K H A U L A H A L - A Z W A R Si Bidadari Besi RAHMAH AHMAD
ISI KANDUNGAN Prakata Penafian Biodata Penghargaan Pendahuluan Menyesuluri Kehidupan Bidadari Besi Inspirasi Ketokohan Kesimpulan Penutup Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
PRAKATA Syukur ke hadrat Allah S.WT kerana d engan limpah kurnianya maka e-book ini telah dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan kepada semua naqibat pelapis APSA Pahang zon Kuantan. Pembikinan E-book ini merupakan satu modul wajib yang perlu di laksanakan oleh semua naqibat pelapis dan merupakan prasyarat dalam melengkapkan pengajian mereka selama 6 semester di Akademik Pengajian Saidatina Aisyah (APSA). Tajuk yang di tetapkan ialah berkenaan dengan " wanita dan dunia Islam kini" merupakan satu tajuk yang mengaitkan kedudukan wanita dan penglibatan mereka dalam dunia yang penuh cabaran. Pelbagai subtopik diketengahkan bagi menggambarkan wanita mampu berada ditengah masyarakat dalam pelbagai bidang dengan menonjolkan kemahiran yang berteraskan Islam dan menampilkan kebolehan wanita islam menghadapi arus kemodenan dunia tanpa sempadan.
PRAKATA Selain itu dibincangkan juga sekelumit tentang sejarah wanita hebat terdahulu dan menyusur galur sumbangan mereka dalam pelbagai bidang samada politik,ekonomi serta sosial budaya. NP juga mengenengahkan aliran pemikiran wanita-wanita hebat masa kini. Dalam menyediakan E book ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi sebelum dapat menghasilkan sebuah e book yang amat mantap dari segi isi penyampaian dan grafik penulisannya. Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan tahniah dan syabas atas usaha NP yang tidak mengenal penat lelah untuk manyiapkan penulisan ini. Semoga ia memberi manfaat yang besar kepada masyarakat terutama wanita masa kini . "Wanita pemangkin kebangkitan ummah.. " Sekian. Ustazah Rosmani Mustafa Pensyarah Den 64
PENAFIAN Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian penulisan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun samada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau apa saja tanpa izin penulis. Penulis juga tidak menjamin apa yang terkandung adalah sesuai untuk pembaca namun semua isi kandungan adalah melalui pengalaman serta kepakaran penulis.
Nama : Rahmah Binti Ahmad Umur : 31 Tahun Asal : Sg Lembing, Kuantan Pendidikan : Diploma Sains, UITM Jengka Pengalaman : Guru Tadika BIODATA
PENGHARGAAN Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim. Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan izin yang dikurniakan oleh-Nya, saya dapat menyiapkan ebook ini buat tatapan para pembaca terutama buat wanita khasnya. Sekalung penghargaan ingin saya ucapkan kepada pensyarah saya, Ustazah Rosmani Mustafa dan Ustazah Wahibah Binti Twahir kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan ebook ini. Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan-rakan NP yang turut memberi peringatan dan sebagai pemudahcara. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pembikinan ebook ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat. Terima kasih setinggi langit. Saya amat menghargainya.
PENDAHULUAN Wanita pada zaman Nabi Muhammad bukan sahaja pandai dalam hal dapur dan rumah. Mereka giat mempelajari Islam, menghafal alQuran dan hadis, mengajar mereka membaca dan menulis al-Quran, dan pandai bersyair. Bukan itu sahaja, mereka juga memainkan peranan besar dalam memperjuangkan dan memenangkan Islam di medan perang. Ada yang bertindak sebagai jururawat, doktor, penyedia makanan, memberi semangat malah ada yang terus bertempur dengan menunggang kuda dengan tombak. Jika kita mengetahui sosok Khalid bin Walid sebagai pedang Allah dari kaum lelaki, ada seorang tokoh wanita yang mempunyai jolokan yang sama. Dia digelar Wanita Pedang Allah kerana keberanian dan ketabahannya serupa dengan Khalid. Dia ialah Khaulah binti Azwar alKindi, Sang Bidadari Besi yang berani.
KENALI KHAULAH AL-AZWAR Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain. Beliau adik kepada Dhirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.
