The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hashima sulaiman, 2021-02-04 03:13:02

SINOPSIS KARYA AGUNG : MISA MELAYU

SJHK3033 PENSEJARAHAN MALAYSIA

Sinopsis Misa
Melayu

Oleh:

Aina Shazfina
Anis Ibtisam
Fatin Elissa
Tharshini

01 Pengenalan

02 Latar Sosial
Masyarakat di Perak

Isi Kandungan 03 Adat Istiadat
Sinopsis yang Diamalkan

04 Ekonomi di Perak

05 Perihal Masjid
Pulau Indera Sakti

01

Pengenalan

PENGENALAN Karya Misa Melayu merupakan
karangan Raja Chulan yang merupakan
Sebuah karya pensejarahan seorang pujangga istana di Perak ketika
Melayu yang meriwayatkan sejarah pemerintahan Sultan Iskandar
negeri Perak sejak zaman awal Zulkarnain.

hinggalah ke kurun kelapan belas. Baginda yang merupakan kerabat
diraja Perak diberi gelar Raja Kecil
Besar dan ditabal menjadi Raja
Bendahara Perak dan Raja Muda
Perak pada 1773. Belum sempat
menjadi Sultan, beliau terlebih
dahulu mangkat pada tahun 1787.

PENGENALAN Keutamaan Misa Melayu tercerna
melalui isi kandungannya yang
Penulisan Misa Melayu karya Raja merakam pelbagai corak kehidupan
Chulan memuatkan penceritaan sosiobudaya masyarakat negeri Perak
berkenaan raja- raja Melayu yang yang penuh dengan tradisi dan amalan
memerintah negeri Perak antara adat istiadatnya.
tahun 1700-1780-an.
Uniknya, bentuk penulisan Raja
Chulan dalam Misa Melayu adalah
berbentuk prosa dan puisi dan
ditulis dalam tulisan Jawi, sebelum
dirumikan oleh R.O Winstedt pada
awal abad ke-20.

Antara kandungan penceritaan yang terdapat dalam Misa
Melayu tulisan Raja Chulan termasuklah:

• Kesultanan negeri Perak berasal dari keturunan yang agung, Raja Iskandar Zulkarnain. Jurai keturunannya
hingga kepada Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan (Raja Chola) yang memerintah hingga ke
selatan Tanah Melayu.

• Penceritaan mengenai kisah Sultan Iskandar Zulkarnain bersama Raja Chulan dan lain-lain menyusur pantai
negeri Perak.

• Kisah Sultan Muhammad (waris yang muda) menyelesaikan masalah perebutan kuasa dengan Sultan
Muzaffar Syah ( waris yang tua).

• Penceritaan mengenai istiadat melenggang perut permaisuri Raja Iskandar. Kisah Sultan Muhammad Syah
(1744-1750) mengorbankan kedudukannya sendiri selaku Sultan Perak , agar Perak dicantum semula di
bawah pemerintahan seorang sultan sahaja iaitu kekandanya Sultan Muzaffar Syah.

02

Latar Sosial
Masyarakat
di Perak

LATAR SOSIAL MASYARAKAT DI PERAK

1. Dalam Misa Melayu, terdapat pelbagai bangsa seperti Rawa, Minangkabau, India dan
Cina.

2. Kebanyakan masyarakat tinggal di sepanjang Sungai Perak terutama di Pulau
Indera Sakti dan Mukim Bandar.

3. Antara kawasan yang termasuk ialah Pulau Juar, Kampung Cina, Kampung Air Mati,
Bandar Baru, Kampung Teluk Memali hingga ke Bandar Tua dan Pasir Salak serta
Kampung Gajah.

4. Misa Melayu juga telah merakamkan beberapa sistem sosial dan adat istiadat serta
tradisi pada zaman dahulu.

Antara sistem sosial dan • Adat bertindik
adat istiadat serta tradisi • Berinai
• Istiadar pelantikan dan pertabalan
yang terlibat: • Istiadar perarakan raja berangkat
• Istiadat menjunjung duli
• Istiadat melenggang perut
• Istiadat kemangkatan dan

berkabung
• Istiadat menurun tambak dan batu

nisan
• Istiadat membayar kaul (bayar niat).

