GARIS PANDUAN KHAS V.2
PERTANDINGAN PENGUKUHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
PEMANIS
_______________________
JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI SABAH
2022
UNTUK EDARAN NEGERI SABAH SAHAJA
Disediakan oleh:
Unit Adab Dan Nilai
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Malaysia
2
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
KANDUNGAN
1. Pengenalan
2. Terma dan Syarat Pertandingan.
3. Senarai Pertandingan Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam (PEMANIS)
4. Peringkat Pertandingan Dan Gred Minima
5. Tarikh Dan Proses Setiap Peringkat Pertandingan.
6. Penjurian dan Penghakiman.
7. Pertandingan yang disesuaikan peringkat negeri sabah
7.1 e-Hafazan.
7.2 e-Taranum.
7.3 e-Tahfiz Al Quran.
7.4 e-Qiraat As-Sab’ie Bit Tarannum.
7.5 e-Kuiz Ilmu Wahyu.
7.6 e-Daei Cilik.
7.7 e-Mimbar Daei.
7.8 e-Kalam Arabiy.
7.9 e-Kalimatus Sobah.
7.10 e-Mimbar Daei Bahasa Menderin.
7.11 e-Nyanyian Solo Lagu Kerohanian.
7.12 Pertandingan Seni Khat Siber.
7.13 e-Pertandingan Deklemasi Sajak Dan Syair Adab Dan Nilai.
7.14 e-Pertandingan Video Animasi Sahsiah.
1
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
1. Pengenalan.
1.1. Garis panduan ini diedarkan kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah
dan sekolah sebagai rujukan pengurusan Program Pengukuhan
Kurikulum Pendidikan Islam (PEMANIS v2) Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah bagi tahun 2022.
1.2. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama garis panduan yang
dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah (MQSS), Ihtifal
Lughawi Sekolah-sekolah (ILUSS), Festival Kesenian Islam
Sekolah-Sekolah (FKISS) dan Arahan Majlis Keselamatan Negara
(MKN).
1.3. Penyesuaian pertandingan di peringkat negeri sabah.
1.4. Menambah baik beberapa panduan pertandingan untuk diselaraskan
dengan sistem yang dibangunkan oleh SPI JPN Sabah Dashbord For
Open Online Result (DOOR).
2. Terma dan Syarat Pertandingan :
2.1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Islam sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2022.
2.2. Setiap peserta hanya boleh menyertai satu acara pertandingan sahaja.
2.3. Semua murid beragama Islam daripada lelaki dan perempuan Sekolah
Rendah tahun satu hingga tahun enam dan Sekolah Menengah tingkatan
peralihan hingga tingkatan enam sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia sahaja 2022.
2.4. Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna dan sopan.
Peserta lelaki perlu berbaju kebangsaan (cekak musang) yang lengkap; berkain
samping dan bersongkok hitam. Peserta perempuan pula perlu berbaju kurung
atau kebarung, bertudung yang sempurna dan sopan tanpa hiasan.
2.5. Gred minima melayakan peserta bertandingan keperingkat seterusnya.
2.6. Peserta yang pernah mewakili peringkat kebangsaan tahun 2021 akan
bertanding di peringkat expert .
2
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
2.7. Perdaftaran adalah wajib semasa pertandingan peringkat amatur pada masa
yang ditetapkan: 18 hingga 21 April 2022.
2.8. Semua maklumat hendaklah dipastikan benar sebelum tarikh tutup
pendaftaran sebarang kesalahan, kesilapan dan kelewatan adalah
tanggungjawab pengurus peserta sekolah.
2.9. Keputusan juri dan hakim adalah muktamad.
2.10. Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan
yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.
2.11. Penyertaan pertandingan adalah melalui rakaman yang dimuat naik dalam
sistem serta rakaman tidak boleh mengandungi pengenalan diri, sekolah
dan daerah.
2.12. Pautan sistem pertandingan : https://spisabah.edu.my/pemanisv2
2.13. Setiap peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian
menggunakan aplikasi Dashbord For Open Online Result (DOOR) yang
disediakan dengan menyertakan item berikut:
2.13.1. Acara
2.13.2. Kategori
2.13.3. Nama Penuh
2.13.4. Gambar Peserta ( Berukuran Pasport )
2.13.5. Nombor Kad Pengenalan
2.13.6. Jantina
2.13.7. Nama daerah
2.13.8. E-mel untuk dihubungi
2.13.9. Nombor telefon untuk dihubungi dan
2.13.10. Gambar, dan karya. - di muat naik dalam googel drive dan
diberikan kebenaran akses serta pautannya dalam sistem.
2.13.11. Rakaman dan video pertandingan - di muat naik dalam
youtube dan pautan rakaman dalam sistem (tetapan unlisted ).
2.13.12 Sila dapatkan borang penyertaan dan pengakuan keaslian
karya didalam garis panduan pertandingan Bahagian Pendidikan
Islam KPM.
