TRATJERKATJOEKRTI GOERMI GILEAMNILGAANKGKAPKT:KPT:
RAKARMAKAANMKAENUNKEGUGNUGLAGNULINAONVINASOIVKAESUI SKAEHUASWAHAANWAANNAN
Nur Liyana Suhaimi menjuarai Kategori Outstanding
Student Enterprise Award yang membawa pulang
wang kemenangan sebanyak RM20,000.
| 145 | | 145 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KOLEJ KOMUNITI 20185
SIK
KIS SATAY (KOLEJ KOMUNITI SIK)
KEDUA
KIS SATAY CAFÉ merupakan perniagaan yang memfokuskan kepada penghasilan makanan sejuk beku iaitu sate.
Perniagaan ini dikendalikan oleh empat orang rakan kongsi. Berdasarkan tinjauan pasaran, perniagaan ini berpotensi besar
untuk berkembang kerana permintaan tinggi terhadap produk mereka iaitu sate sejuk beku. Sate merupakan makanan
kegemaran rakyat Malaysia dan menjadi makanan tarikan dalam kalangan pelancong. Namun, ada beberapa isu yang
ditemui iaitu pelanggan terpaksa ke pasar malam untuk membeli sate. Selain itu, sate dibakar menggunakan arang yang
sangat berbahaya kepada kesihatan orang ramai.
Oleh itu, dengan inovasi daripada KIS SATAY CAFÉ, orang ramai kini boleh makan sate di mana-mana sahaja pada bila-bila
masa. Walaupun dijual dalam keadaan sejuk beku, rasa asli dan aroma tradisional sate dikekalkan melalui resipi eksklusif
yang dicipta khas. Resipi ini membolehkan kuali biasa digunakan untuk memanggang tanpa arang. Ia memberi kemudahan
kepada usahawan Sik, iaitu menjadu pilihan kepada penjual kebab dan usahawan ayam pandan kerana ia memudahkan
perniagaan mereka. Kesan perniagaan ini meliputi kesan sosial, ekonomi, perniagaan dan mesra alam. Selain itu, ia
memberi banyak peluang kepada pelajar kolej tempatan dan komuniti sebagai sumber pendapatan tambahan.
KIS SATAY CAFÉ sangat mementingkan Tempat kedua Kategori Outstanding Student Enterprise Award yang
aspek kualiti dan kebersihan dan membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM15,000 dimenangi
disebabkan persaingan yang tinggi oleh Muhammad Aminuddin Bin Abd Hadi.
dengan jenama terkenal lain, KIS
Satay telah menggandakan usaha
untuk meneroka strategi baharu bagi
meningkatkan jualan dan memenuhi
kepuasan pelanggan. Bimbingan
daripada pensyarah telah memberikan
kekuatan dan motivasi untuk meneruskan
impian menjadi usahawan selepas tamat
pengajian. KIS Satay berhasrat untuk
menjadi pencipta peluang kerja, bukan
pencari kerja.
| 146 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KETIGA 20185
WE CARE MOBILE SDN. BHD.
(MULTIMEDIA UNIVERSITY – MMU)
24 Angels Home Care diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 2016, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) menggunakan nama Wecare Mobile
Services Sdn. Bhd. Syarikat ini diasaskan oleh Jimmy
Yeap Thye Liang pelajar program Sarjana Muda
Kejuruteraan (Kepujian) Elektrik Fakulti Kejuruteraan
dari Universiti Multimedia (Cyberjaya). 24 Angels
Homecare ialah aplikasi mudah alih dan platform web
yang merupakan agregator sehenti yang memadankan
dan menghubungkan pengguna kepada bekalan
penjaga di rumah yang terdekat.
Sejak penubuhannya, platform ini mampu
menghimpunkan kira-kira 530 orang jururawat lokum,
Jimmy Yeap Thye Liang telah dipilih sebagai penerima tempat ketiga 230 orang penjaga, 150 orang ahli fisioterapi dan dua
Kategori Outstanding Student Enterprise Award. orang jururawat kakitangan tetap yang menawarkan
pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat umum.
Berfungsi seperti Uber untuk perkhidmatan penjagaan
rumah, rangkaian perkhidmatan 24 Angels Homecare
termasuk penjagaan kejururawatan, fisioterapi di rumah, penjaga di rumah, pengiring hospital dan penjaga hospital.
Walaupun perkhidmatan ini berada pada usia permulaan yang masih muda, usaha niaga ini telah mendapat minat daripada
banyak pihak dan juga memperoleh pelaburan benih berjumlah RM50,000. Tambahan pula, mereka telah menerima reaksi
positif daripada pasaran dengan penjanaan pendapatan mencecah RM65,000 dalam tempoh beberapa bulan beroperasi.
| 147 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI C : OUTSTANDING GRADUATE ENTERPRISE AWARD
PERTAMA 20185
JIWA GENERASI SDN. BHD.
(UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA – UITM)
Jiwa Generasi Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat yang pakar dalam pengekstrakan tembaga daripada sisa elektronik
(e-waste). Syarikat ini memulakan operasinya pada 2017 di bawah kendalian Encik Fahmy Rayyan Hamdan, graduan
diploma dari Pusat Pengajian Pentadbiran Awam dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA. Ia mempunyai modal
berbayar sebanyak RM600,000 dengan hasil tahunan RM5.064 juta dan keuntungan bersih kira-kira RM600,000 pada
2017. Jiwa Generasi, yang baru-baru ini memeterai perkongsian pintar, adalah pemain yang lebih mantap dalam industri
dan membolehkan syarikat itu meningkatkan operasinya serta menawarkan jenis produk tembaga yang lebih baik;
sebahagiannya disebabkan oleh kemudahan peleburan yang terdapat pada rakan kongsi mereka.
Pada masa ini, perancangan sedang dijalankan untuk mengembangkan operasinya melalui bantuan Perbadanan Usahawan
Nasional Berhad (PUNB). Pendapatan Jiwa Generasi dijangka akan meningkat sepuluh kali ganda dengan peningkatan
margin keuntungan sebanyak 44.8 peratus setelah selesai proses pengembangan operasi. Di sebalik peningkatan pesat
dalam industri, Fahmy tidak pernah lupa untuk membantu mereka yang memerlukan. Beliau memulakan program yang
membolehkan penduduk kampung berhampiran membantunya menyusun sisa elektronik sambil membantu mereka
memperoleh pendapatan sampingan
| 148 |
TRATJREAKTJEOKRTIOGREMI GIELAMNILGAANKGKAPKTK: PT:
RAKRAAMKAANMKAENUKNEGUGNUGLGAUNLINANOVINAOSIVKAESUI KSEAUHSAAWHAANWAANNAN
Fahmy Rayyan Hamdan pengasas Jiwa Generasi Sdn. Bhd.
yang mengusahakan syarikat pengekstrakan tembaga
daripada sisa elektronik menjuarai Kategori Outstanding
Graduate Enterprise Award membawa pulang wang
kemenangan sebanyak RM50,000.
| 149 | | 149 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
SULTAN IDRIS SHAH 20185
KEDUA KULIT KAYU MANIS ENTERPRISE
(POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH)
Kulit Kayu Manis Enterprise telah didaftarkan pada 5 September
2009 oleh Muhammad Shazwan bin Haji Ruslin. Pada tahun 2013,
Kulit Kayu Manis telah mendapat tender di Hospital Putrajaya untuk
berkhidmat kepada 2000 orang kakitangan setiap hari di kafeteria
gaya bufet. Pada tahun pertama, Shazwan berjaya merekrut 15
orang rakan sepasukan dalam kalangan rakan dan keluarga untuk
menyediakan 20 hidangan setiap hari untuk pelanggan tetapnya.
Dengan dedikasi yang padu, Kulit Kayu Manis berjaya memperoleh
purata pendapatan harian RM9,000 daripada modal awal sebanyak
RM5,000.
Selepas dua tahun memastikan konsistensi dalam perkhidmatan
penghantaran dan kualiti makanan, Kulit Kayu Manis berjaya
mengumpul pendapatan tahunan sehingga RM2.7 juta. Ini menjadi
Kulit Kayu Manis Enterprise dari Politeknik Sultan Idris Shah modal yang baik untuk mengembangkan operasinya. Pada tahun
telah dipilih sebagai pemenang tempat kedua bagi Kategori 2015 ketika perniagaan trak makanan (food truck) mula berkembang,
Shazwan menyedari peluang ini dan melabur dalam lima buah trak
Outstanding Graduate Enterprise Award.
makanan yang menyediakan perkhidmatan penyajian dalam majlis
perkahwinan, kenduri dan pelbagai majlis di seluruh Selangor. Kos operasi yang rendah dan jangkauan pelanggan yang
lebih luas adalah faktor utama kejayaannya.
Pada Mac 2016, Kulit Kayu Manis membuka cawangan kedua di Vista Alam, Shah Alam. Ia adalah restoran konsep dengan
reka bentuk anggun yang disasarkan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Untuk tahun 2018, Kulit Kayu Manis
menceburi produk makanan seperti minuman pracampuran dan mengukuhkan jualan dan operasi dengan pesanan dan
penghantaran dalam talian.
| 150 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KETIGA 20185
FITGEAR GLOBAL SDN. BHD.
(MULTIMEDIA UNIVERSITY – MMU)
Multimedia University turut menerima tempat ketiga Fitgear Global Sdn. Bhd. telah diperbadankan di bawah Akta
bagi Kategori Outstanding Graduate Enterprise Award Syarikat 2016 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) pada 18 Julai 2017. Sebelum ini, pasukan itu
melalui Fitgear Global Sdn. Bhd beroperasi sebagai Fitgear Sport (Enterprise) yang didaftarkan
pada 1 Disember 2016. Fitgear ialah jenama luaran dan gaya
hidup moden yang mengeluarkan pakaian luaran yang ringan
dengan harga mampu milik. Bermula dengan modal RM3,000,
syarikat ini telah memperoleh keuntungan dalam bulan
pertama, dan jualan mereka meningkat kepada RM2.4 juta
dengan 14,000 orang pelanggan di seluruh dunia dalam masa
sepuluh bulan sahaja. Apa yang membuatkan Fitgear berbeza
adalah cara mereka merevolusikan kedai runcit tradisional,
mengembara ke seluruh dunia untuk mencari bahan berkualiti
terbaik, menggunakan e-dagang, memotong penggunaan
orang tengah (iaitu terus dari kilang kepada pengguna) dan
model prapesanan unik untuk meminimumkan inventori bagi
mengurangkan kos sebanyak 40%.
