MPU 24011 PENGAJIAN ISLAM
TOPIC: ISLAMPHOBIA DI NEGARA-NEGARA
BUKAN ISLAM DAN CARA MENGATASINYA
E-FOLIO
PENGAJIAN ISLAM
DISEMAK OLEH: PUAN NORIAH BINTI NAWI
FARIS BIN MANSOR
(23DLS21F2029)
AHMEED ANSUORI BIN HASAN
(23DLS21F2027)
MUHAMMAD HADWAN FADHLAN
BIN SHAMSUL BAHRIN
(23DLS21F2051)
www.reallygreatsite.com
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. BENTUK ISLAMPHOBIA
3.ISLAMPHOBIA DI NEGARA LAIN
4. PUNCA ISLAMPHOBIA
5. KESAN ISLAMPHOBIA
6. CARA MENGATASI MASALAH
ISLAMPHOBIA
PENGENALAN
Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada
agama Islam dan orang-orang Islam. Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede (Runnymede
trust), sebuah agensi pemikir di United Kingdom telah menghasilkan satu penulisan yang
mentakrifkan Islamofobia sebagai “rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada
takut dan tidak suka kepada orang Islam”.
Namun begitu, istilah ini sudah mula digunakan pada tahun 1980-an tetapi lebih kerap dirujuk
oleh pelbagai pihak selepas serangan 11 September 2001. Ketika itu juga, media arus perdana di
negara-negara Barat khususnya, menjadikan islamofobia semakin serius dalam kalangan
masyarakat dengan membawa naratif-naratif yang mengelirukan tentang Islam.
Natijahnya, berlaku salah faham masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan membawa kepada
perlakuan dalam bentuk jenayah kebencian, diskriminasi dan prejudis terhadap umat Islam. Ini
dimarakkan lagi dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang menyalahkan Islam sebagai punca
kepada keganasan yang dilakukan oleh individu dan kelompok ekstremis dan teroris sedangkan
penting untuk difahami bahawa kelompok seperti ini sebenarnya wujud merentasi agama,
budaya dan masyarakat. Tindakan individu dan kelompok yang ekstrem ini adalah kerana salah
faham mereka terhadap agama dan nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
BENTUK ISLAMPHOBIA
1. INSTITUTIONAL ISLAMPHOBIA
-Merujuk kepada organisasi atau mana-mana pertubuhan yang mendiskriminasikan
berdasarkan identiti agama. 'Non-institutional islamphobia berlaku apabila ianya melibatkan
Islamphobia oleh individu. Islamophobia diperingkat institiusi seperti organisasi
tertentu,syarikat dan badan korporat lebih memberikan implikasi berbanding individu.
Islamphobia di peringkat institiusi ini,kebiasaanya melibatkan diskriminasi sama ada dalam
bentuk penafian peluang pekerjaan,kenaikan pangkat,hak- hak beragama sewaktu bekerja
dan sebagainya.
2. iSLAMPHOBIA OF THE STATE ATAU ISLAMPHOBIA
-Yang melibatkan polisi negara adalah sesuatu yang perlu dibendung. Melalui islamphobia
ini,amalan yang boleh mendiskriminasikan berdasarkan identiti agama boleh
berlaku,terutamanya di jabatan atau kementerian sesebuah kerajaan. Akibatnya,muslim atau
institusi dimiliki muslim yang berhubung atau mempunyai apa-apa hubungan dengan kerajaan
sebegini,ia akan mengalami pelbagai masalah dan memberikan pelbagai implikasi negatif.
3. DOMINANT ISLAMPHOBIA
-Merujuk kepada islamphobia yang berlaku di negara
majoriti bukan islam dan'non-dominant islamphobia''
apabila ianya berlaku di negara majoriti muslim.
Islamphobia yang berlaku di negara majoriti muslim
adalah,minoriti.''dominant islamphobia 'adalah lebih,
membimbangkan kerana,muslim minoriti ini akan lebih
berpotensi untuk didiskriminasikan dan dilayan dengan
tidak tidak adil.
4. UNCONCIOUS ISLAMPHOBIA
-Bermaksud islamphobia yang berlaku secara tidak sedari.
Ini kerap berlaku dikalangan bukan islam,dan ianya boleh
terjadi kepada muslim itu sendiri. Kenyataan yang
menghina dan mempertikaikan undang-undang islam dan
hak-hak asasi manusia dalam islam oleh golongan
tertentu,misalnya boleh dianggap sebagai fenomena
islamphobia yang tidak disedari.
