MODUL PENGAJARAN
PENGATURCARAAN ELEKTRONIK
-REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI-
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
PENGHARGAAN 3
PRAKATA 4
RASIONAL 5
AKTIVITI UTAMA 6
CADANGAN PENGAGIHAN MASA PDPC 7
PENGENALAN 8
KEPERLUAN PERKAKASAN 9
PERSEDIAAN 10
PENERANGAN PERKAKASAN NANO KIT 11
PEMASANGAN PERISIAN ARDUINODROID 12-15
FUNGSI ASAS ARAHAN ATUR CARA PERISIAN ARDUINO NANO 16-19
TEKNOLOGI ELEKTRONIK 20
SUB TOPIK 2. 4. 6 21-22
Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input dan
litar output
SUB TOPIK 2. 4. 7
Membuat pengujian dan penilaian kefungsian litar elektronik
AKTIVITI SATU 23-27
AKTIVITI DUA 28-31
AKTIVITI TIGA 32-36
UJIAN PENGUKUHAN 37-43
SKEMA JAWAPAN 44-45
BIODATA PENULIS
46
2
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah, Bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan, dapat juga saya menyiapkan modul pengajaran
ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada arwah ayah bonda saya yang membesarkan saya selama hayat
mereka. Sungguh besar pengorbanan ayah bonda selama ini. Di saat saya bertungkus
lumus menyiapkan pengajian master saya, bonda telah pergi tanpa sempat melihat
kejayaan ini. Saya pasti arwah ayah bonda saya gembira dengan pencapaian saya dan
sentiasa mendoakan anaknya ini. Seterusnya saya ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada suami saya iaitu Almahusin Bin Awang Lah dan anak-anak
tercinta iaitu Nur Dayini Batrisya, Nur Diyana, Ahmad Qalish dan Nur Safiyya diatas
segala pengorbanan yang mereka berikan. Jasa baik kakak tersayang iaitu Zuriani Bt
Abdullah yang bersusah payah menyumbangkan idea dan tenaga serta usaha untuk
merealisasikan penerbitan modul ini adalah satu perkara yang besar dan jasanya tidak
mungkin dilupakan. Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan memahami karier
saya sebagai seorang guru yang aktif dan dalam masa yang sama sebagai seorang
siswazah. Tidak dilupakan kepada Dr Kamaluluarifin Bin Subari iaitu pensyarah
pembimbing diatas tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau telah membuka ruang
untuk saya menyiapkan modul ini dengan jayanya. Ucapan penghargaan tidak saya
lupakan kepada bekas pengetua tersayang iaitu Dr Hjh Rani Bt Mutalib yang sentiasa
menyokong saya untuk apa jua yang saya lakukan. Begitu juga dengan Pengetua SMK
Puteri iaitu Tn Hj Rosdi Bin Mat, semua pentadbir dan kakitangan sekolah serta rakan
sejawat yang banyak memberi sokongan selama ini. Kerjasama yang diberikan oleh
pakar bidang dan pakar modul serta semua responden termasuk rakan sekuliah yang
terlibat juga amat saya hargai. Akhir madah, saya mengucapkan ribuan terima kasih
atas budi baik semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
pembangunan modul pengajaran ini dan semoga modul ini memberi manfaat untuk
semua.
Terima kasih.
3
PRAKATA
Modul ini direka bentuk berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Tingkatan Dua terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Modul ini bertujuan untuk memperkukuhkan dan menyediakan guru dengan
pengetahuan serta kemahiran-kemahiran untuk mengajar topik elektronik yang
terkandung dalam DSKP RBT Tingkatan Dua. Modul ini ditulis khas untuk para guru
yang tiada atau kurang berpengetahuan khusus dalam pengaturcaraan dan penggunaan
mikropengawal.
Modul ini direka khas untuk papan mikropengawal Arduino Nano. Namun
begitu, modul ini juga boleh digunakan untuk semua papan mikropengawal yang setara
dengan Arduino Nano, misalnya Uno, Uno CH340G, CT-UNO, Duemilanove
w/ATmega328, Yun, Yun Mini, Esplora, Diecimila, Nano w/ATmega328, Nano
w/ATmega/CH340G, Nano w/ATmega 168, Mega 2560, Mega 2560 CH340G,
Leonardo, Micro, Pro Mini, Robot Control, dan Robot Motor.
