LAPORAN
GGGB5222
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
SESI 2022/2023
BAGAIMANA PENGARUH KELUARGA DAN SOSIO-
BUDAYA MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
MURID
NAMA PENSYARAH
DR. MUHAMMAD SYAWAL BIN AMRAN
AHLI KUMPULAN: KUMPULAN 10 NO. MATRIK
P123141
NAMA P124689
SITI MUTAALIAH BINTI MUSLIM P123386
NURUL FATINI BINTI MUHAMAD PAUZI
HANISAH FATINI BINTI SHAMSUL P123307
P123905
AZMIN P122152
SITI NURHANANI BINTI CHE AZIZAN
FATIN FARHANA BINTI ZURKARNAIN
SITI BALQIS BINTI MOHD ZULKIFLI
0
1.0 PENGENALAN
Pendidikan ialah satu sistem yang penting bagi setiap generasi. Ini kerana ia
merangkumi pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua ini merupakan elemen untuk
menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Pengajaran yang berkesan dilihat
sebagai suatu proses penyampaian maklumat dan memberikan pengalaman yang akan
mengubah tingkah laku seseorang murid secara kekal. Perubahan tingkah laku murid
dapat dilihat dari segi kefahaman dan kemahiran yang diperolehi semasa sesi
pengajaran berlaku atau pun semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru. Selain
itu, pengajaran berkesan juga ditakrifkan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan
prestasi pembelajaran dalam diri murid.
Sokongan daripada keluarga adalah amat penting bagi setiap murid untuk
mereka meneruskan perjuangan bagi mendapatkan masa depan yang cemerlang.
Terdapat beberapa kajian telah dilakukan tentang kepentingan sokongan keluarga
dalam prestasi murid. Seorang pengkaji bernama Coleman (1966) mendapati perbezaan
dalam pencapaian akademik murid berpunca daripada perbezaan program sekolah yang
disediakan, kecekapan guru dan kemudahan yang didapati di sekolah, malah ia bermula
dengan persekitaran keluarga. Beliau juga didapati bahawa terdapat lima faktor hieraki
Maslow saling bersebelahan dan berkaitan dengan peranan keluarga dalam pencapaian
akademik anak-anak. Ia merupakan interaksi sosial antara ibu bapa dan anak-anak,
hubungan rapat antara ahli keluarga, strategi disiplin yang diamalkan oleh ibu bapa dan
harapan ibu bapa kepada masa depan anak-anak.
Malaysia ialah sebuah negara dengan kepelbagaian kaum, bangsa dan etnik
yang mempunyai budaya yang tersendiri. Menurut kamus dewan edisi ke 3 (1996),
budaya diiktiraf sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran
atau akal budi dari cara berfikir dan kelakuan. Dalam pendidikan, kepelbagaian sosio-
budaya seseorang bukan hanya dilihat secara ras, etnik dan adat budaya sahaja. Malah
ia merangkumi perkara yang lebih besar. Kesedaran guru akan kepelbagaian budaya
dapat membantu untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik dan lebih
berkesan. Setiap individu adalah unik dan berbeza kerana mempunyai latar belakang
yang berlainan. Budaya mempengaruhi cara pemikiran, tindakan dan juga pandangan,
perasaan dan watak bagi seseorang individu.
1
Oleh itu, kertas kerja ini akan menerangkan tentang implikasi pengaruh keluarga
dan sosio-budaya yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran dalam pencapaian
murid. Di samping itu, kertas kerja ini juga akan menyatakan tentang isu pendidikan
dari segi keluarga dan sosio-budaya bagi menjayakan penyampaian ilmu kepada murid.
Selain itu, cadangan penyelesaian untuk bagi isu ini akan dinyatakan sekali bagi para
pendidik mengambil sebagai rujukan pembelajaran.
