NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
ISI KANDUNGAN
MODUL TAJUK MUKA
SURAT
1 ANALISIS DAN TAFSIRAN PENYATA
KEWANGAN UNTUK MEMBUAT 2-4
KEPUTUSAN
5-6
2 REKOD TAK LENGKAP 7 - 11
3 PERAKAUNAN UNTUK KAWALAN 12 - 15
DALAMAN 16 - 19
4 PERAKAUNAN UNTUK PERKONGSIAN 20 - 24
5 PERAKAUNAN UNTUK SYARIKAT 25 - 27
BERHAD MENURUT SYER
6 PERAKAUNAN UNTUK KELAB DAN
PERSATUAN
7 PERAKAUNAN KOS
1
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
MODUL 1
ANALISIS DAN TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN
UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN
1.1 ANALISIS PENYATA KEWANGAN DAN PERBANDINGAN PRESTASI
Tujuan Analisis Penyata Kewangan
i- Membantu pihak pengurusan menilai prestasi perniagaan
ii- Membantu pihak luar membuat keputusan mengenai kemudahan kredit
iii- Membantu pihak pelabur membuat keputusan berkaitan pelaburan
TOKOKAN
NISBAH MARGIN UNTUNG KASAR
KEBERUNTUNGAN MARGIN UNTUNG BERSIH
PULANGAN ATAS MODAL
JENIS NISBAH NISBAH SEMASA
NISBAH KECAIRAN NISBAH UJIAN ASID
NISBAH KECEKAPAN
KADAR PUSING GANTI
INVENTORI
TEMPOH KUTIPAN
HUTANG
TEMPOH PEMBAYARAN
HUTANG
2
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
A. NISBAH KEBERUNTUNGAN
BIL NISBAH FORMULA TUJUAN
1. PERATUS = Untung Kasar x 100 Mengukur peratus
UNTUNG KASAR Kos Jualan penambahan pada kos barang
ATAS KOS JUALAN untuk mendapat harga jualan
(TOKOKAN)
2. PERATUS = Untung Kasar x 100 Menunjukkan peratus untung
UNTUNG KASAR Jualan Bersih kasar yang diperolehi dari
ATAS JUALAN jualan bersih
(MARGIN
UNTUNG KASAR)
3. PERATUS =Untung Bersih x 100 Menunjukkan peratus untung
UNTUNG BERSIH Jualan Bersih bersih yang diperolehi
ATAS JUALAN daripada jualan bersih
(MARGIN
UNTUNG BERSIH)
4. PULANGAN ATAS = Untung Bersih x 100 Mengukur untung bersih yang
MODAL Modal Awal diperolehi bagi setiap ringgit
modal yang dilaburkan
BIL NISBAH B. NISBAH KECAIRAN TUJUAN
Mengukur keupayaan
1. NISBAH FORMULA perniagaan menjelaskan
SEMASA = Aset Semasa semua liabiliti semasa
mengikut masa yang
Liabiliti Semasa ditetapkan
2. NISBAH UJIAN = Aset Semasa – Inventori akhir Mengukur keupayaan
perniagaan membayar
ASID Liabiliti Semasa hutang jangka pendek
dengan cepat
3
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
C. NISBAH KECEKAPAN
BIL NISBAH FORMULA TUJUAN
1. KADAR PUSING = Kos Jualan Mengukur keupayaan
Inventori Purata perniagaan membeli
GANTI inventori baru dalam
INVENTORI suatu tempoh
(KALI) perakaunan
KADAR PUSING = Inventori Purata x 365 hari
GANTI Kos Jualan
INVENTORI
(HARI)
2. TEMPOH = Akaun Belum Terima x 365 hari Mengukur keupayaan
KUTIPAN Jualan Kredit perniagaan mengutip
HUTANG hutang daripada
pelanggan
3. TEMPOH = Akaun Belum Bayar x 365 hari Mengukur keupayaan
PEMBAYARAN Belian Kredit perniagaan membayar
HUTANG hutang kepada
pembekal
4
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
MODUL 2: REKOD TAK LENGKAP
