BUKU LOG
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NUR SAKINAH BINTI SAMSURI
PISMP TESL 1 JUN 2020
DR. NORSIAH BINTI BAHARI
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
Biodata
NAMA: NUR SAKINAH BINTI SAMSURI
ANGKA GILIRAN: 2020142340330
UNIT: BAHASA INGGERIS 1
AMBILAN: JUN 2020
KAMPUS: IPG KAMPUS PERSEMPUAN MELAYU, MELAKA
PENSYARAH: DR. NORSIAH BINTI BAHARI
PENGENALAN
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) adalah satu pertubuhan
sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf
kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada tahun 1963.
Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan
kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau pun ia satu
organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan
yang mengawal Palang Merah/BulanSabit Merah. Palang Merah mempunyai tugas istimewa
yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya
pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undangantarabangsa.
Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah:
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC–International Committee of the Red
Cross)ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di
bawah undang-undangantarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan
mangsa perang.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC–
International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun
1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang
besar.
Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak diGeneva, Switzerland. Setiap negara
mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
SEJARAH
PENUBUHAN
Pengasas Persatuan Palang Merah ialah seorang ahli
perniagaan bernama Jean Henry Dunant (1828-1910).
Idea penubuhan organisasi ini lahir daripada perasaan
sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali
dengan tentera Austria di Solferino,Itali utara pada 24
Jun 1959. Dalam perang tersebut, Lebih 40,000 tentera
dan orang awal cedera dan terkorban. Atas kesedaran
ini, beliau telah menulis sebuah buku kenangan yang
berkisar kepada pengalamannya semasa membantu
mangsa perang.Tajuk buku tersebut ialah: ‘A Memory of
Solferino' . Buku tersebut telah dicetak dan
dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di
Eropah.Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa (ICRC) dibentuk.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia pula ditubuhkan
pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang
Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun
1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan
di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950
dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika
kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di
Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan
Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan
mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan
antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan
Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan
akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah
bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah
Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di
Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan
Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen
dan digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah
Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran
penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia
kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta
1975 oleh Parlimen Malaysia.
JAWATANKUASA BERLIMA
Pada tahun 1863 sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan
Awam Geneva telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini terdiri dari Gustava
Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia, General Dufour dan Henry Dunant.
Jawatankuasa ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima. Matlamat
jawatankuasa ini ialah untuk merangka peraturan-peraturan bagi
pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandung
dalam buku ‘Kenangan di Solferino’.
Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen Antarabangsa telah
diadakan di Geneva yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara. Di
akhir konvensyen ini, para perwakilan telah menerima dan bersetuju
melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan 3 cadangan untuk merasmikan
penubuhan Persatuan Palang Merah.
Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang Pertama, yang dihadiri oleh
16 buah negara telah memberi peruntukan seperti berikut:
Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang
boleh membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera di masa
peperangan.
Ambulan, Hospital Tentera dan kakitangan Perubatan adalah
dilindungi semasa peperangan.
Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam iaitu gelangan tangan
dengan lambang palang merah yang berlatarbelakangkan putih.
KONVENSYEN-KONVENSYEN GENEVA 1949
Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 merupakan tarikh penting dalam
sejarah kemanusiaan bagi “memperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera dan
sakit di medan perang”. Sebelum itu, adalah difikirkan bahawa peperangan dan
undang-undang tidak dapat dilaksanakan serentak kerana kedua-dua mempunyai
tujuan yang dianggap pada masa itu adalah bertentangan di antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun, Pengasas Persatuan Palang Merah, Jean Henry Dunant tetap
berpendirian bahawa undang-undang tetap boleh digunakan semasa peperangan,
dan ianya mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang
tidak berdaya untuk melibatkan diri dalam peperangan.
Secara keseluruhannya, terdapat empat Konvensyen Geneva kesemuanya. Ini
merupakan usaha berpanjangan menjangkau masa selama satu abad untuk
memperbaiki aspek-aspek perlindungan yang digubal semasa Konvensyen Geneva
Pertama. Juga adalah dirasai bahawa terdapat keperluan untuk meluaskan lagi
perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori mangsa konflik bersenjata.
