The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOOR IRRA SHAFIKHA MURAD, 2023-09-24 06:45:09

PENDIDIKAN ISLAM

pendidikan islam

MPU 13012 – PENDIDIKAN ISLAM 1. NOOR IRRA SHAFIKHA BINTI MURAD (B05SPT22F506) 2. AMIRATUL BATRISYIA BINTI MOHD HAFIZI (B05SPT22F516) 3. ZURRATUN NAZIFA BINTI MUHD DONI (B05SPT22F519) 4. NUR AIN’ HANIM BINTI ZULKIFLI (B05SPT22F514)


Isi Kandungan Unit 1 : Konsep Dan Pengertian Tassawwur Islam. Unit 2 : Pengertian Islam, Iman, Dan Ihsan Dan Hubungannya. Unit 3 : Jelaskan Sumber-Sumber Hukum Islam. Unit 4 : Pengertian Akidah Dan Kepentingannya. Unit 5 : Perkara-Perkara Yang Memantapkan akidah


UNIT 1: KONSEP DAN PENGERTIAN TASAWWUR ISLAM KONSEP TASAWWUR ISLAM Perkataan tasawwur bermula dari perkataan arab yang bermula dengan kata dasar iaitu sawwara. Ia memberikan suatu gambaran atau tanggapan akal seseorang dalam sesuatu perkara. Tasawwur memberikan gambaran sebenar ke atas apa yang disampaikan kepada akal fikiran. Apabila perkataan tasawwur dipadankan dengan perkataan islam, makai a akan membentuk gambaran bentuk islam yang hakiki. Hal ini dapat menunjukkan tasawwur islam bertujuan prinsip prinsip asas islam secara keseluruhan. Manusia juga perlu mengingati kepercayaan dan ketaatan kepada Allah SWT secara lengkap dan sempurna kerana Allah SWT sentiasa menilai segala perkataan, perbuatan dan tingkah laku manusia setiap masa. Islam yang merupakan suatu perutusan yang mempunyai jangka masa yang Panjang dan meliputi setiap zaman. PENGERTIAN TASSAWUR ISLAM Islam yang di kenali sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia dan terkandung di dalam Aqidah, amalan amalan dan hukum hukum yang berhubungan dengan jasmani, fardiyyah dan jamaiyah, agama dan politik, dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Fitrah seorang manusia yang memerlukan agama. Islam adalah satu satunya agama yang diterima dan diakui oleh Allah SWT. Dari segi syarak pula bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh dalam melaksanakan perintah Allah dan membenarkan ajaran islam yang dibawa kepada Rasulullah SAW. Asas kepada tasawwur islam ialah pengertian islam sebagai agama ketuhanan yang bermaksud hahawa islam itu diciptakan oleh Allah SWT dengan keunikan dan kesempurnaan yang tiada bandingnya dengan agama lain.


UNIT 2 : PENGERTIAN ISLAM,IMAN DAN IHSAN DAN HUBUNGANNYA MAKSUD ISLAM Islam adalah agama yang diturunkan oleh allah swt kepada nabi Muhammad saw sebagai nabi dan rasul terakhir untuk menjadi pendoman hidup seluruh manusia hingga akhir zaman. Islam dalam bahasa arab “al-islam” yang bermaksud “berserah diri kepada tuhan” agama yang mengimani satu tuhan, iaitu allah swt Dalam Al-Quran, Islam disebut juga Agama Allah atau Dienullah (ال َّسلْم) :Arab( ْي ِه يُ ْر َجعُو َن َم َم ْن فِي ال َّس َما َوا ِت َواأل ْر ِض َط ْو ًعا َو َكْر ًها َوإِلَ ْسلَ َ ِن ََّللاَِيَ ْبغُو َن َولَهُ أ ْي َر ِدي فَغَ َ أ "Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri (aslama) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allah-lah mereka dikembalikan.” (QS. Ali Imran [3] : 83). Dien (agama) sendiri dalam Al-Quran artinya agama (QS 3:83), ketaatan (QS 16:52), dan ibadah (QS.40:65).