2.0 TEORI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Psikologi merupakan penyelidikan yang melibatkan pemerhatian, eksperimen, ujian
dan analisis untuk menguji proses biologi, kognitif, emosi, peribadi dan sosial yang
mendasari tingkah laku manusia dan haiwan. Menurut Walter (2022), disiplin psikologi
secara amnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu profesion pengamal yang
besar dan sains minda, otak, dan tingkah laku sosial yang lebih kecil tetapi berkembang.
Kedua-duanya mempunyai matlamat, latihan dan amalan yang tersendiri, tetapi
sesetengah ahli psikologi menyepadukan kedua-duanya.
Sementara itu, teori psikologi pendidikan pula adalah mengaplikasikan prinsip
dan teori psikologi untuk mengkaji tentang pengajaran, pembelajaran dan penilaian
dalam konteks pendidikan. Brenna (2022) menyatakan pakar psikologi pendidikan
memberi tumpuan kepada cara manusia belajar dan mengekalkan maklumat di mana
pelbagai teori pembangunan pendidikan, yang kesemuanya ada menerangkan gaya
pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah di seluruh dunia. Oleh itu, selain
daripada menumpukan kepada faktor dan teknik berkaitan dengan pertumbuhan dan
perkembangan manusia, ia turut membantu guru-guru dalam mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran dan sebagai panduan tentang cara
pelaksanaan.
Oleh itu, teori perkembangan psikososial Erikson boleh dikaitkan dengan faktor
keluarga dan sosio-budaya yang boleh mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran
murid. Dalam teori ini, terdapat lapan tahap perkembangan iaitu bermula daripada sejak
bayi sehingga ke tahap dewasa tua di mana seseorang individu akan menghadapi konflik
tertentu dalam setiap tahap. Sekiranya hasil penyelesaian konflik itu adalah positif,
maka individu tersebut akan berkembang baik, dan juga sebaliknya. Menurut Tracy L.
Cross (2017), berdasarkan teori Erikson ada mengakui kepentingan zaman kanak-kanak
2
serta kepentingan ahli keluarga, rakan sebaya, dan masyarakat dalam perkembangan
kehidupan seseorang.
Selain itu, memahami teori perkembangan moral Kohlberg adalah penting
kerana ia dapat membantu ibu bapa membimbing anak-anak mereka semasa mereka
dalam proses mempelajari tingkah laku bermoral. Guru dan pendidik lain juga boleh
menggunakan teori Kohlberg di dalam bilik darjah dengan memberikan bimbingan
moral tambahan. Kendra (2022) memberikan contoh seorang guru tadika boleh
membantu meningkatkan pembangunan moral dengan menetapkan peraturan yang jelas
di dalam bilik darjah, dan akibat jika melanggarnya. Perkara ini sedikit sebanyak dapat
membantu perkembangan moral kanak-kanak pada tahap yang pertama.
3.0 FAKTOR UTAMA PENGARUH SOSIO-BUDAYA PELAJAR
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran kepada golongan
murid dan pelajar iaitu ibu bapa, rakan sebaya, guru dan sekolah serta media massa.
Terdapat juga faktor-faktor kecil lain yang mempengaruhi sosio-budaya kepada para
murid seperti pemakanan, sifat fizikal, kecerdasan dan sebagainya. Namun begitu faktor
tersebut tidak terlalu mempengaruhi murid dalam pembentukan akhlak, pembelajaran
dan juga pencapaian mereka ketika murid meningkat remaja. Sedikit sebanyak, keadaan
dan orang sekeliling yang akan memberi pengaruh yang paling besar dan kuat dalam
pembentukan akhlak dan sahsiah diri dalam diri setiap murid.
Antara sebab utama kepada pengaruh sosio-budaya kepada para murid terhadap
pembelajaran dan pencapaian murid di sekolah adalah bermula daripada ibu bapa. Ibu
bapa berperanan untuk mendidik dan membentuk anak-anak sejak mereka lahir lagi.