ISLAMPHOBIA DI NEGARA LAIN
Gerakan anti islam sebenarnya agak dashyat di amerika syarikat berbanding di
united kingdom. Umum mengetahui kelantangan presiden donald trump yang dalam
beberapa isu masyarakat islam di negara itu,seperti mencadangkan agar masyarakat
islam didaftarkan kerana,trump,meragui ketaatan masyarakat islam. Dalam satu
laporan pada 2016, awan menyatakan bahawa,kebencian terhadap muslim sudah
berubah dari skala masyarakat kepada skala lebih besar arus perdana. Calon presiden
pada tahun 2016,dengan jelas membuat komen ''islam membenci kita'', ''saya tidak
menyokong orang islam untuk mentadbir negara ini dan penggunaan perkataan yang
mencemuh islam ''creeping sharia'' dan sekurang-kurang 32 negeri di amerika
syarikat, telah memperkenalkan dan membahaskan undang-undang anti-shariah
(considine,2017). Pada tahun 2011 dan 2012, 78 undang-undang untuk merendah-
rendahkan agama islam. Undang-undang anti sharia telah diperkenalkan di
arizona,kansas,south dakota dan tenesse,pada 2011 dan 2012. media di amerika
syarikat,berperanan menjadi agen islamphobia. Kajian terhadap dua saluran berita di
amerika syarikat, iaitu cnn dan fox news,mendapati bahawa kedua-dua saluran
ini,mempunyai kecenderungan untuk memberikan liputan berkaitan islam, orang
islam dan berkaitan ilam ,sharia, ben larden, hamas, jihad dan al-qaeda. Fox news
juga kerap memberikan maklumat yang kurang tepat terhadap islam,dan orang islam
dan media mempunyai agenda tersendiri dalam memberi liputan negatif. Agenda
media ini adalah untuk, mempengaruhi penonton agar menyokong calon republikan
ketika itu. Menurut media tenor internation (considine 2017),sepanjang 2007 hingga
2013,stesen berita seperti fox,nbs,dan cbs memaparkan bahawa,islam adalah punca
keganasan. media utama juga sering memaparkan bahawa keganasan tentera islam
dalam konflik asia barat. Media lebih kerap memaparkan serangan yang dilakukan
oleh muslim, terutamanya oleh bukan warganegara amerika syarikat,sedangkan
serangan bukan islam adalah lebih banyak. Seorang penulis erin
kearns.memberitahu national public radio (npr) pada june 2017, jika serangan itu
dilakukan oleh seorang islam,berita ini akan mendapat liputan media empat kali
ganda setengah,berbanding jika serangan itu, dilakukan oleh orang bukan islam.
Kearn juga menyatakan ''penyerang bukan islam perlu membunuh, lebih kurang 7
orang atau lebih untuk mendapatkan liputan yang sama,jika penyerangan ialah
seorang muslim.
PUNCA UTAMA MENGAPA
ISLAMPHOBIA BERKEMBANG DI
NEGARA BARAT
Antara punca utama mengapa islamphobia
berkembang di barat adalah,berkaitan dengan media.
Barat yang menguasai hampir 70% industri media
dunia,menjadi kunci dalam penyebaran pelbagai
jenis maklumat. Rata-rata media barat akan terroris
muslim,isis,pengganas muslim,anti-kristian,barbarik
dan lain-lain sebgai tajuk utama bagi mana -mana
insiden yang dilakukan oleh ekstremism islam.
Faktor kedua, majoriti mayarakat barat,tentang
islam. Merkea mempunyai maklumat yang sangat
cetek tentang islam malah sentiasa,tentang islam. Ini
menjadikan mereka mempunyai persepsi yang tidak
benar tentang islam. Pada pandangan mereka, islam
adalah agama yang ganas,barbarik, dan tidak
bertamadun,menganiaya wanita,tidak toleran dan
pelbagai persepsi negatif lainya. Islam melalui
media yang bersikap berat sebelah dan
mempromosikan agenda anti islam.malah setiap
muslim yang ke masjid,juga dianggap melakukan
ritual keganasan dan menyebarkan elemen
keganasan.
KESAN ISLAMPHOBIA
Diskriminasi struktur. Umat Islam dianggap sebagai
golongan rendah. Kesannya tidak dapat menikmati hak
yang sama seperti orang lain. Islam dirujuk sebagai
keganasan. Mendorong perlakuan-perlakuan yang tidak
bertamadun bagi memberi tindak balas terhadap
ancaman yang dihadapi.Kempen membakar naskah Al-
Quran bercetak sebagai usaha menghantar mesej kepada
umat Islam bahawa mereka menganggap ajaranAl-
Quran adalah jahat. Bagi Barat, al-Quran yang
membawa kepada peristiwa 11 September itu. Tetapi
bagi orang Islam umumnya, serangan dalam 11
September itu bukan ajaran Islam. Keganasan bukan
ajaran Islam. Orang Islam sendiri bukan sahaja takut
pada keganasan, tetapi telah pun menjadi mangsa
mereka.