Konvensyen Geneva Pertama (1864):
Palang Merah sebagai perlindungan atas anggota tentera yang cedera dan sakit
di daratan dan kepada pegawai perubatan
Konvensyen Geneva Kedua (1899):
Melindungi anggota tentera yang cedera, sakit dan yang karam di laut.
Konvensyen Geneva Ketiga (1929):
Memberi perlindungan kepada tawanan perang dan berhak menerima berita
daripada keluarga.
Konvensyen Geneva Keempat (1949):
Melindungi orang awam dan harta benda mereka semasa berlaku peperangan
SEJARAH PENUBUHAN BSMM
DI MALAYSIA
1948 – Palang Merah British Cawangan Sarawak ditubuhkan.
1950 – Ditubuhkan di Pulau Pinang.
1951 – Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor.
1952 – Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang.
1961 – Pada 01 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang
Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca di
Parlimen.
1962 – 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia
Persekutuan Tanah Melayu (Perbadaanan) AKTA 1961 (No.4
tahun 1962) telah berkuatkuasa.
1963 – Pada 04 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa (ICRC) menerima dan mengiktiraf secara rasmi
sebagai satu Persatuan Palang Merah.
1963 – Pada 24 Ogos, menjadi ahli kepada Persekutuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC)
1965 – Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan
akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965)
1975 – 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang
Merah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan
pada 04 September 1975, (Akta 162 – pertukaran nama dan
lambang persatuan).
2007 – Pada 25 Mac 2007, Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116
telah memutuskan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM
ISTIADAT-ISTIADAT RASMI
PERTUBUHAN
(ISTIADAT PERHIMPUNAN)
• Masuk dalam barisan.
• Melapor kekuatan pasukan.
• Mengibarkan bendera Malaysia, Negeri dan Bulan
Sabit Merah.
• Semasa lagu kebangsaan dimainkan, semua pegawai
dan ahli berdiri tegak.
• Pegawai-pegawai yang beruniform memberi tabik
hormat.
• Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu BSMM.
• Bacaan doa.
• Ucapan pemimpin.
• Bacaan ikrar.
• Keluar baris
Visi
UNTUK DIKENALI SEBAGAI ORGANISASI KEMANUSIAAN YANG UNGGUL, DI PERINGKAT
KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA.
Misi
BERKHIDMAT KEPADA YANG MEMERLUKAN DENGAN BERKESAN
Motto
"INTER ARMA CARITA" (DALAM PEPERANGAN ADA KEBAJIKAN) DAN "PER HUMANITATEM AD
PACEM" (MELALUI KEMANUSIAAN MENUJU KEAMANAN)
cogan kata
"CERGAS PADA MASA AMAN DAN PERANG"
IKRAR PBSM
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia
berikrar taat setia kepada
Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka
Baginda
Yang DiPertuan Agung
dan pemerintah-pemerintah di negara
kami.
Bahawa kami berikrar
akan sentiasa patuh pada
perlembagaan
dan undang-undang serta arahan
persatuan
walau di mana kami berada.
Bahawa kami berikrar
akan sentiasa memberi khidmat
sukarela kami
kepada mereka yang sakit dan
menderita
di waktu aman atau bencana
berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah
seperti berikut:
1. Kemanusiaan
2. Kesaksamaan
3. Keberkecualian
4. Kebebasan
5. Khidmat Sukarela
6, Ketunggalan
7. Kesejagatan
LAGU PBSM
BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA
GIAT BERJASA UNTUK NEGARA
TIDAK KIRA KAUM DAN AGAMA
WAKTU AMAN ATAU BAHAYA
DI MANA JUA ADANYA SENGSARA
DI SANA ADA KITA
DI DARAT DAN LAUT KITA
BERSEDIA
WALAUPUN DIANCAM BAHAYA
BULAN SABIT MERAH GERAKAN
SEDUNIA
MEMBANTU SEMUA YANG
MENDERITA
BADAN SUKARELA BERKHIDMAT
DENGAN TABAH DAN BERSEMANGAT
LIRIK : DATO’ DOL RAMLI
LAGU : DATO’ JOHARI SALLEH
Lagu ini pertama kalinya dimainkan pada tahun 1975
dalam satu majlis sempena penukaran nama
persatuan dari Pertubuhan Palang Merah Malaysia
kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
LAMBANG PBSM
UKURAN PIAWAI BSMM
Cogan kata primer untuk The International Committee of the Red Cross
(ICRC) /Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ialah:
“Inter Arma Caritas” (In War, Charity)
Cogan kata primer untuk The Federation of Red Cross and Red Crescent
Societies (IFRC) /Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ialah:
“Per Humanitatem ad Pacem” (With humanity, towards peace)
Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada negara
Switzerland, yang mana simbol palang berwarna merah yang
berlatarbelakangkan putih seperti mana warna bendera negara
Switzerland yang diterbalikkan. Lambang ini diwujudkan untuk
mengenalpasti perlindungan bagi mereka yang tecedera di masa perang
dan kakitangan-kakitangan yang menjaga dan merawat mereka.
Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia,
mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga
Konvensyen Geneva, bahawa lambang Palang Merah menghina
kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan
lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka.
Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara-negara Arab dan negara-
negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Kini, sebanyak
dua puluh sembilan buah negara telah menggunakan lambang Bulan Sabit
Merah untuk menandakan kakitangan-kakitangan dan barang-barang yang
dilindungi oleh Konvensyen Geneva
Penggunaan lambang Palang Merah dicadangkan semasa Persidangan
Geneva Antarabangsa 1863 yang diadakan oleh Jawatankuasa Berlima.
Lambang ini sebenarnya bendera negara Switzerland yang diterbalikkan
warnanya dan merupakan penghormatan kepada negara tersebut.
Dalam Persidangan Diplomatik yang membentuk Konvensyen Geneva
Pertama 1864, negara-negara yang hadir bersetuju untuk mengiktiraf
lambang tersebut sebagai lambang perkhidmatan perubatan dalam perang
dan dimasukkan dalam peraturan peperangan.
Lambang ini dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans,
dan pasukan penyelamat.
Lambang ini juga dipakai di lengan orang yang menandakan pemakainya
berada di pihak neutral. Bangunan, kenderaan atau orang yang ada
lambang ini tidak boleh diserang malah diberi perlindungan dan
pertolongan oleh mana-mana pihak.
Pada November 1876, Turki mengumumkan kepada Majlis Persekutuan
Swiss supaya menggunakan lambang bulan sabit menggantikan palang
merah yang menghina agama Islam. Sejak itu negara Islam menggunakan
lambang bulan sabit. Kedua-dua lambang dilindungi oleh Konvensyen
Geneva sejak tahun 1929
Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah
mengawal penggunaan lambang tersebut. Lambang hanya boleh
dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan,
pembinaan dan juga oleh orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga
dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. Adalah dilarang
menggunakan lambang ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan
pusbiliti. Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan
menggunakan lambang ini untuk mengenalpasti bangunan, barang dan
kenderaan kepunyaan mereka. Konvensyen Geneva 1949 menetapkan
penggunaan lambang ini sebagai Pelindungan.
PROTOKOL
TAMBAHAN III
Mengiktiraf lambang tambahan yang
tersendiri yang bebas daripada konotasi
agama, budaya atau politik, dengan status
yang sama di sisi undang-undang seperti
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Meningkatkan perlindungan untuk pekerja
kemanusiaan dan mangsa konflik
bersenjata
Membolehkan Persatuan Kebangsaan yang
tidak mahu menggunakan palang merah
atau bulan sabit merah untuk menyertai
Pergerakan ini
Membolehkan Persatuan untuk
menggunakan palang merah dan bulan
sabit merah bersama-sama
Mencegah pembiakan lambang
UNIFORM
DAN PAKAIAN
SERAGAM
PBSM
UNIFORM PBSM LELAKI
UNIFORM PBSM PEREMPUAN
SISTEM LENCANA BELIA
T-SHIRT PBSM
AKTA DAN
PERLEMBAGAAN
• AKTA 4 • AKTA 1965
Akta Persatuan Palang Merah Akta No. 47 tahun 1965 telah
Persekutuan Tanah Melayu mengabungkan Persatuan Palang
Merah Persekutuan Tanah Melayu,
(Perbadanan). Akta ini dikemuka Cawangan-cawangan Persatuan
pada tahun 1961 di Parlimen dan
diluluskan di Dewan Negara pada Palang Merah British di Sabah,
Mei 1961. Ia dikuatkuasakan pada Sarawak dan Singapura dikenali
16 April 1962. sebagai AKTA PERSATUAN
PALANG MERAH MALAYSIA
(PERBADANAN). Nama baru
pergerakan ini di bawah akta
berkenaan ialah Persatuan Palang
Merah Malaysia.
