I
M
O 2 1 AT E G OR
H E
K C
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
KATEGORI C (LIANA)(1)
Executive summary
LJ Empier Enterprise merupakan sebuah syarikat yang menawarkan produk makanan yang
berasaskan makanan Jepun. Antaranya termasuk Sushi, yang divariasikan dengan cita rasa
tempatan seperti serunding dan sebagainya. Idea ini tercetus apabila penerimaan terhadap
makanan mentah seperti sushi di Malaysia sangat kurang. Maka, syarikat ini mengetengahkan
idea ini supaya sushi yang dihasilkan dapat diterima oleh setiap golongan masyarakat
Malaysia yang kurang menggemari makanan mentah seperti Sushi. Selain itu, ia juga
merupakan produk keluaran Muslim yang diyakini. LJ Empier Enterprise juga menghasilkan
produk inovasi iaitu sushi donut yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Perniagaan ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada tanggal 7
September 2017 dengan No. Pendaftaran AS0386019-M di bawah nama Sintokyo Venture.
Namun, perniagaan ini telah didaftar semula dengan menggunakan nama baru iaitu LJ
Empier Enterprise pada 7 Disember 2020 dengan no pendaftaran AS0386019-M. LJ Empier
Enterprise, atau lebih dikenali sebagai Sintokyo, dijenamakan semula menjadi Rizkin Sushi by
Sintokyo pada awal tahun ini iaitu pada awal Januari 2021. Syarikat ini beroperasi di alamat
UUM College of Business, Universiti Utara Malaysia, 06010, UUM Sintok, Kedah Darul Aman
serta di Alor Setar iaitu di alamat No 6. Tingkat 2, Kompleks Perniagaan Nakhoda, Jalan
Kuala Kedah, 06600 Alor Setar, Kedah. Pemilik merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia
yang mengambil peluang untuk membuka perniagaan di universiti tersebut semasa menuntut
di sana. Di samping menjana pendapatan sendiri, LJ Empier Enterprise juga membantu
mewujudkan peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar selain meringankan kos sara hidup
mereka di universiti. LJ Empier Enterprise juga memberi latihan kepada pelajar-pelajar bidang
Keusahawanan Universiti Utara Malaysia serta kepada suri rumah yang ingin menambah
pendapatan. Hal ini sekali gus dapat menerapkan nilai keusahawanan dan memupuk minat
para pelajar untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam keusahawanan.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 51
KATEGORI D
ANUGERAH MENTOR TERBAIK
M 1
O 2
H E
M
I
K
1
AT E G OR O 2
H E
D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
KATEGORI D
Dr Muhamad Hariz MuhamadAdnan merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengkomputeran,
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sejak zaman pengajian sebagai pelajar sarjana muda, beliau
telah memulakan perjalanan keusahawanan. Beliau telah mengasaskan agensi pemasaran
digital, agensi pembangunan perisian, dan kedai buku dalam talian semasa melakukan PhD
beliau. Sejak 2017, perniagaan beliau telah berkembang dari tahun ke tahun. Oleh sebab
pemasaran digitalnya yang mahir, beliau telah dinobatkan sebagai Jurulatih eUsahawan oleh
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada tahun 2020. Pada tahun 2020 sahaja,
beliau telah melatih lebih 600 orang usahawan di Malaysia, India dan Brunei.
Selain itu, beliau merupakan Naib Presiden Jaringan Pelatih dan Jurulatih Usahawan
Malaysia. Dilengkapi dengan kemahiran dan sikap yang betul, beliau terlibat secara aktif
dengan program universiti sebagai mentor dalam memberi tumpuan kepada transformasi
digital. Beliau telah meninggalkan kesan mendalam terhadap kemajuan pelajar untuk
memulakan perjalanan keusahawanan digital, terutamanya untuk perniagaan mereka supaya
bertahan dan berkembang maju dalam norma baharu pandemik Covid-19. Beliau juga telah
dianugerahkan Pelatih Tertinggi untuk eUsahawan MDEC bagi Mei 2020 dan anugerah
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam Anugerah Kecemerlangan Akademia –
Anugerah Akademia UPSI (A2U) 2020.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 54
I
M
O 2 1 AT E G OR
H E
K D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
KOLEJ KOMUNITI BALING
KATEGORI D
Komitmen yang ditonjolkan di Kolej Komuniti Baling (KKBK) telah memberi peluang dan ruang
kepada () untuk mewakili KKBK sebagai calon mentor untuk Anugerah Mentor Keusahawanan
Terbaik bagi Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi 2021 (MEA). Pelaporan
ini bukan hanya bertujuan memasuki pertandingan MEA, namun ia adalah sebagai satu
inspirasi kepada pendidik keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
Pengalaman mentor sebagai pensyarah/pegawai keusahawanan selama hampir 11 tahun
di Kolej bermula pada tahun 2010. Ia mendorong beliau untuk memberi sumbangan yang
berharga sebagai seorang pendidik berketepatan dengan slogan yang dipegang iaitu
“Let you Shine, Make it Bright†. Ia juga didorong dengan minat, kelayakan akademik dan
pengalaman yang mendalam dalam bidang keusahawanan untuk mengaktifkan diri dalam
pembangunan dan pendidikan dalam kalangan pelajar TVET. Ini penting bagi melahirkan
ramai usahawan TVETpreneurship secara khususnya di KKBK dan di Jabatan Pengajian
Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK).
Menjadi penggerak keusahawanan di kolej, institusi, komuniti dan jabatan telah memberi
beliau suatu tanggungjawab untuk melahirkan lebih ramai “job creater† dalam
kalangan usahawan dan jutawan melalui program inkubator, latihan, bimbingan, khidmat
nasihat atau kursus-kursus yang dianjurkan. Pelajar-pelajar ini merupakan pemangkin negara
untuk mengembangkan sektor ekonomi di Malaysia serta menyumbang kepada peluang
pekerjaan dan pengeluaran perkhidmatan/produk inovasi baru untuk dikembangkan.
