KRS BUKU LOG DIGITAL - NURUL FARRA BALQIS BT ZULKIFLEE
NURUL FARRA BALQIS BT ZULKIFLEE BM 1 PISMP JUN 2021/2026 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU +601112845086 [email protected] 22, JALAN SETIA B TAMAN SETIA 28400 MENTAKAB PAHANG P21084034 2021082340296 030828-14-0474 NURUL FARRA BALQIS BT ZULKIFLEE MPU3471 : KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM KRS PISMP SEMESTER 1 TAHUN 2 NAMA KURSUS NO. MATRIK ANGKA GILIRAN KURSUS/SEMESTER NO. KAD PENGENALAN NAMA PENSYARAH DR. CHE KAMARUDDIN B. CHE MAMAT
BIL PERKARA BUTIRAN 2. 3. 4. 5. 1. 6. Perlembagaan Pengurusan dan Pentadbiran Struktur Organisasi Sejarah Penubuhan KRS Sekolah Rendah Muka Hadapan Buku Log a. Kulit buku log beserta logo KRS b. Butiran lengkap diri a. Logo KRS b. Bendera KRS c. Moto KRS d. Keahlian e. Lagu pertubuhan f. Pakaian KRS g. Pakaian TKRS h. Pakaian pegawai i. Kurikulum KRS j. Kurikulum TKRS a. Tujuan penubuhan KRS b. Tujuan penubuhan TKRS c. Objektif penubuhan KRS d. Objektif penubuhan TKRS e. Pengasas KRS a. Jawatankuasa KRS 4 peringkat b. Jawatan KRS IPGM KPM c. Majlis Tadbir Unit Beruniform KRS IPGM KPM a. Kompeni KRS & TKRS b. Platun KRS & TKRS c. Seksyen KRS & TKRS d. Sistem pangkat KRS & TKRS e. Sistem pangkat KRS IPGM a. Perancangan orientasi unit beruniform b. Organisasi KRS Sekolah Rendah c. rancangan Tahunan KRS d. Rancangan Mingguan KRS e. Pelaksanaan Program KRS f. Laporan KRS
PERLEMBAGAAN
LOGO KRS 1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. 2. Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. 3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam tindakan. 4. Buku yang terbuka dan rehal pula melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu bagi semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. 7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia. 8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
1. Warna Hijau melambangkan:- Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS. 2. Cogan kata KRS ’ ILMU IMAN AMAL’: ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asaspembinaan diri. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. BENDERA KRS
' Ilmu, Iman , Amal' Ilmu: Asas keintelektuan dan ketrampilan ahli KRS. Iman: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. Amal: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektuan dan displin diri MOTO KRS
KEAHLIAN 1. Keahlian KRS dan TKRS terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 2. Keahlian bagi KRS adalah murid-murid sekolah menengah. 3. Keahlian bagi TKRS adalah terbuka untuk murid sekolah rendah tahap 2 (tahun 4 hingga 6). 4. Ahli bersekutu KRS dan TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain yang dinyatakan di atas. 5. KRS dan TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS dan TKRS ditubuhkan. 6. Keahlian KRS dan TKRS lucut serta-merta apabila pelajar itu berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah atau institusi seperti dinyatakan di atas. 7. Ahli KRS dan TKRS yang bertukar ke sekolah atau negeri lain, keahlian asal masih diterima pakai.
LAGU PERTUBUHAN KRS Kadet Remaja Sekolah, Menuju satu ikatan bersaudara, Bersatu menjulang, keamanan Negara, Menjayakan ilmu, iman dan amal. Marilah kita membina peribadi, Membentuk insan yang kereatif, Kearah kecermelangan diri, Sepanjang masa yang berterusan. Remaja sambutlah cabaran, Menjadi bangsa Malaysia, Maju dan cemerlang, remaja berwawasan, Jangan kita lupa kepada pencipta. Remaja hayati budaya, Ilmu, iman dan amal, Tetapkan di hati dan jiwamu, Wawasan Kadet Remaja Sekolah. Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman Muzik: Bah. Teknologi Pendidikan, Kementerian Pend. Malaysia
PAKAIAN KRS
PAKAIAN KRS & TKRS
PAKAIAN KRS & TKRS
PAKAIAN PEGAWAI
KURIKULUM KRS DISIPLIN DAN KEROHANIAN MATLAMAT : Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan. OBJEKTIF : a. Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik yang cintakan bangsa dan negara. b. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saing dalam menghadapi cabaran yang mendatang. c. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.
