The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syasyazlee, 2022-05-15 15:27:31

MANUAL PENGGUNAAN KIT

MANUAL PENGGUNAAN KIT

PERSEMBAHAN

TANDA BACA

AINUR SYASYA TIHANI BINTI AHMAD NAZLI

PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan kit pembelajaran ini
dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
saya, Tn. Hj. Ismail Bin Abdul Samad atas tunjuk ajar serta dorongan daripada mulanya kerja
kursus ini sehingga berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya semangat dan motivasi untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga
telah memberikan saya segala kemudahan dan idea yang tidak terhingga sampai saya berjaya
menyelesaikan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan serta tunjuk ajar terhadap kerja kursus saya. Mereka membantu saya tanpa penat dan
lelah sehingga berjaga larut malam.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

PENDAHULUAN

Kit pembelajaran digital ini dihasilkan membantu murid-murid memahami tanda baca dan cara
penggunaannya. Selain itu, kit ini juga dihasilkan untuk memudahkan para guru mengendalikan
proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Kit ini juga dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Pelbagai aktiviti berdasarkan
kemampuan murid dapat dilaksanakan. Melalui kit pembelajaran digital ini, diharapkan murid-
murid dapat mengenali dan memahami penggunaan tanda baca dengan betul.

OBJEKTIF PEMBINAAN PEMBELAJARAN DIGITAL
Terdapat beberapa objektif kit pembelajaran digital ini iaitu:

• Memudahkan para guru menjalankan PdPc di dalam kelas.
• Berpusat kepada murid.
• Kit ini menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid-murid.
• Sesuai dengan tahap murid.
• Lebih mudah difahami dan fleksibel.

CARA MENGGUNAKAN KITPEMBELAJARAN DIGITAL

PENERANGAN:
➢ Slaid 1 adalah pengenalan tugasan penghasilan bahan.
➢ Slaid 2 adalah maklumat diri
➢ Slaid 3 adalah paparan menu dan manual penggunaan bagi kit pembelajaran digital.
➢ Pengguna boleh memilih untuk pergi ke menu atau manual penggunaan dengan klik paparan
tersebut.

PENERANGAN:
➢ Slaid 4 adalah pilihan menu. Pengguna boleh berinteraksi dengan slaid melalui pilihan paparan. Apabila
paparan itu ditekan, pengguna akan terus dibawa ke slaid yang mengandungi subtopik yang diingini secara
automatik.
➢ Setiap slaid dari slaid 5 hingga ke slaid …. mempunyai butang ke menu utama dan butang kembali pada
penjuru bawah. Apabila butang (MENU UTAMA) diklik, pengguna akan terus dibawa ke menu yang berada
pada slaid 3. Sekiranya pengguna klik butang kembali, pengguna akan dibawa terus ke pilihan tanda baca.

PENERANGAN:
➢ Slaid 7 hingga slaid 14 merupakan penerangan tentang tanda baca.

PENERANGAN:

➢ Slaid 15 merupakan slaid JOM BERMAIN. Apabila pengguna klik pada awan, maka pengguna akan dibawa
ke slaid permainan. Pada slaid tersebut, pengguna boleh mengimbas QR kod atau klik tulisan yang tertera
di bawah QR kod tersebut.

➢ Permainan MANA SAYA ialah di mana pengguna perlu klik jawapan yang betul. Permainan PADANKAN
SAYA ialah permainan silang kata. Pengguna perlu memahami kata kunci yang diberi bagi mendapatkan
jawapan.

PENERANGAN:
➢ Slaid 17 merupakan slaid DIDIK HIBUR. Pada slaid tersebut, pengguna perlu klik pada JOM KITA
MENYANYI.

PENERANGAN:
➢ Slaid 18 merupakan slaid Isu kesantunan berbahasa. Pada slaid tersebut, pengguna perlu klik pada ISU
KESANTUNAN BERBAHASA.

RUJUKAN
Anne Jeffrey Kihob & Saidatul Nornis bt. Hj. Mahali (2020). Penggunaan Tanda Baca Koma dan
Noktah dalam Karangan Murid Sekolah Menengah di Daerah Tuaran, Sabah. e-JURNAL
BAHASA DAN LINGUISTIK, 2(2), 2-17.

Bayu, D.N. & Diah Amelia. (2018). Analisis kesalahan berbahasa Indonesia pada teks ilmiah
mahasiswa. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia, 2(2), 138-153.

Dewi Mei Mulyani & Hamdah Siti Hamsanah Fitriani. (2018). Analisis kesalahan penggunaan
huruf kapital dan tanda baca pada karangan sederhana siswa kelas III SDN II Kelapa Dua
Kabupaten Tangerang. Jurnal Pendidikan Program Studi Bahasa dan Sastra Indonesia, 7(1), 13-
24.

Farizah Hashim, Adenan Ayob & Mohd Rosli Saludin (2018). Pengaruh media sosial terhadap
kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu murid tahun lima. International
Journal of Law, Government and Communication, 3(7), 53-76.

Salinah Jaafar & Rohaidah Haron (2016). Kesilapan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
pelajar Universiti Kebangsaan Yunnan di akademi pengajian Melayu. Jurnal Melayu,15(2), 197-
209.

Zainal Othman (2011, Oktober 10). 50 isu tatabahasa. SlideShare.
https://www.slideshare.net/ZainalOthman1/50-isu-tatabahasa-9626935


Click to View FlipBook Version