The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN BULAN JANUARI 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Rainah Talib, 2019-12-24 02:51:36

BUKU PENGURUSAN 2020

BUKU PENGURUSAN BULAN JANUARI 2020

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN YARL

LORONG AWAN CINA

58200 KUALA LUMPUR

Tel : 03-79834552

Ruj. Kami: SMKTY 700-10/2/6 ( ) Fax :03-79812092

Tarikh :

Kepada,

……………………………………..

……………………………………..

……………………………………..

……………………………………..

Tuan / Puan,

PEMBERITAHUAN TINDAKAN BUANG SEKOLAH

Saya dengan ini memaklumkan bahawa anak tuan/ puan bernama ………………………………..........…No. SB / KP :
…………………………………….. dari Tahun / Tingkatan : ………………………………..telah tidak hadir ke sekolah selama
............... hari secara berturut-turut .

2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan/puan melalui surat-surat berikut :

i) Amaran/Makluman 1 – Ruj .............................................................bertarikh

ii) Amaran /Makluman 2 –Ruj .............................................................bertarikh
iii) Amaran /Makluman 3 - Ruj ..............................................................bertarikh

3. Dengan ini anak jagaan tuan/puan dikenakan tindakan BUANG SEKOLAH mulai .................... Sehubungan
dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir ke sekolah untuk memulangkan buku-buku skim pinjaman buku teks
(SPBT) yang telah diperoleh oleh anak jagaan tuan/puan dan menjelaskan segala yuran jika berkenaan.

4. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh membuat rayuan untuk bersekolah semula kepada Pendaftaran
Sekolah-sekolah di Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh
BUANG SEKOLAH, seperti yang diperuntukkan pada 10.2 Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran
(DISIPLIN SEKOLAH) 1959.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah, Guru Tingkatan,
.............................................. ...........................
(Pengetua/PK HEM)
141
s.k. 1. Fail sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN YARL
LORONG AWAN CINA
58200 KUALA LUMPUR

Tel : 03-79834552

Fax :03-79812092 BORANG

_________________________________________________________________________________

SEMAKAN MURID MASUK

UNTUK TINDAKAN PENYELARAS TINGKATAN
Sila semak perkara-perkara berikut bersama-sama penjaga pelajar baharu sebelum pelajar didaftarkan:-

1) YURAN
a) Segala bayaran mesti dijelaskan sebelum pelajar baharu didaftarkan dan memulakan sesi pembelajaran di
sekolah. Resit sementara boleh dikeluarkan.
b) Murid warga asing wajib menyerahkan:
- Surat kelulusan daripada JPWP, KL
- Resit AM (Kew 28) asal
- Salinan pasport dan pas pelajar (yang telah disahkan)

2) BUTIR-BUTIR MURID
a) Ibu bapa/ Penjaga dikehendaki menyerahkan fail maklumat murid kepada Penyelaras tingkatan. Jika
TIADA,Penjaga dikehendaki melengkapkan Buku Maklumat Murid.
b) Dokumen berikut perlu diserahkan kepada guru tingkatan; salinan KP murid, bapa dan ibu, salinan surat
beranak murid, salinan bil elektrik /air.
c) 4 keping foto bersaiz pasport.

3. DOKUMEN PERSEKOLAHAN (Sila lihat muka surat belakang)

4. PENAMPILAN DAN KEKEMASAN DIRI
Sila pastikan murid baharu memakai uniform sekolah yang mengikut garis panduan yang diberikan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum membenarkan murid masuk ke kelas (semak rambut, misai dll).

142

DOKUMEN MASUK SEKOLAH

NAMA PELAJAR :

TINGKATAN :

NAMA SEKOLAH LAMA :

___________________________________________________________________________________

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Bersama-sama ini saya sertakan dokumen-dokumen di bawah untuk tindakan tuan.

1. PT3/Ting. 3/PBS Ting. 1 dan 2 2. SPM (TINGKATAN 4 & 5)

1.1 Buku Kemajuan Murid 2.1 Buku Kemajuan Murid

1.2 Buku Rekod Penilaian 2.2 Buku Rekod Penilaian
Kokurikulum Kokurikulum

1.3 Buku Kesihatan 2.3 ULBS Bahasa Malaysia

1.4 Buku Biasiswa BKP/Baitulmal 2.4 ULBS Bahasa Inggeris

1.5 PBS/PLBS Bahasa Malaysia 2.5 PEKA Sains

1.6 PBS/PLBS Bahasa Inggeris 2.6 Fizik

1.7 PBS/Kerja Kursus Sejarah 2.7 Biologi

1.8 PBS/Kerja Kursus K. Hidup 2.8 Kimia

1.9 PBS Matematik 2.9 Prinsip Akaun

1.10 PBS/Kerja Kursus Geografi 2.10 Kerja Kursus Sivik

1.11 PBS/PEKA Sains 2.11 Kerja Kursus Moral

1.12 PBS/Kerja Kursus PAFA 2.12 Kerja Kursus P.Seni

1.13 PBS P. Kesihatan/Buku SEGAK 2.13 Kerja Kursus PAFA

1.14 PBS Bahasa Cina 2.14 Buku SEGAK

1.15 Laporan Disiplin 2.15 Laporan Disiplin

CATATAN:
………………………………………………………………………………………………………………………....
………………………………………………………………………………………………………………................