Pasukan ini benar-benar percaya pada etos mengembalikan nilai sebenar kepada pelanggan. Tambahan pula, struktur
mereka membolehkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan secara langsung. Ia agak unik daripada syarikat bekalan
pakaian biasa. Mereka meminimumkan penyumberan luar sebanyak mungkin dan sebaliknya, melakukan kebanyakan
tugas bahagian belakang dan bahagian hadapan secara dalaman; justeru menghapuskan sebarang prosedur yang tidak
perlu yang hanya akan meningkatkan kos. Sejak dua tahun lalu, mereka telah pergi ke 11 buah negara dan 23 buah bandar
untuk bekerjasama dengan pengeluar yang boleh memberikan mereka barangan berkualiti tinggi pada kos pembuatan
yang membolehkan mereka menetapkan harga mesra pelanggan. Fitgear telah melancarkan konsep kedai sementara
(pop-up store) di Malaysia, Singapura dan Hong Kong dan bekerjasama dengan rakan kongsi strategik untuk mencari cara
menjual secara fizikal dengan memperoleh jualan dan hasil kutipan yang pantas
| 151 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI D : OUTSTANDING ENTREPRENEURSHIP MENTOR AWARD
PERTAMA 20185
PROF. DR. MOHAR YUSOF (UNIRAZAK)
Profesor Dr. Mohar ialah Profesor dalam bidang Keusahawanan dan Perniagaan Keluarga di Universiti Tun Abdul Razak
(UNIRAZAK). Beliau juga merupakan Penyelaras Kanan Penyelidikan dan Kajian Kes di Pusat Pengajian Perniagaan
dan Keusahawanan Bank Rakyat dan Presiden Kelab Penulis Kes UNIRAZAK. Daripada 20 tahun pengalaman beliau di
UNIRAZAK, beliau telah menumpukan sepuluh tahun kebelakang untuk membangunkan program Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Perniagaan (Keusahawanan) (Kepujian) sebagai program khusus yang bertujuan untuk melahirkan pelajar
dan usahawan siswazah. Sepanjang tujuh tahun yang lalu, Profesor Dr Mohar telah melatih tidak kurang daripada seribu
orang termasuk pelajar, graduan dan usahawan sedia ada. Peranan beliau sebagai mentor terkandung dalam tiga fungsi
utama iaitu Pendidik Keusahawanan, Usahawan Akademik dan Penasihat Perniagaan Keluarga.
Beliau menyokong 88 menti yang lulus dari Program Ijazah Keusahawanan UNIRAZAK. Empat puluh sembilan
daripada mereka (56%) menjalankan perniagaan sama ada sendiri, bersama rakan kongsi atau bersama keluarga. Baki
kumpulan ini pula mendapat pekerjaan dalam pelbagai jenis organisasi. Pada masa ini, beliau sedang membimbing 37
orang pelajar keusahawanan pada tahun kedua dan tahun akhir program itu. Daripada jumlah ini, 12 daripada mereka
(32%) sudah menjalankan perniagaan. Bimbingan yang diberikan adalah dalam bentuk kombinasi komunikasi terus
secara persendirian dan elektronik melalui aplikasi WhatsApp serta e-mel. Penglibatan dan sokongan yang diberikan
melangkaui waktu mengajar. Setiap menti merancang, bertindak dan maju pada kadar yang berbeza kerana mereka
mempunyai keupayaan dan kecekapan yang berlainan. Beliau percaya mentor yang baik seharusnya dapat mengimbangi
perkembangan mentinya antara "Seni dan Sains Penciptaan Nilai".
| 152 |
TRATJERKATJOEKRTI GOERMI GILEAMNILGAANKGKAPKT:KPT:
RAKARMAKAANMKAENUNKEGUGNUGLAGNULINAONVINASOIVKAESUI SKAEHUASWAHAANWAANNAN
Prof. Dr. Mohar Yusof dari UNIRAZAK tampil sebgai juara
dalam Kategori Outstanding Entrepreneurship Mentor
Award dengan wang kemenangan sebanyak RM10,000.
| 15|315| 3 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KEDUA 20185
DR. SHARUL EFFENDY JANUDIN
(UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS – UPSI)
Penerima tempat kedua Kategori Outstanding Dr. Sharul Effendy Janudin merupakan Pensyarah
Entrepreneurship Mentor Award, Dr. Sharul Effendy Janudin Kanan di Jabatan Perakaunan dan Kewangan, Fakulti
dari Universiti Perguruan Sultan Idris, di pentas MEA 2018. Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI). Beliau memulakan kerjaya
sebagai pensyarah pada tahun 2001, mengajar
subjek Perakaunan dalam bidang Pengurusan
Perakaunan. Disember 2015 menandakan pelantikan
beliau sebagai Penyelaras di Pusat Pembangunan
Keusahawanan dan menjadi mentor untuk aktiviti
keusahawanan yang dikendalikan oleh pelbagai
kelab (seperti My-Agrosis dan ENACTUS). Pada
November 2017, beliau kemudiannya dilantik sebagai
Timbalan Pengarah Pembangunan Keusahawanan
dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), mengambil
bahagian dalam aktiviti perundingan dengan gerakan
koperasi untuk mempromosikan model perniagaan
koperasi yang membantu pembangunan ekonomi
dan sosial Malaysia.
Disebabkan oleh perubahan dinamik dalam persekitaran pendidikan, ditambah dengan pengalaman yang banyak dalam
latihan keusahawanan, beliau menubuhkan kumpulan "UPSIpreneur" yang membantu pelajar untuk menjadi graduan
usahawan. UPSIpreneur didedahkan kepada alat perakaunan pengurusan strategik seperti kawalan kos, kad skor seimbang
dan sistem pengukuran prestasi kontemporari. Di UPSI, beliau terkenal sebagai mentor dengan slogan DRIVE (Dynamic,
Resilient, Intelligence, Vision and Entrepreneurial Thinking). Dengan matlamat ini, tiga mentornya berjaya disenaraikan sebagai
finalis Anugerah Keusahawanan KPT (MEA 2017); Kingdom Building (Perusahaan Pelajar Terbaik), Prasekolah Bersepadu Cilik
Mumtaz (Perusahaan Siswazah Terbaik) dan Edugro Fig (Perusahaan Sosial Terbaik).
| 154 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KETIGA 20185
PROF. DR. MOHD. SHAHRIZAL SUNAR
(UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA – UTM)
Prof. Dr. Mohd. Shahrizal Sunar dari Universiti Teknologi Profesor Dr. Mohd Shahrizal Sunar merupakan Pengarah dan
Malaysia merupakan pemenang tempat ketiga Kategori Pengasas Pusat Kecemerlangan Inovasi Media dan Permainan
(MaGICX), Universiti Teknologi Malaysia. Beliau memperoleh
Outstanding Entrepreneurship Mentor Award ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia
pada 2008. Bidang pengajian utamanya ialah grafik komputer
masa nyata dan interaktif serta persekitaran maya. Beliau
menerima Ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam Grafik Komputer
dan Persekitaran Maya (2001) dari University of Hull, United
Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda Sains (BSc) dalam bidang
Sains Komputer dengan pengkhususan Grafik Komputer (1999)
dari Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai
ahli akademik di Jabatan Grafik Komputer dan Multimedia,
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti
Teknologi Malaysia sejak 1999. Sejak 2009, beliau telah diberi
tanggungjawab untuk menjadi Ketua Jabatan dan mengetuai
kumpulan penyelidikan Maya, Visualisasi dan Visi (UTM
ViCubeLab).
Program penyelidikan semasa yang diterajuinya ialah reality terimbuh (augmented reality), gamifikasi (gamification), interaksi
pengguna, simulator pemanduan dan teknologi kandungan kreatif. Dr. Shahrizal telah mencipta beberapa buah produk inovatif
untuk dikomersialkan daripada penyelidikannya. Di samping rutinnya sebagai ahli akademik, beliau juga membimbing syarikat
pemula teknologi dan usahawan dalam bidang berkaitannya. Dalam menyokong, mengembangkan dan mempromosikan
industri digital dan kreatif untuk selatan Malaysia, Dr. Shahrizal memulakan dan memperkenalkan Program Usahawan Digital
Johor pada 2017 yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Johor dengan kerjasama Johor Entrepreneur Development
Corporation. Objektif utama program ini adalah untuk mengembangkan seberapa ramai usahawan teknologi digital dengan
inovasi yang boleh memberi impak ekonomi kepada negara selaras dengan Industri 4.0. Dr. Shahrizal merupakan salah
seorang Felo Program 2.0 CEO@Fakulti Pendidikan Tinggibuah yang bertugas di Petronas. Beliau kini merupakan Pengarah
Institut Kejuruteraan Berpusatkan Manusia (iHumEn) UTM.
| 155 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI E : OUTSTANDING STUDENT SOCIAL ENTREPRENEURSHIP AWARD
PERTAMA 20185
MULBERRY (UNIVERSITI MALAYSIA SABAH – UMS)
Kampung Tudan terletak di zon penampan dan kawasan terpencil di Kawasan Rizab Biosfera Banjaran Crocker yang
diiktiraf oleh UNESCO. Ini menyekat penduduk kampung daripada melakukan sebarang aktiviti perindustrian selain
daripada perladangan. Penduduk kampung telah lama hidup di bawah paras kemiskinan tegar dengan pendapatan purata
hanya RM500 sebulan. Pokok buah-buahan biasanya ditanam untuk dituai buahnya, contohnya strawberi, beri hitam dan
mulberi. Inovasi yang diketengahkan adalah untuk menggunakan daun tumbuhan mulberi yang tidak mempunyai nilai
agar dapat dijadikan produk yang dikomersialkan dengan nilai pasaran bagi meningkatkan kehidupan masyarakat yang
bermasalah geografi di Kampung Tudan.
Teh Mulberi Organik ialah produk inovatif yang mengubah bahagian daun mulberi yang kurang digunakan kepada produk
teh. Ia dibuat secara tempatan di Kampung Tudan, Sabah untuk memaksimumkan potensi tanaman mulberi berbanding
hanya tertumpu kepada hasil buahnya. Daun daripada tumbuhan mulberi dipetik dengan tangan dan dikeringkan
menggunakan teknologi hijau melalui pengering bertenaga solar komuniti untuk menghasilkan teh. Selaras dengan
pengeluaran, komuniti wanita diberi peluang pekerjaan melalui pembungkusan teh menjadi produk siap.
