The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayongfatin, 2022-12-14 00:43:24

MODUL RPH

KAEDAH MENGAJAR

Keywords: PSV,SENI VISUAL STPM,PSV STPM,SENI VISUAL TINGKATAN 6,PSV TINGKATAN 6,SENI TINGKATAN 6,SENI STPM,MODUL SENI VISUAL STPM,MODUL SENI VISUALTINGKATAN 6

MEMBINA MODUL DARIPADA RPH

DR MOHD NORAZMI BIN NORDIN



MODUL

PENGKARYAAN: LUKISAN
01

01

ARAS 1

Tajuk : Lukisan

Masa : 15 minit
Objektif : Murid dapat menghuraikan definisi lukisan

Kandungan : Penghayatan dan pemahaman definisi lukisan:
• Guru memberi penerangan mengenai huraian definisi lukisan serta fungsi
lukisan.
• Guru menerangkan jenis-jenis media kering yang boleh digunakan untuk
menghasilkan
lukisan.
• Murid mendengar dan mencatat maklumat.
• Guru bertanyakan soalan berkaitan pemahaman pelajaran yang lepas:
a) Apakah jenis-jenis garisan?
• Murid memberi respon terhadap soalan daripada guru.
• Guru memberi penerangan mengenai fungsi garisan yang akan
mewujudkan kesan jalinan dan tona dalam sesebuah lukisan
• Murid mendengar dan mencatat maklumat.

Bahan Bantu : Buku teks STPM Seni Visual PRA-U
Mengajar

EMK : Bahasa

01 DEFINISI LUKISAN

Lukisan merupakan proses atau teknik
mempersembahkan sesuatu imej dalam
bentuk dua dimensi. Penghasilan lukisan
menumpukan kepada olahan bentuk
menggunakan pelbagai tanda seperti garisan
atau kesan cerah gelap.

02 fungsi lukisan

1) Menggambarkan ilusi.
2) Kajian sesuatu objek secara terperinci.
3) Menyelesaikan permasalahan visual.
4) Gambaran idea awal.
5) Rakaman.
6) Papan cerita.
7) Penerangan lebih terperinci seperti lukisan

teknikal.
8) Sindiran atau komentar sosial.
9) Memberi maklumat.

03 media kering

1) Pensel 6) Marker
2) Pensel warna 7) Graphite
3) Charcoal 8) Crayon
4) Pen teknikal 9) Oil Pastel
5) Warna pastel

ARAS 2

Aktiviti 1

Tajuk : Teknik Melorek

Masa : 30 minit

Objektif : Murid menghasilkan teknik
melorek:
• Hatching
• Crosshatching
• Blending
• Pointilism

Bahan Bantu : Buku teks STPM Seni Visual PRA-U
Mengajar

EMK : Kreativiti dan Inovasi
Persediaan
: • Kertas lukisan berukuran A3, 160gsm
• Pensel 2B-6B
• Pen lukisan 0.1-0.8mm

01 penerangan

Guru memberi penerangan mengenai teknik-teknik melorek serta menunjukkan
teknik-teknik melorek tersebut di atas kertas lukisan secara langsung dengan
menggunakan media pensel dan pen lukisan:

a) Hatching
b) Crosshatching
c) Blending
d) Pointilism

Hatching
Cross Hatching

Blending
Pointilism

02 aplikasi

Guru memberi arahan kepada murid untuk mencuba teknik melorek seperti yang ditunjukkan guru:
a) Murid melukis 4 bentuk 2D iaitu segi empat tepat, bulatan, segitiga dan pentagon
dalam sebuah kertas lukisan menggunakan media pensel.

b) Setiap bentuk 2D tersebut, murid perlu mengaplikasikan keempat-empat teknik
melorek.

c) Di dalam kertas lukisan yang lain, murid mengulangi eksperimentasi analisis dan
aplikasi teknik melorek berdasarkan arahan yang sama seperti sebelumnya dengan
menggunakan media pen lukisan.

Aktiviti 2 : Kaedah Melukis

Tajuk : 15 minit

Masa : Murid menghasilkan kaedah melukis:
Objektif • Lakaran perspektif.

Bahan Bantu : Buku teks STPM Seni Visual PRA-U
Mengajar

EMK : Kreativiti dan Inovasi

Persediaan : • Kertas lukisan berukuran A3, 160gsm
• Pensel 2B-6B
• Pen lukisan 0.1-0.8mm

01 penerangan

• Guru memberi penerangan mengenai kaedah melukis mengikut perspektif:
a) Satu titik lenyap
b) Dua titik lenyap
c) Tiga titik lenyap (pandangan dari atas dan pandangan dari bawah)

12

1

1 12
satu titik lenyap
3

23

dua titik lenyap tiga titik lenyap tiga titik lenyap

(pandangan dari atas) (pandangan dari bawah)

02 APLIKASI

• Guru menunjukkan teknik melukis garisan perspektif secara langsung di atas
sebuah kertas lukisan menggunakan media pensel dan pen:
a) Murid bersama-sama melukis mengikut apa yang ditunjukkan oleh guru menggunakan
media pensel dan pen lukisan.

Aktiviti 3

Tajuk : Lakaran Struktur Objek dan Kaedah Lorekan

Masa : 30 minit

Objektif : Murid menghasilkan kaedah melukis:
• Lakaran struktur objek dan
kaedah lorekan.

Bahan Bantu : Buku teks STPM Seni Visual PRA-U
Mengajar

EMK : Kreativiti dan Inovasi

Persediaan : • Kertas lukisan berukuran A3, 160gsm
• Pensel 2B-6B
• Pen lukisan 0.1-0.8mm

01 aplikasi

• Guru memberi arahan kepada murid, dengan menggunakan keempat-empat
kaedah melukis perspektif yang telah dipelajari, murid perlu menghasilkan objek 3D
kubus serta mengaplikasikan salah satu teknik melorek terhadap objek-objek tersebut:
a) Murid perlu menggunakan pensel sebagai lakaran untuk garisan perspektif.
b) Murid perlu menggunakan pen untuk menghasilkan objek kubus di atas garisan
perspektif yang telah dihasilkan, serta menggunakan teknik melorek untuk memberi
kesan pencahayaan terhadap objek tersebut.
c) Murid perlu teliti dalam menghasilkan sudut pencahayaan dari arah yang sama.


Click to View FlipBook Version