The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan PIBG KV Tanjung Puteri Tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by insaf_296, 2022-06-17 06:48:26

Buku Program MAT PIBG KVTP 2022

Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan PIBG KV Tanjung Puteri Tahun 2022

ISI KANDUNGAN

Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG KV Tanjung Puteri 2

Atur Cara Majlis 3

Jawatankuasa Pengelola Mesyuarat Agung PIBG ke-48 4

Borang Usul Mesyuarat Agung PIBG dan Maklum Balas Kehadiran ke-48 5

Senarai AJK PIBG 7

Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 8

Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-47 9

Aktiviti PIBG 22

Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Dis 2021 23

Pembentangan Usul 27

1|PIBGKVTP

KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG KV TANJUNG PUTERI

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat llahi

kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bersama dalam majlis
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas
segala pengorbanan dan sumbangan besar barisan guru-guru KV Tanjung Puteri dalam
meneruskan perjuangan mendidik dan memajukan anak bangsa. Buat para guru yang
mulia, jasa anda akan sentiasa dikenang dan semoga terus kekal menjadi pelita untuk
anak bangsa.

Juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para ibu-bapa yang
sentiasa menyokong kuat dan memberi aspirasi kepada anak-anak sehingga mereka
mudah untuk menerima kemahiran dan pengalaman yang baru. Sesungguhnya
disebalik lahirnya anak-anak yang hebat, sudah tentu dibelakangnya ada kedua orang
tua yang hebat.

Semoga hubungan ukhuwah ibu bapa dan guru terus tersemat indah
disepanjang jalan membina anak bangsa.
Biar penat berdiri, jangan penat memberi
Biar lelah terduduk, jangan lelah membentuk
Biar berhenti bercakap, jangan berhenti berharap.

Sekian, terima kasih.

…………………………………………..
(KAMARUL ZAMAN BIN ABDULLAH)
Yang Dipertua PIBG
Kolej Vokasional Tanjung Puteri,
Johor Bahru.

2|PIBGKVTP

01:50 Petang ATURCARA MAJLIS
02:00 Petang
02:10 Petang Link Google Meet dibuka & Pendaftaran
02:20 Petang Bacaan Doa oleh Ustaz Kamarul Zaman bin Ngah
Perutusan Pengerusi YDP
03:20 Petang En Kamarul Zaman bin Abdullah
03:50 Petang Mesyuarat Agung Kali ke-48
04:20 Petang • Pembentangan dan pengesahan minit MAT kali

ke-47 dan perkara-perkara berbangkit
• Pembentangan Penyata Kewangan
• Pembentangan aktiviti 2020-2021

Pembentangan Usul
Hal-hal Lain
Ucapan Penangguhan

3|PIBGKVTP

JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG

Penasihat En Abdul Rahman bin Hashim
Pengerusi En Kamarul Zaman bin Abdullah
Timbalan Pengerusi En Zainal Bakri bin Abu Bakar
Naib Pengerusi 1 Pn Nor’Aini binti Mashrom
Naib Pengerusi 2 Pn Azneen Nely binti Basir
Naib Pengerusi 3 Pn Hjh Sarinah binti Hashim
Setiausaha En Abd Rahman bin Ahmad
Naib Setiausaha Pn Suraya binti Hashim
Bendahari Pn Nurul Hidayah binti Abdul Aziz
Pengurus Majlis En Mohd Salmezan bin Murat

JK Pendaftaran Pn Nur Sakinah binti Mohamad
JK Juru Acara En Amir Mustaqim bin Yusof
JK Buku Program Pn Noor Asilah binti Ali Rahim
Bacaan Doa En Kamarul Zaman bin Ngah
Penyedia Teks Ucapan Pn Siti Nordiana binti Lokman
JK Jamuan Pn Nuha binti Noor Hakim
JK Hebahan Pn Asmahani bin Md Noor
JK Peralatan En Jumrang bin Mendeng
JK Fotografi En Wan Mohd Haslan bin Wan Shuhaimi

4|PIBGKVTP

BORANG USUL MESYUARAT PIBG KALI KE-48

BORANG USUL MESYUARAT PIBG KALI
KE-48

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48 akan diadakan pada 19 Jun 2022 (Ahad) secara atas talian
dengan menggunakan aplikasi Google Meet (https://bit.ly/PIBGKVTP)
Sila sahkan kehadiran anda atau ajukan cadangan usul anda boleh menerusi ruangan respon di
bawah.
# Pencadang usul haruslah turut hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG.
# Sila hantar maklumbalas sebelum 15 Mei 2022

Saya mengesahkan untuk *
o HADIR ke Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Tanjung Puteri kali ke-46
o TIDAK HADIR ke Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Tanjung Puteri kali ke-46

Bilangan Kehadiran *
o1
o2
o3
o4
o5

Nama ibu / bapa *

Your answer

Bilangan anak bersekolah di KVTP *
o1
o2
o3
o4
o5

5|PIBGKVTP

Nama anak (tuliskan nama salah seorang anak sahaja jika anak lebih daripada seorang yang
belajar di KVTP) *

Your answer

Tahun *
o 1 SVM ETE
o 1 SVM ETN
o 1 SVM MTA
o 1 SVM WTP
o 1 SVM MTK
o 2 SVM ETN
o 1 DVM ETE
o 1 DVM ETN
o 1 DVM MTA
o 1 DVM WTP
o 1 DVM MTK
o 2 DVM ETE
o 2 DVM ETN
o 2 DVM MTA
o 2 DVM WTP

o 2 DVM MTK

Isu

Your answer

Usul

Your answer

Submit

6|PIBGKVTP

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021 /2022

Ex-Officio : En. Abdul Rahman bin Hashim Pengarah
Naib Ex-Officio` : Pn. Noraini bt Mashrom TP Akademik
: Pn. Azneen Nely bt Basir TP Sokongan Akademik
: Pn. Sarinah bt Hashim Ketua Unit Jaminan Kualiti

