The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jnnhmhmud07, 2023-12-27 09:44:51

SUMBANGAN WAN SALMAH

E MAGAZINE

Keywords: SUMBANGAN

“tanpa orang kita sendiri yang menggagungkan seni budaya, siapa lagi yang mampu mengekalkan warisan budaya turun temurun?” - Wan Salmah Bidang Seni & Kebudayaan Di Kuala Terengganu Dari Tahun 1960-2000 SUMBANGAN WAN SALMAH BINTI WAN SULAIMAN


I S I K A N D U N G A N 1.Ahli Kumpulan 2. Pengenalan 3. Latar Belakang 4. Sumbangan Tarian Gamelan 5. Sumbangan Seni Lakonan 6. Sumbangan Seni Suara 7. Sumbangan Bidang Lain 8. Pencapaian & Anugerah 9. Kesimpulan


Raudatul Jannah (302196) Tan Tao (302212) AHLI KUMPULAN Awateef Nur Fatimi (302244)


Nur Izzati Aisyah (302286) Sara Saffiyya Nazirah (302374) Irdeena Arysha (302389)


Muhammad Nur Fauzan (302416) Noor Qurratul Qistina (302240)


Muzik, pantun, dan ukiran adalah contoh seni yang menjadi identiti utama dalam kebudayaan Malaysia yang multikultural. Seni mempunyai sifat kehalusan dan keindahan. "Kebudayaan" ialah istilah yang merujuk kepada adat resam dan cara hidup suatu bangsa. Ia termasuk budaya dan pemikiran manusia. Wan Salmah binti Wan Sulaiman ialah tokoh seni dan budaya Melayu di Kuala Terengganu. Dari tahun 1960 hingga 2000, dia memainkan peranan penting dalam seni tari dan suara tradisional Melayu. Cintanya yang mendalam akan seni warisan Melayu telah membawa kepada kejayaan antarabangsa walaupun dia telah bersara. Untuk pengiktiraf sumbangannya yang luar biasa selama 75 tahun, dia menerima penghargaan seperti Pingat Pangkuan Negara pada 1979 dan Anugerah Tokoh Seni Budaya Terengganu pada 2016. PENGENALAN


Wan Salmah binti Wan Sulaiman mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Jambul Kuala Terengganu ketika beliau berumur tujuh tahun sehingga sepuluh tahun pada tahun 1951 sehingga 1954. Apabila lulus ujian darjah 6, beliau menyambung pengajian di peringkat menengah di Sultan Sulaiman Secondary School selama 5 tahun bermula tahun 1958 sehingga tahun 1962. Seterusnya, sekali lagi beliau berjaya lulus dalam peperiksaan Malaysia Cetificate Education (MCE).7 Pada usia 16 tahun beliau mengikuti kelas perdagangan sehingga usia 17 tahun di Sultan Sulaiman Secondary School, Kuala Terengganu. Sewaktu mengikuti kelas perdagangan beliau mempelajari kaedah shorthand, book keeping dan menaip. LATAR BELAKANG WAN SALMAH Wan Salmah binti Wan Sulaiman dilahirkan di Kampung Tiong, Kuala Terengganu, Terengganu pada tanggal 16 September 1944.Beliau merupakan anak kedua daripada sebelas orang adik beradik yang terdiri daripada enam orang lelaki dan lima orang perempuan. Ibu beliau dikenali sebagai Dayang binti Ali dipanggil sebagai ‘Cik’ bekerja dengan mengambil upah menjahit manakala bapa beliau bernama Wan Sulaiman bin Wan Long dipanggil sebagai ‘Bak’ bekerja sebagai penulis surat dan borang di sebuah pejabat dan mempunyai gerai makan yang berhampiran dengan rumahnya. Wan Salmah mempunyai ibu angkat iaitu Teh Bt Awang .


