SEKOLAH MENENGAH ARAB ( JAIM) AL-ASYRAF PEKAN PULAU SEBANG TAJUK : PENGAN GKUTAN AWAM DI TAMAN BUKIT EMAS , ALOR GAJAH , MELAKA Disediakan oleh : ANIS SOLEHAH BT ABDULLAH 2 IBNU RUSHD
BIL TARIKH / HARI AKTIVITI / PERKARA 1 30/1/2023 (Isnin) Diberikan taklimat kerja lapangan Geografi oleh guru Geografi, Encik Rozali B Ismail 2 30/1/2023 (Isnin) Perbincangan dengan guru Geografi mengenai kehendak kerja lapangan 3 30/1/2023 (Isnin) Membina Jadual Kerja dan Senarai Kandungan 4 30/1/2023 (Isnin) Menulis penghargaan dan pendahuluan tentang kerja lapangan 5 30/1/2023 (Isnin) Menyenaraikan objektif kajian 6 30/1/2023 (Isnin) Menulis perincian kawasan kajian 7 30/1/2023 (Isnin) Melukis peta lakar kawasan kajian berdasarkan ‘Google Maps’ 8 30/1/2023 (Isnin) Menyenaraikan dan menerangkan kaedah kajian yang digunakan 9 30/1/2023 (Isnin) Menjalankan soal selidik dengan mendapatkan respon dari 10 orang sumber 10 30/1/2023 (Isnin) Merekod, mengumpul dan menganalisis data daripada soal selidik 11 30/1/2023 (Isnin) Menulis hasil kajian daripada data 12 30/1/2023 (Isnin) Menulis rumusan kerja lapangan 13 30/1/2023 (Isnin) Menulis rujukan yang digunakan 14 30/1/2023 (Isnin) Melengkapkan lampiran 2
BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Penghargaan 4 2 Pendahuluan 5 3 Objektif kajian 5 4 Kawasan kajian 6 5 Kaedah kajian 7 6 Hasil kajian 8 7 Rumusan 12 8 Rujukan 13 9 Lampiran 14 3
PENGHARGAAN Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasankerja lapangan Geografi Tingkatan 2 ini . Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SMA (JAIM) Al-Asyraf Puan Azizah binti Yusuf kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini . Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Encik Rozali bin Ismail kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Tunjuk ajar sepanjang penyediaan laporan ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau. Saya juga ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Encik Abu Bakar bin Sirun dan Puan Anisah binti Abu Bakar kerana memberi bantuan kewangan dan kebenaran kepada saya untuk menyiapkan kerja lapangan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya, Alisha Hana dan Dini Nadiah kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa dalam proses melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan diterima kasih ditujukan kepada responden dan orang sumber yang sudi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal selidik. 4
PENDAHULUAN Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Taman Bukit Emas, Alor Gajah, Melaka. Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke suatu tempat. Tambahan pula, kawasan kajian saya ini merupakan tempat lauan utama pengangkutan. Saya menjalankan kajian ini selama enam minggu bermula pada bulan Januari hingga awal bulan Februari. Pengumpulan data dan maklumat dilakukan selepas waktu PDPC. Manakala bagi penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Geografi. OBJEKTIF KAJIAN Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Bukit Emas, Alor Gajah Melaka bertujuan untuk: (a) Mentakrif dan menghuraikan konsep pengangkutan awam (b) Menyatakan dan menghuraikan jenis pengangkutan awam (c) Menyatakan dan menghuraikan kepentingan pengangkutan awam (d) Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian (e) Menmberikan cadangan untuk mengatasi masalah pengangkutan awam di kawasan kajian. 5
KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya adalah sekitar Taman Bukit Emas, Alor Gajah Melaka. Lingkungan kawasan kajian ini adalah lebih kurang lima kilometer persegi. Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaraan Alor Gajah. Kawasan ini terletak dalam Mukim Sungai Petai daerah Alor Gajah, Melaka. Jumlah penduduk di kawasan kajian ini ialah lebih kurang 12 000 orang. Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tanah pamah yang rata. Jarak kawasan ini dari bandar Alor Gajah ialah 2 kilometer. Jika menaiki bas, tambangnya ialah RM 2.50 manakala jika menaiki teksi, tambangnya ialah RM 5. 6