Jika China mempunyai cerita mengenai Mulan yang menyamar sebagai lelaki ketika berperang, sejarah Islam telah menyaksikan kisah sebegitu yang jauh lebih awal. Ya! Sirah Islam telah menyaksikan Khaulah Al Azwar yang telah berperang dengan beraninya bersama angkatan tentera Islam lain menentang musuh. Bezanya Khaulah Al Azwar dengan Mulan, ini adalah kisah nyata seorang wanita Muslimah yang diizinkan pergi berperang dek kerana kecekapannya yang sangat hebat! Khaulah juga boleh dianggap sebagai seorang wanita berani yang tangkat bertindak. Walaupun Khaulah seorang wanita namun kehadirannya memang patut ditakuti musuh kerana kehandalannya bermain senjata dan bertempur adalah setanding dengan pahlawan lelaki yang ada.
Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman para sahabat Rasulullah SAW. Khaulah memiliki penampilan tubuh yang tinggi lampai dan tegap. Minat Khaulah agak berbeza dengan wanita lain di mana Khaulah sejak kecil sudah mahir bermain pedang dan tombak. Teknik bertempur juga turut ada di dalam diri Khaulah. Ini semua diwariskan oleh ayahnya sendiri yang bernama Al-Azwar. Khualah juga merupakan adik ipar kepada Dhiraar Al-Azwar yang juga memiliki tahap kehandalan yang agak hebat semasa berada di medan perang. Khaulah Lahir Dalam Keluarga Para Perwira
Ketangkasan Khaulah mengangkat namanya sebagai wanita mujahidah yang sangat pandai berperang menggunakan senjata dan berkuda. Malah jika mengikut sejarah Islam sendiri, Khualah ini boleh dikatakan sebagai pahlawan muslimat yang paling handal di waktu itu. Ternyata Khaulah bukan calang-calang wanita yang boleh di pindang enteng. Dengan semangat dan keinginannya yang benar-benar ingin agama Islam terus dibela membuatkan Khaulah benarbenar berani untuk bertempur. Khaulah benar-benar mahu manfaatkan segala ilmu peperangan yang diperturunkan oleh ayahnya. Maka Rasulullah SAW sendiri telah memberi izin untuk Khaulah ikut berperang bersama angkatan tentera Islam yang lain. Khaulah Manfaatkan Ilmu Perang Yang Diwarisi Dari Ayahnya
Perang Yarmuk menjadi saksi di mana Khaulah berperang dengan penuh tangkas dan berani. Peperangan tersebut turut melibatkan pejuang wanita Islam dan Khualah adalah si pemimpin untuk kaum wanita ini. Dalam perang Yarmuk, Khualah turut mengalami kecederaan di kepala. Dalam peperangan Yarmuk yang penuh bersejarah itu juga, Dhiraar Al-Azwar yang juga merupakan abang ipar kepada Khualah telah ditawan oleh pasukan Romawi. Keadaan itu menyebabkan Khalid begitu marah lalu memerintahkan pasukannya untuk segera ikut membebaskan Dhiraar. Ikut Berperang Dalam Perang Yarmuk Dengan Penuh Berani
Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, Khaulah menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed. Khaulah tanpa ada rasa gentar terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat demi untuk membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan untuk terus berlawan. Kehadiran Khaulah yang penuh berani mempertahankan pasukan tentera Islam telah mengejutkan pasukan tentera Romawi. Masingmasing menjadi hairan dengan kehadiran si pejuang bertopeng yang sangat berani itu. Malah Panglima Khalid bin Al-Waleed turut berasa kagum dan hairan akan gerangan si pejuang bertopeng yang tangkas menentang musuh tersebut. Penangkapan Si Abang Membuatkan Khaulah Semakin Hebat Berlawan
Akhirnya, Khalid bin Al-Waleed berpeluang untuk berhadapan dengan Khaulah. Khalid bin AlWaleed terus menerus bertanya siapakah si gerangan yang datang berperang membantu tentera Islam tetapi Khaulah sendiri mengelak untuk menjawab soalan tersebut. Khalid tetap tidak putus asa dan selepas puas di desak akhirnya Khaulah mengalah. “Wahai panglima. Aku tidak mengelak darimu kecuali kerana rasa malu terhadapmu. Anda seorang panglima besar, sedangkan aku wanita. Tetapi. Aku terpaksa melakukan ini kerana hatiku sakit dan marah. “Aku adalah Khaulah binti Al Azwar. Aku sedang bersama wanita kaumku. Kemudian datang orang memberi khabar bahawa saudaraku Dhiraar ditawan, maka aku pun menaiki kuda dan melakukan apa yang anda lihat ini. ” Menjadi Pejuang Bertopeng Misteri Di Tengah Medan Perang