Setiap anak yang dilahirkan umpama kain putih yang tidak datang sekali dengan fitrah
yang bermaksud mereka itu dilahirkan dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa.
Jadi ibu dan bapalah yang wajib menggalas tanggungjawab untuk memanusia anak-
anak yang dikurniakan kepada mereka. Ibu bapa berperanan memupuk minat kepada
anak anak sejak mereka kecil lagi. Antaranya adalah seperti sukakan buku, suka
membaca, suka belajar, suka ambil tahu hal sekeliling, sentiasa aktif, baik dalam
pergaulan dan sebagainya kepada mereka. Selain itu, perlu sentiasa ada komunikasi
3
bersama anak-anak tentang apa yang mereka baru pelajari atau yang mereka baca. Ibu
bapa juga boleh dedahkan perkara-perkara baru kepada anak anak contohnya tentang
adab kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan.
Ibu bapa berpendapat sudah cukup dengan menyediakan keperluan makanan
dan tempat tinggal yang selesa kepada anak-anak tetapi tidak menunjukkan
keprihatinan yang tinggi (Yahaya,2017). Ibu bapa juga berperanan penting menjadi
model dimata anak anak yang mana para ibu bapa adalah contoh kepada mereka tentang
perkara-perkara yang telah diajarkan kepada mereka seperti bagaimana ibu bapa
menunjukkan adab yang baik kepada orang yang lebih tua dari mereka. Meskipun anak-
anak yang sudah bergelar remaja telah mempunyai rakan di sekolah atau rakan sebaya,
ibu bapa tetap menjadi faktor utama kepada pengaruh murid ketika mereka sedang
meningkat usia. Di samping itu, ibu bapa haruslah peka terhadap watak dan kerenah
anak anak yang sedang tumbuh dewasa. Walau apa jua keadaan, ibu bapa haruslah
bertanggungjawab mencari pengetahuan dan panduan tentang pendidikan sebaiknya
supaya anak anak dapat membesar dengan pendidikan yang cemerlang dan seterusnya
akan mencorak masa depan yang lebih baik di dalam masyarakat dan negara.
Faktor kedua terbesar kepada pengaruh pembelajaran dan pencapaian murid
adalah rakan sebaya. Faktor rakan sebaya sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita.
Rakan sebaya boleh dikatakan pengaruh yang besar dalam pembangunan akhlak para
murid selain daripada keluarga. Mereka selalunya akan bermula dari sekolah dan
kemudian akan membawa kepada perkenalan dan pergaulan di luar kawasan sekolah.
Oleh itu, pengaruh rakan sebaya adalah sangat penting dalam perkembangan anak-anak
atau murid dari segi emosi, sahsiah, jati diri, akhlak, intelek dan sebagainya. Apabila
para murid bergaul dengan rakan sebaya yang baik akhlak, bagus dari segi sahsiah diri,
rajin dalam pendidikan, baik adab dan tingkah laku pastinya ia akan mendorong murid
itu sendiri membentuk menjadi manusia yang baik dan mempunyai potensi.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berkaitan dengan rakan sebaya ini ianya
sering dikaitkan dengan pengaruh negatif kepada para murid. Memang tidak dinafikan
pada masa kini remaja yang bermasalah sering dikaitkan dengan pengaruh rakan sebaya
seperti budaya merokok, ponteng sekolah, judi, dadah, alkohol dan banyak lagi. Namun
hal ini masih boleh dibendung dan dikawal sekiranya murid bergaul dengan rakan-rakan
yang mendorong ke arah yang lebih positif seperti teguran dan nasihat dari rakan,
4
bersama-sama ikut serta ke program atau bengkel yang lebih membina supaya akhlak
yang baik dapat dipupuk di dalam diri para murid sendiri. Namun peranan ibu bapa
masih diperlukan dalam memantau dengan siapa anak-anak mereka sedang bergaul dan
berkawan rapat serta apa aktiviti mereka jika berada di luar sekolah.
