The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD ANAS BIN ROSLI
PENDIDIKAN ISLAM 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD ANAS BIN ROSLI IPG-Pelajar, 2024-06-30 11:29:53

PORTFOLIO PBS 2

MUHAMMAD ANAS BIN ROSLI
PENDIDIKAN ISLAM 5

51


52 8.0 KEDUDUKAN SEKOLAH Rajah 2 Peta Kedudukan Sekolah Kebangsaan Kampong Laut Rajah 3 Pelan Lantai Sekolah Kebangsaan Kampong Laut


53 8.1 SEJARAH SEKOLAH • Sekolah Kebangsaan Kampong Laut telah dibina pada tahun 1926 dengan nama asalnya Sekolah Melayu Kampong Laut dan pada tahun itu juga diambil alih oleh kerajaan. Pada peringkat awalnya, sekolah ini mempunyai seramai 70 orang murid dan 3 orang guru. Guru Besar yang pertama ialah En Ahmad bin Abdullah yang berasal dari negeri Perak. • Bangunan yang mula-mula dibina adalah dengan kayu-kayu bulat daripada bekas rumah pasung, manakala dindingnya diperbuat daripada buluh yang dianyam. Atapnya pula daripada daun rumbia. • Sejak awal penubuhannya lagi, sekolah ini sering terlibat dengan bencana banjir kerana tapaknya berada di kawasan yang kerap dilanda banjir. Pada tahun 1930 , bangunan sekolah ini telah dihanyutkan oleh banjir. Selepas itu didirikan bangunan baru tetapi malangnya pada tahun 1948 bangunannya roboh sekali lagi kerana dihanyutkan banjir. Selepas itu bangunan baru dibina lagi tetapi malang terus menimpa iaitu pada tahun 1967 bangunan sekolah terus dihanyutkan apabila banjir besar melanda. • Oleh sebab tapak bangunan sekolah sudah tidak sesuai lagi, maka kerajaan telah memindahkan sekolah ini ke tapak baru dengan membina bangunan yang agak besar pada tahun 1967. Tapak asal sekolah telah dibina bangunan Pasar Kampong Laut. Bangunan baru sekolah telah dibina di atas tanah seluas 4.21 ekar tetapi bangunan ini telah diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Kampong Laut. • Pada tahun 1980 bangunan baru Sekolah Kebangsaan Kampong Laut telah dibina di atas tanah lot 1530 berkeluasan 7.2184 ekar. Bangunan ini siap sepenuhnya pada 17 Ogos 1980. • Pada tahun 2002, bangunan tambahan dibina lagi yang melibatkan dua blok bangunan empat tingkat dan sebuah kantin bagi memastikan perjalanan sekolah dapat diurus dengan baik dan sempurna dan mula digunakan sepenuhnyapada awal tahun 2003


54 8.2 INFO SEKOLAH 8.2.1 LOGO SEKOLAH KETERANGAN : • Melambangkan ketaatan kepada Perlembagaan dan undang-undang Negara WARNA KUNING • Melambangkan keberanian, kuat dan bersemangat WARNA MERAH • Keharmonian keluarga Sekolah Kebangsaan Kampong Laut WARNA BIRU • Sebagai penyuluh dan punca ilmu pengetahuan LILIN DAN BUKU


55 8.2.2 VISI SEKOLAH : 8.2.3 MISI SEKOLAH : 8.2.4 MOTO SEKOLAH : 8.2.5 SLOGAN SEKOLAH : 8.2.6 WAWASAN SEKOLAH : Demi kepentingan agama, bangsa dan negara, pembentukan insan seimbang dan berkualiti yang selari dengan Wawasan Pendidikan Negara menjadi asas kesepaduan warga sekolah bagi melahirkan insan berketrampilan serta mampu menghadapi cabaran globalisasi di alaf baru. Insan yang terdidik berteraskan Falsafah Pendidikan Negara dapat mewujudkan iklim VISI SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI SEKOLAH MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MRMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI MOTO SEKOLAH ILMU SULUH HIDUP SLOGAN SEKOLAH S-SEMANGAT K-KECEMERLANGAN K-KAMI L-LESTARIKAN