Namun, berpegang pada prinsip hidup yang dikongsi dengan mentee iaitu “Ingin
mengubah hidup, kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya tetapi ia hadir dengan
100% usaha yang diberikan†dengan berbekalkan kemahiran dan minat dalam perniagaan
dapat mengubah kualiti hidup diri sendiri serta para pelajar.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 55
M
I
K
1
AT E G OR O 2
H E
D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT
KATEGORI D
Faridatuljana Mohd Noor merupakan pensyarah yang telah berkhidmat selama 14 tahun di
kolej komuniti dan politeknik. Beliau merupakan pensyarah aktif dalam bidang keusahawanan
dan pelbagai aktiviti sejak memulakan perkhidmatan. Beliau mempunyai pelbagai sumbangan
terhadap institusi, komuniti setempat dan pelajar dalam aspek keusahawanan. Dia memiliki
personaliti yang peramah, komited, rajin dan tegas. Antara usaha keusahawanan adalah
Cemilan Café, Young Preneur Aircond Incubator, Entrepreneurship Enhancement Program
dan Make Sense Make Cents. Cemilan Café merupakan tempat di mana pelajar mendapat
latihan tentang keusahawanan bermula dari merancang, berurusan dengan pelanggan,
operasi kedai, pengurusan kewangan sehingga operasi ditutup.
Faridatuljana juga menulis buku Modul Asas Keusahawanan: Usahawan Mantop Hasil
Tiptop!. Beliau banyak melakukan penyelidikan keusahawanan dan menjadi mentor. Beliau
juga mempunyai inovasi keusahawanan yang dianugerahkan Pingat Perak. Bermula pada
tahun 2017, Beliau memberi latihan keusahawanan kepada pelajar kolej komuniti dan mula
aktif dengan keusahawanan digital serta menjadi pengajar E-Rezeki MDEC. Pada tahun 2020,
dia mula memberi bimbingan percuma tentang Shopee. Dari Julai 2020 sehingga Ogos 2021
dia telah membimbing seramai 458 orang peserta Shopee. Beliau juga dilantik sebagai juri
pertandingan keusahawanan dan inovasi, ditemu ramah Lensa RTM1, penyumbang artikel di
Harian Metro, penyemak kertas penyelidikan peringkat antarabangsa dan mentor penyelidikan
dan inovasi. Beliau juga penulis dan penggubal Garis Panduan Inkubator Keusahawanan
Politeknik & Kolej Komuniti. Kredibilitinya dalam bidang keusahawanan dilihat oleh syarikat
konsultasi dan melantiknya sebagai Coach Shopee oleh Kagum Academy untuk program
E-Marketplace anjuran INSKEN. Terdahulu, Beliau merupakan Mentor Pembimbing MEA yang
dilantik oleh JPKK untuk membimbing peserta kolej komuniti pada 2015–2017.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 56
I
M
O 2 1 AT E G OR
H E
K D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
KATEGORI D
Puan Mahanom binti Ismail memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Kolej Komuniti dalam
bidang Sijil Pengoperasian Perniagaan bermula 1 Julai 2003. Beliau mempunyai kelulusan
akademik dalam Bidang Pengurusan Perniagaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan
Sarjana dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Beliau seorang yang gemar cabaran dan
pembaharuan serta sering mencari kepuasan kerja dengan mencipta kejayaan. Beliau juga
aktif dalam aktiviti inovasi dan juga membimbing pelajar dalam inovasi dan perniagaan.
Kepuasan kerjaya bagi beliau adalah apabila melihat pelajar yang dibimbing berjaya dalam
bidang yang diceburi sama ada melanjutkan pengajian, memperolehi kerjaya yang stabil
mahupun menjalankan perniagaan. Beliau sering menjadikan dirinya sebagai contoh kepada
pelajar untuk mencapai apa yang mereka inginkan kerana beliau juga memulakan pengajian
di peringkat sijil.
Program Jom Jana Money (JJM) merupakan program yang dibangunkan untuk membantu
pelajar yang berminat dan mempunyai potensi dalam perniagaan merentasi semua program
pengajian di Kolej Komuniti Kuala Langat. Program To Be Someone (2BS1) pula dikhususkan
untuk pelajar semester 3 program Sijil Pengoperasian Perniagaan kerana mereka mempunyai
potensi yang tinggi untuk menceburi bidang perniagaan. Kedua-dua program JJM dan 2BS1
ini tidak terhenti setakat semasa dalam penggajian sahaja, sebaliknya bimbingan akan terus
diberikan sehingga pelajar mampu berdikari sendiri dan mempunyai mentor. Kelebihan pelajar
Kolej Komuniti yang suka kepada kemahiran, muda dan sentiasa dahagakan ilmu menjadi
semangat kepada beliau untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan berjaya. Semoga
hasil usaha kecil ini dapat membantu anak bangsa mencipta kejayaan yang mampu memberi
manfaat kepada agama, bangsa dan negara Insyallah.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 57
M
I
K
1
AT E G OR O 2
H E
D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
KATEGORI D
Laporan ini disediakan untuk memberi maklumat terperinci mengenai keterlibatan dan
keterlihatan pencapaian calon mentor, Pn. Fazlilawati Binti Fadzil dari Kolej Komuniti Selayang
(KKSY) dalam membangunkan program keusahawanan yang berimpak besar menerusi
platform ‘Inspired Kitchen’ (IK). Pencapaian beliau dalam melahirkan usahawan-
usahawan muda kelainan upaya dan mencungkil bakat terpendam dalam diri mentee-mentee
di KKSY dan luar KKSY menjadi pemangkin dalam pemantapan program usahawan di KKSY.
Bermula dengan sejarah penglibatan calon mentor dalam alam keusahawanan ‘Inspired
Kitchen’ sejak penubuhannya, laporan ini memperincikan impak positif yang telah dicapai
oleh calon mentor terhadap mentee-mentee dalam kalangan pelajar-pelajar kelainan upaya.
Impak mentor terhadap mentee dihuraikan dalam tiga peringkat iaitu penghasilan usahawan
muda berjaya di KKSY dan menerusi program kesukarelawan bersama organisasi luar serta
pembangunan bakat terserlah dalam Abilimpics Anatarabangsa dalam kalangan pelajar
kelainan upaya KKSY. Di samping itu, pembangunan program keusahawanan ‘Inspired
Kitchen’ oleh beliau telah membuahkan hasil dalam menyumbang kepada institusi.