143

BORANG SEMAKAN MURID KELUAR

Sila lampirkan borang ini bersama-sama Borang Pertukaran P.U (A) 275

Nama Murid:_____________________________________ Tingkatan:_____________________

Tahun:________________ Tarikh:___________________

Jika sudah Amaun Catatan Nama Guru
bayar belum Dan
PERKARA dijelaskan
tuliskan no. Tandatangan
(A) Pelbagai Yuran/bayaran resit
(Dilengkapkan oleh Guru Tingkatan
1. Bayaran Majalah Sekolah
2. Derma PIBG
3. Lain-lain bayaran
4. Buku SPBT/Dibawa ke Sekolah Baharu

B. Perpustakaan
Dilengkapkan oleh guru Perpustakaan

1. Buku Perpustakaan
2. Lain-lain

(C) Biasiswa(jika ada
Dilengkapkan oleh Guru Biasiswa)

(D) Peralatan Sukan/Kokurikulum
Dilengkapkan oleh S/usaha Sukan

(E) Dokumen Persekolahan
(Rujuk muka surat belakang

Disahkan Oleh:

Pengetua,
SMK Taman Yarl, Kuala Lumpur

144

DOKUMEN KELUAR SEKOLAH

NAMA MURID :

TINGKATAN :

____________________________________________________________________________________

Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen di bawah untuk tindakan tuan.

1. PT3/Ting. 3/PBS Ting. 1 dan 2 2. SPM (TINGKATAN 4 & 5)

1.1 Buku Kemajuan Murid 2.1 Buku Kemajuan Murid

1.2 Buku Rekod Penilaian 2.2 Buku Rekod Penilaian
Kokurikulum Kokurikulum

1.3 Buku Kesihatan 2.3 ULBS Bahasa Malaysia

1.4 Buku Biasiswa BKP/Baitulmal 2.4 ULBS Bahasa Inggeris

1.5 PLBS/PBS Bahasa Malaysia 2.5 PEKA Sains

1.6 PLBS/PBS Bahasa Inggeris 2.6 Fizik

1.7 PBS/Kerja Kursus Sejarah 2.7 Biologi

1.8 PBS/Kerja Kursus K. Hidup 2.8 Kimia

1.9 PBS/Matematik 2.9 Prinsip Akaun

1.10 PBS/Kerja Kursus Geografi 2.10 Kerja Kursus Sivik

1.11 PBS/PEKA Sains 2.11 Kerja Kursus Moral

1.12 PBS/Kerja Kursus PAFA 2.12 Kerja Kursus P.Seni

1.13 PBS/Buku SEGAK/P.Jasmani 2.13 Kerja Kursus PAFA

1.14 PBS Bahasa Cina 2.14 Buku SEGAK

1.15 Laporan Disiplin 2.15 Laporan Didiplin

Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen tersebut di atas daripada pihak sekolah

_______________________
Nama Penjaga & Tandatangan
No. Kad Pengenalan:

145

TUGAS KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN

1. Ketua dan penolong ketua tingkatan adalah orang yang bertanggungjawab menjaga pelajar dan kelas semasa
ketiadaan guru.

2. Ketua dan penolong ketua tingkatan bertanggungjawab ke atas buku kawalan kelas.
3. Ketua dan penolong ketua tingkatan mesti mencari guru sekiranya guru tidak hadir ke kelas selepas 5 minit.

4. Pelajar tidak boleh masuk ke kelas dan mesti berada dalam barisan sehingga guru masa pertama masuk ke kelas.
Sekiranya 5 minit selepas selesai bacaan doa dan pengumuman guru tidak hadir ke kelas maka ketua dan penolong
ketua tingkatan mesti mencari guru masa pertama di bilik guru. Jika tiada di bilik guru, sila rujuk di pejabat.

