The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syasyazlee, 2021-11-07 10:03:38

portfolio ainur syasya

portfolio ainur syasya

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

TUGASAN KERJA KURSUS
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BMM1074

NAMA : AINUR SYASYA TIHANI BINTI AHMAD
ANGKA GILIRAN NAZLI
NO. TELEFON : 2021292310032
OPSYEN
AMBILAN : 011-55037898
KOD KURSUS
: BAHASA MELAYU SK
NAMA KURSUS
: JUN 2021
NAMA PENSYARAH
JABATAN/UNIT : BMM1074
TARIKH SERAHAN : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA

MELAYU

: EN. MOHAMED SHAHREN BIN
ADBULLAH
: JABATAN PENGAJIAN MELAYU

: 8 NOVEMBER 2021

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada):

Tandatangan pelajar: _________________________ Tarikh: 8 NOVEMBER 2021

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA 4

2.1 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA 5

2.2 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN 7
DI MALAYSIA 9

2.3 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (TMK)

3.0 ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU PERINGKAT ANTARABANGSA 10

4.0 KESIMPULAN 12

RUJUKAN 13

RUJUKAN GAMBAR 14

LAMPIRAN 15

2

3

1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu telah mengalami pelbagai transformasi sejak dahulu lagi apabila ia

bermula daripada bahasa Melayu kuno sehingga bahasa Melayu moden. Bahasa melayu ini
pernah menjadi lingua franca semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada
abad ke-15 dan ke-16. Bahasa Melayu tersenarai dalam 10 bahasa yang mempunyai penutur
paling ramai di peringkat global. Dianggarkan lebih 300 juta masyarakat yang dapat bertutur
bahasa Melayu. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah suatu bahasa yang bukan
sahaja fleksibel tetapi juga mudah dituturkan. Namun, pada hari ini, bahasa Melayu tidak lagi
sehebat dari zaman dahulu. Masyarakat pada hari ini sudah hilang kesedaran betapa
pentingnya bahasa Melayu. Ia berlaku bukan sahaja pada peringkat dewasa malah kanak-
kanak juga tidak lagi fasih bertutur bahasa Melayu terutamanya di kawasan bandar. Kanak-
kanak kini lagi fasih bertutur bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Lagi dahsyat,
apabila terdapat segelintir kanak-kanak di kawasan bandar terutamanya yang hanya dapat
bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu. Fenomena
ini amat merisaukan kerana jika ia berterusan kerana bahasa Melayu akan hilang
kemegahannya sama ada dalam negara mahupun di peringkat global.

4

2.0 ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
Bahasa Melayu di Malaysia semakin hilang serinya. Perkembangan ilmu yang begitu

pantas juga membantu perkembangan teknologi. Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum
dan etnik, contohnya kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, etnik Iban dan seumpamanya
merupakan antara cabaran dan isu yang menggugat kedudukan bahasa Melayu. Walaupun
bahasa Melayu sudah ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan dari zaman awal kemerdekaan
lagi, namun terdapat sesetengah pihak yang mengingkari perkara ini. Wujudnya golongan
sebegini menghalang kemajuan bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia.

Ketika Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Persekutuan dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan
Persekutuan 1957 .

5

2.1 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan merupakan cabaran besar kerana

terdapat sesetengah institusi yang meletakkan taraf bahasa Melayu sama sahaja dengan
bahasa Inggeris. Melalui Fasal 152 Perlembagaan 1957, parlimen mengkaji semula
penggunaan bahasa Inggeris selepas 10 tahun. Cabaran lain ialah masalah kekurangan guru
dan buku-buku teks. Hal ini kerana negara masih baru dalam mencapai kemerdekaan. Oleh
itu, masih ramai guru yang kurang fasih berbahasa Melayu. Masalah ini dijadikan alasan kuat
untuk melambatkan proses penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Faktor
buku teks pula dijadikan alasan yang kukuh untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa
Inggeris. Oleh itu, menerusi Majalah Guru, Jilid 35, pada 20 Ogos 1957, Pengarah DBP,
Kesatuan Persatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) bekerjasama dengan
Jawatankuasa Pelajaran UMNO Melayu serta forum-forum pegawai Melayu dan pemerhati
khas YB Dato’ Abdul Razak yang merupakan Menteri Pelajaran ketika itu telah mengadakan
ceramah bagi mencari jalan untuk melaksanakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam
sistem pendidikan dan pejabat kerajaan.( Sharifah Darmia, 2013 ).