Modul ini juga menyediakan satu set soalan berformat dan berpiawai PT3
sebagai latih tubi dan pengukuhan. Skema jawapan disediakan untuk membantu para
guru. Modul ini diterbitkan khusus sebagai nilai tambah dan memenuhi keperluan
terkini, konsep pembelajaran kontekstual turut diterapkan melalui KBAT.
4
RASIONAL
Antara sebab-sebab pembelajaran dengan menggunakan Modul
Pengajaran ini diperkenalkan adalah seperti yang berikut:
1. Memberikan anda peluang mengambil bahagian secara aktif dalam
proses pembelajaran kemahiran berfikir berpusatkan bahan.
2. Memberi anda kebebasan untuk belajar sendiri dengan syarat anda
telah diberi pendedahan dalam pembelajaran secara teori ataupun amali
menulis pengaturcaraan menggunakan komputer atau laptop.
3. Memberi anda peluang belajar mengikut kadar sendiri berdasarkan
kebolehan masing-masing.
4. Dapat mengelakkan rasa bosan membaca buku-buku yang lebih te-
bal dan ia boleh menarik minat anda untuk meningkatkan tahap ke-
mahiran berfikir secara semula jadi.
5. Pembelajaran dengan menggunakan modul pengajaran ini adalah
cekap dan berkesan. Anda tahu apa yang perlu dipelajari menerusi
Objektif Pembelajaran yang disediakan mengikut unit-unit.
6. Objektif pembelajaran yang telah ditetapkan perlu dicapai kerana ia
merupakan asas kepada tajuk pelajaran yang berikutnya.
5
AKTIVITI UTAMA
Untuk mencapai objektif pembelajaran modul pengajaran yang bertajuk Bab
Elektronik dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan Dua
ini, pengguna modul dinasihatkan supaya mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Membaca secara menyeluruh semua bahan pembelajaran yang
terkandung di bahagian Isi Kandungan dan Aktiviti Pembelajaran
Teras. Fahami konsep yang dibincangkan dan dapatkan isi-isi penting.
2. Sila lakukan semua aktiviti pembelajaran yang terkandung di bahagian Isi
Kandungan dan Aktiviti Pembelajaran yang teras. Setiap arahan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran perlu dipatuhi.
3. Cuba jawab setiap soalan yang dikemukakan di dalam ujian pengukuhan.
Untuk memastikan keberkesanan penggunaan Modul Pengaturcaraan
Elektronik (MPPE) ini dalam pembelajaran, anda semua dikehendaki sentiasa:
1. Sentiasa fokus semasa melakukan semua aktiviti pembelajaran yang ter-
kandung di dalam modul ini.
2. Membaca dan merujuk setiap arahan terutamanya penerangan da-
lam pemasangan perisian arduino dan fungsi asas arahan atur cara
perisian arduino.
6
CADANGAN PENGAGIHAN MASA
(JAM NOTIONAL)
SUB- TOPIK CADANGAN CATATAN
TOPIK MASA/
WAKTU
2. 4. 6 MENULIS PENGATURCARAAN MUDAH 3 JAM PERLU TELEFON
BERDASARKAN PENYAMBUNGAN 3 JAM PINTAR JENIS
LITAR INPUT DAN LITAR OUTPUT. ANDROID
+WAYAR ON THE
GO (OTG)
2. 4. 7 MEMBUAT PENGUJIAN DAN
LITAR
PENILAIAN KEFUNGSIAN
ELEKTRONIK.
7
PENGENALAN
ARDUINO IDE/UNO DAN NANO KIT
Papan mikropengawal terdiri daripada peranti input dan output seperti Push Button,
LED, Buzzer, Potentionmeter dan lain-lain. Ianya berteraskan mikropengawal Arduino
yang senang digunakan bagi peringkat sekolah.
