The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan PIBG KV Tanjung Puteri kali ke-49.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by insaf_296, 2023-06-14 03:23:37

MAT PIBG KVTP

Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan PIBG KV Tanjung Puteri kali ke-49.

2 | K V T P ISI KANDUNGAN Setulus Kata Yang di-Pertua PIBG 3 Atur Cara Majlis 4 Senarai AJK PIBG 2022/2023 5 Notis Jemputan Ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-49 6 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 7 AJK Pengelola Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 8 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 10 Laporan Tahunan Bagi sesi 2022/2023 17 Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Dis 2022 18 Usul dan Cadangan 23 Sekalung Penghargaan 24


3 | K V T P SETULUS KATA YANG DIPERTUA PIBG KV TANJUNG PUTERI Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat llahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bersama bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49. Sesungguhnya, saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa ke mesyuarat kita pada kali ini. Saya dahului dengan rakaman ucapan syabas dan terima kasih atas kesudian tuan/puan untuk hadir dan ini menggambarkan kesungguhan dan komitmen kita dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak kolej bagi memacu kecemerlangan anak-anak pelajar. Begitu juga, saya menitipkan pengharapan agar semua yang hadir pada hari ini sudi menyumbangkan idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG kolej ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada ibu bapa yang dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu untuk tampil memberi sumbangan membantu pihak kolej ke arah meningkatkan pencapaian akademik, ko-kurikulum dan sahsiah anak-anak kita di kolej ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar barisan guru-guru KV Tanjung Puteri dalam meneruskan perjuangan mendidik dan memajukan anak bangsa. Buat para guru yang mulia, jasa anda akan sentiasa dikenang dan semoga terus kekal menjadi pelita untuk anak bangsa. Semoga hubungan ukhuwah ibu bapa dan guru terus tersemat indah disepanjang jalan membina anak bangsa. Biar penat berdiri, jangan penat memberi Biar lelah terduduk, jangan lelah membentuk Biar berhenti bercakap, jangan berhenti berharap. Sekian, terima kasih. ………………………………………….. (KAMARUL ZAMAN BIN ABDULLAH) Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru.


4 | K V T P ATUR CARA MAJLIS 9:00 Pagi Pendaftaran 10:00 Pagi YDP, Ex-Officio, setiausaha dan bendahari mengambil tempat untuk memulakan mesyuarat Nyanyian lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Aluan dari Tuan Pengarah Mesyuarat Agung PIBG kali-49; 1. Kata alu-aluan daripada Yang di-Pertua 2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-48 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Pembentangan dan pengesahan Laporan Tahunan 5. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun 2022 6. Membahaskan usul 7. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 8. Perlantikan pengerusi sementara 9. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2024 a) Yang di-Pertua b) Naib Yang di-Pertua c) AJK Ibu bapa (6 orang) 10.Hal-hal lain 11.Ucapan penangguhan Cabutan bertuah Sesi Penggambaran Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Bersurai


5 | K V T P SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022 /2023 Ex-Officio : En. Abdul Rahman bin Hashim Pengarah Naib Ex-Officio` : Pn. Noraini bt Mashrom TP Akademik : Pn. Azneen Nely bt Basir TP Sokongan Akademik : Pn. Sarinah bt Hashim Ketua Unit Jaminan Kualiti Yang Dipertua : En. Kamarul Zaman bin Abdullah Naib Yang Dipertua : En. Zainal Bakri bin Abu Bakar Setiausaha : En. Abd Rahman bin Ahmad Naib Setiausaha : Pn. Suraya binti Hashim Bendahari : Pn. Nurulhidayah binti Abd Aziz Naib Bendahari : En. Salmezan B. Murat AJK Ibu Bapa : En. Jaat bin Musa En. Mahfiz bin Mohamed Taib Pn. Noralan binti Hj. Abdul Rahman Datin Malina binti Abu Bakar Pn. Fauziah bt Ismail En. Rosli bin Nordin AJK Guru : Pn. Asmahani binti Md Noor Pn. Nuha binti Noor Hakim En. Wan Mohd Haslan bin Wan Suhaimi Pn. Noor Asilah binti Ali Rahim Juruaudit : En. Ahmad Safar bin Ismail Pn. Nur Sakinah binti Mohamad


