The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sittisulaiya, 2022-05-23 11:24:28

Mimpi (Buku cerita kanak-kanak)

Mimpi.

Genius
Lab

Mimpi


Sulaiya.M

Pada zaman dahulu, seekor anjing peliharaan
bernama Mimi sedang bersiar-siar di kampung

halaman bersendirian tanpa pengawasan
pemiliknya untuk melihat keindahan kampung

tersebut.
Semasa berjalan-jalan sambil melihat hutan yang
dipenuhi pokok dan bunga-bungaan yang indah,

Mimi berkata
"alangkah indahnya jika aku mempunyai sahabat
untuk bersiar-siar melihat keindahan hutan ini".

1

Ketika Mimi selesai melihat pemandangan hutan
tersebut, dia ingin pulang ke rumah pemiliknya. Tapi
malangnya Mimi tidak menemukan jalan keluar dari
hutan tersebut selepas mencuba berkali-kali untuk

mencari jalan keluar.
"Bagaimana aku keluar dari hutan ini" kata Mimi

dengan cemas.
Mimi yang merasa lelah dan berputus asa
mengambil keputusan untuk berehat seketika di

bawah pokok sehingga tertidur.

2

Setelah beberapa jam kemudian, Mimi terjaga dari
tidurnya dan melihat seekor beruang berada di

hadapan melihat ke arahnya. Beruang itu berkata
"Hai aku Tata, mengapa kau terlihat sedih sekali?"
Aku telah tersesat di hutan ini ketika aku bersiar-

siar melihat keindahannya" balas Mimi
"Oh, kalau begitu marilah ikut ke rumahku" kata

Tata sambil tersenyum.
Mereka pun berjalan menuju ke rumah Tata sambil

bercerita.

3

Setelah beberapa minit berjalan, mereka berdua
pun sampai ke rumah Tata.

"Mimi marilah masuk ke rumahku, aku ingin
memperkenalkan kau kepada sahabatku" kata Tata

kepada Mimi.
"Baiklah Tata" balas Mimi dengan perasaan

gembira.
Tanpa melengahkan masa, mereka berdua pun

masuk ke rumah Tata.

4

Pada saat itu seekor kuda yang bernama Mag sedang
menyediakan makanan di atas meja mula menyapa Tata

dan Mimi. "Tata, ini siapa?" tanya Mag kepada Tata
"ini Mimi, dia telah tersesat di hutan tadi jadi aku bawa

dia ke rumah kita" balas Tata.
"Oh, kalau begitu tinggal sahaja di rumah ini Mimi" kata

Mag
"Baiklah Mag, aku merasa gembira dapat berjumpa
dengan kamu berdua" kata Mimi dengan perasaan

terharu akan pelawaan Mag.
"Mari kita makan bersama-sama" kata Mag kepada Tata

dan Mimi.

5

Sejak dari hari itu, Mimi berasa gembira dan bahagia
kerana telah menemukan sahabat-sahabat barunya
yang sangat baik dan saling mengambil berat antara

satu sama lain. Mereka bermain dan meluangkan
waktu bersama-sama.



6

Pada suatu malam, Mimi bermimpi bahawa
sahabatnya akan meninggalkan dirinya bersendirian

sehingga membuatkan Mimi merasa sedih dan
kecewa.

"Betulkah mereka tidak menyukaiku, aku tidak
mahu keseorangan" bisik Mimi dalam hatinya.
Pada keesokan hari, Mimi mengambil keputusan

untuk sentiasa ada dengan sahabatnya dan
membantu mereka setiap masa.

7

Tiga sahabat tersebut meluangkan masa bersama-
sama dengan memainkan muzik di halaman rumah

mereka. Mimi yang sentiasa ingin sahabatnya
bahagia memulakan tindakannya dengan

memainkan muzik menggunakan seruling. Semakin
lama muzik yang dimainkan oleh Mimi semakin
sumbang sehingga menyebabkan Tata dan Mag
tidak selesa untuk bermain muzik.

Akan tetapi, Mag dan Tata tidak menegur Mimi atas
tindakannya yang berlebihan itu untuk menjaga

hati sahabat mereka sehingga selesai bermain alat
muzik.