Papan perkakasan di rumus khas bagi pelajar sekolah dan telah siap dilabel bagi
mengelakkan kekeliruan di antara perkakasan dan juga perisian. Ianya juga boleh
diaturcara menggunakan perisian ARDUBLOCK & C dan ArduinoDroid. Jadual dibawah
ialah perbandingan antara Arduino IDE/Uno dengan Arduino Nano Kit.
Arduino IDE/Uno Arduino Nano
Pendawaian menggunakan kaedah konvensional Penggunaan menggunakan kaedah modul
‘Breadboard’ dan memerlukan kefahaman peranti tidak memerlukan breadboard.
penggunaan teknikal.
Bilangan pin positif dan negatif terhad dan Bilangan pin posited dan negatif mengikut
perlu disambung pada ‘Breadboard’ untuk bilangan peranti.
menambah bilangan.
Komponen ‘loose part’ (komponen lerai) perlu Komponen secara modular (pasang siap) bagi
difahamkan secara mendalam elektronik asas memudahkan pembelajaran.
setiap kaki komponen.
8
KEPERLUAN PERKAKASAN
TELEFON PINTAR JENIS ANDROID SAHAJA DIBENARKAN UNTUK MEMUAT TURUN
APLIKASI ARDUINODROID.
+
Telefon pintar perlu menggunakan wayar penyambung On The Go (OTG) yang perlu dipasang
pada set Arduino untuk memindahkan set arahan bahasa pengaturcaraan kepada projek
elektronik. Muat turun aplikasi menggunakan simbol ArduinoDroid – Arduino IDE seperti
9
PERSEDIAAN
Mikropengawal Arduino
Guru boleh belikan set Arduino Nano dari kedai atas talian seperti
https://www.fb.com/drabot.robotics.
Guru juga boleh belikan set Arduino Nano dari laman sesawang seperti Lelong dan Lazada.
Guru juga boleh belikan set Arduino Nano terus daripada pembekal.
Perisian Arduino
Perisian Arduino boleh dimuat turun dari laman sesawang Arduino rasmi:
htttps://www.arduino.cc/en/Main/Software.
Perisian Arduino bagi telefon pintar jenis Android boleh dimuat turun dari Google Play
Store secara percuma.
Pencetakkan Modul
Modul guru dan murid adalah direka untuk dicetak dalam bentuk A4.
10
PENERANGAN PERKAKASAN
NANO KIT
G = Ground (-ve)
V = Voltage (+ve)
S = Signal (Digital D2
Pengesan cahaya dan suhu
11
PEMASANGAN PERISIAN
Langkah 1:
Muat turun aplikasi ArduinoDroid di Google Play Store secara percuma.
Langkah 2:
Buka ArduinoDroid dan pilih papan mikropengawal pada butang Setting, icon Setting ialah titik 3
bertindih. Penulis memilih Nano w/ATmega328/CH340G sebagai papan mikropengawal untuk
menjalankan pembelajaran ini.
12
Langkah 3:
Membuka fail baru dan menamakan projek.
Contoh: LED BERKELIP
Langkah 4:
Menulis arahan menggunakan bahasa pengaturcaraan dalam ruangan Editor.
13
Langkah 5:
Setelah selesai menulis bahasa pengaturcaraan, pengguna perlu menekan ikon kilat untuk membuat
kompilasi fail (compilation) dan kemudian memuat naik fail tersebut ke papan Arduino untuk
menjalankan operasi sebagaimana yang telah ditulis.
14
Langkah 6:
Setelah selesai proses compilation, pengguna perlu menekan ikon anak panah untuk upload atur
cara terus kepada set Arduino Nano. Apabila selesai proses upload, notifikasi upload finished akan
keluar pada skrin menyatakan bahawa proses upload telah berjaya.
15
FUNGSI ASAS ARAHAN
ATURCARA PERISIAN
ARDUINO NANO
16
Setelah kod telah dimuatnaik ke Arduino, kod arahan itu akan kekal dalam memori Arduino sehingga
program dipadam atau ditulis semula. Sebelum kita menulis sesuatu atur cara, kita perlu merancangkan
atur cara dengan menggunakan carta alir.