Yang Dipertua : En. Kamarul Zaman bin Abdullah
En. Zainal Bakri bin Abu Bakar
Naib Yang Dipertua : En. Abd Rahman bin Ahmad
Pn. Suraya binti Hashim
Setiausaha : Pn. Nurulhidayah binti Abd Aziz
En. Salmezan B. Murat
Naib Setiausaha : En. Jaat bin Musa
En. Mahfiz bin Mohamed Taib
Bendahari : Pn. Noralan binti Hj. Abdul Rahman
Datin Malina binti Abu Bakar
Naib Bendahari : Pn. Fauziah bt Ismail
En. Rosli bin Nordin
AJK Ibu Bapa : Pn. Asmahani binti Md Noor
Pn. Nuha binti Noor Hakim
AJK Guru : En. Wan Mohd Haslan bin Wan Suhaimi
Pn. Noor Asilah binti Ali Rahim

Juruaudit : En. Ahmad Safar bin Ismail
Pn. Nur Sakinah binti Mohamad

7|PIBGKVTP

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48
1. Ucapan Pengerusi Yang DiPertua PIBG,
2. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-47
3. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir

pada 31 Disember tahun sebelumnya
4. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan
5. Membahaskan usul
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan

8|PIBGKVTP

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47
KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI, JOHOR
SESI 2021/2022

Tarikh : 26 September 2021 (Ahad)
Tempat : Di kediaman masing-masing (Google Meet)
Masa : 2.00 petang

Kehadiran : En. Abdul Rahman bin Hashim PENGARAH
Ex-Officio : Pn. Noraini bt Mashrom TPA
Naib Ex-Officio` : Pn. Azneen Nely bt Basir TPSA
: Pn. Sarinah bt Hashim Ketua
Jaminan Kualiti

Yang Dipertua : En. Kamarul Zaman bin Abdullah
En. Zainal Bakri bin Abu Bakar
Naib Yang Dipertua : Pn. Husnina binti Nilis
Pn. Suraya binti Hashim
Setiausaha : Pn. Nor Nabila binti Sujak
Pn. Noralan binti Hj. Abdul Rahman
Naib Setiausaha : En. Ismail bin Abu
En. Rosli b Nordin
Bendahari : Pn. Hazimah bt Ishak
Pn. Siti Nordiana binti Lokman
AJK Ibu Bapa : En. Shahrin bin Sab too
En. Amir Mustaqim bin Yusof
AJK Guru : Pn. Noor Asilah binti Ali Rahim

Juruaudit : En. Ahmad Safar bin Ismail
Pn. Lee Phui Meng

Tidak Hadir : En. Muhammad Hatta bin Noah
AJK Ibu Bapa En. Hafizul bin Nawat
Pn. Nazriah bt Selamat
En. Shamsudin bin Baharom
En. Roslee b A. Rashid

9|PIBGKVTP

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan alu-aluan Yang Berusaha Encik Kamarul Zaman bin Abdullah, Yang
Dipertua PIBG Kolej Vokasional Tanjung Puteri.

2. Ucapan alu-aluan Yang Berusaha Encik Abdul Rahman bin Hashim, Pengarah
Kolej Vokasional Tanjung Puteri.

3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 Tahun
2020.

4. Perkara berbangkit.
5. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember

2020.
6. Pembentangan Usul.
7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020 / 2021
8. Pelantikan AJK PIBG Sesi 2021 / 2022
9. Pemilihan Juruaudit Dalaman (2 orang)
10. Hal-hal lain.
11. Ucapan Penangguhan.

1.0 Ucapan alu-aluan Yang Berusaha Encik Kamarul Zaman bin Abdullah, YDP PIBG
Kolej Vokasional Tanjung Puteri.

1.1 YDP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan pentadbir,
ahli jawatankuasa PIBG, para pensyarah serta ibu bapa dan penjaga kerana
dapat meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-47 pada hari ini

1.2 YDP menyatakan bahawa PIBG merupakan badan penting dalam
mewujudkan persekitaran yang berkualiti di kolej. Oleh itu, ibu bapa perlulah
memberi komitmen sepenuhnya dalam menjayakan segala aktiviti yang
dijalankan oleh pihak kolej. Peranan PIBG semakin mencabar terutama
dalam usaha membantu kolej meningkatkan kecemerlangan kolej sama
ada dari segi prestasi akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga prasarana
sekolah.

1.3 YDP menjelaskan juga bahawa dalam tempoh PDPR ini, para pensyarah
sudah melakukan yang terbaik untuk pendidikan anak-anak. Pelbagai usaha
juga telah dilakukan oleh pihak kolej bagi memastikan anak-anak tidak
tercicir dalam pelajaran ekoran pandemik COVID19. YDP mengharapkan
kerjasama dua hala daripada ibu bapa dan para pensyarah dalam tempoh
PDPR ini untuk memastikan kemenjadian anak-anak pelajar.

10 | P I B G K V T P

2.0 Ucapan alu-aluan Yang Berusaha Encik Abdul Rahman bin Hashim, Pengarah Kolej
Vokasional Tanjung Puteri.

2.1 Tuan Pengarah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa
yang terlibat dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 bagi Kolej Vokasional
Tanjung Puteri.

2.2 Tuan Pengarah memperkenalkan diri dan menceritakan serba sedikit tentang
latar belakang beliau kepada ibu bapa. Tuan Pengarah menyatakan
sepanjang 5 bulan beliau berada di kolej ini, jawatankuasa PIBG kolej telah
bekerja bersungguh-sungguh untuk memajukan kolej ini.

2.3 Tuan Pengarah juga memaklumkan bahawa pihak kolej telah menubuhkan
bantuan amal kepada pihak ibu bapa bagi membantu sara hidup kepada
ibu bapa pelajar yang terjejas akibat pandemik ini. Pihak kolej telah pun
mengedarkan bantuan dalam bentuk makanan asas kepada ibu bapa
berkenaan.

2.4 Tuan Pengarah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang
memberikan kerjasama dan membantu anak-anak pelajar secara tidak
langsung dalam proses PDPR.

2.5 Tuan Pengarah juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan PIBG
kerana membina laluan berbumbung di asrama yang telah pun diluluskan.
Hal ini untuk mengelakkan pelajar berhujan apabila masuk ke kawasan kolej.

