The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuruladha84, 2021-03-09 19:59:06

TOPIK 2.1 SUMBER ILMU ISLAM

TOPIK 2.1 SUMBER ILMU ISLAM

Keywords: Sumber Hukum Islam,Pengajian Islam,Sumber Hukum,MPU23032

TOPIK 2
ISLAM DAN ASAS SYARIAH

2.1 Menerangkan sumber ilmu Islam

2.1.1 Merumuskan pengertian ilmu.
2.1.2 Menyenaraikan sumber-sumber ilmu.
2.1.3 Menyatakan matlamat menuntut ilmu

2.1.1 Merumuskan pengertian ilmu.

PENGENALAN

Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan
ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas
mewajibkan pencarian ilmu.
Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal khaliq
Perkataan ilmu disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Quran
Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam.

Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Quran. Antaranya Surah al-
Zumar : Ayat 9
Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-
orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakal yang
dapat menerima pelajaran.

PENGERTIAN ILMU

Berasal daripada perkataan Arab : ‘alima (َ‫) َع ِل َم‬, ya’lamu (‫)يَ ْعلََم‬, ‘ilman (‫) ِع ْل ًما‬,
‘alimun (‫) َعا ِلَم‬
Kamus Dewan : kepadaian @ pengetahuan

ILMU MENURUT AHLI FALSAFAH ISLAM

Ibnu Manzur : merujuk kpd sifat Allah Yang Maha Mengetahui / berlawanan
dengan sifat jahil / mengetahui sesuatu / pengertian al-a’lam (tanda@alamat)
Al-Qanuji : al-idrak & al-tasdiq (pengetahuan & kebenaran).
Al-Ghazali : hakikat @ kebenaran semua perkara yang disandarkan kpd Allah
S.W.T.
Ibnu Khaldun : sesuatu yang dapat dipelajari oleh manusia sama ada
menggunakan akal fikiran, pancaindera, pengalaman-pengalaman, mahupun
dengan pertolongan wahyu Ilahi.
S.M. Naquib Al-Attas : ilmu sebagai ketibaan sesuatu makna ke dalam jiwa
seseorang hasil daripada maklumat atau tentang makna sesuatu.

ILMU MENURUT PERSPEKTIF
BARAT DAN ISLAM

Perspektif Barat : Perspektif Islam :
 Ilmu adalah pengetahuan yang dapat  Suatu himpunan pengetahuan manusia

diperolehi melalui pengalaman , perolehan hasil usaha pemahaman manusia yang
maklumat secara dapatan empirik. lengkap.
 Barat hanya menerima ilmu melalui  Merangkumi semua aspek, struktur,
perkara yang dapat diukur, dibuktikan sistem, hukum-hukum yang berkaitan
dalam makmal sahaja. dengan sesuatu yang dikaji dan diselidiki
 Mereka menolak perkara-perkara ghaib sehingga dapat memberi keyakinan di hati
seperti akhirat, syurga, neraka kerana untuk mengamalkannya dengan benar.
perkara tersebut tidak dapat dibuktikan  Ilmu tidak hanya terbatas pada dapatan
secara empirik dan saintifik. empirik sahaja.

DALIL KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah
Yang mengajar (manusia) dengan pena

Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

Rasulullah S.A.W telah menekankan kepada seluruh umatnya tentang
kewajipan menuntut ilmu ke atas semua individu muslim.

• Menuntut ilmu = ibadah
• Perbincangannya = tasbih
• Mengkajinya = jihad
• Mengajarnya = sedekah
• Menyampaikannya = amalan utk mendampingkan diri kepada Allah

Kewajipan menuntut ilmu tidak kira dimana sahaja berada asalkan
mendatangkan manfaat kepada agama, diri, masayarakat &negara.

PEMBAHAGIAN ILMU

Imam Al-Ghazali membahagikan ilmu kepada dua kategori iaitu :-

i. Ilmu Fardu Ain ii. Ilmu Fardu Kifayah

Wajib ke atas setiap Tuntutan ke atas satu
individu muslim yang kumpulan orang Islam yang
mukallaf melakukannya @ mukallaf melakukannya @
mengerjakannya mengerjakannya, maka yang
lainnya tidak dituntut lagi.