5. Dalam apa-apa jua keadaan, ketua dan penolong ketua tingkatan mesti sentiasa memastikan kelas dalam keadaan
bersih, selamat, kemas dan ceria. Ketua dan penolong ketua tingkatan bolehlah meminta AJK kelas berfungsi
mengikut jawatan yang disandang. Minta kerjasama rakan-rakan di dalam kelas untuk bertanggungjawab bersama.

6. Sebarang kemalangan dan kejadian di dalam kelas adalah menjadi tanggungjawab ketua dan penolong ketua
tingkatan untuk terus melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas. Sekiranya guru kelas tiada pada hari kejadian
maka terus laporkan kepada guru disiplin.

7. Ketua dan penolong ketua tingkatan wajib memastikan buku kawalan kelas dihantar dan diletakkan di rak mengikut
kelas masing-masing di bilik sahsiah setiap hari selepas waktu terakhir. Kegagalan ketua dan penolong ketua
tingkatan berbuat demikian boleh mengakibatkan Ketua dan penolong ketua tingkatan dipanggil ke bilik siasah untuk
disiasat dan diberi penalti.

8. Ketua dan penolong ketua tingkatan bertanggungjawab membantu pengawas mengawal kelas setiap masa.
9. Ketua dan penolong ketua tingkatan bertanggungjawab membantu pengawas dan guru memastikan kekemasan diri

pelajar di dalam kelas masing-masing.

146

147

148

149

150

151

152

153

154

155

156

157

158

159

160

161

162

163

164

165

166

167

LAMPIRAN KOKURIKULUM 2020
BIDANG TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN BADAN KOKURIKULUM 2020
A. Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum
1. Menyelaraskan semua aktiviti kokurikulum.
2. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian murid.
3. Menguruskan pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti Pasukan Badan Beruniform,
Kelab / Persatuan dan Kelab Sukan / Permainan.
4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.
8. Menjalankan tugas pencatat dalam semua Mesyuarat Kokurikulum.
B. Tanggungjawab Setiausaha Sukan
1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSN / MSSM.
3. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
4. Menetapkan murid dalam Rumah Sukan.
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Menguruskan dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskinikan buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan dalam sekolah dan luar sekolah
untuk edaran, rujukan dan rekod.
11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua atau GPK Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
12. Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan Pasukan Sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
13. Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

168

C. Tanggungjawab Penyelaras Pasukan Badan Beruniform, Kelab / Persatuan Dan Kelab Sukan /
Permainan

1. Memastikan Mesyuarat Agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
2. Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan difailkan.
3. Menghadiri Mesyuarat Kokurikulum.
4. Mengaturkan dan menyelia perjalanan Pasukan Badan Beruniform, Kelab / Persatuan dan Kelab Sukan /

Permainan.
5. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
6. Merancangkan aktiviti tahunan.
7. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
8. Menyelaraskan semua aktiviti kokurikulum.
9. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk murid menyertai Pasukan Badan Beruniform, Kelab /

Persatuan dan Kelab Sukan / Permainan.
10. Menguruskan Kad Kokurikulum dan Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum :

(a) Memastikan setiap murid mempunyai Kad Kokurikulum yang dilengkapkan oleh Guru Penasihat
. (b) Memastikan Kad Kokurikulum diserahkan kepada Guru Tingkatan pada akhir tahun bagi tujuan pengisian

maklumat dalam PAJSK
(c) Merekod kehadiran guru penasihat untuk aktiviti kokurikulum dalam Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum.
11 Menyemak Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum(BLAK) secara berkala
12. Mengganti guru penasihat yang tidak hadir untuk aktiviti kokurikulum, sekiranya perlu.
13. Mengumpulkan Rancangan Tahunan dan melengkapkan Fail Penyelaras (SPSK PK 22 / PK 23)
14. Menyelaraskan nama-nama penerima anugerah cemerlang / penghargaan di akhir tahun.
15. Membuat Laporan Tahunan Keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.
16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau GPK Kokurikulum dari semasa ke semasa.

169

D. Tanggungjawab Guru Penasihat Pasukan Badan Beruniform Dan Kelab / Persatuan
1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK.
2. Membentuk jawatankuasa di kalangan ahli secara demokrasi dan memastikan AJK yang dipilih

menjalankan tugas dengan betul seperti yang tercatat dalam Perlembagaan.
3. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
4. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah, tidak menyalahi peraturan sekolah dan tidak

menyeleweng dari Perlembagaan Pasukan Badan Beruniform dan Kelab / Persatuan.
5. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
6. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan Pasukan Badan Beruniform atau Kelab / Persatuan

yang diwakili.
7. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli.
8. Mengambil kehadiran ahli setiap kali aktiviti dijalankan dan menandatangani Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum

ahli.
9. Merancangkan aktiviti tahunan dengan kerjasama murid, merekod serta memfailkannya.
10. Merancangkan dan mengatur strategi untuk meningkatkan prestasi / kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform

dan Kelab / Persatuan yang dinasihati.
11. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
12. Memastikan Setiausaha menyediakan dan memfailkan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti, serta melengkapkan

buku / fail aktiviti.
13. Menguruskan kewangan, harta benda dan peralatan (jika ada) dengan baik dan membuat anggaran perbelanjaan