Perkara ini dijelaskan menerusi penularan jenama ‘Inspired Kitchen’ sebagai imej
KKSY dalam media cetak dan elektronik selain menjadi antara institusi yang sering menarik
perhatian institusi pengajian tempatan dan organisasi luar bagi tujuan penandaarasan dan
kolaborasi keusahawanan termasuk di peringkat kebangsaan. Laporan ini juga merangkumi
personaliti calon mentor dan teknik-teknik yang digunakan oleh beliau dalam memperkasakan
program keusahawanan ‘Inspired Kitchen’ selain menyenaraikan skop dan skala
aktiviti yang dijalankan.
Pihak Kolej Komuniti Selayang berharap agar perincian maklumat mengenai usaha dan
dedikasi calon mentor akan dinilai dengan sebaiknya. Diharapkan pencalonan ini mendapat
pertimbangan yang sewajarnya daripada Panel Penilaian untuk Anugerah Mentor
Keusahawanan Terbaik.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 58
I
M
O 2 1 AT E G OR
H E
K D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
KATEGORI D
Don’t stop until you’re proud. Prinsip hidup Puan Madiha Hasbullah, seorang Pensyarah
Kanan dalam bidang Perakaunan di Politeknik Kota Bharu (PKB), merangkap Penyelaras
Kursus Keusahawanan Digital, yang bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran kursus tersebut berjalan lancar. Apabila beliau dilantik sebagai Penolong Ketua
Unit Keusahawanan PKB, beliau mula mengorak langkah dengan mengasaskan Program
ASPIRE. Program yang mengintegrasikan semua aktiviti berkaitan keusahawanan pelajar di
PKB ini telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Selain pelajar, pensyarah PKB dan
komuniti setempat turut mendapat manfaat dari program ini.
Beliau adalah di antara individu yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem perakaunan
berkomputer kepada pelajar PKB melalui Perisian Sage UBS Computerized Accounting dan
Autocount Computerized Accounting. Selain mahir dalam bidang perakaunan, beliau juga
adalah seorang Master Trainer yang mendapat latihan daripada Malaysia Digital Economy
Corporation (MDEC) pada tahun 2016 dan 2017.
Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang luas, beliau gigih membimbing pelajar, pensyarah
PKB dan komuniti setempat dalam bidang keusahawanan, bermula daripada penubuhan
perniagaan sehinggalah kepada kaedah-kaedah pemasaran atas talian menggunakan
aplikasi seperti Facebook, Instagram, Shopee dan Tiktok. Graduan Perakaunan Universiti
Utara Malaysia ini mendapat pengiktirafan sebagai trainer daripada pengeluar perisian
perakaunan berkomputer utama Malaysia iaitu, Sage UBS Malaysia, Autocount Sdn Bhd dan
E Stream Software Sdn. Bhd. (SQL Accounting), lantas beliau diberi kepercayaan untuk menjadi
Konsultan Perakaunan dan Percukaian kepada Syarikat Aman Optical House dan Optometris
Keluarga.
Selain disenangi rakan dan taulan, beliau yang mempunyai personaliti menarik ini sangat
digemari oleh pelajar, apatah lagi beliau sentiasa bersedia untuk membantu pelajar.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 59
M
I
K
1
AT E G OR O 2
H E
D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
POLITEKNIK SULTAN HAJI
AHMAD SHAH (POLISAS)
KATEGORI D
Puan Suriati Ahmad merupakan seorang pensyarah yang telah berkhidmat selama 12 tahun di
Kolej Komuniti dan baru memulakan khidmat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
pada April 2020. Beliau terlibat secara aktif dalam aktiviti keusahawanan semasa di kolej
komuniti dan terus diberi kepercayaan meneruskan khidmat bakti beliau di POLISAS. Beliau
mempunyai banyak sumbangan kepada institusi khususnya di Kolej Komuniti Kuantan,
masyarakat setempat dan para pelajar dalam aspek keusahawanan. Di antara hasil usaha
beliau ialah penganjuran program Jelajah Niaga Felda Bukit Goh, Jelajah Niaga Pasar UTC,
Jelajah Niaga Pasar Malam, Jelajah Niaga Taman Kerang dan sebagai Mentor Dandelion
Café. Didik Usahawan@Puan Suriati merupakan salah satu medium menyampaikan ilmu
keusahawanan kepada para pelajar dan usahawan. Beliau telah menulis banyak penulisan
tentang keusahawanan dan membuat penyelidikan mengenai keusahawanan.
Puan Suriati juga mempunyai inovasi keusahawanan yang dianugerahkan dengan pingat
perak. Pelbagai latihan keusahawanan telah diberikan bersama agensi-agensi seperti KEMAS,
RISDA, FELDA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membimbing usahawan sehingga
mereka mempunyai ilmu keusahawanan. Dalam masa yang sama, beliau juga aktif membantu
pensyarah junior dalam aktiviti keusahawanan. Beliau dianugerahkan sebagai Pensyarah
Keusahawanan Terbaik di institusi beliau dahulu. Pada tahun 2019, beliau membimbing
pelajar-pelajar di dalam bidang Kulinari, perhotelan, Mekanikal, Elektrik dan Seni bina. Salah
seorang pelajar Kulinari Siti Nur Khairunnisa telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah
Usahawan Kolej Komuniti sempena Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Pahang 2019
atas bimbingan Puan Suriati. Kini, Puan Suriati meneruskan Didik usahawan beliau di POLISAS.
