The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH KEMERDEKAAN TUN VT SAMBANTHAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52037366, 2021-09-12 10:19:56

TOKOH KEMERDEKAAN

TOKOH KEMERDEKAAN TUN VT SAMBANTHAN

PERTANDINGAN
BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH KEMERDEKAAN

MALAYSIA



 Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang panjang .

 Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun
menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara
sendiri yang berdaulat kian menebal.

 Oleh itu, semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang
sehingga Berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.

 Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak dikenal putus asa,
akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada
31 Ogos 1957.

 Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah
negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk senuah negara yang lebih mantap
dalam mengatasi cabaran.

 Hasilnya, terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara
rasminya pada 16 Spetember 1963.

 Tun Veerasamy Thirugnana Sambanthan atau lebih  Tun Sambanthan memulakan pendidikan rendah di
dikenali sebagai Tun V.T. Sambanthan dilahirkan sekolah aliran Tamil,melanjutkan pelajaran di Sekolah
pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak. Menengah Clifford Kuala Selangor.

 Beliau merupakan anak kepada Andiappan  Tun Sambanthan melanjutkan pelajaran di Universiti
Veerasamy dan Sengammal dari etnik Tamil. Annamalai di Utara India dalam bidang Ekonomi dan
mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dari
 Bapa beliau, M.S. Veerasamy datang ke Tanah Universiti tersebut.
Melayu pada tahun 1896 merupakan antara
penanam pokok getah awal di Sungai Siput, Perak  Tun Sambanthan telah berkahwin dengan
dan memiliki beberapa ladang tanaman pokok Umasundari yang merupakan anak kepada seorang
getah. jurutera Jabatan Kerja Raya.

 Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang tokoh yang disanjung sepanjang masa
khususnya masyarakat India di Malaysia. Pengorbanan harta beliau demi membina
sebuah sekolah untuk penduduk tempatan jarang-jarang kita dapat dengar.

 Kaum India menganggap beliau sebagai ‘keturunan karnan’. Mengikut epik Mahabaratha
Karnan merupakan seorang berhati murah dan akan memberi apa saja yang dipinta
oleh orang lain. Selain memiliki hati yang murah Sambanthan juga memiliki nilai-nilai
murni yang terpuji seperti kesabaran, menghormati orang lain dan bertanggungjawab.
Sambanthan juga dianggap pembela kaum India di Tanah Melayu.

 Pembelaan beliau ini dapat dilihat daripada dua sudut. Pertama MIC diambil alih oleh
kumpulan majoriti Tamil yang dipinggirkan selama beberapa tahun oleh pemimpin elit
(Ceylon, Punjabi dan elit Tamil). Terdapat jurang yang besar antara kepimpinan
golongan elit dengan golongan bawahan. Sambanthan merapatkan hubungan pimpinan
MIC dengan golongan bawahan dan memenangi hati para pekerja ladang yang menjadi
80 peratus penduduk India di Tanah Melayu. Kedua pula menyelamatkan pekerja India
yang berhadapan dengan masalah fragmentasi ladang.

‘South Indian Labour Fund-untuk menjaga kabajikan serta
membiayai perbelanjaan pergi-balik buruh India di Tanah

Melayu.

Anggota rombongan ke London merundingkan kemerdekaan
Tanah Melayu dan terlibat menandatangani perjanjian
kemerdekaan

Mengorbankan harta untuk demi membina sebuah sekolah
untuk penduduk tempatan.

Menyediakan perkhidmatan bas bagi menudahkan para pelajar
yang ingin melanjutkan persekolahan di bandar

Mengasaskan sebuah akhbar mingguan yang diberi nama Malai
Naadu.

Pemindahan Tabung Imigrasi Orang India Selatan kepada satu
tabung pendidikan untuk anak-anak pekerja estet.

Menubuhkan Persatuan Koperasi Kewangan dan menggalakan
pekerja estet untuk membeli saham dalam koperasi.

• Sumbangan Tun V.T Sambathan telah memberi banyak kemajuan terhadap
masyarakat India dalam pelbagai bidang.

• Beliau telah menjadi sumber inspirasi orang India di Malaysia.

• Bukan itu sahaja beliau juga telah menyumbangkan tenaga dalam usaha menuntut
kemerdekaan.

• Oleh itu, nama Tun V.T Sambanthan telah diabadikan pada stesen LRT Tun
Sambanthan dan Wisma Tun Sambanthan di Kuala Lumpur bagi mengenang jasa
beliau.

• Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana berkat usaha
perjuangan orang terdahulu, negara kita aman dan sejahtera.

• Walaupun Tun V.T Sambathan berjuang demi masyarakat india di Tanah Melayu
tetapi kesungguhan beliau ini telah menjadi sumber aspirasi terhadap masyarakat
berbilang kaum.


Click to View FlipBook Version