(jika perlu).
14. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform dan Kelab / Persatuan.
15. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti / program sekolah dan dapat menjalankan tugas

yang diarahkan oleh pihak Pengetua.
16. Melaporkan dan sentiasa berbincang dengan Pengetua atau GPK Kokurikulum tentang perkembangan Pasukan

Badan Beruniform atau Kelab / Persatuan.
17. Menguruskan penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah / zon / daerah / negeri dalam lawatan atau projek

yang dijalankan.
18. Menguruskan segala surat-menyurat dan keperluan untuk aktiviti di luar sekolah; surat-menyurat dengan pihak luar

hendaklah dibuat melalui Pengetua dan mendapat kelulusan Pengetua.
19. Mendapatkan kebenaran ibu bapa / penjaga apabila murid diperlukan untuk sesuatu aktiviti di luar kawasan

sekolah atau di kawasan sekolah selepas waktu persekolahan.
20. Mengiringi rombongan yang dianjurkan oleh Pasukan Badan Beruniform atau Kelab / Persatuan.
21. Memastikan keselamatan murid semasa menjalani sesuatu aktiviti.
22. Menguruskan dan memastikan Papan Notis digunakan dengan sempurna / sepenuhnya.
23. Memastikan aktiviti Pasukan Badan Beruniform atau Kelab / Persatuan direkodkan dalam Buku Rekod Aktiviti

Kokurikulum, sama ada aktiviti dijalankan dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah.
24. Menentukan status Penglibatan dan Pencapaian setiap ahli pada akhir tahun serta mencadangkan nama-nama ahli

yang layak untuk menerima Sijil Anugerah Kokurikulum.
25. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau GPK Kokurikulum dari semasa ke semasa.

E. Tanggungjawab Guru Penasihat Kelab Sukan / Permainan Dan Rumah Sukan

170

1. Membentuk jawatankuasa dalam kalangan murid.
2. Merancangkan peningkatan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam permainan.
3. Merancangkan aktiviti tahunan dengan Guru Penasihat Rumah Sukan, seperti Pertandingan Antara
4. Rumah Sukan.
5. Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.
6. Berusaha mendapatkan khidmat dan nasihat daripada mereka yang pakar, seperti pemain Pasukan
7. Sekolah.
8. Membantu dalam melahirkan pemain berbakat untuk mewakili Pasukan Sekolah.
9. Memilih dan melatih Pasukan Sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.

Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi semasa bermain atau menjalani latihan.
Mengawasi keselamatan murid sewaktu latihan dan bermain. Jika berlaku sesuatu insiden sewaktu
10. latihan atau bermain, Guru Penasihat hendaklah membuat laporan dan serahkan kepada Pengetua dan
salinannya kepada GPK Kokurikulum.
Memastikan Setiausaha menyediakan dan memfailkan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti, serta
melengkapkan buku / fail aktiviti.
11. Melapor dan merekodkan aktiviti Pasukan Sekolah dalam Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum dan
keputusan pertandingan yang disertai.
12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan cukup
untuk digunakan.
13. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
14. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan / Kelas / Tingkatan / Sekolah.
15. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk ke pertandingan di luar sekolah.
16. Menguruskan pengangkutan untuk Pasukan Sekolah ke pertandingan di luar sekolah.
17. Mengiringi Pasukan Sekolah ke pertandingan di luar sekolah.
18. Menilai prestasi Pasukan Sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan.
19. Merekodkan nama pemain yang berpotensi dan Pasukan Sekolah yang cemerlang (seperti Johan Zon /
Negeri, Wakil Zon / Daerah / Negeri / Kebangsaan dan sebagainya).
20. Menentukan status Penglibatan dan Pencapaian setiap ahli pada akhir tahun serta mencadangkan nama-
nama ahli yang layak untuk menerima Sijil Anugerah Kokurikulum.
21. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh JPWP KL, Jabatan Belia, Kebudayaan & Sukan,
Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan / Sukan.
22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau GPK Kokurikulum dari semasa
ke semasa.
Catatan :
Pemain-pemain bagi setiap Pasukan Sekolah secara automatik menjadi ahli Kelab Sukan / Permainan yang
diwakilinya. Namun begitu, mereka dibenarkan menjadi ahli Kelab Sukan / Permainan yang lain.

