The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Immazakirah Qaisara, 2024-04-05 05:56:02

RPH IMMAZAKI

RPH IMMA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (SLOT PENGAJARAN KELAS) Kelas : Prasekolah Tarikh : 25 April 2024 Hari : Isnin Masa : 20 Minit (10.00 pagi - 10.20 pagi) Bilangan Murid : 4 Orang Umur : 5 Tahun Modul : Asas Tajuk / Tema : Habitat haiwan Tunjang Utama : Kreativiti dan Estetika Standard Kandungan : KE3.3- Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni (Ekspresi Kreatif) Standard Pembelajaran : KE3.3.3- Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri KE 3.3.4- Menghasilkan binaan kreatif Kesepaduan Tunjang : FK 1.1.3 Menggunakan kemahiran motor halus melalui aktiviti yang melibatkan alatar KD 2.3.3 Berinteraksi dengan yakin


SA 1.1.2 Menunjukkan sikap ingin tahu, sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat ; 1. Membezakan habitat haiwan. 2. Melaksanakan aktiviti kolaj ikan dengan kemas dan mengikut kreativiti sendiri. 3. Menghasilkan origami dengan bimbingan guru. Pengetahuan sedia ada : 1. Murid telah mahir menampal, mengoyot dan menggoyak kertas. 2. Murid telah didedahkan dengan asas origami. 3. Murid mengenal haiwan yang akan dipelajari. Kemahiran Berfikir : 1. Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai 2. Mencirikan Penerapan Nilai : 1. Menghargai karya seni yang dihasilkan Bahan Bantu Mengajar : 1. Model 3D habitat haiwan 2. Komputer riba


3. Lembaran kerja Fokus Kecerdasan Pelbagai : 1. Visual ruang 2. Naturalis Langkah / Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sumber / Catatan Set induksi (3 minit) Aktiviti kelas Pengenalan haiwan - Guru menanyakan murid tentang pembelajaran lepas berkenaan habitat haiwan - Murid menyanyikan lagu ‘Old MacDonald Had a Farm’ - Murid mengelaskan haiwan yang duduk di darat dan haiwan yang duduk di air Sumber: Youtube: https://youtu.be/Wm4R8d0d8kU ?si=A8mKHiD9BTCKtEG8 Langkah 1 (7 minit) Aktiviti individu Menghasilkan kolaj ikan - Guru membuat penerangan tentang aktiviti kolaj - Guru memberi lembaran kerja iaitu kertas yang mempunyai gambar ikan - Murid menghasilkan kolaj ikan mengikuti kreativiti bersama bantuan rakan-rakan dan bimbingan guru - Setelah selesai, murid ditugaskan untuk mengelaskan ikan sama ada di bahagian darat atau bahagian air pada model 3D Bahan Bantu Mengajar: Lembaran kerja kolaj ikan Model 3D habitat haiwan Kemahiran berfikir: Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai Mereka cipta Langkah 2 (7 minit) Aktiviti berkumpulan Menghasilkan origami - Guru menunjukkan video demonstrasi cara pembuatan origami katak - Guru membuat origami katak - Murid mengikut gerakan guru dengan membuat lipatan untuk menghasilkan origami katak Bahan Bantu Mengajar: Model 3D habitat haiwan Kemahiran berfikir: Mereka cipta


- Murid menghias origami katak mengikut kreativiti masing-masing - Setelah selesai, murid ditugaskan untuk menampal katak tersebut di bahagian darat atau bahagian air pada model 3D Penutup (3 minit) Refleksi - Guru mengajukan soalan tentang apa yang dipelajari. - Melakukan penilaian kepada hasil kerja murid. Penerapan nilai: Menghargai karya seni yang dihasilkan


Click to View FlipBook Version