The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikmalamrizal85, 2022-11-15 21:30:41

E-FOLIO SENI LUKISAN (SENI DALAM ISLAM)

E-FOLIO SENI LUKISAN (SENI DALAM ISLAM)

( JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL )

MPU 23082 : SENI DALAM ISLAM
TAJUK : SENI LUKISAN

NAMA PELAJAR
: NO.PENDA
FTARAN

MUHAMMAD HARITH BIN
AKMAL NIZAM 09DRI21F2017
09DRI21F2028
MUHAMMAD DANIEL HA
FIS BIN SUMAR 09DRI21F2019
JOHAN HAZRIL HAZIM BI
N ROSLAN

NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD KHAIRUL NAIM BIN
SAMERI

KELAS : DRI 2A

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1
DEFINISI 2
3
ISU SENI LUKISAN 4
DALIL 5
HUKUM 8
FATWA
9
PERBEZAAN ANTARA SENI ISLAM DAN
BARAT 11
14
PRINSIP SYARIAH
KESIMPULAN

1. PENGENALAN

Secara fitrahnya, didalam jiwa, perasaan dan keinginan manusia
tertanamnya rasa sukakan keindahan. Keindahan adalah merupakan satu
kesenian, dan untuk mentakrifkan seni itu secara tepat adalah sesukar
untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri.

Islam adalah merupakan sebuah agama yang indah dan sejahtera.
Diturunkan oleh Allah S.W.T kepada seluruh ummat manusia tanpa
mengenal bangsa. Islam adalah agama yang nyata (waqi’e) sesuai dengan
fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa,
kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Al-
Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-
Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan
dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Seni adalah
sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh
oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa.
Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni
(art) sebagai kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti
kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, ia
membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat
menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban,
kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya.

Didalam tugasan ini, akan diterangkan apakah pengertian serta falsafah
seni dalam islam. Mengenal pasti prinsip-prinsip seni dan peranannya
terhadap manusia dan apakah contoh-contoh kesenian yang terdapat
didalam islam. Hakikatnya, seni dan manusia tidak dapat dipisahkan.
Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian'
menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan
yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok
masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang
menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru, bersama kita
susuri dan hayati bagaimanakah konsep dan keindahan kesenian didalam
Islam.

1

2. DEFINISI

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad Sallallahu alaihi wa sallam , keluarga dan para sahabat
Rasulullah serta mereka yang beriman yang berjuang menegakkan syiar
Islam di bumi Allah ini .

Allah mengurniakan manusia dengan akal dan pancaindera iaitu
penglihatan ,pendengaran serta perasaan. Tiap tiap pancaindera ini
mempunyai tugas dan naluri masing-masing. Umpamanya naluri
penglihatan yang ingin melihat sesuatu yang cantik dan naluri
pendengaran yang ingin mendengar sesuatu merdu dan berirama .

Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni seiring dengan kemajuan
ilmu pengetahuan. Seni membuktikan manusia merasa tenang dan
tenteram hati. Namun seni itu boleh merosakkan kita jikan menyimpang
dari ajaran Islam dalam menghayati hati.

Menurut Al-farahi seni adalah ciptaan yang berbentuk keindahan. imam
al-ghazali pula berpendapat seni berkaitan dengan jiwa manusia yang
sesuai denganfitrahnya. tetapi di dalam agama islam, penciptaan seni
yang melampaui batas amat dilarang oleh allah. oleh itu kami ingin
membincangkan tentang seni lukisan dalam konteks ini.

al quran menyatakan mengenai lukisan atau menggambarkan bahawa itu
salah satu perbuatan allast s.w.t . allah memberikan rupa indah kepada
semua ciptaannya , terutama manusia. firman allah s.w.t :
'dialah (allah) yang memberi rupa kamu di dalm perut (ibumu)
sebagaimana dikehendakinya " surah al imran ayat 6 .

