The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BUKU SKRAP
WASPADA BUDAYA KITA
SK SUNGAI DUA BUTTERWROTH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wonderlands913, 2021-09-21 00:29:31

WASPADA BUDAYA KITA

E-BUKU SKRAP
WASPADA BUDAYA KITA
SK SUNGAI DUA BUTTERWROTH

Keywords: WASPADA BUDAYA KITA,KESELAMATAN JALAN RAYA

WASPADA
BUDAYA KITA

0

SENARAI PESERTA : Nama: NURAIN BAHEERA BINTI
MOHD ZAMRI
Nama: KHAIRUNISA ALISYA ZAHRA Email: [email protected]
BINTI MOHD FEISAL
Email: [email protected] Tahun: 5 USM

Tahun: 5 USM

Nama: NURAISYAH DALILAH BINTI
MOHD JAMIL
Email: [email protected]
Tahun: 5 USM

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, BUTTERWORTH
ALAMAT SEKOLAH:
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN, 13800 BUTTERWORTH, PULAU PINANG

1

PENGENALAN

Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Walau bagaimanapun, saban hari ada
saja berita kemalangan yang kita dapat baca di surat khbar mahupun di televisyen. Malah ada
juga kemalangan yang berlaku di depan mata kita sendiri. Kita faham dan telah cuba untuk
menjadi pamandu jalan raya yang baik dan berhemah, tetapi kadangkala sikap pengguna jalan
raya yang lain yang membuatkan kita hilang kesabaran.

Maka, sikap waspada dan selalu berhati-hati semasa pemanduan merupakan amalan
yang sangat baik kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling. Ini menujukkan sikap
tanggungjawab individu dalam memastikan keseleamatan menjadi keutamaan.

Pelbagai tindakan dan kempen telah dibuat bagi memberi kesedaran kepada pengguna
jalan raya agar lebih berhemah dan berhati-hati semasa memandu. Kemalangan jalan raya telah
dikenal pasti sebagai salah satu penyebab utama kematian di negara ini. Sungguhpun data
kemalangan telah dikeluarkan tetapi kesedaran masyarakat masih lemah kerana budaya,
pemikiran dan sikap pengguna jalan raya yang tidak komited.

Justeru itu, kita memandang serius dalam memberikan ilmu pengetahuan dalam
menigkatkan sikap berdisiplin dan waspada pengguna jalan raya. Dengan pendedahan di
peringkat sekolah, jati diri masyarakat dalam menangani isu kemalangan jalan raya dapat
dipertingkatkan, sekaligus dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya di Malaysia,
khususnya di kawasan persekitaran kita sendiri.

2

1. Utamakan keselamatan - sentiasa pakai tali pinggang keledar atau memakai topi
keledar untuk penunggang motosikal. Pastikan kenderaan anda mempunyai minyak
yang secukupnya.

2. Pemanduan defensif dan kekal berjaga-jaga - Sentiasa berjaga-jaga terhadap
pemanduan sendiri dan pemandu - pemandu lain. Pemandu lain mungkin dapat
melakukan kesalahan secara tiba-tiba.

3. Berbudi bahasa di jalan raya - Beri laluan kepada pengguna jalan raya yang lain,
sama ada penunggang motosikal atau basikal, pelari, serta pejalan kaki.

4. Pastikan tiada gangguan - Jangan guna telefon bimbit ketika memandu. Guna sistem
navigasi kenderaan atau konsol digital dan radio secara berhati-hati.

5. Jangan mengekori dengan rapat - Kekalkan jarak antara kereta lain dan kereta anda.
Ini boleh memberikan masa yang cukup untuk bertindak jika berlaku sebarang
kecemasan.

3

6. Jangan melebihi had laju- Patuhi had laju yang ditetapkan dan jangan memotong di
kawasan yang berbahaya.

7. Kenal pasti titik buta- Titik buta ialah kawasan yang terhalang dari pandangan ketika
memandu. Ketahui titik buta kenderaan anda dan sentiasa berjaga-jaga dengan
memeriksa cermin pandang belakang dan cermin luar ketika bertukar laluan atau
mengundur dari tempat letak kereta.

