syafie 98 Mata Pelajaran Terbaik 21
Penerima Anugerah Subjek Nama Tahun Markah Jawi Nur Aina Sumayyah binti Mohamad 4 Al-Farabi 99 Sirah Iylya Wafiy Asysyakir bin Khairul Anwar 4 Al-Hambali 96 Adab Nur Arissa Hanna binti Muhamad Firdaus 4 Al-Hambali 99 Arab Wan Muhammad Irfan bin Wan Muhammad Haris 4 Al-Hambali 99 Ulum Ajra Sumayyah binti Mohamad Syamsul Reza 4 Al-Hambali 100 Mata Pelajaran Terbaik 22
Penerima Anugerah Subjek Nama Tahun Markah Jawi Mohamad Azfar Mierza bin Yusuf 5 At-Tirmizi 99 Sirah Siti Nurzhafirah Adha binti Mohamad Hazmin 5 At-Tirmizi 96 Adab Muhammad Farhan Danish bin Mohd Fadzli 5 Asy-Syatibi 93 Arab Nurul Jannah binti Khairul Azwan 5 At-Tirmizi 96 Ulum Muhammad Aiman Aish Haziq bin Appandi 5 At-Tirmizi 97 Mata Pelajaran Terbaik 23
Penerima Anugerah UPKK 1.AFIF BIN AZMIR 2.AHMAD MUQRI AZAM BIN MD NOR AZAM 3.AHMAD ZAIM ZAFRAN BIN MUHAMMAD ZAMZURI 4.AHMAD ZIQRI RIZQIN BIN AHMAD NIZAR 5.AISY MIFZAL BIN ZAID 6.HADIF DARWISH BIN MUHAMAD NAZRI 7.MOHAMAD AZFAR MIERZA BIN YUSOFF 8.MOHAMMAD FADHIL RAYYAN BIN MOHAMAD FAIROS 9.MUHAMMAD AIMAN AISH HAZIQ BIN APPANDI 10.MUHAMMAD AMJAD BIN MUHD RIDZUAN 11.MUHAMMAD ARFAN BIN MOHD NOR HIZZUAN 12.MUHAMMAD ARYAN IRFAN BIN MOHD KHAIRI 13.MUHAMMAD IRFAN DARWIS BIN AZIZAN 14.MUHAMMAD KHALIS RIFQIY BIN MOHAMAD YANI 15.ALISSA ZAHIRA BINTI AZLAN 16.NUR A’ISYAH AQILAH BINTI MOHD SHUKRI 19.NURJANNAH AQEELA BINTI ZAHID 20.NURUL JANNAH BINTI KHAIRUL AZWAN 21.SITI NURZHAFIRAH ADHA BINTI MOHAMMAD HAZMIN 22.SITI ZULAIKHA BINTI SAZALI 23.SYAZA NURDINA BINTI MOHD SYAHRUDIN 24.ZARA KHAYR BINTI MOHD KHAIRANI 25.AAKIF IDRAKI MIQDAM BIN MOHD KHAIRUL ANUAR 26.AHMAD FAYYADH THAQIF BIN MOHD FUAAD 27.AMSYAR KHAN BIN AHMAD ZULKIFLI 28.MOHAMAD ZILL QAYYIM BIN MOHAMED EFFENDY 29.MUHAMMAD AMIR HAMIZI BIN MOHD AMMAR 30.MUHAMMAD AQIEL FAHMI BIN MOHAMAD FAIZ 31.MUHAMMAD AR RAYYAN BIN MUHAMMAD MUKMIN 32.MUHAMMAD DINIY HASIF BIN MUHD ROSAZLIMAN 17.NUR ARIANA TIHANI BINTI HAFIZ FAHMI 18.NUR SALSABILA BINTI MUHAMMAD 24
Penerima Anugerah UPKK 33.MUHAMMAD HAZIQ AMSYAR BIN ROSMIZAN 34.ZA’IM MUHAMMAD MERICAN BIN HASWAN AZRI MERICAN 35.AFRINA QISTINA BINTI AHMAD GADAFFI 36.NIK FAIQA SOFEA BINTI NIK AHMAD IRWAN IZZAUDDIN 37.NUR AIRIS ADELIA SAFIYYA BINTI AHMAD TARMIZI 38.NUR ANISA WAFA BINTI ZULKEFLE 39.NUR ZAHRA UMAIRAH BINTI MOHD ANUAR 40.NURUL ZAHRAA’ BATRISYIA BINTI ANAS SALMI 41.WAFA SAFIYYA BINTI MOHD HUZAIFAH 42.WAN ASMA’ SOFIYYAH BINTI WAN ASSANUL AFZAN 43.MOHAMAD FAIZ ZUHAIRI BIN ZULHELMI 44.MUHAMAD AZIM DINIE BIN NIZUWAN 45.MUHAMMAD AISY RIFQI BIN MOHD FAIZAL 46.MUHAMMAD FIRAS BIN MOHD SHUKRI 47.MUHAMMAD IYAD KHALISH BIN ABU BAKAR 48.MUHAMMAD SUFYAN ASYRAF BIN MOHD SALMI 49.ARISSA ZAHRA BINTI MULIZAKI 50.MARYAM BINTI ANUAR 51.NUR ALEESYA QAISARA BINTI MOHAMAD FIKRILLAH 52.NUR ALIA HUMAIRAH BINTI MOHAMAD NURUL AZMI 53.VAFIYAH JASMIN KHAN BINTI YASSER RAFFQUE KHAN 54.MISYARY RAQEEB BIN MOHD RIDZUAN 55.ABID DINIE BIN JAMALUDIN 56.HUSSEIN KAMIL BIN HASBOL 57.IZZ BIN ZULKIFLI 58.MUHAMMAD ISYRAQI BIN ZAIDI 59.SAEIDAH NAFISAH BINTI LOKEMAN HAZLI 60.AFNAN ZUHAIR BIN ZAINIL AKMAL 61.MUHAMMAD NAUFAL BIN JALIL 62.MUHAMMAD YASSER IMAN BIN MOHAMAD HASAN 63.WAN MUHAMMAD KHALISH BIN WAN AZLEE AZREEN 64.IZZAH SAFFIYA BINTI MOHD BADROL AZIFUDIN 25