6 | K V T P Ruj. Kami : KVTP/PIBG/2223 ( 7 ) Tarikh : 28 Mei 2023 Ibu Bapa / Penjaga Pelajar Kolej Vokasional Tanjung Puteri Tuan/Puan, NOTIS JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI KALI KE-49 Dengan segala hormat takzimnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kali ke-49 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 15 Jun 2023 (Khamis) Masa : 9:00 pagi Tempat : Dewan Saidatina Aisyah , KVTP 3. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat / Dato’ / Datin / Tuan/ Puan dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Sekian, Terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (KAMARUL ZAMAN BIN ABDULLAH) Yang Dipertua PIBG sesi 2022/23 Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru


7 | K V T P AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 1. Ucapan Pengerusi 2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-48 3. Perkara-perkara berbangkit 4. Pembentangan dan pengesahan Laporan Tahunan 5. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun 2022 6. Membahaskan usul 7. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 8. Perlantikan pengerusi sementara 9. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2024 d) Yang di-Pertua e) Naib Yang di-Pertua f) AJK Ibu bapa (6 orang) 10. Hal-hal lain 11. Ucapan penangguhan


8 | K V T P SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 Penasihat : En Abdul Rahman Bin Hashim Pengerusi : En Kamarul Zaman Bin Abdullah Timbalan Pengerusi : En Zainal Bakri Bin Abu Bakar Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Azneen Nely Binti Basir Naib Pengerusi 2 : En Mohd Ali Redza Bin Mohamed Yusoff Naib Pengerusi 3 : Pn Hjh Sarinah Binti Hashim Setiausaha : En Abd Rahman Bin Ahmad Naib Setiausaha : Pn Suraya Binti Hashim Bendahari : Pn Nurulhidayah Binti Abdul Aziz Pengurus Majlis : Pn Asmahani Binti Md Noor AJK Pendaftaran Cik Nurfarhana binti Sulaiman Cik Humairah Afiqah binti Husaini Majlis Pemimpin Pelajar AJK Juru Acara Tuan Haji Puslan bin Sebli AJK Buku Program Pn Haziman binti Isahak Bacaan Doa En Kamarul Zaman bin Ngah Penyedia Teks Ucapan Pn Siti Nordiana binti Lokman AJK Jamuan Pn Noor Asilah binti Ali Rahim Cik Ayu Natasya bt Muhd Zaimi AJK Cabutan Bertuah Pn Nuha binti Noor Hakim Pn Nur Sakinah binti Mohamad Cik Fatin Nur Ain binti Kamaruddin AJK Kawalan Pelajar En Mohd Sani bin Md Hassan En Amir Mustaqim bin Yusof JK Siaraya En Mohammad Shahbandi bin Abas Majlis Pemimpin Pelajar AJK Fotografi En Ahmad Saufi bin Murahman AJK Hebahan Pn Hearniza binti Nordin Pn Asmahani binti Md Noor


9 | K V T P AJK Persiapan Tempat En Mohd Salmezan bin Murat En Muhammad Syahmi bin Che Nan AJK Persembahan Pn Hearniza binti Nordin Cik Nurfikriyah Edzlyn binti Mohd Safri AJK Kawalan Parkir En Asmadi bin Pairin AJK Banner En Wafi bin Abu Bakar


10 | K V T P MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 Tarikh : 19 Jun 2022 (Ahad) Tempat : Di kediaman masing-masing (Google Meet) Masa : 2.00 petang Kehadiran Yang Dipertua : En. Kamarul Zaman bin Abdullah Naib Yang Dipertua : En. Zainal Bakri bin Abu Bakar Setiausaha : En. Abd Rahman bin Ahmad Naib Setiausaha : Pn. Suraya binti Hashim Bendahari : Pn. Nurul Hidayah binti Abd Aziz AJK Ibu Bapa : Pn. Noralan Binti Hj. Abdul Rahman Datin Malina binti Abu Bakar Pn. Fauziah bt. Ismail En. Rosli b Nordin En. Ja’at bin Musa En Mahfiz bin Mohamed Taib AJK Guru : Pn. Asmahani bt Md Noor : Pn. Nuha binti Noor Hakim : En. Wan Mohamad Haslan bin Wan Suhaimi : En. Salmezan bin Murat : Pn. Noor Asilah binti Ali Rahim Juruaudit : En. Ahmad Safar bin Ismail : Pn. Nur Sakinah binti Mohamad Ex-Officio : En. Abdul Rahman bin Hashim Pengarah Naib Ex-Officio` : Pn. Sarinah bt Hashim KJK


