The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yamatdiah, 2020-12-15 23:31:27

Bahasa Melayu

Penulisan Bahagian C

Ayat

Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh

Ayat Topik

• Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin
disampaikan dalam sesuatu perenggan.

• Ayat topik mempunyai perkara pokok atau
satu aspek yang ingin dinyatakan tentang
perkara pokok tersebut.

• Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan
dalam penulisan isi dalam sesuatu perenggan.

Ayat Huraian

• Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang
terdiri daripada isi sokongan.

• Ayat huraian ialah ayat yang memperincikan ayat
topik dan mengawal isi atau idea yang
dinyatakan.

• Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian,
isi kawalan dalam ayat topik menjadi dasar
utama.

Ayat Contoh

• Ayat contoh ialah ayat yang membuktikan
kebenaran isi yang dikemukakan.

• Ayat contoh didapati dalam pelbagai bentuk
seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan
akibat, dan statistik. Biasanya, ayat contoh dapat
memberikan bukti, menghuraikan idea atau
menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi
utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah
berkait antara satu sama lain.

Kata Kunci Ayat Topik Ayat Huraian



TAJUK :
KAWALAN SERANGAN NYAMUK AEDES
CARA-CARA MENGHINDARI GIGITAN NYAMUK AEDES

MENANGANI NYAMUK AEDES

ISI UTAMA AYAT TOPIK AYAT HURAIAN

Elakan air daripada Kita mesti mengelakkan Takungan air menjadi
bertakung takungan yang berisi air tempat pembiakan nyamuk
aedes

Guna racun serangga Kita mesti menggunakan Racun serangga dapat
racun serangga membunuh nyamuk aedes

Tutup pintu dan tingkap Kita juga perlu memastikan Tindakan ini akan dapat
menjelang senja semua pintu dan tingkap menghalang nyamuk
ditutup masuk ke dalam rumah

ISI UTAMA AYAT TOPIK AYAT HURAIAN

Tidur dalam kelambu Kita patut tidur di dalam Kelambu dapat
kelambu. menghalang nyamuk
daripada menggigit kita.

Pasang jaring pada bingkai Pastikan kita memasang Pemasangan jaring yang
tingkap dan pintu jaring pada bingkai tingkap berlubang halus dapat
dan pintu mengelakkan nyamuk
daripada masuk ke dalam
rumah.

Pendahuluan :
Nyamuk aedes sangat berbahaya. Gigitan nyamuk
aedes boleh menyebabkan penyakit demam
denggi. Saban tahun, ada sahaja mangsa yang
meninggal dunia akibat penyakit demam denggi.
Oleh itu, kita hendaklah mengawal serangan
nyamuk aedes.

Penutup :
Kawalan terhadap serangan nyamuk aedes dapat
memastikan kita terhindar daripada penyakit
demam denggi. Sesungguhnya tiada aedes , tiada
denggi.


Click to View FlipBook Version