Khalid Al Waleed yang terkejut apabila mendapati Khaulah adalah wanita menyebabkan dirinya berasa sangat sedih bercampur hairan. Khalid menjadi tertanya-tanya mengapa wanita sanggup keluar ikut berjihad dengan gigih demi untuk menyelamatkan tawanan perang. Sejak itu, Panglima Khalid Al Waleed terus bersumpah untuk menyelamatkan Dhiraar dengan apa jua cara sekalipun. Kehadiran Khaulah menyebabkan para pejuang Islam kembali bersemangat untuk terus berperang. Peperangan Yarmuk yang hampir dimenangi oleh pihak Romawi telah mula bertukar. Perang Yarmuk terus berkecamuk dengan para perajurit Islam dengan di bantu oleh Khaulah dan pasukannya. Dan akhirnya, kemenangan berpihak kepada pasukan Arab. Khaulah amat berpuashati tatkala Dhiraar berjaya dibebaskan daripada tawanan Romawi. Kehadiran Khaulah Membuatkan Tentera Islam Lain Kembali Bersemangat
Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri. Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar semangat sahabatsahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata. Maka Khaulah pun berkata: Membebaskan Diri Dari Tahanan Musuh
"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hambahamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom " .
Seorang daripada mereka menjawab, "Sesungguhnya apa yang engkau katakan itu adalah benar. Demi Allah, kami semua mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau kita lalai umpama kambing yang tidak bertanduk tifak (mempunyai senjata)" . Masing-masing mengemukakan berbagai pendapat dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorangpun yang mahu menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi Khaulah tidak mati akal dia terus menjawab: “Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiangtiang dan tali khemah ini sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolongNYA” .
Masing-masing menjawab, “Demi Allah segalasegalanya katamu itu adalah benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami daripada hidup menanggung malu ” . Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya: "Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat" .
Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang perlu, dia diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt Zari’ , Ran ’ ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu ’ man dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului memukul pengawal dengan tiang yang dibawanya lalu menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita lain bila melihat itu, maka masing-masing bersedia menyerang pengawal-pengawal lain dan bertempurlah mereka dengan gagah berani. Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang. Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan selamatnya.
Muslimat perlu menjadi komponen penting dalam perjuangan Islam sebagaimana teladan ditunjukkan Khaulah al-Azwar al-Kindi dan bukan hanya sebagai suri kepada keluarga. Khaulah dalam hayatnya telah membuktikan keberanian dan kepahlawanan serta ketangkasan menunggang kuda yang namanya tercatat megah dalam sejarah Islam. Wanita ini telah dibesarkan dalam rumah yang penuh watak keberanian, kemuliaan serta kewibawaan di mana ayahandanya terbunuh ketika mempertahankan Rasulullah S.A.W. Inspirasi Khaulah Al-Azwar Dalam Perjuangan Muslimat
Apabila ditelusuri jasa dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh srikandi penegak panji Islam ini, tidak tergambar keperitan dan kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh mereka demi menyelamatkan iman dan Islam tercinta. Segala cabaran dan rintangan yang ditempuhi tidak sedikitpun melemahkan semangat dan mengurangkan keyakinan mereka terhadap risalah yang dibawa oleh kekasih Allah, apa yang diharapkan hanyalah keredhaan Allah semata-mata dan mati syahid menjadi cita-cita utama. Begitulah kita sebagai muslimat juga seharusnya mengambil inspirasi dan semangat yang tinggi daripada perjuangan Khaulah Al-Azwar. Inspirasi Khaulah Al-Azwar Dalam Perjuangan Muslimat