11 | K V T P AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-47 3. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember tahun sebelumnya. 4. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan 5. Membahaskan usul 6. Hal-hal lain 7. Ucapan Penangguhan 1. Ucapan Pengerusi yang Dipertua PIBG 1.1YDP mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan pentadbir, ahli jawatankuasa PIBG, para pensyarah dan terutamanya ibu bapa / penjaga kerana dapat bersama-sama menghadiri mesyuarat agung PIBG Kolej Vokasional Tanjung Puteri Kali Ke-48 secara maya. 1.2YDP memaklumkan bahawa kebersamaan pada hari ini adalah sangat istimewa memandangkan Kolej Vokasional Tanjung Puteri telah menjangkau usia 90 tahun pada tahun 2022. Kolej yang telah ditubuhkan pada tahun 1932 ini boleh dianggap sebagai pemula kepada dunia pendidikan vokasional di Malaysia. 1.3Semenjak ditubuhkan, KVTP telah menempa pelbagai kejayaan. YDP meyakini bahawa kejayaan-kejayaan tersebut disempurnakan hasil lakaran kerjasama pelbagai pihak terutamanya pihak kolej dan ibu bapa. 1.4Kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk bantuan kepakaran, tenaga dan kewangan hendaklah diteruskan dan bagi membuka laluan kepada anak-anak untuk terus mengeksplorasi dunia remaja mereka secara positif dan berpeluang untuk mencapai kejayaan. 2. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-47 2.1YDP PIBG membentangkan minit mesyuarat kali ke-47. Minit mesyuarat telah disahkan oleh En. Md Zaini Masap dan disokong oleh Pn. Ruzana bt. Abu Nasir. 2.2Tiada perkara berbangkit.


12 | K V T P 3. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember tahun sebelumnya. 3.1Penyata Kewangan PIBG sehingga Sesi 2021 / 2022 bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2021 telah dibentangkan oleh Pn. Nurul Hidayah binti Abd Aziz untuk disemak dan disahkan. (Sila rujuk lampiran). 3.2Pn. Rozita bt. Ahmad mencadangkan penyata kewangan tersebut diterima dan disokong oleh Pn. Nesty Faisa. 4. Pembentangan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2021. 4.1En. Abd Rahman bin Ahmad selaku setiausaha PIBG membentangkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG sesi 2021. 4.2Pn Noorita bt Abu Samah mencadangkan agar laporan tahunan di terima dan disokong oleh En. Roslan bin Talip 5. Membahaskan usul 5.1 YDP membacakan usul untuk dibahas daripada ibu bapa yang hadir. 5.1.1 Nurhamizah Husin Inginkan pengesahan berkenaan kebenaran membawa telefon bimbit atau telefon pintar ke asrama yang mengikut ketetapan KPM. Hal ini kerana yang difahamkan tidak dibenarkan membawa telefon pintar ke sekolah, tetapi bagaimana pula jika di asrama. Adakah dibolehkan atau tidak mengikut KPM. Mengikut info yang terdahulu, komputer riba dan ‘tablet’ dibenarkan dibawa di asrama. Adakah sebarang ketetapan atau spesifikasi untuk ‘tablet’ atau komputer riba yang dibenarkan? Ada sebarang syarat atau ketetapan masa yang hanya dibenarkan untuk pelajar menggunakan ‘tablet’ atau komputer riba? Dan adakah ada sebarang kebarangkalian ‘tablet’ atau komputer riba akan dirampas oleh warden jika pelajar menggunakan di luar waktu yang dibenarkan. Mohon penerangan.