PENGERTIAN ISLAM DARI SEGI BAHASA Pengertian islam dari segi bahasa ialah islam yang berasal dari kata ‘aslama’ (َ ْسلَم َ أ.(islammerupakan bentuk mashdur (infintif) dari kata aslamainiا) إلسالم مصدر من أسلم يسلم إسالم (ditinjau dari segi bahasa, yang memiliki beberapa pergertian salah satu contohnya ialah islam berasal dari aslama yang bermaksud berserah diri atau pasrah,yakin berserah diri kepada perancangan allah swt. PENGERTIAN ISLAM DARI SEGI ISTILAH Menurut islam dari segi istilah adalah “ ketundukan seorang hamba wahyu ilahi yang diturunkan kepada para nabi dan rasul khususnya nabi Muhammad saw yang digunakan untuk menjadi pendoman hidup dan juga sebagai Hukum/aturan allah swt yang dapat membimbing umat manusia ke jalan yang lurus, menuju kebahagian di dunia dan di akhirat secara istilah juga, islam adalah agama terakhir yang diturunkan oleh allah swt kepada nabi Muhammad saw sebagai nabi dan utusan allah (rasullulah)terakhir untuk umat manusia,berlaku sepanjang zaman,bersumberkan al-quran dan as-sunnah serta ijma ulama.


PENGERTIAN IMAN DARI SEGI BAHASA Pengertian iman dari segi bahasa ialah iman diambil daripada kata kerja “aamana” yang bermaksud “percaya” atau “yukminu” yang bermaksud percaya “ atau “membenarkan”. Ia juga membawa maksud yang sama dengan I’tiqad, tetapi dalam pengertian yang berbeza. Manakala dari segi kefahaman literal dalam islam,iman bermaksud “beriman kepada allah”. Dengan itu orang yang beriman akan ditakrifkan sebagai orang yang beriman. Perkataan iman yang bermaksud “membenarkan” disebut dalam alquran,termasuk dalam surah at-taubah ayat 61 yang bermaksud: “dan diantara mereka (orang-orang munafik) ada yang menyakiti nabi sambil mereka berkata “bahawasannya dia ( nabi muhammad) adalah orang yang suka mendengar (dan beriman kepada apa yang didengarnya) dan katakanlah;dia mendengar (dan percaya ) apa yang baik bagi kamu,dia juga beriman kepada allah dan beriman kepada orang orang yang beriman dan dia juga menjadi rahmat bagi orang orang yang beriman di antara kamu” dan orang orang yang menyakiti rasulullah bagi azab yang tidak menyakitkan” PENGERTIAN IMAN DARI SEGI ISTILAH Menurut bahasa Arab, kata iman berakar pada kata amana – yu;minu – imana yang secara harfiah atau etimologis dapat diartikan sebagai percaya dan yakin. Secara bahasa, iman dapat diartikan sebagai tashdiq atau membenarkan yang maknanya hampir sama secara istilah. Secara istilah, menurut buku Ensiklopedi iman yang ditulis oleh Syaikh Abdul Majid Az-Zandani, iman dapat diartikan sesuai dengan makna linguistiknya yaitu tashdiq atau mempercayai. Iman secara istilah, maknawi atau terminologis merupakan percaya dengan yakin akan keberadaan Allah, Malaikat Allah, Kitab-kitab – NYA, para Rasul – NYA, akhirat, hingga qadha dan qadar yang telah terangkum dalam rukun iman menurut ajaran agama Islam.