Berikut adalah atur cara yang akan dibangunkan.
Ini merupakan satu contoh struktur kawalan jujukan –
iaitu atur cara yang tidak mempunyai cabang.
Perhatikan bentuk yang berlainan digunakan untuk
mewakili langkah atur cara yang berlainan
Bentuk mewakili permulaan dan
penamatan sesuatu atur cara.
Bentuk mewakili input atau output
pada sesuatu atur cara
Bentuk mewakili langkah-langkah
yang perlu diproses dalam atur cara.
17
Berikut merupakan atur cara untuk carta alir bagi rajah 1.0 di atas.
1 void setup () {
2 pinMode (13, OUTPUT) ;
3}
4
5 void loop () {
6 digitalWrite (13, HIGH) ;
7 delay (1000) ;
8 digitalWrite (13, LOW) ;
9 delay (1000) ;
10 }
Fungsi untuk setiap satu baris adalah seperti berikut:
Baris Pernyataan Fungsi
Atur Cara
1 void setup () { Menyatakan permulaan untuk fungsi setup. Program setup
biasanya digunakan untuk tatapan asas seperti menetapkan mod
untuk pin yang digunakan.
Perhatikan bahawa perkataan void dan setup dalam warna yang
berlainan, ini kerana mereka merupakan kata kekunci khas
(keyword) dalam pengaturcaraan Arduino.
Simbol { menandakan permulaan untuk program setup.
2 pinMode Menetapkan mod pin tertentu sama ada kepada mod masukan atau
(13, OUTPUT) ; mod keluaran.
Kod ini menetapkan pin 13 sebagai mod keluaran.
3} Simbol } menandakan tamat fungsi setup. Bermula dengan simbol
{ pada baris 1, fungsi setup hanya merangkumi kod di antara baris
1 dan 3 sahaja.
4 void loop () { Menandakan permulaan untuk fungsi loop. Fungsi loop adalah
fungsi yang dijalankan berulang kali sehingga Arduino
dipadamkan. Sila perhatikan warna pada perkataan void dan loop,
kedua-duanya berlainan – sama seperti setup, perkataan loop juga
merupakan kata kekunci dalam Arduino.
Simbol { menandakan permulaan untuk fungsi loop.
18
5 digitalWrite (13, HIGH) ; DigitalWrite menghantar isyarat digital kepada pin
yang dinyatakan.
Baris ini akan menghantarkan nilai HIGH kepada pin
13, iaitu akan menghidupkan komponen-komponen
yang bersambung ke pin 13.
Arduino adalah sensitive kepada huruf besar dan huruf
kecil – W untuk digitalWrite dan HIGH perlu ditulis
dalam huruf besar baru ia akan dikenalpasti sebagai
kata kekunci dan akan dipaparkan dalam warna lain.
6 delay (1000) ; Delay akan menunggu untuk jangka masa yang
ditetapkan. Nilai yang ditulis dalam kurungan delay
tersebut adalah dalam unit milisaat. Sebagai contoh,
1000 milisaat bersamaan 1 saat.
Jadi delay (1000) bermaksud sistem akan menunggu
selama 1 saat.
7 digitalWrite (13, LOW) ; Baris ini akan menghantar nilai LOW pada pin 13.
Ini akan memadamkan/menyahaktifkan komponen-
komponen yang bersambung ke pin 13.
8 delay (1000) ; Kita perlu letak satu lagi delay selepas memadamkan
9} pin 13. Tanpa baris ini, selepas baris 8 dijalankan,
aliran aturcara akan kembali ke baris 6.
Walaupun pin 13 akan dipadamkan, tetapi ia akan
padam dengan terlalu cepat dan ia tidak dapat dikesan
oleh mata kasar kita, jadi ia seolah-olah seperti tidak
padam.
Simbol } menandakan tamat fungsi loop. Bermula
dengan simbol { pada baris 5, fungsi loop hanya
merangkumi kod di antara baris 5 dan 10 sahaja.
19
TEKNOLOGI ELEKTRONIK
STANDARD PEMBELAJARAN:
2.4.6 Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input dan output.