13 | K V T P Mohon mempertimbangkan untuk pelajar dari luar Johor untuk meninggalkan atau meletakkan barang-barang ketika cuti semester dan tidak perlu membawa pulang semula barangan (seperti baldi, bantal, dan segala barang-barang). Lebih baik jika pihak KVTP dapat memperuntukkan suatu tempat atau bilik untuk pelajar meletakkan barang-barang sementara cuti semester. Sekadar cadangan. Maklum balas daripada Tuan Pengarah, Tuan pengarah menjelaskan bahawa tiada kenyataan bertulis daripada pihak KPM yang membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke asrama. Pekeliling sedia ada daripada KPM tidak membenarkan pelajar membawa telefon bimbit atau telefon pintar ke sekolah. Pihak kolej akur dengan arahan tersebut dan memahami bahawa langkah tersebut digariskan untuk menghindarkan gejala-gejala negatif yang boleh berlaku disebabkan oleh telefon pintar. Walau bagaimanapun atas budi bicara, pihak kolej membenarkan pelajar membawa telefon bimbit yang bukan telefon pintar (telefon bimbit lama) untuk kegunaan membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Larangan tersebut turut terpakai di kawasan kolej kediaman / asrama memandangkan kawasan tersebut merupakan sebahagian daripada kawasan kolej. Berkenaan penggunaan komputer riba dan ‘tablet’, tuan pengarah menjelaskan bahawa pihak kolej telah memberi kebenaran dan galakan kepada pelajar-pelajar untuk membawa komputer riba atau ‘tablet’ memandangkan ianya merupakan suatu keperluan untuk mereka menyiapkan tugasan terutamanya kepada pelajar diploma. Bagi tujuan perekodan, pelajar-pelajar asrama yang membawa komputer riba dan ‘tablet’ perlu mengisi borang khas.


14 | K V T P Berkenaan barangan yang ditinggalkan pelajar sewaktu bercuti, tuan pengarah menjelaskan bahawa cuti semester setiap kohort adalah berbeza. Oleh itu, pihak kolej tidak membenarkan pelajar meninggalkan barang-barang untuk mengurangkan risiko kehilangan kerana risiko kehilangan barang. 6. Hal-hal lain 6.1Bidang akademik Tuan pengarah memaklumkan bahawa peperiksaan semester semasa telah selesai dan berjalan dengan lancar. 6.2On The Job Training (OJT) Tuan pengarah memaklumkan bahawa pelajar diploma sedang menjalani latihan OJT di industri terpilih dan kebanyakan industri itu telah menjalinkan hubungan MOU bersama kolej. 6.3Peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tuan pengarah memaklumkan bahawa peperiksaan SKM khusus kepada pelajar 2 SVM akan dijalankan pada cuti semester ini (27 - 29 Jun 2022) ‘Single Tier’ tahap 3 bagi mendapatkan persijilan SKM. Pelajar-pelajar yang terlibat perlu memberikan komitmen termasuk melengkapkan fail portfolio dan lain-lainnya. Bagi tujuan melancarkan proses tersebut, pihak kolej memohon jasa baik ibu bapa untuk memantau dan memberi ingatan kepada anak-anak. 6.4Akreditasi bagi Program Teknologi Automotif Tuan pengarah memaklumkan bahawa pihak kolej telah melengkapkan dan menghantar dokumen yang diperlukan kepada pihak MQA bagi memperbaharui akreditasi bagi program Teknologi Automotif untuk lanjutan tempoh sekitar 5 hingga 6 tahun.


15 | K V T P 6.5Pertandingan kemahiran Tuan pengarah memaklumkan bahawa, KVTP telah menyertai pertandingan kemahiran peringkat antarabangsa anjuran Majlis Belia Malaysia melibatkan program Teknologi Pembinaan, ‘Tilings and Bricks’ yang dijalankan di Terengganu. Pertandingan tersebut turut disertai oleh wakil-wakil daripada IPTA, IPTS, politeknik dan penyertaan daripada luar negara. Pihak kolej masih menanti keputusan pertandingan tersebut. 6.6Pengambilan pelajar Tuan pengarah memaklumkan pengambilan pelajar baharu yang berlangsung pada bulan April lepas telah mencapai KPI dengan 100% kuota pengambilan telah dipenuhi. 6.7Pembangunan Kolej Tuan pengarah memaklumkan bahawa projek menaik taraf bangunan kolej dengan peruntukan sekitar RM10.5 juta sedang dijalankan melibatkan pengubah suaian sejumlah 5 lokasi dan pembinaan 2 bangunan baharu bermula 15 Jun 2022. Proses ini dijangka akan mengambil masa selama 20 bulan dan dijangka tamat pada 14 Februari 2024. Selain itu, projek membaiki dan menukar genting bumbung di bangunan pentadbiran kolej dengan kos sebanyak RM90,000.00 peruntukan daripada pihak BPLTV juga sedang berjalan. 6.8Ucapan penghargaan pengarah Tuan pengarah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen daripada ibu bapa dan AJK PIBG. Pihak kolej turut mengalu-alukan sebarang saranan, idea dan sumbangan lainnya daripada pihak ibu bapa demi meningkatkan pencapaian kolej. 6.9Sumbangan PIBG YDP memaklumkan bahawa jumlah sumbangan PIBG kekal iaitu sebanyak RM160.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Enam Puluh Sahaja) termasuk sumbangan RM10.00 bagi tujuan pembelian buku untuk Perpustakaan KV Tanjung Puteri.