8. Fikir, lihat, isyarat dan lihat semula - Amalkan sebelum bergerak, membelok,
menukar laluan, berhenti, memotong, atau membuat pergerakan yang lain.

9. Pemeriksaan Kenderaan - Pemeriksaan rawak terhadap kenderaan perlu dilakukan
sebelum dan semasa memandu kereta bagi memastikan perjalanan yang selamat.

10. Penyenggaran - Penyenggaraan berjadual amat penting untuk dilakukan bagi
memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, selamat dan mempunyai tahap
operasi optimum.

Berikut adalah beberapa perkara tambahan untuk dipertimbangkan:

• Pastikan beban kenderaan mengikut had yang ditetapkan.
• Rancang perjalanan supaya lebih lancar dan teratur.
• Pastikan kunci kereta sentiasa bersama atau tidak tinggalkan enjin kereta

hidup untuk tempoh masa yang lama.
• Jangan tinggalkan anak anda di dalam kereta berseorangan, dan sentiasa

periksa tempat duduk belakang sebelum anda masuk atau tinggalkan kereta.
• Letak kereta anda di tempat selamat dan tidak mengganggu atau

membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

4

1. BERTANGGUNGJAWAB

5. KEYAKINAN SIKAP POSITIF & 2. PENUMPUAN
4. KESABARAN BERTANGGUNGJAWAB 3. JANGKAAN
KETIKA DI JALAN RAYA

1. BERTANGGUNGJAWAB

Pemandu yang bertanggungjawab mestilah mempertimbangkan keselamatan :

a. Diri sendiri dan penumpang

b. Pengguna jalan raya yang lain seperti :

Orang Kurang Upaya (OKU) Penunggang motosikal

Kanak-kanak Orang tua Penunggang basikal

2. PENUMPUAN

i. Beri tumpuan semasa memandu dalam setiap keadaan bagi menjamin keselamatan diri

dan pengguna jalan raya yang lain.

ii. Beri tumpuan terhadap pemanduan dan jalan untuk mengelakkan kemalangan akibat

kecuaian.

iii. Elakkan daripada memandu apabila :

Letih atau kurang sihat Dalam keadaan marah Mengalami tekanan perasaan

5

iv. Pastikan memandu dalam jarak selamat supaya bersiap sedia bertindak sewaktu

kecemasan.

v. Penumpuan adalah kemahiran menjangka melalui :

a. Penglihatan yang baik b. Pendengaran yang baik

c. Kesihatan yang baik d. Disiplin diri

vi. Jangan melakukan perkara yang dapat mengalihkan tumpuan terhadap pemanduan seperti

menggunakan telefon bimbit, mendengar muzik dengan kuat dan lain-lain lagi.

3. JANGKAAN

i. Bersedia dan merancang lebih awal, kemudian ambil tindakan yang wajar untuk

menghadapi segala perubahan sekeliling.

ii. Sentiasa membuat jangkaan terhadap tindakan pengguna jalan raya lain.

iii. Perancangan awal dan penjangkaan tindakan pengguna jalan raya yang lain ia dapat :

Mengurangkan kecuaian Mengurangkan dan Menjauhi atau keluar

mengelakkan kewujudan daripada kawasan bahaya

bahaya

4. KESABARAN
i. Jangan biarkan perasaan marah mempengaruhi pemanduan. Bersedia untuk memaafkan
kesilapan mereka.
ii. Jangan membalas kesalahan mereka dengan melakukan pemanduan yang bahaya atau tidak
sopan. Ia membawa kepada konflik yang boleh meningkatkan risiko kemalangan.
5. KEYAKINAN
i. Keyakinan berkait rapat dengan kemahiran, keupayaan menjangka dan pengalaman.
ii. Keyakinan akan bertambah dengan latihan dan pengalaman.
iii. Elakkan merasa terlalu yakin. Memandu dengan keadaan yang tenang.