3
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
3. Senarai Pertandingan 2022.
3.1. MQSS – Mahrajan Al Quran Sekolah-Sekolah KPM
BIL ACARA SEKOLAH KATEGORI
1 e-Tarannum Rendah Lelaki Perempuan
Menengah Lelaki Perempuan
2 e-Hafazan Rendah Lelaki Perempuan
Menengah Lelaki Perempuan
Menengah (Juzuk 1 – 20) Lelaki Perempuan
3 e-Tahfiz Al-Quran
Menengah (Juzuk 1 – 30) Lelaki Perempuan
4 e-Qiraat As-Sab’ie Menengah Rendah Terbuka
Terbuka
Bit Tarannum Menengah Atas
e-Kuiz Ilmu Menengah Rendah Terbuka
5 Menengah Atas Terbuka
Wahyu
3.2 ILUSS – Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah KPM
BIL ACARA SEKOLAH KATEGORI
Lelaki
1 e-Daie Cilik Sekolah Rendah Perempuan
Lelaki
2 e-Mimbar Daie Sekolah Menengah Perempuan
Lelaki
3 e-Kalam ‘Arabiy Sekolah Rendah Perempuan
Lelaki
e-Kalimatus Menengah Rendah Perempuan
4 Lelaki
Perempuan
Sobah Lelaki
Perempuan
e-Kalimatus Menengah Atas
5
Sobah
e-Mimbar Daie
6 Sekolah Menengah
Bahasa Mandarin
4
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
3.3 FKISS – Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah KPM
BIL ACARA SEKOLAH KATEGORI
Lelaki
1 e-Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Sekolah Perempuan
Kerohanian Rendah Lelaki
Perempuan
2 e-Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Sekolah Lelaki
Kerohanian Menengah Perempuan
Lelaki
3 Pertandingan Seni Khat Siber Sekolah Perempuan
Rendah Lelaki
Perempuan
4 Pertandingan Seni Khat Siber Sekolah Lelaki
Menengah Perempuan
Lelaki
5 e-Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Perempuan
Adab dan Nilai Rendah Lelaki
Perempuan
6 e-Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Lelaki
Adab dan Nilai Menengah Perempuan
Lelaki
7 e-Pertandingan Dendangan Syair Sekolah Perempuan
Adab dan Nilai Rendah
8 e-Pertandingan Dendangan Syair Sekolah
Adab dan Nilai Menengah
9 e-Pertandingan Video Animasi Sekolah
Sahsiah Rendah
10 e-Pertandingan Video Animasi Sekolah
Sahsiah Menengah
5
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
4. Peringkat Pertandingan Dan Gred Pertandingan
Peringkat Kaedah Had Penyertaan Gred Minima
Rakaman Tiada Had
Peringkat 1 Terhad Tapisan
( Amatur ) Rakaman Terhad Ya/Tidak
Peringkat 2
Rakaman Terhad Emas
( Pro ) Rakaman 90%
Platinum Pilihan Juri
Peringkat 3 & & Hakim
( Expert ) Bersemuka
Platinum
Peringkat 4 Terbaik
( Master Final )
5. Tarikh Dan Proses Setiap Peringkat Pertandingan
Peringkat Rakaman Dihantar Penilaian Verifikasi
& Dan
Kemas Kini Rakaman Keputusan
Baharu
Pelancaran Pemanis
1 April 2022
Pendaftaran Pemanis
18 – 21 April 2022
Peringkat 1 22 April - 26 April 28 – 30 April 9 Mei
23 Mei
Peringkat 2 11 Mei - 16 April 18 – 20 Mei 27 Jun
Peringkat 3 25 Mei - 27 Mei 22 – 24 Jun TEMPAT
Peringkat 4* 15, 16 dan 17 Julai SISTEM
Final DOOR
*pertandingan akan dilaksanakan dengan secara bersemuka
*ACARA KAEDAH PENYERTAAN TARIKH
Pendaftaran 18 – 21 April 2022
Kuiz Ilmu Peserta akan Murid KKQ 20 Mei 2022
Wahyu dipantau oleh di menengah
daerah masing- bawah dan
e-Pertandingan atas sahaja
Video Animasi masing
Semua Murid
Sahsiah 1 peringkat KPM Negeri
pertandingan
Sabah
sahaja
6
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
5.1 Sebarang perubahan jadual akan diumumkan melalui surat dan makluman.
5.2 Sebarang penjurian dibuat didalam sistem DOOR adalah tanggungjawab
juri yang dilantik .
5.3 Garis panduan kebangsaan Aktiviti Program Adab dan Nilai Secara Dalam
Talian Tahun 2022 https://bulandakwah.blogspot.com
6. Penjurian dan penghakiman
6.1 Proses penjurian peringkat 1 diadakan secara tapisan
6.2 Proses penjurian peringkat 2 dan 3 diadakan secara penilaian
6.3 Proses penjurian peringkat 4 akhir diadakan secara bersemuka pada
tarikh dan tempat yang akan ditentukan.