Produk teh yang baharu dibangunkan itu telah diusahakan oleh Koperasi Tudan iaitu koperasi penduduk Kampung
Tudan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Produk ini telah dikomersialkan di pasaran sejak
Januari 2017 dan menjana pendapatan lebih daripada RM95,081. Proses dan formulasi Teh Mulberi dilindungi di bawah
Perlindungan Rahsia Perdagangan. Permohonan tanda dagangan sedang dijalankan untuk nama jenama produk mulberi.
| 156 |
TRATJERKATJOEKRTI GOERMI GILEAMNILGAANKGKAPKT:KPT:
RAKARMAKAANMKAENUNKEGUGNUGLAGNULINAONVINASOIVKAESUI SKAEHUASWAHAANWAANNAN
Juara Kategori Outstanding Student Social Entrepreneurship Award
dirangkul oleh Universiti Malaysia Sabah melalui projek Mulberry:
An Opportunity for Entrepreneurship Sustainable Livelihood for
Geographically Challenged Communities.
| 15|71|57 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KEDUA 20185
PROJECT FOR HAPPINESS: THE GREY OYSTER MUSHROOM (GOM)
(UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA – UITM)
Projek Cendawan Tiram Kelabu (GOM) dari Universiti Projek Cendawan Tiram Kelabu (GOM) dimulakan
Teknologi MARA memenangi tempat kedua Kategori bertujuan untuk mewujudkan usahawan sosial dalam
Outstanding Student Social Entrepreneurship Award. kalangan pelajar serta mengurangkan kemiskinan dan
ketidaksamaan sosial melalui projek keusahawanan
sosial. Projek GOM telah memilih Orang Kelainan
Upaya (OKU) dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
(PDK) di Segamat, Johor. Projek ini disifatkan penting
bagi menangani isu sosial dalam PDK Segamat yang
ditunjangi oleh dua aspek utama; pertama, demografi
benefisiari, dan kedua, pengetahuan benefisiari
yang terhad dan kekurangan pendedahan tentang
agroteknologi. Di samping itu, benefisiari yang terlibat
secara eksplisit diperkenalkan kepada tanggapan
keusahawanan sosial yang mampu meningkatkan taraf
hidup mereka. Pada masa yang sama, ia menggalakkan
rasa pemilikan dan pemerkasaan diri dalam kalangan
komuniti.
Penglibatan pihak luar dilihat melalui wakaf besar oleh Khind Starfish Foundation dan Peladang. Dana daripada Khind
Starfish Foundation untuk inisiatif ini sekali lagi menjadi tonggak bagi mengembangkan potensi penanaman cendawan
tiram. Sementara itu, Peladang telah membentuk sinergi untuk menyokong inisiatif ini dengan menyediakan latihan dan
perundingan yang sewajarnya kepada para penerima. Oleh itu, kesejahteraan sosial dan ekonomi OKU telah meningkat
dengan pesat. Semasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperkenalkan 17 Matlamat Pembangunan Mampan
atau Sustaibable Development Goals (SDG) untuk mengubah dunia, Projek GOM telah dapat mencapai tiga daripada SDG
tersebut iaitu kesihatan dan kesejahteraan yang baik, pekerjaan yang baik dan pertumbuhan ekonomi, serta mengurangkan
ketidaksamaan. Projek ini memperkasakan golongan kelainan upaya dengan kemahiran keusahawanan dan perniagaan
cendawan tiram yang menjana keuntungan yang mampan
| 158 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KETIGA 20185
ARTS PROJECTION ADIKARMA: APA
(UNIVERSITI SAINS MALAYSIA – USM)
Arts Projection Adikarma (APA) 2017 telah dianjurkan oleh
Adikarma USM Cultural Group dalam usaha menangani isu
pemeliharaan budaya di Malaysia. Projek ini bertujuan untuk
mencapai objektif berikut: (1) untuk mempromosikan budaya
kecil yang terancam dalam kalangan komuniti Malaysia melalui
tarian, muzik dan karya teater yang tidak kreatif; (2) untuk
mempromosikan pemeliharaan budaya melalui pengajaran
dan pembelajaran dengan membentuk hubungan budaya
dengan sekolah dan institusi lain; dan (3) untuk meningkatkan
kesedaran sosial dengan memindahkan dan mempamerkan
nilai-nilai pemeliharaan budaya melalui pameran dan bengkel.
Model perniagaan APA memberi tumpuan kepada pelaksanaan
dalam setiaplima fasa. APA bermula dengan mencipta aliran
Tempat ketiga Kategori Outstanding Student Social pendapatan seperti kutipan yuran melalui bengkel latihan,
Entrepreneurship Award Arts dimenangi oleh Arts Projection jualan tiket persembahan, dan penyewaan ruang perniagaan
yang dibuka kepada pelajar dan orang ramai. Pendapatan yang
Adikarma (APA) dari Universiti Sains Malaysia.
dijana kemudiannya digunakan sebagai modal permulaan
dalam fasa kedua bagi mewujudkan Hubungan Kebudayaan dalam kalangan Pusat Pengajian bagi membentuk Rantaian
Pengetahuan. Dalam fasa ketiga, APA mempromosikan inovasi mereka melalui pameran tentang budaya minor Malaysia
termasuk penerangan ringkas tentang budaya tersebut sebagai cara untuk mendidik pengunjung. APA menganjurkan Arts
of Komca (AOK) 4.0 yang terdiri daripada persembahan dan gerai perniagaan dalam fasa keempat. Sebagai penutup dan fasa
kelima APA 2017, projek Komuniti Melayu Perth-USM di Australia telah dianjurkan untuk menghidupkan semula masyarakat
Melayu Perth tentang nilai budaya Malaysia melalui bengkel dan wacana tarian kebudayaan. Projek ini bukan sahaja dapat
memberi inspirasi tetapi modulnya boleh direplikasi oleh institusi lain sebagai usaha bersama bagi menangani isu-isu
pemeliharaan budaya di Malaysia.
| 159 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
| 160 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
DIMENSI BAHARU ANUGERAH
KEUSAHAWANAN KPT 2021
(AKKPT 2021)
| 161 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
Bagi penganjuran pada tahun 2021, anugerah yang dahulunya dikenali sebagai MOHE Entrepreneurial Awards (MEA) telah
dijenamakan kepada Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi (AKKPT) 2021 dalam usaha Kementerian
Pengajian Tinggi untuk memperkasa Bahasa Melayu dalam program-program rasmi Kementerian.
Program Anugerah Keusahawanan KPT 2021 merupakan salah satu program kolaborasi Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang bertujuan untuk menyemarakkan
agenda keusahawanan di negara ini selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030). MEDAC, melalui
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), terlibat sebagai Jawatankuasa Penilaian bagi penentuan pemenang bermula
daripada pengenalpastian panel penilai dan pelaksanaan proses penilaian peserta sepanjang tempoh program
berlangsung.
Penyertaan bagi anugerah ini adalah terbuka kepada semua Universiti Awam, Universiti Swasta yang terpilih iaitu
dalam kategori 4 bintang penilaian SETARA di Malaysia, Politeknik dan Kolej Komuniti. Sebanyak lima (5) kategori telah
dipertandingkan bagi AKKPT 2021 ini seperti berikut:
i. Kategori A: Anugerah Institusi
Universiti Terbaik
Politeknik Terbaik
Kolej Komuniti Terbaik
ii. Kategori B: Anugerah Perusahaan Pelajar Terbaik
iii. Kategori C: Anugerah Perusahaan Graduan Terbaik
iv. Kategori D: Anugerah Mentor Keusahawanan Terbaik
v. Kategori E: Anugerah Projek Keusahawanan Sosial Terbaik
Objektif utama pelaksanaan program Anugerah Keusahawanan KPT 2021 ini adalah:
Memberi pengiktirafan kepada IPT, tenaga pengajar dan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan serta komitmen
yang tinggi dalam menjayakan agenda keusahawanan di IPT.
Menggalakkan pewujudan ekosistem yang kondusif dan terancang bagi pembangunan dan pendidikan
keusahawanan secara holistik di IPT tempatan.
Dengan tema Memartabat Keusahawanan IPT, Meraikan Kegemilangan anugerah pada kali ini bertepatan dengan
komitmen KPT dalam mengangkat kepentingan agenda keusahawanan di IPT melahirkan pelajar dan graduan yang
bermindakan keusahawanan yang dapat membantu mereka mencapai kegemilangan dalam kerjaya setelah mereka
bergraduat. Sejajar dengan objektif utama penganjuran anugerah ini iaitu untuk mengiktiraf institusi, pelajar, graduan
dan mentor yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa agenda keusahawan di peringkat pendidikan
tinggi.
| 162 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
Bagi edisi kali ini barisan panel penilai yang dikenalpasti dan diselaraskan oleh INSKEN selaku Jawatankuasa Kerja
Penilaian Anugerah Keusahawanan KPT 2021. Mereka terdiri daripada pegawai daripada agensi kerajaan dan swasta,
tokoh usahawan dan agensi-agensi pendanaan seperti SME Corp., TEKUN Nasional dan Perbadanan Usahawan Nasional
Berhad (PUNB). Senarai panel adalah seperti berikut:
Kategori A : Anugerah Institusi
i. Universiti
Ketua Juri: Puan Mariamah Hj. Daud
YBhg. Dato’ Zulfikri Osman Pengarah Bahagian Pembangunan Teknologi
Timbalan Ketua Pengarah Malaysian Technology Development
(Keusahawanan) Corporation (MTDC)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Encik Izwan Zainuddin Ts. Mohd Muzzammil Ismail
Ketua Pegawai Eksekutif Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Usahawan Nasional Yayasan Peneraju
Berhad (PUNB)
| 163 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
Kategori A : Anugerah Institusi
ii. Politeknik
Ketua Juri: Encik Awang Puan Hazina Mohamad Encik Noor Mohd Helmi
Encik Sr. Mohd Salem Habiburllah Awang Ismail
Kailany Pengarah Urusan Ketua, Jabatan Perniagaan Nong Hadzmi
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
UDA Holdings HMN Nadhir Sdn. Bhd. Antarabangsa Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Usahawan IX Telecom Sdn. Bhd.
Nasional (PUNB)
Kategori A : Anugerah Institusi
iii. Kolej Komuniti
Ketua Juri: YBhg. Datuk Mazlina Puan Biruntha Mooruthi Encik Arif Tukiman
Encik Abdul Jammi Kamaruddin Ketua Pegawai Komersial Ketua Pegawai Eksekutif
Abdul Karim Ketua Pegawai Eksekutif UNITEN R&D Sdn. Bhd. Run Cloud
Timbalan Ketua & Pengarah Eksekutif
Pegawai Eksekutif Bismi Empire/
Perbadanan Usahawan Ayam Bismi
Nasional Berhad
(PUNB)
| 164 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
Kategori B: Anugerah Perusahaan Pelajar Terbaik
Ketua Juri: Encik Yahaya Sani Encik Dash Dhakshinamoorthy
Encik Muhd Firdaus Azharuddin Pengarah Bahagian Pengasas
Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Usahawan Startup Malaysia
Institut Keusahawanan Negara Majlis Amanah Rakyat (MARA)
(INSKEN)
Kategori C: Anugerah Perusahaan Graduan Terbaik
Ketua Juri: Encik Aishamuddin Zulkefli Encik Hairil Izwar Abd Rahman
Encik Rizal Nainy Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Ketua Pegawai Transformasi
Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Digital & Teknologi
SME Corp. Malaysia SME Bank
| 165 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
Kategori D: Anugerah Mentor Keusahawanan Terbaik
Ketua Juri: YBhg. Dato’ Rohana Ramly YBrs. Dr. V. Sivapalan
Ketua Pegawai Eksekutif
YBhg. Dato’ Husni Salleh Mantan Timbalan Ketua Proficeo Consultants Sdn. Bhd.