2.1 PENGENALAN REKOD TAK LENGKAP
- Maklumat perakaunan tidak mengikut sistem catatan bergu
- Perniagaan mengamalkan catatan tunggal
- Sebab berlakunya rekod tak lengkap:
i) Tidak mengamalkan sistem catatan bergu
ii) Kemusnahan / kehilangan rekod perakaunan disebabkan banjir, kebakaran dan
kehilangan
iii) Sistem penyimpanan dokumen urusniaga yang tidak sistematik
iv) Catatan urus niaga tidak dibuat langsung
-Kesan rekod tak lengkap:
i. Imbangan duga tidak dapat disediakan
ii. Kesilapan sukar dikesan di dalam buku perakaunan
iii. Untung atau rugi sukar ditentukan
iv. perbandingan prestasi perniagaan tidak boleh dilakukan
v. Penyata Kedudukan Kewangan sukar ditentukan
Kaedah Penentuan
Untung Rugi
Kaedah Perbandingan Kaedah Analisis
2.2 KAEDAH PERBANDINGAN
- Kaedah yang membandingkan Modal Awal dengan Modal Akhir untuk mencari
Untung atau Rugi perniagaan.
Modal = Aset – Liabiliti
Modal akhir = Modal Awal + Untung Bersih – Ambilan
Untung/ Rugi Bersih = Modal Akhir+ Ambilan – Modal Tambahan - Modal
Awal
5
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
2.3 KAEDAH ANALISIS
1. ANALISIS BUKU TUNAI – untuk cari Baki h/b Ak Tunai dan Ak Bank
2 (i) ANALISIS JUALAN – untuk cari Jumlah Jualan.
Jumlah Jualan = Jualan Tunai + Jualan Kredit
2 ii) ANALISIS BELIAN – untuk cari Jumlah Belian.
Jumlah Belian = Belian Tunai + Belian Kredit
3 i) ANALISIS BELANJA – untuk cari belanja yang sebenar pada tahun tersebut.
Belanja Sebenar = Belanja dibayar + Belanja Belum Bayar Akhir – Belanja Belum Bayar Awal
Belanja Sebenar = Belanja Dibayar + Belanja Prabayar Awal – Belanja Prabayar Akhir
3 ii) ANALISIS HASIL – untuk cari hasil yang sebenar pada tahun tersebut.
Hasil Sebenar = Hasil diterima + Hasil Belum Terperoleh Awal – Hasil Belum Terperoleh Akhir
Hasil Sebenar = Hasil diterima + Hasil Belum Terima Akhir – Hasil Belum Terima Awal
*Nota Ringkas Akhir Tahun Awal Tahun
Belanja belum bayar + -
Belanja prabayar - +
Hasil belum terima + -
Hasil belum terperoleh - +
6
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
MODUL 3: PERAKAUNAN UNTUK TUNAI
3.1 KAWALAN TUNAI
• tunai adalah aset paling cair dan terdedah kepada risiko kecurian dan
penyelewengan
• semua perniagaan mesti mempunyai kawalan dalaman untuk mengawal tunai
Tujuan Kawalan Tunai
Tujuan Kurangkan
Kawalan Risiko
Tunai Penyelewengan
Pastikan Pastikan tunai
penggunaan perniagaan
tunai yang mencukupi
optimum
7
Aspek Kawalan dalamNOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
Pengendalian Tunai
Aspek Kawalan dalam Pengendalian Tunai
Penetapan tugas
Pengasingan tugas
Pendokumentasian
Kawalan fizikal
Pusingan tugas
Kaedah Kawalan Tunai
Kaedah Kawalan Tunai
Penyata Penyesuaian Bank Belanjawan Tunai
3.2 PENYATA PENYESUAIAN BANK
• Apabila wang disimpan (dideposit) dalam bank, urusniaga ini akan direkodkan
disebelah debit buku tunai.