KURIKULUM KRS
KURIKULUM KRS
KURIKULUM KRS KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN MATLAMAT : Melahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental, mempunyai daya tahan, berpotensi dan berketerampilan malah mampu menghindarkan diri dari gejala sosial yang buruk dengan menjadikan budaya timur sebagai tatacara hidup. OBJEKTIF : a. Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental. b. Memupuk bakat serta menggalakkan potensi yang sedia dan mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. c.Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara bijaksana.
KURIKULUM KRS
KURIKULUM KRS
KURIKULUM KRS
DISIPLIN DAN KEROHANIAN MATLAMAT : Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan. OBJEKTIF : a. Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik yang cintakan bangsa dan negara. b. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saing dalam menghadapi cabaran yang mendatang. c. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. KURIKULUM TKRS
KURIKULUM TKRS
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN MATLAMAT : Melahirkan generasi pelajar yang sihat fizikal, mental, berdaya tahan, berpotensi dan berketrampilan serta mampu menghindarkan diri daripada gejala sosial yang buruk dengan menjadikan budaya ilmu sebagai tatacara hidup. OBJEKTIF : a. Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental b. Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. c. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara bijaksana. KURIKULUM TKRS
KURIKULUM TKRS
KURIKULUM TKRS
KHIDMAT MASYARAKAT MATLAMAT : Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti,tolong menolong dan berlumba-lumba melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama kaum dan etnik. OBJEKTIF : a. Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat b. Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan c. Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tangggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan harian KURIKULUM TKRS
ALAM SEKITAR MATLAMAT : Membina dan melahirkan generasi pelajar yang mencintai dan menghargai alam sekitar. OBJEKTIF : a. Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar b. Memupuk sikap prihatin insan terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan. c. Memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan manusia sejagat. KURIKULUM TKRS
KEUSAHAWANAN MATLAMAT : Melahirkan generasi pelajar yang berpotensi menyesuaikan diri dalam pelbagai bidang keusahawanan. OBJEKTIF : a. Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada di kalangan pelajar serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. b. Melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. KURIKULUM TKRS
SEJARAH PENUBUHAN
TUJUAN PENUBUHAN KRS Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.
TUJUAN PENUBUHAN TKRS Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam. Dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Aktiviti yang dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilimu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilainilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF PENUBUHAN KRS Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara
OBJEKTIF PENUBUHAN TKRS Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
Pengasas Kadet Remaja Sekolah ialah Allahyarham Muhammad Thani bin Shaaban. Beliau dilahirkan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang, dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menegah Raja Tun Uda, Pulau Pinang. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan kerjayanya sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan pengasas bagi Kadet Remaja Sekolah yang telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah pada 27 Jun 1987. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah ini akhirnya bernaung di bawah Kementerian Pelajaran pada 10 Ogos 1993. Pada 20 Jun 1995, upacara pelancaran KRS telah dirasmikan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Kini KRS telah bertapak di semua sekolah di Malaysia dengan keahlian sebanyak 280 ribu pelajar. Beliau akhirnya telah dijemput Illahi pada tanggal 10 April 2003 meninggalkan seorang balu dan 4 orang cahaya mata. PENGASAS KRS
STRUKTUR ORGANISASI
JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT JAWATANKUASA PERINGKAT KEBANGSAAN
JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT JAWATANKUASA PERINGKAT NEGERI
JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT JAWATANKUASA PERINGKAT DAERAH
JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT JAWATANKUASA PERINGKAT SEKOLAH
JAWATANKUASA KRS IPGM KPM
MAJLIS TADBIR KRS IPGM KPM Majlis Tadbir terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi. Selausaha, Pen.Setiausaha, Bendahari. Pen. Bendahari dan Ahli Jawatankuasa. Turut memperincikan tugas Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal. Pegawai Istiadat dan Pegawai Data. Matlamat Majlis Tadbir : Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan penubuhan lain
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun KOMPENI KRS
Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun KOMPENI TKRS
Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet. SEKSYEN KRS
Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal TKRS, 1 lans koperal TKRS dan 10 anggota kadet. SEKSYEN TKRS
Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet. PLATUN KRS
Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan TKRS, 3 koperal TKRS dan 3 lans koperal TKRS serta 30 anggota kadet PLATUN TKRS
SISTEM PANGKAT KRS & TKRS
SISTEM PANGKAT KRS IPGM Penyandang : DYMM Yang DiPertuan Agong Pangkat : Field Marshal Penyandang : Menteri Pelajaran Pangkat : Penaung KRS Malaysia Penyandang :Timbalan Menteri Pelajaran Pangkat : Penasihat Kehormat KRS Penyandang : Ketua Menteri / Menteri Besar / EXCO Kerajaan Negeri Pangkat : Penasihat Kehormat Negeri *CATATAN : Bagi Menteri Besar / Ketua Menteri / EXCO Kerajaan Negeri menggunakan jata negeri.