Majalah Guru

Selain itu, Dasar Pelajaran Razak memutuskan untuk menubuhkan sekolah Melayu
mendapat tentangan hebat daripada kaum Cina dan India kerana mereka berpendapat hal ini
hanya menguntungkan bangsa Melayu sahaja. Dasar ini juga berpendapat untuk
menghapuskan sekolah vernakular aliran bahasa Cina dan aliran bahasa Tamil. Khir Johari
yang merupakan Menteri Pelajaran ketika itu memutuskan untuk mengkaji hal ini selepas
pilihan raya kedua (Utusan Melayu seperti yang dinyatakan dalam Sharifah Darmia, 2013).

6

Bertentangan dengan perlembagaan perkara Kurangnya guru yang terlatih
152, iaitu memartabatkan bahasa melayu

Cabaran Pengajaran
Pendidikan Sains dan
Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI)

Prestasi pelajar-pelajar melayu terutamanya Tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa
merosot dalam subjek sains dan matematik melayu, para cendiakawan, tokoh akademik,
ahli politik, dan NGO atau non governmental
organization yang memperjuangkan bahasa

melayu sebagai bahasa rasmi.

Pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum juga menjadi isu kerana ibu bapa daripada
Cina dan India membantah apabila bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil tidak dijadikan
bahasa wajib di sekolah kebangsaan. Ini menyebabkan ibu bapa berbangsa Cina dan India
tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Satu rancangan untuk
mewujudkan sistem persekolahan yang menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah
kebangsaan yang menjadi subjek pilihan bukan sahaja untuk bangsa Cina dan India tetapi
juga untuk bangsa Melayu (Mukriz Mahathir dalam Sharifah Darmia, 2013).

7

2.2 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN DI MALAYSIA
8

Penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran dibantah oleh beberapa pihak yang
mengatakan bahasa Melayu tidak lengkap untuk dijadikan bahasa pentadbiran. Hal ini kerana
penjajah British pada zaman sebelum kemerdekaan menetapkan mereka yang fasih
berbahasa Inggeris sahaja dibenarkan mendapat jawatan yang baik. Hal ini berlaku kerana
pihak ini hanya fasih berbahasa Inggeris tetapi lemah dapat bahasa Melayu. Masalah inilah
yang menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap bahasa Melayu untuk dijadikan
sebagai bahasa rasmi. Perkara ini disangkal sama sekali oleh Tunku Abdul Rahman dalam
pengucapannya kerana bahasa Melayu dapat digunakan ketika pentadbiran sama sahaja
dengan penggunaan bahasa Inggeris ketika sebelum kemerdekaan. Jika diteliti masalah ini,
sebenarnya pihak yang membantah ini bukan kerana tidak yakin dengan bahasa Melayu
tetapi kerana kelemahan mereka dalam berbahasa Melayu.

Wujud juga isu di mana ada pihak yang mengatakan bahasa Melayu masih kurang
perbendaharaan kata terutama untuk menggambarkan keadaan yang moden ini. Namun, hal
ini sebenarnya berlaku dalam semua bahasa termasuk juga bahasa Inggeris. Masalah
peristilahan dan tatabahasa juga dipanggil masalah linguistik. Hakikatnya, perkara ini sudah
lama mendapat perhatian pihak atasan sebelum memutuskan untuk menukar bahasa Melayu
kepada bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, mereka memperuntukkan masa selama 10 tahun
kerana proses ini dijalankan secara berperingkat supaya dapat diterima baik oleh semua
pihak.

Sementara itu, sikap berlembut kerajaan serta para pemimpin menyebabkan kesukaran
dalam memperluaskan lagi penggunaan bahasa Melayu. Hal ini menimbulkan perasaan
kurang senang dalam kalangan oleh sesetengah pihak. Antara kritikan yang dikeluarkan oleh
Majalah Dewan Bahasa ialah:

Sehingga kini, kerajaan masih berlembut dalam soal penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi. Kerajaan harus mempunyai ketegasan politik supaya bahasa Melayu
berada pada kedudukan tertinggi. Oleh kerana Malaysia telah lama merdeka, ahli politik perlu
lebih matang membawa kemajuan global dan mengikut arus teknologi yang sentiasa berubah,
di samping memelihara identiti Malaysia ( Shamsatun Nahar Ahmad, 2020 ).