• Peniaga yang membuka akaun semasa boleh membuat pembayaran menggunakan cek
• Satu penyata bank akan dihantar oleh bank pada setiap bulan kepada pelanggan bagi
menunjukkan urusniaga penerimaan dan pembayaran bulan berkenaan.
8
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
Fungsi Penyata Bank
Fungsi Penyata
Bank
Mengetahui baki Mengetahui jumlah Menyemak dan
wang pada akhir wang diterima dan membandingkan
catatan di Buku
bulan dibayar setiap
bulan Tunai
• Apabila peniaga membuat deposit (simpan wang dalam bank), bank akan
menunjukkannya di sebelah kredit penyata bank.
• Apabila peniaga membayar seseorang dengan cek, urusniaga ini ditunjukkan di
sebelah debit dalam penyata bank.
• Baki kredit dalam penyata bank menunjukkan peniaga mempunyai wang simpanan
yang mencukupi dalam bank.
• Sebaliknya baki debit penyata bank menunjukkan overdraf dimana peniaga
berhutang dengan bank.
Tujuan Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank
• Baki yang ditunjukkan dalam buku tunai sentiasa tidak sama dengan baki pada
penyata bank. Ia perlu diselaraskan supaya tiada kesilapan.
• Tujuan penyediaan penyata penyesuaian bank:
1. Mengenal pasti butiran yang menyebabkan berlakunya perbezaan antara baki
buku tunai dan baki penyata bank
2. Mengenal pasti ketepatan catatan di Buku Tunai
3. Menyelaraskan baki Akaun Bank di Buku Tunai dengan baki di Penyata Bank
9
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
Sebab-sebab Wujud Perbezaan Baki di Buku Tunai dan Penyata Bank
a) Catatan telah direkodkan dalam buku tunai tetapi belum direkodkan dalam penyata
bank:
i) Cek belum dikemukakan
- cek yang dibayar kepada seseorang tetapi belum dibawa ke bank oleh
orang berkenaan untuk ditunaikan
ii) Deposit belum dikreditkan
- cek yang diterima oleh peniaga dan telah dibankkan tetapi bank
mengambil masa untuk memasukkan kedalam akaun peniaga. Cek
yang dimasukkan pada akhir bulan akan muncul dalam penyata
bank bulan berikutnya’
iii) Kesilapan catatan dalam buku tunai
✓ Buku tunai terlebih debit menyebabkan baki buku tunai
melebihi baki penyata bank dan sebaliknya.
✓ Buku tunai terkurang debit menyebabkan baki dipenyata bank
melebihi baki penyata bank dan sebaliknya
b) Catatan telah direkodkan dalam Penyata Bank tetapi belum direkodkan dalam Buku
Tunai
i) Catatan telah dikreditkan oleh bank dalam penyata bank tetapi belum
didebit dalam buku tunai:
- faedah diterima atas simpanan tetap
- pindahan kredit dimana penghutang membayar hutang terus
kedalam akaun peniaga
- dividen diterima daripada pelaburan
ii) Catatan telah didebitkan oleh bank dalam penyata bank tetapi belum
dikreditkan dalam buku tunai :
- Bayaran buku cek
- peniaga dikenakan caj perkhidmatan
- faedah atas overdraf atau pinjaman
- komisen bank
- bayaran dibuat oleh bank atas arahan perintah sedia ada seperti
insurans, sewa kedai dan sebagainya
c) Cek tak layan
- cek yang dipulangkan oleh bank atas sebab tertentu. Bank akan
pulang balik cek berkenaan kepada peniaga
10
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
3.3 BELANJAWAN TUNAI
- adalah satu anggaran penerimaan dan pembayaran wang tunai bagi satu tempoh
tertentu
- sumber penerimaan tunai perniagaan termasuklah hasil jualan, bayaran daripada
penghutang, hasil komisen, faedah atas simpanan, dividen atas pelaburan dan
sebagainya
- pembayaran tunai termasuklah belian barang niaga, bayaran kepada pemiutang,
bayaran belanja perniagaan dan sebagainya.