Penglibatan awal beliau dalam bidang seni dan kebudayaan ini bermula pada tahun 1954 ketika beliau berusia 14 tahun lagi dengan berpengalaman lebih 60 tahun. Semasa di alam persekolahan, Wan Salmah turut aktif melibatkan diri dalam menari dan menyanyi dengan menyertai Persatuan Belia Darul Ehsan pada tahun 1958 sehingga tertubuhnya Kumpulan Pemuzik dan Penari Tetap Negeri Terengganu atau lebih dikenali sebagai SUKTRA pada tarikh 1 April 1974.13 Pada setiap tahun, setiap sekolah dikehendaki membuat persembahan seperti tarian, nyanyian dan sebagainya sempena sambutan hari-hari tertentu negara. Sebagai contoh, persembahan tarian sempena sambutan ‘Poppy Day’ (Hari Pahlawan). Persembahan ini diadakan bertujuan untuk mengutip derma daripada orang ramai. Penyertaan beliau dalam Persatuan Darul Ehsan merupakan titik tolak bagi beliau untuk memperkembangkan bakat seninya dalam bidang seni dan budaya tradisional Melayu. (Gambar keluarga Wan Salmah) Wan Salmah mula mendirikan rumah tangga pada usianya 19 tahun apabila melangsungkan pernikahannya dengan suami tercintanya iaitu Shamsuddin bin Din pada tanggal 21 Mac 1963.Hasil perkongsian hidup Wan Salmah dan Shamsuddin mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, lima lelaki dan dua perempuan. Beliau juga mempunyai lapan belas orang cucu iaitu sepuluh orang perempuan dan lapan orang dan seorang cicit iaitu perempuan.Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 24 Januari 1963.Jawatan terakhir yang beliau sandang ialah Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dari 1 Januari sehingga bersara pada 16 September 1999.


Sumbangan Wan Salmah binti Wan Sulaiman dalam bidang seni dan kebudayaan di Kuala Terengganu dari tahun 1960 sehingga tahun 2000. Sepanjang tempoh penglibatan Wan Salmah binti Wan Sulaiman dalam dunia seni, beliau banyak terlibat dengan aktiviti seni seperti penari tarian tradisional, penyanyi lagu tradisional, pelakon drama dan pengacara dalam pelbagai program di Kuala Terengganu. Antara sumbangan terbesar beliau dalam bidang seni dan kebudayaan ialah sebagai penari tradisional. Bermula penglibatan beliau dalam Persatuan Belia Darul Ehsan pada tahun 1958, beliau mula mengorak langkah dalam bidang seni dan kebudayaan sebagai seorang penari yang handal yang mempunyai identiti tersendiri yang unik. Tarian Gamelan Wan Salmah binti Wan Sulaiman yang lebih mesra disapa sebagai Mami. Beliau lebih sinonim dengan tarian gamelan dan merupakan salah seorang penari tradisional yang terkenal di Terengganu. Beliau mula bergelar sebagai penari ketika beliau mula memasuki kumpulan Persatuan Belia Darul Ehsan. Persatuan Darul Ehsan merupakan satu persatuan seni dan kebudayaan yang aktif di negeri Terengganu. Pada tahun 1961 Persatuan Belia Darul Ehsan telah dinobatkan sebagai johan tarian seluruh Malaysia anjuran Persatuan Belia Malaysia (MAYC-Malaysia Associacion of Youth Club) dan kejayaan tersebut berulang kembali pada tahun 1962. Ketika beliau masih dalam kumpulan tersebut, Persatuan Belia Darul Ehsan juga turut dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan tarian anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1968. Ramai masyarakat memujinya, memberikan pandangan yang positif dan tidak kurang juga ada segelintir masyarakat yang mengecam dan mencemuhnya kerana sifat iri hati atas kejayaan dan pencapaiannya sepanjang penglibatan beliau dalam bidang seni dan kebudayaan. Namun, ianya tidak mematahkan semangat beliau sebagai penggiat seni dan budaya tradisional.