2.6 Tuan pengarah juga memaklumkan bahawa KVTP juga telah menjadi Pusat
Pemberian Vaksin. Pemberian vaksin akan diberikan kepada pelajar SVM
pada 29 September 2021 ini pada pukul 9.00 pagi. Bagi anak-anak yang
tercicir atau tidak mendapat tarikh vaksin, anak-anak pelajar boleh
mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ di KVTP pada tarikh tersebut.

2.7 Tuan Pengarah juga memaklumkan bahawa kemasukan pelajar untuk sesi
bersemuka bermula pada 10 Oktober 2021. Sesi bersemuka ini akan
dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa pertama ialah pelajar 1 DVM dan 2 DVM
(10 – 28 Oktober 2021). Diharapkan ibu bapa dapat membenarkan anak-
anak pelajar diploma ini untuk duduk di asrama supaya dapat mewujudkan
gelembung pendidikan. Fasa kedua pula ialah pelajar 2SVM dan SLDN (31
Oktober - 18 November 2021). Manakala fasa ketiga pula ialah pelajar 1 SVM
(21 November – 9 Disember 2021). Pihak kolej juga akan mengadakan
pertemuan dengan ibu bapa dengan kaedah sama.

2.8 Tuan Pengarah sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
ibu bapa dan ahli jawatankuasa PIBG terutama kepada YDP kerana
memberikan sumbangan dan pandangan kepada pihak kolej dan sama-
sama berganding bahu unutk memajukan kolej ini.

11 | P I B G K V T P

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 Tahun 2020.

3.1 Pn Husnina selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan kali ke 46. Minit mesyuarat di sahkan oleh Pn Faridah bt Abdullah
dan di sokong oleh En Mokhtar b Mohd.

4.0 Perkara berbangkit.

4.1 YDP meneruskan agenda berikutnya kerana tiada perkara yang berbangkit
daripada ahli mesyuarat.

5.0 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember
2020.

5.1 Penyata Kewangan PIBG sehingga Sesi 2020 / 2021 bermula 1 Januari
sehingga 31 Disember 2020 telah dibentangkan oleh Pn. Nabila bt Sujak untuk
disemak dan disahkan. (Sila rujuk lampiran).

5.2 En. Shahrudin bin Ahmad mencadangkan penyata kewangan tersebut
diterima dan disokong oleh En. Ja’at bin Musa.

6.0 Pembentangan Usul.

6.1 YDP membacakan usul-usul daripada ibu bapa yang hadir.
6.1.1 Nurhamizah Husin
• Mengenal pasti tahap kebersihan dari segi proses memasak dan
penyediaan makanan di dewan makan asrama kerana bimbang
perkara yang tidak diingini seperti keracunan makanan berlaku
kepada pelajar. Menyebabkan pelajar sakit perut / demam.
• Memberi kebenaran menggunakan telefon pintar bagi pelajar di
asrama (bermula daripada tahun 1 dengna syarat yang ketat.
Contohnya, ‘Off / silent mode ’telefon bimbit dan meletakkannya
di dalam kotak di meja pensyarah sepanjang proses kelas berjalan.
• Membenarkan sesi perjumpaan ibu bapa / waris bersama pelajar
pada hujung minggu dengan syarat yang ketat iaitu hanya
berjumpa di pagar dengan diletakkan penghadang ‘transparent’
bagi mematuhi SOP dan mengurangkan penularan virus COVID19.
Barangan atau makanan yang dihantar kepada anak, perlulah di
sanitasi wap oleh pihak asrama / KV.

Jawapan Pengarah
• Tuan Pengarah menjelaskan bahawa pengusaha dewan makan

telah buat yang terbaik kerana selama 3 tahun berturut-turut
mereka telah dikurniakan tahap kebersihan gred A. Justeru itu,

12 | P I B G K V T P

tidak timbul masalah dari segi kebersihan di dewan makan kerana
telah dipantau sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau
bagaimanapun pihak kolej sentiasa memastikan kebersihan
dilaksanakan khusus kepada bahan-bahan lebihan dan bahan-
bahan yang tidak boleh digunakan atau dimakan oleh pelajar.

• Berkenaan telefon bimbit, Tuan Pengarah menjelaskan bahawa
pada dasarnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak
membenarkan telefon pintar dibawa ke kolej khususnya pelajar
tahun 1SVM. Tuan pengarah menambah bahawa KVTP
mempunyai 2 kohort pelajar yang berbeza. Pelajar pada peringkat
diploma adalah pendidikan lanjutan. Manakala, pelajar tahun 1
SVM dan 2 SVM adalah pelajar pendidikan wajib di bawah KPM.
Oleh itu, pada dasarnya membawa telefon pintar adalah tidak
dibenarkan sama sekali. Tambahan pula, banyak berlaku perkara
yang mana pelajar merakamkan perkara yang pelik. Namun,
apabila dikaji semula, telefon pintar menjadi satu keperluan
semasa waktu PKP ini. Oleh itu, atas budi bicara pihak kolej, ibu
bapa perlu memastikan anak-anak yang membawa telefon pintar
agar menggunakan telefon tersebut adalah sebaik mungkin untuk
tujuan PDPC sahaja. Tuan pengarah menegaskan jika ada
penyelewengan daripada telefon pintar tersebut, pihak kolej tidak
teragak-agak untuk merampas telefon tersebut dan memanggil
ibu bapa berkenaan ke kolej untuk memberikan penjelasan. Tuan
Pengarah menambah bahawa tanggungjawab menjaga telefon
pintar ini adalah tanggungjawab pelajar sendiri. Pelajar perlu
pandai menggunakan telefon tersebut pada waktu yang
ditetapkan. Pihak kolej tidak bertanggungjawab atas kehilangan.
Oleh itu, pelajar juga perlu mengisi borang kebenaran untuk
membawa telefon pintar semasa mendaftar di asrama nanti.

• Berkenaan sesi perjumpaan dengan anak-anak pelajar, Tuan
Pengarah menjelaskan bahawa negeri Johor sekarang berada di
fasa 2. Oleh itu, banyak perkara yang tidak boleh dilakukan. Justeru
itu, semua pelajar yang masuk sesi bersemuka nanti akan tinggal di
asrama bagi mengelakkan pelajar keluar masuk dan pengawalan
juga agak ketat. Oleh itu, Ibu bapa tidak dibenarkan melawat
anak-anak.