Seterusnya untuk faktor yang ketiga pula ialah sekolah dan guru. Para guru dan
setiap sekolah tidak kira di dalam atau di luar negara telah diberi tugasan dan
dipertanggungjawabkan untuk membantu setiap murid untuk memperkembangkan
potensi mereka secara menyeluruh merangkumi semua aspek ianya termasuklah
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Apabila semua potensi dapat dipertingkatkan
dengan sama rata, ianya pasti akan menghasilkan produk yang berkualiti pada
masyarakat dan negara. Antara kata lainnya, sekolah bakal melahirkan murid yang
cemerlang seperti berketerampilan, berakhlak mulia, mempunyai sahsiah diri yang baik,
mempunyai rasa tanggungjawab serta banyak lagi dan pada akhirnya berkemungkinan
besar berpotensi memberi sumbangan dan mengharumkan nama negara ini.
Terdapat beberapa kajian di luar negara menghubungkan bahawa komitmen dan
semangat guru adalah berkait rapat dengan pencapaian para murid mereka. Boleh
dikatakan ianya seperti satu ganjaran dalam bentuk psikologi terhadap mereka apabila
mereka berasa amat berpuas hati dan seronok atas kejayaan setiap murid yang telah
mereka didik dengan komited tanpa berputus asa yang mana membuahkan hasil yang
bermanfaat pada akhirnya.
Akhir sekali faktor yang mempengaruh sosio-budaya murid adalah media
massa. Media massa kini telah jauh tersasar dari matlamat asal. Pada asalnya peranan
media massa adalah untuk membantu kita mencapai banyak maklumat dengan lebih
mudah, menggantikan platform seperti TV, radio, buku, jurnal, artikel dan sebagainya
namun kini ianya telah menyimpang dan semakin cenderung ke arah negatif.
Disebabkan hal ini, manusia mula hilang jati diri apabila ada antara mereka menghukum
tanpa menyelidik, menjadi “keyboard warrior” di media sosial, dan tidak ketinggalan
anak-anak yang kian meningkat remaja juga kini tidak segan silu memuat naik video
dengan adegan yang tidak sesuai dengan umur mereka. Oleh itu, peranan ibu bapa
adalah sangat penting untuk mengawal dan memastikan setiap anak menggunakan
platform media massa dengan betul bagi membendung mereka terus berada di bawah
pengaruh negatif.
5
4.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN
Sebelum anak bersekolah, ahli keluarga adalah individu yang paling dekat
dengan anak-anak. Ibu bapa dan keluarga yang bertanggungjawab untuk mengasuh dan
mendidik mereka. Ibu bapa harus mempunyai sikap yang baik seperti amalan suka
membaca, tidak merokok dan lain-lain lagi. Hal ini demikian supaya anak-anak akan
mengikut sikap ibu bapa yang diamalkan bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Janganlah ibu bapa menjadi seperti peribahasa ketam mengajar anaknya
berjalan lurus dengan meminta anak-anak menunjukkan contoh yang baik sedangkan
diri sendiri tidak menunjukkan teladan terbaik. Oleh hal yang demikian, tabiat yang
negatif seperti menghisap rokok, minum arak, berjudi dan lain-lain lagi haruslah
dijauhi.
Dalam membantu kecemerlangan anak-anak, ibubapa mesti memastikan anak-
anak mendapat didikan agama dan moral yang secukupnya. Sudah menjadi
tanggungjawab ibu bapa untuk memberi didikan agama sejak awal usia anak-anak
belasan tahun lagi. Ia akan menjadi pedoman hidup untuk anak mengelakkan diri
daripada perbuatan maksiat dan perkara membahayakan kesihatan seperti menghisap
rokok, minum arak, membeli dadah dan merompak.
