1 SK SUNGAI UDANG KLANG MINIT MESYUARAT PENGURUSAN UNIT SUKAN & KOKURIKULUM BIL 3/2022 Tarikh : 30 November 2022 (Rabu) Masa : 1.00 hingga 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Kehadiran : 73% (31/45 orang guru) NAMA JAWATAN 1. MUHAMAD HAFIZ BIN DAMANHURI PK KOKO 2. NUR ASYILAH BINTI MUSTA’AIN SETIAUSAHA KOKO 3. NORHASIMAH BT MALAYON SANI PENUELARAS KELAB TAHUN 6 4. KALAIVAANI A/P MARUNTHAN KETUA REKACIPTA 5. SUZANA BT. JALAL KETUA BADMINTON 6. NOOR IZWANI BINTI IBRAHIM PENYELARAS TAHUN 5 SUKAN PERMAINAN 7. SURIHANA BINTI ABDULLAH KETUA KELAB SAINS 8. ZULKIFLE BIN A RAHMAN KETUA SEPAK TAKRAW 9. HAYATI BT JAMAAIN PENYELARAS KELAB KERJAYA 10. NOOR SUFANIE BINTI MAT SOKRI PENYELARAS UNIT BERUNIFORM TAHUN 4 11. JULIARINA BT SARIMIN PENYELARAS UNIT BERUNIFORM TAHUN 5 12. NOOR LIZA BINTI JAMALUDIN MENTERI BESAR SUKAN 13. MOHAMAD NAZRI BIN MOHD YUSOFF KETUA PING PONG 14. MAGESVARI. A/RAJALINGAM KETUA KELAB BACAAN DAN PSS 15. NORA BT ZAINAL PENYELARAS UNIT UNIFORM TAHUN 6 16. MAGESVARI A/RAJALINGAM KETUA KELAB BACAAN 17. SABOORA BEE WEE BINTI KAMARUDIN PENGERUSI BOLA BALING 18. MASHITHAH BT OTHMAN KETUA PPIM 19. MUHAMMAD RASYID BIN AZMI KETUA PBSM 20. NUR LIYANA BINTI SHARIFFUDIN PENYELARAS KELAB PERSATUAN TAHUN 4 21. MEGAT ABDUL ZAKI BIN MEGAT ABDUL HAMED GBK 22. ABIDAH BT RAHAMAT KETUA KELAB SPBT 23. ZALINAH BINTI MOHD AMIN KETUA PENASIHAT UNIT PENGAKAP KANAK- KANAK
2 24. HUSNUL HADI BIN HUSIN KETUA RUKUN NEGARA 25. NOR FAIZAH BINTI ALIAS PENYELARAS UB TAHUN 3 26. ZALINAH BINTI MANSOOR KETUA KELAB MATEMATIK 27. MAKELTHOM BINTI MOHAMED PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN TAHUN 4 28. SITI AISAH BT DAUD KELAB BOLA JARING 29. HELMYZI BIN HINDWAN GURU PEMBIMBING SOFBOL 30. NOOR FAIZAH BT OTHMAN KETUA PENYELARAS KELAB DOKTOR MUDA 31. NOOR HALIZA BINTI MANSOR KETUA PERSATUAN BAHASA MELAYU 32. NORHANIZAM BIN HASSAN PENYELARAS SUKAN PERMAINAN TAHUN 3 33. ADAM BIN AHMAD KETUA TKRS Turut Hadir : - Tidak Hadir Bersebab: 1. En. Mohamad Zaki Bin Mohamad Ibrahim 2. En. Mohd Ikram Bin Azmi 3. Pn, Zariza binti Mat Sawari 4. En. Mohd Khairul Nizam bin Ibrahim 5. Pn. Rasitah binti Ahmad 6. En. Mat Dinos bin Talib Urus Setia Mesyuarat: 1. Nur Asyilah Bt Musta’ain (S/U Kokurikulum) 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 En. Muhamad Hafiz bin Damanhuri mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua guru dalam meluangkan masa bagi menghadiri mesyuarat akhir pengurusan Unit Sukan & Kokurikulum Bil 3/2022 sekaligus taklimat Program Pendigitan Sekolah bagi Unit Sukan & Kokurikulum. 1.2 En. Muhammad Hafiz sekali lagi menjelaskan beberapa perkara tentang rumusan kehadiran dan aktiviti kokurikulum sepanjang sesi 2022/2023 berkesinambungan terhadap impak perjumpaan yang diadakan pada setiap hari Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 atas undian oleh ibubapa pada mesyuarat PIBG lepas. 