INOVASI PANITIA PERTANDINGAN INOVASI
2022 PERINGKAT DAERAH LMS
MATA PELAJARAN:
BAHASA ARAB
NAMA GURU: JUNAIDAH BT BAKAR
NO I/C: 680209085140
SMK DOKTOR BURHANUDDIN TAIPING
INOVASI
BAHASA ARAB
اختراع اللغة الع برية
TAJUK
LAGU TASRIF JARI
ABSTRAK
Lagu Tasrif Jari merupakan sebuah inovasi yang berorientasikan
murid-murid di peringkat sekolah rendah dan menengah..
Inovasi ini direka untuk membantu murid -murid menguasai dan
memahami tata Bahasa arab dengan lebih mudah.
Penguasaan terhadap kemahiran berbahasa arab bermula
dengan pemahaman terhadap penggunaan dhomir atau
gantinama
Bahasa Arab lebih kompleks berbanding Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu dari segi bilangan dhomir (gantinama diri) yang
digunakan.Begitu juga dengan pembahagian isim (kata nama) dan
fe’el (kata kerja) yang akan berubah mengikut bilangan dan jantina
PENDAHULUAN
Asas utama untuk menguasai tatabahasa Arab adalah melalui
pemahaman yang mantap terhadap sesuatu kalimah isim ataupun
fe’el dalam ayat dan hubungannya dengan dhomir.
Dhomir (gantinama diri ) di dalam bahasa arab terbahagi kepada 14
iaitu enam untuk dhomir ghaib (gantinama diri ketiga) mengikut
gender yang disebut muzakkar dan muannath, enam berikutnya
pula untuk dhomir mukhattab ( gantinama diri kedua) dan
dua lagi merupakan dhomir mutakallim (gantinama diri orang yang
bercakap)ataupun gantinama diri pertama .
Setiap satu dhomir ini diwakili oleh jari.Jari dari tangan kanan
mewakili gender muzakkar lelaki dan jari dari tangan kiri mewakili
gender muannas perempuan manakala bagi dhomir saya dan
kami akan ditentukan aksi yang menunjuk diri sendiri dan kami
menunjuk kepada ramai.Apa yang menarik bila dhomir ini disebut
secara nyanyian serentak dengan Gerakan jari.
Murid -murid di sekolah rendah atau di sekolah menengah
seringkali menghadapi masalah dalam memahami dan juga
menghafal Tasrif Fe’el yang banyak . Mereka tidak dapat
menyebut atau menentukan dhomir yang sesuai dengan isim
atau fe’el , ataupun mereka tidak dapat menyebut kalimah
isim dan fe’el yang sesuai untuk sesuatu dhomir.Bila
penguasaan murid di bahagian asas ini lemah maka mereka
tidak dapat membina ayat dengan baik kerana kesalahan
tatabahasa dalam Bahasa arab ada kalanya turut
menjejaskan maksud sesuatu ayat. Disebabkan itu, maka
terhasil lah inovasi TASRIF JARI ini bagi memudahkan dan
membantu murid memahami dhomir yang sesuai untuk
sesuatu isim dan fe’el
OBJEKTIF
1.Sebagai salah satu kaedah mudah mengingat dan
menghafal tasrif bersama-sama fe’el madhi
,mudhori’ dan amr
2. Memudahkan murid menguasai asas tata
Bahasa arab yang simple
3. Membantu murid membina ayat /menulis
karangan mengikut tata Bahasa arab yang
betul
METODOLOGI/
PROSES KAJIAN
Sebelum inovasi ini diperkenalkan kepada murid-
murid tingkatan 2 guru mengajar tasrif secara
bacaan biasa tanpa menyebut dhomir.Cara ini agak
kurang berkesan untuk murid menentukan dhomir
bagi setiap fe’el yang disebut oleh guru
Namun setelah guru memperkenalkan bacaan
tasrif dhomir dan fe’el berlagu diiringi juga dengan
pergerakan jari kelihatan murid lebih faham dan
dapat menentukan dhomir setiap feel yang disebut
guru dengan pantas.