STANDARD PENILAIAN :
TAHAP 4 Menguji kefungsian litar yang menggunakan mikropengawal (microcontroller).
CADANGAN PEMBAHAGIAN MASA PDPC: 30 MINIT
UNIT 2.4.6
PERSEDIAAN:
Pastikan guru menyediakan set Arduino Nano yang mencukupi untuk murid.
Unit 2.4.6 memerlukan telefon pintar jenis Android untuk pengaturcaraan.
Boleh digunakan beserta dengan modul murid.
20
SUB TOPIK 2.4.6 DAN 2.4.7
MENULIS PENGATURCARAAN MUDAH BERDASARKAN PENYAMBUNGAN
LITAR INPUT DAN LITAR OUTPUT
Objektif Pembelajaran:
Dalam sub topik ini, murid akan dapat menulis pengaturcaraan mudah bagi mengawal litar output.
Kriteria Kejayaan:
Murid dapat mengawal LED bina dalam untuk Arduino Nano.
Mikropengawal berfungsi untuk mengawal litar keluaran (output) dengan menghantar
isyarat kepada pin keluaran di mikropengawal. Oleh hal yang dikatakan demikian,
komponen-komponen elektronik yang bersambung pada pin mikropengawal dapat dikawal
melalui pengaturcaraan.
Umumnya, terdapat dua jenis isyarat yang dikeluarkan oleh mikropengawal, iaitu isyarat
digital dan isyarat analog. Isyarat digital mempunyai dua keadaan, iaitu ON dan OFF.
Dengan menghantar isyarat digital ON kepada pin 5, kita boleh mengaktifkan komponen
yang bersambung dengan pin 5. Jika kita menghantar digital OFF kepada pin 5,
komponen yang bersambung pada pin tersebut akan dinyahaktifkan.
Isyarat analog pula mempunyai lebih daripada 2 nilai dan untuk mikropengawal Arduino, ia
meliputi 256 nilai bermula daripada nilai 0 hingga ke nilai 255. Nilai 0 bermaksud tiada
arus eletrik manakala nilai maksimum ialah nilai 255. Nilai isyarat analog 0 hingga 255
adalah berkadar terus dengan nilai voltan yang dihasilkan pada pin keluaran, misalnya nilai
127 akan menghasilkan 50% daripada voltan maksimum. Bagi memudahkan kefahaman,
jika kita menyambungkan LED pada pin keluaran analog, nilai 0 akan memadamkan LED
manakala nilai 127 akan menyebabkan LED menyala dengan 50% keterangan, dan nilai 255
akan menyalakan LED pada keterangan 100%.
ISYARAT ANALOG ISYARAT DIGITAL
21
Mikropengawal Arduino menjalankan dua fungsi, iaitu fungsi setup dan fungsi loop.
Fungsi setup dilaksanakan cuma sekali sahaja iaitu ketika Arduino dihidupkan dan setelah reset,
manakala fungsi loop dijalankan berulang kali sehingga Arduino dinyahaktifkan.
22
AKTIVITI SATU
LATIHAN PENGATURCARAAN:
LED BERKELIP
STANDARD KANDUNGAN:
2.4.6 Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input dan litar
output.
2.4.7 Membuat pengujian dan penilaian kefungsiaan litar elektronik.
OBJEKTIF:
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Di akhir pembelajaran menggunakan modul ini, pelajar seharusnya dapat:
• Menghasilkan lampu LED berkelip selama satu saat secara berterusan.
melalui aktiviti pembelajaran berasaskan projek yang telah mereka siapkan.
PERUNTUKAN MASA: 30 MINIT
23
ARAHAN
BINA SATU LITAR ELEKTRONIK
1. Led ON selama 1 saat dan OFF selama 1 saat.
2. Proses berulang.
24
MENULIS ARAHAN PENGATURCARAAN
LITAR 1 OUTPUT (LED)
1. Isytihar pin
void setup () {
pinMode (13, OUTPUT) ;
}
2. Penetapan Arahan
void loop () {
digitalWrite (13, HIGH) ;
delay (1000) ;
digitalWrite (13, LOW) ;
delay (1000) ;
}
Menulis arahan menggunakan bahasa pengaturcaraan di ruangan Editor dalam perisian
ArduinoDroid.