6.4 Suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak dibenarkan.
6.5 Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau
bantahan tidak akan dipertimbangkan.
6.6 Jika sekiranya tidak ada peserta yang melepasi gred minima, maka ketua
hakim negeri bagi acara tersebut akan bersidang dan membuat keputusan
serta memilih peserta yang layak ke peringkat seterusnya.
6.7 Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.
6.8 Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana
penyertaan yang tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat
pertandingan.
7. Acara yang dipertandingkan diperingkat negeri sabah ialah :
7
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.1 e-Taranum
7.1.1 Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi bidang
seni tarannum Al-Quran secara dalam talian.
7.1.2 Kategori pertandingan terbahagi kepada 4 iaitu:
Bil Kategori Kelas
1 Sekolah Rendah – Lelaki Tahun 1 hingga 6
2 Sekolah Rendah – Perempuan Tahun 1 hingga 6
3 Sekolah Menengah – Lelaki Tingkatan Peralihan
hingga 6
4 Sekolah Menengah - Perempuan Tingkatan Peralihan
hingga 6
7.1.3 Peserta boleh memilih mana-mana ayat dalam Al-Quran dalam garis
panduan BPI KPM.
7.1.4 Peserta ke peringkat seterusnya hendaklah membuat rakaman baharu.
7.1.5 Minima 3 lagu taranum.
7.1.6 Rakaman tidak kurang dari 7 minit dan tidak lebih 8 minit.
7.1.7 Rakaman secara melintang (landscape) dan perlu menampakkan
keseluruhan badan peserta.
8
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.2 e-Hafazan
7.2.1 Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi bidang
hafazan Al-Quran secara dalam talian.
7.2.2 Kategori pertandingan terbahagi kepada 4 iaitu:
Bil Kategori Kelas
1 Sekolah Rendah - Lelaki
2 Sekolah Rendah - Perempuan Tahun 1- 6
3 Sekolah Menengah - Lelaki
4 Sekolah Menengah - Perempuan Tahun 1- 6
Tingkatan Peralihan, 1 – 6
Tingkatan Peralihan, 1 – 6
7.2.3 Peserta dikehendaki mengikut bacaan tadwir sahaja.
7.2.4 Rakaman secara melintang (landscap)
7.2.5 Tiada had masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan.
7.2.6 Peserta sekolah rendah wajib 4 surah boleh pilih.
7.2.7 Peserta sekolah menengah wajib pilih salah satu.
Surah-surah hafazan peringkat 1 :
BIL SURAH-RENDAH
LELAKI & PEREMPUAN
01 (11 – 1) ﺍﻟﺿﺣﻰ
02 (8 – 1) ﺍﻟﺷﺭﺡ
03 (8 – 1) ﺍﻟﺗﻳﻥ
04 (19 – 1) ﺍﻟﻌﻠﻖ
05 (5 – 1) ﺍﻟﻘﺩﺭ
BIL SURAH-MENENGAH
LELAKI & PEREMPUAN
01 (30 – 1) ﺍﻟﻣﻠﻙ
02 (28 – 1) ﻧﻭﺡ
9
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
Surah-surah hafazan peringkat 2 :
BIL SURAH-RENDAH
LELAKI & PEREMPUAN
11 (26 – 1) ﺍﻟﻐﺎﺷﻳﺔ
12 (30 – 1) ﺍﻟﻔﺟﺭ
13 (20 – 1) ﺍﻟﺑﻠﺩ
14 (15 – 1) ﺍﻟﺷﻣﺱ
15 (21 – 1) ﺍﻟﻠﻳﻝ
BIL SURAH-MENENGAH
LELAKI & PEREMPUAN
01 (14 – 1) ﺍﻟﺻﻑ
02 (11 – 1) ﺍﻟﺟﻣﻌﺔ
Surah-surah hafazan peringkat 3 :
BIL SURAH-RENDAH
LELAKI & PEREMPUAN
01 (36 – 1) ﺍﻟﻣﻁﻔﻔﻳﻥ
02 (25 – 1) ﺍﻻﻧﺷﻘﺎﻕ
03 (22 – 1) ﺍﻟﺑﺭﻭﺝ
04 (17 – 1) ﺍﻟﻁﺎﺭﻕ
05 (19 – 1) ﺍﻷﻋﻠﻰ
BIL SURAH-MENENGAH
LELAKI & PEREMPUAN
01 (59 – 1) ﺍﻟﺩﺧﺎﻥ
02 (96 – 1) ﺍﻟﻭﺍﻗﻌﺔ
10
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
Surah-surah hafazan peringkat 4 :
BIL SURAH-RENDAH
LELAKI & PEREMPUAN
01 (40 – 1) ﺍﻟﻧﺑﺎء
02 (46 – 1) ﺍﻟﻧﺎﺯﻋﺎﺕ
03 (42 – 1) ﻋﺑﺱ
04 (29 – 1) ﺍﻟﺗﻛﻭﻳﺭ
05 (19 – 1) ﺍﻻﻧﻔﻁﺎﺭ
BIL SURAH – MENENGAH
LELAKI & PEREMPUAN
01 (30 – 1) ﺍﻟﺳﺟﺩﺓ
02 (83 – 1) ﻳﺱ
11
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.3 e-Tahfiz Al Quran
7.3.1 Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi bidang
tahfiz Al-Quran secara dalam talian.