Tambahan lagi, ibu bapa boleh membantu merancang aktiviti anak-anak. Ibu
bapa boleh membuat jadual untuk tetapkan masa yang terbaik untuk anak melakukan
apa jua aktiviti mereka. Ia sangat membantu kecemerlangan anak anda. Ibu bapa juga
perlu memberikan anak-anak rehat dan tidur yang mencukupi untuk memulakan kerja
pada kemudian hari. Jangan lupa, mereka juga perlu lakukan perkara yang disukai untuk
melepaskan tekanan pelajaran seperti bermain bola sepak, menonton televisyen,
bermain badmiton, menunggang basikal dan sebagainya.
Di samping itu, kita juga perlu memahami apa itu rakan kongsi. Rakan sebaya
ialah golongan muda yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti umur, tahap
pendidikan, kelas sosial dan minat. Rakan sebaya mempunyai kesan yang besar
terhadap kehidupan murid (Psyconsultancytraining, 2015). Jadi, sebagai seorang rakan
yang bertanggungjawab yang meluangkan masanya untuk belajar, itu petanda yang
6
baik. Kanak-kanak dan orang muda yang berkongsi rumah dengan rakan-rakan ini
dipengaruhi oleh tingkah laku positif rakan sebaya mereka. Mereka yang rapat
dengannya ingin mendapat ganjaran yang sama seperti rakan jika dia mendapat pujian
yang kerap daripada gurunya, mencapai keputusan yang baik, dan mendapat perhatian.
Kesan rakan sebaya ialah komponen seterusnya dalam keciciran dalam
pembelajaran. Rangsangan mental yang disediakan oleh rakan sekelas yang duduk
bersebelahan membantu pelajar memberi tumpuan kepada pelajaran guru. Dalam
perkembangan holistik, apabila murid ingin mencuba dan ingin melakukan lebih
daripada rakan sekelas mereka, kecenderungan murid ingin meneroka dan meniru
tingkah laku rakan sebaya adalah meluas (Zakari, 2022). Oleh itu, rakan sebaya haruslah
menunjukkan perasaan gemar bekerja pada projek sekolah kerana ini boleh membawa
nilai positif kepada rakan. Murid akan mengikut contoh yang diberikan oleh rakan
mereka dan mengekalkan perhatian mereka terhadap pelajaran yang diajar oleh guru.
Jika dilihat dari dimensi yang berbeza, pihak kerajaan juga berperanan dengan
mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh
menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai
tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Kempen seperti “Kami Prihatin” dan “Budi
Bahasa Budaya Kita” haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar
hangat-hangat tahi ayam kerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita
sendiri. Kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun
berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri pelajar pada masa kini yang
sememangnya dahaga akan kesedaran sejati itu.
Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada pelajar sama
ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses
pembangunan ekonomi. Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri
masyarakat tidak dilakukan oleh pihak kerajaan maka pelajar pada hari ini akan terus
hanyut dalam dunia modenisasi ini.
Bukan itu sahaja, sebagai anggota masyarakat, kita juga tidak harus mengambil
langkah lepas tangan untuk memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah pelajar
7
masa Kita seharusnya peka terhadap keruntuhan akhlak yang berlaku seperti gejala
lepak, ponteng, yang dilakukan oleh pelajar pada masa sekarang.. Ada masanya kita
harus menjaga tepi kain orang dalam usaha untuk mewujudkan golongan remaja yang
lebih baik seperti menegur tingkah laku yang kurang memuaskan serta melaporkan
gejala sosial yang serius kepada pihak yang sepatutnya agar hal ini tidak menjadi kudis
yang seterusnya bernanah dalam masyarakat kita.