9

2.3 CABARAN BAHASA MELAYU DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (TMK)

Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) membantu
masyarakat untuk mengenali dunia luar. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) mewujudkan istilah bahasa rojak. Bahasa rojak ini ialah bahasa melayu
yang dicampurkan dengan bahasa Inggeris. Bahasa rojak dilihat sebagai bahasa yang
menggambarkan masyarakat Malaysia. Kewujudan bahasa rojak ini dilihat mampu
merosakkan keindahan bahasa dari segi pertuturan, ayat dan seumpamanya. Penggunaan
bahasa Melayu yang betul dalam internet semakin merosot. Ini dilihat apabila penggunaan
bahasa diubah kepada perkataan lain yang membawa maksud yang sama tetapi ejaan adalah
berbeza. Misalnya, perkataan assalamualaikum diubah menjadi ‘askum’, perkataan telefon
diubah menjadi ‘tepon’ dan lain-lain lagi. Kewujudan bahasa rojak ini sedikit sebanyak
menjadikan bahasa Melayu semakin hilang identitinya. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu
yang betul dalam internet haruslah diberi perhatian supaya masyarakat terutama golongan
remaja tidak memandang remeh tentang isu ini.

10

3.0 ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU PERINGKAT ANTARABANGSA
Jika mengkaji sejarah dahulu, kita mengetahui bahawa bahasa Melayu merupakan

bahasa yang digunakan ketika perdagangan di Kesultanan Melayu Melaka. Para pedagang
dari seluruh dunia, termasuk Arab, Parsi, India, China dan Alam Melayu datang berdagang di
Pelabuhan Melaka. Mereka yang datang berdagang dari serata dunia menggunakan bahasa
Melayu untuk berjual beli.

Bahasa Melayu merupakan bahasa keempat terbesar di peringkat global kerana jumlah
penuturnya seramai 225 juta penutur di mana bahasa ini di belakang bahasa Cina, bahasa
Inggeris dan bahasa Sepanyol (Hashim Hj.Musa seperti dinyatakan dalam Jaafar Jambi
2008).

BAHASA YANG MEMPUNYAI JUMLAH PENUTUR
TERBESAR

bahasa Cina bahasa Inggeris bahasa Sepanyol bahasa Melayu
10%

16%
53%

21%

11

Seawal abad ke-7, agamawan Buddha yang datang dari China bernama I Cing,
mempelajari bahasa Melayu kuno untuk tujuan pengajian agama Buddha pada zaman 4 itu.
Sementara itu, pada abad ke-15 hingga abad ke-16, pegawai Kerajaan China daripada Dinasti
Ming telah bekerjasama dengan Kerajaan Melayu Melaka untuk menyusun daftar kata yang
menggambarkan kosa kata bahasa Melayu bagi memudahkan para diplomat China dalam
ketika berurusan di Tanah Melayu.

Pada waktu itu juga, Srivijaya serta wilayah yang ditaklukinya telah mengangkat Bahasa
Melayu sebagai bahasa pentadbiran bagi wilayah kerajaan kuasa kelautan yang sangat besar
pada waktu itu. Selain itu, Srivijaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran,
bahasa perdagangan serta bahasa pengajian agama. William Masden(1754-1856), seorang
orientalis dan linguis Inggeris mengkaji bahasa Melayu dan menulis kamus tatabahasa
Melayu pada abad ke-19.

William Marsden, seorang Paderi Kristian mengkaji bahasa Melayu dan menulis kamus dan
tatabahasa Bahasa Melayu ketika mula-mula sampai di wilayah ini pada awal abad ke-19.
Beliau mendapati bahawa:

12

Kini, bahasa Melayu dikembangkan lagi ke universiti-universiti antarabangsa yang lain
iaitu Universiti Wisconsin, Universiti Ohio, Universiti Michigan, Universiti Northern Illinois, dan
Universiti Arizona (Ismail Hussein seperti yang dinyatakan dalam Ang et al., 2015). Pada
tahun 2008, Prof. Dr. James T. Collins, dilantik menjadi Pengarah Pusat Pengajian Asia
Tenggara, Universiti Northern Illinois menjadi lebih giat dengan projek beliau iaitu projek
perkamusan Melayu dalam talian, program penyelidikannya di alam Melayu dan pendanaan
pelajar dari Asia Tenggara.
4.0 KESIMPULAN

Oleh itu, jelaslah bahawa bahasa Melayu bukan sahaja bahasa yang mempunyai jumlah
penutur yang ramai, tapi keistimewaan bahasa Melayu yang tersendiri yang menarik
masyarakat luar untuk mempelajari bahasa Melayu. Dalam usaha memastikan bahasa
Melayu kekal relevan, semua pihak perlu berganding bahu memastikan bahasa Melayu terus
dijulang dan dimartabat oleh seluruh dunia. Seandainya bahasa Melayu muncul sebagai
antara salah satu bahasa antarabangsa yang disegani, sudah pasti dapat menaikkan imej
negara Malaysia, sekali gus menjadikan negara dijulang dan dihormati di mata dunia.