7.3.2 Kategori pertandingan terbahagi kepada 4 iaitu:
Bil Kategori Kelas
1 Juzuk 1-20 – Lelaki Tingkatan Peralihan hingga 6
2 Juzuk 1-20 – Perempuan
3 Juzuk 1-30 – Lelaki
4 Juzuk 1-30 – Perempuan
7.3.3 Setiap peserta diwajibkan menjawab EMPAT soalan dari set soalan yang
dipilih.
7.3.4 Tiada had masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan, namun
Hakim Fatih dan Munabbih berhak menamatkan sesi ujian mana-mana
peserta sekiranya peserta dilihat tidak lancar dalam bacaan serta
mengambil masa terlalu lama untuk menjawab.
7.3.5 Jika penyertaan kurang dari 4 orang maka peserta akan bertanding
secara bersemuka peringkat akhir (Master)
7.3.6 Peserta dikehendaki mengikut bacaan tadwir sahaja
7.3.7 Rakaman hendaklah secara berterusan di hadapan Hakim Fatih dan
Munabbih.
12
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.4 e-Qiraat As-Sab’ie Bit Tarannum
7.4.1 Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi bidang seni
tarannum Al-Quran dengan qiraat secara dalam talian.
7.4.2 Kategori pertandingan terbahagi kepada 4 iaitu:
7.4.3 Peserta dikehendaki menjawab mengikut wajah qiraat dan taranum yang
ditetapkan di dalam soalan sahaja.
7.4.4 Setiap peringakat diwajibkan menjawab semua soalan
7.4.5 Tiada had masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan.
7.4.6 Rakaman secara melintang (landscap)
7.4.7 Soalan Menengah Rendah
Qiraatu Sabei Bit Taranum Peringkat 1 ( Amatur)
Surah Riwayat Taranum
Al Fatihah Qolun dan Nafi’ Bayyati dan Husaini
An Nas Taranum Pilihan
Quraisyi Khalaf dan Hamzah Taranum Pilihan
Warasyh dan Nafi’
Qiraatu Sabei Bit Taranum Peringkat 2 (Pro)
Surah Riwayat Taranum
Al Fatihah Warasyh dan Nafi’ Bayyati dan Husaini
An Nasru Taranum Pilihan
Quraisyi Khalaf dan Hamzah Taranum Pilihan
Ad Durri dan Abi Amru
13
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
Qiraatu Sabei Bit Taranum Peringkat 3 (Expert)
Surah Riwayat Taranum
Al Fatihah Bayyati dan Husaini
Al Falaq Qunbul dan Ibnu Kasir Taranum Pilihan
Al Fil Warasyh dan Nafi’ Taranum Pilihan
As Syusi dan Abi Amru
Qiraatu Sabei Bit Taranum Peringkat 4 (Master)
Surah Riwayat Taranum
Al Fatihah Warasyh dan Nafi’As Bayyati dan Husaini
Al Falaq Taranum Pilihan
Al Fil Syusi dan Abi Amru Taranum Pilihan
Qunbul dan Ibnu Kasir
7.4.8 Soalan Menengah Atas
Qiraatu Sabei Bit Taranum Peringkat 1 (Amatur)
Surah Riwayat Taranum
Al Fatihah Qolun dan Nafi’ Bayyati dan Husaini
An Nas Taranum Pilihan
Al Masad Ad Durri dan Abi Amru Taranum Pilihan
Warasyh dan Nafi’
Qiraatu Sabei Bit Taranum Peringkat 2 (Pro)
Surah Riwayat Taranum
Al Fatihah Bayyati dan Husaini
An Nasru Khalaf dan Hamzah Taranum Pilihan
Al kafirun Warasyh dan Nafi’ Taranum Pilihan
Qunbul dan Ibnu Kasir
Qiraatu Sabei Bit Taranum Peringkat 3 (Expert)
Surah Riwayat Taranum
Al Fatihah Bayyati dan Husaini
An Nas Zakwan dan Ibnu Amir Taranum Pilihan
Al Qurayshi Taranum Pilihan
Ad Duri dan Abi Amru
Waraysh dan Nafi’
Qiraatu Sabei Bit Taranum Peringkat 4 (Master)
Surah Riwayat Taranum
Al Fatihah Waraysh dan Nafi’ Bayyati dan Husaini
An Nas Taranum Pilihan
Al Qurayshi Ad Duri dan Abi Amru Taranum Pilihan
Zakwan dan Ibnu Amir
14
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.5 e-Kuiz Ilmu Wahyu
7.5.1 Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid menceburi
bidang ilmu Al-Quran melalui acara kuiz secara dalam talian.