1.3 En. Muhammad Hafiz juga turut memaklumkan beberapa aktiviti yang akan dijalankan naik sesi penggal 3 pada tahun 2023 mengikut takwim kokurikulum seperti yang telah dirancang dalam buku pengurusan awal tahun 2022. Makluman : Semua guru 7. En. Hasnan bin Zakaria 8. En. Zamkhairi bin Simon 9. En. Zamzuri bin Basheer Ahmed 10. En. Salihin bin Ahmad 11. Pn. Mazliza binti Musa 12. Pn. Makelthom bin Mohamed
3 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Cadangan oleh : Pn. Noor Sufanie binti Mat Sokri Disokong oleh : Pn. Hayati binti Jama’in - Tiada Pindaan Makluman : Semua guru 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit 4. PROGRAM PENDIGITAN SEKOLAH UNIT SUKAN & KOKURIKULUM 4.1 Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Muhammad Hafiz memohon setiap Ketua Unit ataupun wakil dapat memberi kerjasama dalam melengkapkan bahan dan maklumat bagi pendigitalan Unit Sukan & Kokurikulum memandangkan Guru Besar telah memberi Tarikh ‘due-date’ untuk disiapkan dalam tempoh masa yang terdekat. Menurut beliau, Langkah pertama yang perlu diambil ialah setiap ketua unit perlu mewujudkan Google classroom bagi unit masing-masing. 4.2 Naib Setiausaha Kokurikulum, Encik Muhammad Alif Aizat selaku penyelaras program, pendigitalan telah memapar Google Classroom (code class) bagi Unit Sukan & Kokurikulum yang telah diwujudkan bagi pengisian maklumat dan bahan bagi setiap Unit Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan. 4.3 Encik Muhammad Alif Aizat membentangkan kaedah dan cara pengisian bahan serta maklumat mengikut kehendak Unit Sukan & Kokurikulum yang lebih mesra pengguna dan sistematik. Ini adalah kerana pendigitan bagi Unit Sukan & Kokurikulum adalah sedikit berbeza daripada Unit HEM dan Kurikulum tetapi masih mudah diimplemantasi dan senang dicapai. Makluman : Ketua & setiausaha unit 5. PERBINCANGAN PERKARA BAHARU 5.1 PAJSK 5.1.1 Encik Muhammad Hafiz sekali lagi mengingatkan supaya guru-guru kelas mengisi maklumat dan markah PAJSK sebelum berakhirnya sesi persekolahan bagi tahun 2022/2023. Mohon penyelaras tahun untuk sampaikan maklumat ini pada telegram guru kelas. 5.1.2 Setiausaha Kokurikulum juga telah menjemput Cik Noor Izwani binti Ibrahim bagi menyampaikan taklimat serta pencerahan pengisian PAJSK (1 Disember 2022/Khamis) supaya dapat membantu guru kelas mencari ruang serta peluang bagi mengisi markah tambahan sekaligus menaikkan peratus markah PAJSK. Ini adalah bertujuan membantu murid yang memohon masuk tingkatan 1 ke sekolah-sekolah seperti MRS, Asrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Agama dan sebagainya.