Moga dengan penghijrahan beliau sedikit sebanyak dapat membantu unit keusahawanan
POLISAS terus cemerlang , gemilang dan terbilang InsyaAllah.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 60
I
M
O 2 1 AT E G OR
H E
K D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (PSA)
KATEGORI D
Rozita Halina Rosli mempunyai pengalaman 19 tahun dalam sektor pendidikan TVET sejak
2002. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Kepujian Pemasaran
dari UiTM dan Sarjana Pendidikan Teknikal dari UTM. Beliau pernah berkhidmat sebagai
pensyarah di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah selama 3 tahun, 10 tahun sebagai Penolong
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, JPPKK dan 5 tahun sebagai pensyarah kanan
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Beliau merupakan seorang Subject Matter Expert
(SME) Keusahawanan Digital dari Malaysia Digital Economic Corporation. Kini, beliau sedang
menyambung pengajian peringkat PhD dalam bidang Keusahawanan Digital di UKM. Beliau
juga merupakan seorang pegawai keusahawanan yang mempunyai personaliti berdedikasi,
berimaginasi, sopan, bertanggungjawab, dengan semangat tinggi untuk menyumbang
kepada perkembangan keusahawanan dan pendidikan di Malaysia dan di seluruh dunia.
Mentor ini telah membawa institusi ke peringkat luar negara, negeri dan kebangsaan.
Beberapa kejayaan yang telah dirangkul oleh institusi sepanjang khidmat beliau ialah
beliau telah berjaya membawa institusi PSA sebagai Finalis Top 2 MEA 2019. PSA juga telah
berjaya menjadi institusi TVET Terbaik eUsahawan 2018. Beliau juga telah dianugerahkan
sebagai Tenaga Pengajar TVET Terbaik eUsahawan Mikro 2016. Pada tahun 2020, beliau
telah dianugerahkan dengan anugerah Best Mentor National Polycc. Beliau juga telah
mengharumkan nama baik PSA apabila berjaya membawa pelajar sebagai juara 2 tahun
berturut-turut diiPertandingan SELFY anjuran AKPK pada tahun 2018 melalui projek MOBAG
dan pada tahun 2019 melalui projek PAWTIL Mycats. Beliau dan 2 orang penulis lain telah
berjaya menerbitkan sebuah buku garis panduan penubuhan dan pengoperasian Inkubator
Peruncitan Kshoppe Chillax
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 61
M
I
K
1
AT E G OR O 2
H E
D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
KATEGORI D (BM)(1)
Noraini Hashim merupakan Ketua Unit Pusat Pengurusan Keusahawanan (EMaC) di PSAS
dan telah berkhidmat selama 19 tahun di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Perak. Sebagai
seorang yang tekun, komited dan sangat teliti, beliau mempunyai banyak sumbangan
kepada institusi, komuniti dan institusi dalam aspek keusahawanan. Antara usaha beliau di
PSAS ialah Pasar Malam, Pasar Ramadhan, Biz Garden, Centre Of Retail Excellence (CORE)
dan Polysport Café. CORE telah dianugerahkan Pingat Emas manakala Polysport Café
merupakan tempat untuk pelajar mempraktikkan sepenuhnya keusahawanan bermula dari
perancangan, berurusan dengan pelanggan, operasi kedai, kewangan sehingga operasi
ditutup. Beliau banyak menulis dan membentangkan kertas kerja mengenai keusahawanan.
Beliau juga mempunyai inovasi keusahawanan yang dianugerahkan dengan Pingat Emas
bernama ICOBS.
Beliau secara berterusan membuat latihan dan konsultasi percuma mengenai pengetahuan
runcit kepada pekedai berhampiran dari segi visual merchandise, susun atur kedai dan
suasana kedai sejak 2005. Beliau juga dilantik sebagai juri pertandingan keusahawanan
dan sebagai penyemak beberapa buah buku. Beliau juga aktif terlibat dalam pembangunan
sukatan pelajaran keusahawanan Politeknik dan dilantik sebagai Mentor Usahawan KPDNKK
pada tahun 2017 di mana beliau dikehendaki memberi bimbingan kepada usahawan di bawah
kementerian. Beliau juga aktif membantu pensyarah junior dalam hal-hal keusahawanan.
Beliau telah dianugerahkan sebagai Johan Pensyarah Terbaik e-Usahawan 2017 oleh
MDEC yang bersaing dengan semua pensyarah TVET di Malaysia. Untuk 2019-2020, beliau
membimbing 5 orang pelajar PSAS di bawah projek DIAMOND yang berjaya mengumpul
jualan terkumpul untuk semua pelajar sebanyak RM1.3 juta, 5 orang pensyarah (BTS), dan 3
buah peruncit (Konsultasi Keusahawanan Peruncitan).
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 62
I
M
O 2 1 AT E G OR
H E
K D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
KATEGORI D (BM)(1)
Usaha dan pengalaman saya sebagai penyelaras Inkubator Makanan Sejuk Beku di Politeknik
Ungku Omar (PUO) dan pensyarah usahawan di Kolej Komuniti Sungai Siput telah melayakkan
beliau mewakili PUO sebagai calon Mentor untuk Anugerah Keusahawanan Kementerian
Pengajian Tinggi 2021 (MEA). Laporan ini akan memberi inspirasi kepada warga pendidik
keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia selain pelaporan yang diperlukan
bukan hanya untuk MEA, malah untuk semua pihak.
Beliau memulakan pengalaman mentor sejak berada di Kolej Komuniti Sungai Siput sebagai
Pensyarah Keusahawanan pada tahun 2008, dan sebagai Pensyarah Kanan pakar dalam
Perakaunan di PUO pada tahun 2020 apabila beliau ditempatkan semula di sana. Ia telah
mendorong beliau untuk membuat sumbangan berharga sejajar dengan peningkatan tahun
perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik. Pengalaman zaman kanak-kanak beliau
dalam bidang keusahawanan telah mendorong beliau untuk mengambil bahagian secara aktif
dalam pembangunan keusahawanan di kalangan pelajar dan diri beliau juga. Di PUO, beliau
diberi tugas sebagai penyelaras untuk menyelia Inkubator Makanan Sejuk Beku (FFI) yang
memberi inspirasi kepada beliau untuk menyumbang sebaik mungkin sejak wabak Covid-19
melanda seluruh dunia. Sasaran utama FFI adalah untuk menghasilkan pengeluaran PUO.
Di Kolej Komuniti Sungai Siput, beliau menjalankan beberapa aktiviti untuk menggalakkan
pelajar dan kakitangan melibatkan diri dalam dunia keusahawanan.