Selain itu,guru perlu mewujudkan persekitaran sosio budaya dengan memberi
layanan yang adil kepada semua murid tanpa mengira perbezaan budaya. Menurut Syed
Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon dalam buku mereka Guru dan
Cabaran Semasa, seseorang guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio budaya
dengan tidak membezakan kelas sosial dan murid hendaklah dilayan sama rata. Sebagai
analoginya, guru yang berbangsa Melayu tidak sepatutnya memberi perhatian
sepenuhnya kepada murid yang berbangsa Melayu sahaja dan mengabaikan murid yang
bukan berbangsa Melayu. Hal ini kerana sifat pilih kasih yang ada pada guru tersebut
akan membuatkan murid berasa tersisih dan akan mengubah persepsi mereka terhadap
pengaran dan pembelajaran guru tersebut. Mereka beranggapan guru tersebut bersikap
pilih kasih dan mendorong mereka untuk tidak fokus dalam pembelajaran bersama guru
tersebut.
Akhir sekali, cara yang boleh diusahakan dalam membentuk jati diri pelajar
adalah dengan membudayakan nilai-nilai murni oleh media massa. Kita tidak boleh
nafikan bahawa pengaruh media massa memainkan peranan yang besar dalam
mencorak budaya masyarakat hari ini. Jika diamati, industri hiburan seperti drama dan
filem tempatan kurang menarik perhatian masyarakat kerana menggunakan naratif
penceritaan yang hampir sama iaitu berkaitan percintaan dan elemen mistik. Namun,
kebangkitan industri animasi tempatan seperti Upin-Ipin dan Ejen Ali memberikan
impak yang baik kepada industri hiburan sejak kebelakangan ini.
8
5.0 KESIMPULAN/RUMUSAN
Ibu bapa perlulah menyedari bahawa keluarga mempunyai pengaruh yang amat
penting terhadap ciri-ciri rohani, intelek, emosi dan jasmani setiap anak-anak. Setiap
ibu bapa hendaklah mengenal pasti ciri atau potensi anak-anak mereka secara
terperinci, cuba untuk memotivasikan mereka bagi mengembangkan ciri atau potensi
diri mereka yang positif secara maksimum. Secara tidak langsung, tindakan ini sedikit
sebanyak akan mempengaruhi anak-anak bagi mengurangkan dan menghapuskan
perlakuan negatif warisan keluarga secara beransur-ansur dan dapat meneruskan
persekolahan seperti kanak-kanak yang lain.
Justeru, dapat kita membuat kesimpulan bahawa ibu bapa bukan sahaja perlu
mempunyai taraf sosio-ekonomi yang kukuh tetapi perlu tahu cara untuk mengasuh dan
mendidik anak dengan baik dan teratur. Para ibu bapa juga perlu tahu stail keibubapaan
supaya dapat melahirkan modal insan cemerlang dan berguna kepada bangsa dan
negara. Stail keibubapaan yang tidak betul sudah tentu akan mengundang pelbagai
cabaran dan dugaan dalam kehidupan anak-anak pada masa akan datang.
Oleh itu, ibu bapa harus diwajibkan menghadiri kursus keibubapaan sebelum
melangsungkan perkahwinan mereka. Tindakan sebegini akan melengkapkan diri
mereka dengan pengetahuan keibubapaan dan cara untuk mengurus rumah tangga.
Apabila anak-anak ingin membentuk keluarga masing-masing maka ibu bapa akan
dijadikan ‘role model’ untuk dicontohinya. Seperti mana teori Bandura yang
menerapkan proses pembelajaran dengan konsep pemerhatian jadi ibubapa adalah role
model dan contoh modelling untuk anak-anak mereka. Tradisi ini akan berlanjutan
daripada satu generasi kepada satu lagi generasi yang baru. Struktur keluarga dan stail
keibubapaan merupakan dua aspek yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam
mencorakkan kehidupan sosial seseorang anak. Oleh itu, ibu bapa merupakan tunggak
utama dalam membentuk peribadi mulia anak-anak.
