The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Immazakirah Qaisara, 2023-03-19 23:47:58

PERBANDINGAN ANTARA PERMATA DAN KSPK

TUGASAN 2 PAKK1094

Keywords: PAKK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester 2 Tahun 2022 PAKK1094 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TUGASAN INDIVIDU NAMA PELAJAR IMMAZAKIRAH QAISARA BINTI MAZLAN ANGKA GILIRAN 2022232310160 NO. KAD PENGENALAN 041106060070 KUMPULAN/ UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK B Pengakuan Pelajar : Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Qai Tarikh : 16/03/2022 Nama Pensyarah ABDUL GHANI BIN ABDUL HAMID Tarikh Serahan 16 MARCH 2022 Tarikh Terima (Diisi oleh Pensyarah) Pengesahan Pelajar : Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan :__________________________ Tarikh : __________________


i PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Encik Abdul Ghani bin Mohammad kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih. QAI (IMMAZAKIRAH QAISARA BINTI MAZLAN) P22234068


ii ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN i ISI KANDUNGAN ii 1.0 PENGENALAN 1 2.1 PERSAMAAN 2.1.1 MATLAMAT 2 2.1.2 STRATEGI PEMBELAJARAAN DAN PEMUDAHCARAAN 2 2.2 PERBEZAAN 2.2.1 OBJEKTIF PEMBELAJARAN 3 2.2.2 MODUL PEMBELAJARAN 4 3.0 KESIMPULAN 5 RUJUKAN iii


1 1.0 PENGENALAN Pada tahun 1950, pendidikan awal kanak-kanak telah muncul di Malaysia tetapi didorong oleh sistem pendidikan British sehingga menyebabkan hanya kanak-kanak yang berkemampuan sahaja mampu menikmati pendidikan tersebut. Pada tahun 1970, pendidikan awal kanakkanak di Malaysia telah dibuka oleh sosialis Kristian sebagai sebahagian daripada aktiviti gereja. Malangnya, kanak-kanak yang bukan beragama Kristian dan juga yang tinggal di luar bandar tidak mendapat peluang untuk mengikuti pendidikan tersebut. Oleh itu, Yayasan Asia telah menyubangkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk membangunkan institusi model TADIKA yang hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat. Sasaran utama bagi projek ini merupakan kanak-kanak yang tidak berkemampuan daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, India dan Cina. Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia telah dibahagikan kepada dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak itu sendiri. Peringkat pertama dipanggil sebagai Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) bagi kanak-kanak yang berumur bawah 4 tahun. Manakala, peringkat kedua dipanggil Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun (Norfaezah binti Mohd Hamidin et al., 2017). Kurikulum didefinisikan sebagai rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidik (Norhashimah Hashim, Che Lah (2003). Kurikulum di TASKA dipanggil sebagai PERMATA manakala kurikulum yang digunakan di TADIKA merupakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Tuntasnya, apakah persamaan dan perbezaan antara kurikulum PERMATA dan KSPK?


2 2.1 PERSAMAAN 2.1.1 MATLAMAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan usaha untuk memperkembangkan potensi individu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) (Nur Natasha Umira binti Tuman, 2014). Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Kedua-dua matlamat kurikulum KSPK dan PERTAMA adalah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta menekankan aspek JERI. Sebagai contoh, matlamat PERMATA adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagian budaya dan patriotik serta mengamalkan gaya hidup sihat. Seterusnya, matlamat KSPK pula adalah untuk mengembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi meningkatkan kemahiran serta membentuk konsep kendiri yang positif. 2.1.2 STRATEGI PEMBELAJARAAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) Guru memainkan peranan penting sebagai pemudahcara dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) agar dapat memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum (Mohd Suhaimin Isnen, 2017). Maka, strategi PdPc amatlah penting supaya mampu membentuk kanak-kanak yang seimbang dari segi JERI. Kedua-dua kurikulum PERMATA dan KSPK mempunyai strategi PdPc. Contohnya, PERMATA menggalakkan konsep 3E iaitu exploring (meneroka), experiment (mengeksperimen) dan experience (mengalami) serta melibatkan pembelajaran secara hands-on dan aktif. Selain itu, KSPK menggalakkan aktiviti seperti pendekatan bersepadu dan pembelajaran berpusatkan murid. Akan tetapi, PERMATA dan KSPK telah menekankan aktiviti belajar melalui bermain. Hal ini kerana aktiviti ini merupakan salah satu strategi PdPc yang berkesan serta mendatangkan keseronokan kepada kanak-kanak sekaligus kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.


3 2.2 PERBEZAAN 2.2.1 OBJEKTIF PEMBELAJARAN Umum mengetahui, objektif kurikulum PERMATA adalah untuk menyediakan garis panduan kepada pendidik bagi melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Selain itu, objektif PERMATA adalah supaya kanak-kanak dapat mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan nilai-nilai murni dalam kehidupan serta membina kemahiran interpersonal dan sosial yang baik untuk membolehkan kanak-kanak bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya. Walhal, objektif kurikulum KSPK ialah kanak-kanak dapat menggunakan kemahiran berfikir secara kreatis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian selain kanakkanak membina kecergasan badan dan mempunyai tubuh badan yang sihat serta mempratikkan amalan yang sihat (Irwan Mahazir Ismail et al., 2018). KSPK juga menekankan supaya kanak-kanak dapat menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya. Seperti yang kita boleh lihat disini, objektif PERMATA lebih menekankan bagi memupuk sahsiah awal dalam diri kanak-kanak supaya mempunyai tingkah laku yang positif serta memupuk sifat sosialisasi. Manakala, objektif KSPK pula adalah untuk mencapai elemenelemen JERI dan meningkatkan lagi kemahiran sosialisasi serta menekankan dalam meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus.