Dari tahun 2008 hingga 2021, penglibatan dan pengalaman beliau dalam bidang
keusahawanan di pelbagai peringkat telah menjadikan beliau lebih berjaya dan menyahut
cabaran untuk lebih berjiwa keusahawanan. Dalam laporan ini, beliau akan menyampaikan
semua pengalaman dan berkongsi maklumat. Hakikatnya, bukan mudah bagi warga pendidik
keusahawanan untuk membangunkan usahawan dalam kalangan pelajar. Itulah cabaran
yang perlu beliau tempuh dan menjadi seorang yang optimis dengan aspirasi positif untuk
melahirkan usahawan baharu. InsyaAllah dengan keikhlasan dan semangat waja yang ada,
beliau akan berjaya dan semua usahanya diberkati Allah Taala.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 63
M
I
K
1
AT E G OR O 2
H E
D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
MALAYSIA UIAM
KATEGORI D
Dr Rozailin Hj Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Dr. Olin memperolehi BBA (Perniagaan
Antarabangsa) dari Universiti Multimedia (MMU). Beliau kemudiannya menerima MSc dalam
Teknologi Maklumat di Loughborough University, United Kingdom pada 2005 diikuti dengan
PhD dalam Perniagaan Tani dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2014. Pada
2006, Dr. Olin menyertai Jabatan Perniagaan dan Pentadbiran UIAM sebagai pensyarah.
Beliau telah berjaya mengumpulkan pelbagai geran penyelidikan berjumlah lebih daripada
RM 200,000 terutamanya daripada pembiayaan kerajaan. Dalam bidang pentadbiran, Dr
Olin memegang beberapa jawatan antaranya sebagai penasihat akademik di peringkat
jabatan, penyelaras keusahawanan di peringkat fakulti dan sebagai Ketua Akademik dan
Keusahawanan Sosial di Pusat Pembangunan Keusahawanan UIAM.
Beliau juga terlibat dalam kerja perundingan dengan Kementerian Sains dan Teknologi
Malaysia, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Majlis
Amanah Rakyat (MARA). Di UIAM, beliau mengajar dan menjalankan aktiviti penyelidikan
dalam bidang yang merangkumi keusahawanan digital, perniagaan antarabangsa,
pengurusan halal, keusahawanan sosial dan usahawan muda, wanita dan B40. Beliau juga
bertanggungjawab membangunkan modul “Pengenalan kepada Keusahawananâ€
di peringkat universiti. Penglibatan beliau dalam masyarakat merupakan sesuatu yang
membanggakan, daripada khidmat usahawan desa, gelandangan dan usahawan pelajar,
sehinggalah khidmat masyarakat OKU yang kurang kepakaran teknologi. Pada masa ini, Dr.
Olin sedang giat membimbing pelajar UIAM sehingga ke peringkat antarabangsa melibatkan
aktiviti keusahawanan seperti Mama Food yang merupakan projek keusahawanan sosial
paling cemerlang yang dibimbingnya.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 64
I
M
O 2 1 AT E G OR
H E
K D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
KATEGORI D
Nur Ainna Ramli telah menerima Doktor Falsafah Kewangan dari Universiti Lincoln Canterbury
New Zealand pada tahun 2014. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di
Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia pada tahun 2015.
Pada tahun 2015, beliau telah dilantik sebagai Penyelaras Pusat Keusahawanan Universiti
(PKUU), Universiti Sains Islam Malaysia. Kemudian, pada tahun 2020, beliau dilantik sebagai
Timbalan Pengarah PKUU, USIM. Melalui kepakaran serta pengalaman yang ada, beliau
giat membimbing para pelajar dalam bidang keusahawanan. Beliau turut dilantik sebagai
Bendahari Koperasi Siswa Universiti Sains Islam Malaysia Berhad (KOSISWA USIM) pada tahun
2015 hingga 2019. Kemudian, beliau dilantik sebagai Setiausaha KOSISWA USIM Berhad bagi
sesi 2020/2021.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 65
M
I
K
1
AT E G OR O 2
H E
D
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UTAR)
KATEGORI D VER.1 (BI)
Tumpuan utama Dr Wong Whee Yen dalam menjadi mentor adalah untuk mewujudkan
hubungan mentor yang berjaya dengan menteenya. Ini dapat dikecapi dengan menyediakan
persekitaran yang positif dan menggalakkan untuk meneroka idea baharu, mempamerkan
kreativiti dan inovasi mereka serta mencapai potensi dan bakat penuh untuk menjadi seorang
usahawan dan inovator. Sejak 2004, Dr Wong telah membimbing, menyelia dan melatih
pelajar dan mentee dari pelbagai latar belakang. Beliau telah terlibat secara aktif dalam
projek dan inisiatif keusahawanan digital peringkat universiti, bekerja dengan pelajar dan
membimbing mereka melalui bengkel, sesi perkongsian, latihan, perundingan, dan membantu
menganjurkan pameran produk, pertandingan, projek, pameran dan terutamanya aktiviti
perdagangan digital. Beliau menyedari keperluan mendesak untuk melengkapkan dan melatih
pelajarnya sekarang untuk IR4.0, ekonomi digital dan peluang keusahawanan yang menanti,
terutamanya dengan teknologi transformasi yang menyerang seluruh industri.
Dia mengemukakan idea inkubasi perniagaan di kampus sebagai sebahagian daripada
latihan pelajar. Pusat Unovate akhirnya ditubuhkan di UTAR dan pusat itu kini menempatkan
beberapa buah syarikat permulaan yang ditubuhkan oleh pelajar melalui inovasi dan usaha
keusahawanan mereka sendiri dengan sokongan daripada UTAR. Dr Wong juga menekankan
kepada Universiti keperluan untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan
pelajar dengan memasukkan kursus keusahawanan dalam kurikulum pembelajaran walaupun
merentasi program bukan berlandaskan perniagaan. Beliau juga mengetuai program Train-
The-Trainer Ali baba Global Digital Talent (GDT) yang telah dilaksanakan dengan jayanya.