Pengarah & Ketua Pegawai Pegawai Eksekutif
Governans SME Corp. Malaysia
Summer Group Health
Limited (UK)
Kategori E: Anugerah Projek Keusahawanan Sosial Terbaik
Ketua Juri: Puan Sharmila Mohamad Salleh Encik Amiruddin Abdul Shukor
YBhg. Dato’ Shaharuddin Ketua Pegawai Eksekutif Menjalankan Fungsi Ketua
Abu Sohot Yayasan Inovasi Malaysia Pegawai Eksekutif
Setiausaha Bahagian Malaysian Global Innovation and
Bahagian Perancangan dan Creativity Centre (MAGIC)
Penyelidikan Dasar
Kementerian Pengajian
Tinggi
| 166 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
Penilaian telah dilaksanakan bermula pada bulan September hingga November 2021 oleh panel penilai yang dilantik.
Berikut merupakan barisan finalis AKKPT 2021 bagi setiap kategori yang dipertandingkan:
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (UNIVERSITI)
2021
UNIVERSITI MULTIMEDIA (MMU)
Universiti Multimedia (MMU) mempunyai ekosistem
keusahawanan yang komprehensif dengan berpandukan
pernyataan visi “Mentransformasi Masyarakat melalui
Inovasi”. Keusahawanan merupakan elemen utama
dalam pernyataan misi bersama di mana pendidikan
dan penyelidikan memberikan tumpuan kepada aspek
keusahawanan. Pusat Pembangunan Keusahawanan
(EDC) bersama pihak berkepentingan dalaman dan
luaran, bertindak sebagai agen utama dalam menyelaras
pembangunan keusahawanan di MMU. Di sini, MMU melatih
bakat keusahawanan, mengintegrasikan keusahawanan
ke dalam kurikulum, menyediakan pembiayaan awal, ruang
kerja, kemudahan, bimbingan dan rangkaian kerjasama dengan pihak luar kepada kakitangan dan pelajar keusahawanan
mereka.
Ekosistem keusahawanan membantu kakitangan MMU, pelajar dan alumni dalam mengasaskan perusahaan dan
perniagaan mereka, menyertai anugerah peringkat antarabangsa dan nasional dalam reka cipta dan keusahawanan,
menjadi ikon dalam industri mereka sendiri dan yang paling utama ialah menyebarkan pengetahuan keusahawanan dan
teknologi secara berterusan serta membantu masyarakat secara proaktif. Kejayaan ini menggalakkan warga MMU untuk
terus menerapkan keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pelaksanaan program berkaitan
bagi memberi impak kepada warga MMU sendiri dan masyarakat. Hasilnya, dengan kemudahan, bakat dan metodologi
pengajaran dan pembelajaran MMU dapat memastikan semua aktiviti pembelajaran dapat diteruskan dengan baik
walaupun semasa pandemik COVID-19 melanda negara.
| 167 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (UNIVERSITI)
2021
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan sebuah
Institusi Pengajian Tinggi Awam yang memegang amanah
besar dalam memperkasakan rakyat dan negara selain
mendukung bahasa kebangsaan Malaysia. Dalam usaha
memacu ekonomi rakyat dan negara melalui kaedah
pemantapan ilmu dan kemahiran, UKM telah menyusun lima
(5) Teras sebagai Pelan Strategik UKM 2019-2021. Pelan
Strategik UKM 2019-2021 yang berkonsepkan House of
Quality menggariskan lima (5) Teras utama dan 18 strategi
yang menjadi paksi bagi melonjakkan lagi UKM di peringkat
tempatan dan antarabangsa dari sudut penyelidikan,
akademik, antarabangsa, bakat dan kewangan.
Sejajar dengan dasar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk pelaksanaan pendidikan keusahawanan di universiti,
UKM menerima cabaran seperti yang ditunjukkan oleh perubahan struktur untuk menampung keperluan universiti
keusahawanan. Antara inisiatif yang telah digariskan ialah memperkasakan program keusahawanan universiti melalui
pelbagai aktiviti untuk memberi pendedahan serta kemahiran keusahawanan kepada para pelajar dan kakitangan.
Pelaksanaan inisiatif ini membuktikan kesungguhan UKM dalam memperkasakan agenda penjanaan pendapatan bagi
menjadikan UKM sebagai sebuah institusi yang mampu berdikari dalam urusan pentadbiran, pembangunan kakitangan dan
perkembangan pelajar. Kesan pelaksanaan ini menghasilkan semangat dan aktiviti keusahawanan yang pesat berkembang
merentasi fakulti, institut, kolej dan pelbagai pusat tanggungjawab merangkumi seluruh kampus. Kemudahan dan
kepakaran yang terdapat di dalam kampus digunakan sepenuhnya bagi mencapai hasil yang optimum. Pendekatan holistik
yang digunakan oleh UKM dalam mempromosikan penyelidikan, inovasi, pengkomersialan dan keusahawanan merupakan
bukti kukuh bahawa UKM sebenarnya merupakan sebuah institusi keusahawanan yang cakna dengan perubahan.
| 168 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (UNIVERSITI)
2021
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sentiasa komited
dalam melaksanakan agenda keusahawanan yang jitu dalam
kalangan warganya. Ekosistem keusahawanan yang dibentuk
menjadi faktor utama yang menyokong kejayaan UniSZA
dalam memenuhi Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi
Pendidikan Tinggi 2016-2020 (PTK IPT 2016-2020). Elemen-
elemen seperti penerapan budaya dan nilai melalui program
akademik dan ko-kurikulum terserlah hasil kejayaan pelajar
dan kakitangan yang telah berjaya menjalankan perniagaan
dan membangunkan produk inovasi masing-masing.
Kesemua ini disokong oleh visi, misi dan pelan strategik UniSZA dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Persekitaran
ekosistem sentiasa ditambah baik merangkumi kemudahan infrastruktur dan info struktur seperti tapak perniagaan, lot
kedai, lot kafe, ruang guna sama, inkubator serta media sosial, pangkalan data dan platform perniagaan digital.
Hasil daripada ekosistem keusahawanan tersebut, pelbagai impak dan keberhasilan dalam aspek keusahawanan
dapat dilihat melalui pencapaian UniSZA dalam PTK IPT 2016-2020 yang sangat cemerlang. Selain itu, penglibatan
kakitangan yang inovatif dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan merupakan penyumbang utama dan sangat penting
untuk memastikan hasil impak maksima dalam inovatif keusahawanan. Pada tahun 2020 sahaja penglibatan kakitangan
UniSZA ialah sebanyak 180%. Kejayaan ini juga merupakan inisiatif strategik kakitangan dalam menyokong keusahawanan
UniSZA melalui kerjasama luar. Penglibatan pemegang taruh terserlah melalui Memorandum of Understanding (MoU)
dan Memorandum of Agreement (MoA) bersama industri di mana komuniti menunjukkan usaha sama yang terjalin dalam
mencapai objektif membudayakan keusahawanan di UniSZA.
| 169 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (UNIVERSITI)
2021
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa
responsif dalam perubahan persekitaran khususnya
semasa hambatan pandemik COVID-19 melanda dunia.
Kelangsungan UPSI diterjemahkan dalam perancangan
taktikal dan strategi yang bersifat fleksibel dan dinamik.
Namun begitu, aktiviti berkaitan keusahawanan
tetap berjalan seperti biasa walaupun pendekatan
diambil berbeza secara signifikan daripada kebiasaan.
Maka, ekosistem keusahawanan diperkemas melalui
penglibatan pelajar, pensyarah, kakitangan pentadbiran
dan pemegang taruh. Kakitangan yang inovatif dan bercirikan keusahawanan perlu diberikan ruang untuk berkarya.
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) UPSI diberikan mandat untuk meneroka
peluang agar pelajar menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Hasilnya dibuktikan berdasarkan impak
dan keberhasilan dalam aspek keusahawanan seperti pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ia merangkumi pendedahan keusahawanan, di mana ia membabitkan pelajar yang
terlibat dengan perniagaan semasa pengajian, graduan yang menceburi bidang perniagaan dan tenaga pengajar yang
mempunyai kepakaran keusahawanan. UPSI serius dalam menjadikan keusahawanan sebagai tunggak yang memacu
kelangsungan masa hadapan dengan menjadikan model “entrepreneurial university” sebagai kompas perancangan.
| 170 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (UNIVERSITI)
2021
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
Slogan Inovatif, Keusahawanan dan Global yang
diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) telah menjadi seruan yang jelas bagi mengatasi
cabaran besar global abad ke-21 dalam pendidikan
tinggi. Ia juga diterapkan bagi memenuhi aspirasi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
2015-2025 (Pendidikan Nasional & Transnasional). UTM
meningkatkan prestasinya dan melonjak 11 anak tangga
kepada 217 dalam QS World University Rankings 2020
dan merupakan antara 21% teratas dalam QS World
University Rankings. UTMKL Residences, siap dibina pada
2017, bertujuan untuk memanfaatkan lokasi strategiknya yang berfungsi sebagai penginapan pelajar dan pangsapuri
perkhidmatan. Ia juga mampu menarik minat jenama terkemuka seperti mynews.com dan Burger King.
Dengan moto “Memajukan dari Makmal ke Pasaran”, ia memastikan penyelidikan dan inovasi asas UTM mendapat
sokongan yang mencukupi dalam menterjemah penyelidikan ke pasaran. Ia juga bagi memastikan wujud satu lagi sumber
pendapatan yang mampan kepada universiti. Berazam untuk memacu aktiviti keusahawanan melalui penyelidikan dan
pengkomersialan, UTM telah memanfaatkan aktivitinya ke dalam ekosistem yang menggalakkan pengkomersialan di
semua peringkat melibatkan unit Pusat Inovasi & Pengkomersialan (ICC), Pusat Inovasi & Keusahawanan Tekno Pelajar
(UTM XCITE), Pusat Kerjaya UTM (UTM CC), Taman Teknologi, dan Kelab Keusahawanan Pelajar, yang meliputi kakitangan
dan pelajar UTM. Bagi tahun 2020, melalui pengkomersialan produk R&D, ia telah menjana RM 66 juta daripada 45 buah
syarikat secara spin off.
| 171 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (UNIVERSITI)
2021
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
Matlamat pembangunan keusahawanan di
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) adalah untuk
memastikan ekonomi pelajar dapat menjamin
masa depan mereka selepas tamat pengajian.
Selain daripada meningkatkan penglibatan pelajar
sebagai pencipta pekerjaan, UTP turut menyasarkan
pembangunan minda keusahawanan dalam kalangan
pelajarnya di mana selepas mereka bergraduat,
mereka mampu mengaplikasikan pengetahuan dalam
bidang keusahawanan sama ada di dalam organisasi
mereka bekerja atau sebagai persediaan memulakan
perniagaan sendiri.