13 | P I B G K V T P

6.1.2 Nor Irdiana binti Abdul Samad
• Berharap agar pensyarah dapat memaklumkan perkembangan
anak-anak di KV dengan menghantar gambar suasana di KV
memandangkan ibu bapa tidak boleh datang melawat anak.

Jawapan Pengarah
• Tuan Pengarah menjelaskan bahawa pihak kolej mempunyai

‘group whatsapp’ kelas untuk ibu bapa dan pensyarah. Dalam
group tersebut, ibu bapa boleh bertanya tentang
perkembangan anak-anak pelajar. Seterusnya, ibu bapa juga
boleh rujuk kepada pelajar tentang group bersama rakan-rakan
dan pensyarah selain itu boleh rujuk Facebook Kolej Vokasional
Tanjung Puteri.

6.13 Mahathir bin Ribut
• Mohon untuk memperbaiki kipas yang rosak di asrama.

Jawapan Pengarah
• Tuan Pengarah menjelaskan bahawa jika terdapat kipas atau

lampu yang rosak, pihak kolej mempunyai kotak aduan yang
mana pelajar telah dimaklumkan boleh membuat aduan
melalui kotak aduan tersebut. Juruteknik elektrik juga sentiasa
membuat pemantauan yang mana pemantauan tersebut
dibuat secara berkala mengikut blok-blok asrama. Jika hendak
membuat aduan pastikan segala maklumat lengkap. Tuan
pengarah menambah lagi bahawa beliau sendiri ingin
mengetahui dimana lokasi kipas yang rosak tersebut kerana
beliau sangat mengutamakan kebajikan anak-anak pelajar.

6.14 Roslawati Ab Karim
• Ingin memohon agar anak-anak 2DVM dapat tinggal di asrama

atas faktor keselamatan jalan raya.

Jawapan Pengarah
• Tuan Pengarah menjelaskan bahawa pihak kolej sangat

mengalu-alukan semua pelajar 1DVM dan 2 DVM tinggal di
asrama bagi fasa pertama kemasukan PDPC secara bersemuka.
Diminta anak-anak yang lain juga seperti ini yang duduk di
asrama supaya pihak kolej dapat mewujudkan gelembung
pendidikan.

14 | P I B G K V T P

7.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020 / 2021
7.1 YDP secara rasmi membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020 / 2021
7.1.1 YDP memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa
apabila jawatankuasa yang sedia ada telah dibubarkan,
maka ahli mesyuarat perlu membuat lantikan semula
jawatankuasa yang baharu bagi sesi 2021 / 2022.

8.0 Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2021 / 2022
8.1 Tuan Pengarah mencadangkan Tuan Pengerusi (YDP) yang sedia ada ini
sebagai pengerusi sementara bagi pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi
2021 / 2022.
8.2 En. Ja’at bin Musa mencadangkan agar ahli jawatankuasa yang sebelum
ini dapat memperkenalkan diri terlebih dahulu.
8.3 YDP memperkenakan diri diikuti dengan En. Zainal Bakri bin Abu Bakar selaku
Naib YDP PIBG. Seterusnya, AJK lain yang hadir juga turut memperkenalkan
diri masing-masing.
8.4 YDP membuka pencalonan semula untuk jawatankuasa Yang Dipertua
(YDP) PIBG KVTP Sesi 2021 / 2022.
8.5 En. Ja’at bin Musa mencadangkan dan disokong oleh En. Roslan bin Talib
untuk mengekalkan jawatan YDP, En. Kamarul Zaman b Abdullah, Naib YDP
dan AJK lain sekiranya boleh memberikan komitmen. Hal ini kerana tidak
ramai ibu bapa yang mempunyai komitmen tersebut.
8.6 YDP menjelaskan kepada ibu bapa bahawa jika ahli jawatankuasa ingin
menyambung lagi khidmat untuk sesi yang baharu, ahli jawatankuasa
tersebut perlu mengisi borang untuk menyambung. Borang tersebut perlu
dihantar ke PPD untuk dinilai dan disemak oleh pegawai PPD. YDP
menambah bahawa beliau tiada masalah untuk menyambung khidmat
beliau untuk sesi yang baharu walaupun anak beliau telah 3 tahun
meninggalkan kolej.
8.7 YDP memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa dalam senarai AJK PIBG
yang lepas, hanya ada 4 orang AJK yang menyatakan untuk menarik diri.
Oleh itu, 4 kekosongan ini sahaja yang akan digantikan dengan AJK yang
baharu. Antara nama yang memohon untuk menarik diri sebagai AJK PIBG
ialah En. Mohamad Hatta bin Noah, En. Rosli bin Ab Rashid, En. Shamsudin
bin Baharom dan En. Ismail bin Abu. YDP menambah lagi bahawa AJK yang
lain tiada masalah untuk meneruskan komitmen. Tetapi ada 2 orang AJK
yang tidak hadir dan beliau tidak boleh dilantik iaitu Pn. Nazriah bt Selamat
dan En Hafizul bin Nawat.

15 | P I B G K V T P

8.8 Pencalonan dan Pelantikan AJK baharu
8.8.1 YDP menyarankan agar ahli mesyuarat dapat membuat
pencalonan AJK yang baharu bagi menggantikan 4 orang AJK
lama yang menarik diri.
8.8.2 En. Shahrudin bin Ahmad mencadangkan En. Ja’at bin Musa untuk
mengisi salah satu daripada 4 kekosongan AJK. Cadangan
tersebut telah disokong oleh En. Razali bin Roslan.
8.8.3 Pn. Sharinimastika bt Musa mencadangkan Pn. Fauziah bt Ismail
sebagai AJK yang baharu sesi 2021 / 2022. Cadangan tersebut
disokong oleh En. Shahrudin bin Ahmad.
8.8.4 Pn. Nor Nabila bt. Sujak mencadangkan Datin Nur Malina bt Abu
Bakar sebagai AJK yang baharu sesi 2021 / 2022. Cadangan
tersebut disokong oleh Pn. Sharinimastika bt. Musa.
8.8.5 Pn. Suraya bt. Hashim mencadangkan En. Mahfiz bin Mohamad
Taib sebagai AJK yang baharu. Cadangan tersebut disokong oleh
En. Mohamad Ghazali bin Sulaiman.
8.8.6 Pn. Zarina bt. Ali mencadangkan agar cadangan ditutup.
Cadangan tersebut disokong oleh Pn. Irdiana bt. Samad.
8.8.7 YDP mengumumkan 4 nama AJK yang baharu ialah En. Ja’at bin
Musa, En. Mahfiz bin Mohamed Taib, Datin Nur Malina binti Abu
Bakar dan Pn. Fauziah bt. Ismail.