Kepentingan Belanjawan Tunai
Kepentingan Belanjawan
Tunai
Membandingkan Mengenal Mengawal Mencari Mengurus Rujukan
penerimaan dan pasti penerimaan sumber perbelanjaan untuk
tambahan
pembayaran kecairan dan untuk mengikut permohonan
tunai tunai pembayaran menampung keutamaan pinjaman
modal
tunai
Rumusan
✓ jika penerimaan sebenar melebihi penerimaan belanjawan - memuaskan
✓ jika penerimaan sebenar kurang daripada penerimaan belanjawan ditandakan
– tidak memuaskan
✓ jika pembayaran sebenar melebihi pembayaran belanjawan – tidak memuaskan
✓ jika pembayaran sebenar kurang daripada pembayaran belanjawan - memuaskan
11
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
MODUL 4
PERAKAUNAN UNTUK PERKONGSIAN
4.1 PERNIAGAAN PERKONGSIAN
• Perniagaan yang dimiliki sekurang-kurangnya dua hingga dua puluh orang
• dengan tujuan untuk mendapat keuntungan
Perbandingan Jenis Pemilikan Perniagaan
Aspek Perakaunan Milikan Tunggal Perkongsian
Bilangan Pemilik Seorang pemilik 2-20 orang pekongsi
Modal Sumbangan pemilik Sumbangan pekongsi
sendiri
Untung atau rugi Dinikmati pemilik sendiri Agihan mengikut Ikatan
Perjanjian Perkongsian
Hayat Perniagaan Tidak berterusan Boleh dibubarkan
Penyediaan Penyata Akaun Perdagangan dan - Akaun Perdagangan dan
Kewangan Untung Rugi Untung Rugi
- Akaun Pengasingan
Komponen Ekuiti - Modal Untung Rugi
Pemilik - Untung Bersih
- Ambilan - Akaun Modal
Pekongsi
- Akaun Semasa
Seksyen 26
Akta Perkongsian 1961
Untung dan Faedah atas Faedah atas Pekongsi Setiap Buku akaun
rugi sama pinjaman modal yang uruskan pekongsi perkongsian
perniagaan berhak disimpan di
rata pekongsi 8% pekongsi tidak dibayar menguruskan
setahun tidak dibayar perniagaan premis
gaji perniagaan
12
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
Ikatan Perkongsian
• Tujuan mewujudkan untuk mengelak perselisihan faham yang mungkin
timbul pada kemudian hari.
• Kandungan dalam Ikatan Perkongsian termasuk:
i) Faedah atas Pinjaman
ii) Kongsi Untung atau Kongsi Rugi
iii) Faedah atas Modal
iv) Faedah atas Ambilan
v) Gaji/ Bonus/ Elaun Pekongsi
vi) Modal yang disumbangkan setiap pekongsi
vii) Nama pekongsi dan nama perniagaan
viii) Bentuk perniagaan
ix) Alamat perniagaan
x) Kuasa dan tanggungjawab pekongsi
xi) Penyimpanan akaun
Bil Aspek Perakaunan Penerangan
1 Jumlah modal yang disumbangkan Jumlah kepentingan setiap pekongsi
oleh pekongsi dalam perniagaan
2 Faedah atas modal Ganjaran yang dibayar kepada pekongsi
3 Faedah atas ambilan Faedah yang dikenakan ke atas pekongsi
yang membuat ambilan
4 Faedah atas Pinjaman pekongsi Bayaran faedah diberikan kepada
pekongsi yang memberikan pinjaman
kepada perniagaan
5 Gaji / Elaun / Bonus pekongsi Ganjaran kepada pekongsi aktif yang
menguruskan perniagaan
6 Kongsi Untung atau Kongsi Rugi Nisbah pembahagian untung rugi kepada
pekongsi adalah mengikut kadar yang
telah ditetapkan
13
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
4.2 AKAUN PENGASINGAN UNTUNG RUGI
- untuk menentukan pembahagian untung atau rugi pekongsi
4.3 EKUITI PEMILIK DAN PENYATA KEWANGAN PERKONGSIAN
Akaun Modal
- Akaun Modal pekongsi dibuka mengikut bilangan pekongsi