7.5.2 Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Islam sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2022 yang mengikuti
Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ),
Sukatan Mata Pelajaran Pendidikan Islam, Mata Pelajaran Pendidikan
Al Quran dan As Sunnah dan Mata Pelajaran Pendidikan Syariah
Islamiah
7.5.3 . Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
7.5.4 Kuiz Ilmu Wahyu peringkat daerah adalah secara individu dan soalan
akan dibekal oleh pihak penganjur.
7.5.5 Peserta yang layak ke peringkat seterusnya akan melalui acara kuiz
secara dalam talian.
7.5.6 Peserta yang terpilih akan mewakili kontijen negeri sabah adalah
secara berkumpulan yang terdiri 3 orang peserta terbaik (terbuka sama
ada lelaki atau perempuan dari mana-mana daerah).
15
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.6 e-Daie Cilik
7.6.1 Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam
dalam bidang pengucapan awam kontemporari dalam Bahasa Melayu
berasaskan kurikulum pendidikan Islam.
7.6.2 Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif,
menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar.
7.6.3 Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu:
Bil Kategori Kelas
1 Sekolah Rendah - Lelaki Tahun 1 - 6
2 Sekolah Rendah - Tahun 1 - 6
Perempuan
7.6.4 Tema persembahan adalah seperti berikut:
Bil Tema Fokus Bidang
1 Rukun Iman Iman Akidah
2 Rukun Islam Ketaatan Ibadah
3 Sifat Mahmudah Nilai Murni Adab Dan Akhlak
7.6.5 Peserta boleh menggunakan tema dan tajuk yang sama pada
peringkat seterusnya.
7.6.6 Durasi rakaman tidak melebihi 5 minit.
7.6.7 Suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak dibenarkan.
7.6.8 Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.
7.6.9 Rakaman secara melintang (landscape) dan perlu menampakkan
keseluruhan badan peserta.
16
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.7 e-Mimbar Daie
7.7.1 Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam
dalam bidang pengucapan awam kontemporari dalam Bahasa Melayu
berasaskan kurikulum pendidikan Islam..
7.7.2 Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif,
menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar.
7.7.3 Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 iaitu:
Bil Kategori Kelas
1 Sekolah Menengah – Lelaki Tingkatan peralihan -
Tingkatan 6
2 Sekolah Menengah – Perempuan Tingkatan peralihan -
Tingkatan 6
7.7.4 Peserta boleh menggunakan tajuk dan tema tazkirah yang sama pada
peringkat seterusnya.
7.7.5 Tema tazkirah adalah seperti berikut:
i. Iman viii. Puasa
ii. Islam ix. Perkahwinan
iii. Rasul x. Adab musafir
iv. Rezeki xi. Adab menjaga alam
v. Solat xii. Adab memberi sedekah
vi. Wudhuk xiii. Adab berjual beli
vii. Zakat xiv. Adab bernegara
xv. Adab dengan pemimpin
7.7.6 Durasi rakaman tidak melebihi 5 minit.
7.7.7 Rakaman secara melintang (landscape) dan perlu menampakkan
keseluruhan badan peserta.
7.7.8 Suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak dibenarkan.
7.7.9 Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.
17
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.8 e-Kalam Arabiy
7.8.1 Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam
dalam bidang pengucapan awam dalam Bahasa Arab berasaskan
kurikulum pendidikan Islam..
7.8.2 Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif,
menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar.
7.8.3 Kategori pertandingan terbahagi kepada dua iaitu:
Bil Kategori Kelas
1 Sekolah Rendah - Lelaki Tahun 1 - 6
2 Sekolah Rendah - Perempuan Tahun 1 - 6
7.8.4 Tema persembahan adalah seperti berikut:
7.8.5 Durasi rakaman tidak melebihi 5 minit.
7.8.6 Peserta boleh menggunakan tajuk dan tema yang sama pada
peringkat seterusnya
7.8.7 Peserta wajib menyertakan teks persembahan sebagi rujukan juri dalam
sistem.
7.8.8 rakaman secara melintang (landscape) dan perlu menampakkan
keseluruhan badan peserta.
7.8.9 Suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak dibenarkan.
7.8.10 Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.
18
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.8.12 Perkara yang dibenar dan tidak dibenar dalam penyampaian adalah
seperti berikut:
i. Peserta dibenarkan untuk menggunakan syair/ gurindam/ pantun/
sajak/nasyid (ala padang pasir atau kontemporari).
ii. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat sokongan.
iii. Peserta tidak dibenarkan mendapat sebarang tunjuk ajar atau bantuan
dalam bentuk isyarat atau apa medium sekalipun semasa persembahan.
iv. Setiap persembahan hendaklah mengandungi:
v. Lafaz salam dan salutasi.
vi. Tajuk bicara dan pengenalan.
vii. Isi yang sempurna huraiannya yang mengandungi:
a. Isi kandungan
b. Huraian isi
c. Huraian lengkap (contoh/ dalil/ kesan)
d. Kesimpulan isi
viii. Penutup
19
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.9 e-Kalimatus Sobah
7.9.1 Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam
dalam bidang pengucapan awam dalam Bahasa Arab sepenuhnya
berasaskan kurikulum pendidikan Islam.
