The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hashima sulaiman, 2021-09-12 12:29:49

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Perluasan Pengaruh British

PENUBUHAN NEGERI-
NEGERI MELAYU
BERSEKUTU

Latar Belakang Perjanjian Persekutuan 1895

• Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada

tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat Cecil Smith.

• Pada tahun 1892 Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah

Jajahan mencadangkanpenubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak
Selangor Negeri Sembilan dan Pahang.

• Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan

menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan

sosial.

• Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan

Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

terhadap penubuhan persekutuan.

• Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan.
• Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir

Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.

• 4 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan

menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) di mana pusat

pentadbiran terletak di Kuala Lumpur.

• NNMB diketuai oleh Residen Jeneral di mana Jawatan Residen masih kekal

di negeri masing-masing.

• Frank Swettenham adalah Residen Jeneral Pertama NNMB dari tahun 1896

hingga 1900.

• Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan

sehingga tahun 1946, apabila NNMB, NNS dan NNMTB digabungkan bagi

membentuk Malayan Union.

Faktor Perjanjian Persekutan 1895

1. Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen

• Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
sehingga menjadi terlalu berkuasa.

• Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai
undang-undang sendiri

• Gabenor NNS di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
• Sultan hanya simbol semata-mata dan bertindak sebagai

pemerintah boneka.

• Kesukaran sistem perhubungan menjadikan Residen semakin berani

menguatkan kuasa mereka.

• Kuasa Residen yang keterlaluan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati

dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu

• Justeru, Frank swettenham mengesyorkan supaya jawatan Residen Jeneral

diwujudkan bagi menyelaraskan tugas keempat-empat buah negeri Melayu

di bawah Sistem Residen

2. Krisis Kewangan Pahang

• Pada mulanya Inggeris berkeyakinan bahawa Pahang mempunyai potensi

yang baik dari segi ekonomi.

• Setelah memperkenalkan sistem residen pada tahun 1888 di Pahang ,

Inggeris mengalami krisis kewangan sejak tahun 1890-an.

• Pada tahun 1892 Pahang terpaksa membuat pinjaman kepada negeri-

negeri Selat.

• Keadaan bertambah buruk apabila berlaku pemberontakan Pahang oleh

Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau untuk menentang Inggeris yang

menambahkan lagi beban kewangan Pahang.

• Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung

banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British

• Jika Pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan

Selangor masalah dapat diringankan.

3. Sistem Perhubungan

• Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api antara

Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

• Di setiap negeri, Residen membina jalan raya dan keretapi untuk negerinya

sahaja.

• Tiada usaha untuk menghubungkan jalan raya dan jalan kereta api di antara

keempat-empat buah negeri itu.

• Oleh itu dengan penubuhan persekutuan, sistem perhubungan dapat

dimajukan antara Negeri-negeri Melayu bagi memudahkan usaha-usaha

menyelaras sistem pengurusan di negeri-negeri tersebut.



4. Faktor Keselamatan

• Pihak Inggeris menyedari bahawa Persekutuan adalah perlu bagi

membentuk satu pasukan tentera bersama melindungi Negeri-negeri

Melayu dan Negeri-negeri Selat.

• Sebelum ini kekacauan yang berlaku di Tanah Melayu ditangani dengan

terpaksa mendapatkan bantuan dari Singapura, Hong Kong dan India.

• Dengan memiliki angkatan tentera yang besar dan kuat, Inggeris

bertambah yakin untuk mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan

kekacauan di Negeri-negeri Melayu tanpa bantuan dari negara luar.

5. Faktor ekonomi

• Kegagalam Sistem Residen memajukan dan mempelbagaikan sumber

ekonomi di sesebuah negeri telah memberi peluang yang lebih luas kepada

orang-orang Cina untuk mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Negeri-

negeri Melayu.

• Justeru, pelaksanaan Sistem Residen lebih menguntungkan orang Cina

berbanding orang Inggeris.

• Bertitik tolak daripada pengalaman tersebut, maka pembentukan sebuah

persekutuan amat penting bagi mewujudkan keseimbangan kemajuan
ekonomi dan menarik kehadiran pelabur-pelabur Eropah ke Negeri-Negeri
Melayu.

• Kemasukan pelabur Eropah secara beramai-ramai dijangka akan

mempercepatkan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi secara berskala
besar.