9.0 Pemilihan Juruaudit Dalaman (2 orang)
9.1 YDP memaklumkan bahawa PIBG mempunyai 2 orang juruaudit (Pn. Lee
Phui Meng, selaku juruadit guru dan En. Ahmad Safar bin Ismail selaku juruadit
ibu bapa).
9.2 YDP meminta pendapat ahli mesyuarat sama ada mengekalkan juruaudit
sedia ada atau membuat pencalonan semula.
9.3 Pn. Faridah bt Abdullah mencadangkan agar juruaudit sedia ada
dikekalkan. Cadangan tersebut disokong oleh Pn. Zarina bt. Ali.
9.4 Tuan pengarah memaklumkan bahawa jawatan audit ini biasanya dalam
kalangan guru. Oleh itu, jawatan tersebut ditentukan oleh pengarah. Hal ini
kerana kita tidak tahu perkembangan dan beban tugas juruaudit yang
sedia ada. Jika tiada halangan, pihak kolej ingin meneruskan jawatan beliau
sebagai juruadit untuk PIBG. Jika beliau tidak mampu, baru pihak kolej akan
menggantikan dengan calon lain. Oleh itu, YDP menyimpulkan bahawa
jawatan juruadit sedia ada dikekalkan (Pn. Lee Phui Meng, selaku juruadit
guru dan En. Ahmad Safar bin Ismail selaku juruadit ibu bapa).

16 | P I B G K V T P

Ex-Officio : AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 PENGARAH
Naib Ex-Officio` : KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI TPA
: JOHOR BAHRU TPSA
Jaminan Kualiti : Ketua
En. Abdul Rahman bin Hashim
Pn. Noraini bt Mashrom
Pn. Azneen Nely bt Basir
Pn. Sarinah bt Hashim

Yang Dipertua : En. Kamarul Zaman bin Abdullah
En. Zainal Bakri bin Abdullah
Naib Yang Dipertua : Pn. Husnina binti Nilis
Pn. Suraya binti Hashim
Setiausaha : Pn. Nor Nabila binti Sujak
Pn. Noralan binti Hj. Abdul Rahman
Naib Setiausaha : En. Rosli b Nordin
Pn. Fauziah bt. Ismail
Bendahari : En. Ja’at bin Musa
Datin Nur Malina binti Abu Bakar
AJK Ibu Bapa : En. Mahfiz bin Mohamed Taib

AJK Guru : Pn. Hazimah bt Ishak
Juruaudit Pn. Siti Nordiana binti Lokman
En. Shahrin bin Sab too
En. Amir Mustaqim bin Yusof
Pn. Noor Asilah binti Ali Rahim

: En. Ahmad Safar bin Ismail
Pn. Lee Phui Meng

10.0 Hal-hal lain.
10.1 Pemberian elaun kepada AJK PIBG.
10.1.1 Pn. Azneen Nely bt Basir selaku TPSA mencadangkan pemberian
elaun kepada AJK PIBG sebanyak RM30 seorang diwujudkan
semula sebagai imbuhan atau duit minyak kereta kepada AJK
PIBG untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa PIBG yang
diadakan sebanyak 4 kali setahun. Hal ini kerana ada dalam
kalangan AJK PIBG yang tinggal jauh sedikit dari KV sedikit
sebanyak dapat membantu kos perjalanan mereka. Pn. Nely
berharap agar cadangan ini dipersetujui oleh semua ahli
mesyuarat. Pn. Norfida bt Nasim menyokong cadangan tersebut.

17 | P I B G K V T P

10.2 Tarikh pergiliran pelajar untuk tinggal di asrama
10.2.1 En. Hairul Fadhil bin Maarof ingin mendapatkan maklumat tentang
tarikh anak-anak pelajar yang akan tinggal di asrama secara
pergiliran. Hal ini kerana sebelum ini, anak beliau tinggal di luar.
Beliau ingin dapatkan kepastian tentang tarikh anak-anak pelajar
akan masuk ke asrama dan tarikh anak-anak pelajar akan keluar.
10.2.2 Pn. Azneen Nely menjelaskan bahawa pihak kolej akan maklumkan
perkara tersebut melalui aplikasi whatsaap (group ibu bapa dan
penjaga). Takwim terkini juga boleh disemak oleh ibu bapa di
group whatsaap penjaga bagi memastikan tarikh-tarikh yang
berkaitan dengan anak-anak pelajar yang terlibat untuk ke asrama
dan kembali ke rumah masing-masing.

10.3 Yuran Asrama
10.3.1 En. Hairul Fadhil juga menyarankan pihak kolej untuk
memaklumkan dalam group whatsaap penjaga tentang jumlah
pembayaran yuran asrama dan sebagainya.
10.3.2 En. Mohd Fauzi bin Senin meminta penjelasan daripada pihak kolej
tentang pembayaran yuran asrama. Hal ini kerana anak beliau
telah pun membayar untuk semester tersebut. Kemudian,
disebabkan pandemic COVID19 ini, anak-anak pelajar perlu
pulang ke rumah masing-masing. Oleh itu, mekanisma
pembayaran asrama perlu ditambah atau tolak sahaja daripada
pembayaran terdahulu.
10.3.3 Pn. Azneen Nely menjelaskan bahawa berkenaan pembayaran
yuran asrama ini, pihak kolej akan perjelaskan nanti dalam aplikasi
‘group whatsaap’ penjaga sebelum tarikh kemasukan anak-anak
pelajar ke asrama kolej.