25
PENGUJIAN
Langkah 1:
Setelah selesai menulis bahasa pengaturcaraan, pengguna perlu menekan ikon kilat untuk
membuat kompilasi fail (compilation) dan kemudian memuat naik fail tersebut ke papan
Arduino untuk menjalankan operasi sebagaimana yang telah ditulis.
26
Langkah 2:
Setelah selesai proses compilation, pengguna perlu menekan ikon anak panah untuk upload atur
cara kepada set Arduino Nano. Apabila selesai proses upload, notifikasi upload finished akan
keluar pada skrin menyatakan bahawa proses upload telah berjaya.
Langkah 3:
Buat penyambungan LED ke pin no.13. Lampu LED akan berfungsi sebagaimana arahan.
Lampu akan berkelip-kelip setiap satu saat
Pin No.13
27
AKTIVITI DUA
LATIHAN PENGATURCARAAN:
BUZZER
STANDARD KANDUNGAN:
2.4.6 Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input dan litar
output.
2.4.7 Membuat pengujian dan penilaian kefungsiaan litar elektronik.
OBJEKTIF:
PEMBELAJARAN RBT BERASASKAN PROJEK
Di akhir pembelajaran menggunakan modul ini, pelajar seharusnya dapat:
• Menghasilkan Buzzer berbunyi selama dua saat secara berterusan.
melalui aktiviti pembelajaran berasaskan projek yang telah mereka siapkan.
PERUNTUKAN MASA: 30 MINIT
28
MENULIS ARAHAN
BUZZER
1. Isytihar pin
void setup () {
pinMode (13, OUTPUT) ;
}
2. Penetapan Arahan
void loop () {
digitalWrite (13, HIGH) ;
delay (2000) ;
digitalWrite (13, LOW) ;
delay (2000) ;
}
Menulis arahan menggunakan bahasa pengaturcaraan di ruangan Editor dalam perisian
ArduinoDroid.
29
PENGUJIAN
Langkah 1:
Setelah selesai menulis bahasa pengaturcaraan, pengguna perlu menekan ikon kilat untuk
membuat kompilasi fail (compilation) dan kemudian memuat naik fail tersebut ke papan
Arduino untuk menjalankan operasi sebagaimana yang telah ditulis.
30
Langkah 2:
Setelah selesai proses compilation, pengguna perlu menekan ikon anak panah untuk upload
atur cara kepada set Arduino Nano. Apabila selesai proses upload, notifikasi upload finished
akan keluar pada skrin menyatakan bahawa proses upload telah berjaya.
Langkah 3:
Buat penyambungan buzzer ke pin no 13. Buzzer akan berfungsi sebagaimana arahan
pengaturacaraan.
Buzzer akan berbunyi setiap dua
saat.
Pin No.13
31
AKTIVITI TIGA
LATIHAN PENGATURCARAAN:
TRAFIK LIGHT
STANDARD KANDUNGAN:
2.4.6 Menulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input dan litar
output.
2.4.7 Membuat pengujian dan penilaian kefungsiaan litar elektronik.
OBJEKTIF:
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Di akhir pembelajaran menggunakan modul ini, pelajar seharusnya dapat:
• Menghasilkan lampu LED berkelip selama satu saat secara berterusan.
melalui aktiviti pembelajaran berasaskan projek yang telah mereka siapkan.
PERUNTUKAN MASA: 30 MINIT
32
MENULIS ARAHAN PENGATURCARAAN
TRAFIK LIGHT
1. Isytihar pin
void setup () {
pinMode (8, OUTPUT) ;
pinMode (10, OUTPUT) ;
pinMode (13, OUTPUT) ;
2. Penetapan Arahan
void loop () {
digitalWrite (8, HIGH) ;
delay (1000) ;
digitalWrite (8, LOW) ;
delay (1000) ;
digitalWrite (10, HIGH) ;
delay (1000) ;
digitalWrite (10, LOW) ;
delay (1000) ;
digitalWrite (13, HIGH) ;
delay (1000) ;
digitalWrite (13, LOW) ;
delay (1000) ;
33
Menulis arahan menggunakan bahasa pengaturcaraan di ruangan Editor dalam perisian
ArduinoDroid.