171

F. Tanggungjawab Pengurus Pasukan Sekolah
1. Membuat pilihan pemain untuk membentuk satu Pasukan Sekolah.
2. Melantik Ketua Pasukan dan Penolong Ketua Pasukan sekolah.
3. Merancangkan strategi jangka pendek dan jangka panjang untuk Pasukan Sekolah.
4. Merancangkan latihan supaya bersesuaian dengan tarikh pertandingan.
5. Memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang masa latihan dan pertandingan yang diadakan.
6. Mengambil kehadiran pemain setiap kali latihan dan merekod nama-nama pemain yang cemerlang dan

berdisiplin.
7. Memastikan murid berpakaian sukan sewaktu menjalani latihan.
8. Memberitahu Pengetua / GPK HEM / GPK Kokurikulum jika hendak mengadakan perlawanan

persahabatan.
9. Mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa / penjaga sekiranya menyertai sesuatu pertandingan

atau perlawanan.
10. Menguruskan hal pengangkutan jika diperlukan atau menguruskan wang sagu hati / elaun murid. Borang

Pengangkutan perlu diisi, kemudian dapatkan pengesahan Pengetua / GPK Kokurikulum sebelum
dihantar kepada Bendahari PIBG. Sila dapatkan resit semasa membuat tuntutan.
11. Memilih jersi dan warna jersi yang hendak digunakan.
12. Memastikan murid memulangkan jersi selepas tamat pertandingan.
13. Mengawasi murid supaya sentiasa berdisiplin dan berkelakuan baik sewaktu pertandingan
dilangsungkan.
14. Menjaga keselamatan murid sewaktu latihan atau pertandingan.
15. Sentiasa berada di kawasan perlawanan atau pertandingan jika Pasukan Sekolah sedang bertanding dan
memastikan murid tidak berada di kawasan perlawanan atau pertandingan selepas tamat perlawanan
atau pertandingan.
16. Membuat laporan dan melaporkan sesuatu tragedi atau kemalangan seberapa segera kepada Pengetua /
GPK HEM / GPK Kokurikulum.
17. Mengadakan Post Mortem setiap kali menyertai sesuatu perlawanan atau pertandingan.
18. Menghantar tuntutan (elaun murid) dengan secepat mungkin, iaitu sehari atau dua hari selepas
pertandingan. Tuntutan mesti disertakan dengan Jadual Pertandingan, Surat Panggilan Mesyuarat dan
surat / dokumen yang berkaitan.

G. Tanggungjawab Pemantau Badan Beruniform, Kelab/Persatuan Dan Kelab Sukan /Permainan

1. Memantau perjalanan aktiviti badan beruniform, kelab/persatuan atau kelab sukan /permainan.
2. Mengisi Borang Pemantauan yang disediakan dan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru yang
3. dipantau.

Mencerap Guru Penasihat mengikut takwim yang disediakan dan mengisi Borang Pencerapan KBAT
4. serta memberi laporan kepada guru yang dicerap serta PK Kokurikulum / SU Kokurikulum / Penyelaras.

Bekerjasama dengan PK Kokurikulum, SU Kokurikulum dan Penyelaras untuk memastikan aktiviti
kokurikulum berjalan dengan lancar dan mencapai tahap kualiti yang memuaskan.

NOMBOR PENDAFTARAN KELAB / PERSATUAN

KELAB / PERSATUAN NOMBOR PENDAFTARAN

PERSATUAN BAHASA MELAYU SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/1
PERSATUAN BAHASA INGGERIS SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/2
PERSATUAN BAHASA CINA SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/3
PERSATUAN BAHASA TAMIL SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/4
PERSATUAN SEJARAH, GEOGRAFI DAN RUKUN NEGARA SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/5
PERSATUAN SAINS SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/6
PERSATUAN MATEMATIK SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/7
PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/8
KELAB KERJAYA DAN KAUNSELING SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/9

172

KELAB INTERACT SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/10
KELAB KOMPUTER SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/11
KELAB PENGGUNA DAN KITAR SEMULA SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/12
KELAB STEM DAN ROBOTIK SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/13
KELAB SENI DAN KRAFTANGAN SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/14
PERSATUAN PENDIDIKAN MORAL SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/15
PERSATUAN RBT SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/16
KELAB DOKTOR MUDA SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/17
PERSATUAN KRISTIAN SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/18
KELAB KOPERASI SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/3/19