56 dan budaya ilmu serta cekap dan mampu bertindak secara individu mahupun berkumpulan untuk merealisasikan Murid Ceria, Guru Bahagia,Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera. 8.2.7 LAGU SEKOLAH SK Kampong Laut belajar bersama Maju bersama maju berjaya Gigih usaha untuk semua Untuk mencapai hasrat negara Tiada ilmu tiada segala Yakin dan cekal nilai budaya Warisan bangsa jangan dilupa SK. Kampong Laut terus mara Guru sumber ilmu Capai cita-cita Budi dan jasamu Tiada nilainya Ilmu menjadi penerang hidup kita Terus menyuluh harapan ibu bapa Moga tuhan berkati sekolah kita SK. Kampong Laut terus mara


57 8.3 CARTA ORGANISASI BARISAN PENTADBIR


58 8.4 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGURUSAN


59 8.5 INFRASTRUKTUR : PEJABAT SEKOLAH SURAU BILIK KOMPUTER


60 BILIK GURU TEMPAT LETAK KERETA GURU DAN STAF KANTIN


61 KELAS PRASEKOLAH KELAS PPKI


62 KELAS PERDANA PERPUSTAKAAN KOPERASI SEKOLAH


63 BILIK KAUNSELING BILIK JQAF BILIK SENI


64 DEWAN


65


66 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang diokuskan • Berjumpa dengan guru besar untuk melaporkan diri bagi tujuan pbs dan mendengar pemberitahuan daripada guru besar berkaitan maklumat sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Guru besar menggunakan kaedah pemfailan yang sistematik bagi menyimpan segala maklumat sekolah. • Pemberitahuan yang dilakukan amat jelas dan mudah untuk difahami. • Mendapat maklumat sekolah dengan lengkap dan sempurna. 2.2 Kelemahan • Kekangan masa menyebabkan tempoh untuk mengumpul maklumat menjadi singkat. • Soalan yang disediakan hanya sedikit sahaja. 3. Cadangan Penambahbaikan • Membuat semakan waktu yang sesuai untuk menemu bual guru besar. • Menyediakan soalan-soalan terlebih awal.


67 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang diokuskan • Menyertai perhimpunan rasmi sekolah bersama-sama warga sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Jadual tugasan guru untuk mengendalikan perhimpunan berjalan dengan lancar. • Maklumat yang disampaikan kepada murid jelas dan mudah difahami. • Setiap kali perhimpunan rasmi dijalankan mengikut protokol yang betul. • Kemudahan untuk menjalankan perhimpunan seperti mic dalam keadaan baik. 2.2 Kelemahan • Kawalan pelajar agak lemah kerana kurangnya penekanan disiplin. • Perhimpunan berlangsung dalam tempoh yang terlalu lama. 3. Cadangan Penambahbaikan • Unit disiplin perlu lebih tegas dalam soal disiplin pelajar. • Mengikuti masa yang telah ditetapkan untuk berhimpun dan sekiranya maklumat tidak sempat disampaikan ia boleh diberitahu kemudian kepada pelajar dari semasa ke semasa.


68 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang diokuskan • Berkenalan dengan semua guru dan warga sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Warga sekolah amat mesra dan mudah untuk berkomunikasi. • Hubungan yang erat antara guru dan kakitangan sekolah amat baik. • Setiap pertanyaan dijawab dengan baik dengan layanan yang penuh mesra. 2.2 Kelemahan • Terdapat segelintir guru yang bersifat pemalu dan pendiam. 3. Cadangan Penambahbaikan • Sentiasa menegur guru yang agak pendiam supaya berasa selesa dengan diri kita bagi memudahkan kita untuk berbual dan mengeratkan hubungan.


69 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang diokuskan • Menggantikan jadual waktu bagi kelas tahun 6. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam mengawal kelas. • Membiasakan diri untuk menjalankan PdP dalam kelas. • Murid sangat aktif dalam melakukan aktiviti. 2.1 Kelemahan • Sukar untuk mengawal kelas. • Tidak semua murid memberi kerjasama dalam pelaksanaan aktiviti. 3. Cadangan Penambahbaikan • Menambahkan ilmu pengetahuan dalam pengawalan kelas. • Melakukan aktiviti yang dapat menarik perhatian semua murid.