16 | K V T P 7. Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG YDP mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua pihak dan menjelaskan bahawa keputusan untuk mengadakan mesyuarat secara maya adalah bertujuan untuk mengekang jangkitan Covid-19 memandangkan kita baru sahaja memasuki fasa endemik. Namun, harapannya agar keadaan akan bertambah baik dan mesyuarat agung tahunan dapat dilaksanakan secara bersemuka pada tahun mendatang. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang. Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh, _________________________ _______________________________ ABD RAHMAN BIN AHMAD KAMARUL ZAMAN BIN ABDULLAH Setiausaha PIBG KVTP, YDP PIBG KVTP, Sesi 2022 / 2023 Sesi 2022 / 2023


17 | K V T P LAPORAN TAHUNAN BAGI SESI 2022/2023 1. Mesyuarat Agung kali ke-48 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 telah diadakan pada tarikh 19 Jun 2022 (Ahad) secara atas talian. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Kamarul Zaman bin Abdullah dan jumlah ibu bapa/penjaga yang hadir ialah 52 orang. 2. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Mesyuarat tidak menjalankan pemilihan dan AJK sesi 2021/2022 dikekalkan. 3. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sepanjang sesi 2022/2023, Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali, seperti berikut; Bil.1 : Ahad, 28 Mei 2023 Bil.2 : Ahad, 4 Jun 2023 Bil. 3 : Ahad, 11 Jun 2023 4. Sumber Kewangan PIBG Sumber kewangan bagi persatuan ini ialah : a) Sumbangan tahunan sebanyak RM160.00 bagi setiap keluarga. b) Sumbangan daripada pihak luar.


18 | K V T P PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DIS 2022 PENYATA KEWANGAN PIBG KV TANJUNG PUTERI SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 PENDAPATAN PERBELANJAAN 1 BAKI DISEMBER 2021 RM55,848.87 1 PEMBANGUNAN AKADEMIK RM22,341.00 2 SUMBANGAN IBUBAPA PELAJAR RM80,486.00 2 PEMBANGUNAN INSAN/ PELAJAR RM7,880.00 3 HIBAH RM61.09 3 PEMBANGUNAN PRASARANA RM5,000.00 4 PERUNTUKAN RM23,750.00 4 PEMBANGUNAN KEBAJIKAN/ PERKHIDMATAN RM51,163.98 5 PELBAGAI RM1,490.00 JUMLAH PERBELANJAAN RM86,384.98 BAKI RM75,250.98 JUMLAH RM161,635.96 JUMLAH RM161,635.96 A B C D E


19 | K V T P JUMLAH PENDAPATAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 1- Baki Disember 2021 RM55,848.87 RM55,848.87 2- Sumbangan PIBG (Pelajar) Jan RM17,190.00 Feb RM9,015.00 Mac RM6,298.00 April RM1,070.00 Mei RM1,850.00 Jun RM2,120.00 Julai RM11,131.00 Ogos RM2,562.00 Sept RM4,600.00 Oktober RM9,770.00 Nov RM11,770.00 Dis RM3,110.00 RM80,486.00 3- Hibah Jan RM3.23 Feb RM3.97 Mac RM5.28 April RM5.42 Mei RM4.97 Jun RM4.77 Julai RM5.25 Ogos RM5.28 Sept RM4.73 Oktober RM5.53 Nov RM6.33 Dis RM6.33 RM61.09 4- Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan YPJ Mac RM19,650.00 Sumbangan YB Tuan Hj Mazlan Bujang (Air cond bilik seminar) Sep RM3,000.00 Sumbangan YB Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah (Exco Sukan) (Penghargaan kepada pemain rugby) Oct RM1,000.00 Sumbangan Syarikat Coway Ogos RM100.00 RM23,750.00 5- Pelbagai Sewa Jubah Jan, feb RM750.00 Baki elaun Mesyuarat PIBG April, Mei RM690.00 Pemulangan lebihan baki APC Sep RM50.00 RM1,490.00 JUMLAH RM161,635.96 PEMBANGUNAN AKADEMIK A B