34
PENGUJIAN
Langkah 1:
Setelah selesai menulis bahasa pengaturcaraan, pengguna perlu menekan ikon kilat untuk
membuat kompilasi fail (compilation) dan kemudian memuat naik fail tersebut ke papan
Arduino untuk menjalankan operasi sebagaimana yang telah ditulis.
35
Langkah 2:
Setelah selesai proses compilation, pengguna perlu menekan ikon anak panah untuk up-
load atur cara kepada set Arduino Nano. Apabila selesai proses upload, notifikasi
upload finished akan keluar pada skrin menyatakan bahawa proses upload telah berjaya.
Langkah 3:
Buat penyambungan ketiga-tiga LED ke pin no 8, 10 dan 13. Trafik Light akan berfungsi
sebagaimana yang arahan pengaturcaraan.
Lampu akan berkelip setiap 1 saat.
Pin No.8, 10, 13
36
UJIAN
PENGUKUHAN
37
BAHAGIAN A
1. Rajah 1 menunjukkan komponen pada papan litar elektronik.
x
Apakah fungsi X tersebut?
A Mengawal sistem berdasarkan masa
B Bahagian untuk sambungan peranti input dan output
C Ruang inventori untuk menyimpan arahan atau maklumat
D Menerima arahan untuk memproses input dan output
2. Rajah 2 menunjukkan gambar rajah blok bahagian utama dalam mikropengawal.
Unit
X Pemprosesan OUTPUT
Apakah peranti yang terdapat pada bahagian X?
AB
CD
38
3. Rajah 3 menunjukkan gambar rajah blok produk mekatronik.
INPUT PROSES OUTPUT
PENGATURCARA PERANTI
KELUARAN
PERANTI X
MASUKAN
Apakah elemen X? B Penderia gerakan
A Pemacu motor D Mod pilihan
C Kawalan
4. Antara gambar berikut, yang manakah peranti input digital? B
A
CD
5. Sambungan pin digital Arduino nano terdapat tiga, iaitu
I. Ground
II. Ammeter
III. Voltage
IV. Signal
A. I, III dan IV
B. I, II, dan III
C. I, II, dan IV
D. II, III, dan IV
39
BAHAGIAN B
1. Berikut adalah gambar rajah blok produk mekatronik.
INPUT PROSES OUTPUT
12 3
Susun keterangan gambar rajah blok mengikut urutan yang betul dengan menulis 1, 2, dan 3
pada petak yang disediakan.
Mikropengawal
Peranti masuk
Peranti keluar
2. Berikut adalah bahagian yang terdapat dalam mikro pengawal.
A Peranti input digital
B Peranti input analog
Padankan jenis peranti itu dengan menulis A atau B pada petak yang disediakan.
[3 markah]
40
3. Susun mengikut urutan yang betul proses pembinaan gajet mekanikal yang berfungsi dengan
menulis 1, 2 dan 3 pada petak yang disediakan.
1 Pemasangan komponen
2 Penyediaan komponen pembinaan
3 Pengujian
4 Penghasilan komponen
5 Kemasan
6 Membuat lakaran ceraian system dan komponen
64 5
[3 markah]
4. A, B, C dan D adalah peranti input digital dan peranti input analog yang digunakan untuk
menghasilkan bentuk isyarat kepada mikropengawal.
A Penderia suhu
B Penderia air
C Penderia jarak
D Penderia pergerakan
Lengkapkan jadual berikut dengan menulis A, B, C dan D dalam ruang jawapan.
Peranti input digital Peranti input analog
[4 markah]
41
5. Rajah di bawah merujuk kepada gambar rajah blok bahagian kereta kawalan jauh yang akan diubah
suai bagi membolehkan kereta tersebut mudah dikendalikan di kawasan yang gelap.