CARTA TASRIF DHOMIR DAN FE’EL
Gambarajah gerakan jari ketika nyanyian tasrif
أنت ْم، أنتما ُه ْم،ُهما أن َت، ُه َو
أ َن ُتن،هما| أنتما ُهن أن ِت، ِه َي JARI KANAN
مذ ّكر
JARI KIRI
مؤنّث
هي هما هن أنـا هو هما ه ْم
أنتن نحن أنتما أن ِت أن َت أنتما أنتم
QR CODE VIDEO NYANYIAN OLEH
PELAJAR-PELAJAR
MANUAL OPERASI
❖ Guru menyediakan jadual tasrif dalam kertas A4 dan diedarkan
kepada murid-murid
❖Guru menerangkan cara membaca carta tasrif yang dibekalkan
kepada murid
❖Guru menunjuk cara mengalunkan lagu tasrif sambil membuat
isyarat jari untuk kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan
❖Murid-murid mengikut nyanyian guru dan mengikut aksi yang
ditunjukkan guru
❖Setiap kali permulaan kelas Bahasa Arab guru akan meminta
murid-murid mengalunkan nyanyian tasrif beserta aksi jari.
HASIL KAJIAN
• Setelah guru menekankan penggunaan tasrif jari secara nyanyian didapati
murid-murid tingkatan 2 yang terlibat telah menunjukkan peningkatan
Ketika menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan tasrif dan fiil
PERBINCANGAN/
KEPUTUSAN
PERNYATAAN DATA HASIL SOAL SELIDIK TENTANG KEBERKESANAN
STS : SANGAT TIDAK SETUJU PELAKSANAAN INOVASI TASRIF JARI DALAM PDPC
TS : TIDAK SETUJU
S : SETUJU BAHASA ARAB
SS : SANGAT SETUJU
SANGAT SANGAT JUMLAH
1. Saya rasa seronok membaca tasrif secara TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU
berlagu SETUJU SETUJU RESPONDEN
2. Sekarang saya lebih mudah menguasai P1 0 0 6 23 29
dhomir dan feel melalui lagu
P2 0 0 17 12 29
3. Saya dapat menyebut tasrif dengan lancar
apabila dilakukan secara nyanyian dan aksi P3 0 2 14 13 29
jari
4. Saya lebih yakin untuk menjawab soalan
yang berkait tata Bahasa arab selepas ini
5. Saya suka belajar Bahasa arab kerana ia
menyeronokkan
P4 0 1 22 6 29
P5 0 0 8 21 29
GRAF BAR YANG MENUNJUKKAN DATA SOAL SELIDIK KEBERKESANAN
PELAKSANAAN INOVASI TASRIF JARI DALAM PDPC BAHASA ARAB
23 21
22
8
17 14 00
12 13
5
6 6
00 00 02 01
1 2 STS TS S 3 SS Column1 4
• Kesan:
• Pelaksanaan inovasi ini di dalam bilik darjah berjaya
mengatasi masalah pembelajaran seperti bosan, tiada
minat, rasa tertekan, tidak dapat mengingati fakta atau
rendah diri, diam, tidak mahu menglibatkan diri, kurang
tumpuan di kalangan murid-murid. Murid-murid juga
kelihatan ceria apabila menyanyi sambil belajar. Mereka
kelihatan lebih yakin walaupun sekali sekala tidak dapat
memberikan jawapan yang betul dalam aktiviti
berbantukan bahan inovasi yang dihasilkan.
SEBAR LUAS
❑ Hasil inovasi ini akan dikongsikan dengan guru-guru Bahasa arab di
sekolah ini untuk dilaksanakan di awal pembelajaran dengan tujuan
merangsang minat murid untuk belajar Bahasa arab melalui
nyanyian dan secara tidak langsung murid-murid dapat menguasai
sebahagian aspek tatabahasa arab.
❑ Kaedah nyanyian ini akan disebarluaskan kepada murid-murid yang
mempelajari Bahasa Arab dari kelas tingkatan 1 hingga 3
❑ Carta tasrif akan dilaminate dan diletakkan di setiap kelas supaya
murid- murid sentiasa melihat dan merekod dalam minda mereka
❑ Inovasi ini sesuai digunakan oleh semua guru Bahasa Arab
tingkatan 1 hingga tingkatan 3 .
SEKIAN
TERIMA KASIH