20 | K V T P TARIKH PERKARA NO CEK RM RM 1 16.2.22 Sumbangan Majlis Konvokesyen RM3,000.00 2 26.5.22 Sumbangan Pertandingan Worldskills Malaysia Bidang Wall& Floor Tiling Dan Bricklaying RM300.00 3 13.7.22 Sumbangan Pertandingan Kv Skill Peringkat Zon Johor Bagi Tahun 2022 (Saguhati Pelajar 100x12pelajar) 744970 RM1,200.00 4 14.7.22 Sumbangan Pertandingan Kv Skill Peringkat Zon Johor Bagi Tahun 2022 (Automotif) RM900.00 5 20.7.22 Sumbangan Aktiviti Bengkel Bahasa Melayu SPM 2022 RM300.00 6 16.8.22 Sumbangan Pertandingan Kv Skill Peringkat Zon Johor Bagi Tahun 2022 (Elektrik) 744977 RM1,105.00 7 16.8.22 Sumbangan Pertandingan Kv Skill Peringkat Zon Johor Dan Keb Bagi Tahun 2022 (Pelajar Rm10x527pelajar) 744976 RM5,270.00 8 22.8.22 Sumbangan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar SVM 744978 RM4,000.00 9 10.10.22 Sumbangan Saguhati Pelajar Menyertai Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (Wsmb) Peringkat Akhir Tahun 2022 Wall& Floor Tiling RM100.00 10 10.10.22 Sumbangan Untuk Penginapan Pelajar Menyertai (Kv Skill)- Bidang Wall& Floor Tiling RM650.00 11 9.12.22 Pengeluaran Dana Pusat Sumber - Sistem S-LIB 744984 RM5,516.00 RM22,341.00 PEMBANGUNAN INSAN/PELAJAR 1 12.5.22 Sumbangan Menganjurkan Program Sambutan Hari Raya & Sambutan Hari Guru Tahun 2022 744965 RM1,500.00 2 19.7.22 Sumbangan Penyertaan Pasukan Kvtp Kejohanan Mssd Jb Bawah 18 Tahun 2022 744974 RM1,020.00 3 16.8.22 Sumbangan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 744975 RM100.00 4 22.8.22 Sumbangan Program Khidmat Masyarakat 744979 RM600.00 5 15.9.22 Sumbangan Pengurusan Pasukan Bola Sepak KGKS RM200.00 6 27.9.22 Sumbangan Fun Run RM300.00 7 20.10.22 Sumbangan Penyertaan Pasukan Ragbi Kvtp Bawah 18 Tahun Piala Pengarah Kv Kuantan 744981 RM200.00 8 8.11.22 Sumbangan Penyertaan Pasukan Kvtp Ke Kejohanan Bola Jaring Dan Ragbi Anjuran Kv Ampangan Tahun 2022 RM400.00 9 22.11.22 Sambutan Maulidur Rasul 2022 744983 RM2,000.00 C