KAEDAH KAJIAN Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut: (a) Pemerhatian: Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis pengangkutan awam di kawasan kajian (b) Soal selidik: Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk mengetahui masalah pengangkutan awam dan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam . (c) Rujukan: Rujukan buku secara maya, laman web, majalah dan keratan akhbar digukan untuk mengetahui konsep pengangkutan awam. 7
HASIL KAJIAN A. Konsep pengangkutan awam Menurut wikipedia, pengangkutan awam ialah transit awam merangkumi segala jenis sistem pengangkutan; iaitu penumpang tidak bergerak ke tempat lain menggunakan kenderaan sendiri. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat, pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan . B. Jenis pengangkutan awam di kawasan kajian Melalui pemerhatian saya, jenis pengangkutan awam di Taman Bukit Emas, Alor Gajah, Melaka ialah perkhidmatan bas, perkhidmatan teksi dan perkhidmatan e-panggilan. Pengangkutan bas di sini terdiri daripada bas henti-henti atau bas tambang dan bas sekolah. Perkhidmatan bas sekolah sangat penting kepada murid untuk ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Perkhidmatan bas henti-henti pula penting kepada penduduk dalam kawasan kajian untuk ke bandar Alor Gajah. Selain itu, teksi di Alor Gajah termasuklah teksi bertambang iaitu seorang pemandu memandu kenderaan yang digunakan untuk mengangkut seorang atau sebilangan kecil penumpang ke destinasi yang dipilih oleh penumpang tersebut. 8
Penduduk di kawasan Alor Gajah juga turut menggunakan satu aplikasi yang dikenali sebagai perkhidmatan e-panggilan untuk menaiki kenderaan penumpang seperti ‘Grab Car’. C. Kepentingan pengangkutan awam Kepentingan pengangkutan awam di Taman Bukit Emas, Alor Gajah, Melaka adalah seperti yang berikut: (a)Mengurangkan kesesakan lalu lintas Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasa kajian. Penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan kajian. (b) Membawa penumpang Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa, pengangkutan awam di kawasan kajian sangat penting untuk membawa penumpang. Saya sendiri menggunakan pengangkutan awam, iaitu bas untuk ke bandar Melaka dan ke sekolah. Selain itu, saya juga menggunakan teksi pada masa yang mendesak. Bas dan teksi merupakan kenderaan utama bagi pekerja asing untuk ke bandar Melaka dan ke tempat-tempat yang lain. 9
(c) Sumber pendapatan Melalui soal selidik, ada responden menyatakan dengan adanya pengangkutan awam telah membuka peluang pekerjaan dan menambah pendapatan bagi pemandu dan konduktor bas. D. Masalah pengangkutan awam di kawasan kajian (a) Kenderaan lama Melalui pemerhatian saya, kebanyakan pengangkutan awam terutamanya bas di kawasan kajian sudah lama dan uzur. Saya sendiri pernah tiba lewat ke sekolah kerana bas rosak dalam perjalanan ke sekolah. Selain itu, ada sesetengah bas cermin tingkapnya pecah dan boleh mengundang kecelakaan. Terdapat juga bas yang mempunyai tempat duduk yang terlalu usang dan kusyennya pula telah koyak yang menyebabkan penumpang berasa tidak selesa. (b) Pencermaran udara Berdasarkan pemerhatian saya, pengangkutan awam di kawasan kajian telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Tambahan pula, bas-bas yang beroperasi ini menggunakan minyak diesel sebagai bahan api utama. Bas-bas ini mengeluarkan asap yang banyak. Pencemaran mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk dan boleh mengundang penyakit. 10