7.9.2 Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif,
menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar.
7.9.3 Kategori pertandingan terbahagi kepada 4 iaitu:
Kategori Kelas
1. Menengah Rendah - Lelaki Tingkatan 1 – 3
2. Menengah Rendah - Perempuan Tingkatan 1 – 3
3. Menengah Atas - Lelaki Tingkatan 4 – 6
4. Menengah Atas - Perempuan Tingkatan 4 – 6
7.9.4 Tema persembahan adalah seperti berikut:
7.9.4.1 Kategori menengah rendah:
20
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.9.4.2 Kategori menengah atas:
7.9.5 Rakaman secara melintang (landscape) dan perlu menampakkan
keseluruhan badan peserta.
7.9.6 Durasi rakaman tidak melebihi 5 minit.
7.9.7 Suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak dibenarkan.
7.9.8 Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.
21
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.10 e-Mimbar Daei Bahasa Menderin
7.10.1 Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi murid Islam
dalam bidang pengucapan awam kontemporari dalam Bahasa Mandarin
berasaskan kurikulum pendidikan Islam.
7.10.2 Persembahan yang disampaikan adalah dalam keadaan santai, kreatif,
menarik perhatian dan menyentuh hati pendengar.
7.10.3 Kategori pertandingan terbahagi kepada 2 iaitu:
Bil Kategori Kelas
1 Sekolah Menengah – Lelaki Tingkatan peralihan - Tingkatan 6
2 Sekolah Menengah – Perempuan Tingkatan peralihan - Tingkatan 6
7.10.4 Peserta boleh menggunakan tajuk dan tema tazkirah yang sama pada
peringkat seterusnya.
7.10.5 Tema tazkirah adalah seperti berikut:
i. Iman viii. Puasa
ii. Islam ix. Perkahwinan
iii. Rasul x. Adab musafir
iv. Rezeki xi. Adab menjaga alam
v. Solat xii. Adab memberi sedekah
vi. Wudhuk xiii. Adab berjual beli
vii. Zakat xiv. Adab bernegara
xv. Adab dengan pemimpin
7.10.6 Durasi rakaman tidak melebihi 5 minit.
7.10.7 Suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak dibenarkan.
7.10.8 Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.
7.10.9 Rakaman secara melintang (landscape) dan perlu menampakkan
keseluruhan badan peserta.
22
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.11 e-Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Kerohanian
7.11.1 Pertandingan ini bertujuan bagi mencungkil bakat murid selain
meningkatkan keyakinan diri murid melalui persembahan nyanyian lagu
kerohanian di mana hiburan yang bermanfaat bukan sahaja dapat mengisi
kehendak naluri seorang insan, malah dapat memupuk tingkah laku positif
dalam kalangan mereka yang menghayatinya. Genre lagu berunsur
kerohanian dilihat sebagai satu bentuk hiburan yang dapat memenuhi
kriteria ini. Di samping berhibur, murid-murid dapat mengambil manfaat
daripada lirik-lirik lagu yang mengajak kepada perkara positif.
7.11.2 Pertandingan ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu:
Acara Kategori Lelaki
Sekolah Rendah (Tahun 1 - 6) Perempuan
1. e-Pertandingan Sekolah Rendah (Tahun 1 - 6) Lelaki
Nyanyian Solo Sekolah Menengah (Tingkatan peralihan - 6) Perempuan
Lagu Kerohanian Sekolah Menengah (Tingkatan peralihan - 6)
2. e-Pertandingan
Nyanyian Solo
Lagu Kerohanian
3. e-Pertandingan
Nyanyian Solo
Lagu Kerohanian
4. e-Pertandingan
Nyanyian Solo
Lagu Kerohanian
7.11.3 Peserta perlu menyanyikan lagu secara solo dan boleh menyanyikan lagu
serta lirik lagu yang sedia ada di pasaran atau ciptaan baharu.
7.11.4 Lagu yang dinyanyikan tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif
mana-mana pihak.
7.11.5 Setiap peserta hanya boleh menghantar satu video nyanyian solo lagu
kerohanian.
7.11.6 Sebarang intro dan outro lagu tidak dibenarkan.
7.11.7 Peserta boleh menyanyikan lagu yang sedia ada di pasaran atau ciptaan
baharu.
7.11.8 Lirik lagu boleh menggunakan Bahasa Melayu/Bahasa Arab/Bahasa
Inggeris secara sepenuhnya atau secara gabungan antara ketiga-tiga
bahasa tersebut.
7.11.9 Persembahan penyanyi solo bermula daripada mula muzik hinggalah
berakhir muzik (berdasarkan ketetapan yang ditentukan oleh juri).
23
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.11.10 Setiap penyanyi solo diberi masa antara 3 hingga 5 minit sahaja untuk
mempersembahkan lagu.