- Sumbangan modal pekongsi akan dikreditkan ke Akaun Modal pekongsi berkenaan
- Terdapat dua kaedah merekodkan modal pekongsi
(i) Kaedah Modal Berubah – Akaun Semasa tidak perlu disediakan
(ii) Kaedah Modal Tetap - perlu menyediakan Akaun Modal dan Akaun Semasa
4.4 PEMBUBARAN PERKONGSIAN
- Ikatan Perjanjian Perkongsian ditamatkan
Sebab-Sebab Pembubaran
Kematian,
muflis, tidak
siuman
Persetujuan Tempoh tamat
semua pekongsi
Tujuan
Pertukaran Sebab - penubuhan
entiti Sebab
Pembubaran tercapai
perniagaan
kepada syarikat Perintah
mahkamah
14
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
Fungsi Akaun Realisasi
Fungsi Rekod semua
Akaun aset yang
Realisasi
dijual/diambil
Bahagikan alih
untung atau
Hitung untung
rugi atas atau rugi atas
pembubaran pembubaran
Sebab Akaun Modal Berbaki Debit
Ambilan
yang
berlebihan
Modal Sebab Akaun Rugi realisasi
disumbangkan Modal melebihi baki
Berbaki kredit Akaun
pekongsi Debit
rendah Modal
Nilai aset
diambil alih
terlalu tinggi
15
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
MODUL 5
PERAKAUNAN UNTUK SYARIKAT BERHAD
MENURUT SYER
5.1 PENGENALAN KEPADA SYARIKAT BERHAD MENURUT SYER
• Entiti perniagaan yang dimiliki oleh individu-individu yang menyumbang modal dan
diberi syer dalam syarikat
• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyediakan panduan tatacara pendaftaran
syarikat
• Syarikat baharu perlu mendaftar dengan Pendaftar Syarikat menggunakan Portal
MyCoID dengan cara-cara ini:
i) Membuat carian nama dan permohonan nama
ii) Menyerah simpan permohonan pemerbadanan syarikat
iii) Membayar fi pendaftaran
iv) Menerima Notis Pemerbadanan
• Perlembagaan Syarikat merupakan dokuman yang mengikat syarikat, pengarah dan
pemegang syer.
Kandungan Perlembagaan Syarikat
Kandungan
Perlembagaan
Syarikat
Tujuan Syarikat Keupayaan, hak, Perkara-perkara Lain-lain Perkara
kuasa, yang perlu
keistimewaan dipertimbangkan
syarikat
Kuasa dan Cara Pembayaran Pengurusan dan
Tanggungjawab Dividen Pentadbiran
Lembaga Pengarah Syarikat
16
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
Ciri-Ciri Syarikat
Entiti Berasingan Liabiliti Terhad
Ciri-Ciri Syarikat
Hayat Berterusan Pengasingan Fungsi Pemilikan
dan Fungsi Pengurusan
Perbandingan Ciri – Ciri Syarikat Persendirian Dan Syarikat Awam
Ciri Syarikat Persendirian Syarikat Awam
Bilangan ahli 1 – 50 orang 1 hingga tidak terhad
Bilangan pengarah Min 1 orang Min 2 orang
Pemilikan syer Terbuka kepada individu, Terbuka kepada individu,
persatuan dan entiti perniagaan persatuan dan entiti perniagaan
Pindah milik syer Tidak bebas dan mesti mendapat Bebas dipindah milik dan
persetujuan pemegang syer lain mudah dijual beli di bursa
saham
Status syer Tidak disenaraikan di Bursa Disenaraikan dan diniagakan
Malaysia secara bebas di Bursa Malaysia
Laporan kewangan Penyata kewangan diedarkan Penyata kewangan
kepada pemegang syer dibentangkan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan Syarikat
17
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
5.2 JENIS MODAL DAN TERBITAN SYER
Modal Syarikat
- Modal syarikat diperoleh daripada terbitan syer
- Syer yang diterbitkan tiada nilai tara