AKTA 1962 AKTA 162
·Akta Persatuan Palang Merah. Antara tujuan Akta Persatuan
Pertukaran nama dan lambang Palang Merah Malaysia berkuat
persatuan telah diluluskan oleh kuasa pada 1 Julai 1965. ialah:
Parlimen Malaysia dan diwartakan
pada 04 September 1975. Nama Memberi bantuan dalam
pergerakan ditukarkan kepada menjaga kesihatan, mencegah
Persatuan Bulan Sabit Merah penyakit dan mengurangkan
Malaysia (PBSMM) dan lambang penderitaan sama ada dalam
Bulan Sabit Merah menjadi hak masa aman atau perang.
Mewujudkan bantuan sukarela
milik persatuan ini. kepada yang sakit dan cedera.
Menjalankan tanggungjawab
dalam negara.
Semua urusan persatuan perlu ditadbir oleh Majlis dan semua ahli Majlis yang
pertama adalah daripada Persatuan Persekutuan Persatuan Palang Merah
Malaya. (Akta 4, 1962). Peraturan akan diwujudkan dari semasa ke semasa oleh
Majlis. Pendapatan dan harta benda tidak boleh dijadikan bonus, dividen atau
yang mendatangkan faedah bagi ahli persatuan. Jika disabit kesalahan dalam
penyalahgunaan lambang akan didenda sebanyak RM300.00.
Perlembagaan Pertubuhan
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan persatuan pendidikan
(Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam
warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41,
Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan
peraturan peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia:
Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 2: Matlamat Peraturan 11: Peraturan-
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 12: Pindaan
perlembagaan
Peraturan 4: Keahlian Peraturan 13: Perbubaran
persatuan
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 14: Tindakan d
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan 7: Tugas dan Peraturan 15: Hal-hal lain
tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
PERKARA – PERKARA LAIN YANG DITAMBAH KEDALAM
PERLEMBAGAAN IALAH :
i) Lencana / logo persatuan
ii) Cogan kata / moto
iii) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan,
cawangan, daerah, negeri dan cawangan
iv) Pendaftaran persatuan
v) Jawatankuasa kecil,
Objektif
“Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan
sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari
angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada
orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita
akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad
Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke
atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara
yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen
Geneva.”
1.Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai
perlembagaan atau undang–undang.
2.Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan
yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan
mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan
parti politik dan persatuan belia.
3.Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah
akta parlimen seperti Persekutuan Pengakap Malaysia,
Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan
Sabit Merah dan St. John Ambulans.
4.Antara fungsi perlembagaan atau undang– undang
ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan,
melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan
bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta
menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah
dalam menjalankan aktiviti persatuan.
5.Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau
undang – undang tersendiri yang ditetapkan oleh
badan induk.
TUJUAN PBSMM
01. Mengekalkan dan meneruskan usaha untuk
mengurangkan penderitaan dan penyakit.
02. Mempromosikan pembentukan cawangan dan cabang serta
latihan dan mempunyai kawalan umum ke atasnya
03. Mempromosikan serta mengekalkan minat masyarakat
04. Bekerjasama dengan persatuan sukarela yang lain
serta agensi kerajaan untuk mengekalkan kawalan
pentadbiran sendiri.
05. Menjalankan aktiviti secara sukarela
06. Menjalankan tugas menjajar dengan prinsip
07. Mencegah penyalahgunaan simbol dan lambang
08. Mempertimbangkan dan bersetuju dengan kes yang
sesuai yang diadakan oleh masyarakat.