7.11.11 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara minus one.
7.11.12 Setiap peserta hanya boleh menyertai satu acara bagi satu-satu
pertandingan sahaja.
7.11.13 Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hakcipta pihak lain. Peserta hendaklah
bertanggungjawab sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau
selepas rakaman dihasilkan.
7.11.14 Suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak dibenarkan.
7.11.15 Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.
7.11.16 Rakaman secara melintang (landscape)
7.11.17 Rakaman perlu menampakkan keseluruhan badan peserta.
7.11.18 Rakaman audio dan video berkualiti tinggi.
24
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.12 Pertandingan Seni Khat Siber
7.12.1 Pertandingan ini bertujuan bagi mencungkil bakat murid melalui
penghasilan karya seni khat yang mampu mengisi kehendak naluri
seorang insan, malah dapat memupuk tingkah laku positif dalam kalangan
mereka yang menghayatinya.
7.12.2 Peserta menggunakan tajuk yang sama dengan syarat rakaman baharu
pada setiap peringkat
7.12.3 Pertandingan terbahagi kepada 4 kategori iaitu
Kategori Kelas Jenis Khat Saiz Kertaz
Sekolah Rendah : Tahun 4 – 6 Nasakh & Req’ah A3
Lelaki
Sekolah Rendah : Tahun 4 – 6 Nasakh & Req’ah A3
Perempuan
Sekolah Menengah Tingkatan Thuluth & Nasakh A3
: Lelaki Peralihan - 6
Sekolah Menengah Thuluth & Nasakh A3
: Perempuan Tingkatan
Peralihan - 6
Teks cadangan untuk kategori sekolah rendah lelaki dan perempuan seperti berikut
Teks cadangan untuk kategori sekolah menengah lelaki dan perempuan seperti
berikut:
25
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.12.4 Peserta hendaklah menggunakan dakwat hitam bagi penulisan teks karya
khat, manakala penggunaan dakwat lain selain warna hitam bagi hiasan
tepi atau awan larat adalah dibenarkan.
7.12.5 Peserta dikehendaki mempamerkan karya khat yang telah dihasilkan di
hadapan kamera dalam tempoh 5 hingga 10 saat sejurus selepas
selesai penghasilan karya tersebut.
7.12.6 Penghantaran setiap hasil karya khat kepada pihak urus setia dalam
bentuk gambar (JPG) yang jelas dapat dilihat dan nilai oleh juri.
7.12.7 Disertakan bersama Borang Perakuan Keaslian Karya Khat (rujuk
dalam dokumen kebangsaan :FKI)
7.12.8 Setiap penyertaan mestilah menghantar rakaman video proses kerja
(dalam bentuk timeline) ketika video tersebut sedang dihasilkan.
7.12.9 Durasi rakaman tidak kurang dari 3 minit dan tidak melebihi 5 minit.
7.12.10 Rakaman video hendaklah serupa seperti karya khat yang dihantar.
Sekiranya tidak serupa, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan
tersebut.
7.12.11 Suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak dibenarkan.
7.12.12 Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.
26
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.13 e-Pertandingan Deklamasi Sajak & Dendangan Syair Adab Dan Nilai
7.13.1 Pertandingan ini bertujuan bagi mencungkil bakat murid melalui
pendeklamasian sajak serta dendangan syair yang mampu mengisi
kehendak naluri seorang insan, malah dapat memupuk tingkah laku positif
dalam kalangan mereka yang menghayatinya.
7.13.2 Pertandingan terbahagi kepada 8 kategori iaitu:
Acara Kategori Lelaki
1. Deklamasi Sajak Adab & Nilai Murid Sekolah Rendah Perempuan
2. Deklamasi Sajak Adab & Nilai Murid Sekolah Rendah Lelaki
3. Deklamasi Sajak Adab & Nilai Murid Sekolah Menengah Perempuan
4. Deklamasi Sajak Adab & Nilai Murid Sekolah Menengah Lelaki
5. Dendangan Syair Adab & Nilai Murid Sekolah Rendah Perempuan
6. Dendangan Syair Adab & Nilai Murid Sekolah Rendah Lelaki
7. Dendangan Syair Adab & Nilai Murid Sekolah Menengah Perempuan
8. Dendangan Syair Adab & Nilai Murid Sekolah Menengah
5.13.2 Tema adalah seperti berikut:
▪ . Berbudi Bahasa
▪ . Hormat Menghormati
▪ . Tolong Menolong
▪ . Kesantunan Tutur Bicara
▪ . Jati Diri
▪ . Sabar dan Tabah
▪ . Tetap Pendirian
▪ . Semangat Juang
▪ . Penampilan Diri
▪ . Pemakaian Beretika
▪ . Tingkah Laku Sopan
▪ . Kepimpinan
▪ . Kepercayaan Kepada Tuhan
▪ . Bersyukur Atas Nikmat
▪ . Integriti: Amanah dan Jujur
7.13.3 Peserta boleh menggunakan tajuk yang sama pada peringkat
seterusnya.
