The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadnazim580, 2022-01-04 01:50:16

e folio

e folio

MPU11012
TAJUK;

KEHIDUPAN BERBILANG KAUM

NAMA PENSYARAH; EN.NORKHAIRUL NIZAM

NAMA AHLI KUMPULAN ;

MUHAMMAD NAZIM BIN NADZRI
(K01SKE21F013)

MUHD REZZA JOHAN BIN NOOR RAFIDI
(K01SKE21F012)

PENGENALAN

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, agama, budaya
dan kedudukan wilayah sentiasa hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa Malaysia
yang bersatu dan komitmed untuk membentuk identiti kebangsaan. Lantaran itu, bagi
mewujudkan perpaduan maka proses dinamik untuk merapatkan hubungan antara
kaum dan antara negeri dalam Malaysia mesti berterusan. Perkara ini bertujuan untuk
membentuk satu identiti yang tersendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan

Rukun Negara. Oleh itu, perkara ini menjadi amanah bagi seluruh rakyat Malaysia
untuk memastikan toleransi antara kaum diamalkan secara maksimum. Demi Malaysia,
maka seluruh rakyat pelbagai kaum mesti meletakkan kepentingan negara mendahului
kepentingan individu atau kaum-kaum tertentu. Hal ini demikian, dapat menjamin
kemakmuran dan kerjasama antara kaum sentiasa berada pada tahap maksimum.
Maka negara merdeka ini akan sentiasa diwarisi kepada generasi baharu dalam
keadaan yang aman, makmur dan membangun.

PENDAHULUAN

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum
berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati.Pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19 adalah kesan
daripada Kolonialisme yang mutlak.

Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.Pada awal abad ke-
19,lebih 90% penduduk di tanah Melayu adalah Melayu.Namun pada pertengahan abad
ke-19,penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar
liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal tanah Melayu.Masyarakat
majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara
hidup.pola penempatan,pekerjaan,pendidikan dan keseimbangan antara kekukuhan
ekonomi dan kestabian politik.

TUJUAN

➢ dapat memajukan ekonomi negara
➢ memupuk dan membina masyarakat yang harmoni
➢ mewujudkan kestabilan dari segi politik dan ekonomi
➢ dapat mengelakkan semangat assobiah

ELEMEN PERPADUAN MAKANAN

Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung
memangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan warisan yang mengukuhkan
perpaduan kaum di negara ini.

kemampuan sesuatu makanan warisan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah tidak dinafikan.

Makanan warisan seperti nasi lemak, rendang, roti canai, teh tarik, nasi kandar, char
kuetiau dan dimsum seperti yang kita tahu adalah menu terkenal dalam kalangan rakyat
Malaysia dan dimakan oleh semua rakyat

ELEMEN PERPADUAN PAKAIAN

pakaian tradisional pelbagai kaum usaha mengalakkan pemakaian baju kebangsaan
juga boleh dijadikan antara satu cara bagi menyuntik semangat perpaduan rakyat
Malaysia.

Beliau berpendapat persefahaman, sikap saling bertolak-ansur dan hormat-
menghormati dapat mengeratkan hubungan sekaligus mewujudkan perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Sehubungan itu, tegasnya, memahami budaya, agama dan adat resam setiap kaum
termasuk di Sabah dan Sarawak amat penting bagi mengelak sebarang provokasi yang
boleh memecah-belahkan rakyat dan menganggu-gugat keharmonian negara ini.

“Tidak kira Melayu, Cina, India atau masyarakat pelbagai etnik Sabah dan Sarawak,
masing-masing mempunyai pakaian tradisional masing-masing. Cara paling mudah
untuk saling menghargai adalah dengan mengenakan pakaian kaum lain.
“Kita pasti teruja apabila melihat rakan yang berbangsa India memakai baju Melayu
atau baju kurung yang bukan sahaja pakaian tradisional Melayu malah pakaian
kebangsaan negara ini kerana ia memperlihatkan penerimaan kaum lain terhadap
budaya Melayu

KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan
aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.
Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk
Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan
mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting
dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk
Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung.
Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoismeatau Kristian, berbahasa
Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam
bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya
beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga
kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah
bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan.

MUZIK

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang
dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh
budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada
gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat
dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu,
ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan
barangan perak dan tembaga.

CONTOH GAMBAR;
MASYARAKAT BERBILANG KAUM

MAKANAN WARISAN
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA


Click to View FlipBook Version