03

Adat Istiadat
yang Diamalkan

Adat Istiadat ★ Dalam Misa Melayu, terdapat kisah
perkahwinan Raja Muda Perak, Raja
01 Perkahwinan Diraja Iskandar dengan Raja Budak Rasul,
puteri kepada Sultan Muzaffar Syah
Perak iaitu Sultan Perak.

★ Dalam istiadat perkahwinan diraja ini,
Raja Alauddin dan Raja Chulan telah
diminta merisik dan meminang Raja
Budak Rasul dengan membawa emas
Sekati.

★ Ketika upacara pernikahan pula, Raja
Iskandar membawa 100 tahil emas,
10 pasang hamba (orang Jawa) dan
1000 keping timah. Akad nikah
dimulakan dengan khutbah nikah,
bersanding dan upacara bersiram.

01

★ Golongan raja dan para pembesar
berarak mengiringi Raja Muda dan
isterinya menuju masuk ke dalam
istana.

★ Adat istiadat perkahwinan ini telah
berlangsung selama tujuh hari tujuh
malam dan dihadiri oleh ribuan
rakyat jelata.

Adat Istiadat ★ Ketika kemangkatan Sultan Muzaffar
Syah III, upacara pertabalan Sultan Baru
02 Pertabalan Sultan di telah dibuat di mana Raja Muda Perak,
Raja Iskandar Syah telah diberi pakai
Perak segala alat kebesaran kerajaan.

★ Baginda ditabal menjadi Sultan Perak
dengan memakai gelar Paduka Seri
Sultan Zulkarnain Khalifatur Rahman
Johan Berdaulat Zillullahi Fil Alam.

★ Baginda juga ditabalkan sebelum
jenazah almarhum Sultan sebelumnya
dikebumikan.

★ Dalam setiap adat pertabalan ataupun
adat menjunjung duli di Istana Perak,
upacara ini akan disertai dengan paluan
gendang nobat Ibrahim Khalil atau
disebut “bermahalil”.

Alat-Alat Kebesaran Negeri Keris Taming
Perak Sari

Tanjak Di-Raja Cap Mohor

02 Pontoh

Pedang Cura
Si Manja Kini

03 Adat Melenggang ★ Ketika permaisuri kepada Sultan
Perut di Istana Perak Iskandar Syah sarat mengandung tujuh
bulan, satu temasya melenggang perut
telah diadakan di Balai Panca Persada
selama 40 hari 40 malam.

★ Seluruh rakyat Perak termasuk
masyarakat Cina, India dan Belanda
datang mempersembahkan hadiah
kepada Sultan.

★ Selain itu, persembahan Menora dari
Kedah pimpinan Kanda Seri Indera dan
Nakhoda Jumaat turut dipersembahkan
dalam istiadat melenggang perut ini.

04 Istiadat Membayar ★ Maksud membayar kaul ialah
memenuhi nazar
Kaul
★ Pada suatu ketika, Sultan Iskandar
di Pulau Indera Sakti telah jatuh
gering. Pelbagai usaha dilakukan
termasuklah bertilik berjaga-jaga,
menurun jin, titik dan perdikiran.

★ Akhirnya, Raja Muda dan rakyat
telah bernazar agar baginda
sembuh.

★ Sultan Iskandar telah dimandikan
dan diarak dari Rantau Panjang ke
Pulau Indera Sakti dengan perahu.

★ Berdasarkan Misa Melayu, adat
bertindik dapat dilihat melalui
peristiwa bertindik yang dijalankan
terhadap raja Budak Rasul.

★ Adat berinai pula kebiasaannya

dilakukan sebelum majlis

perkahwinan berlangsung dan

05 Adat Bertindik dan dijalankan oleh pihak sebelah

Berinai perempuan. Adat ini juga dilakukan

dua hari sebelum majlis

perkahwinan berlangsung dan

sering dilakukan pada waktu

malam.