PENGERTIAN IHSAN Ihsan dari segi bahsa ialah ishsan berasal dari perkataan”ihsanan” yang bermaksud membuat baik iaitu lawan membuat jahat dan “ihsan”pula ialah perbutan baik. Ihsan ditakrifkan dengan makna membuat sesuatu kebaikan dengan penuh keiklasan kepada allah swt dan melakukan secara tekun dan terbaik.kesempurnaan amalan seseorang itu adalah bergantung kepada sifat ihsan yang wujud dalam diri setiap muslim. Hadis rasullulah saw yang bermaksud : “ia berkata (jibrail) berilah tahu kepada ku tentang ihsan” nabi saw menerangkan bahawa ihsan itu ialah engkau mengerjakan ibadat kepada allah swt seolah-olah engkau melihatnya sekiranya engkau tidak dapat melalukan yang demikian maka ingatlah bahawa allah swt tetap melihat serta memerhatikan keada mu. (RIWAYAT MUSLIM) Dari segi hubungan,ihsan terbahagi kepada 2 bahagian : 1.ihsan kepada allah swt iaitu kemuncak pengabadian manusia kepada ilahi.contohnya melaksanakan ibadah sepenuh hati dan teliti. Iaitu sedar amal perbuatannya diperhati allah sama ada di tempat terbuka atau tersembunyi. 2.ihsan kepada makhluk iaitu hubungan sesame makhluk contohnya berbuat baik terhadap kedua ibu bapa,keluarga,jiran tetangga dan sebagainya.


RUMUSAN Islam,iman dan ihsan merupakan suatu aspek yang membentuk sebuah kesatuan yang saling mengait satu sama lain.kita boleh mengambarkan islam,iman, dan ihsan sebagai sebuah rumah.dimana iman sebagai asas tapak, islam pula sebagai dinding dan ihsan sebagai atapnya.jika diantara ketiganya ada yang hilang, maka rumah tersebut tidak akan semprna. Dalam kehidupan jika diantara ketiga aspek tersebut ada yang hilang dalam diri seseorang maka orang tersebut tidak akan merasakan dlam hatinya seorang muslim yang menjaga rukun islam akan selalu dekat dengan tuhannya dan muslim yang selalu berihsan akan selalu baik dalam hubungan dengan lingkungannya.


UNIT 3 : SUMBER - SUMBER HUKUM ISLAM PENGERTIAN Al-Quran dan Al-Sunnah adalah sumber asasi bagi ilmu fiqh Islam, yang mana permulaannya ialah pada zaman Rasulullah. Sumber ini bertambah mengikut peredaran masa dan bidang luas ilmu fiqh. Selain al-Quran dan hadis ialah pendapat Rasulullah yang dinamakan ijma’. Maksud dengan ijma’ ialah persetujuan atau permuafakatan ulama di atas satu perkara atau hukum yang tidak ada nas dari al-Quran dan hadis pada satu-satu masa. Sumber hukum tidak hanya dimiliki oleh suatu negara. Tetapi dalam kehidupan beragama, khususnya dalam Islam, juga memiliki sumber hukum yang selama ini digunakan oleh seluruh umat Muslim. Keberadaan sumber hukum Islam dipergunakan sebagai padoman ataupun rujukan bagi Muslim ketika menjalani kehidupannya di dunia ini.


SUMBER - SUMBER HUKUM ISLAM 1- Al- Quran Definisi al-Quran Hujjatul Islam al-Ghazali ketika mendefinisikan al-Quran berkata: Ia adalah kitab yang diturunkan ke atas Rasulullah Muhammad S.A.W, yang tertulis di dalam mushaf-mushaf, dinukilkan kepada kita daripada baginda secara mutawatir tanpa sebarang keraguan. • Kitab suci ajaran Islam. • Al-Quran adalah sumber utama yang berada ditingkat paling atas dari segi hierarki sumber pengambilan hukum. • Himpunan firman atau kata-kata Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. untuk diajarkan untuk umatnya bagi dijadikan panduan hidup mereka di dunia. • Membaca dikira ibadat. • Jaminan Allah – keaslian Al-Quran terjamin • Mu’jizat kerasulan • Isi kandungan Al-Quran • Hukum dan maklumat Aqidah • Seruan kepada akhlak mulia • Peristiwa ghaib • Cerita-cerita pengajaran • Ganjaran dan hukuman / balasan • Hukum – hukum amali (ibadat & muamalat) Ibadat – hukum yang mengatur hubungan manusia dengan Allah. Muamalat – hukum yang mengatur hubungan manusia dengan manusia. • Kekeluargaan • Ekonomi, perniagaan, kepimpinan kemasyarakatan • Kehakiman, balasan, jenayah • Pentadbiran negara


Hukum-Hakam al-Quran Al-Quran merangkumi banyak hukum-hakam. Mungkin boleh kita bahagikannya kepada tiga bahagian yang utama iaitu: • Hukum-hakam yang berkaitan dengan Aqidah seperti rukun-rukun iman yang enam. • Hukum-hakam yang berkaitan dengan penyucian jiwa yang mana ia merupakan akhlak. • Hukum-hakam amali yang berkaitan dengan ucapan dan perbuatan mukallaf dan inilah yang disebutkan sebagai fekah. Ia terbahagi kepada dua iaitu yang berkaitan dengan ibadah dan juga muamalat.