Secara keseluruhan, latar belakang status sosio-ekonomi (SSE) serta komitmen
ibu bapa mempunyai kaitan rapat terhadap pencapaian anak-anak mereka. Selain itu
juga, taraf pendidikan ibu bapa juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
9
pencapaian murid dalam. Hakikatnya, guru, ibu bapa serta murid perlu dan mesti
mengubah sikap dan pemikiran daripada yang negatif, ambil mudah, dan “tidak apa”
kepada yang lebih positif, bersungguh-sungguh dan berdaya saing, dan mempunyai jati
diri yang tinggi. Bagi meningkatkan pencapaian akademik murid, strategi ke arah
memperkukuhkan penguasaan kemahiran asas pembelajaran dan perubahan minda
murid dan masyarakat perlu menjadi agenda utama semua pihak.
Persekitaran keluarga yang tidak selesa dilihat tidak akan menyediakan peluang
yang mencukupi dan suasana yang kondusif bagi perkembangan maksimum aspek
motor, kognitif, dan sosio-emosi anak-anak sejak dari kecil. Ibu bapa perlu berusaha
menyediakan peluang dan suasana pembelajaran yang selesa untuk anak-anak mereka
dalam usaha membantu meningkatkan prestasi anak-anak dalam pendidikan. Selain itu
juga, peranan ibu bapa dan sekolah perlu dijalin ke arah membentuk sahsiah seseorang
murid. Guru merupakan input pengajaran yang amat penting untuk memastikan
kejayaan murid. Selain itu pencapaian murid juga dipengaruhi oleh kaedah pengajaran
seseorang guru. Guru seharusnya bijak menggunakan teknik-teknik serta kaedah-
kaedah yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat dan
perhatian murid selain mengetahui tentang pengaruh latar belakang keluarga seseorang
murid.
10
RUJUKAN
1. Shahrudin, S. A. (n.d.). Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran
Dan Muridan di Dalam Bengkel Vokasional di Dua Buah Sekolah
Menengah Teknik di Negeri Sembilan. CORE. [16 December 2022]
2. Ahmad, M. 2015, April 9. Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap
guru Dan Murid. Academia.edu. [16 December 2022]
3. Sarok, A. 2014, November 10. Kajian Hubungan Antara Persekitaran Keluarga
Dan Gaya Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah di serian. Academia.edu. [16
December 2022]
4. Yahaya, A. 2017. Keluarga dalam Pembentukan Moral. Muat-turun daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/6035/1/aziziyahmoral.pdf [16 December 2022]
5. Psyconsultancytraining. 2015, January 29. Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap
anak-anak.PSYCONSULTANT.
https://psyconsultancyandtraining.wordpress.com/2015/01/29/pengaruh-rakan-
sebaya-terhadap-anak-anak/ [24 December 2022]
6. Zakari, N. A., Abd. Majid, M. Z., & Hussin, M. 2022. Keciciran murid
sekolah di malaysia: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2).
https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1288 [16 December 2022]
7. Dr Hasnah Hussiin. (n.d.). Penubuhan Malaysia satukan Penduduk Pelbagai
Kaum | berita harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/09/730526/penubuhan-
malaysia-satukan-penduduk-pelbagai-kaum [25 December 2022]
8. Encyclopædia Britannica, inc. (n.d.). Psychology. Encyclopædia Britannica.
https://www.britannica.com/science/psychology [25 December 2022]
9. Perry, C. 2022, November 21. What is educational psychology? theories,
degrees and Careers. Forbes. https://www.forbes.com/advisor/education/what-
is-educational-psychology/ [ 25 December 2022]
10. Cross , T. L., & Cross , J. R. (n.d.). W&M ScholarWorks - College of william
& mary.
https://scholarworks.wm.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1132&context=educ
ationpubs [24 December 2022]
11. Cherry, K. 2022, November 7, Levels of developing morality in Kohlberg's
theories. Verywell Mind. https://www.verywellmind.com/kohlbergs-theory-of-
moral-development-2795071#toc-applications-for-kohlbergs-theory. [24
December 2022]
11