The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by weamiey, 2019-11-17 09:00:11

PowerPoint 演示文稿

(TAJUK 2L) MTQSS 2019

KEANGKUHAN FIRAUN




Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Pengerusi Acara. Barisan yang hakim yang bijaksana.
Guru-guru dan rakan semua.

Keangkuhan Firaun.

Firaun merupakan seorang raja yang angkuh dan sombong, hidup

pada zaman Nabi Musa alaihissalam. Firaun dikurniakan dengan
kekayaan, kekuatan dan kerajaan yang besar.

Namun…
Firaun angkuh tidak beriman ( Pantun )
Bahkan mengaku dirinya Tuhan


Suatu malam Firaun bermimpi, mahkotanya hilang. Ahli nujum
meramalkan akan lahir bayi lelaki yang akan membunuh dan
merampas kekuasaannya kelak. Lantas dengan angkuh Firaun
memerintahkan agar semua bayi lelaki ditangkap dan dibunuh.





Surah al-Qasas, ayat 4 yang bermaksud :
Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi dengan
melampaui batas dan menjadikan penduduknya berpuak-puak.

Ya rakan-rakan…


Jauhilah sifat angkuh dan sombong kerana ia dibenci manusia.
Contohilah Sultan Muhammad V yang tawaduk dan sederhana.






1

Kawan-kawan…

Kuasa Allah tiada terduga ( Nasyid )
Nabi dilahirkan dengan selamatnya

Bahkan dijadikan anak angkatnya
Membesarlah Musa di dalam istana

Setelah dewasa, Nabi Musa berdakwah kepada Firaun dengan
dibantu oleh saudaranya Nabi Harun alaihissalam.

“Wahai Musa.. Jika benar Tuhanmu berkuasa.

Tunjukkan padaku buktinya!”
Dengan angkuh Firaun mencabar kuasa Allah.

Dengan wahyu Ilahi, Nabi Musa mencampakkan tongkatnya, lalu
menjadi seekor ular dan mengeluarkan cahaya yang putih dari
tangannya.






Surah as-Syu’arak, ayat 33 yang bermaksud :
Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya. Maka ia menjadi
cahaya putih yang bersinar kepada orang-orang yang melihat.



Ya rakan-rakan…

Yakinlah Allah Maha Berkuasa.


Lihatlah tulisan kalimah Allah pada buah-buahan dan haiwan.
Subhanallah…








2

Kawan-kawan…

Kerana keangkuhannya, Firaun menolak dakwah Nabi Musa.

Bahkan menuduh baginda sebagai tukang sihir.

“Kumpulkan semua ahli sihir istana!!
Kalahkan Musa dan sihirnya!” Perintah Firaun dengan angkuh.

Namun…Allah membantu Nabi-Nya.
Tongkat yang dicampak oleh Nabi Musa menjadi ular yang besar,

dan memakan ular-ular tukang sihir Istana.

Ta’ajub melihat mukjizat Nabi ( Pantun )
Maka berimanlah tukang sihir istana
Firaun yang angkuh murka sekali
Lalu dibunuh semua tukang sihirnya






Surah as-Syu’arak, ayat49 yang bermaksud :
Firaun berkata,”Sesungguhnya aku akan memotong tangan-tangan
dan kaki-kaki kamu secara bersilang. Kemudian aku akan menyalib

kamu kesemuanya.”

Ya rakan-rakan…

Membunuh orang lain, besar dosanya.


Kes pembunuhan bangsa Uyghur di China, perlu pembelaan
sewajarnya.








3

Kawan-kawan…

Firaun yang angkuh, semakin murka.

Dia memerintahkan agar Nabi Musa ditangkap dan dibunuh.
Lalu Allah mengilhamkan Nabi Musa agar menyelamatkan diri.

Keluarlah Nabi dengan pengikutnya ( Nasyid )
Selamatkan diri daripada Firaun durjana
Firaun mengejar dengan tenteranya
Ingin membunuh Nabi yang mulia


Sampai di pinggir Laut Merah ( Sajak )
Allah mewahyukan agar Musa
Memukul tongkatnya
Lalu laut yang luas terbelah dua
Maka menyeberanglah Musa

Bersama pengikut-pengikutnya
Firaun terus mengejar dengan angkuhnya





Surah Toha, ayat 78 yang bermaksud :

Maka Firaun mengejar mereka dengan bala tenteranya.

Ya rakan-rakan…

Jika Allah berkata jadi, maka jadilah ia.


Lihat sahaja banjir Tsunami yang melanda Baten baru-baru ini.
Tiada siapa yang dapat menghalangnya.








4

Kawan-kawan…

Allah mewahyukan agar Nabi Musa memukul tongkatnya ke laut

sekali lagi.

Lalu Laut Merah yang terbelah dua bercantum semula, menelan
Firaun dan bala tenteranya.






Surah al-Baqarah, ayat 50 yang bermaksud :
Dan Kami tenggelamkan Firaun dan tenteranya,
sedangkan kamu melihat.


Begitulah kawan-kawan…
Kisah Keangkuhan Firaun, akhirnya mati ditenggelamkan bersama
bala tenteranya. Semoga kita beroleh pengajaran berguna.

Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


































5


Click to View FlipBook Version