Beliau telah berada dalam Panel Pakar Pembangunan Keusahawanan untuk Unovate Centre
sejak Mac 2019, memberikan beliau platform untuk berkongsi kepakarannya kepada mentee
dan membantu mereka memperoleh perspektif dan pandangan yang lebih luas tentang
model perniagaan mereka.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 66
M O 2 1
H E
M 1
KATEGORI E
PROJEK KEUSAHAWANAN
SOSIAL TERBAIK
O 2
H E
M
I
K
1
AT E G OR O 2
H E
E
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM
MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
KATEGORI E
Pendekatan keusahawanan sosial amat bertepatan dengan keperluan masa kini dalam
menangani masalah sosial seperti pengangguran, kemiskinan, fragmentasi komuniti dan
kelaparan yang semakin kronik. Oleh itu, demi menyemarakkan lagi SE di kalangan belia
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperuntukkan dana sebanyak
RM650,000 bagi melatih mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi dalam bidang ini.
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) melalui Unit Pembangunan
Keusahawanan (UPK) POLIMAS dan sokongan dari Malaysia Polytechnic Entrepreneurship
Center (MPEC), yang kini dikenali sebagai Pusat Pembangunan Keusahawanan Politeknik dan
Kolej Komuniti (CeDEV), telah menyahut seruan ini. Ia direalisasikan dengan menggerakkan
usaha dan tenaga pensyarah dan pelajarnya dalam merealisasikan SE pada tahun 2017.
POLIMAS memilih Madrasah Tahfiz Taufiqilah (MTT) di Lembah Arang, Jitra sebagai projek
SE pertama yang dinamakan sebagai ‘Agropelancongan Komuniti Taufiqillah’ (APKOT). Skop
projek SE ini melalui beberapa fasa perlaksanaan, merangkumi komuniti POLIMAS sebagai
penyumbang ilmu dan kemahiran, komuniti MTT sebagai tempat bermulanya perluasan sayap
POLIMAS dalam pembangunan pembiakan lebah kelulut dan komuniti Lembah Arang sebagai
impak yang terhasil melalui projek APKOT.
Impak yang paling membanggakan adalah berlakunya perkongsian ilmu dan pertambahan
peluang pekerjaan serta pendapatan komuniti. Setakat ini, komuniti Lembah Arang telah
mendapat manfaat daripada perkembangan perniagaan MTT dengan menambah baik
aktiviti dan pendapatan pemilik dusun buah-buahan, ladang ternakan kerbau dan rusa, rumah
penginapan serta pelancongan houseboat sepanjang sungai Padang Terap. Aktiviti komuniti
Lembah Arang ini juga terkenal di mata pelancong Malaysia termasuk pelancong Singapura
dan Brunei. Pada tahun 2019, ADUN Jitra, YB Aminuddin bin Omar mengiktiraf APKOT sebagai
sebuah aktiviti untuk dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri Kedah.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 68
I
M
O 2 1 AT E G OR
H E
K E
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
MALAYSIA (UIAM)
KATEGORI E
Laporan ini disediakan bagi mewakili Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi
Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau dikenali sebagai MEA bagi
tahun 2021. Kami daripada kumpulan “Mama Food” oleh Mahasiswa Anak Johor (JOSA) yang
diketuai oleh Mohamad Naja Nafhan bin Azman bersama barisan 5 orang rakan mahasiswa.
Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman, kami berusaha untuk menjalankan projek “Mama
Food” ini sebaiknya demi sumbangan daripada Mahasiswa kepada masyarakat.
Kos projek ini termasuk pembelian peralatan, kemudahan penyediaan makanan dan kedai,
pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan kelas kemahiran intensif. Kami telah berjaya
mendapatkan bantuan geran Duta Jauhar Mahasiswa Harapan Masyarakat (MHM) bersama
Pusat Keusahawanan UIAM (EDC IIUM). Lokasi perniagaan ini bertempat di kawasan kampung
Parit Seri Menanti. Kami mendapati ianya lokasi yang strategik untuk menjalankan perniagaan
“Mama Food” kerana ia mudah dilihat dan mudah diakses dari jalan raya utama.
Promosi utama adalah melalui satu idea baru kami iaitu Sistem E-Dagang melalui laman
sesawang usahawan.mamafood.my membolehkan setiap usahawan ada akaun bisnes
sendiri. Berdasarkan pola pasaran masa kini, pemerhatian kami mendapati bahawa
permintaan sektor pemakanan semakin meningkat. Fokus utama projek ini adalah untuk
membantu melahirkan usahawan yang berlatar-belakangkan ibu tunggal dan suri rumah di
mana mereka berkepakaran menghasilkan makanan sekali gus dapat menjana pendapatan
bagi sara keluarga.
Pemerhatian kami juga mendapati bahawa senario masa hadapan projek ini adalah cerah
berdasarkan pertambahan penduduk yang meningkat dengan drastik. Kami berharap dengan
peluang emas ini kami dapat mengembangkan potensi bagi memajukan dan meningkatkan
lagi ekonomi bumiputera dalam bidang ini.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 69
M
I
K
1
AT E G OR O 2
H E
E
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
KATEGORI E
Program Keusahawanan Cendawan Tiram Pasca Covid-19 Universiti Malaysia Terengganu ini
merupakan satu inisiatif sekumpulan pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti
Malaysia Terengganu (UMT) bersama Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) dalam
menjalankan projek bagi membantu komuniti di bawah usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia. Program ini merupakan satu inisiatif melonjakkan ekonomi pasca Covid-19 di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
iaitu Dato’ Dr Mansor Othman dan mendapat Dana Keusahawanan sebanyak RM 31,000.00
daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dana ini digunakan untuk membangunkan
rumah cendawan di kampus UMT bagi menempatkan sebanyak 10,000 bongkah cendawan
serta menganjurkan bengkel Program Keusahawanan Cendawan Tiram. Bengkel ini telah
dilaksanakan pada 14 & 15 Ogos 2020 bersama rakan industri iaitu pengusaha cendawan
tiram dan kukur terbesar di pantai timur iaitu Fatisha AgroFarm (M) Sdn. Bhd. dan Kukur
Malaya.
