The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hashima sulaiman, 2022-02-22 22:56:04

KONSEP HUBUNGAN ETNIK

Definisi dan konsep

KONSEP ASAS
HUBUNGAN ETNIK

DR HASHIMA BINTI SULAIMAN
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

RAS

• Ras adalah sekelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi fizikal seperti

warna,kulit badan,kepala,hidung dll

• Ciri-ciri fizikal adalah perkara asas untuk menggambarkan pengelompokan etnik

seseorang yang disebut sebagai ras

• Ras meletakkan manusia dalam keadaan yang berbeza.
• Namun ia hanya membezakan manusia dengan manusia yang lain dengan sifat nyata

sahaja

• Jadi ras merupakan indikator penting yang membezakan kelompok manusia

daripada kelompok manusia yang lain

RASISME

• Konsep ras melahirkan konsep lain iaitu rasisme
• Konsep rasisme ini menentukan nilai individu
• Maka wujud perasaan superior dalam diri seseorang berbanding dengan

seorang lain atau antara kelompok dengan kelompok yang lain

• Pengamalan rasisme akan menimbulkan ketegangan dalam negara yang

mempunyai kepelbagaian etnik

• Akan wujud konsep majoriti dan minoriti

ETNIK

• Etnik merujuk kepada konsep yang digunakan untuk merujuk pada kelompok

manusia yang mempunyai ciri ciri tertentu misalnya agama, bahasa ,budaya atau asal
usul kebangsaan

• Mereka mengamalkan budaya yang hampir sama merangkumi adat resam, pakaian,

bahasa, ekonomi

• Etnik dan bangsa mempunyai pengertian yang berbeza
• Bangsa ialah entiti yang besar mewakili sesebuah negara. Contoh bangsa Malaysia
• Etnik merujuk kepada kumpulan tertentu misalnya orang Melayu, Cina , India, Iban,

Kadazan dll

• Bertitik tolak daripada konsep etnik maka lahir satu konsep baru iaitu etnisiti
• Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan seseorang terhadap kumpulan etnik

tertentu

• Misalnya seorang Melayu Jawa akan lebih selesa berada dalam kelompok

Melayu Jawa disebabkan berkongsi banyak benda yang sama

• Jadi berdasarkan kepada konsep tersebut maka hubungan etnik bermaksud

konsep yang merujuk pada hubungan yang wujud antara manusia yang
berbeza dari segi ras dan keturunan

BUDAYA

• Budaya ialah perbuatan dan tingkah laku yang dibawa oleh kita
• Budaya ialah struktur yang membentuk cara hidup manusia merangkumi cara

bertindak, berkelakuan dan berfikir

• Ciri penting budaya ialah memberikan identiti bagi kumpulan tertentu.
• Contoh perkahwinan
• Budaya bersifat menyeluruh dan kompleks serta mengandungi pengetahuan,

kepercayaan, kesenian, undang-undang, akhlak, adat resam dan lain lain keupayaan

• Budaya merupakan sistem kepercayaan, adat resam dan tingkah laku yang

dikongsi bersama oleh anggota masyarakat dan digunakan untuk urusan
sesama mereka dalam menghadapi hidup di dunia.

• Pembentukan budaya dipengaruhi oleh proses sosialisasi

• Sosialisasi ialah proses penerapan adat dan budaya yang berlaku pada diri

seseorang.

• Mengambil jangka masa panjang untuk seseorang menyerap budaya tersebut

• Ciri –ciri budaya ialah
• i) diperturunkan dari generasi ke generasi
• ii) dikongsi bersama
• iii) dipelajari
• iv) menggambarkan nilai dan identiti kelompok
• V) bersifat dinamis dan kreatif

• Terdapat tiga cara penggunaan budaya
• 1. Pemikiran

-merupakan kualiti yang dimiliki oleh seorang individu yang berkeupayaan
menerima pengetahuan dan mencapai kualiti yang harus dimiliki oleh seorang
insan

2. Kebudayaan Tamadun

-melihat sesuatu masyarakat sebagai lebih unggul berbanding masyarakat lain.