- Harga sesyer yang diterbitkan ditentukan oleh Lembaga Pengarah berdasarkan nilai
sebenar syarikat
Jenis Modal Syer
Jenis Modal Syer
Syer Biasa Syer Keutamaan
Terima dividen Terima dividen
selepas pemegang syer terlebih dahulu
keutamaan
Kadar dividen tidak Kadar dividen tetap
tetap
Kuasa mengundi dalam Tidak berhak
Mesyuarat Agung mengundi
Tahunan
3 Jenis:
- Kumulatif
- Tidak Kumulatif
-Partisipatif
Berhak terima
tunggakan dividen
18
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh
- Syer yang ditawarkan kepada orang awam dan telah dibayar penuh
- Syarikat yang baru didaftarkan menerbitkan syer untuk memperoleh modal
- Syarikat yang sedang beroperasi menerbitkan syer untuk memperoleh modal tambahan
Tindakan Sekiranya Modal Diterbitkan Tidak Habis Dilanggan atau Terlebih Langganan
Permohonan Syer < Langganan Syer Penaja jamin akan menanggung
kurangan
Permohonan Syer >Langganan Syer Wang lebihan dipulangkan semula
5.3 EKUITI PEMILIK SYARIKAT BERHAD MENURUT SYER RM
10 000 000
Syarikat Inaz Berhad 3 000 000
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2019 25 000 000
Ekuiti Pemilik
Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh:
10 000 000 unit 7% Syer Keutamaan
3 000 000 unit 8% Syer Keutamaan
50 000 000 unit Syer Biasa
38 000 000
5.4 DIVIDEN TUNAI
Jenis Dividen Ciri-ciri
Dividen Interim - Dividen dibayar sebelum keuntungan sebenar diketahui
- Dividen dibayar sebelum tempoh perakauan berakhir
Dividen Akhir - Diisytiharkan selepas keuntungan sebenar diketahui
- Dividen dibayar selepas tempoh perakaunan berakhir
Sebab Dividen Tertunggak
•Prestasi syarikat tidak memuaskan
•Keuntungan syarikat tidak mencukupi untuk membayar
dividen kepada pemegang syer
19
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
MODUL 6
PERAKAUNAN UNTUK KELAB DAN
PERSATUAN
6.1 KELAB DAN PERSATUAN
• Organisasi bukan bermotifkan untung
• Untuk menjaga kepentingan ahli
• Untuk menyediakan kemudahan kepada ahli
• Mengadakan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan kepada ahli
• Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 :
Sebuah pertubuhan adalah didefinisikan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau
persatuan yang mengandungi 7 orang atau lebih
• Tatacara penubuhan Kelab dan Persatuan:
i) Mengadakan mesyuarat penubuhan
ii) Menetapkan nama pertubuhan, alamat berdaftar dan melantik Ahli-ahli
Jawatankuasa Penaja
iii) Menetapkan undang-undang perlembagaan pertubuhan
iv) Mendaftarkan pertubuhan dalam sistem eROSES
v) Menyemak permohonan pendaftaran selepas bayaran fi dibuat
• Sumber utama kewangan ialah yuran keahlian
Sumber Kewangan Lain Kelab dan Persatuan
Yuran Yuran
Pendaftaran Pertandingan
/ Yuran Kutipan
Masuk jualan
pesta ria
Sumber
Kewangan
Faedah Lain Kelab Sewa
atas diterima
dan penyewaan
Pelaburan kemudahan
Keuntungan Persatuan kelab
perniagaan Jualan Aset
yang Bukan
dikendalikan Semasa
Kelab dan
Persatuan
Derma
20
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
Perbandingan Akaun Kelab dan Persatuan dengan Akaun Entiti yang Berorientasikan
Keuntungan
Kelab dan Entiti
Persatuan Berorientasikan