2

3. ISU SENI LUKISAN

3.1 SENI ZAMAN PURBA

SENI LUKISAN DIPERCAYAI TELAH WUJUD SEJAK ZAMAN PRASEJARAH LAGI .
LUKISAN AWAL TELAH DITEMUI DI DINDING GUA YANG DIHASILKAN OLEH MANUSIA
PURBA. IANYA BERKISAH TENTANG AKTIVITI KEHIDUPAN SEHARIAN SEPERTI
PERBURUAN DAN PENGEMBARAAN.

-DI MALAYSIA , LUKISAN GUA TELAH DIJUMPAI DI GUA NIAH , SARAWAK DAN GUA
TAMBUN , PERAK .

KEBANYAKKAN KARYA LUKISAN DI DINDING GUA MENGGUNAKAN GAYA YANG SAMA,
IAITU IMEJ BINATANG DIGAMBARKAN DENGAN PELBAGAI KUALITI GARISAN YANG
RINGKAS DENGAN KOMPOSISI YANG HAMPIR SAMA , IAITU MEMANJANG DAN
BERKUMPULAN SERTA MENGGAMBARKAN PELBAGAI BINATANG YANG MUNGKIN
MENJADI BURUAN UNTUK MAKANAN MEREKA PADA ZAMAN DAHULU .

3.2 SENI ZAMAN PERTENGAHAN

SENI LUKISAN ZAMAN INI MERANGKUMI 3 ERA UTAMA , IAITU ANTARA S.375 - 1300
MASIHI .

PADA ZAMAN INI , SUBJEK LUKISAN ADALAH DIAMBIL DARIPADA BIBLE . INI KERANA
GEREJA MEMPUNYAI KUASA YANG KUAT PADA ZAMAN INI .

PADA ZAMAN INI JUGA TERDPAT KEMAJUAN DARI SEGI SENI LUKISAN , DENGAN
PENILAIAN SUBJEK , MEDIA DAN TEKNIK ,DAN REKA CORAK . DARI MENGGUNA TANAH
LIAT PADA DINDING GUA , KEPADA DAKWAT , WARNA CAT AIR DAN JUGA EMAS .

3.3 SENI ZAMAN ISLAM

SENI LUKISAN DALAM ISLAM PALING TERKENAL DENGAN LUKISAN SENI KHAT . IA
MERUPAKAN SATU ILMU YANG MEMPERKENALKAN BENTUK - BENTUK HURUF
TUNGGAL , PENYUSUNANANNYA DAN CARA-CARA MERANGKAINYA MENJADI SEBUAH
TULISAN YANG TERSUSUN .

-NILAINYA TINGGI KERANA IA MUDAH DIROBAH MENGIKUT PENULISAN , BAHKAN
TULISANNYA SEOLAH-OLAH MEMPUNYAI IRAMA .

-SENI KHAT BERKEMBANG DENGAN PERKEMBANGAN SENI UKIRAN DAN KADANG-
KADANG KEDUA-DUA BIDANG SENI INI TIDAK BOLEH DIPISAHKAN ANTARA SATU SAMA
LAIN .

3

3.4 SENI ZAMAN ABAD KE-20

PERKEMBANGAN SENI ABAD PADA INI BEGITU KOMPLEKS DENGAN
WUJUNYA PELBAGAI CARA

ALIRAN SENI SEPERTI FAUVISME, EKSPRESSIONISME, KUBISME AND
SUREALISME

SENI PADA ZAMAN INI MELEBIHI KEPADA MELUAHKAN PERASAAN
MELALUI SENI SEPERTI

ALIRAN SENI EKSPRESIONALISME, DIMANA PELUKISAN
MELUAHKAN TEKANAN DAN KEKECEWAAN DALAM KARYA, SENI
LUKISAN ZAMAN INI BERUPA LEBIH KREATIF DAN AMAT BERBEZA
DARI SENI PURBA DAN MENYAMPAIKAN SEBUAH MESEJ SECARA
ABSTRAK DALAM BENTUK LUKISAN VISUAL

4. DALIL

4.1 Islam adalah agama yang mencintai keindahan sehingga di dalam
hadith Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda:

‫ِإَّن َهللا َجِم ْيٌل ُيِح ُّب اْلَجَم اَل‬

yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah adalah zat yang Maha Indah dan suka kepada
keindahan

Antara perkara yang dianggap sebagai satu keindahan yang
mempunyai nilai kesenian adalah gambar yang dilukis di papan-
papan kanvas dan ukiran-ukiran yang dipahat di atas batu atau
kayu.