6

Jejantas dibina untuk JEJANTAS
memudahkan masyarakat
untuk melintas dan juga
memastikan keselamatan
pejalan kaki.

Ruang pemisah antara PEMBAHAGI
2 aliran trafik yang JALAN
bertentangan di
bahagian tengah jalan LINTASAN
raya atau lebuh raya. PEJALAN

Kawasan khas pada KAKI
sesuatu jalan raya untuk
membantu pejalan kaki
melintas.

7

Satu kemudahan awam KAWASAN
di tepi lebuh raya dimana REHAT&
pengguna lebuh raya RAWAT
boleh berhenti sambil
berehat, makan atau LAMPU
mengisi minyak. JALAN

Lampu di sepanjang LAMPU
jalan raya bagi ISYARAT
membantu penglihatan
pemandu ketika cuaca
gelap.

Alat penunjuk isyarat bagi
menandakan aturan dan
masa yang selamat untuk
melepasi simpang atau
membelok.

8

Banyaknya kereta hari ini! Bagaimana
kita hendak melintas?

Mei Ling, mari kita
ikut panduan melintas
jalan seperti di bawah.

1. Berdiri di atas kaki lima.
2. Perhatikan lalu lintas sekeliling.
3. Pandang kanan, kiri dan kanan semula sebelum

melintas jika tiada kenderaan.
4. Jangan bermain - main semasa melintas jalan.
5. Pandang ke arah kenderaan yang datang semasa

melintas.
6. Pegang tangan orang dewasa semasa melintas.
7. Berjalan di lorong pejalan kaki sekiranya disediakan.

9

MELINTAS MENGGUNAKAN LAMPU ISYARAT

1.Berjalan mendekati lampu isyarat sebelum melintas.
2.Tekan butang melintas pada lampu isyarat.
3. Hanya melintas semasa lampu orang hijau menyala
berterusan. Lihat ke kanan, ke kiri dan ke kanan semula
untuk memastikan keadaan selamat.
4.Jangan melintas semasa lampu orang merah menyala.

Informasi Isyarat Untuk Pejalan Kaki:
Lampu orang merah berterusan,jangan melintas.
Lampu orang merah berkelip,tunggu belum boleh melintas.
Lampu orang hijau berterusan,mulakan melintas,perhatikan kenderaan.
Lampu orang hijau berkelip. Lampu akan bertukar menjadi merah sebentar lagi.

10

MELINTAS MENGGUNAKAN JEJANTAS

1.Berhati-hati ketika melangkah menaiki dan
menuruni tangga.
2. Waspada permukaan yang licin ketika hujan.
3. Jangan berlari-lari atau bermain-main di atas
jejantas.
4. Jangan membuang sampah atau objek ke atas
jalan raya.

MELINTAS DI BAWAH PENGAWASAN POLIS TRAFIK DAN LINTASAN
BELANG

1. Patuhi arahan polis trafik yang bertugas.
2. Jangan berlari-lari ketika melintas.
3. Lintas menggunakan kawasan lintasan belang.

11

KEJURUTERAAN

Kajian tentang proses reka bentuk dan pembinaan lebuh raya, jalan yang cekap dan selamat. Konsep
seperti gred, tekstur permukaan, jarak penglihatan, jejari selekoh mendatar dan cerun tegak yang
berhubungan dengan laju rekaan merupakan unsur yang penting dalam bidang kejuruteraan lebuh raya.

PENDIDIKAN

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Rendah (PKJR) bermatlamat untuk memberikan
pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna
jalan raya yang berhemah. Selain itu, murid dapat memahami, menghayati serta mengamalkan
langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya.

PERSEKITARAN

Muka Bumi diuji untuk melihat sama ada ia mampu untuk menampung keberatan kenderaan. Seterusnya,
jika perlu, tanah yang lembut akan diganti dengan tanah yang lebih keras. Lapisan tanah ini akan
dianggap sebagai lapisan asasan. Seterusnya dilapisi dengan satu lapisan lagi yang dipanggil lapisan
muka. Biasanya lapisan muka adalah terbina daripada tar ataupun konkrit.