CCAARRAA MMIIEESSNNLLGGAAAAMMTTPP
AAHHSSOOIIBBMMIIAAAASSAALLAAHH
PENERANGAN AGRESIF
Penerangan yang agresif mesti digerakkan oleh pertubuhan dakwah seluruh negara
bagi memberi kefahaman dan penjelasan terhadap ajaran serta nilai luhur agama Islam
sebenar. Masyarakat bukan Islam hendaklah diterangkan hakikat ajaran Islam yang
menekankan prinsip keseimbangan, keterbukaan dan kepelbagaian sejagat.
Mereka juga mesti difahamkan iaitu perlakuan yang bertentangan dengan prinsip
agama oleh penganut agama Islam tidak boleh dijadikan sandaran dalam memahami
hakikat ajaran Islam sebenar. Pada masa kini, revolusi teknologi maklumat hendaklah
dimanfaatkan bagi memastikan dakwah dan penerangan mengenai hakikat sebenar
agama Islam disebarkan merentasi masyarakat bukan Islam.
Penggunaan bahasa dakwah pelbagai yang sesuai dengan kefahaman masyarakat Islam
hendaklah diperluaskan. Sudah sampai masanya pusat penerangan Islam diwujudkan di
tempat-tempat awam terpilih bagi memudahkan proses penyampaian dakwah kepada
masyarakat bukan Islam. Menerusi pusat penerangan ini, bahan-bahan penerangan
dakwah boleh disebarkan secara lebih meluas.
Langkah dakwah lain yang boleh dilaksanakan ialah meningkatkan proses sosialisasi
iaitu memperbanyakkan ruang interaksi dan perhubungan sosial antara umat Islam dan
masyarakat bukan Islam. Proses sosialisasi boleh dilaksanakan dalam banyak ruang
kehidupan terutama di bidang sosial dan budaya.
Misalnya, umat Islam hendaklah memastikan penyertaan masyarakat bukan Islam
dalam acara sosial dan kebudayaan yang dianjurkan di pelbagai peringkat. Malah,
kegiatan ziarah wajar dianjurkan secara berkala oleh persatuan penduduk setempat
bagi merapatkan hubungan antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam.
PROSES SOSIALISASI MASYARAKAT
Peranan institusi masjid dalam merancakkan proses sosialisasi
masyarakat amat penting. Program hari terbuka masjid misalnya
boleh dianjurkan dengan menjemput masyarakat bukan Islam
mendekati institusi masjid.
Menerusi sosialisasi ini, interaksi sesama masyarakat akan lebih
akrab dan penjelasan terhadap kekeliruan serta sensitiviti agama
dapat diatasi. Proses sosialisasi adalah sebahagian penterjemahan
konsep dialog antara agama yang kini menjadi satu budaya
dakwah yang digalakkan di kalangan umat Islam.
Pada waktu ini, umat Islam hendaklah lebih proaktif menangani
cabaran Islamofobia. Cabaran ini boleh diatasi dengan lebih
berkesan menerusi interaksi dan dialog langsung di antara umat
Islam dan masyarakat bukan Islam. Umat Islam dinasihatkan
untuk istiqamah dengan pendekatan dakwah yang hikmah dalam
menangani Islamofobia.
Mereka ditegah sama sekali untuk terbabit dengan kegiatan
berunsur radikal dan ekstrem bagi mengatasi cabaran Islamofia
yang sedang dihadapi umat Islam. Umat Islam hendaklah sentiasa
berhati-hati daripada terjebak dengan kegiatan dan tindakan
bercorak keganasan kerana ia bertentangan dengan prinsip ajaran
Islam yang menekankan nilai mulia dan rahmah untuk seluruh
umat manusia.
RUJUKAN
https://prezi.com/p/plivrhqc4jak/e-folio-
pengajian-islam-kumpulan-7situasi-islamofobia-di-
negara-negara-bukan-islam/
https://prezi.com/p/plivrhqc4jak/e-folio-
pengajian-islam-kumpulan-7situasi-islamofobia-di-
negara-negara-bukan-islam/
https://anyflip.com/fruud/khnc/basic
https://www.yumpu.com/id/document/read/4888
4204/memahami-isu-islamofobia-antara-persepsi-
dan-realiti-
https://books.google.com.my/books?id=spZGDWA
AQBAJ&Ipg=PP1&dq=islamophobia&pg=PP1#v=on
epage&q=islamophobia&f=false