ILMU FARDU AIN ( ILMU WAHYU )

Berkaitan dengan ajaran agama yang asas dan perlu bagi setiap hamba
Allah.
Ilmu yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Juga dikenali sebagai ilmu wahyu.
Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam.
Contoh : Aqidah, Syariat dan Akhlak.

PEMBAHAGIAN ILMU FARDHU AIN

1. Ilmu yang berkaitan dengan ILMU KEIMANAN. (Rukun Iman)
2. Ilmu yang berhubung dengan PERUNDANGAN ISLAM.

(Contoh : solat, puasa, zakat dan lain-lain)
3. Ilmu yang berhubung dengan ILMU-ILMU yang DIHARAMKAN.

(Contoh : zina, mencuri, menyekutukan Allah dan sebagainya)
4. Ilmu yang berhubung dengan PERGAULAN MANUSIA SESAMA

MANUSIA.
(Contoh : hak pemerintah terhadap rakyat,hak jiran terhadap jiran dan
sebagainya)

ILMU FARDU KIFAYAH

Ilmu yang tidak mewajibkan ke atas setiap orang Islam mempelajarinya.
Kewajipan menuntut ilmu ini hanya terbatas ke atas segolongan manusia
sahaja.
Sekiranya tidak ada orang yang mempunyai kemahiran dalam ilmu kifayah
tersebut, maka ia menjadi Fardhu Ain.
Berkaitan dengan urusan keduniaan yang perlu bagi umat Islam untuk
kesempurnaan hidup manusia.
Contoh : Ilmu Kemasyarakatan, Ilmu Sains Tabii, Sains Fizik, Sains Gunaan,
Ekonomi, Pentadbiran dan sebagainya.

Ibnu Khaldun membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu :

i. Ilmu Naqliah ( al-Quran dan al-Sunnah )
ii. Ilmu Aqliah.

Ilmu Bersumberkan Al-Quran
Naqliah Wahyu As-Sunnah
Bukan Ilmu Fiqh
Ilmu Usul Fiqh
Bersumberkan Ilmu TaS.A.Wuf
Wahyu

Ilmu Aqliah pula adalah hasil daripada akal dan pemikiran manusia
yang berhubung rapat dengan kemajuan dan peradaban manusia.

Ilmu Logik Ilmu Fizik
(Mantiq)

Ilmu Ilmu Metafizik
Pembelajaran

SIFAT ILMU

RABBANIYYAH TERBUKA SYUMUL

RABBANIYYAH

Ilmu dalam Islam bersumberkan dari Allah S.W.T
Ia bersifat Rabbaniyyah atau ketuhanan.
Al-Quran dan al-Sunnah menjadi sumber ilmu yang utama.
Rabbani juga meliputi dari segi penggunaan ilmu itu sendiri.
Ilmu digunakan untuk kebaikan manusia dan alam seluruhnya.
Apabila ilmu tidak dikaitkan dengan Allah S.W.T, manusia akan
menjadi takbur dengan kelebihan yang ada padanya.
Matlamat ilmu adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T

TERBUKA

Sumber untuk memperolehi ilmu adalah sentiasa terbuka dan tidak terbatas
kepada al-Quran dan al-Sunnah sahaja.
Islam memberikan kebebasan kepada manusia untuk mengambil ilmu dari
sumber yang benar sama ada melalui kajian, pemerhatian dan
seumpamanya.
Walau bagaimanapun, hasil atau dapatan dari sumber yang bertentangan
dengan kenyataan al-Quran dan al-Sunnah adalah ditolak.
Sumber ilmu tidak semestinya daripada orang Islam sahaja bahkan Islam
menggalakkan umatnya untuk mengambil ilmu dari siapa sahaja asalkan
tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

SYUMUL

Islam menerima dan mengiktiraf semua ilmu yang bermanfaat.
Ilmu bersifat syumul atau menyeluruh.
Islam meletakkan ilmu agama dan dunia adalah sama penting.
Islam amat menekankan ilmu fardu kifayah disamping ilmu fardu ain.
Tanpa ilmu fardu kifayah , ilmu fardu ain tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna.