70 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang diokuskan • Membuat tinjauan di kawasan sekitar sekolah untuk mengambil gambar. • Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Kemudahan untuk menjalankan proses pdp mencukupi. • Tiada sebarang kerosakan yang serius di setiap bangunan sekolah. • Terdapat banyak mural yang menghiasi dinding bangunan sekolah. • Kebersihan kawasan sekolah dijaga dengan baik 2.2 Kelemahan • Kawasan persekitaran sekolah agak padat. • Kelengkapan untuk bersukan kurang. • Tandas pelajar berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. • Terdapat beberapa kawasan yang menjadi tempat kegiatan vandalisme. 3 Cadangan Penambahbaikan • Pihak sekolah perlu menyediakan bajet untuk menyediakan kemudahan bersukan yang asas kepada para pelajar. • Menyelenggara tandas pelajar dan menggantkan peralatan yang rosak. • Menegaskan peraturan mengenai kegiatan vandalisme.


71 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang diokuskan • Menghadiri program RMT di kantin sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Makanan yang disediakan oleh pihak kantin dalam jumlah yang mencukupi. • Giliran untuk guru memantau program RMT disediakan. • Majoriti pelajar yang tersenarai dalam program RMT hadir ke kantin untuk mengambil makanan mereka. 2.2 Kelemahan • Ruangan kantin yang terhad menyebabkan para pelajar sukar untuk makan dalam keadaan yang selesa. • Makanan yang disediakan tidak habis. 3. Cadangan Penambahbaikan • Menggunakan kawasan makan guru untuk memberi ruang kepada pelajar makan. • Mengarahkan beberapa kelas untuk hadir ke kantin untuk menghabiskan hidangan RMT selepas jam 7:30 pagi.


72 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang diokuskan • Berjumpa dengan PK Pentadbiran untuk sesi temu bual. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Beliau memberi kerjasama yang baik dengan menjawab ke semua soalan yang diajukan. • Beliau memberikan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. 2.2 Kelemahan • Tempat yang tidak sesuai untuk menemu bual kerana berdekatan kawasan kelas yang agak bising. 3. Cadangan Penambahbaikan • Mencari tempat yang lebih kondusif untuk menjalankan sesi temu bual.


73 LAMPIRAN 2 -13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Mengikuti kelas PdP Pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh guru pembimbing. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Diberi pendedahan mengenai pengajaran sebenar PdP Pendidikan Islam. • Menambahkan pengetahuan mengenai kaedah pelajaran abad ke-21. • Mendapat ilmu pengetahuan pendekatan yang digunakan oleh guru. 2.2 Kelemahan • Tidak dapat berkomunikasi dengan murid secara lancar. • Diselebungi perasaan malu dan gugup. 3. Cadangan Penambahbaikan • Meningkatkan keyakinan diri supaya dapat bercakap di dalam kelas • Membiasakan diri dengan iklim di sekolah


74 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Temu bual bersama PK Hem. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Banyak berkongsi maklumat mengenai peranan unit hem. • Sangat peramah dan mudah mesra. • Berterus terang memberitahu mengenai masalah yang dihadapi dalam unit hem. 2.2 Kelemahan • Keadaan bilik yang agak sempit. • Masa yang singkat. 3. Cadangan Penambahbaikan • Memilih tempat yang bersesuaian untuk menemu bual. • Memilih masa yang sesuai untuk menemu bual.


75 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Menyertai perhimpunan kokurikulum (kelab dan persatuan) 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Penglibatan murid dan guru dalam aktivti kokurikulum sangat aktif. • Perancangan himpunan mingguan aktiviti kokurikulum berjalan dengan baik. 2.2 Kelemahan • Penekanan hanya diberikan kepada murid tahap 2. • Kebanyakan aktiviti kelab hanya aktif dalam kawasan sekolah sahaja. • Guru menunjukkan semangat yang tinggi sekadar hanya melibatkan diri sahaja. 3. Cadangan Penambahbaikan • Sesebuah kelab mesti menjalankan kerjasama dengan agensi luar supaya lebih aktif. • Membuat takwim aktiviti tahunan kelab.