2. Al- Sunnah Definisi al-Sunnah Dari segi istilah para Usuliyyuun, al-Sunnah adalah: Apa-apa yang terbit daripada Nabi selain dari al-Quran dari segi perkataan, perbuatan, ataupun pengakuan. Jenis-jenis Sunnah terbahagi kepada tiga: • Sunnah al-Qauliyyah (perkataan): Iaitu kesemua ucapan Nabi S.A.W yang diucapkan oleh baginda di tempat-tempat yang berbeza dan tujuan yang pelbagai. Ia juga turut disebut sebagai hadis secara adatnya. • Sunnah al-Fi’liyyah (perbuatan): Apa-apa yang dilakukan oleh baginda S.A.W seperti menunaikan solat dengan tatacara dan rukunrukunnya, dan seumpamanya. • Sunnah Taqririyyah (pengakuan): Diamnya Nabi S.A.W dari mengingkari sesuatu ucapan atau perbuatan yang terjadi dengan keberadaan baginda ataupun ketika ketiadaan baginda dan baginda mengetahuinya. Peranan Al-Sunnah • Menyokong hukum dalam Al-Quran – hukum menderhaka. • Menjelaskan hukum yang kurang jelas – solat. • Menerangkan hukum yang tidak terdapat dalam Al-Quran – larangan memadukan anak saudara dan ibu saudara, hukuman penzina muhsan.


3. Al- Ijmak Takrif al-Ijmak Di sisi istilah para usuliyyun, ijmak adalah: Kesepakatan para mujtahid dari kalangan umat islam pada suatu zaman tertentu terhadap suatu hukum syar’ie selepas kewafatan Nabi S.A.W. • Kesepakatan para ulamak mujtahid sama ada dalam bentuk I’tiqad, kata – kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum dalam sesuatu perkara yang berlaku selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. • Hasil ijtihad para ulamak mujtahidin • Mujtahid – mempunyai kebolehan mengeluarkan hukum syarak daripada dalil yang terperinci, dan mestilah dilakukan oleh umat Nabi Muhammad. Rukun Ijmak Ulamak • Semua ulamak mujtahid sepakat mengenai hukum syarak terhadap masalah yang berkaitan. • Wujudnya sejumlah ulamak mujtahid pada masa berlakunya masalah atau perkara. • Sepakat semua ulamak mujtahid mengenai hukum terbabit. • Sepakat ulamak-ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat masingmasing secara tegas, sama ada berupa perkataan atau perbuatan, baik secara bersendirian atau secara berkumpulan. Keautoritian Ijmak Apabila sesuatu ijmak itu berlaku dengan menepati syarat-syaratnya maka ia menjadi suatu dalil yang qath’ie ke atas hukum permasalahan yang disepakati ke atasnya tersebut. Tidak boleh diperselisihi dan dibantah kerana ia hujah yang qath’ie serta menjadi kelaziman buat orang islam. Di antara dalil yang menunjukkan kepada keautoritian ijmak adalah sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: Umatku tidak akan berhimpun di atas kesesatan.


Jenis-jenis Ijmak Ijmak terbahagi kepada dua: • Ijmak Soreh (jelas): Iaitu para mujtahid membentangkan pendapatpendapat mereka secara jelas, kemudian mereka bersepakat ke atas suatu pendapat tanpa ada sebarang bantahan. Maka ijmak seperti ini merupakan hujah yang qath’ie. Tidak boleh dibantah dan diperselisihi. • Ijmak Sukuti: Iaitu seorang mujtahid mengeluarkan pendapatnya berkenaan sesuatu permasalahan. Pendapat ini diketahui, tersebar luas, dan sampai kepada mujtahidin yang lain. Kemudian mereka diam dan tidak mengingkari pendapat ini secara jelas dan tidak pula mereka menyetujuinya secara jelas.