2.1.2 Menyenaraikan sumber-sumber ilmu.

INTUISI

INDERA

AKAL

WAHYU

WAHYU :
( AL-QURAN DAN AL-SUNNAH )

Wahyu ialah pemberitahuan Allah S.W.T kepada
para rasulNya tentang segala petunjuk dan

pengetahuan yang dikehendakiNya secara luar
biasa.

• • Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T yang bermukjizat, diwahyukan
kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril a.s, dalam Bahasa
Al-Quran Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.
Al-Sunnah
• Selain merupakan kitab petunjuk, al-Quran juga adalah kitab yang
mengandungi konsep-konsep asas ilmu seperti proses peciptaan
manusia.

• Perincian ilmu secara teknikalnya ditinggalkan oleh Allah S.W.T kepada
manusia untuk memikirkannya dengan menggunakan kekuatan akal.

• Al-Sunnah merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam selepas
al-Quran.

• Al-Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad
S.A.W sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.

• Al-Sunnah juga banyak memperkatakan seluruh bidang termasuk
kesihatan, kemasyarakatan, akhlak dan lain-lain.

AKAL

Menurut pandangan Islam akal adalah sumber ilmu yang memiliki
kemampuan terbatas.
Antara kelebihan akal ialah melihat dan menilai kebesaran Allah
S.W.T. Namun demikian akal adalah terbatas dan tidak bersifat mutlak.
Golongan rasionalisme mengatakan bahawa hanya melalui sumber
akal sahajalah manusia dapat memperolehi pengetahuan bahkan
pengetahuan akal yang paling benar dan sahih.

INDERA

Indera ialah pengalaman pancaindera atau deria yang dikenali sebagai
pengetahuan aposteriori kerana ia datang selepas melalui pengalaman
terlebih dahulu.
Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan yang diperolehi
manusia melalui kelima-lima pancainderanya iaitu mata, hidung, rasa (
kulit ), telinga dan lidah.
Menurut Imam Al-Ghazali ilmu melalui indera ialah usaha untuk
mendapatkan gambaran atau memerhati hakikat sesuatu benda.

INTUISI

Intuisi merupakan sumber ilmu yang diperolehi melalui penghayatan
secara langsung.
Intuisi disama ertikan dengan naluri , ilham atau bisikan hati.
Ilham daripada ilmu pengetahuan tidak terhad kepada Rasulullah sahaja
tetapi boleh boleh diterima oleh manusia biasa, tidak kira tempat atau
zaman.
Ilham yang baik biasanya dating daripada Allah S.W.T dan yang tidak
baik adalah daripada bisikan syaitan atau manusia itu sendiri.

2.1.3 Menyatakan matlamat menuntut ilmu.

MATLAMAT MENUNTUT ILMU

 Mengenal Pencipta
 Menghubungkan Ilmu Dengan Allah S.W.T
 Mencapai Kebenaran
 Berilmu dan Beramal
 Membentuk Kerohanian
 Membangunkan alam dan memanfaatkannya
 Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup manusia

Mengenal Pencipta

Tujuan utama ilmu ialah untuk mengenal Allah S.W.T
Manusia dibekalkan dengan akal yang mempunyai keupayaan yang amat
dahsyat.
Akal sentiasa menghubungkan segala pengetahuannya dengan kebesaran
dan keagungan Allah S.W.T
Kewajipan manusia untuk mengenal Allah S.W.T melalui ilmu yang benar
dengan menggunakan akal dan pancaindera yang dianugerahkan oleh
Allah S.W.T

Menghubungkan Ilmu Dengan Allah S.W.T

Menghubungkan kembali ilmu itu dengan penciptaNya kerana ilmu
datang dari Allah S.W.T
Allah S.W.T bersifat dengan maha mengetahui, tiada suatupun yang
terlindung daripada pengetahuanNya.
Kita wajib menghubungkan ilmu dengan Allah S.W.T (Yang bersifat
’aliman) agar tidak tersesat jalan.