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
PERSATUAN BULAN SABIT MALAYSIA (BSMM)
Struktur dan Organisasi Pertubuhan BSMM Peringkat Antarabangsa bulan Sabit Merah
Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan, iaitu:
• Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC)
• Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan
• Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN JAWATANKUASA
ANTARABANGSA PALANG MERAH (JAPM)
ICRC ditubuhkan pada 1863 dengan nama “Jawatankuasa Lima Orang”. Pada
tahuun 1876, jawatankuasa ini dinamakan sebagai INTERNATIONAL
COMMITTEE OF THE RED CROSS. ICRC merupakan sebuah institusi yang
bebas dan berkecuali dari segi politik, ideologi dan agama. Ibu pejabat
terletak di Geneva, Switzerland. Bilangan maksima anggota ialah 25 orang dan
mereka terdiri daripada warga Switserland.16 struktur tertinggi organisasi
tertinggi ICRC ialah “PERHIMPUNAN” yang mana anggota ICRC akan berjumpa
lebih kurang 8 kali setahun. Struktur kedua ialah “LEMBAGA EXCO” yang terdiri
daripada 7 orang anggota yang bertugas untuk mengawasi pentadbiran ICRC
dan melaksanakan dasar-dasarnya. “DIREKTORAT” ialah bahagian yang
bertanggungjawab atas hal pengurusan dengan dianggotai oleh 2 orang
pengarah iaitu Ketua Pengarah dan Pengarah Operasi. Pengarah Operasi
menerajui bahagian Operasi dan Agensi Pusat Mencari manakala Ketua
Pengarah adalah bertanggungjawab atas bahagian Kewangan & Pentadbiran,
Prinsip & Undang-undang, Penerangan dan Perjawatan.
PERANAN JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH
(JAPM) KEMANUSIAAN ANTARABANGSA
1) Pemaju Konvensyen Geneva:
Memajukan Undang-Undang Kemaunusian Antarabangsa untuk
kefahaman dan penyebaran Konvensyen Geneva.
2) Orang tengah yang berkecuali:
Bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak yang bermusuhan;
Memastikan mangsa-mangsa awam dan tentera dalam sesuatu
peperangan mendpat perlindungan dan pertolongan.
3) Penjaga prinsip-prinsip:
Memastikan prinsip-prinsip asas dihormati;
Memutuskan mengenai pengiktirafan persatuan-persatuan kebangsaan.
SUMBER KEWANGAN JAWATANKUASA ANTARABANGSA
PALANG MERAH (JAPM)
Sumbangan daripada negara-negara yang menjadi pihak kepada
konvensyen Geneva dan European Community (EC);
Sumbangan daripada Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah Kebangsaan;17
Sumbangan persendirian;
Sumber-sumber lain.
AKTIVITI-AKTIVITI JAWATANKUASA ANTARABANGSA
PALANG MERAH (JAPM)
1. Perlindungan
Memastikan tawanan perang dan orang tahanan mendapat makanan,
tempat kediaman, layanan dan keadaan kerja yang sepatutnya.
Jika terdapat masalah, laporan akan dibuat untuk diambil tindakan oleh
pihak berkuasa.
2. Pengesanan
Memastikan orang tahan dapat berhubung dengan ahli keluarga masing-
masing.
Memdapat senarai orang-orang tahan kedua-dua pihak yang bermusuhan
dan memaklumkan kepada kedua-dua kerajaan yang terlibat.
3. Bahagian Bantuan Umum
Mendapatkan dan memastikan bantuan yang sepatutnya sampai kepada
pihak yang memerlukan.
Mengekalkan hubungan baik dengan penderma dan melatih delegasi-
delegasi tertentu.
4. Bahagian Perubatan Umum
Memastikan ubat-ubatan dan alatan perubatan mencukupi.
Mengadakan pelbagai aktiviti seperti penjagaan pesakit serta pengeluaran
alat-alat prothesis dan ortopedik yang diperlukan
PRINSIP ASAS
PERGERAKAN
PALANG MERAH DAN
BULAN SABIT MERAH
ANTARABANGSA
TUJUH PRINSIP ASAS PERGERAKAN
Prinsip ini telah diterima pakai secara rasmi semasa
Persidangan Palang Merah Antarabangsa ke-20 yang
diadakan di Vienna, Austria pada tahun 1965. Prinsip ini
telah disahkan semula pada persidangan ke-25 yang
diadakan di Geneva pada tahun 1986 dan dimasukkan
sebagai pendahuluan Perlembagaan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah Sedunia. Sebagai sebuah persatuan
yang berbentuk bantuan kemanusiaan, Palang Merah
menggunakan prinsip-prinsip tertentu untuk menyalurkan
bantuannya.