4- Al-Qiyas Definisi Al-Qiyas; • Bandingkan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam AlQuran atau hadis dan Al - Ijma’. • Dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya di dalam salah satu daripada dalil tersebut. • Kerana ada persamaan pada illah hukumnya. Rukun Al-Qiyas; 1. Sumber asal hukum • Al-Quran, Hadis dan Ijma’. Arak sabit hukumnya berdasarkan Al-Quran. 2. Hukum asal • Hukum yang ditetapkan atau dijelaskan dalam Al-Quran, Hadis dan Ijma’. Hukum arak ialah Haram 3. Perkara / masalah baru • Tidak dinyatakan hukumnya dalam Al-Quran, Hadis dan Ijma. Contohnya dadah, wain, whisky dan lain-lain seumpamanya. 4. Sebab • Sifat yang menyebabkan lahir hukum asal yang sama dengan hukum furu’ atau baru. Contohnya: Sifat mabuk pada arak


KESIMPULAN Sumber hukum dalam Islam adalah untuk membantu kehidupan manusia dengan tertib dan betul. Setiap perbuatan perlulah berlandaskan syariat untuk mendapat ganjaran pahala dan memenuhi tuntutan ibadat. Maka dapat dibuat kesimpulan, bahawa al-Quran, Al-Sunnah, al-Ijma’ dan alQiyas adalah sumber hukum yang terus hidup subur dan menjadi perbendaharaan besar yang membuka luas pintu bidang ilmu fiqh Islam. Ia menambah perbendaharaan dan kekuatan dalam hukum Islam.


UNIT 4 : PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA PENGERTIAN Dari segi Bahasa bererti ikatan atau perjanjian yang kukuh. Iaitu setelah terbentuk menjadi aqidatan (Aqidah) berarti kepercayaan atau keyakinan. Kaitan antara aqdan dengan aqidatan adalah bahawa keyakinan itu tersimpul dan tertambat dengan kukuh dalam hati, bersifat mengikat dan mengandungi perjanjian. Manakala dari segi istilah ialah keprcayaan, keyakinan, atau keimanan yang murni dan tidak mudah tergugat, tidak mudah terpengaruh sama ada dari dalam hati atau diri seseorang. Erti akidah dalam Al Quran adalah keimanan kepada Allah yakni mengakui kewujudannya. Iaitu mempercayai wujudnya syurga neraka dosa pahala seperti yang tertaluk di Al Quran dan As Sunnah.


SUMBER UTAMA AKIDAH ISLAM Sumber Al Quran dan hadith iaitu dengan tidak meragukan hujahan yang dari dalam Al Quran begitu juga dengan hadith. Jumhur ulama’ telah bersepakat bahawa sumber akidah ialah al-Quran dan hadith. Antara dalilnya ialah: Surah al khafi ayat 1-2


ASPEK PERBAHASAN AKIDAH ISLAM 1. Ar Rububiyyat – Mentauhidkan allah sebagai pencipta,pemilik dan penguasa. 2. Al Uluhiyyat – Mentauhidkan allah yang bersifat dengan sifat kesempurnaan. Hanya allah wajib disembah, ditaati peraturannya, tempat berdoa dan berharap. 3. An Nubuwwat – Kenabian Rasulullah saw yang membawa ajaran allah untuk disampaikan kepada umat manusia. 4. As Samiyyat – Perkara perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera dan tidak wajib disembah, ditaati peraturannya,tempat berdoa dan berharap dapat difikir oleh akal manusia, diketahui melalui al quran & hadis Rasulullah seperti kiamat, dosa, pahala, syurga dan neraka