6. Dasar Kerajaan Inggeris

• Pada akhir abad ke-19, Inggeris mula menggalakkan penyatuan terhadap

negeri-negeri yang terletak di bawah perlindungannya. Pembentukan

sebuah persekutuan didorong oleh hasrat dan dasar Inggeris yang ingin

menyatukan negeri-negeri kecil di tanah jajahan mereka.

• Matlamatnya ialah untuk memudahkan usaha mengeksploitasi sumber

kekayaan negeri agar ianya dapat dikumpulkan dan diagihkan secara sama

rata bagi faedah semua.

• Selain itu, usaha penyatuan memperlihatkan dasar Inggeris yang cuba

mengurangkan kos pentadbiran, mewujudkan kestabilan ekonomi dan

menambahkan kecekapan dalam pemerintahannya.

• Ini menjadi dasar Inggeris untuk memperlihatkan kejayaan pelaksanaan

dasar ini di tanah jajahannya di Australia, Afrika selatan, Amerika Utara dan

Kanada.

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan
12 Jun 1895:

1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan
yang dikenali sebagai “Negeri-negeri Melayu Bersekutu” iaitu negeri lindungan
British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.
2. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara
keempat-empat negeri itu.
3. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh
mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.

4.Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.

5. Gabenor NNS dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan

6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan
pusat.

7. Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.

8. Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.

9. NNMB akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga keamanan
persekutuan dan NNS jika diperlukan.

10. Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan
sosial.

11. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi
digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-
undang.

12. Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.

13. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-
negeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.

14. Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan
kekuasaan dan kewibawaan Sultan

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896
POLITIK

mewujudkan sistem pentadbiran,
keseragaman dan
cukai, keadilan,
kecekapan
pentadbiran Undang-undang

Tanah dapat disatu

Keamanan dan
peraturan yang stabil

semua urusan Perkara yang jabatan seperti
pentadbiran berkaitan dengan kewangan, polis
dijalankan atas
arahan kerajaan persekutuan kastam,
diselaraskan perhutanan, hal-
pusat khususnya arahan ehwal orang Cina,
Residen Jeneral kerja raya, kereta
api ditubuhkan

• Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai

1896. NNMB bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata

sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik.

• Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat

khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal

termasuk kewangan. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam

menjalankan pentadbiran.

• Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat.

Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

• Penubuhan NNMB menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang

paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran

dijalankan atas arahannya.

• Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal

kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam

menjalankan pentadbiran negeri.

• Gabenor NNS yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga

tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di

Singapura untuk mentadbir NNS.

• Kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk

kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap

mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.

• Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu.

Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka

tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral.

• Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran.

Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi

undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai

Penasihat Undang-undang.

• Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan

undang-undang yang dipersetujui.

• Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai

British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah NNMB

ditadbir secara langsung oleh British.

• Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan

Idris Perak pada tahun 1903, telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan

mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan

kuasa).

• Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan

persekutuan.

• Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-

sama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun

1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896

EKONOMI

• Perkembangan ekonomi yang pesat di NNMB dan kestabilan politik telah

membawa kepada kestabilan ekonomi.

• Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran

yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan
dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya.

• Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan

pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk
melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah.

• Kedatangan pelabur menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di NNMB

contohnya pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta

pada tahun 1909.

• Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang

menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi NNMB.

• Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan

kereta api sepanjang 340 batu.

• Terdapat jalan kereta api dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke

Johor Bahru pada tahun 1909

• Penubuhan NNMB telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah.

Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan

Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan.

• Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas

penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih

penguasaan ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai

oleh orang-orang Cina.

• Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas

penubuhan NNMB

• Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909

meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896
SOSIAL

• Penubuhan NNMB telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan.
• Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah

menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang
dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah.

• Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di NNMB

juga mewujudkan masyarakat majmuk.

• Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak

dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu.

• Penubuhan persekutuan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan

bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.

• Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan,

kesihatan, pelajaran dan lain-lain disediakan di kawasan yang mempunyai

kegiatan ekonomi.

• Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik ditubuhkan di persekutuan.
• Banyak sekolah-sekolah didirikan di NNMB pada tahun 1907, terdapat 266

buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50

buah sekolah Cina.

• Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan

mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas

untuk anak-anak golongan bangsawan.

• Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk

menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

Maklumat Tambahan

• Sila baca nota-nota yang telah dimuat naik dalam GC berkenaan NNMB.


Click to View FlipBook Version