4

4.2 ‫اْلُخُرْو ُج ِم َن اْلِخ َالِف ُم ْس َتَحٌّب‬

yang bermaksud: "Keluar daripada titik perselisihan adalah disunatkan",
maka tindakan anda adalah dialu-alukan. Ini kerana apabila anda tidak
melukis gambar manusia atau binatang, anda tidak melakukan perbuatan
yang haram sama sekali sama ada berdasarkan pandangan yang
mengharamkan sebarang gambar manusia dan binatang atau pandangan
Al-Malikiyyah yang membolehkan seseorang untuk melukis gambar
manusia atau binatang.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa seseorang yang berpegang
dengan pandangan Al-Malikiyyah adalah berdosa dan wajib diperbetulkan.
Ini kerana apabila para ulama berbeza pandangan dalam menetapkan
hukum terhadap sesuatu perbuatan, maka seseorang muqallid (individu yang
tidak sampai ke tahap mujtahid) berhak untuk meilih mana-mana
pandangan tanpa menerima sebarang dosa.

5. HUKUM MELUKIS DI DALAM ISLAM

5.1 Hukum Melukis Objek Manusia Atau Binatang

Melukis gambar objek yang hidup sama ada gambar manusia atau
binatang adalah dibenarkan oleh para fuqaha dalam Mazhab Al-Imam
Malik selagi mana gambar tersebut dalam bentuk lukisan atau ukiran.
Walaubagaimanapun Al-Malikiyyah (ulama di dalam mazhab Al-
Imam Malik) tetap menganggap melukis gambar manusia atau
binatang adalah makruh sekiranya gambar objek bernyawa tersebut
adalah sempurna.

Namun sekiranya anda ingin memegang pandangan yang
mengharamkan sebarang lukisan yang menggambarkan objek
manusia atau binatang, maka berdasarkan kaedah:

5

‫اْلُخُرْو ُج ِم َن اْلِخ َالِف ُم ْس َتَحٌّب‬

yang bermaksud: "Keluar daripada titik perselisihan adalah
disunatkan", maka tindakan anda adalah dialu-alukan. Ini kerana
apabila anda tidak melukis gambar manusia atau binatang, anda tidak
melakukan perbuatan yang haram sama sekali sama ada berdasarkan
pandangan yang mengharamkan sebarang gambar manusia dan
binatang atau pandangan Al-Malikiyyah yang membolehkan seseorang
untuk melukis gambar manusia atau binatang.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa seseorang yang
berpegang dengan pandangan Al-Malikiyyah adalah berdosa dan wajib
diperbetulkan. Ini kerana apabila para ulama berbeza pandangan
dalam menetapkan hukum terhadap sesuatu perbuatan, maka
seseorang muqallid (individu yang tidak sampai ke tahap mujtahid)
berhak untuk meilih mana-mana pandangan tanpa menerima sebarang
dosa.

5.2 Hukum Gambar Fotografi

Gambar fotografi adalah dibenarkan selagi mana gambar yang
diambil tidak diharamkan untuk dilihat. Oleh itu, apabila seseorang
mengambil gambar temannya dalam keadaan si teman menutup
aurat, hukum mengambil gambar tersebut adalah dibenarkan.
Jelasnya mengambil gambar manusia yang yang tidak menutup
aurat adalah diharamkan.

Gambar yang berwarna ataupun hitam putih adalah sama dari
sudut hukum. Keadaan gambar tersebut adalah hitam putih atau
berwarna bukanlah penentu kepada sesuatu hukum.

6

5.3 Hukum Menggantungkan Gambar Di Dinding

• Hukum menggantungkan gambar selain dari gambar manusia dan haiwan
adalah dibenarkan. Contohnya gambar tumbuh-tumbuhan dan alam
semulajadi.
• Namun sekiranya gambar yang digantung adalah gambar manusia atau
haiwan yang sempurna, maka berdasarkan pandangan Al-Malikiyyah,
hukumnya adalah makruh sekiranya gambar tersebut digantung atau
dimuliakan.