7.13.4 Sajak dan Syair yang ditulis mestilah dalam Bahasa Melayu serta sesuai
untuk bacaan umum.
7.13.5 Teks dan video deklamasi sajak dan syair yang dihasilkan mestilah karya
asli.
7.13.6 Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti dan negatif mana-mana pihak.
27
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.13.7 Setiap peserta hanya boleh menghantar satu video deklamasi sajak dan
syair.
7.13.8 Sajak dan syair hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak 1.5
langkau.
7.13.9 Ditaip menggunakan font Arial bersaiz 12 dan dicetak pada sebelah muka
setiap helaian.
7.13.10 Sajak dan syair ditulis dalam lingkungan 20 hingga 25 baris sahaja
(tuliskan bilangan baris pada hujung teks).
7.13.11 Durasi rakaman tidak kurang dari 3 minit dan tidak melebihi 5 minit.
7.13.12 Suntingan latar belakang layar hijau (green screen) tidak dibenarkan.
7.13.13 Penggunaan prop tidak boleh mendominasi persembahan.
7.13.14 Setiap peserta mestilah menghantar teks sajak dan syair yang sudah
di taip kepada pihak penganjur dalam bentuk (PDF) bersama borang
perakuan keaslian dalam bentuk gambar dan rakaman video yang
dirakam ketika karya tersebut sedang dihasilkan.
7.11.15 Rakaman secara melintang (landscape)
7.11.16 Rakaman perlu menampakkan keseluruhan badan peserta.
7.11.17 Rakaman audio dan video berkualiti tinggi.
28
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.14 e-Pertandingan Video Animasi Sahsiah
7.14.1 e-Pertandingan Video Animasi Sahsiah membawa maksud sesuatu hal
atau keadaan atau cerita atau kejadian lalu yang dirakamkan dalam durasi
yang tidak panjang dengan membawa unsur adab dan nilai murni dalam
kehidupan insan.
7.14.2 Genre rakaman video adalah berbentuk karya fiksyen kreatif yang
memelihara gaya cerita, teknik naratif, isi berhikmah dan bermanfaat
untuk penonton. Video karya fiksyen boleh diubah (penambahan atau
pengurangan) dari kisah nyata untuk melestari nilai namun hendaklah
logik berdasarkan sumber sahih sekiranya ia melibatkan fakta sejarah dan
fakta ilmu pengetahuan
7.14.3 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah-sekolah menengah atau
rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (3 orang murid sepasukan).
7.14.4 Video yang dihasilkan mestilah rakaman ASLI. Sebarang rakaman
plagiat, terjemahan, atau video yang pernah disiarkan di mana-mana
penerbitan digital terbatal secara AUTOMATIK.
7.14.5 Video tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negatif mana-mana
pihak.
7.14.6 Setiap penyertaan mestilah menghantar rakaman video proses kerja
(dalam bentuk timeline) ketika video tersebut sedang dihasilkan.
7.14.7 Sila pastikan setiap video, sinopsis dan transkrip dinamakan dengan
format berikut: <tajuk video> + <nama peserta> | contoh file video:
nilaimurni-abuanas.mp4, file sinopsis: nilaimurni-abuanas-sinopsis, file
transkrip: nilaimurni-abuanas-transkrip.
7.14.8 Pastikan semua lagu yang digunakan dalam animasi berstatus bebas
royalti. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
tuntutan akibat pelanggaran AKTA HAK CIPTA.
7.14.9 Animasi yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta dan TIDAK
BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sebarang sensitiviti.
Manakala unsur negatif tidak wajar dipaparkan dalam video.
7.14.10 Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hakcipta yang melibatkan muzik dan seumpamanya.
Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya sama ada sebelum,
semasa atau selepas video dihasilkan.
7.14.11 Setiap penyertaan mestilah menghantar rakaman video proses kerja
(dalam bentuk timeline) ketika video tersebut sedang dihasilkan.
29
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
7.14.12 Cadangan Tema:
1. Berbudi Bahasa
2. Hormat Menghormati
3. Tolong Menolong
4. Kesantunan Tutur Bicara
5. Jati Diri
6. Sabar dan Tabah
7. Tetap Pendirian
8. Semangat Juang
9. Penampilan Diri
10. Pemakaian Beretika
11. Tingkah Laku Sopan
12. Kepimpinan
13. Kepercayaan Kepada Tuhan
14. Bersyukur Atas Nikmat
15. Integriti: Amanah dan Jujur
7.14.13 Durasi video secara keseluruhannya mesti tidak kurang dari 3 minit dan
tidak melebihi 5 minit
7.14.14 Format video yang dibenarkan adalah MOV, FLV dan MP4.
7.14.15 Resolusi minima video adalah 720p dan maksima 1080p dengan saiz ratio
video 16:9.
30
PEMANIS v.2 Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri sabah 2022
Disediakan oleh:
Unit Adab Dan Nilai
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Malaysia
31