4 5.1.3 Encik Muhammad Hafiz juga mengucapkan tahniah pada guru-guru kelas tahun 6 kerana telah mula mengumpul maklumat bagi pengisian data PAJSK seperti jawatan, sumbangan dalam dan luar sekolah, NILAM dan sebagainya. Makluman : Guru kelas & penyelaras tahun 5.2 KATMO CATUR 5.2.1 Encik Muhammad Hafiz memaklumkan sekolah kita merupakan tuan rumah bagi KATMO Catur yang dijadualkan berlangsung pada bulan Februari 2023. 5.2.2 Beliau mengharapakan agar Unit Sukan & Kokurikulum dapat bersama-sama bersedia dengan kehadiran pihak luar/sekolah lain sepanjang kejohanan memandangkan sekolah kita telah meletakkan sukan catur sebagai kebitaraan sekolah. 5.2.3 Latihan skuad elit juga perlu lebih dimanfaarkan mengikut jadual latihan yang telah disediakan oleh Penyelaras Skuad Elit Sekolah iaitu Pn.Nadia Farahin supaya murid lebih bersedia bagi mana-mana pertandingan kelak. Makluman : Jurulatih Salihin & semua guru 5.3 SIJIL-SIJIL PENGHARGAAN MURID TAHUN 6 5.3.1 Pn.Saboora Beewee meminta supaya Unit Sukan & Kokurikulum menyediakan sijil penyertaan dan penghargaan buat murid tahun 6 yang memegang jawatan dalam sukan dan kokurikulum untuk dimasukkan ke dalam fail murid sebelum majlis graduasi Tahun 6 pada 8 Februari 2023. 5.3.2 Sijil penghargaan bagi AJK Tahun 4 dan 5 juga akan diedarkan pada murid sebelum berakhirnya sesi persekolahan bagi tahun 2022/2023. Makluman : Setiausaha Koku & Penyelaras 6. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 3.1 Tiada laporan/kertas kerja yang dibentangkan 7. HAL-HAL LAIN 7.1 PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM TAHAP 2 7.1.1 Setiausaha memaklumkan Tarikh perkhemahan yang dirancang adalah 27-29 Januari 2023 dan akan dijalankan di luar sekolah iaitu Kem Delta Jugra, Banting, Klang. 7.1.2 Beliau juga menyatakan kertas kerja masih dalam bentuk draf dan akan mengadakan mesyuarat perkhemahan secepat mungkin. Ini hanylah makluman diperingkat awal sahaja.
5 7.1.3 Berikut merupakan rumusan darf kertas kerja : Tarikh : 27-29/01/2023 (Jumaat, Sabtu & Ahad) Tempat : Kem Delta Jugra, Banting Sasaran : 160 peserta ( 4 buah bas) Makluman : Ketua Unit Beruniform 7.2 PENGEMASKINIAN PAPAN KENYATAAN UNIT 7.2.1 Encik Muhammad Hafiz memohon pada semua Ketu unit Beruniform bersama-sama ahli unit dan penyelaras-penyelara Unit Beruniform mengemaskini papan kenyataan masong-masing di Lorong bilik sukan menuju ke bilik unit-beruniform (sebelah pra USM) 7.2.2 Beliau juga mencadangkan untuk menampal maklumat asas seperti carta, takwim dan aktiviti unit pada perjumpaan kokurikulum sepanjang tahun 2022 7.2.3 Encik Muhammad Hafiz memohon Ketua Unit untuk mengenalpasti murid yang aktif dan memberi sumbangan luar bagi pencalonan Tokoh Sukan & Kokurikulum pada hari Anugerah tahun depan sesi 2022/2023 kelak. Makluman : Ketua Unit & Penyelaras Unit Beruniform 8. PENUTUP 8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada tepat jam 2.00 petang. 8.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang telah meluangkan masa dalam mesyuarat ini dan mengingatkan guru-guru untuk mengisi kehadiran dalam link yang telah disediakan. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum, Nur Asyilah Binti Musta’ain 14 Disember 2022