CIRI AKIDAH DALAM ISLAM 1. Akidah Islam dibangunkan di atas landasan akal. Selama kita beriman kepada Allah, al-Quran, dan kenabian Muhammad SAW, wajib bagi kita untuk beriman dengan segala perkara yang dihujahkan oleh al-Quran kepada kita. Sama ada dapat dijangkau oleh akal dan pancaindera manusia, ataupun perkara ghaib yang sama sekali tidak dapat dijangkau dengan pancaindera manusia seperti kewujudan hari akhirat, malaikat, syurga dan neraka. 2. Akidah Islam sesuai dengan fitrah manusia. Beragama (at-tadayyun) merupakan fitrah yang memang ada dalam diri manusia. Wujudnya rasa at-tadayyun yang ada dalam diri manusia ini adalah apabila manusia merasakan bahawa dirinya terdapat kelemahan, kekurangan, dan saling memerlukan dengan sesuatu yang lain. Kemudian hadirnya akidah Islam untuk memenuhi naluri beragama (gharizat at-tadayyun) ini disamping membimbing manusia untuk mendapatkan kebenaran akan kewujudan Pencipta Yang Maha Kuasa (khaliqun qadirun) yang bersifat azali. Dimana wujudnya semua makhluk yang ada sangat bergantung kepada Al-Khaliq. Sebaliknya, kewujudan Allah SWT tidak bergantung kepada sesiapa pun. 3. Akidah Islam bersifat komprehensif (menyeluruh). Akidah Islam telah menjawab seluruh pertanyaan manusia tentang alam semesta, manusia, dan kehidupan serta menetapkan bahawa semua itu adalah makhluk. Akidah Islam juga menetapkan bahawa sebelum kehidupan dunia adanya Allah SWT. Sedangkan setelah kehidupan dunia akan ada hari kiamat.


KEPENTINGAN AKIDAH DALAM ISLAM 1. Akidah sebagai asas - Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpa aqidah tidak akan tegaknya Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak boleh mengakibatkan runtuhnya pegangan Islam seseorang. Sesungguhnya Allah s.w.t. menurunkan wahyuNya untuk memberikan penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidahnya dan sejahteraan kehidupannya. Tiga belas tahun Nabi Muhammad semasa di Mekah, adalah zaman pernbentukan akidah, Kesannya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. memiliki akidah yang teguh sentiasa yakin dengan Islam dan sentiasa menunggu perintah dari Rasulnya. 2. Akidah sebagai penentu/pendorong - Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang, Akidah adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan. Akidah yang Iemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang. Biasanya mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan menghadapi berbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada kemungkaran, sepcrti melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain-lain. 3. Akidah sebagai pemutus samaada seseorng itu akan keselamatan didunia dan akhirat - Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedangkan ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.”(Surah An-Nahl; 97)


4. Membantu dalam membentuk keperibadian yang kukuh - Ia menjadikan hidup dan pengalaman seseorang begitu istimewa. Arah kehidupnya lebih jelas, KepadaNya ia menghadap, baik bersendirian atau di tengah-tengah orang ramai. Ia berdoa kepadaNya dalam keadaan sempit atau lapang.Aqidah sumber kekuatan jiwa. Aqidah memberikan kekuatan jiwa kepada pemiliknya, kerana jiwanya penuh harap kepada Allah, percaya dan tawakkal kepadaNya, redha atas qadar ketentuannya. 5. Sebagai kebahagian hidup - Tanpa aqidah, kebahagiaan, kenikmatan, dan kegembiraan hati tidak dapat dikecapi melainkan dengan menyembah Allah swt yang Esa.Sebagai kewajipan bagi setiap umat Islam. Aqidah adalah kewajiban yang paling besar dan yang paling ditekankan menyebabkan ia adalah sesuatu yang pertama kali diwajibkan kepada manusia. Sabda Rasulullah saw: "Aku diperintah untuk menerangi manusia sampai mereka bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang hak kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah" (Hadis riwayat Bukhari dan muslim).