PENGUATKUASAAN
Penguatkuasaan undang-undang di Malaysia dilakukan oleh banyak agensi seperti PDRM, JPJ dan lain-
lain lagi.

12

Kon → memberi isyarat atau 'amaran' ringkas kepada
pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan tidak
melalui dan melepasi garisan yang telah dihadkan.

Peti kecemasan → koleksi bekalan dan peralatan
yang digunakan untuk memberi rawatan perubatan.
Peti kecemasan wajib ada di setiap rumah, pejabat
mahupun sekolah serta di dalam kereta.

Topi keledar → digunakan sebagai pelindung kepala dan harus memenuhi standard
piawaian yang ditetapkan.
Jaket keselamatan → mempunyai konsep pantulan cahaya untuk memudahkan
pengguna jalan raya yang lain melihat pemakainya.
Cermin sisi → dapat melihat keadaan di belakang pemanduan supaya pemandu dapat
mengetahui persekitaran sebelum membelok, memotong atau memandu laju.

13

Penggunaan alat Sikap Positif di
keselamatan Jalan Raya

1. Sentiasa pakai tali pinggang keledar 4. Jangan guna telefon bimbit semasa
memandu
2. Gunakan kerusi keselamatan 5. Jangan pandu lalu dan awasi had laju
kanak-kanak
6. Jangan mengekori kenderaan lain
3. Pakai dan ikat topi keledar terlalu dekat

7. Guna lintasan pejalan kaki ketika
melintas

1. Sebagai perlindungan terhadap diri sendiri dan penumpang jika berlaku kemalangan.
2. Sebagai langkah pencegahan dan mengelakkan berlaku kemalangan.
3. Mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.
4. Meningkatkan keyakinan diri dalam pemanduan & dapat sampai destinasi dengan
selamat.
5. Urusan pengangkutan di jalan raya dapat berjalan lancar

14

PENUTUP

Alhamdulillah. Buku skrap “WASPADA BUDAYA KITA” berjaya kami siapkan.
Sekalung ucapan terima kasih buat guru bimbingan kami Cik See Ai Li, ibu bapa yang memberi
sepunuh sokongan dan terutaman buat ahli kumpulan yang sangat cemerlang, bekerjasama dan
komited menjalankan tugasan.

Umum mengetahui keselamatan di jalan raya amat membimbangkan memandangkan
segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Oleh itu, lebih banyak kempen dan kesedaran mengenai keselamtan jalan raya perlu diterapkan
seawal kanak-kanak lagi. Penyertaan murid sekolah dalam pertandingan buku skrap ini adalah
sesuatu yang amat membantu dalam memahami keselamatan di jalan raya. Disamping itu,
penglibatan guru dalam penyertaan ini juga dapat memahirkan guru menyampaikan ilmu
keselamatan jalan raya dalam pembelajaran dan membudayakan keselamatan jalan raya di
peringkat sekolah. Modul mengenai keselamatan jalan raya juga adalah antara usaha untuk
melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan
undang-undang jalan raya.

Akhir kata, semoga kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dapat memberi
kebaikan kepada semua masyarakat dan informasi di dalam buku skrap ini dapat membantu
memupuk sikap “WASPADA BUDAYA KITA”.

SUMBER RUJUKAN
1. www.wikepedia.org – kategori Jalan raya, Jenis jalan, Infrastruktur jalan
2. www.malaysiakini.com - Damian Williams - Ketua Tuntutan Allianz General Insurance
Company (Malaysia) Berhad
3. www.jkrj.gov.my - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
4. https://pelangiekpress.wordpress.com/kepentingan/ - Kepentingan Mematuhi
Peraturan Atau Undang-Undang Keselamatan Jalan Raya
5. Info dari Institut-Memandu-Sinar-Sdn-Bhd
6. Microsoft – online picture

15


Click to View FlipBook Version