10.4 Masalah Nyamuk di Asrama
10.4.1 En. Azmi bin Abdul Kadir memaklumkan bahawa anak beliau
mempunyai masalah gigitan nyamuk yang penuh satu badan
apabila setiap kali pulang ke rumah. Hal ini menyebabkan beliau
terpaksa mengeluarkan anak beliau dari asrama. Oleh itu, beliau
meminta pihak kolej untuk mencari solusi bagi masalah tersebut
memandangkan semua anak-anak pelajar diwajibkan tinggal
asrama untuk PDPC secara bersemuka ini. En. Azmi
mencadangkan agar pihak sekolah dapat meminta bantuan
daripada MPJB atau Kementerian Kesihatan Malaysia.
10.4.2 Tuan Pengarah menjelaskan bahawa pihak kolej telah pun
memohon kepada Unit Vektor Kementerian Kesihatan Malaysia

18 | P I B G K V T P

untuk Fogging. Namun, pihak kolej tidak boleh melaksanakannya
terlalu awal memandangkan sekarang musim hujan. Aktiviti
fogging akan dijalankan sebelum 10 Oktober 2021 (sebelum
pelajar masuk).

10.5 Vaksin untuk pelajar
10.5.1 Pn. Norfida bt. Nasim ingin mendapatkan makluman tentang
vaksin untuk pelajar sama ada pelajar boleh datang secara
individu atau perlu ditemani ibu bapa.
10.5.2 Pn. Azneen Nely selaku TPSA menjelaskan bahawa bagi pelajar
tahun 1SVM dan 2SVM (bahawa 18 tahun), mereka perlu hadir
bersama ibu bapa atau penjaga. Sekiranya ibu bapa tidak dapat
hadir pada hari tersebut, ibu bapa boleh mewakilkan seorang
yang berumur 18 tahun keatas sebagai wakil penjaga kepada
anak-anak. Segala borang-borang berkaitan telah pun dimuat
naik dalam ‘group whatsaap’ penjaga.
10.5.3 Tuan pengarah menambah bahawa wakil penjaga tersebut
mestilah seseorang yang mempunyai pertalian keluarga dengan
pelajar sahaja. Pn. Azneen Nely memaklumkan bahawa semua
pelajar KVTP akan mendapat vaksin sebelum pelajar masuk untuk
sesi bersemuka nanti.

10.6 Wifi Kolej dan Vaksin untuk guru.
10.6.1 En. Roslan bin Taip menyatakan sistem liputan wifi di kolej berada
pada tahap yang teruk. Selain itu, En. Roslan juga ingin
mendapatkan maklumat tentang jumlah guru-guru KVTP yang
tidak mengambil vaksin.
10.6.2 Tuan pengarah menjelaskan bahawa wifi di KV adalah berbayar.
Oleh itu, beliau menyerahkan hal ini kepada PIBG. Hal ini kerana
jika PIBG boleh membuat pembayaran dengan jumlah yang tinggi,
maka kolej juga akan mendapat liputan yang lebar. Jika ada
sumbangan kewangan PIBG yang lebih, maka pihak kolej boleh
menaik taraf sistem wifi di kolej. Berkenaan vaksin guru, tuan
pengarah menjelaskan bahawa guru-guru KVTP 100% menerima
vaksin. Sebanyak 96% guru KVTP yang telah lengkap dos vaksin.
Manakala 4 orang guru lagi sedang menunggu untuk dos kedua.

19 | P I B G K V T P

10.7 Sumbangan PIBG
10.7.1 YDP menjelaskan bahawa sumbangan PIBG sebelum ini adalah
sebanyak RM150 dan bayaran untuk buku-buku di perpustakaan
adalah sebanyak RM10. Oleh itu jumlah sumbangan adalah
sebanyak RM160.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Enam Puluh
Sahaja).
10.7.2 YDP ingin mendapatkan persetujuan dan sokongan daripada ahli
mesyuarat untuk mengekalkan jumlah tersebut bagi pembayaran
sumbangan PIBG sesi 2021 / 2022.
10.7.3 Pn. Indah Hanadi menyokong agar sumbangan sebanyak
RM160.00 dikekalkan. Oleh itu, mesyuarat sebulat suara bersetuju
mengekalkan jumlah tersebut.
10.7.4 Pn. Zarina Ali memberi cadangan agar guru-guru dapat memuat
naik maklumat berkaitan sumbangan PIBG untuk mengingatkan
ibu bapa kerana tidak semua ibu bapa yang dapat hadir
mesyuarat pada hari ini.
10.7.5 YDP menjelaskan bahawa PIBG akan mengeluarkan surat dan
maklumkan pada ibu bapa untuk peringatan dan sebagainya.
Biasanya selepas mesyuarat agung, PIBG akan mengeluarkan surat
kutipan sumbangan.

10.8 Bayaran Unifi
10.8.1 YDP memaklumkan kepada ibu bapa bahawa bayaran Unifi perlu
dibuat melalui koperasi.

20 | P I B G K V T P

11.0 Ucapan Penangguhan YDP PIBG

YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir
meluangkan masa untuk bersama-sama bermuafakat dalam mesyuarat agung
tahunan pada petang ini. Jika diberi kesempatan, beliau ingin mengadakan
mesyuarat secara bersemuka. Walau bagaimanapun negeri Johor baru sahaja
masuk ke fasa kedua dan tidak pasti waktu yang dibenarkan untuk mengadakan
mesyuarat secara bersemuka. Beliau seterusnya menangguhkan Mesyuarat
Agung PIBG Kali ke-47.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.55 petang.