Pejabat Teknousahawan di bawah Pusat Pembangunan Pelajar diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif dalam
mewujudkan ekosistem keusahawanan untuk pelajar di kampus. Pembangunan keusahawanan untuk pelajar di UTP
dilaksanakan melalui 3 pendekatan iaitu:
Aktiviti kurikulum dan kokurikulum sebagai sebahagian daripada penyampaian kursus di bilik darjah oleh pensyarah
dan tenaga pengajar akademik. Ini termasuk penawaran kursus berkaitan inovasi dan keusahawanan pada semester
akademik yang berbeza.
Program luar kurikulum yang dilakukan melalui Pejabat Teknousahawan, yang menyediakan program pembangunan
produk dan permulaan untuk memupuk minda keusahawanan dan kecekapan perniagaan melalui bootcamp,
bengkel, seminar, pertandingan dan platform perniagaan. Pejabat ini juga menyediakan kemudahan dan bantuan
pembiayaan untuk pelajar memulakan usaha perniagaan mereka di kampus.
Penglibatan komuniti melalui program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR), di mana pelajar mengambil bahagian
dalam memberi kesan kepada masyarakat melalui projek jangkauan komuniti.
| 172 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (UNIVERSITI)
2021
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memulakan usaha
dalam menyokong agenda keusahawanan melalui
penggubalan strategi yang mentadbir institusi secara
holistik selaras dengan aspirasi peringkat nasional.
Perencanaan ini adalah berpandukan kepada matlamat
utama Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB
2030) iaitu untuk menyediakan taraf hidup yang baik
kepada semua rakyat Malaysia menjelang 2030 dan juga
Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN 2030) yang
berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
keusahawanan yang cemerlang menjelang 2030. Usaha
yang berterusan juga dirangka dalam menyokong hasrat
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menjadikan
Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) lebih keusahawanan, aktif dalam mengkomersialkan penyelidikan mereka dan berupaya
membangunkan lebih banyak syarikat spin-off berasaskan pengetahuan.
Penglibatan pelajar di UUM dapat dilihat melalui lensa yang berbeza. Ia merangkumi projek penciptaan pekerjaan, di mana
sebahagian daripadanya telah terlibat sama dalam memperkasakan masyarakat. Kakitangan yang inovatif dan mempunyai
atribut keusahawanan telah memacu UUM untuk menjadi lebih keusahawanan daripada segi penyelidikan dan ciptaan
yang boleh dikomersialkan serta berkelayakan dalam memberi perkhidmatan perundingan. UUM menggabungkan
pengajaran, pembelajaran kreatif dan keusahawanan melalui penglibatan pemain industri dan agensi berkaitan dalam
mewujudkan sokongan dan bimbingan kepada pelajar. UUM juga percaya bahawa keupayaan menjana pekerjaan untuk
orang lain adalah antara elemen yang paling penting dalam membantu pembangunan ekonomi negara di mana usaha
kolektif daripada semua lapisan masyarakat diperlukan untuk merealisasikannya.
| 173 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (UNIVERSITI)
2021
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menjadi
pelopor pendidikan keusahawanan sejak 2006. UMK
menitik beratkan keusahawanan dan nuansanya
sekali gus menyokong kerjayanya sebagai universiti
keusahawanan pertama di Malaysia. Dengan slogan
‘Keusahawanan Teras Kami’ dan moto ‘Universiti
Keusahawanan’, UMK bermatlamat untuk melahirkan
modal insan yang seimbang dan holistik, memiliki ciri-
ciri keusahawanan serta berpengetahuan luas agar
dapat kekal bersaing dengan tuntutan global. Agenda
utama UMK adalah untuk melahirkan, bukan sahaja
graduan yang berpengetahuan, tetapi juga, graduan yang dilengkapi dengan sifat-sifat keusahawanan secara pragmatik.
Dalam memastikan agenda keusahawanan dilaksanakan secara menyeluruh, UMK telah meningkatkan pembangunan
infrastruktur dan perkhidmatan dalam kampus. Antara pembangunan yang telah dilaksanakan ialah: (1) memberi ruang
kepada pelajar untuk berniaga; (2) inkubator dan accelerator disediakan sebagai insentif kepada pelajar (sebagai contoh:
inkubator 2u2i, inkubator inovasi, studio kreatif dan inkubator perniagaan); (3) dana benih untuk permulaan perniagaan,
peningkatan kemahiran dan pertumbuhan (sebagai contoh: Pembiayaan mikro Uniseed dan Nadicorp-UMK); dan (4)
makmal hayat untuk pelajar ‘belajar dan mengaplikasikan’ (sebagai contoh: Daun Basil, Klinik Veterinar, Spa Elysian dan
Chill’X). Pihak universiti juga terus menggalakkan pelajar dengan menyediakan latihan keusahawanan, pinjaman melalui
Skim Pinjaman Mikro sehingga maksimum RM5,000, sewaan kios usahawan muda dan pelbagai program untuk memberi
inspirasi kepada pelajar bagi melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Selain pelajar, warga UMK amat digalakkan
untuk menjalankan perniagaan sendiri. UMK juga giat menggalakkan kakitangan mereka menjadi lebih keusahawanan
serta menggalakkan pengkomersialan dengan memperkenalkan (i) Polisi Spin-off dan Start-up, (ii) Dasar Pengkomersialan
dan Harta Intelek, (iii) Polisi Keusahawanan Staf, (iv) Garis Panduan untuk pinjaman mudah (kakitangan) dan (v) Sabatikal
Keusahawanan.
| 174 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (UNIVERSITI)
2021
UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) sentiasa
berusaha untuk menjadi sebuah universiti yang
mempunyai kecemerlangan dalam pendidikan
global juga memberi impak kemasyarakatan yang
transformatif. Dalam mencapai visinya, UTAR
menunjukkan ketangkasannya dalam menghadapi
sempadan dan cabaran baharu. Ia berusaha
meningkatkan kualiti pendidikan bagi melahirkan
graduan yang berilmu dan berfikiran ke hadapan.
Selaras dengan visi dan misinya, 8 bidang tumpuan
dan 25 strategi telah dirangka bagi menyokong
pembangunan keusahawanan di UTAR. Pelaksanaan
inisiatif ini disokong oleh pihak pengurusan, kakitangan, pelajar, alumni, Multinational Corporation (MNC), Small and
medium-sized enterprises (SME), Semiconductor Manufacturing International (SMI) dan lain-lain.
Berpandukan kepada Dasar Keusahawanan di UTAR, Unovate Centre telah ditubuhkan sebagai hab keusahawanan
melibatkan semua fakulti dan jabatan untuk pembangunan keusahawanan. Pada tahun 2020, UTAR merupakan universiti
pertama yang mempunyai ekosistem e-dagang yang lengkap melalui E-Marketplace, campus fulfilment centre dan
e-commerce delivery centre. Seramai lebih 1,756 orang pelajar UTAR terlibat dalam program e-dagang Alibaba.
UTAR juga telah menubuhkan beberapa program akademik berorientasikan industri. Melalui Program Keusahawanan
Perniagaan terdapat 20 buah program berkaitan perniagaan dilaksanakan. Pelajar daripada jurusan lain turut
digalakkan mengambil mata pelajaran keusahawanan sebagai elektif melalui kurikulum antara jurusan. Selain itu, aktiviti
keusahawanan turut giat dijalankan misalnya ceramah keusahawanan, pasar lambak, projek keusahawanan sosial,
pertandingan rancangan perniagaan, persidangan dan program bersama rangkaian alumni. Sehingga kini, lebih 13,000
orang pelajar telah terlibat dalam program pendedahan keusahawanan.
| 175 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (UNIVERSITI)
2021
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
Universiti Putra Malaysia (UPM) sentiasa
menitikberatkan aspek kualiti, kesempurnaan,
ketepatan dan kecemerlangan budaya kerja dalam
memastikan kecemerlangan institusi sentiasa di
tahap tertinggi. Selaras dengan matlamat tersebut,
penumpuan diberikan kepada peranan UPM sebagai
ejen kemampanan melalui penglibatan graduan,
komuniti dan industri, pemantapan elemen penyelidikan
dan pengkomersialan, memfokuskan pertanian sebagai
bidang tumpuan utama serta melaksanakan sistem
tadbir urus yang baik. Bidang keusahawanan dan
kebolehpasaran graduan sentiasa dititikberatkan agar
graduan relevan dalam pasaran global.
UPM telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tahun 2020 untuk membangunkan program Sarjana Muda
Teknologi Pertanian Pintar bagi memenuhi hasrat melahirkan graduan yang menerajui sektor pertanian pintar negara
dan akan ditawarkan tidak lama lagi. Intervensi kurikulum program pertanian bagi memantapkan bidang pertanian perlu
dilaksanakan bagi melahirkan graduan yang berkemahiran dengan teknologi dan pengetahuan terkini dalam pengurusan
perniagaan dan kewangan. Ini juga antara inisiatif yang dijalankan UPM bagi menyokong agenda keusahawanan di kampus.
UPM memberi tumpuan kepada lima strategi utama di mana elemen keusahawanan ditanamkan di dalam setiap
pelaksanaannya dalam usaha mengukuhkan aspirasi sebagai institusi pendidikan yang disegani iaitu: (1) Memacu Pertanian
Berteknologi Tinggi (2) Membina Sahsiah Graduan UPM (3) Merintis Kampus Pintar dan Pendigitalan, (4) Menyokong
| 176 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (UNIVERSITI)
2021
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) ialah sebuah
universiti yang berkembang berasaskan nilai-nilai
kebersamaan utama organisasi, Kecemerlangan
(Excellence), Sinergi (Synergy) dan Integriti (Integrity)
secara menyeluruh; meliputi pembangunan ekosistem
keusahawanan universiti. UiTM juga menekankan nilai-
nilai utama sumber manusianya yang berasaskan suatu
kerangka kerja yang dikenali sebagai Ilmu, Disiplin,
Amanah, Rajin dan Tanggungjawab (iDART) di mana
konsep ini juga dipanjangkan dalam usaha membangun
ekosistem keusahawanan mahasiswa dan warga UiTM.
Kerangka ini dibangunkan sebagai prinsip keusahawanan meliputi tiga peringkat iaitu minda (Mind), hati (Heart) dan
jiwa (Soul) di kalangan mahasiswa dan seluruh warga universiti. Sejajar dengan sasaran tersebut, UiTM meneruskan
komitmennya untuk menjadi Universiti Keusahawanan bermula pada tahun 2018. Perjalanan pelaksanaan bagi
mewujudkan kerangka kerja ekosistem universiti keusahawanan mendapat sokongan berterusan daripada pengurusan
tertinggi sehingga kakitangan sokongan.