Selepas tertubuhnya kumpulan SUKTRA (Kumpulan Penari dan Pemuzik Tetap Negeri Terengganu) pada 1 April 1974, seni gamelan mula berkembang pesat dari tahun hingga ke tahun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Objektif persatuan ini ditubuhkan adalah untuk memperkenalkan seni warisan tradisional melayu ke peringkat antarabangsa khususnya seni gamelan.15 Sekaligus untuk mengekalkan keunikkan seni warisan kita daripada ketinggalan zaman. Pada ketika inilah nama Wan Salmah melonjak naik dan mula dikenali ramai ekoran penglibatan dan pencapain beliau yang begitu aktif dalam bidang seni dan kebudayaan tradisional Melayu. Sumbangan Wan Salmah binti Wan Sulaiman dalam bidang seni dan kebudayaan tradisional Melayu adalah sebagai penari gamelan. Ketika beliau terlibat dengan kumpulan SUKTRA, beliau dan kumpulannya dijemput untuk membuat persembahan sempena The 9th Asean Art Festival di Hong Kong pada tahun 1984. Pada tanggal 8 November 1988 sehingga 5 Januari 1988, Wan Salmah dan kumpulannya sekali lagi dipanggil untuk mewakili Malaysia dalam misi penggalakkan pelancongan Malaysia ke Eropah. Motif program ini diadakan adalah lebih khusus untuk memperkenalkan dengan lebih dekat tentang keunikkan seni gamelan ke peringkat antarabangsa. Antara negaranegara yang pernah mereka lawati ketika membuat persembahan ialah Germany (Frankfurt), Amsterdam (Holand), Paris (France), London (UK), Zurich (Switzerland) dan Singapura.


Wan Salmah juga pernah menjadi AJK Puspanita Cawangan Terengganu dari tahun 1983 sehinggalah beliau bertukar ke JPAM pada tanggal 1 Julai 1993. Semasa beliau bertugas di Puspanita, beliau juga pernah menyanyi, menari Tarian Rodat, Mak Yong dan Gamelan. Bukan itu sahaja beliau juga pernah menyertai kumpulan nasyid di Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Terengganu. Pada tahun tersebut, terdapat satu kenangan manis sepanjang beliau bergelar penyanyi dan penari di Puspanita. Beliau pernah muncul sebagai penari dalam filem Itali yang bertajuk “Sandokhan”.


SENI LAKONAN Selain itu sumbangan Wan Salmah binti Wan Sulaiman atau lebih terkenal dengan gelaran Mami dalam bidang seni dan kebudayaan tradisional Melayu beliau juga turut aktif dalam seni lakonan bangsawan, drama dan teater. Wan Salmah mula berlakon pada usianya 14 tahun. Pada peringkat awal beliau belakon, beliau mula memegang watak “Dayang” dalam pentas bangsawan “Megat Terawih”. Pada tahun 1970 beliau diberi kesempatan lagi untuk memegang watak utama dalam sebuah drama. Jika sebelum ini, beliau sekadar memegang watak sampingan dalam drama namun pada tahun berikut beliau diberi kepercayaan untuk memegang memegang watak utama sebagai “Puteri Nan Chayang” dalam sebuah Tabloid di Stadium Ismail Nasaruddin Shah sempena perayaan Jubli Perak Sultan Terengganu (Ulang Tahun Pertabalan Sultan Ismail yang ke-25). Ketika berkhidmat dalam dunia seni lakonan Wan Salmah juga pernah menari dalam filem “Cucu Datuk Merah” pada tahun 1962 diikuti dengan filem “Gelombang” pada tahun 1978 dan “Debu-debu Kasih” pada tahun 1960-an.20 Beliau juga turut berlakon dalam drama menerusi kaca televisyen. Antara drama yang pernah beliau pernah lakonkan ialah “Selasihku Sayang” pada tahun 1977, “Bukan Pangkalan Rezeki” (1980- an), “Annasuka” (1990-an), “Cerah Sebelum Kabus” (1980-an) dan “Haryati II” (2005). Menerusi drama “Haryati II’ yang pernah ditayangkan di kaca televisyen, Wan Salmah atau nama samarannya Mami pernah memegang watak utama dalam drama tersebut. Seterusnya, beliau juga turut pernah berlakon dalam drama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu, “Sungai Liku”(bersiri), “Tanjong Harapan” , “Cherong Bahagia” dan “Loklik” selain drama khas di radio. Menerusi seni lakonan teater beliau juga pernah melibatkan diri dalam teater “Tanah Ronggeng” yang memperlihatkan anak jati Pantai Timur yang aktif dalam pelbagai jenis lakonan.21 Filem yang pernah dilakonkan oleh beliau jelas sekali menunjukkan beliau seorang yang berjiwa seni dan mampu membawa watak-watak yang tidak semua pelakon mampu melakonkannya.