1. Kemanusiaan (Humanity)
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah mencegah dan
meringankan kesengsaraan dengan sedaya upayanya di mana
sahaja ia wujud. Tujuan utamanya ialah melindungi nyawa dan
kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormatmenghormati
sesama manusia. Ia memupuk sifat persefahaman, persahabatan,
kerjasama dan kedamaian antara manusia
2. Kesaksamaan (Impartially)
Bantuan diberi tanpa membeza-bezakan bangsa, kaum, agama,
darjat atau pendapat politik. Usaha utamanya ialah meringankan
kesengsaraan dan keutamaan diberi berdasarkan kes yang paling
memerlukan.
3. Keberkecualian (Neutrality)
Untuk mempertahankan kepercayaan yang ada padanya, ia tidak
menyebelahi mana mana pihak atau menyertai apa-apa pertikaian
yang berbentuk politik, perkauman, agama atau ideologi.
4. Kebebasan (Independence)
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah
pergerakan yang bebas. Walaupun Persatuan-persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan membantu badan-badan
awam yang berkuasa tetapi ia diberi kuasa untuk bertindak secara
bebas. Pada setiap masa ia berpandu kepada prinsip-prinsip
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
4. Kebebasan (Independence)
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah
pergerakan yang bebas. Walaupun Persatuan-persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan membantu badan-
badan awam yang berkuasa tetapi ia diberi kuasa untuk
bertindak secara bebas. Pada setiap masa ia berpandu kepada
prinsip-prinsip Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah.
6. Bersatu (Unity)
Hanya terdapat satu
Persatuan Bulan Sabit
Merah atau Persatuan
Palang Merah di dalam
sesebuah negara. Ia
adalah terbuka kepada
sesiapa yang ingin
menjadi ahli. Ia harus
menjalankan aktiviti-
aktivitinya yang
berbentuk kemanusiaan
di seluruh negara.
7. Kesejagatan (Universality)
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah
pergerakan antarabangsa. Persatuan-persatuan di peringkat
kebangsaan mempunyai taraf, tanggungjawab dan tugas yang
saksama untuk menolong antara satu sama lain.
Tujuan Pergerakan
PBSM
Selaras dengan matlamat dan pergerakan iaitu:
·Memberi perlindungan dan meringankan
kesengsaraan manusia dimana sahaja.
·Melindungi nyawa dan kesihatan dan mengekalkan
dan meneruskan usaha untuk mengurangkan
penderitaan serta penyakit.
·Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan
kesediaan berterusan untuk membantu ahli-ahli
pergerakan.
·Menentukan penghormatan diberi kepada manusia,
terutamanya di waktu konflik bersenjata dan juga
kecemasan.
·Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan
kebajikan sosial.
·Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh
kepada mereka yang memerlukan perlindungan dan
pertolongannya.
Struktur dan Organisasi Peringkat
Sekolah Dan Kumpulan
Majlis Kebangsaan
Mempunyai kuasa tertinggi untuk menentukan semua
urusan dalam persatuan.
Antara komponennya ialah Pengerusi Kebangsaan,
Timbalan Pengerusi Kebangsaan, 4 orang Naib
Pengerusi, 5 orang ahli yang dilantik. 2 wakil daripada
Cawangan, Ketua pegawai perubatan bahagian
Tentera, Ketua Persatuan Perubatan Malaysia. 1 wakil
daripada Kementerian Pendidikan, Alam Sekitar, Hal
Ehwal Luar Negeri, Kesihatan, Dalam Negeri dan
Kebajikan.
Pengerusi dilantik bagi:
• Tindakbalas kecemasan
• Perkhidmatan ambulans.
• Program darah
• Perkhidmatan masyarakat dan kesihatan
• IHL dan hal undang-undang.