Penerima Anugerah UPKK 65.PUTERI ADRYANA ARISYA BINTI MUHAMAD AMIRUL 66.TIHANI BATRISYA BINTI MOHD RAFI 67.MUHAMMAD FARHAN DANISH BIN MOHD FADZLI 68.MUHAMMAD SUFI IMAN BIN TUAN AZHAR 69.ZAHIN HIJAZI BIN ZAMRUL HISYAM 70.BALQIS FATONAH BINTI MUHAMMAD SYAMIL 71.NUR RAYYANNA BATRIESYA BINTI ZAINURIN 72.MUHAMMAD IRFAN DANISH BIN MOHD RAMSYAH 73.AISHA AFIFIE BINTI SYUZIEADY 74.MUHAMMAD ADAM HARIS BIN MAT SARIF 75.MUHAMMAD ADIB ZIYAAD ILMAAN BIN MOHD HEZRY 76.AMMAR ZIQRI BIN MOHAMAD AZIM 77.MUHAMMAD AFIF BIN EZANI IKHWAN HADI 78.MUHAMMAD AMMAR AZUMMI 79.MUHAMMAD AYDIN YUSUF BIN MUHAMMAD ZULFADHLI 80.IRDINA SOFIA BINTI FAIRUZ RAMADANU 81.NUR AWATIF BINTI MURSYIDI 82.MUHAMMAD DANISH AQIL BIN SYAMSUL HADI 83.MUHAMMAD HAZIQ AHNAF BIN MUHD HAZNIL 84.MUHAMMAD RAYYAN AMSYAR BIN MOHD LATIF 85.MUHAMMAD IZDIYAD BIN NOR DJASMAN 86.ANIS QAISARA BINTI MAHFUZ 87.SURFINA UMAIRAH BINTI NOR AZMIZAM 88.IKHWAN ZARIF BIN SHAIFUL IMRAN 89.ABDUL MUAZ BIN MUHAMMAD 90.MUHAMMAD DARIS RAYYAN BIN ZAMRI 91.MUHAMMAD RAYYAN BIN MOHD RIDZUAN 92.TUAN MUHAMMAD AFIQ MIRZA BIN TUAN AZHAR 93.ASMA’ MURSYIDAH BINTI AHMAD SHUKRI 94.NUR AIMI HANA BINTI SHAHANIF 95.NUR AUNI AFIQAH BINTI AHMAD TARMIZI 96.NUR FATIMATUZZAFIRAH BINTI SHUKRI 26
Penerima Anugerah UPKK 97.NURSHARMILA BINTI MOHD ZAMAN 98.MUHAMMAD WAFIY BIN MUHAMAD TARMIZI 99.ADAM MIKHAIL BIN MUHAMAD KHAIRUL ANWAR 100.NUR SOFIA MARISSA BINTI MOHD ZURAIDI 101.ZUEUZZARA BILQIS BINTI MOHD ZULKIFLI 102.NUR QISYA DAMIA BINTI MOHD KARIMULLAH 103.MOHAMAD AFIF FIKRI BIN MOHAMAD FAZULRI 104.HARITH ZAKWAN BIN NORBISAHNOR 105.MOHAMMAD AMMAR WAFIY BIN ISHAK 106.MUHAMAD ADAM MIKHAEEL BIN MUHAMAD KHAIRUL EEZWAN 107.MUHAMMAD HAIFAL BIN YUSRI 108.MUHAMMAD HAZIQ AMSYAR BIN AHMAD ZAIDI 109.MUHAMMAD HAZIQ IBNU SINA BIN MOHD HAFIZ 110.NUR ALYA DAMIA BINTI SHUHAIDI 111.WAN NUR QASEH UMAIRAH BINTI WAN MOHD FAIZUL 112.MOHAMMAD NAASIHUN AMEEN BIN BUNGSU AZIZ 113.MUHAMMAD DANNIEL IMAN BIN MUHAMAD AFFENDY 27
Penerima Anugerah TOKOH MURID 28
Program SRISAF 29 Pelbagai program yang dijadualkan dalam takwim sekolah akan dilaksanakan sepanjang tahun 2024, antaranya : Program Ihya Ramadan Sukaneka Majlis Anugerah Cemerlang Sambutan Hari Guru Sambutan Maulidur Rasul Program Jaya Waris Program UPKK Sambutan Kemerdekaan
Penutup 30 Setinggi- tinggi penghargaan buat tetamu jemputan,para waris, para guru dan para pelajar yang menjayakan Majlis Ihtifal Raya bagi sesi 23/24 ini. Ucapan tahniah juga buat para pelajar yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga Anugerah ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat para pelajar untuk terus menuntut ilmu dan mengamalkannya. Pihak SRISAF ingin memohon kemaafaan sekiranya ada kekurangan daripada kami. Teruskan kemaafan SRISAF agar kami berjaya melahirkan insan yang musleh yang mampu memimpin anak bangsa kelak. Sekian, Terima Kasih..
31 Terima kasih atas kehadiran anda semua