Visi Universiti untuk menjadi Universiti Keusahawanan yang disegani dilaksanakan melalui inisiatif dan strategi yang
dirancang. Impak ekosistem keusahawanan dapat dirasakan oleh semua warga universiti dan masyarakat awam melalui
pendekatan pengajaran dan pembelajaran, kursus dan latihan. Selain itu, dalam aspek penyelidikan dan perundingan,
impak ini dibuktikan melalui nilai geran penyelidikan, perundingan dan projek-projek yang giat dijalankan serta penerbitan
akademik dan harta intelek yang didaftarkan. Kesan ini juga dapat dilihat daripada hasil penyelidikan yang telah
dikomersialkan dan jumlah perkongsian jangkauan dengan industri dan pakar yang berbeza serta kesan positif terhadap
masyarakat awam.
| 177 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (POLITEKNIK)
MUADZAM SHAH 2021
POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
Politeknik Muadzam Shah (PMS) adalah politeknik
ke-19 yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan
pendidikan Technical And Vocational Education
And Training (TVET). Ekosistem keusahawanan
di PMS adalah bertunjangkan kepada fasiliti dan
sumber keusahawanan yang kondusif seperti
Centre of Entrepreneurship Politeknik Muadzam
Shah (CESMAS), Poly Biz Mall, inkubator dan kios
perniagaan. Fasiliti ini bertujuan untuk menyokong
pertumbuhan keusahawanan yang terancang dan
holistik dalam kalangan pelajar dari segi akademik
dan bukan akademik.
Bagi memastikan pembudayaan keusahawanan yang berterusan, CESMAS telah merancang pelbagai aktiviti seperti
menyediakan platform yang bersesuaian dengan persekitaran perniagaan masa kini bagi menjamin kualiti graduan yang
bercirikan usahawan. Oleh itu, CESMAS telah melaksanakan inisiatif yang memperkenalkan satu model idea perniagaan
yang berkonsepkan keusahawanan melalui inkubator. Beberapa buah inkubator baharu telah ditubuhkan seperti Polymart,
Polyagro dan DDT Biz Centre bagi memberi nilai tambah kepada inkubator sedia ada seperti Polygift dan Polymechanic. Idea
penubuhan inkubator ini telah berjaya menjana pendapatan bagi pelajar di samping memperolehi geran keusahawanan.
Di samping itu, pengenalan keusahawanan digital telah menyumbang kepada kepelbagaian perniagaan moden masa
kini. Era digitalisasi ini menawarkan konsep baharu keusahawanan secara atas talian yang memberikan impak dari segi
pembangunan idea konsep perniagaan dan kaedah mengeksploitasi peluang dalam menguasai pasaran.
Justeru itu, CESMAS telah membangunkan jaringan digital ini dengan mengadakan kolaborasi dengan pihak Federal
Agricultural Marketing Authority (FAMA), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan beberapa lagi usahawan digital
yang terlatih seperti Permata Alwahyu Sdn. Bhd. Jalinan kolaborasi ini diharapkan akan dapat melahirkan lebih ramai
graduan usahawan merangkumi pelbagai bidang dari PMS.
| 178 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (POLITEKNIK)
MERLIMAU 2021
POLITEKNIK MERLIMAU
Politeknik Merlimau telah beroperasi sejak 17
November2002denganjumlahpelajarterkiniseramai
3,737 orang bagi sesi Disember 2020. Politeknik
Merlimau mempunyai 7 Jabatan Akademik iaitu
Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan
Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan
Perdagangan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti,
Jabatan Matematik, Sains & Komputer serta Jabatan
Pengajian Am. Ia juga disokong oleh 13 Unit Sokongan
bagi mengimbangi keperluan pembangunan aspek
lain. Unit Keusahawanan merupakan salah satu
unit yang bertanggungjawab dalam pembangunan
keusahawanan di Politeknik Merlimau. Ia berperanan dalam merancang, mengurus dan melaksana program-program
keusahawanan di peringkat institusi seiring dengan keperluan Kementerian Pengajian Tinggi.
Pembangunan keusahawanan di Politeknik Merlimau dilaksanakan berdasarkan Model Pembangunan Keusahawanan
yang mengandungi 3 Fasa iaitu Pembudayaan, Pembangunan dan Pengukuhan. Ketiga-tiga fasa ini mempunyai program
yang disusun mengikut tahap pembelajaran dan nilai kompetensi keusahawanan yang diterapkan kepada pelajar. Bagi
memastikan keseluruhan pelajar mendapat pendedahan keusahawanan, Program Politeknik Lahir Usahawan Siswa
dilaksanakan ke atas semua pelajar semester 1. Ia disusuli program Inkubator Keusahawanan pada fasa pembangunan yang
ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berminat mempelajari ilmu keusahawanan secara praktikal atau berniaga secara
berkumpulan dengan bimbingan daripada mentor keusahawanan dan mentor industri. Bagi pelajar yang mempunyai
produk sendiri, mereka akan berpeluang mengikuti program Starbox. Program ini mampu membuka peluang perniagaan
yang lebih luas bagi persediaan pelajar dalam mengembangkan perniagaan apabila tamat pengajian kelak.
| 179 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (POLITEKNIK)
SULTAN HAJI AHMAD SHAH 2021
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) amat komited
dalam menyokong hasrat kerajaan bagi melahirkan lebih
ramai usahawan berkemahiran tinggi dan berdaya tahan
selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(Pendidikan Tinggi) 2015-2025. POLISAS telah menyusun
semula dan menambah baik Ekosistem Keusahawanan seiring
dengan Revolusi Industri 4.0, ekonomi digital, ekonomi intelek,
inovasi bernilai tinggi, pengkomersialan dan keusahawanan
sosial untuk melahirkan usahawan bernilai tinggi. Dengan itu,
ia kekal relevan dalam memenuhi keperluan ekonomi masa
depan negara. POLISAS secara proaktif memperkasakan
program keusahawanan melalui Pusat Keusahawanan Pelajar
(PUSKEP). Ekosistem keusahawanan yang kondusif ini turut dibantu oleh Koperasi Puskep Berhad (KOPUSKEP), Koperasi
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Berhad (KOPOLISAS), Persatuan Kakitangan POLISAS (PKPK) dan Alumni.
Program pembangunan keusahawanan juga diperkukuh melalui penyelidikan, perundingan, latihan, kerjasama rangkaian
strategik dan perkhidmatan sosial.
Pensyarah pakar bersama 96 orang pensyarah lain yang mempunyai sijil profesional dalam bidang keusahawanan telah
ditugaskan sepenuhnya merencana agenda Keusahawanan di POLISAS. POLISAS juga merupakan pusat latihan yang
diperakui untuk pengendali makanan dan penyediaan latihan halal. Seiring dengan kemajuan revolusi industri, POLISAS telah
menghasilkan dan menggunakan inovasi dalam memudahkan pengurusan keusahawanan (Sistem Pendaftaran Pelajar
S4P-POLISAS). Social Enterprise @ Community (SE@C) bersama pengusaha bakeri menunjukkan bahawa POLISAS sangat
prihatin terhadap usahawan masyarakat setempat. Program berterusan kepada komuniti yang memerlukan bantuan pakar
sentiasa digalakkan oleh pihak pengurusan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan keusahawanan sentiasa
diamalkan oleh pensyarah melalui pemerkasaan kurikulum keusahawanan di semua jabatan dengan menerapkan aktiviti
keusahawanan. Harapan kami agar graduan POLISAS bukan sekadar menjadi usahawan, tetapi juga graduan yang mampu
menjadi pencipta pekerjaan selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN2030).
| 180 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (POLITEKNIK)
SULTAN AZLAN SHAH 2021
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) merupakan sebuah
institusi pengajian tinggi yang sangat aktif dalam aktiviti
keusahawanan. Ia amat dititikberatkan oleh pihak
pengurusan PSAS di mana aktiviti ini telah berjaya
mendapat sokongan penuh daripada Pengarah PSAS.
Pengurusan keusahawanan PSAS ditadbir oleh Pusat
Pengurusan Keusahawanan (EMaC). Sepanjang 2019-
2020, terdapat pelbagai program keusahawanan yang
dijalankan melibatkan aktiviti daripada pelbagai kluster.
Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah pasar lambak, kedai/
pasar, kios, ekspo, jualan mega, perniagaan dalam talian, National Blue Ocean Strategy (NBOS), perundingan/ Corporate Social
Responsibility (CSR), penasihat keusahawanan, perkongsian ilmu/kepakaran, pengkomersilan/ Public-Private Research
Network (PPRN), inkubator, pinjaman pembiayaan/dana dan pertandingan inovasi.
Selain melakukan aktiviti praktikal keusahawanan, PSAS juga banyak menganjurkan aktiviti kesedaran keusahawanan.
PSAS mempunyai beberapa kepakaran seperti Cikgu Closing Sale dan Master Trainer of Digital Entrepreneurship. Pakar-pakar
ini telah menyumbang perkongsian ilmu yang sangat berharga kepada pelajar, kakitangan serta masyarakat. PSAS turut
menyediakan latihan keusahawanan kepada kakitangan dan secara aktif membenarkan kakitangan untuk meningkatkan
kemahiran dan produktiviti dalam keusahawanan digital. PSAS juga mempunyai kakitangan yang kreatif dalam inovasi
keusahawanan. Pensyarah PSAS didapati aktif menggunakan pendekatan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran
keusahawanan. Dalam kalangan pensyarah PSAS juga terdapat program Be Together Success (entreprenurial mentorship) di
mana mentor akan melahirkan mentor keusahawanan yang lain. WE ARE US pula merupakan program PSAS yang melibatkan
kerjasama, pertukaran pengetahuan, peluang pengkomersialan, peluang perniagaan dan pembangunan bersama di antara
PSAS dan “Stakeholder” termasuk strategik dengan Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA), Centre for Entrepreneur
Development and Research (CEDAR) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dalam pembangunan
keusahawanan. Dan untuk hari ini, terdapat pusat membeli-belah secara maya yang telah dikendalikan di PSAS yang dikenali
sebagai PSAS V-Mall.
| 181 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (POLITEKNIK)
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 2021
SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) terus berkembang maju
sebagai institusi TVET yang terkemuka di Malaysia. Sebagai
sebuah politeknik terulung, terdapat pelbagai usaha yang
dilakukan oleh institusi untuk mewujudkan ekosistem
keusahawanan yang holistik dan kondusif seperti yang
ditekankan dalam teras pertama Dasar Keusahawanan
Nasional 2030. Salah satu langkah utama yang diambil
oleh PSA ialah dengan menubuhkan Pusat Keusahawanan
Perdana (PEC) sebagai hab bagi memudahkan semua
aktiviti keusahawanan di PSA. Bagi mengangkat agenda keusahawanan ke peringkat seterusnya, pembentukan Pusat
Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (CRI) telah berjaya meletakkan PSA sebagai tumpuan; melalui kejayaan dan
pengiktirafan dalam pelbagai projek inovasi dan kertas penyelidikan yang dihasilkan.