NOMBOR PENDAFTARAN UNIT BERUNIFORM NOMBOR PENDAFTARAN

UNIT BERUNIFORM SMKTY 800-2/4/1
SMKTY 800-2/4/2
PENGAKAP SMKTY 800-2/4/3
PANDU PUTERI SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/4/4
PASUKAN BULAN SABIT MERAH SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/4/5
PASUKAN KADET POLIS SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/4/6
PASUKAN KADET REMAJA SMK TAMAN YARL
PASUKAN GENDANG 24 MUSIM SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/4/7
PASUKAN KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (KASPA) SMK TAMAN YARL

NOMBOR PENDAFTARAN KELAB SUKAN / PERMAINAN

KELAB SUKAN / PERMAINAN NOMBOR PENDAFTARAN

KELAB BOLA SEPAK DAN FUTSAL SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/5/1
KELAB BOLA JARING SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/5/2
KELAB BOLA TAMPAR SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/5/3
KELAB BOLA BALING SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/5/4
KELAB BADMINTON SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/5/5
KELAB SEPAK TAKRAW SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/5/6
KELAB PING PONG SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/5/7
KELAB BOLA KERANJANG SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/5/8
KELAB OLAHRAGA DAN MERENTAS DESA SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/5/9
KELAB CATUR SMK TAMAN YARL SMKTY 800-2/5/10

PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2020

A. Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum
Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut :
Jadual 1
Gred Markah
A 80 ― 100
B 60 ― 79
C 40 ― 59
D 20 ― 39
E 0 ― 19

B. Contoh Pemberian Gred Keseluruhan
Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi seorang murid dalam dua daripada tiga jenis kegiatan
kokurikulum yang dianggotai berserta markah bonus. Dua bidang kegiatan dipilih bergantung kepada
prestasi markah yang diperoleh, iaitu dua bidang yang menunjukkan prestasi tertinggi.

Jumlah Markah Terbaik :

173

Pasukan Badan Beruniform = 80
Kelab / Persatuan = 68
Kelab Sukan / Permainan = 85
Markah Purata Dua Terbaik = ( 80 + 85 ) / 2
Markah Bonus ( Ketua Murid ) = 82.5
Pemberian Markah Keseluruhan = 10
Gred Keseluruhan = 82.5 + 10
= 92.5
=A

C Himpunan Prestasi Markah Penilaian Kokurikulum Sepanjang Tempoh Persekolahan ( CGPA )
Jadual 2

Tingkatan Markah Kokurikulum GPA CGPA

Peralihan 55 55.00 55.00

1 69 69.00 62.00

2 82 82.00 72.00

3 83 83.00 77.50

4 89 89.00 83.25

5 80 80.00 81.63

Contoh Pengiraan CGPA Untuk mendapatkan 10 % markah kemasukan

Tingkatan 1 = ( 55 + 69 ) / 2 = 62.00 ke Institut Pengajian Tinggi Awam,

Tingkatan 2 = ( 62 + 82 ) / 2 = 72.00 markah akhir hendaklah dibahagikan dengan

100 dan didarabkan dengan 10.

Contohnya : Tingkatan 5
Tingkatan 3 = ( 72 + 83 ) / 2PAN=DUAN7P7E.5N0GENDALIAN
PERKHEMAHAN DAN LAWATAN81.63
Tingkatan 4 = ( 77.5 + 89 ) / 2 = 83.25 = 100 × 10
= 8.16
Tingkatan 5 = ( 83.25( +SP8tRa0On)dS/aE2rdDU=ORpePraEtN8io1Gn.6aE3lNPDroAcLeIdAuNreP, ISA.OW.API. )

PERKHEMAHAN DI LUAR SEKOLAH

Tempoh Proses Kerja / Perkara / Aktiviti Diuruskan Tindakan :
Tindakan Petugas Yang Bertindak &
Pegawai Yang Meluluskan /
Untuk
Program Dirujuk

8 minggu 1.1 Membincang dengan GPK Kokurikulum tentang ~ Guru Penasihat / Petugas
sebelum
Kertas Kerja Pelaksanaan Perkhemahan. ~ GPK Kokurikulum
7 minggu
sebelum 1.2 Menyediakan Nota Minta bersama sebut harga. ~ Guru Penasihat / Petugas

2.1 Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua ~ Guru Penasihat / Petugas
untuk : ~ Pengetua
(a) Kertas Kerja Pelaksanaan
Perkhemahan 174
(b) Nota Minta ( bersama sebut harga )

2.2 Melengkapkan Borang Senarai Peserta. ~ Guru Penasihat / Petugas
2.3 Mendapatkan kelulusan ibu bapa / penjaga ~ Semua Peserta
~ Ibu Bapa / Penjaga
melalui Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga.

6 minggu 3.1 Menghantar Borang Pelancongan Sekolah ~ Guru Penasihat / Petugas
sebelum ( PS 1, PS 2, PS 3 dan Borang Peserta )
ke JPN WPKL.