21 | P I B G K V T P

AKTIVITI PIBG

1. SUMBANGAN
• Hadiah perpindahan En Hamidon bin Ahmad yang berpindah ke KV
Tanjung Piai, Pontian.
• Hadiah persaraan En Ayob bin Arjam
• Hadiah perpindahan En Omar bin Hassan yang berpindah ke KV Tun
Hussein Onn, Batu Pahat
• Hadiah perpindahan En Mahdzir bin Markom yang berpindah ke KV ERT
Azizah, Johor Bahru
• Sumbangan makanan kepada pelajar asrama yang menjalani kuarantin
Covid 19
• Keluarga pelajar yang terkesan teruk kerana Covid 19
• Sumbangan kepada pelajar on job training (OJT) yang terlibat dengan
kemalangan
• Hadiah persaraan Pn Hajjah Rabiatul Adawiyah binti Yahaya
• Hadiah persaraan En Mohd Noor bin Kassim
• Hadiah perpindahan Pn Norul Asyikin binti Md Yatim yang berpindah ke
SM Teknik Johor Bahru

2. PERBELANJAAN UNIT HEM & ASRAMA
• Penyelenggaraan unit penapis air melalui Syarikat Sayap Resources
• Pembelian computer untuk kegunaan pelajar asrama melalui Syarikat
Sinar MN Enterprise

3. PERBELANJAAN UNIT KURIKULUM & KOKURIKULUM
• Penerbitan Buletin Tanjung Puteri Sesi 1 dan Sesi 2 tahun 2020
• Program Pecutan Akhir Kertas Bahasa Melayu Setara SPM
• Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KV/SMT Tahun 2020
• Program Penghargaan Kepada MPP/JKP
• Pembelian E-book dan Rak Maya

4. PERBELANJAAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KECERIAAN
• Penyediaan peralatan keperluan untuk Program Vaksinasi Pelajar SVM
Dos 1 dan 2
• Peralatan untuk Program Gotong-royong Peringkat KV Tanjung Puteri bil. 1
tahun 2021
• Pembinaan laluan pejalan kaki di Asrama KV Tanjung Puteri

22 | P I B G K V T P

PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DIS 2021

PENYATA KEWANGAN PIBG KV TANJUNG PUTERI SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

A PENDAPATAN PERBELANJAAN B RM13,686.06
1 BAKI DISEMBER 2020 RM34,088.70 1 PERBELANJAAN PIBG RM11,301.00
2 SUMBANGAN IBUBAPA PELAJAR
3 HIBAH RM88,941.00 2 PERBELANJAAN HEM/ASRAMA C RM3,353.50
4 PERUNTUKAN RM4,460.12
RM80.35 3 PERBELANJAAN KOKURIKULUM/KO-KURIKULUM/KEMAHIRAN D F RM63,027.50

RM33,200.00 4 PERBELANJAAN PEMBANGUNAN E RM13,361.00
SAHSIAH/KEBAJIKAN/KECEMERLANGAN PELAJAR

5 SUMBANGAN RM6,200.00 5 PERBELANJAAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR/ KECERIAAN KV

6 KUTIPAN INSURANS OJT RM2,528.00 6 LAIN - LAIN G
PELAJAR

JUMLAH JUMLAH PERBELANJAAN RM109,189.18
BAKI RM55,848.87

RM165,038.05 JUMLAH RM165,038.05

23 | P I B G K V T P

A JUMLAH PENDAPATAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

1- Baki Disember 2020 RM34,088.70

2- Sumbangan PIBG (Pelajar) Jan RM5,560.00 RM34,088.70
Feb RM9,403.00
Mac RM40,950.00 RM88,941.00
April RM18,838.00
Mei RM80.35
Jun RM0.00 RM33,200.00
Julai RM0.00 RM6,200.00
Ogos RM450.00
Sept RM0.00 RM2,528.00
Oktober RM180.00 RM165,038.05
Nov RM630.00
Dis RM8,460.00
RM4,470.00

3- Hibah Jan RM2.78
Feb RM2.53
Mac RM7.28
April RM8.75
Mei RM8.68
Jun RM8.32
Julai RM8.74
Ogos RM8.60
Sept RM8.08
Oktober RM6.72
Nov RM4.61
Dis RM5.26

4- Peruntukan Mac RM13,200.00
Bantuan Awal Persekolahan YPJ Nov RM20,000.00
YB Tuan Hj Mazlan Bujang

5- Sumbangan Mei RM1,100.00
Sumbangan Tabung Palestin Julai RM5,100.00
Bantuan Covid Tahun 2021

6- Kutipan Insurans OJT Pelajar Februari RM2,496.00
Mac RM32.00

JUMLAH

24 | P I B G K V T P

B PERBELANJAAN PIBG NO CEK RM RM
RM178.00
TARIKH PERKARA
RM99.00
1 3.1.21 Aaiff Kitchen - Jamuan Mesyuarat PIBG Bil 1 Sesi
20/21

2 26.2.21 Sumbangan Hadiah Perpindahan En Hamidon bin
Ahmad ke KV Tanjung Piai

3 RM100.00
RM190.00
3.3.21 Sumbangan kepada Ibu Bapa Pelajar (Luthfi, 1 DMD)
RM378.00
4 6.4.21 Sumbangan Hadiah Persaraan En Ayob bin Arjam
RM336.00
5 Sumbangan Hadiah Perpindahan En Omar bin RM1,354.18

9.4.21 Hassan & En Mahdzir bin Markom RM601.35
RM300.00
6 28.4.21 Bayaran Kurma utk AJK PIBG RM1,000.50

7 1.5.21 Cenderahati PIBG Mesyuarat Agung PIBG RM3,280.03

8 6.5.21 Sumbangan Pelajar Kuarantin di Asrama RM200.00

9 16.5.21 Sumbangan Guru Positif Covid RM690.00

10 27.5.21 Sumbangan Palestin 744082

11 Perbelanjaan kepada keluarga pelajar terkesan 744083

4.7.21 kerana PKP (Fasa 1)

12 4.7.21 Sumbangan Pelajar OJT Kemalangan

13 Perbelanjaan kepada keluarga pelajar terkesan

4.7.21 kerana PKP (Online)

14 16.8.21 Perbelanjaan kepada keluarga pelajar terkesan 744084 RM3,710.50
kerana PKP (Fasa 2) RM100.00
RM545.50
15 26.9.21 Makanan Mesyuarat Agung PIBG 2021 RM97.00
RM310.00
16 18.10.21 Sumbangan Hadiah Persaraan Pn Adawiah, En 744953 RM216.00
Mohd Noor dan Hadiah Perpisahan Pn Asyikin

17 21.11.21 Pembelian Alat Tulis PIBG

18 6.12.21 Elaun Mesyuarat PIBG Bil 1 Tahun 2021/2022

19 22.12.21 Buku Resit Custome Made 2021 (EZCETAK)