Keuntungan
Akaun Yuran Tiada Akaun
Yuran
Akaun Buku Tunai
Penerimaan dan
Pembayaran
Akaun Pendapatan Akaun Perdagangan
dan Perbelanjaan dan Untung Rugi
- Untung Bersih
- Lebihan - Rugi Bersih
- Kurangan
Penyata Kedudukan
Penyata Kedudukan Kewangan
Kewangan - Aset
- Aset - Liabiliti
- Liabiliti
- Ekuiti Pemilik
- Dana Terkumpul
21
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
6.2 AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN – untuk mencari baki h/b tunai/bank
6.3 AKAUN YURAN AHLI – disediakan untuk mencari yuran sebenar tahun semasa
Jenis Yuran
Jenis Yuran
Yuran Masuk Yuran Tahunan Yuran Pertandingan
Keterangan Yuran
Yuran Semasa Yuran yang diterima
dalam tempoh
perakaunan semasa
Keterangan Yuran Lapuk Yuran tidak dapat
Yuran Yuran Belum dikutip daripada ahli
Terperoleh
Yuran Belum Yuran tahun
hadapan diterima
Terima
pada tahun ini
Yuran perakaunan
tahun semasa yang
belum diterima
6.4 AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
Jenis Pendapatan
Pendapatan Hasil Pendapatan Modal
▪ wang yang diterima daripada ▪ pendapatan yang diterima bukan
kegiatan biasa kelab dari operasi biasa kelab
▪ yuran bulanan atau tahunan ▪ hasil dari jualan asset bukan
▪ yuran pertandingan
▪ sewa diterima kerana semasa kelab
▪ derma khas yang diterima untuk
penggunaan kemudahan kelab
▪ sewa kantin jika ia diswastakan membiayai projek
▪ keuntungan kantin jika ▪ kutipan yuran masuk ahli baru
diusahakan kelab sendiri jika dinyata dalam perlembagaan
▪ lebihan kutipan majlis makan ▪ peruntukan dari kerajaan
malam
▪ faedah simpanan tetap atau
dividen dari pelaburan
22
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
Jenis Perbelanjaan
Perbelanjaan Hasil Perbelanjaan Modal
▪ bayaran perbelanjaan dan ▪ perbelanjaan untuk membeli
pengurusan kelab asset bukan semasa kelab
▪ pembelian barang untuk ▪ pembelian kenderaan, tanah,
kegunaan kelab spt alatulis, mesin, perabot
setem, majalah dan suratkhabar
▪ belanja pengubahsuaian
▪ belanja menjalankan urusan bangunan
pentadbiran seperti gaji,
insurans, sewa, kadar bayaran ▪ bayaran yuran guaman dan
pembelian setem semasa
▪ pembelian barangniaga untuk membeli asset bukan semasa
dijual
▪ belanja pembinaan gelanggang
▪ belanja membaiki bangunan dan permainan, kolam renang
penyelenggaraan asset bukan
semasa ▪ pembelian alatan sukan
▪ pembelian hadiah pertandingan
▪ elaun kehormat /honorarium
AJK tertinggi
▪ susutnilai aset bukan semasa
Akaun Perdagangan – untuk mencari untung atau rugi daripada aktiviti perniagaan kelab
Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan – untuk mencari lebihan atau kurangan kelab
23
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
6.5 PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN KELAB DAN PERSATUAN
- menunjukkan aset yang dimiliki, liabiliti yang ditanggung dan dana terkumpul kelab
pada akhir tempoh perakaunan
- Dana Terkumpul ialah jumlah dana yang dimiliki oleh kelab
Dana Terkumpul = Aset – Liabiliti
Dana Terkumpul Awal = Jumlah Aset Awal – Jumlah Liabiliti Awal
Dana Terkumpul Akhir = Jumlah Aset Akhir – Jumlah Liabiliti Akhir
Penyata Mengira Dana Terkumpul