Selain itu, PSA telah membina gabungan yang kukuh dengan entiti keusahawanan daripada pelbagai industri melalui
Pusat Perkhidmatan & Pekerjaan Perindustrian Korporat (CISEC). Di samping kemasyhuran dan kegemilangan, PSA tidak
pernah lupa untuk berbakti kepada masyarakat melalui projek Inovasi Sosial & Keusahawanan Sosial (SESI). Sehingga
kini, PSA telah melahirkan lebih 500 orang usahawan dengan sokongan mentor terlatih dan bertauliah. PSA telah
bersedia untuk terus mengikuti dunia digital baharu melalui analisis data raya dan Pangkalan Data Keusahawanan. Pusat
Teknologi Elektronik Perubatan juga telah membentuk tapak keusahawanan yang kukuh dalam PSA melalui perkongsian
pengetahuan, perkhidmatan dan latihan yang disediakan. Melangkah ke hadapan, PSA berhasrat untuk melahirkan lebih
ramai usahawan dan pencipta pekerjaan yang berjaya dalam ranking global pada masa hadapan.
| 182 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (KOLEJ KOMUNITI)
KOLEJ KOMUNITI 2021
KUALA LANGAT
KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKHL)
Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) amat komited dalam
menyediakan ekosistem keusahawanan bagi melahirkan
graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
KKHL juga telah menerima pengiktirafan dari Standard
and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM),
Malaysian Administrative Modernisation and Management
Planning Unit (MAMPU), Malaysian Qualifications
Agency (MQA), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK) dan Jabatan Audit Negara. Impak dan
keberhasilan keusahawanan terserlah melalui kemahiran
dan bakat staf yang cemerlang di mana 85% memiliki sijil profesional, 47% berpengalaman dalam industri, 21% orang
pakar rujuk bidang, 55% menerbitkan kertas ilmiah, 40% menghasilkan produk inovasi, 70% sebagai tenaga pengajar
kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan 26% menjadi pembimbing pelajar. KKHL telah berjaya membentuk
pelajar berciri keusahawanan dengan penghasilan 15% daripada keseluruhan pelajar program menjalankan perniagaan
semasa dalam pengajian, 17 inkubator usahawan, 181 orang pelajar menyertai pertandingan di pelbagai peringkat, 252
orang pelajar dilatih sebagai pemimpin dan sukarelawan, 294 orang pelajar menerima Anugerah Pengarah dan seorang
pelajar dianugerahkan Top Student Award MACRA ACMV Award.
Jaringan keusahawanan bersama alumni turut diperkukuhkan dengan pelaksanaan 7 program bersama alumni, 3 orang
ikon usahawan alumni dan 4 program Alumni Talk. Penyertaan sejumlah 7,838 orang dalam kumpulan komuniti yang
melibatkan 646 buah kursus PSH telah melahirkan seramai 14 orang usahawan komuniti dan 2 orang ikon usahawan
komuniti dengan janaan akaun amanah sebanyak RM192,979.07. 14 buah program kesukarelawanan bersama komuniti
dan 7 aktiviti dalam Program Cakna Komuniti 2019 melibatkan penyertaan seramai 250 orang peserta telah berjaya
dilaksanakan. Penglibatan pemegang taruh dalam 5 buah program bersama Jawatankuasa Penasihat Kolej, 27 program
kolaboratif melibatkan 28 buah industri, 4 program CSR bersama 4 NGO juga telah berjaya dilaksanakan.
| 183 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (KOLEJ KOMUNITI)
KOLEJ KOMUNITI 2021
SUNGAI PETANI
KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI (KKSP)
Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP), yang ditubuhkan
pada Mac 2002, bertujuan untuk menyediakan
pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti
kepada seluruh masyarakat. Ini dapat direalisasikan
dengan menyediakan laluan kerjaya untuk mereka
dan seterusnya, meningkatkan tahap sosioekonomi
masyarakat setempat secara keseluruhan. Justeru
itu, KKSP bercadang untuk menggiatkan semula
fungsi institusi terutamanya untuk pelajar dan pihak
berkepentingan yang lain melalui Indeks prestasi Utama
(KPI) dan susunan aliran kerja yang telah ditetapkan. Kerja berpasukan kekal diutamakan dalam menerajui operasi dan
menghasilkan keputusan yang mengagumkan.
Pelbagai kejayaan yang memberi impak telah dapat dicapai hasil kerjasama antara pengurusan dan kakitangan yang
ingin memartabatkan nama baik institusi termasuk jabatan dan masyarakat. Seterusnya, kejayaan pelajar dan kakitangan
dipamerkan melalui reputasi mereka dalam bidang masing-masing. Kejayaan itu datang daripada rangsangan ekosistem
keusahawanan institusi, menuntut ahli untuk terus komited dan berdaya saing dalam mana-mana bidang yang
dipilih. Kejayaan-kejayaan ini akan terus diraih untuk melahirkan pelajar, komuniti dan kakitangan keusahawanan bagi
meningkatkan tahap ekonomi dan sosial. Pencapaian SPCC sebahagian besarnya disokong oleh ekosistemnya yang
positif dan mampan, kerjasama antara kakitangan dan pengurusan serta pelaksanaan berdasarkan perancangan strategik
organisasi yang telah dirangka.
| 184 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (KOLEJ KOMUNITI)
KOLEJ KOMUNITI 2021
PASIR GUDANG
KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG (KKPG)
KolejKomunitiPasirGudang(KKPG)melihatpembudayaan
keusahawanan sebagai elemen penting di kalangan
pelajar dan warganya. Pengurusan yang mantap daripada
pengarah yang menerajui KKPG dengan slogan "Together
We Achieve More" telah membawa beberapa kejayaan
dengan sokongan 61 orang kakitangan berdedikasi dan
5 program yang ditawarkan kepada pelajar iaitu Sijil
Pengoperasian Perniagaan, Sijil Fesyen & Pakaian, Sijil
Terapi Kecantikan & Spa, Sijil Dandanan Rambut serta Sijil
Teknologi Maklumat. Unit Keusahawanan KKPG komited
melahirkan usahawan di kalangan pelajar dan peserta kursus pendek. 83 buah program keusahawanan, pembangunan
pelajar dan kemahiran telah dianjurkan sebagai langkah proaktif mencipta kejayaan bagi institusi, staf, pelajar, graduan dan
komuniti setempat.
Kakitangan KKPG yang cemerlang telah menjadikan keusahawanan bidang terpenting untuk melahirkan pelajar berjiwa
keusahawanan. Sebanyak 512 penyertaan kursus peningkatan kemahiran telah dihadiri kakitangan KKPG sepanjang
tahun 2019 dan 2020 menjadikan staf KKPG mencapai kejayaan dalam inovasi, penyelidikan dan kepakaran yang
membawa kepada beberapa pengiktirafan besar dalam bidang keusahawanan. Sebanyak 1,275 penyertaan dalam aktiviti
pembudayaan keusahawanan sepanjang tahun 2019 & 2020 telah dicapai hasil gabungan unit keusahawanan dengan
unit-unit lain dalam menganjurkan program pembudayaan keusahawanan. Selain itu, sebanyak 35 jaringan kolaborasi telah
dibina yang menggambarkan bahawa KKPG komited melaksanakan keusahawanan di kalangan pemegang taruh. Terdapat
peningkatan sebanyak 192% dalam sesi penyeliaan dan pementoran menunjukkan pembudayaan keusahawanan adalah
penting dalam kalangan warga KKPG.
| 185 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI A : ANUGERAH INSTITUSI (KOLEJ KOMUNITI)
KOLEJ KOMUNITI 2021
SELANDAR
KOLEJ KOMUNITI SELANDAR (KKSL)
KolejKomunitiSelandar(KKSL)merupakansebuahinstitusi
keusahawanan yang menyediakan latihan kemahiran dan
peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk masyarakat
setempat. KKSL mempunyai infrastruktur yang lengkap
bagi memenuhi keperluan warganya dalam melaksanakan
aktiviti pembelajaran dan keusahawanan. Terdapat empat
(4) buah program pengajian di KKSL iaitu Sijil Landskap, Sijil
Pengoperasian Perniagaan, Sijil Teknologi Penyejukan dan
Penyamanan Udara serta Sijil Komputer dan Rangkaian
dengan penglibatan seramai 64 orang kakitangan dan
202 orang pelajar. Ekosistem kondusif merupakan kesepaduan setiap unit dan bahagian bagi memastikan setiap perkara
yang dirancang berjalan dengan lancar. Ini dapat dilihat dengan pengiktirafan kecemerlangan yang diterima KKSL iaitu
Pensijilan MS ISO 9001:2015, 100% pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) institusi peringkat JPPKK dan pengiktirafan
cemerlang Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Elemen peningkatan kompetensi kemahiran dan kerjaya kakitangan serta pelajar merupakan keutamaan pihak pengurusan
KKSL. Berdasarkan Penunjuk Prestasi Utama KKSL, para pelajar telah mencapai kecemerlangan dalam pertandingan
keusahawanan, kepimpinan, inovasi dan kemahiran. Kakitangan KKSL juga aktif dalam penglibatan penyelidikan, inovasi,
penulisan dan penerbitan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. KKSL juga menyediakan Program Khidmat
Masyarakat dan Keusahawanan Sosial bagi meningkatkan sosio-ekonomi pelbagai golongan. Program seperti Coaching
and Mentoring dan Inkubator Keusahawanan telah dapat memberi impak positif kepada pemegang taruh khususnya
pelajar.
| 186 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK
KOLEJ KOMUNITI 2021
KUALA LANGAT
QALYMA GLOBAL - KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT (KKKL)
Muhammad Qais Amiri bin Jamalludin
merupakan pengasas syarikat Halisco Global
dan Qalyma Global dengan produk utamanya
radio al-Quran dan al-Quran terjemahan.
Syarikat beliau telah menerima pengiktirafan
di bawah program SSM Bizgrant, Perbadanan
Harta Intelek Malaysia dan jemputan ke Program
Latihan Khas bersama Facebook Singapura. Visi
syarikat beliau mahu menjadi pelopor utama
dalam industri penerbitan al-Quran di Malaysia
dan mengeksport al-Quran ke Asia Tenggara.
Jumlah jualan bagi tahun 2019 dan 2020
mencecah RM640,000.00 dengan peningkatan
jualan sebanyak 51.3%. Beliau merupakan
penjana pekerjaan dengan 60 orang agen dropship dan 16 orang pekerja. Kini, Qalyma Global merupakan pembayar
cukai LHDN, zakat perniagaan dan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Syarikat beliau telah banyak
memenangi persaingan dengan penawaran nilai tambah dan mengetengahkan keunikan produk. Beliau menawarkan
perkhidmatan ukiran nama untuk al Quran terjemahan yang disiapkan dalam masa 24 jam dengan keuntungan sehingga
60%. Kaedah promosi pula mengutamakan penggunaan platform media sosial dan jualan menggunakan Whatsapp dan
Shopee. Qalyma Global dikenali di mata pelanggan dengan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan pantas.
| 187 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK
2021
REDSQUARE TECHNOLOGIES SDN. BHD. - UNIVERSITI MULTIMEDIA (MMU)
RedSquare Technologies Sdn. Bhd. (RedSquare)
telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016,
berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
pada 20 Ogos 2018. Syarikat ini diasaskan oleh
Wong Zi Ning dan Naven Prasad a/l Rajasegaran
RedSquare graduan Universiti Multimedia
(MMU). Syarikat ini membangunkan sistem untuk
menyelesaikan cabaran perniagaan kritikal dan
membantu organisasi berkembang maju dalam
era digital. RedSquare telah berkembang pada
kadar yang konsisten melebihi 150% setahun
dan dijangka akan terus berkembang setelah
pelancaran sistem ini dibuat di luar pasaran
Malaysia.