13

RUJUKAN
Sharifah Darmia (2013). Cabaran dan reaksi pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam bidang
pentadbiran dan pendidikan di Malaysia, 1957-1966. Procedia - Social and Behavioral
Sciences, 134 ( 2014 ) 305 – 315. doi: 10.1016/j.sbspro.2014.04.253
Mohd Isha Awang (2008, 6 Julai). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan. Berita
Harian. 3-4.

Shamsatun Nahar Ahmad (2020, September 1). Sekolah vernakular punca bahasa Melayu
terpinggir. Berita Harian Online.

Nazarina (2012, 23 Disember). Bahasa Melayu Diperingkat Antarabangsa. Blogspot.
http://nazarinappgupm2012.blogspot.com/2012/12/bahasa-melayu-diperingkat-
antarabangsa.html
Jaafar Jambi (2008). Cabaran Dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu: Challenges And
Establishment Process Of Malay Language. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 19(1), 68–
90.
Ang, L. H., Cécile, G., Serge, G., Miroslava, M. & Hazlina Abdul Halim (2015). Proceedings
of the 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015).
Research Gate. https://www.researchgate.net/profile/Shamala Paramasivam/publication
/311227542_A_comparative_discourse_analysis_of_hedges_in_opiniongiving_by_Arab_EF
L_and_Malay_ESL_learners_in_WhatsApp_focused_group_discussions/links/583fb47608ae
2d217557edd4/A-comparative-discourse-analysis-of-hedges-in-opinion-giving-by-Arab-EFL-
and-Malay-ESL-learners-in-WhatsApp-focused-group-discussions.pdf#page=6
Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman (2013). Keupayaan Bahasa
Melayu di Persada Antarabangsa. International Journal of the Malay World and Civilisation,
1(1), 55 – 65.
Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad (2014). Pelestarian Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan
Teknologi di Rantau Ini. International Journal of the Malay World and Civilisation, 2(2), 3-19
Abdul Razak Mohd Kassim (2021, 5 Julai). Cabaran dalam Memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Ibunda Penutur Asli Bahasa Melayu. Blogspot.
https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/07/05/cabaran-memartabatkan-bahasa-melayu-
sebagai-bahasa-ibunda-penutur-asli-bahasa-melayu/
Mohamad Kamil, I. M., & Mohamad, M. (2020). Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu
Dalam Usaha Mencapai Negara Bangsa Di Malaysia. Asian People Journal (APJ), 3(2), 181-
191. Https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.2.152

14

RUJUKAN GAMBAR
https://mypt3.com/karangan-perpaduan-kaum-pt3
https://www.blendspace.com/lessons/dWDwHmbuTct6gw/asal-usul-bahasa-melayu-
teori
https://farihinzul1974.blogspot.com/2011/12/isu-bahasa-sikap-jadi-penentu-
kedudukan.html
https://docplayer.net/52673885-Bab-ketiga-majalah-guru-latar-belakang-dan-isi-
kandungan-melayu-sehingga-membawa-kepada-penerbitan-majalah-guru-umum-
mengetahui-bahawa.html
1-s2.0-S1877042814031632-main.pdf
https://berita.pas.org.my/kesultanan-melaka-pusat-perdagangan-dan-dakwah/
http://mabbim.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/04/01-Prof.-Dr.-Hashim-
Musa-_Malaysia_.pdf
http://ruhaidahdia.blogspot.com/2012/03/bahasa-rojak.html

15

LAMPIRAN

https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/09/726695/sekolah-vernakular-punca-
bahasa-melayu-terpinggir

https://www.researchgate.net/profile/Shamala-
Paramasivam/publication/311227542_A_comparative_discourse_analysis_of_hedges_in_op
iniongiving_by_Arab_EFL_and_Malay_ESL_learners_in_WhatsApp_focused_group_discuss
ions/links/583fb47608ae2d217557edd4/A-comparative-discourse-analysis-of-hedges-in-
opinion-giving-by-Arab-EFL-and-Malay-ESL-learners-in-WhatsApp-focused-group-
discussions.pdf#page=6

16

17


Click to View FlipBook Version