RM13,686.06

C PERBELANJAAN HEM / ASRAMA

1 25.4.21 Sayap Resources (Pertukaran Filter Air) 744081 RM1,000.50
RM300.00
2 Sumbangan daripada PPD untuk Pelajar Fakir Miskin 744959
12.12.21 (Cash)

Sinar MN Enterprise - Pembelian Komputer di 744959 RM10,000.50
3 25.12.21 Asrama

RM11,301.00

D PERBELANJAAN KURIKULUM/KO-KURIKULUM/KEMAHIRAN

1 7.2.21 Bayaran Buletin Sesi 1 & Sesi 2 2020 744073 RM1,360.50
RM192.00
2 17.2.21 Sumbangan Pecutan Akhir Kertas BM Setara SPM
RM100.00
3 9.11.21 Sumbangan bagi Majlis APC 2020 KV / SMT Zon `
Johor RM1,100.50
RM600.50 RM3,353.50
4 28.11.21 Sumbangan Penghargaan Kepada MPP / JKP 744957

5 28.12.21 Sumbangan Pembelian E-book dan Rak Maya 744956

E PERBELANJAAN PEMBANGUNAN SAHSIAH/KEBAJIKAN/KECEMERLANGAN PELAJAR

1 7.2.21 Etiqa General Takaful Berhad 744074 RM2,966.46
2 7.2.21 Etiqa Family Takaful Berhad RM339.50
3 7.2.21 Etiqa Family Takaful Berhad 744075 RM3.50
4 7.2.21 Etiqa General Takaful Berhad 744076 RM26.66
744077 RM550.50
Peruntukan Keperluan Vaksinasi Pelajar SVM (Dos
18.10.21 2) 744954 RM573.50

Peruntukan Keperluan Vaksinasi Pelajar SVM (Dos 744951
5 20.10.21 1)

RM4,460.12

F PERBELANJAAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR/ KECERIAAN KV

1 5.1.21 Sumbangan Perbelanjaan Gotong Royong Kali 744072 25RM1,000.50 | P I B G K V T P
1/2021
RM20,000.50
2 26.9.21 Bayaran Pembinaan Laluan Pejalan Kaki di Asrama 744952 RM42,026.50

3 9.11.21 Bayaran Pembinaan Laluan Pejalan Kaki di Asrama 744955 RM63,027.50

4 7.2.21 Etiqa General Takaful Berhad 744077 RM26.66
744954 RM550.50
Peruntukan Keperluan Vaksinasi Pelajar SVM (Dos 744951 RM573.50

18.10.21 2)

5 Peruntukan Keperluan Vaksinasi Pelajar SVM (Dos
20.10.21 1)

RM4,460.12

F PERBELANJAAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR/ KECERIAAN KV

1 5.1.21 Sumbangan Perbelanjaan Gotong Royong Kali 744072 RM1,000.50
1/2021
RM20,000.50
2 26.9.21 Bayaran Pembinaan Laluan Pejalan Kaki di Asrama 744952 RM42,026.50

3 9.11.21 Bayaran Pembinaan Laluan Pejalan Kaki di Asrama 744955

RM63,027.50

G LAIN - LAIN 744078 RM4,900.50
1 25.3.21 Pengeluaran BAP YPJ RM160.00

2.5.21 Pulangan semula Yuran PIBG - Azza RM8,300.50

3.5.21 Pemulangan Lebihan Bantuan BAP YPJ

RM13,361.00

JUMLAH RM109,189.18

26 | P I B G K V T P

PEMBENTANGAN ISU DAN USUL

NAMA IBU BAPA DAN PELAJAR ISU DAN USUL

ISU:
1) Inginkan pengesahan berkenaan kebenaran

membawa telefon bimbit/smartphone ke asrama,
yang mengikut ketetapan KPM. Hal ini kerana
yang difahamkan tidak dibenarkan membawa
hp ke sekolah, tetapi bagaimana pula jika di
asrama. Adakah dibolehkan atau tidak, mengikut
KPM.

BIL.1 2) Mengikut info yg terdahulu, laptop & tablet
dibenarkan di asrama. Adakah sebarang
NURHAMIZAH HUSIN ketetapan spec/spesifikasi untuk tablet/laptop yg
dibenarkan? Ada sebarang syarat/ketetapan
MOHAMAD ALIF NAUFAL BIN masa yg hanya dibenarkan untuk pelajar
MOHAMAD KHAMIS menggunakan tablet/laptop? Dan adakah ada
sebarang kebarangkalian tablet/laptop akan
SVM ELEKTRONIK SEM 2 dirampas oleh warden jika pelajar menggunakan
di luar waktu yg dibenarkan. Mohon
pencerahan/penerangan.

3) Mohon mempertimbangkan untuk pelajar dari
luar Johor meninggalkan atau meletakkan
barang-barang ketika cuti semester, dan tidak
perlu membawa pulang semua barangan (seperti
baldi, bantal, dan segala barang-barang). Lebih
bagus jika pihak KVTP dapat memperuntukkan
suatu tempat atau bilik untuk pelajar meletakkan
barang2 sementara cuti semester. Sekadar
cadangan.

USUL:

27 | P I B G K V T P

BIL.2 ISU:
MOHD RUSDI BIN MUSTAFFA Benarkan penggunaan telefon pintar semula dengan
bersyarat kerana disebabkan seorang salah guna
habis semua tak boleh guna.

MUHAMMAD DANIAL FARHAN USUL:
SVM ELEKTRONIK SEM 2

BIL.3 ISU:
Makanan di dewan makan tiada kualiti contohnya
NORAZLINA BTE OTHMAN hanyir,ikan busuk,ayam keras tetapi tak selalu. Mohon
agar diperbaiki supaya lebih ok. Anak kadang-kadang
MUHAMMAD IRFAN BIN tak makan kerana kuat sangat bau hanyir. Mohon
ADDIE sangat-sangat ambil perhatian.

SVM ELEKTRIK SEM 1 USUL:

28 | P I B G K V T P

-CATATAN-

29 | P I B G K V T P


Click to View FlipBook Version