RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (SLOT PENGAJARAN KELAS) Kelas: Prasekolah Tarikh: 25 April 2024 Masa: 10.00 pagi - 10.20 pagi Bilangan Murid: 4 orang Modul: Asas Tajuk/ Tema: Habitat Haiwan Tunjang Utama: Kreativiti dan Estetika Standard Kandungan: KE3.3- Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karyaseni (Ekspresi Kreatif) Standard Pembelajaran: KE3.3.3- Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri KE3.3.4- Menghasilkan binaan kreatif Kesepaduan Tunjang: FK1.1.3- Menggunakan kemahiran motor halus melalui aktiviti yang melibatkan alatan KD2.3.3 Berinteraksi dengan yakin SA1.1.2- Menunjukkan sikap ingin tahu, sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Mengelaskan haiwan yang duduk di darat dan di air. 2. Melaksanakan aktiviti kolaj dengan kemas dan mengikut kreativiti. 3. Menghasilkan origami katak dengan membuat lipatan yangtepat. Pengetahuan sedia ada: 1. Murid telah menguasai teknik menggunting, menggoyakdan menampal. 2. Murid telah didedahkan dengan asas origami. 3. Murid telah mempelajari jenis haiwa yang duduk di darat dandi air Kemahiran Berfikir: 1. Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai 2. Mencirikan Penerapan Nilai: 1. Menghasilkan karya seni yang dihasilkan Bahan Bantu Mengajar: Model 3D habitat haiwan, tablet dan lembaran kerja Fokus Kecerdasan Pelbagai: 1. Visual Ruang 2.Naturalis
Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti dan Pengajaran Sumber/ Catatan Set Induksi (3 Minit) Aktiviti Kelas Pengenalan Haiwan - Guru bersoal jawab tentang isi pelajaran lepas berkenaan habitat haiwan - Murid menyanyikan lagu ‘Old Mcdonald Has a Farm’ - Guru meminta murid untuk mengelaskan haiwan berdasarkan habitat yang sesuai di model 3d Sumber: Youtube- ‘Old McdonaldHas a Farm’ https://www.youtube.com/watch?v=_6HzoUcx3eo Bahan Bantu Mengajar: Tablet Model 3d habitat haiwanLangkah 1 (7 Minit) Aktiviti Individu Menghasilkan kolaj ikan Contoh kolaj ikan - Guru memberi penerangan tentang aktiviti kolaj - Guru memberi lembaran kerja iaitu kertas putih yang mempunyai gambar ikan - Guru membuat demonstrasi cara pelaksanaan aktiviti kolaj dengan menunjukkan teknik menggunting, mengonyot dan menampal yang betul - Murid menghasilkan kolaj ikan mengikut Bahan Bantu Mengajar: Lembaran kerja kolaj ikanModel 3d habitat haiwanKemahiran Berfikir: Menjana dan menghasilkanidea yang pelbagai Mereka cipta
kreativiti masing- masing dengan bimbingan guru dan bantuan rakan-rakan - Setelah selesai, murid diminta untuk menampalkan kolaj tersebut sama ada di bahagian ‘Kolam Immaz’ atau ‘Taman Immaz’ pada model 3d tersebut - Murid menceritakan tentang kolaj ikan mereka Langkah 2 (7 minit) Aktiviti Individu Membuat origami katak Contoh origami katak - Guru menjelaskan bahawa katak mampu tinggal di air dan di darat - Guru menunjukkan video penghasilan origami katak - Guru membuat origami katak secara langkah demi langkaj - Murid mengikut tindakan guru dengan membuat lipatan yang betul bagu menghasilkan origami katak - Murid menghias origami yang telah dihasilkan dengan Bahan Bantu Mengajar: Model 3D habitat haiwanKemahiran Berfikir: Mereka cipta
mewarnakannya atau melukis corak mengikut kreativiti masing-masing - Setelah selesai, murid diminta untuk menampal katak di ‘Taman Immaz’ pada model 3d Penutup ( 3 minit) Refleksi - Guru menjelaskan tentang habitat haiwan - Guru melakukan sesi soal jawab tentang habitat haiwan - Guru mengajukan soalan tentang aktiviti kolaj dan origami - Guru melakukan penilaian kepada hasil kerja murid Penerapan nilai: Menghargai karya seni yangdihasilkan