The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52338413, 2021-09-18 00:19:20

TEKNIK 10B

TEKNIK 10B

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK TAMAN BUNGA RAYA 1

TEKNIK 10 B

Tenangkan diri dan minda anda. Lupakan seketika
perkara yang membuatkan anda stress. Jika boleh
dilupakan terus, lupakan sahaja. Kadang-kadang

kita ni suka stress kepada perkara-perkara yang
tak perlu kita fikirkan atau ambil tahu.

Menarik nafas dalam dan menghembuskan
perlahan-lahan boleh membantu badan dan otak
kita lebih tenang. Kekurangan oksigen dalam otak
juga boleh menyebabkan stress dan sakit kepala.

BERKATA “RELAKS LAH”

Pujuk diri kita sendiri supaya bertenang dan relaks. Macam
saya cakap tadi, kadang kala kita ni stress untuk

perkara-perkara yang tak perlu. Kita sahaja yang kenal
diri kita dan mampu tenangkan diri sendiri.

Start!

BERIBADAH

Beribadahlah mengikut agama masing-masing. Bagi
orang Islam, solat yang khusyuk memang dapat

memberikan kita ketenangan fikiran. Kadang-kadang
selepas solat Allah akan beri kita jalan penyelesaian

kepada perkara yang merunsingkan fikiran dan
membuatkan kita stress. Jadi jangan abaikan solat

dan mengaji.

BERKONGSI PERASAAN /
MASALAH

Kadang-kadang jika kita asyik pendamkan masalah,
boleh mendatangkan stress. Meluahkan perasaan atau
berkongsi masalah dengan orang yang rapat dengan
kita (ibu, ayah , guru, kaunselor, sahabat), boleh bantu
ringankan bebanan fikiran kita. Mungkin mereka juga

dapat membantu memberi nasihat atau jalan
penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi.

Bila kita stress, urat-urat kat kepala dan badan kita
juga stress. Berurut dapat membantu melegakan
ketegangan urat dan menenangkan fikiran. Kalau
ada bajet, pergilah ke spa urutan. Aroma terapi di
spa juga boleh memberi kesan penenang.

Muzik juga boleh memberikan ketenangan dan
menghilangkan stress. Tapi jangan la dengar muzik rock
atau yang bising-bising. Lagi stress ada la.. dengar la muzik
yang perlahan dan lembut, seperti lagu nasyid ke, muzik
balada ke (tapi jangan lagu putus cinta) atau muzik alam

semulajadi.

Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar
rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah
aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan

membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stress.

Start!

Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot
dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran
hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.Antara
aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan , jogging

dan senamrobik.

Start!

Lupakan masalah yang sedang dihadapi atau anggap
masalah itu sebagai cabaran dalam hidup. Tetapkan
dalam diri, sekiranya anda berjaya mengatasi cabaran
itu, anda telah berjaya mencapai sesuatu dalam hidup

dan anda berbangga dengannya.

Thanks!

ANDA STRESS ? CREDITS: This presentation
HUBUNGI KAUNSELOR template was created by Slidesgo,
ANDA SEKARANG !
including icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik.

SUMBER : http://momofprecious.blogspot.com/2015/07/tips-hilangkan-stress-teknik-10-b-yang.html


Click to View FlipBook Version