1 minggu 4.1 Mengadakan taklimat dengan semua peserta ~ Guru Penasihat / Petugas
sebelum 5.1 dan guru petugas / pengiring. ~ Semua Peserta
Semasa Kem
Melaksanakan program perkhemahan. ~ Guru Penasihat / Petugas
1 minggu 6.1 ( Guru petugas / pengiring mesti hadir ~ Semua Peserta
selepas 7.1 ~ Guru Penasihat / Petugas
dan mengawal peserta di sepanjang ~ AJK Pelaksana
2 minggu waktu perkhemahan. ) ~ Guru Penasihat / Petugas
selepas Menyediakan dokumentasi perkhemahan
( laporan pelaksanaan program, kewangan,
post-mortem dan lain-lain yang berkaitan ).

Memasukkan markah kokurikulum dan
menyediakan sijil penyertaan / pencapaian untuk
peserta perkhemahan.

175

PROSEDUR PENGENDALIAN PIAWAI
( Standard Operational Procedure, S.O.P. )
PERKHEMAHAN DALAM KAWASAN SEKOLAH

Tempoh Proses Kerja / Perkara / Aktiviti Diuruskan Tindakan :
Tindakan Petugas Yang Bertindak &
Pegawai Yang Meluluskan /
Untuk
Program Dirujuk

1.1 MemBincang dengan GPK Kokurikulum tentang ~ Guru Penasihat / Petugas
Kertas Kerja Pelaksanaan Perkhemahan. ~ GPK Kokurikulum

4 minggu 1.2 Menyediakan Nota Minta bersama ~ Guru Penasihat / Petugas
sebelum sebut harga.

3 minggu 2.1 Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua ~ Guru Penasihat / Petugas
sebelum untuk : ~ Pengetua
(a) Kertas Kerja Pelaksanaan ~ Guru Penasihat / Petugas
Perkhemahan ~ Semua Peserta
(b) Nota Minta ( bersama sebut harga ) ~ Ibu Bapa / Penjaga

2.2 Melengkapkan Borang Senarai Peserta.
2.3 Mendapatkan kelulusan ibu bapa / penjaga

melalui Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga.

2 minggu 3.1 Membuat persediaan untuk tapak dan peralatan ~ Guru Penasihat / Petugas
sebelum 4.1 perkhemahan. ~ AJK Pelaksana
5.1
1 minggu Mengadakan taklimat dengan semua peserta ~ Guru Penasihat / Petugas
sebelum dan guru petugas / pengiring. ~ Semua Peserta

Melaksanakan program perkhemahan. ~ Guru Penasihat / Petugas
( Guru petugas / pengiring mesti hadir ~ Semua Peserta

Semasa Kem dan mengawal peserta di sepanjang
waktu perkhemahan. )

1 minggu 6.1 Menyediakan dokumentasi perkhemahan ~ Guru Penasihat / Petugas
selepas ( laporan pelaksanaan program, kewangan, ~ AJK Pelaksana
post-mortem dan lain-lain yang berkaitan ).

7.1 Memasukkan markah kokurikulum dan ~ Guru Penasihat / Petugas
2 minggu menyediakan sijil penyertaan / pencapaian untuk
selepas
peserta perkhemahan.

176

PROSEDUR PENGENDALIAN PIAWAI
( Standard Operational Procedure, S.O.P. )

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Tempoh Proses Kerja / Perkara / Aktiviti Diuruskan Tindakan :
Tindakan Petugas Yang Bertindak &
Pegawai Yang Meluluskan /
Untuk
Program Dirujuk
8 minggu
sebelum 1.1 Membincang dengan GPK Kokurikulum tentang ~ Guru Penasihat / Petugas
Kertas Kerja Pelaksanaan Lawatan. ~ GPK Kokurikulum
7 minggu
sebelum 1.2 Menyediakan Nota Minta bersama ~ Guru Penasihat / Petugas
sebut harga.
6 minggu
sebelum 2.1 Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua ~ Guru Penasihat / Petugas
1 minggu untuk : ~ Pengetua
sebelum (a) Kertas Kerja Pelaksanaan Lawatan
Semasa (b) Nota Minta ( bersama sebut harga )
Lawatan
1 minggu 2.2 Melengkapkan Borang Senarai Peserta. ~ Guru Penasihat / Petugas
selepas 2.3 Mendapatkan kelulusan ibu bapa / penjaga ~ Semua Peserta
2 minggu ~ Ibu Bapa / Penjaga
selepas melalui Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga.

3.1 Menghantar Borang Pelancongan Sekolah ~ Guru Penasihat / Petugas
( PS 1, PS 2, PS 3 dan Borang Peserta )
ke JPN WPKL.