• Sekiranya gambar tersebut tidak dimuliakan, contohnya gambar yang
ada pada hamparan, bantal, selipar, kasut dan sebagainya, maka
tindakan menggunakan dan menyimpan barang-barang tersebut
adalah tidak digalakkan. Ini kerana yang sebaiknya adalah tidak
menggunakan langsung sebarang gambar kepada objek hidup.
• Walaubagaimanapun, berdasarkan pandangan para ulama selain
daripada Al-Malikyyah, mereka mengharamkan seseorang individu
untuk menggantungkan sebarang gambar manusia atau binatang yang
sempurna.

7

6. Hadis Yang Menunjukkan Seolah-Olah Pelukis Mencabar Allah.

• Berkenaan dengan hadis yang zahirnya menunjukkan bahawa
lukisan benda yang bernyawa adalah seakan-akan mencabar ciptaan
Allah, bagi para ulama yang berpandangan bahawa lukisan objek
manusia dan binatang yang sempurna adalah haram, mereka
menjadikan pengharaman tersebut kerana hadith Rasulullah
menunjukkan bahawa orang yang melukis objek benda yang bernyawa
telah mencabar Allah Taala.

• Namun bagi para ulama yang tidak berpandangan bahawa lukisan
gambar manusia dan haiwan adalah haram, mereka berpandangan
bahawa maksud lukisan gambar yang membawa kepada mencabar
Allah Taala adalah hanya apabila gambar yang dilukis bertujuan
untuk disembah

7. Fatwa

Sebagaimana yang diterangkan oleh Pensyarah Kanan Fiqh Fatwa
dan Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof
Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menerusi
Instagram
miliknya:

Jelas pendakwah itu, kebanyakan ulama tidak membenarkan umat
Islam melukis gambar-gambar makhluk yang hidup. Ia kerana
lukisan berunsur itu dijanjikan azab kepada pelakunya di akhirat
kelak.

8

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melukis atau mengukir
gambar, sesungguhnya ALLAH akan mengazabnya sehingga (jika
disuruh) meniupkan roh ke dalam gambar tersebut, dia tidak
mampu berbuat demikian selama-lamanya.” (Riwayat al-Bukhari)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, jelas bahawa melukis gambar
makhluk bernyawa adalah dilarang sama sekali, terang beliau

8. PERBEZAAN SENI ISLAM DAN BARAT

Seni rupa Islam dihasilkan untuk mencerminkan nilai-nilai yang
merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia Muslim. la dicipta
bukan untuk melahirkan watak individu tertentu atau melahirkan
perasan jiwa individu atau melahirkan sifat keegoan. Berbanding
dengan seni Barat yang berakar-umbi kepada tradisi seni Eropah
yang sifatnya untuk melahirkan watak individu dan pernyataan
perasaan jiwa individu. Sifat ini merupakan faktor penting dalam seni
barat terutamanya sejak zaman Renaissance (Pemulihan Budaya).

Seni barat juga dapat dihubungkaitkan dengan kelahiran fahaman
humanisme (kemanusiaan), yang lebih menientingkan manusia
sebagai objek penentu dan agama adalah bersifat ritual (ibadat)
semata-mata (sekularisme). Manusia merupakan pendukung utama
dan sumber inspirasi kepada kesenian Barat yang ternyata
memisahkan aspek duniawi dengan akhirat. Berbanding dengan
Islam, seni Islam tetiap bersumberkan kepada prinsip-prinsip Islam
yang memperlihatkan unsur kesatuan dalam kepelbagaian. Meneliti
kesenian Islam udak sekadar menilai dan melihatnya dari ruang atau
kebendaan semata-mata retapi di peringkat konsep (nilai kerohanian).

9

Terdapat banyak perbezaan antara seni menurut Islam dengan seni
Barat sama ada yang berbentuk abstrak atau natural. Islam tidak
memisahkan antara Islam sebagai ad-din dan cara kehidupan
manusia seharian. Aspek kesenian dilihat oleh orang Islam
berlandaskan tumpuan fikiran kepada ilmu matematik. Susunan
abstrak geometri diatur dan diadun menjadi susunan aneka
kemungkinan dan sambungan yang tidak terhad.