76 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Temu bual bersama PK Kokurikulum 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Penglibatan kokurikulum sekolah sangat aktif terutamanya dalam bidang sukan. • Maklumat yang disampaikan adalah yang terkini. • Setiap aktiviti kokurikulum mempunyai dana yang mencukupi untuk keperluan sekolah. 2.2 Kelemahan • Maklumat yang dikongsikan terhad. 3. Cadangan Penambahbaikan • Menyediakan soalan-soalan yang mempunyai jawapan yang meluas tidak bertumpu.


77 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Temu bual bersama ketua panitia pendidikan islam. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Subjek Pendidikan Islam antara subjek yang boleh dikuasai oleh pelajar. • Guru-guru yang mengajar subjek ini kebanyakkannya adalah guru cemerlang. • Bilangan guru yang mengajar subjek pendidikan islam mencukupi. 2.2 Kelemahan • Konsep pengajaran pendidikan islam hanya lebih tertumpu kepada teori berbanding praktikal. • Penguasaan tulisan jawi dalam kalangan murid kurang mahir. 3. Cadangan Penambahbaikan • Membuat bengkel tulisan jawi untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar. • Memperbanyakkan aktivti amali di dalam kelas.


78 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Temu bual bersama kakitangan sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Kakitangan sekolah sangat ramah dan mesra. • Semangat kerjasama dalam melaksanakan tugas sangat kuat. 2.2 Kelemahan • Kurang anggota untuk melaksanakan tugas kerana kawasan sekolah sangat luas. • Kurang tarikan pelajar untuk membeli makanan di kantin. 3. Cadangan Penambahbaikan. • Membahagikan tugas mengikut kawasan masing-masing. • Membuat promosi atau menurunkan harga mengikut kesesuaian. • Menyediakan menu yang pelbagai untuk menarik minat warga sekolah untuk makan di kantin.


79 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Temu bual bersama murid Tahun 6. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Gejala buli dalam kalangan pelajar tiada. • Hubungan antara murid dan guru baik. • Saling bekerjasama membuat sesuatu tugasan mengikut arahan yang diberi. • Suka mengajukan pelbagai soalan. 2.2 Kelemahan • Murid tidak bermotivasi untuk bersaing dalam bidang akademik sesama mereka. • Tidak mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas untuk menyambung pelajaran. 3. Cadangan Penambahbaikan • Membuat program motivasi terutama murid tahun 6 untuk belajar bersungguh-sungguh. • Guru perlu melaksanakan pdp yang memudahakan pelajar memahami sesuatu subjek.


80 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Memasuki kelas subjek Matematik bersama Cikgu Husna. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Kaedah pengajaran banyak menggunakan teknologi untuk menarik minat pelajar. • Mencipta formula sendiri untuk memudahkan pelajar mengingati sesuatu konsep matematik seperti lagu sifir. 2.2 Kelemahan • Masih ramai pelajar yang gagal dalam matematik. • Latihan yang diberikan kebanyakkan dalam bentuk softcopy menyebabkan pelajar sukar untuk membuatnya. 3. Cadangan Penambahbaikan • Membuat kelas tambahan kepada pelajar yang lemah. • Menyediakan latihan dalam bentuk hardcopy.


81 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Menyertai perhimpunan kokurikulum (sukan dan permainan) 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Penglibatan guru dan murid sangat aktif. • Mempunyai beberapa orang guru yang mampu menjadi jurulatih dalam sukan tertentu seperti bola tampar. 2.2 Kelemahan • Kekurangan tempat untuk membuat aktiviti sukan. • Cuaca yang tidak menentu. 3. Cadangan Penambahbaikan • Meminjam padang daripada kawasan kem pengakap bersebelahan sekolah untuk aktiviti sukan.


82 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Membuat pemerhatian terhadap proses pdp bagi subjek bahasa arab. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Pelbagai teknik dan kaedah yang menarik dan bersesuaian dengan tahap keupayaan kognitif murid telah dilaksanakan oleh guru bahasa arab. • Setiap aktiviti dan kerja yang diberikan menggunakan bahasa arab bagi meningkatkan kosa kata bahasa arab dalam kalangan murid-murid. 2.2 Kelemahan • Terdapat beberapa murid yang lemah dalam bahasa arab tidak dapat mengikut arahan dengan baik menyebabkan mereka kadangkala ketinggalan dalam kelas. 3. Cadangan Penambahbaikan • Guru perlu memberikan perhatian kepada murid-murid yang lemah dan mengulangi arahan tersebut beberapa kali supaya mereka memahami arahan tersebut dengan jelas.