• Latihan dan sumber manusia.
• Hal antarabangsa.
• Tabung kewangan
• Bangunan
• Pengurusan
Kuasa majlis
•PENGURUSAN, HARTA BENDA PERSATUAN.
• KEAHLIAN.
• MENCADANGKAN SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN
• MENAMBAHKAN DAN MENGUBAHKAN PERATURAN.
PENGURUSAN
DAN
PENTADBIRAN
PENDAFTARAN AHLI
PASUKAN KANAK-KANAK
PENERIMAAN DAN
YURAN KEAHLIAN
PLACE QUESTION
STICKER HERE
Ahli Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah (Link) didaftarkan di
Sekolah Rendah samada sekolah tersebut di bawah tajaan
Kerajaan atau Sekolah swasta atau sekolah Persendirian di
dalam negara Malaysia.
Ahli Kanak-Kanak di dalam lingkungan umur 9-12 tahun bagi
tahap 4,5,6 di kategorikan sebagai ahli kanak-kanak.
Penerimaannya dalam Keahlian Bulan Sabit Merah (Sekolah
Rendah) atau dipanggil “Red Cross Link”
Kaedah Pendaftaran Unit
Yuran Keahlian Kanak-Kanak dikenakan kepada
setiap murid sebanyak RM1.00 (Satu Ringgit)
setahun.
Pendaftaran Keahlian tersebut di sahkan melalui
Cabang/Cawangan/Ibu Pejabat Kebangsaan.
Setiap Pasukan Kanak-Kanak mestilah
mengandungi sekurang-kurangnya 12 orang ahli
kanak-kanak.
Kanak-Kanak BSMM perlu mendapat kebenaran
bertulis daripada Ibu bapa/Penjaga masing-
masing sebelum menyertai Pasukan Kanak-Kanak
di sekolah masing-masing.
Practice Patience Daily
Sijil Pendaftaran Unit Kanak-Kanak
Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh
Ibu Pejabat Kebangsaan dan diserahkan kepada
Guru Besar sekolah yang telah disahkan
pendaftaran Unit melalui Pejabat BSMM
Cawangan/Cabang
Borang-Borang Bsmm
Mengenai Unit Kan
Guru Pemimpin Unit Kanak-Kanak Hendaklah
Mengisikan Borang Pendaftaran Unit Dan
Menyerahkan Borang Tersebut Bersama-Sama
Borang Keahlian Tahunan Kepada Cabang Dan
Seterusnya Kepada Cawangan Untuk Disahka
Practice Patience Daily
Sijil Keahlian Kanak-Kanak
Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-
12 (tahap 4,5,6) yang di daftarkan didalam
Pasukan Kanak-Kanak BSMM akan diberikan Sijil
Keahlian Kanak-Kanak.
Keahlian hendaklah dipantau dan dikawal selia
oleh BSMM Cawangan yang diselaraskan
bersama oleh Cabang.
Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah
rendah selepas tamat Darjah 6 boleh
menyambung keahlian mereka di sekolah
menengah dengan mendaftarkan diri di Pasukan
Belia Sekolah Menengah.
Borang-Borang Bsmm
Mengenai Unit Kanak-
Kanak
Guru Pemimpin Unit Kanak-Kanak Hendaklah
Mengisikan Borang Pendaftaran Unit Dan
Menyerahkan Borang Tersebut Bersama-Sama
Borang Keahlian Tahunan Kepada Cabang Dan
Seterusnya Kepada Cawangan Untuk Disahka
Practice Patience Daily
Sijil Keahlian Kanak-Kanak
Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-
12 (tahap 4,5,6) yang di daftarkan didalam
Pasukan Kanak-Kanak BSMM akan diberikan Sijil
Keahlian Kanak-Kanak.
Keahlian hendaklah dipantau dan dikawal selia
oleh BSMM Cawangan yang diselaraskan
bersama oleh Cabang.
Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah
rendah selepas tamat Darjah 6 boleh
menyambung keahlian mereka di sekolah
menengah dengan mendaftarkan diri di Pasukan
Belia Sekolah Menengah.
PENDAFTARAN
AHLI DAN
KUMPULAN