INPUT PROSES OUTPUT
Panel kawalan Pemacu motor Roda berputar
tanpa wayar Motor AT
Mikropengawal
A B
Lengkapkan gambar rajah blok itu dengan menulis A dan B pada petak yang disediakan.
Pembaz Penderia inframerah
Lampu LED Perintang peka cahaya (LDR)
[2 markah]
42
BAHAGIAN C
1. A) Lakarkan reka bentuk litar skematik bagi sebuah projek elektroknik.
43
JAWAPAN
BAHAGIAN A
1. C
2. A
3. C
4. B
5. A
BAHAGIAN B 2
1. Mikropengawal
Peranti masuk 1
Peranti keluar 3
2. A, B, A Peranti input analog
3. 2, 1, 3 A
4. Peranti input digital
C
B
D
5. A: Perintang peka cahaya (LDR)
B: Lampu LED
44
JAWAPAN
BAHAGIAN C
1.A)
45
BIODATA PENULIS:
Cikgu Zul Afida Bt Abdullah berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Dilahirkan pada
3 Mei 1979. Lebih dikenali sebagai Cikgu Robot dan sangat aktif dalam kokurikulum
terutamanya dalam robotik. Mempunyai pengalaman mengajar KHB dan RBT
selama 10 tahun. Berkhidmat di SMK Puteri, Kota Bharu, Kelantan. Latar belakang
akademik: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup),
2008. Institusi : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Latar belakang
perkhidmatan: 2008-2014 (SMK Keroh, Kuala Krai) dan 2014-Sekarang
(SMK Puteri). Anugerah yang pernah diperolehi: Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (2015), Penyelaras Cemerlang Kokurikulum Kategori (Robotik
Kebangsaan, 2018), Duta Guru Yayasan Petronas (2019), Hero Teacher (2019) dan
Guru Ikon (2019). Kejayaan: Pengurus Kesenian dan Kebudayaan (Seni Tari-Asteri)
peringkat Antarabangsa (Thailand-2019) dan bakal ke persembahan kesenian
antarabangsa di Macau, Juara 5 tahun berturut-turut dalam pertandingan robotik
(NRC) peringkat Negeri dalam kategori Terbuka, Juara 4 tahun berturut-turut
pertandingan Karnival Inovasi Teknologi Hijau (KITH) peringkat Negeri dalam
kategori Reka bentuk Bandar Teknologi Hijau, penyertaan dalam Karnival Stem
dalam kategori rekacipta Kapal Terbang Kawalan (RC Jet), pertandingan reka bentuk
pelantar minyak (ORC) anjuran Universiti Malaysia Petronas, pertandingan
rekabentuk struktur binaan dan pelbagai pertandingan STEM. Pernah menghasilkan
beberapa buah buku modul Kemahiran Hidup untuk edaran dalaman seperti ERT,
Pertanian, Kemahiran teknikal dan terlibat dalam penerbitan modul komprehensif
KSSM PT3 Skor A RBT terbitan Primetex Photocopier & Office Services. Penulis
sedang menjalani pengajian peringkat Sarjana di UTM, Skudai secara “Full
Research” dalam bidang Pendidikan dan berjaya menghasilkan jurnal Pendidikan
secara ilmiah.
46
Modul pengajaran pengaturcaraan elektronik dibangunkan khas untuk
membantu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru khususnya
guru Reka bentuk dan Teknologi (RBT). Ia bertujuan memperkukuhkan
dan menyediakan guru dengan pengetahuan serta kemahiran-kemahiran
untuk mengajar topik elektronik yang terkandung dalam DSKP RBT
Tingkatan Dua atau boleh juga digunakan oleh sesiapa saja yang berminat
untuk menambah ilmu dalam pengaturcaraan elektronik terutamanya
penggunaan mikropengawal arduino. Inovasi yang terkandung dalam
modul ini ialah kaedah memasukkan arahan pengaturcaraan secara mobile
iaitu menggunakan telefon pintar jenis android. Pengujian dan penggunaan
mikropengawal berfungsi dengan lebih mudah, ringkas dan jimat iaitu dari
segi penyediaan perkakasan.
47