21 | K V T P 10 23.11.22 Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 744985 RM560.00 11 24.11.22 YB Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah (Exco Sukan) - Sumbangan penghargaan kepada pemain rugby RM1,000.00 RM7,880.00 PEMBANGUNAN PRASARANA 1 20.6.22 Sumbangan Menaik Taraf Keperluan Ict 744967 RM2,000.00 2 5.10.22 Sumbangan Air Cond Bilik Seminar ( YB MAZLAN) 744980 RM3,000.00 RM5,000.00 PEMBANGUNAN KEBAJIKAN/ PERKHIDMATAN 1 5.1.22 AZKA Service & Enterprise (Pengeluaran peruntukan sumbangan YB MAZLAN) 744961 RM20,000.00 2 20.1.22 Pemulangan semula PIBG - Nur Ain Asmidi RM20.00 3 31.1.22 Caj komisen bank RM0.50 4 10.2.22 Pembelian Covid 19 Test Kit - Pelajar Asrama RM2,450.00 5 16.2.22 Sumbangan Keperluan Pelajar Kuarantin RM500.00 6 20.02.22 Sayap Resources (Penukaran Water Filter) 744962 RM1,000.00 7 27.2.22 Elaun Kehadiran AJK PIBG 744958 RM500.00 8 28.2.22 Caj komisen bank RM1.00 9 22.03.22 Pulangan Semula Lebihan PIBG - Azlina Nasser RM10.00 10 22.03.22 Pulangan Semula Lebihan PIBG - Ahmad Danial RM286.00 11 11.4.22 Pengeluaran BAP YPJ 744963 RM19,650.00 12 15.4.22 Sumbangan kpd ibu Allahyarham Salman Al Farizzi RM100.00 13 16.4.22 Photostat minit mesyuarat RM12.80 14 17.4.22 Elaun Mesyuarat PIBG Bil 2 Tahun 2021/2022 RM600.00 15 19.4.22 Deposit tempahan Resit PIBG RM112.50 16 19.4.22 sumbangan duit raya anak-anak yatim 744964 RM2,800.00 17 30.4.22 Caj komisen bank RM3.00 18 10.5.22 Baki tempahan resit PIBG RM103.50 19 21.5.22 Photostat minit mesyuarat RM15.00 20 22.5.22 Elaun Mesyuarat PIBG Bil 3 Tahun 2021/2022 RM390.00 21 31.5.22 Caj komisen bank RM2.50 22 16.6.22 Jamuan Makan PIBG Ke-48 RM360.00 23 20.6.22 Elaun Mesyuarat PIBG Bil 3 Tahun 2021/2022 RM660.00 D E


22 | K V T P 24 30.6.22 Caj komisen bank RM3.00 25 12.7.22 Sumbangan pelajar kemalagan semasa OJT- Muhammad Syhamil Amri B Abd Raub RM100.00 26 31.7.22 Caj komisen bank RM6.50 27 9.8.22 Sumbangan Bayaran Yuran Makan Asrama RM325.00 28 24.8.22 Caj atas penyata RM6.00 29 29.8.22 Sumbangan pelajar kemalangan semasa OJT MOHAMAD AKHIR BIN SHAMSUDDIN ( PELAJAR OJT) RM100.00 30 31.8.22 Caj komisen bank RM6.50 31 31.10.22 Caj komisen bank RM5.00 32 5.11.22 Caj atas penyata RM5.00 33 6.11.22 Fail PIBG RM5.18 34 30.11.22 Caj komisen bank RM5.50 35 30.11.22 Coway RM264.00 36 4.12.22 Pemulangan yuran konvo ke akaun koperasi sek RM750.00 37 31.12.22 Caj komisen bank RM0.50 38 5.12.22 Caj atas penyata RM5.00 RM51,163.98 RM86,384.98


23 | K V T P PEMBENTANGAN ISU DAN USUL NAMA IBU BAPA DAN PELAJAR ISU DAN USUL BIL.1 MOKHTAR BIN MUHAMAD NU'MAN AL HAKIM BIN MOKHTAR 2 SVM TEK. PEMBINAAN ISU: Banyakkan latihan kerja berimpak tinggi USUL: BIL.2 HAMIDAH AZAMAIN MUHD AMSYAR AFIQ BIN IBRAHIM 1 SVM TEK. ELEKTRONIK ISU: Minta supaya kelengkapan asrama di selenggara dan dibaik pulih USUL: BIL.3 ABDUL ALIM BIN ASTURI MUHAMMAD ARIF DANIAL BIN ABDUL ALIM 1 SVM TEK. KIMPALAN ISU: Saya cadangan penapis air ditambah lagi bagi setiap blok asrama. ini kerana penapis air sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang duduk diasrama. pelajar perlu menunggu lama jika simpanan dalam tangki berkurangan. USUL:


24 | K V T P SEKALUNG PENGHARGAAN YB MOHD HAIRI BIN MAD SHAH


Click to View FlipBook Version