Mencapai Kebenaran

Mencari ilmu adalah untuk sampai kepada kebenaran (al-Haqq) dan
keyakinan (al-Yaqin).
Melalui ilmu segala kepalsuan dan kebatilan dapat dihapuskan.
Ilmu mampu mengeluarkan seseorang daripada keraguan kepada
keyakinan.
Kebenaran yang mutlak dan pasti adalah daripada Allah S.W.T

Berilmu dan Beramal

Berilmu sahaja tidak memadai kerana tuntutan ke atas ilmu ialah
melaksanakan kefahaman dan roh itu sendiri.
Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya merupakan
suatu kekejian.
Orang yang berilmu tetapi tidak beramal mendapat celaan dan ancaman
dari Allah S.W.T

Membentuk Kerohanian

Al-Quran seringkali menjelaskan bahawa ilmu dapat membentuk
kerohanian seseorang yang akan menyebabkan rasa takut kepada Allah
S.W.T
Ilmu yang mengabaikan nilai-nilai kerohanian akan tempang kerana
manusia bukan terbina daripada unsur jasmani semata-mata bahkan
dilengkapkan dengan unsur rohani.
Kebahagiaan hidup selalunya dirujuk kepada kebahagian rohani iaitu
ketenangan jiwa.

Membangunkan alam dan memanfaatkannya

Manusia yang berilmu dapat memanfaatkan alam untuk kemakmuran
dan kesejahteraan hidup.
Pelbagai ciptaan boleh dicipta untuk kepentingan dan kemudahan
bersama.
Tokoh-tokoh ilmuan telah mencipta pelbagai alat untuk kemudahan
manusia dan ditambah dengan manfaat teknologi yang canggih masa
berganti masa.

Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup manusia

Dengan ilmu, manusia akan mencapai kemenangan dan kebahagiaan
yang hakiki di dunia dan di akhirat.
Islam sangat menggalakkan umatnya mencari ilmu pengetahuan
sebanyak yang mungkin kerana maju mundurnya sesuatu umat itu
bergantung kepada kemajuan ilmu pengetahuan umat itu sendiri

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

 Berniat Ikhlas  Memperbanyakkan
 Tekun Berusaha Dan Zikrullah

Tawakkal  Menjaga Kehormatan
 Menjauhi Maksiat  Doa Dan Keredhaan
 Menjauhi Pertengkaran
Ibubapa
Dan Perbantahan  Menghormati Guru
 Memilih Teman Yang Soleh  Beramal Dengan Segala

Ilmu Yang Diperolehi

KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN

Individu Masyarakat Negara

 Mempunyai akhlak yang  Memupuk perpaduan di  Membentuk sebuah negara
baik. kalangan masyarakat. yang setanding di mata
dunia.
 Dipandang mulia dan  Membentuk masyarakat yang
menjadi sumber rujukan. harmoni dan aman sentosa.  Dihormati oleh negara luar
dan dipandang mulia.
 Disayangi Allah dan rasul.  Melahirkan generasi yang
kreatif dan inovatif.  Memenuhi wawasan negara
 Membentuk individu yang untuk melahirkan individu
berkeperibadian mulia.  Melahirkan masyarakat yang yang berjaya.
berwawasan dan berilmu.
 Pembangunan dan kemajuan
dapat dijalankan dengan
sempurna.

KELEBIHAN ILMU DAN ILMUAN

Dijanjikan ketinggian darjat di sisi Allah di dunia dan akhirat.
Di pandang mulia& dihormati oleh masyarakat.
Mengangkat martabat umat Islam, agama, bangsa & negara
Islam.
Melahirkan ramai cendiakawan yang berjaya dalan pelbagai
bidang.
Melahirkan perasaan takwa kepada Allah S.W.T

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version