4.1 Mengadakan taklimat dengan semua peserta ~ Guru Penasihat / Petugas
dan guru petugas / pengiring. ~ Semua Peserta

5.1 Melaksanakan program lawatan. ~ Guru Penasihat / Petugas
( Guru petugas / pengiring mesti hadir ~ Semua Peserta
dan mengawal peserta di sepanjang
waktu lawatan. Anggarkan seorang
guru petugas / pengiring untuk setiap
20 orang peserta.)

6.1 Menyediakan dokumentasi lawatan ~ Guru Penasihat / Petugas
( laporan pelaksanaan program, kewangan, ~ AJK Pelaksana
post-mortem dan lain-lain yang berkaitan ).

7.1 Memasukkan markah kokurikulum dan ~ Guru Penasihat / Petugas

menyediakan sijil penyertaan / pencapaian untuk
peserta lawatan.

177

TAJUK KERTAS KERJA PELAKSANAAN CONTOH SURAT PERKHEMAHAN
PERKHEMAHAN / LAWATAN
1. Surat Permohonan Kebenaran
1. Nama Perkhemahan / Lawatan Mengadakan Perkhemahan Peringkat
Sekolah
2. Latar Belakang / Rasional
2. Surat Kelulusan Mengadakan
3. Matlamat Perkhemahan Peringkat Sekolah

4. Objektif 3. Surat Permohonan Khidmat Hakim
Pertandingan Sempena Perkhemahan
5. Tarikh dan Tempat
4. Surat Permohonan Meminjam Peralatan /
6. Sasaran Penyertaan Keperluan / Khidmat Bantuan Sempena
Perkhemahan
7. Ahli Jawatankuasa Pelaksana
5. Surat Lampiran – Permohonan Meminjam
8. Jadual dan Aktiviti Perkhemahan / Peralatan Yang Diperlukan Untuk
Lawatan Perkhemahan

9. Peraturan Perkhemahan / Lawatan

10. Anggaran Perbelanjaan

11. Harapan dan Penutup

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN

1. Semasa perkhemahan, peserta dan guru hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal-mengenali

dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

127. APkteivsietirtpaednigwgaujnibakaannamirednagnerajapki apnersluoldaitjablearnjekamnadaihbdaiwsauhrapuepnaydealiawaank/tupeynagnagwdaitseatanpdkaann molenhdkaepmatkkoembeanadraann. daripada

3. pSbermkeunaapaens.erta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap aktiviti / program.
148.. PePnegsgeurtnaahaennpdearkalalahtamnebnejarbgaahsaeygaahlaenpdearakllaathandiybaanwgadhispeedniaykealinaadnandadnilapreannggamwaesroasnakkan atau memindahkan
piphearkalbaetartnankgegtuenmgpjaawt laabin. .
12590... sPPeSsPeemaeesramesmatersuputraaraataahjtnipikddd-iaphaiilaeakdmrrkidaafeiyinktrbuaaigerrntkaanmgana-nretraleknaptraeaielninbbrtlmaeabunmte.egdrnpiangaaltettaea.nmruaakimpskeeierrdksoheesenlaamgmkakaanahtnaaonnrpaoadnkkigloaalkrnua-apdnroigmtkamoankkeplryuaoamkknokegkabtnedenarddalaaarrmapi nasketdamdawaraialsapsamiahknakekpaewpreaknshagenamnpajuehrra.knhedmanahmaenmbuang
6.

7. Peserta tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada Binatang.

8. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa
kebenaran.

9. Peserta hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke
dewan makan atau keluar dari kawasan perkhemahan.

10. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

11. Semua peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing selepas jam 12.00 tengah malam.

12. Peserta tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap Binatang tanpa aran semasa perkhemahan.

13. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Urusetia.

14. Peserta tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.

15. Peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.

16. Penjagaan diri / peralatan / harta persendirian perlu diberi keutamaan.

17 Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan / pengawasan dan mendapat kebenaran
daripada pihak berkenaan.

18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.

19. Peserta tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.

20. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

.
178

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah,
ia renjis em

bun pada tanah bakat,
suara insan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru...atap ganti ketika pondok bocor,
kitab sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia...sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara darma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutub khanah,
menyediakan kutub khanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya
atas lambungan laut, merangsang
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru...minda segar dan kukuh akar
menghidupkan batin yang bersih,
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan
walau diambilnya kembali semua buku,
Sempat ditinggalkannya asas ilmu.

Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang taqwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang taqwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A.SAMAD SAID

SMK TAMAN YARL


Click to View FlipBook Version