★ Adat berinai yang diadakan dalam
kalangan golongan diraja akan
memperlihatkan upacara yang
gilang gemilang.

04

Ekonomi di
Perak

Dalam Misa Melayu, Raja Chulan turut
memperincikan mengenai hasil

ekonomi yang terdapat di Perak pada
masa tersebut terutamanya yang

datang daripada aktiviti perekonomian
di Sungai Perak.

Antaranya, pihak Belanda telah
dibenarkan untuk membina gudang
bijih timah di Pengkalan Halban yang
terletak berhampiran Pulau Indera
Sakti, di muara Sungai Kinta dan
Sungai Perak.

Dalam satu
peristiwa,

Raja Chulan menceritakan
bagaimana kompeni Belanda di

Betawi mengiringi tujuh buah
kapal perang ke Perak ekoran
fitnah seorang Keling bernama Pir

Muhammad yang hampir
mencetuskan perang di antara

Perak dan Belanda.

Akhirnya, Di dalam hutan negeri
Perak juga,
rundingan serta perjanjian
semula Perak dan Belanda terdapat banyak gajah sehingga
menyebabkan Belanda terdapat sebuah kampung yang
berjaya memonopoli digelar Kampung Gajah.
perdagangan timah di Perak
dan membeli 500 bahara Namun,
timah dari Perak.
hanya baginda Sultan Perak
sahaja yang dibenar untuk
berniaga gajah di negeri Perak.

Di Pulau Indera
Sakti pula,

para peniaga Cina telah
membuka toko-toko
mereka dan sebahagian
daripadanya menjual emas.

Selain Belanda,

pedagang India, Cina, Jawa dan
Siam turut melakukan
perdagangan dengan Perak.
Antaranya termasuklah
perdagangan pakaian, garam,
tembakau, gambir, pinggan
mangkuk tembikar Cina, dan
alatan senjata seperti parang dan
keris, benang emas, rempah dan
candu.

05

Perihal
Masjid Pulau
Indera Sakti

Pulau Indera Sakti

1. Pulau Indera Sakti merupakan sebuah pulau yang terletak di Kampung Gajah, iaitu di
Kuala Sungai Kinta, jalan menuju ke Teluk Intan dari Kampung Gajah.

2. Pulau ini tidak terletak di laut, sebaliknya di dalam Sungai Perak. Sungai Perak lebar dan panjang
mengalir dari Lembah Belum ke Benting Beras Basah di Bagan Datoh.

3. Pulau Indera Sakti tidak lagi berpenghuni walaupun pada zaman dahulu menjadi tapak lokasi
Sultan Perak.

4. Terdapat sebuah makam Sultan di sini. Semasa pertabalan Sultan Azlan Shah pada tahun 1986,
baginda telah menziarahi makam Sultan ini. Baginda menghilir Sungai Perak dengan
menggunakan rakit yang bernama "Balai Gambang".

Perihal Masjid Pulau Indera Sakti.

1. Sultan Iskandar Dzulkarnain ialah sultan Perak ke-15 yang telah memerintah mulai 1752 sehingga
1765.

2. Baginda merupakan sultan yang terkenal dalam lirik lagu Cempaka Sari yang bersempena dengan
nama pusat pentadbiran negeri Perak.

3. Ketika zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain, Raja Chulan telah menceritakan dalam
Misa Melayu mengenai titah baginda Sultan.

4. Kemudian, Sultan Iskandar Zulkarnain turut menitahkan untuk membina sebuah masjid di Pulau
Indera Sakti.

5. Beliau telah menitahkan membina sebuah masjid supaya masyarakat tempatan dapat menyambut
kedatangan Hari Raya dengan sempurna.

6. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai sebuah masjid pada ketika itu.

TAMAT

Misa Melayu


Click to View FlipBook Version