Bengkel ini bertujuan memberikan pengetahuan asas dalam mengembangkan kemahiran asas
penanaman cendawan tiram. Ianya telah disertai oleh 21 orang peserta yang terdiri daripada
pelajar prasiswazah UMT daripada golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) serta
ahli Persatuan Ibu-ibu Tunggal Kuala Terengganu (PEKIBUT). Rumah cendawan tiram yang
dibangunkan telah diusahakan oleh pelajar-pelajar terpilih dari bengkel bagi menjana
pendapatan sewaktu pandemik ini. Hasil penjualan cendawan tiram sebanyak RM 11,354.00
dalam tempoh 4-5 bulan telah diagihkan kepada kumpulan pelajar yang mengusahakannya.
Sebahagian bongkah cendawan turut diagihkan kepada peserta ibu tunggal dalam satu
sistem mentor-mentee untuk mengusahakan penanaman cendawan ini. Hasil penjualan
cendawan tersebut, peserta ibu tunggal berupaya membeli bongkah cendawan baru serta
mengusahakan cendawan tiram bagi menjana pendapatan sendiri.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 70
I
M
O 2 1 AT E G OR
H E
K E
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNIRAZAK)
KATEGORI E
Kilang JOY (TJF) merupakan perusahaan sosial yang inovatif. Ia dapat membantu komuniti
OKU melalui penjanaan pendapatan sejajar dengan kebolehan mereka. Kami menggunakan
konsep Work-from-Home kerana masalah mobiliti dan keselamatan OKU. TJF melatih mereka
dan mengumpul produk siap dari rumah mereka. Kerja ini bukan satu saiz untuk semua. Ia
merupakan kerja yang disesuaikan agar selaras dengan kebolehan OKU tertentu (JOY Makers
kami). Kadar bayaran adalah mengikut kadar upah setiap jam ‘Starbucks-standard’. TJF
menyediakan peluang pendapatan kepada pelajar OKU yang paling layak (dan paling kurang
berkemampuan dari segi akademik). Mereka ialah kumpulan yang sangat memerlukan bantuan.
Pada masa ini kami menawarkan:
• Produk Pereka - bingkai dibenamkan dengan lampu, pembesar suara dan perakam yang
dikaitkan dengan acara JOYous seperti Hari Raya dan Krismas serta peti pertolongan
cemas mudah alih.
• Perkhidmatan Pereka - Kelas Senaman dan Fisioterapi untuk OKU.
Kami memasarkan produk kami di peringkat tempatan dan antarabangsa dan kami memperoleh
sumber daya saing dari China. Rancangan masa depan termasuk Alat Bantuan Kecemasan,
Tutorial Panduan Kerja YouTube dan Aplikasi Mudah Digunakan untuk memantau kemajuan kerja
OKU. Bermula dengan pembiayaan sebanyak RM 25,000, margin keuntungan kasar (tolak kos
barangan dijual) adalah antara 100% hingga 500%. Pada masa ini, kami tidak dapat memenuhi
pesanan sedia ada kerana pandemik. Dalam tempoh 5 tahun, mulai 2022, unjuran pendapatan
kami dengan universiti/NGO yang bekerjasama akan melebihi 3.6 juta ringgit yang dapat
membantu 151 orang pelajar OKU daripada kumpulan B40 yang tidak boleh keluar bekerja.
Akhirnya, TJF merupakan perusahaan sosial berasaskan keuntungan yang mampu bertahan
sendiri, sangat boleh diimitasi dan konsep Work-To-Home dianggarkan memberi kesan kepada
lebih 85% daripada kumpulan OKU yang disasarkan menjelang 2026.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 71
M
I
K
1
AT E G OR O 2
H E
E
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
KATEGORI E
Projek The Sambalkant ialah projek keusahawanan sosial di bawah syarikat ST2 Enterprise.
Projek ini berkolaborasi bersama Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Pusat Keusahawanan
Universiti (PKUU), USIM untuk membantu golongan sasaran meningkatkan pendapatan
dalam aktiviti sosial. Projek ini merupakan perniagaan sambal goreng bunga kantan yang
bukan sahaja memfokuskan kepada keuntungan semata-mata. Projek The Sambalkant juga
berjaya membuka peluang pekerjaan kepada seorang ibu tunggal sebagai tukang masak di
kampung Sri Bunian, Pontian, Johor.
Beliau berjaya menjana pendapatan sebanyak RM800 hingga RM1000. Projek ini juga
telah membantu meningkatkan pendapatan penduduk kampung tersebut dengan membeli
tanaman bunga kantan dan cili mereka. Selain itu, projek ini juga telah memberi peluang
kepada mahasiswa USIM untuk menjana pendapatan sampingan sebagai agen dengan
menjual The Sambalkant.
Idea projek ini bermula daripada timbulnya minat untuk memulakan perniagaan dan melihat
sambal sebagai salah satu pasaran yang besar. Tambahan pula, pasaran sambal goreng
bunga kantan masih kurang dikenali di semenanjung walaupun rasanya yang sangat sedap.
Selain itu, projek ini boleh menambah kepelbagaian cara untuk menggunakan bunga kantan.
Akhir sekali, kami sentiasa berusaha untuk memastikan agar projek The Sambalkant diteruskan
supaya dapat membuka banyak lagi peluang pekerjaan kepada orang ramai khususnya untuk
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 72
I
M
O 2 1 AT E G OR
H E
K E
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
KATEGORI E (BM)(1)
Young Edupreneur Excellent (Young EX) merupakan sekumpulan individu yang bercita-cita
tinggi untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat kurang bernasib baik di
wilayah Sarawak melalui Komuniti Pemasaran Lestari (SMART).
Inisiatif SMART Community telah mengenal pasti bahawa masalah utama pesertanya ialah
kebolehpasaran produk dan produktiviti yang rendah. Para peserta terdiri daripada komuniti
B40 di Sarawak yang pakar dalam mengendalikan madu Kelulut dan lada tempatan. Melalui
penglibatan Young EX, para peserta telah jauh melebihi KPI awal untuk kenaikan pendapatan
dan pada masa yang sama, meletakkan produk mereka di luar pasaran tempatan.