Kisah Khaulah pada masa yang sama mematahkan tanggapan feminis yang menganggap wanita dalam Islam terkekang, ditindas, atau mempunyai peranan yang terpinggir. Dalam lingkungan rumah tangga, Islam meletakkan wanita dalam kedudukan yang sangat mulia kerana peranan mereka sebagai isteri dan pendidik generasi. Di ruang awam, wanita juga berhak menuntut ilmu, mengajarnya, mendidik dan memupuk masyarakat, berdakwah malah memperjuangkan Islam sebagaimana lelaki. Islam meletakkan wanita mengikut bahagian mereka. Islam tidak mengiktiraf persamaan. Inspirasi Khaulah Al-Azwar Dalam Kehidupan Seorang Wanita
Namun begitu, Islam sangat adil dalam meletakkan lelaki dan wanita mengikut kapasiti masing-masing. Penyelarasan dan sinergi inilah yang menjadikan lelaki dan wanita bukan pesaing, tetapi bekerjasama mengikut peranan masingmasing. Keberanian Khaulah yang tidak gentar berdepan dengan musuh memang patut dicontohi. Pahlawan itu tidak menangis. Pejuang Islam mestilah teguh dan kental seperti Khaulah. Kuat di jalan kebenaran, tegar melawan kejahatan. Inspirasi Khaulah Al-Azwar Dalam Kehidupan Seorang Wanita
Muslimah yang ideal merupakan seorang muslimah yang berperanan besar dalam masyarakat. Ia bertindak sebagai seorang pelajar di medan keilmuannya, seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, seorang isteri yang taat kepada suaminya, seorang ibu yang gigih mendidik dan sabar dalam menghadapi kerenah anak-anaknya, seorang hamba yang patuh kepada perintahNya dan juga seorang pendorong dan pendokong dalam memperjuangkan agama Allah. KESIMPULAN
Peranan-peranan ini merupakan suatu amanah yang cukup besar, memerlukan keteguhan dan kekentalan jiwa, serta kekuatan iman dalam menghadapi segala ujian dan semangat pengorbanan yang tinggi dan tidak berbelah bagi.Muslimah sebagai tangan dalam perjuangan, perlu seiring dalam membawa wadah Islam dan bersama-sama dalam meneruskan agenda dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Peranan muslimah sebagai sayap kiri dalam membawa syari’ at Islam perlu dimainkan dengan sebaiknya. Kejayaan dalam menyebarkan risalah kebenaran ini bukan dipertanggungjawabkan ke atas kaum Adam sahaja, tetapi kaum Hawa juga punyai peranan dan tanggungjawab yang tidak boleh diperkecilkan. KESIMPULAN
Khaulah tidak sama seperti wanita lain kerana beliau lebih tertumpu di medan perang. Namun kehadiran Khaulah telah membuktikan yang wanita juga kuat dan amat penting di sisi kaum adam. Inilah kisah perjuangan Islam yang disertai serikandi Islam yang tidak gentar bertempur bersama pahlawan lelaki. Khaulah dan pasukannya sentiasa ada di barisan belakang untuk meniup kata semangat dan merawat pejuang yang cedera. Tiba masa mereka juga akan tampil menghunus pedang untuk bantu pertahankan para pejuang yang berada di ambang kekalahan. PENUTUP
Muslimah solehah, inspirasi ummah, hadirnya mampu membawa sinar di dalam sesebuah masyarakat. Segala kesenangan merupakan ujian, dalam mengharungi kehidupan, menuju kebahagiaan yang lebih hakiki dan abadi. Muslimah sejati menyedari diri sebagai fitnah dunia, sedaya upaya menjauhi dan menghindari agar maruah agama terpelihara dan kehormatan diri terjaga dari nafsu yang menggoda. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud : “Tidak aku tinggalkan kepada ummatku selepasku fitnah yang lebih besar ke atas lelaki melainkan wanita ” . Cukuplah sabda Baginda s.a.w menterjemahkan segalagalanya. PENUTUP
https://www.muslimahnews.com/2021/ 08/25/khaulah-binti-azwar-al-kindibidadari-besi-yang-berani/ https://aqmencaricahaya.blogspot.co m/2015/08/siapakah-khaulah-alazwar.html http://inspirasidariilahi.blogspot.com/2015/08/khaulahal-azwar-si-bidadari-besi.html https://sman.pahang.edu.my/smamara n/articles/2462 1. 2. 3. 4. RUJUKAN