Syarikat ini kini dianggarkan bernilai RM4 juta dan dengan aliran tunai positif yang konsisten, RedSquare dapat menerokai
sektor yang berbeza dan menghasilkan produk mereka sendiri. Salah satu produk RedSquare adalah RedSquare Connect
di mana ia merangkumi produk Enterprise Email dan perisian SMS Blasting yang membantu meningkatkan komunikasi
pelanggan secara lebih baik dan pantas. Dengan menghubungkan semua alat komunikasi pelanggan ke dalam satu platform
omnichannel tunggal, ia menyediakan pelbagai titik sentuh untuk memastikan pelanggan mendapat maklumat yang tepat
dan secara langsung (real-time). Dalam memastikan jenama mereka terus dikenali, RedSquare sentiasa mengemas kini
dan berkongsi maklumat berkaitan melalui kajian kes di laman web mereka.
| 188 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK
KOTA BHARU 2021
MASK MAJU TRADING - POLITEKNIK KOTA BHARU
Mask Maju Trading (MMT) diasaskan pada tahun 2017 oleh Mohd Azreen Shahiran bin Kamarulzaman, graduan jurusan
Diploma Pengajian Perniagaan, Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Dengan visi untuk menjadi sebuah syarikat pembinaan
Bumiputera pilihan utama rakyat Malaysia dan untuk menjadi suri teladan kepada bakal pemain industri pembinaan pada
masa hadapan, MMT komited dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan piagam pelanggan syarikat.
Bermula dengan menerima projek kerja kecil-kecilan pada tahun 2017 dan 2018, MMT kemudiannya telah memantapkan
lagi operasi perniagaan dalam kerja-kerja awam dan mekanikal setelah memperolehi lesen Construction Industry
Development Board (CIDB) Gred G2 berserta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan pada tahun 2019. MMT sedia memberikan
khidmat nasihat dan perundingan kepada pelanggan yang telah menceburi industri hiliran berasaskan pertanian pada
tahun 2019. MMT seterusnya mempelbagaikan lagi perkhidmatannya dalam bidang pengangkutan dan logistik bermula
tahun 2020 dan mengendalikan kedai hardware pada awal tahun 2021. MMT kini telah mempunyai seramai 43 orang
pekerja yang cekap dan dibantu oleh 10 orang ejen pemasaran yang berpengalaman.
| 189 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK
MERLIMAU 2021
SAZS LEGACY - POLITEKNIK MERLIMAU
SAZS LEGACY memulakan perniagaannya sejak Januari 2019 dengan menjual casing dan cable. Ia kemudiannya beralih
kepada peranti mudah alih iaitu telefon pintar pada November tahun yang sama serta mendaftarkan perniagaannya di
bawah SSM pada 3 November 2019. SAZS LEGACY adalah perniagaan milik tunggal yang dimiliki oleh Muhammad Shahmy
Zaim bin Mohd Sharifudin, usahawan muda berusia 20 tahun dan kini merupakan pelajar Diploma Pengajian Perniagaan
di Politeknik Merlimau, Melaka. SAZS LEGACY lebih sinonim dengan SAZS HIGHTECH di platform media sosial di mana
syarikat ini menjual pelbagai model telefon mudah alih khususnya jenama Apple.
Strategi pemasaran yang digunakan oleh Muhammad Shahmy Zaim adalah dengan menggunakan media sosial seperti
Instagram, Whatsapp dan Facebook. Sepanjang tahun 2019 sehingga 2020, SAZS LEGACY telah mencatatkan jualan
melebihi RM600,000. Muhammad Shahmy Zaim percaya bahawa kualiti produk yang dijual adalah sangat penting, selari
dengan moto perniagaannya iaitu Quality is Our Priority. Beliau akan cuba memastikan pelanggan berpuas hati dengan
produk yang dibeli dan memberikan maklum balas selepas jualan. Maklum balas positif yang diterima akan digunakan
untuk mempromosikan perniagaannya.
| 190 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK
SULTAN AZLAN SHAH 2021
MELLIAR BIZ ENTERPRISE MATRIXBOX SALES AND SERVICE
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
Matrixbox Sales and Service didaftarkan pada 25 November 2019 manakala Melliar Biz Enterprise pula didaftarkan
pada 11 Oktober 2018. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan bahan pembungkusan serta perkhidmatan pembuatan
hadiah. Namun begitu, syarikat ini tidak lari daripada menghadapi masalah seperti kerosakan bahan mentah, masalah
perkhidmatan kurier dan pelbagai lagi. Tetapi, semua masalah yang dihadapi oleh syarikat ini dapat diselesaikan dengan
baik dan menjadikan ia satu pengajaran untuk syarikat ini pada masa hadapan.
Tahun 2020 merupakan tahun kemuncak atau tahun di mana syarikat ini lebih dikenali oleh masyarakat. Antara projek yang
telah dilaksanakan ialah mendapat tender dari Adabi untuk membuat 5,000 keping kotak produk baru mereka. Pada tahun
pertama iaitu 2019 sehingga sekarang, Matrixbox berjaya mendapat tender dari Toyota dan sudah mencecah 20,000
keping kotak. Melliar Biz juga mendapat tempahan pada hari guru di sekolah yang terletak di Kuantan, Pahang. Tambahan
pula, tempahan harian yang tertinggi yang diperoleh mencecah hampir 600 set setiap bulan. Setelah hampir dua tahun
konsisten dalam penjualan bahan pembungkusan dan tempahan hadiah, syarikat ini telah berjaya mengumpulkan
pendapatan tahunan sehingga hampir RM600,000.
| 191 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK
2021
NABILION EMPIRE - UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
Nabilion Empire merupakan pengedar produk kesihatan dan kecantikan tempatan daripada makanan tambahan kepada
kosmetik. Antara jenama yang dibawa adalah Trudolly, Luna, Fazura Skincare dan Beauty. Syarikat ini beroperasi di Ibu
Pejabat (HQ) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dengan dua orang pekerja untuk memudahkan kerja operasi harian. Selain
peruncitan dan pemborongan, pada tahun 2021, syarikat ini telah mengalihkan tumpuan untuk merekrut dropship dan
ejen. Ini terutamanya dalam kalangan belia dan menyediakan latihan perniagaan tetap untuk melahirkan pemimpin
perniagaan dalam kalangan usahawan muda.
Setakat ini, syarikat ini mempunyai lebih
daripada 100 orang penjual semula yang
berdaftar secara rasmi di bawah syarikat ini
di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia,
Brunei dan baru baru ini, Australia. Syarikat
mensasarkan untuk membuka ibu pejabat di
negara-negara jiran dalam masa lima hingga
sepuluh tahun melalui jalinan kerjasama
dengan rakan kongsi di dalam negara dan
di negara-negara tersebut. Nabillion Empire
turut menjalankan kerjasama rapat dengan
selebriti tempatan seperti Fazura dan Mira
Filzah dalam membantu meningkatkan
sokongan pembeli terhadap produk yang
diedarkan oleh syarikat.
| 192 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK
2021
ARALIYA RESOURCES - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
Asas dan prinsip dalam pengurusan perniagaan lestari yang
diceburi oleh pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Fakulti
Pengurusan Perniagaan, Arliya Munif telah menjadi pendukung
kepada kejayaan yang konsisten dalam bidang keusahawanan
yang dipilih. Perusahaan dengan model perniagaan ke
arah impak alam lestari menjadikan Araliya Resources yang
beroperasi di Kedah antara syarikat yang berjaya menjalankan
perniagaan yang mampu menyumbang kepada pemantapan
ekonomi dalam bidang perabot dan menjadikan perusahaan
ini relevan kepada Sustainable Development Goal (SDG).
Perniagaan ini berfokuskan kepada memelihara dan menjual
semula perabot-perabot terpakai yang masih mempunyai nilai
tambah pada harga yang kompetitif dalam pasaran.
Model perusahaan yang diketengahkan adalah
berlandaskan inovatif, mapan, mempunyai nilai tambah,
kelestarian dalam model perniagaan, kesan ekonomi,
sosial dan alam sekitar serta potensi pasaran. Dengan
strategi yang proaktif, produk perabot terpakai ini
berjaya menembusi pasaran serata Malaysia. Melalui
analisa trend pasaran, kehendak pelanggan dan
penambahbaikan berterusan, Arliya sentiasa berusaha
untuk melebarkan potensi perniagaan ini serta
memantapkan pengoperasian yang lebih baik agar
bidang perusahaan seperti ini mampu dilihat sebagai
antara pencetus kepada revolusi perniagaan yang
mampu memberi impak sejagat.
| 193 |
TRAJEKTORI GEMILANG AKKPT:
RAKAMAN KEUNGGULAN INOVASI KEUSAHAWANAN
KATEGORI B : ANUGERAH PERUSAHAAN PELAJAR TERBAIK
2021
HIJANAH HAUL HOLDINGS SDN BHD - UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Hijanah Haul Holdings Sdn. Bhd. merupakan
syarikat induk bagi 5 buah syarikat subsidiari yang
mana setiap satunya menyediakan produk dan
perkhidmatan berbeza. Bermula dengan Hijanah
Haul dalam perusahaan pakaian wanita dan
Hijanah Books dalam pengeluaran buku-buku novel
remaja karya Aisyah Hijanah sendiri, kini Hijanah
Haul Holdings telah berkembang dengan produk
penjagaan wanita seperti barangan kosmetik
oleh Hijanah Care, aplikasi atas talian berhubung
isu-isu kemaslahatan wanita oleh Hijanah Apps
dan seterusnya Kafe Qahwa yang berkonsepkan
hipster. Hijanah Haul Holdings Sdn. Bhd. telah
berjaya memperoleh hasil jualan sebanyak RM1
juta pada tahun 2020.
Pengasas Hijanah Haul Holdings Sdn Bhd merupakan pasangan suami isteri, Aisyah Hijanah Azhari yang merupakan
pelajar jurusan Psikologi UKM bersama suaminya Mohd Hazalif Mohd Hazani. Syarikat ini bermula pada tahun 2018 dengan
ruang kecil yang hanya menempatkan butik dan pejabat urusan dan mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2019. Pada
awal 2020, syarikat ini terus berkembang maju dengan kewujudan kafe selain butik yang kesemuanya beroperasi di
bangunan 5 tingkat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Seramai 12 orang pekerja berkhidmat di syarikat ini dan kesemuanya
merupakan belia yang berumur kurang dari 27 tahun. Syarikat ini telah berjaya melahirkan ramai usahawan muda di
samping menawarkan pelbagai peluang pekerjaan apabila berjaya membimbing lebih daripada 1,000 orang dropship.
| 194 |