83 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Mengedarkan susu percuma kepada para pelajar. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Bekalan susu yang diterima mencukupi. • Susu yang diterima disimpan dalam keadaan baik. • Majoriti murid suka dengan program susu percuma ini. • Guru yang menyelia stok susu ini sentiasa mengemaskini stok sedia ada supaya bekalan tidak terputus. 2.2 Kelemahan • Terdapat murid yang tidak mengambil susu yang diberikan. 3. Cadangan Penambahbaikan • Membuat semakan pelajar yang telah mengambil susu supaya tiada pelajar yang tercicir.


84 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Membantu guru melatih pelajar yang akan menyertai pertandingan tarannum. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Murid yang dilatih mempunyai semangat yang tinggi untuk bertanding walaupun dalam keadaan kurang persediaan. • Murid dan guru sentiasa memberikan komitmen yang tinggi setiap kali sesi latihan dijalankan. • Mendapat tempat ketiga pada peringkat zon baru-baru ini. 2.2 Kelemahan • Tiada guru yang berkemahiran dalam bidang tarannum. 3. Cadangan Penambahbaikan • Mendengar dan meniru rakaman yang dilihat di dalam youtube. • Mengurangkan kesalahan dari aspek tajwid dan sebagainya.


85 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu sediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan • Pemerhatian terhadap program ceramah kesihatan gigi. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan • Penerangan yang diberikan mudah difahami oleh murid-murid. • Pakar kesihatan yang hadir memberikan ceramah berkaitan kepentingan gigi. • Membuat amali bersama pelajar berkaitan kaedah yang betul menggosok gigi. 2.2 Kelemahan • Kekurangan anggota yang hadir untuk memudahkan pengurusan program. • Waktu yang dipilih tidak bersesuaian. 3. Cadangan Penambahbaikan • Memilih waktu pagi untuk membuat ceramah kerana murid-murid masih segar pada waktu itu. • Membawa kakitangan kesihatan yang mencukupi.


86


87 LAMPIRAN 2-14


88


89


90 Setelah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama dua minggu iaitu bermula pada 09 hingga 20 Jun 2024 di Sekolah Kebangsaan Kampong Laut, Kelantan. Saya telah memilih SK Kampong Laut kerana lokasi sekolah terbabit berada berdekatan dengan rumah saya. Saya telah memperolehi banyak pengalaman dan ilmu baru semasa menjalankan PBS ini. Program PBS ini telah banyak membantu pelajar yang akan menjadi guru untuk melihat dan mengalami sendiri suasana dan cara pengurusan sekolah itu sendiri sekaligus, membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara guru pelatih dengan pihak sekolah seperti yang ditetapkan semasa PBS ini dijalankan. Tugasan ini adalah wajib bagi setiap pelajar PISMP dan ini merupakan PBS kedua yang dilaksanakan oleh kumpulan saya. Sepanjang menjalankan PBS, saya dikehendaki mendapatkan maklumat untuk menyempurnakan tugasan yang ditetapkan melalui cara pemerhatian, temu bual, soal selidik dan senarai semak. Semua pihak termasuklah pihak sekolah dan murid-murid telah memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mendapatkan maklumat yang saya ingini. Setiap aktiviti yang saya jalankan mendapat kerjasama yang positif daripada pihak sekolah. Dalam PBS ini juga saya telah banyak melakukan perbincangan dan menemu bual pengurus sekolah, guru pendidikan islam, guru pembimbing dan kakitangan sekolah untuk membincangkan beberapa perkara. Setelah beberapa hari menjalankan tugas, saya sedar bahawa tugas tersebut telah membentuk sikap postif dalam diri saya. Saya dapat berinteraksi dengan sebilangan warga sekolah dan turut mengetahui cara untuk mengendalikan keadaan kelas selepas diberi peluang untuk menggantikan kelas. Selain itu, saya turut berintekraksi bersama-sama murid dan saya bersyukur kerana mereka memberikan kerjasama dan sokongan yang baik kepada saya sepanjang tempoh tersebut. Hal ini turut memudahkan saya untuk mengumpulkan maklumat. Sepanjang melakukan PBS di sekolah ini, saya dapat mengenal pasti bahawa murid-murid di sini mudah memberi kerjasama dan sangat ramah. Hal ini kerana, semasa saya melakukan soal selidik dan temu bual bersama mereka, mereka semua sangat teruja dan bersungguh-sungguh menjawab soalan yang dikemukan oleh saya. Namun begitu terdapat juga segelintir murid yang masih malu jika saya menghampirinya. Kaedah perbincangan dilaksanakan supaya saya dapat memahami bidang tugas seseorang individu dengan lebih mendalam tentang peranan pihak tertentu di sekolah ini sebagai contoh peranan pengurus sekolah, guru, kakitangan sekolah, murid dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Semasa berbincang mengenai pengurusan sekolah ini, saya juga turut menyoal beberapa pendapat mereka dalam bentuk beberapa soalan. Pendapatpendapat yang telah mereka berikan ini merupakan salah satu pengalaman yang bermakna buat saya agar saya lebih bersedia dalam apa jua aspek dalam berkhidmat di sekolah pada masa akan datang. Selain itu, pengalaman pada kali ini juga telah memberikan saya sedikit