UNIT 5 : PERKARA YANG MEMANTAPKAN AKIDAH PERKATAAN • Membaca dan memahami al quran dengan bersungguh sungguh untuk mendapat syafaat kepadanya. • Berselawat dan berzikir kepada allah agar mendapat pahala. • Saling menasihati kawan agar menjadi contoh yang baik. • Janganlah menggunakan kata kata kesat Ketika sedang beremosi. • Kita haruslah bertutur dengan sopan dan lembut agar dapat menyenangi hati semua pihak. PERBUATAN • Kita mestilah sentiasa bersedekah kepada insan yang memerlukan contohnya memberi keperluan harian kepada rumah anak yatim. • Kita perlulah menunaikan kewajipan dan sunat agar mendapat pahala yang melimpah contohnya solat 5 waktu. • Kita hendaklah menuntut ilmu yang bermanfaat agar dapat menambahkan pengetahuan contohnya belajar dengan bersungguh sungguh. • Melakukan pekerjaan yang baik dan halal supaya hidup diberkati oleh allah. • Melalukan perkara yang berfaedah contohnya melakukan aktiviti beriyadah bersama keluarga. Hati • sentiasa mengingati allah agar hati berasa tenang contohnya sentiasa mengikuti perintah allah. • yakin dengan kekuasaan allah contohnya yakin dengan keputusan yang diberi darinya. • Ikhlas melakukan perintah allah contohnya menunutp aurat seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran. • Bersangka baik terhadap allah contohnya menerima segala ujian dan ringtangan dengan penuh kesabaran. • Bertawakal kepada allah contohnya berserah diri kepada allah setelah menerima ujian darinya


RUMUSAN Setelah memahami konsep akidah islam saya dapat membuat kesimpulan bahawa agama islam menyeru umatnya supaya beriman dan bertakwa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala Keimanan kepada Allah akan wujud sekiranya masyarakat mempunyai pegangan akidah yang teguh. Akidah boleh difahami melalui pembacaan Al-quran dan Al-hadith. Namun, pada masa kini pemesongan terhadap konsep akidah telah menyebakan huraian mengenai konsep akidah islam manjadi sukar. Oleh itu, saya menyeru kepada setiap individu supaya kembali kejalan Allah yang benar. Seseorang individu seharusnya mengambil inisiatif untuk mengukuhkan lagi pegangan akidah dalam diri. Kesimpulannya, konsep akidah itu haruslah diterapkan dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil lagi supaya pemesongan akidah tidak berlakun dewasa kelak. Bak kata pepatah dulu, ” melentur buluh biarlah dari rebungnya. ”


RUJUKAN UNIT 1 : • http://ubaimtst.blogspot.com/2007/09/pengertian-tasawwur-islam.html • https://abdullahdazid.blogspot.com/p/tasawwur-islam.html • https://dppwp.wordpress.com/usrah/minggu-1-tasawwur-islam/ • https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/diplomain-information-management/apakah-maksud-tassawur-islam/37896099 • https://prezi.com/p/l5tedh_chbyi/konsep-dan-pengertian-tasawwur-islam/ UNIT 2 : • https://gramedia.com/literasi/pengertian-iman/ • https://id.wikipedia.org/wiki/Iman • http://anyflip.com/ioeng/obed • http://anyflip.com/ioeng/obed • https://www.risalahislam.com/2013/11/pengertian-islam-menurut-alquran.html UNIT 3 : • https://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_dalam_Islam • https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-usul-fiqh/1530-irsyad-usul-al-fiqhsiri-ke-3-sumber-sumber-hukum-dalam-ilmu-usul-al-fiqh • https://m.facebook.com/photo.php?fbid=307916434712667&id=10006482 9375273&set=a.229683412535970 • https://news.detik.com/berita/d-5216687/4-sumber-hukum-islam-yangdisepakati-ulama/amp • https://www.gramedia.com/literasi/sumber-hukum-islam/ UNIT 4 DAN UNIT 5 : • https://www.studocu.com/id/document/universitas-islam-negeriwalisongo-semarang/sains-and-technology/kelas-7-test/43688395 • https://www.slideshare.net/realkamy/pelajaran-14-akidah-islam • https://muslimahhtm.com/2022/11/14/ciri-ciri-akidah-islam/ • http://aqidahku123.blogspot.com/2018/12/kepentingan-akidah-dalamkehidupan.html • https://www.studocu.com/my/document/kolej-matrikulasimelaka/pendidikan-islam/kepentingan-aqidah-islam/25875634 • https://www.scribd.com/doc/25850790/Asas-Aqidah-Islam


Click to View FlipBook Version