BAHASA MELAYU
09/07/2021
(JUMAAT)
NOVEL
TAWANAN KOMANDER
CAUCASUS
(NILAI, PENGAJARAN
DAN GAYA BAHASA)
NILAI,PENGAJARAN DAN GAYA
BAHASA
NILAI PENGAJARAN
NILAI-NILAI YANG BAIK ATAU PERINGATAN/
NILAI POSITIF YANG PEDOMAN/AMANAT/ MESEJ
TERDAPAT DALAM YANG DISAMPAIKAN OLEH
SESEBUAH KARYA. PENGARANG DALAM
KARYANYA
KEPADA PENONTON ATAU
PEMBACA.
GAYA BAHASA
PENGGUNAAN KATA-KATA
YANG MEMBERIKAN MAKSUD
YANG LAIN DARIPADA MAKSUD
TERSURAT ATAU DISEBUT
BAHASA KIASAN.
NILAI
BAIK HATI KASIH SAYANG KEBERANIAN
KEGIGIHAN KEINSAFAN KEJUJURAN
KEPRIHATINAN KEBIJAKSANAAN SETIA KAWAN
NILAI DAN CONTOH PERISTIWA
1.BAIK HATI
- Farhani menghulurkan air minuman yang diisi dalam tempurung
kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan
sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-
sama dengan bara dan dara bintik dari makmal rahsia yang dikuasai
oleh Komander Caucasus dan tenteranya.
2.KASIH SAYANG
- Pn Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak
tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di
kawasan pinggir hutan di kampungnya.
3.KEBERANIAN
- Dara Merah berani menyamar sebagai Dara Bintik untuk
menundukkan maharaja Caucasus yang gagah dan kuat walaupun
Dara Merah hanyalah seekor kumbang betina.
NILAI DAN CONTOH PERISTIWA
4.KEGIGIHAN
-Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti
peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi tawanan
tentera Komander Caucasus dan peristiwa dia dan empat orang
sahabatnya yang gigih berusaha untuk pulang ke pangkuan keluarga
dengan selamat.
5.KEINSAFAN
-Devnath berasa menyesal dan sedar akan kesilapannya kerana tidak
mendengar nasihat dan bertengkar dengan ibunya yang melarangnya
terlibat dalam misi mencari Farhani.Dia tahu ibunya tentu akan berasa
risau, bimbang dan bersedih atas kehilangannya itu.
6.KEJUJURAN
- Chea Mei menanyakan Cikgu Salimah dengan jujur berkaitan lokasi
pencarian kumbang yang sesuai hingga pertanyaannya itu disambut
dengan gelak tawa Devnath, Haikal dan Wei.
PENGAJARAN
1.Kita hendaklah gigih menempuh sebarang
cabaran dan rintangan dengan hati yang
terbuka.
2. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita
agar dapat hidup bahagia selalu.
3.Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati
supaya disenangi oleh semua orang
4.Kita hendaklah berani membuat tindakan
bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
5.Kita mestilah bijak menyusun strategi untuk
menyelesaikan satu-satu masalah.
GAYA BAHASA
1. Peribahasa 2.Simile(Perbandingan sesuatu dengan
yang lain)
-Pilih kasih (hlm 13)
-Rumah besar seperti mahligai itu sunyi
-Sudah gaharu cendana (hlm2)
pula(hlm 34)
-Dia merasakan dirinya umpama duduk
di dalam keranda (hlm68)
3.Ayat 4.Metafora(perbandingan 5.Repetisi(perulangan kata
kata iaitu antara abstarak dalam baris yang sama)
-Ayat panjang dan ayat
pendek dan konkrit) -Kian jauh ke bawah ,kian
gelap suasana.
Farhani kaget.(hlm 36) -Tiada istilah takut dalam
kamus hidupnya. (hlm 19) (hlm 19)
Dia seakan-akan berjalan
di atas lautan yang -Wajah kota semakin jauh
luas.(hlm 44) ditinggalkan. (hlm42)
NOTA
Sila salin nota yang diberikan dalam buku komsas
LATIHAN
1.Sila berikan contoh peristiwa bagi 3 nilai yang diberikan
di bawah ini.
1.Nilai Keprihatinan
2.Nilai Kebijaksanaan
3.Nilai Setia kawan