4 2.2.2 MODUL PEMBELAJARAN Untuk pengetahuan umum, kurikulum PERMATA telah dibekalkan dengan 6 modul pembelajaran PERMATA dan dibahagikan mengikut peringkat umur kanak-kanak. Contohnya, modul satu bagi peringkat umur 0 hingga 6 bulan, modul tiga bagi peringkat umur 1 hingga 2 tahun, dan modul enam bagi pengayaan untuk kanak-kanak bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas. Modul-modul tersebut telah merangkumi beberapa bidang pembelajaran. Antaranya ialah sahsiah, sosiemosi dan kerohanian, bahasa, komunikasi dan literasi awal, awal matematik dan pemikiran logik, deria dan pehamahan dunia persekitaran, fizikal dan psikomotor serta kreativiti dan estetika. Keenam-enam bidang pembelajaran tersebut mempunyai objektif pembelajaran yang perlu dicapai tetapi berbeza-beza mengikut modul yang ditetapkan. Sebagai contoh, bagi bidang pembelajaran bahasa, komunikasi dan literasi awal. Modul 3 hanya menetapkan supaya kanak-kanak mampu menguasai kemahiran bertutur, bersoal jawab dan mempunyai sebutan perkataan yang lancar. Malahan, dalam modul 6, kanak-kanak perlulah menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, kemahiran membaca e-literasi awal, bacaan awal, awal tulisan serta kemahiran berfikir. Namun demikian, KSPK tidak mempunyai modul pembelajaran tetapi merangkumi 6 tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, keterampilan diri, fizikal dan estetika, sains dan teknologi, matematik awal dan kemanusiaan. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif (Tengku Asiah Binti Tengku Md Fauzi, 2017). Sebagai contoh, tunjang komunikasi memfokuskan kemahiran bahasa dan seni bahasa yang merangkumi kemahiran mendengar, membaca dan menulis. Terbuktilah bahawa kedua-dua kurikulum berbeza berdasarkan kewujudan modul pembelajaran serta bidang pembelajaran dan tunjang-tunjang utama. Walaupun beberapa bidang pembelajaran PERMATA dan tunjang KSPK hampir sama tetapi tunjang KSPK lebih padat dan spesifik disebabkan oleh peringkat-peringkat umur mereka.


5 3.0 KESIMPULAN Konklusinya, pendidikan awal kanak-kanak penting dalam menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal, mental serta menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan. Selain itu, pendidikan awal kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran bersosialisasi kanak-kanak. Misalnya, kanak-kanak mampu berhubung secara baik dengan keluarga, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling. Di samping itu, kanak-kanak juga mampu menambahbaik skil motor disebabkan oleh aktiviti di TASKA dan TADIKA yang aktif dan mampu mencabar koordinasi fizikal kanakkanak. Oleh itu, ibu bapa perlulah memgambil berat dalam mendaftarkan anak-anak untuk menjalani pendidikan awal kanak-kanak sejak kanak-kanak berumur 4 tahun atau kebawah.


6 RUJUKAN Irwan Mahazir Ismail, Siti Khadijah Anis, Tamil Selvan Subramaniam, Hasril Amiruddin, Mohd Erfy Ismail (2018). Penerapan elemen perkembangan kognitif, psikomotor dan sosioemosi dalam permainan dalam mencapai objektif kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Online journal for TVET practitioners. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4803 Kasih Khalifah (2021, May 28). Sebab pendidikan awal kanak-kanak penting. https://kasihkhalifah.com.my/sebab-pendidikan-awal-kanak-kanakpenting/#:~:text=ke%20Sekolah%20rendah- ,Pendidikan%20Awal%20kanak%2DKanak%20Meningkatkan%20Interaksi%20Sosia l,dan%20juga%20guru%20di%20tadika. Kurikulum Permata Negara. (2013). Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 0-4 tahun. Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA). Jabatan Perdana Menteri. Mohd Suhaimin Isnen ( 2017, April 28). Standard pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) (standard kualiti pendidikan malaysia gelombang 2). Slideshare. https://www.slideshare.net/SuhaiminIsnen/standard-4-pembelajaran-danpemudahcaraan-pdpc-standard-kualiti-pendidikan-malaysia-gelombang-2-skpmg2 Nor Fauzian Kassim (2017). Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dan modul pendidikan akhlak: isu dan cabaran masa kini. https://www.researchgate.net/profile/NorKassim/publication/303381860_KURIKULUM_PENDIDIKAN_AWAL_KANAKKANAK_DAN_MODUL_PENDIDIKAN_AKHLAK_ISU_DAN_CABARAN_MASA_KINI /links/573f3d0e08ae9f741b321b36/KURIKULUM-PENDIDIKAN-AWAL-KANAKKANAK-DAN-MODUL-PENDIDIKAN-AKHLAK-ISU-DAN-CABARAN-MASA-KINI.pdf Nor Hashimah binti Hashim, Yahya Che Lah (2007). Panduan pendidikan prasekolah. PTS. Profesional Publishing Sdn Bhd. Norfaezah binti Mohd Hamidin, Siti Nurhajariah binti Md Isa, Awatif binti Abdul Rahman, Idi Hamdi (2017). Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia: kajian literatur. http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/26-DRNORFAEZAH.pdf Nur Natasya Umira (2014, May 14). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Slideshare. https://www.slideshare.net/nurnatasyaumira/kurikulum-standard-prasekolahkebangsaan-32323126


Click to View FlipBook Version