Seni rupa Islam menekankan logik tampak lebih dari pernyataan
emosi. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud. Malaikat tidak
akan masuk rumah yang terdapat gambar atau anjing (diriwayatkan
oleh al-Bukhari). Berdasarkan sumber syanat Islam ini, maka
penggunaan lukisan haiwan dan manusia adalah kurang sekali
berbanding penggunaan reka bentuk abstrak geometri terutama di
tingkap- tingkap dan dinding-dinding best. Bentuk-bentuk geometri
dibahagi-bahagikan kepada variasi yang sama, seimbang dan
dimajukan dengan susunan imbangan yang harmoni. Hiasan
geometri juga digunakan dalam pertukangan kayu bertatah dan
hiasan pada kitab suci al-Quran.

Berbanding dengan kesenian Barat pada zaman moden, seni rupa
abstrak diterima sebagai bentuk seni yang menghasilkan daya
gambaran yang tidak menyekat imagmasi dan tidak tenkat kepada
cara kehidupan manusia seharian, tidak berlandaskan kepada
sumber-sumber keagamaan dan kerohanian.

Seni lukis Islam tidak menggambarkan drama atau potret-potret
yang beremosi sebaliknya menggambarkan atau meliputi ke-Esaan
Allah s.w.t. melalui konsep tauhid. Kebanyakan lukisan ditumpukan
kepada tulisan khat yang indah, ditulis dengan pelbagai cara dan
kaedah (naskh, dewani, ruq'ah dan lain-lain) untuk tujuan
mengagungkan ayat-ayat al-Quran, ataupun melukis reka bentuk
geometri yang menunjukkan wujudnya keseimbangan, keharmonian
dan kesatuan.

10

Ketiadaan potret manusia mewujudkan suasana tenang atau tidak
beremosi yang menghasilkan perwujudan yang tidak berbelah bagi
untuk bermeditasi. Tetapi bagi kesenian Barat, mereka menjadikan
manusia sebagai objek potret bagi melahirkan sifat watak individu
tertentu, berperasaan emosi dan bersifat keegoan.

Motif tumbuhan merupakan elemen-elemen yang memben sifat
persendirian dalam seni rupa Islam. Bentuk pohon-pohon yang biasa
digunakan ialah pohon anggur dengan tangkainya yang melengkuk-
lengkuk. Motif tumbuhan sering digunakan untuk membuat sent
tembikar, batu jubin, ukiran (batu pada bangunan), tenunan kain,
permaidani dan lain-lam. Motif-motif digunakan mengikut susunan
geometri untuk mewujudkan keadaan yang tenteram dan harmoni
melalui kesenia

9. Prinsip Syariah

9.1. Seni haruslah memartabatkan akhlak islam

Selari dengan motif seni dalam Islam yang menjurus kepada yang
makruf dan mengutamakan yang akhlak. Sebagaimana yang telah
diterangkan dalam konsep kesenian dalam Islam, seni adalah untuk
membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri
kepada Allah s.w.t dan mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-
Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah
kemungkaran).

11

Bidang nyanyian khususnya, hakikatnya suara yang merdu dan
indah adalah anugerah dari Allah buat hambaNya. Dan Islam tidak
melarang ummatnya untuk berhibur dengan keindahan seni suara
selagimana ia tidak melanggar batas syariat. Keindahan suara yang
merdu boleh dizahirkan dalam bentuk nasyid, qasidah dan taranum.
Seni kata lagu atau nyanyian hendaklah mengandungi unsur nasihat
dan pengajaran serta tidak melalaikan ataupun bertujuan untuk
menarik perhatian semata-mata. Ramai orang pada masa kini
berhibur bukan dengan cara sepatutnya. Menyanyi dalam keadaan
yang tidak menutup aurat, menjerit-jerit serta tidak menjaga batas
pergaulan diantara lelaki dan wanita. Ini adalah merupakan sesuatu
yang menyalahi prinsip kesenian dalam Islam. Begitu juga dengan
seni lakonan, ianya mampu menjadi medan dakwah yang efektif
sekiranya ia tidak melanggar batas-batas syariat seperti menjaga
batas pergaulan, berpakaian menutup aurat seta berunsur nasihat
dan Islamik.