91 gambaran situasi dan cabaran yang perlu ditempuhi ketika berada di sekolah selepas tamat pengajian. Guru-guru di sekolah tersebut juga turut memberikan kerjasama yang baik dan sentiasa memberi nasihat kepada saya dan rakan-rakan PBS yang lain supaya menjadikan profesion keguruan ini sebagai minat agar dapat merasai keseronokan berkerja sebagai guru ini dan supaya bersedia memikul tanggungjawab yang diberikan tanpa ada rasa untuk menolak sesuatu tanggungjawan yang diamanahkan sebaliknya menggangga ia sebagai cabaran baru dalam kehidupan. Sepanjang seminggu saya di sekolah itu, terdapat pelbagai perkara baru yang saya pelajari. Saya menyedari banyak perubahan positif yang saya alami iaitu dari segi pertuturan, komunikasi, pergaulan dan pengurusan masa antara pihak sekolah, guru-guru, staf sokongan, kakitangan sekolah dan murid-murid di sekolah. Semua kemahiran ini sangat penting buat diri saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Saya juga perlu belajar untuk memenuhi ciri-ciri seorang guru. Hal ini demikian kerana, perkara ini harus diterapkan ke dalam diri saya. Selain itu, pengawalan emosi yang baik juga juga perlu supaya dapat menjaga perasaan orang lain dan dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan sejawat dan muridmurid. Selain itu, pihak sekolah bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti memperkasakan sekolah dan murid. Pelbagai program dilaksanakan bagi membantu muridmurid yang mempunyai masalah membaca dan menulis. Dari segi kemudahan yang disediakan, saya mendapati kemudahan-kemudahan di sekolah ini adalah dalam keadaan yang baik. Ia juga sangat sesuai dengan perkembangan murid-murid. Kemudahan yang rosak diganti dengan yang baharu supaya tidak ada yang mengalami kecederaan kepada muridmurid. Kemudahan yang ada di sekolah ini seperti dewan terbuka, bilik kemahiran hidup, makmal sains, bilik seni, pusat akses, kantin, dan sebagainya disediakan. Kesimpulannya, saya sangat bersyukur melakukan PBS di SK Kampong Laut. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran saya dan rakan-rakan PBS yang sudi menjalankan PBS di sekolah tersebut bersama saya.


92


93 PERHIMPUNAN KOKURIKULUM RMT


94 PESERTA MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH PROGRAM SEMINAR MOTIVASI UNTUK MURID TAHUN 6


95 AKTIVITI SUKAN BERSAMA MURID MAJLIS BACAAN YASSIN MINGGUAN


96 GAMBAR BERSAMA GURU PEMBIMBING GAMBAR BERSAMA RAKAN-RAKAN PBS


Click to View FlipBook Version