SENI SUARA Sumbangan Wan Salmah binti Wan Sulaiman, atau lebih dikenali sebagai Mami, turut dapat dilihat dalam bidang seni suara melalui penyertaannya yang aktif sebagai penyanyi dan vokalis terkemuka. Antara penglibatan yang luar biasa dalam kerjaya beliau termasuklah menjadi penyanyi asal bagi lagu "Ulek Mayang" yang ciptaannya dipersembahkan oleh Cikgu Aziz, mengambil bahagian dalam rakaman lagu tersebut untuk album berjudul "Senandung Terengganu" pada tahun 1990. Selain itu, beliau turut menyertai program RTM Terengganu dan memiliki kehormatan menyanyi dalam pelbagai majlis rasmi negeri Terengganu. Kebolehan vokalnya tidak terhad kepada genre tempatan sahaja, kerana beliau juga menyanyikan lagu gamelan yang memukau dalam rakaman dokumentari Filem Negara pada tahun 1972. Prestasinya terus melonjak apabila beliau menyertai sebagai penyanyi gamelan dalam Konsert Geeta Gangsa di Istana Budaya pada tahun 2003, memberikan pengalaman unik kepada penonton dengan interpretasi yang cemerlang. Keupayaannya yang serba boleh dalam dunia muzik terutama dalam genre gamelan semakin terserlah apabila beliau merakam CD lagu gamelan untuk tujuan edaran sempena Simposium Muzik Gamelan dan Festival Gamelan Sedunia pada tahun 2008. Dengan pengalaman yang luas dan pencapaian cemerlangnya, beliau telah menjadikan namanya tersohor dalam dunia muzik tempatan dan antarabangsa, memanifestasikan keunikan seni suara dan bakatnya yang tiada tandingan.


BIDANG LAIN Jurulatih Tarian Gamelan SK SULTAN SULAIMAN II (1 JAN 1975 - 29 FEBRUARI 1982) AKADEMI SENI TERENGGANU (ASENI) & AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASWARA) “SIMPOSIUM MUZIK GAMELAN & FESTIVAL GAMELAN SEDUNIA” (26 OGOS 2008 - 28 OGOS 2008) PUISI & SYAIR MALAM SIMFONI PUISI (2007)


Pingat Jasa Kebaktian 1972 Pingat Pangkuan Negara 1979 Anugerah Mahkota Terengganu 1992 Anugerah Khidmat Cemerlang 1987 Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Terengganu 1993 & 2005 Tokoh Seni Budaya 2015 Tokoh Seni Budaya Negeri Terengganu 2016 Pesona Temurun Warisan Nyanyi 2018 Anugerah Tokoh Gamelan Tradisional Melayu 2018 Anugerah Tokoh Gamelan Melayu Terengganu 2018 PENCAPAIAN DAN ANUGERAH


Cukup jelas untuk membuktikan bahawa beliau merupakan seorang seniwati biduwanita yang layak untuk menerima gelaran tokoh seni dan kebudayaan. Wan Salmah Binti Wan Sulaiman merupakan seorang tokoh seni dan budaya yang telah banyak berjasa dan memberikan sumbangan dalam bidang kesenian tanah air. Sikap ketabahan, kecekalan, dan kekentalan jiwa dan semangat yang ada pada diri beliau dalam meneruskan perjuangannya dalam bidang seni dan budaya sangatlah besar. Kasih sayang terhadap seni warisan juga sudah sebati dalam dirinya dan sukar untuk dilupakan.


Click to View FlipBook Version