Pasukan itu merangka laluan untuk mempercepatkan peringkat pemprosesan madu dan lada
Kelulut serta menggunakan ekosistem Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membawa produk
tersebut ke peringkat tempatan dan global. Kami juga telah memperoleh kerjasama jangka
panjang dengan rakan kongsi strategik utama di kalangan agensi kerajaan dan pemain
industri untuk meningkatkan kemampanan projek.
Dengan menyediakan penyelesaian yang inovatif dan mampan, kualiti dan produktiviti
komoditi tempatan boleh dipertingkatkan untuk memenuhi piawaian dan permintaan global,
justeru mempromosikan komuniti Sarawak sebagai domain utama untuk pengeluaran produk
berasaskan madu kelulut dan lada di Malaysia. Ini juga dapat mengiktiraf mereka sebagai
aset pertanian penting negara dalam perdagangan tempatan dan global.
Secara keseluruhannya, Komuniti SMART bertindak sebagai platform untuk usahawan B40
yang kurang bernasib baik untuk meningkatkan kualiti dan standard produk tempatan Sarawak
agar setara jika tidak lebih dengan produk antarabangsa yang lain. Secara tidak langsung,
inisiatif ini telah mewujudkan peluang pekerjaan baharu di mana wujud lebih banyak peluang
perniagaan hiliran untuk peserta dan masyarakat sekeliling.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 73
M
I
K
1
AT E G OR O 2
H E
E
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
MALAYSIA (UTHM)
KATEGORI E
Tahun 2019 menyaksikan permintaan terhadap lobster/udang kara (air tawar) meningkat dan
mempunyai nilai pasaran yang tinggi sehingga pasaran sedia ada tidak cukup memenuhi
permintaan dalam dan luar negara. Negeri Johor antara negeri yang memiliki ramai pengeluar
Lobster Air Tawar (LAT), namun begitu mereka mendepani masalah kekurangan benih. Di
sekitar Kota Tinggi, masih belum ada penternak udang kara yang memfokuskan pembenihan.
Melalui program ini, penduduk Kg. Jawa, Kota Tinggi didedahkan dengan cara penternakan
LAT kerana 45% daripada keseluruhan penduduk tetap di kawasan ini merupakan keluarga
B40.
Projek ini merupakan salah satu projek yang bertulang belakangkan ekonomi masyarakat
melibatkan beberapa pihak dengan fokus utama adalah dalam meningkatkan ekonomi
keluarga B40. Hal ini demikian kerana, dalam mendepani cabaran ekonomi hari ini, peluang
pekerjaan menjadi semakin terhad manakala keperluan sekolah pula semakin tinggi. Oleh itu,
pembenihan udang kara ‘Redclaw Crayfish’ (Cherax Quadricarinatus) atau nama komersialnya
‘Lobster Air Tawar (LAT)’ antara idea yang difikirkan bersesuaian dengan mereka kerana tidak
memerlukan masa yang lama iaitu sekitar 30 minit hingga 1 jam per hari bagi pemantauan.
Dengan menyasarkan belia terutamanya pelajar sekolah menengah daripada keluarga B40
di Kg. Jawa, Kota Tinggi, program ini memberi galakan untuk mereka melibatkan diri dalam
bidang penternakan. Potensi pelajar ini juga dapat digilap dan dikembangkan bagi peluang
pekerjaan akan datang. Pelajar sekolah yang kurang dari segi akademik ini dilihat mempunyai
potensi baik untuk penternakan, justeru dapat mengubah masa depan mereka sendiri dan
persepsi masyarakat selain menggalakkan mereka untuk pergi jauh ke hadapan. Kami juga
akan membantu dari segi pemasangan teknologi penternakan dan menjemput mentor bagi
memberikan ilmu yang lebih mendalam dalam penjagaan udang kara serta pemasaran selain
menjalin kerjasama bersama agensi swasta dan kerajaan.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 74
I
M
O 2 1 AT E G OR
H E
K E
LAPORAN DAN RINGKASAN EKSEKUTIF
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
KATEGORI E (BM)(1)
Ibupreneur diasaskan bersama oleh 3 orang mahasiswa yang komited melalui Akademi
Kepimpinan Belia yang dimulakan oleh McKinsey & Co. pada Julai 2019. Ibupreneur
ditubuhkan kerana kepercayaan yang kuat bahawa ibu merupakan ketua kepada majoriti
isi rumah. Perintis kami bermula dengan 4 orang ibu sebagai pasaran dalam talian untuk
menghubungkan bakat ibu terlatih kepada masyarakat. Untuk memastikan perubahan yang
mampan dan memberi kesan, kami memperkasakan ibu yang bergantung pada kewangan
dan terendah (ibu B40, tunggal dan bersara dengan tahap KWSP yang rendah) menjadi
usahawan mikro yang celik teknologi dengan bakat tempatan mereka, terutamanya dalam
bidang baking.
Selepas 2 tahun beroperasi, kami merupakan perusahaan sosial yang diiktiraf oleh Pusat
Kreativiti Inovasi Global Malaysia (MaGIC). Kami telah memberi kesan kepada 21 orang ibu
tunggal dan lebih daripada 80 orang, termasuk tanggungan mereka, seperti keluarga, anak-
anak dan ahli sokongan tambahan yang memainkan peranan dalam perusahaan mikro
mereka. Untuk memastikan kemampanan kewangan perusahaan sosial, kami menyumbang
60% daripada hasil dapatan kepada ibu tunggal, membolehkan mereka berdiri di atas kaki
sendiri untuk menjalankan perusahaan mikro mereka dari rumah sambil mengambil pemilikan
produk yang mereka hasilkan. Manakala, 40% daripada pendapatan disalurkan untuk
mengekalkan platform Ibupreneur untuk menyediakan peluang peningkatan kemahiran dan
latihan bagi memodenkan operasi perniagaan ibu tunggal. 100% daripada keuntungan kami
dilaburkan semula ke dalam pemerkasaan ekonomi wanita.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN MOHE (MEA) 2021 75