– disediakan untuk menghitung Dana Terkumpul
Penyata Kedudukan Kewangan
– disediakan bagi menunjukkan kedudukan kewangan kelab pada akhir tempoh perakaunan
24
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
MODUL 7: PERAKAUNAN KOS
7.1 JENIS KOS DAN KERJA DALAM PROSES
Perakaunan Kos
- Proses penilaian dan pemprosesan data daripada aktiviti yang berlaku dalam
industri
- Mengeluarkan maklumat untuk tujuan perancangan, kawalan dan pembuatan
keputusan
Konsep Kos dan Jenis Kos
- Perbelanjaan firma terhadap penggunaan faktor- faktor pengeluaran
- 2 jenis :
i) Kos Tetap
ii) Kos Berubah
Komponen Kos Pengeluaran
i. Kos Bahan Langsung
ii. Kos Buruh Langsung
iii. Belanja Langsung
iv. Kos Overhed
Kos Bahan Langsung Kos Buruh Langsung Belanja Langsung Kos Overhed (Kos
Perkilangan Tak
Langsung)
-Kos bahan utama -Belanja yang dibayar -Belanja yang turut -Kos yang tidak
dalam pengeluaran kepada buruh yang berubah apabila terlibat secara
terlibat secara langsung berlaku perubahan langsung dengan
-Pembelian bahan dalam unit pengeluaran
langsung -Upah yang dibayar pengeluaran -Sebahagian besar
adalah kos berubah adalah tetap dalam
tingkat pengeluaran
tertentu
Contoh: Cukai belian Contoh : Upah buruh Contoh : Royalti, Contoh: Sewa
bahan langsung, langsung, buruh kilang, cap dagangan kilang, kadar
angkutan masuk, upah operator kilang (paten), reka bayaran kilang, gaji
belian bahan bentuk produk pengurus kilang
langsung
25
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
Kos Bahan = Inventori Awal Bahan Langsung + Belanja Belian Bahan Langsung – Inventori
Langsung Bahan Langsung
Kos Prima = Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung
Kos Pengeluaran = Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung + Kos Overhed
+ Kerja Dalam Proses Awal – Kerja Dalam Proses Akhir
7.2 AKAUN PENGELUARAN
- disediakan untuk menunjukkan semua kos yang terlibat di dalam pengeluaran
sesuatu keluaran
7.3 ANALISIS TITIK PULANG MODAL
- satu paras pengeluaran di mana perniagaan tidak mendapat untung atau tidak
mengalami kerugian
- Jumlah Hasil = Jumlah Kos
- Kegunaan TPM:
i. Menunjukkan jumlah keuntungan atau kerugian pada setiap peringkat jualan
ii. Menentukan tahap volum jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan
kerugian
iii. Membantu pihak pengurusan membuat perancangan dan kawalan
TPM : JUMLAH HASIL = JUMLAH KOS
Kos Tetap Kos Berubah
• Kos yang dibayar untuk • Kos yang dibayar untuk
penggunaan faktor penggunaan faktor
pengeluaran tetap pengeluaran berubah
• Tidak berubah walaupun • Berubah mengikut tingkat
pengeluaran berubah pengeluaran
• Perlu dibelanjakan walaupun • Tidak perlu dibelanjakan
tiada pengeluaran sekiranya tiada pengeluaran
• Contoh: Sewa kilang, gaji • Contoh: Kos Bahan
pengurus kilang, insurans Langsung dan Kos Buruh
kilang Langsung
26
NOTA PRINSIP PERAKAUNAN / CIKGU SHARINAZ JAMALUDIN/ SMK CHIO MIN (CF) / TINGKATAN 5
Kaedah Penentuan Titik Pulang Modal
Kaedah Penentuan Titik Pulang Modal
Margin Caruman Kaedah Graf
membantu perniagan menunjukkan hubungan antara
menampung kos tetap kos, hasil dan untung pada
pelbagai tingkat pengeluaran
27