(d) Jangka masa lama Berdasarkan soal selidik dengan En Umar bin Sirun, masa yang lama diambil untuk menunggu bas iaitu lebih kurang 30 minit hingga satu jam. Hal ini menyebabkan pengguna terpaksa menunggu lama untuk ke sesuatu tempat dan segala perancangan menjadi berantakan. E. Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian. (a) Menambah bilangan bas dan bas baharu Pihak syarikat bas hendaklah menambah bilangan bas dan menggantikan bas -bas yang lama dengan bas-bas yang baharu. Bas yang boleh dibaiki pula hendaklah diselenggara mengikut jadual untuk keselesaan penumpang. (b) Kempen alam sekitar Menurut En Amir b Ahmad, kempen alam sekitar perlu dihebahkan kepada penduduk di kawasan kajian. Pengusaha-pengusaha bas, mesti lebih prihatin dengan permasalahan ini. Bas-bas yang banyak mengeluarkan asap perlu diambil Tindakan segera untuk mengurangkan kadar pelepasan asap. 11
(c) Penapis asap Berdasarkan hasil pembacaan saya, penggunaan penapis asap atau catalytic converter dapat mengurangkan pembebasan gas-gas berbahaya ke udara. Keadaan ini sudah pasti akan dapat mengurangkan pencemaran udara. RUMUSAN Kesimpulanya, jenis pengangkutan awam utama di Taman Bukit Emas, Alor Gajah, Melaka ialah bas dan teksi. Bas dan teksi ini juga mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk di kawasan kajian. Antaranya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan kos dan sebagai sumber pendapatan. Selain itu, pelbagai masalah pengangkutan awam turut dihadapi di kawasan kajian. Antaranya ialah pencemaran udara, kenderaan lama, kemalangan dan jangka masa menunggu yang lama . Oleh itu, langkah drastik perlu diambil untuk mengatasi masalah pengangkutan awam ini. Antaranya adalah dengan menambah bilangan bas dan bas baharu, kempen alam sekitar, penapis asap atau catalytic converter dan menguatkuasakan undang-undang lalu lintas dan alam sekitar. Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada penduduk, syarikat pengangkutan awam dan masyarakat umumnya. Semoga hasil dapatan kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab. 12
RUJUKAN Buku Kang Chai Yeong , Zulkipli Bin Ismail , Rajanderan Subramaniam (2017). Buku Teks Geografi Tingkatan 2: Selangor, Ims Books Trading Sdn. Bhd. Orang Sumber 1. Encik Umar bin Sirun, 40 tahun, No. 243 Taman Awan Biru, Sungai Petai 78000 Alor Gajah, Melaka. 2. En Amir bin Ahmad, 35 tahun, SP 1347 Taman Bukit Emas 11, Alor Gajah, Melaka. 13
LAMPIRAN - Letakkan perkara peta kawasan kajian dari internet - gambar pengangkutan awam di kawasan kajian seperti bas/teksi - borang soal selidik yang telah dijawab oleh 10 orang sumber - jika menggunakan Google Form, boleh tangkap layer (screenshot) bahagian yang menunjukkan nama orang sumber - keratan akhbar berkenaan pengankutan awam , jika ada 14
Borang Soal Selidik (Tandakan X) 1. Nama: ANIS SOLEHAH BINTI ABDULLAH 2. Jantina: 3. Umur: X 20 tahun ke bawah 21-40 tahun 41 tahun ke atas Jjh 4. Bangsa: Melayu Cina India X Lain-lain 5. Pernakah anda menggunakan pengangkutan awam di kawasan ini? Lelaki X Perempuan X Ya Tidak
6. Apakah jenis pengangkutan yang anda gunakan 7. Kekerapan menggunakan pengangkuan awam. Setiap hari 1-2 kali seminggu X <5 kali sebulan Jjh 8. Berikan alasan mengapa anda memilih menggunakan pengangkutan awam . Tiada kenderaan sendiri Mudah didapati Elakkan tekanan di jalan raya seperti menghadap kesesakan X Lain-lain Nyatakan: Sekadar mencuba 9. Pada pendapat anda, adakah kos pengangkutan tersebut wajar ? X Bas X Teksi X Ya Tidak
10. Apakah pemasalahan yang anda hadapi semasa menggunakan perkhidmatan awam tersebut? Jadual pengangkutan awam tidak sesuai dengan masa pengguna. 11. Apakah cadangan anda untuk mengatasi permasalahan tersebut? Menggunakan perkhidmatan e-hailing atau berkongsi kenderaan. TAMAT