8

Setelah mereka selesai bermain muzik, Tata pergi ke
dapur untuk memasak. Mimi pun turut mengikuti
Tata pergi ke dapur untuk membantunya.
"Tata, bolehkah aku membantu kau memasak?"
tanya Mimi
"Boleh Mimi, tolong gaulkan tepung ini" balas Tata
sambil tersenyum.

9

Mimi menggaul tepung tersebut dengan sekuat hati
sehingga menyebabkan tepung tersebut berselerak
dan terkena Tata yang berada di sebelahnya. Mimi
terkejut dan takut dengan Tata lalu meninggalkan
dapur tersebut. Tata juga terkejut dan merasa pelik

dengan tindakan Mimi.

10

Tidak lama kemudian Mimi pergi ke ruang tamu dan
melihat Mag sedang mengelap lantai untuk

membersihkan ruang tamu tersebut. Mimi ingin
membantu Mag untuk membersihkan ruang tamu

bersama-sama.
"Mag, bolehkah aku membantu bersihkan lantai

ini?" tanya Mimi. "Boleh Mimi" balas Mag.
Mimi dengan pantasnya mengambil alat pengelap

lantai itu dari tangan Mag dan membantu Mag
membersihkan lantai sehingga tidak mempedulikan

keselamatan Mag yang berada di situ.

11

"Hati-hati Mimi, lantai sangat licin" kata Mag.
Mimi tidak mempedulikan kata-kata Mag dan
meneruskan kerjanya kerana dia ingin melakukan

semua kerja agar Mag senang hati dengan
pertolongan darinya.

Tiba-tiba Mag tergelincir disebabkan lantai yang
terlalu licin itu. Mimi merasa bersalah terhadap
tindakannya yang tergesa-gesa itu untuk membantu
tanpa menghiraukan keselamatan Mag yang berada

di situ.

12

Mimi melihat kejadian itu terus berlari
meninggalkan Mag dengan perasaan bersalah yang

membuat sahabat-sahabatnya tidak selesa. Pada
saat itu, Mag hanya melihat Mimi berlari

meninggalkan dirinya dengan perasaan pelik akan
kelakuan sahabatnya itu.

Mimi pun berlari ke suatu tempat dan duduk di
bawah pokok sambil menangis disebabkan perasaan

kecewa pada dirinya sendiri. Pada waktu itu hujan
mula turun sehingga membasahi Mimi.

13

Tidak lama kemudian, Mag dan Tata datang sambil
memayungi Mimi yang kebasahan, Mimi menoleh ke
belakang dan melihat sahabat-sahabatnya iaitu Mag

dan Tata sedang memayungi dirinya.
"Aku minta maaf sahabat-sahabatku, aku salah
faham terhadap kamu berdua disebabkan mimpi itu
sahaja" kata Mimi sambil menangis. "Tidak mengapa
Mimi, kami sentiasa ada untuk kau" balas Mag
sambil memeluk Mimi. Tata juga turut memeluk

Mimi yang sedang bersedih.

14

Hal itu menyebabkan Mimi terharu akan tindakan
sahabat-sahabatnya yang sentiasa ada di waktu-

waktu yang sulit.
Sejak hari itu, Mimi sedar bahawa dia mempunyai
sahabat yang sayang akan dirinya dan kadang-kala

berseorangan itu tidaklah terasa buruk kerana
seorang sahabat yang baik akan bersama kita sama

ada senang mahupun susah.

15

Buku cerita ini mengisahkan
tentang seekor anjing yang
bernama Mimi yang tersesat di
hutan yang indah. Dia telah

bertemu dengan sahabat
barunya iaitu seekor beruang
bernama Tata dan seekor kuda
bernama Mag. Mereka bertiga
bersahabat baik sehingga pada
suatu malam Mimi bermimpi
yang dia akan ditinggalkan oleh

dua sahabatnya itu.

:Diterbitkan Oleh 1 4 6 3 0 2 2 0 3 45 6

Genius Lab SDN. BHD. (351732-H)

E-mail: [email protected]
Laman Web: www.geniuslab.com.my
Tel: +603 0903 2103 / 1999
Faks:: +603 0903 2103 / 1993
Hak Cipta: Terpelihara Genius Lab SDN.BHD


Click to View FlipBook Version