• 3. Cara hidup manusia yang menyeluruh

- cara hidup, koleksi idea dan tabiat, berkongsi dan menurunkan sesuatu dari

generasi ke generasi yang lain

PERANAN BUDAYA

• Dua peranan besar iaitu
• 1. membina identiti individu
• 2 memupuk semangat kebangsaan
• Budaya dapat membina identiti sessuatu kelompok dengan menguruskan

kehidupan dan cara hidup

• Cara hidup sesuatu etnik boleh dibina dengan budaya yang diperturunkan

dari satu generasi ke generasi lain dan dijaga oleh generasi berkenaan

KONSEP MASYARAKAT

• Masyarakat merupakan kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan

tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka
hidup bersama

• Masyarakat merupakan kumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama,

menduduki satu kawasan khas dan merasai kewujudan mereka sebagai entiti yang
bersatu padu dan bebeza dengan entiti yang lain

• Masyarakat merupaka institusi yang kompleks.
• Institusi ini membentuk set kepercayaan yang akan dikongsi bersama berdasarkan

prosedur mantap bagi memenuhi keperluan sosial. Contoh perkahwinan, pendidikan

TAHAP
MASYARAKAT

• 1. KELUARGA
• Terdiri daripada sekumpulan manusia dalam bilangan yang kecil dan berhubung

rapat antara satu sama lain

• Bertanggungjawab terhadap satu sama lain berbanding dengan orang luar unit lain
• 2. KOMUNITI
• Majoriti orang yang berhubung denga unit sosial yang lebih besar. Saling berkenalan

dan bersemuka dalam kehidupan harian

• NEGARA DAN BANGSA

• Individu mempunyai hak kerakyatan, tangungjawab sebagai warganegara dan

identiti nasional sebagi ahli atau warganegara negara bangsa

• GLOBAL

• Hubungan antara satu negara bangsa dengan negara bangsa lain yang menjadi

semakin penting dan berlaku dalam proses yang dikenali sebagi globalisasi

• Perkembangan teknologi. Society 4.0 dan Society 5.0

CIRI CIRI MASYARAKAT

• 1. Berkumpulan
• 2. Tinggal di wilayah tertentu
• 3.Berkongsi budaya
• 4. Mengalami perubahan
• 5. Berhubungan dan bekerjasama antara satu sama lain
• 6. Mempunyai kepimpinan
• 7. Mempunyai aturan sosial
• 8. Menganggotai institusi dan organisasi bersama
• 9. Mendokong undang-undang bersama

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

• Furnivall mendefiniskan masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang

bercampur tetapi mereka tidak bersatu

• Masyarakat majmuk adalah masyarakat yang terhasil oleh perpecahan dan

konflik antara kumpulan manusia yang bernaung di bawah satu sistem politik

• Mereka terdiri daripada pelbagai kaum, berganding bahu di bawah sistem

politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan, interaksi sosial
dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas

CIRI CIRI MASYARAKAT MAJMUK

• 1. Ketiadaan konsensus nilai
• 2. Kepelbagaian kebudayaan
• 3. Wujud konflik antara kelompok yang berlainan
• 4. Wujud autonomi atau kebebasan di antara bahagian dalam sistem sosial
• 5. Saling bergantungan dari segi ekonomi
• 6. Dominasi politik oleh satu golongan tertentu
• 7. Hubungan antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental dan utilitarian

PERPADUAN

• Perpaduan ialah proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara

supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk identiti nilai dan perasaan cinta
bersama yang membanggakan tanah air

• Panel Penasihat Perpaduan meletakkan perpaduan sebagai keadaan rakyat daripada

pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai bangsa
yang bersatu

• Antara usaha ialah Bangsa Malaysia
• Konsep Bangsa Malaysia merupakan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu

antara wilayah atau kumpulan etnik

• Bangsa Malaysia hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara

sebenar dan adil

• Namun begitu realitinya begitu jauh
• Perpaduan masih belum lagi terjelma
• Ciri penting perpaduan ialah berkongsi identiti dan nilai yang sama
• Yang menghalang ialah perbezaan nilai
• Kita belum lagi mencapai perpaduan dan perlu ke arah integrasi

INTEGRASI

• Integrasi ditakrifkan sebagai proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan

ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara

• Integrasi wujud dalam sesuatu masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli yang

lain tanpa merujuk asal usul dan ras mereka

• Integrasi ada dalam dua bentuk
• A. integrasi sosial

- Proses menyatupadukan pelbagai kumpulan kelompok dalam masyarakat melalui
identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing masing

• B. Integrasi nasional

• -proses yang mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan

yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sebuah unit
politik

• Contoh merapatkan masyarakat negeri dalam Malaysia khususnya antara

negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak

UNSUR INTEGRASI

• Wilayah
• -dapat mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah
• Ekonomi
• -dapat mengurangkan jurang perbezaan ekonomi kumpulan etnik
• Kebudayaan
• -dapat mempengaruhi pembentukan satu kebudayaan kebangsaan
• Sosial
• -satu usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial

• Pendidikan

• -Mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna

daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial

• Politik

• -Kerjasama dan pembahagian kuasa politik

TAHAP INTEGRASI

• Konsep Segregasi
• Merupakan proses sosial yang menyebabkan pemisahan atau pengasingan

antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain

• Interaksi menjadi sedikit atau tiada interaksi
• Segregasi berlaku atas dasar ras,agama, kebudayaan
• Dapat dibahagikan kepada dua bahagian

• A. Segregasi rela
• Keadaan melibatkan golongan mansusia yang memencilkan diri dengan

tujuan menentang asimilasi

• B. Segregasi tidak rela
• Berlaku kerana paksaan daripada pihak yang berkuasa

• Konsep Akomodasi
• Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari dan menghormati

norma dan nilai kumpulan etnik lain dan pada masa yang sama mempertahankan
budaya hidup masing masing

• Boleh dijelaskan dalam formula A+B+C=A+B+C
• Masyarakat terdedah pada pelbagai kumuplan etnik yang hidup secara harmonis dan

menghormati antara satu sama lain

• Konsep ini tercapai apabila berlaku proses interaksi secara aman untuk sementara

atau untuk selama lamanya

• Konsep Akultrasi

• Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau

kelompok yang berasal daripada kebudayaan lain

• Juga merujuk kepada proses penyerapan unsur kebudayaan daripada budaya

tertentu dalam budaya yag lain

• Proses ini penting untuk mencapai integrasi

• Konsep Asimilasi
• Merupakan proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan

budaya sehingga membentuk kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama

• Formulanya ialah A+B+C= A
• A mewakili golongan dominan manakala B dan C merupakan kumpulan etnik

minoriti

• Asimilasi ini berlaku apabila wujud interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik

berbeza budaya bagi satu tempoh yang lama

• Konsep Amalgamasi

• Proses penyatua pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi

• Konsep ini berlaku apabila budaya atau aras bercampur untuk membentuk

jenis budaya dan ras baru

Tahap Menghalang Integrasi

• Konsep stereotaip
• Didokong oleh kumpulan ke atas kelompok manusia yang lain
• Digunakan secara negatif dan mempunyai tingkah laku diskriminasi
• Dibina tanpa pengalaman dan pengetahuan
• Merupakan sikap permusuhan tidak rasional yang ditunjukkan oleh

sekempulan etnik

• Konsep Prasangka

• Dibina berdasarkan persepsi dalam bentk negatif terhadap seseorang

individu

• Tidak ditunjukkan secara terbuka

• Tersemat dalam hati dan jika diluahkan ia akan menjadi streotaip

• Konsep Diskriminasi

• Pandangan,pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang terhadap

sekelompok etnik lain

• Ia dijelmakan dalam bentuk tindakan

• Contoh dasar Apartheid di negara Afrika Selatan

• Etnosentrisme

• Merujuk pada keadaan seseorang yang percaya bahawa sifat dalaman

seseorang itu lebih hebat daripada kelompok atau budaya orang lain

• Percaya kepada pemikiran berpusatkan etnik

• Etnik dia yang terbaik manakala etnik lain adalah lemah

• Cauvinisme

• Sekelompok etnik mengagungkan etnik masing masing serta kadar yang

berlebihan.

• Menunjukkan tindakan yang merendah rendahkan bangsa lain

• Rumusan

Hargai apa yang kita ada hari ini sebelum tiada lagi pada hari esok.

PERPADUAN DAN KEDAMAIAN.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version