9.2. Meningkatkan nilai kemanusiaan

Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, seni membawa erti sebagai
segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan
jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan
atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Setiap
ciptaan manusia adalah seni yang lahir daripada cetusan ilham
melalui pengamatan dan kajian kita tentang alam persekitaran.
Kesenian ialah segala aktiviti yang berkaitan dengan seni yang
menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia
adalah ciptaan Allah s.w.t ataupun dihasilkan melalui fikiran,
kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia.

12

setiap hasil seni yang tercipta seharusnya memberi kemaslahatan
kepada manusia dan kehidupan dan bukannya kemudharatan.
Seperti seni lukis,seni ukir, seni hias, dan seni bina, ia adalah
merupakan seni yang boleh dihayati dengan penglihatan mata.
Keindahan hasil seni lukis, seni ukir dan seni hias mampu memukau
pandangan mata dengan keindahan warna, ukiran dan hiasan yang
dilkakukan. Namun jika ia disalah gunakan seperti melukis gambar
lucah, atau mengukir benda yang bernyawa seperti patung manusia,
atau pun haiwan sehingga menjadi benda yangg boleh mensyirikkan
Allah, sudah pasti ianya adalah amat salah disisi islam. Islam
mengutamakan ajaran tauhid yang asli kerana itu ia menghindar
dari sebarang pencemaran syirik, maka penggunaan mitos serta
lambang-lambang tertentu yang memesongkan inti tauhid adalah
dilarang. Di dalam kesenian mukadas, bukan saja perutusan atau
isinya sahaja yang mesti suci, bentuk atau salurannya juga mesti
suci. Lukisan atau karikatur yang berunsurkan hinaan, sindiran
atau menyentuh sensitiviti keagamaan atau perkauman boleh
menimbulkan dendam, dan pergaduhan. Maka sudah nyatalah
perkara ini adalah sesuatu yang negatif dan boleh menimbulkan
kemudharatan kepada hubungan sesama manusia.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa nabi SAW
bersabda yang bermaksud:

Tidak mudharat dan tidak memudharatkan. (Riwayat Ibn Majah).

Justeru, jadikan seni sebagai sesuatu yang boleh menimbulkan
kemaslahatan dan bukannya kemudharatan. Kerana setiap perkara
yang boleh menimbulkan kemudharatan adalah dilarang dalam
Islam. Islam menggalakkan ummatnya agar mengetahkan konsep
wasatiyah (kesederhanaan/pertengahan) dalam melakukan apa jua
tindakan dan perbuatan. Membangunkan seni perlulah mengambil
kira aspek-aspek seperti matlamat, akibat dan manfaat seni yang
dilahirkan kepada alam dan manusia

13

10. Kesimpulan

Kesimpulannya, seni lukisan merupakan satu kaedah untuk
manusia meluahkan perasaan mereka melalui kaedah visual.
Seni lukisan boleh membawa ketenangan dan keindahan, tetapi
seni lukisan juga dapat membawa masalah dan isu antara
manusia. Oleh itu, islam memberi had dan limitasi tidak
berlebihan kepada bukan sahaja seni lukisan, tetapi dalam
semua aspek hidup.

Seni lukisan juga mempunyai banyak cambahan, dari aliran
seni, seni lukisan mengikut tamadun, dan ideologi lukisan oleh
tokoh-tokoh yang terkenal. Seni lukisan telah melalui banyak
perubahan dari awal tamadun manusia sehingga abad ke-20.
Fakta ini menunjukkan bahawa seni lukisan akan sentiasa ada
pada setiap zaman.

Oleh itu, kita perlu berusaha untuk menjaga hubungan kita
dengan Allah s.w.t dengan menggunakan nikmatNya dengan
baik, seperti menghasilkan lukisan yang menyejukkan hati, dan
tidak membawa friksyen antara masyarakat.

14


Click to View FlipBook Version