IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS
PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
NAMA : AINUR SYASYA TIHANI BINTI AHMAD NAZLI
: 2021292310032
ANGKA GILIRAN : 01155037898
NO. TELEFON : BAHASA MELAYU SK
OPSYEN : JUN 2021
AMBILAN : PALS 1012
KOD KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
NAMA KURSUS : PUAN NORZEHA BINTI OTHMAN
NAMA PENSYARAH : JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI
JABATAN/UNIT : 26 MEI 2022
TARIKH SERAHAN
Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Catatan (jika ada):
Tandatangan pelajar: Syasya Tarikh: 26 MEI 2022
Eksploitasi sumber alam yang tak terkawal dilihat sebagai suatu ancaman kepada
bumi. Isu pencemaran udara timbul kerana aktiviti manusia yang menyebabkan masalah
pencemaran alam sekitar, perubahan iklim global serta kekurangan sumber alam semula jadi
boleh menjejaskan kehidupan organisma hidup (Bruni, Chance & Wesley seperti yang
dinyatakan dalam Karmilah & Jamilah, 2014). Alam sekitar merupakan komponen utama
kepada pembangunan mampan selain daripada aspek ekonomi dan sosial (D’Silva & Samah
seperti yang dinyatakan dalam D’Silva, Haliza & Dzuhailmi, 2021). Berdasarkan Akta Kualiti
Alam Sekeliling Malaysia, alam sekitar atau persekitaran ialah faktor-faktor fizikal yang
mengelilingi kehidupan manusia. Antaranya ialah tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa,
faktor-faktor biologi dan juga fakta-fakta sosial (Norhibah Hasan Zawawi seperti yang
dinyatakan dalam ‘Imaaduddin, 2020). Pencemaran alam sekitar terbahagi kepada tiga iaitu
pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran tanah. Pencemaran udara merujuk
kepada perubahan dalam kandungan bahan kimia, jirim zarah atau wujudnya bahan
pencemar dalam udara atau atmosfera yang berbahaya kepada kehidupan manusia, haiwan
dan tumbuhan (Haliza, 2021). Teknologi hijau pula merujuk kepada satu aplikasi, peralatan
dan juga sistem yang mempunyai ciri-ciri mesra alam yang diperkenalkan dengan tujuan
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar di samping membantu menyumbangkan
sumber tenaga boleh diperbaharui (Norizan, Hussin & Hasimah, 2017). Oleh sebab sumber
alam sekitar semakin berkurangan dan tandus, teknologi hijau membantu manusia untuk
mengatasi masalah ini dengan menggunakan sumber yang boleh diperbaharui. Oleh itu,
penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti minyak mentah, arang batu dan
gas asli dapat diatasi penggunaannya di masa hadapan.
Isu pencemaran udara yang ketara dilihat ialah enjin pembakaran dalaman yang
dihasilkan oleh kenderaan bermotor. Menurut Mohamad Fazrul (2021), sebanyak 32,378,174
jumlah kenderaan bermotor telah direkodkan di Malaysia pada 2020, menurut statistik yang
dikeluarkan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Apabila pembakaran dalaman
berlaku, gas utama yang dilepaskan oleh asap kenderaan ialah gas karbon monoksida.
Karbon monoksida terdiri daripada satu unsur karbon dan satu unsur oksigen yang mana
merupakan sejenis gas toksik yang tidak berwarna, berbau dan berasa yang kurang padat
sedikit daripada udara dengan formula kimia CO. Gas ini boleh mengakibatkan gangguan
pada darah. Sekiranya kawasan tersebut padat dengan kenderaan bermotor, peratus karbon
monoksida juga tinggi. Manusia akan mengalami keracunan karbon monoksida sekiranya
terlalu banyak menyedut gas tersebut. Ini berlaku apabila tubuh menggantikan oksigen dalam
sel darah merah dengan karbon monoksida sehingga menyebabkan kerosakan dalaman yang
serius, sehingga boleh membawa kematian. Malah lagi membimbangkan, keracunan karbon
monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Gas ini menimbulkan kesan yang buruk
pada manusia yang membentuk karboksihemoglobin (HbCO) dalam darah yang menghalang
pengikatan oksigen pada hemoglobin menyebabkan sel dan tisu badan manusia gagal dan
mati. Wasap ekzos kenderaan ini juga mampu mendorong kepada jerebu. Jerebu ini
mendatangkan pelbagai penyakit oleh kerana kualiti udara yang teruk. Wasap ekzos
kenderaan juga membebaskan toksin iaitu sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen.
Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu,
batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema (Hailmi, 2014). Kesan kepada bumi juga
ialah suhu bumi meningkat dan menjadi panas. Pertumbuhan tumbuhan juga terbantut kerana
terlalu banyak gas beracun di samping haiwan-haiwan juga turut mati. Sekiranya penggunaan
kenderaan bermotor ini tidak dikurangkan, setiap organisma yang hidup akan mengalami
kesan buruk dan membawa kepada kepupusan organisma.
Perubahan dalam atmosfera dan bagaimana perubahan iklim dipengaruhi oleh zaman
moden masyarakat pada masa ini menghasilkan teknologi hidbrid. Bagi mengatasi suhu
permukaan bumi akan meningkat apabila lebih banyak haba terperangkap yang berpunca
daripada pembakaran dalam kenderaan, satu teknologi diperkenalkan iaitu kenderaan hibrid
yang terbahagi kepada tiga iaitu kereta hibrid (hybrid), kereta hibrid plug-in (plug-in hybrid,
PHV) dan kereta elektrik (electric vehicles, EV). Kenderaan hibrid mula digunakan meluas di
Malaysia. Menurut Hezeri (2019), Malaysia mempunyai sebanyak 5,403 kenderaan elektrik
(EV) dan 46,981 unit kenderaan Plug-in Hybrid (PHEV) berdaftar yang digunakan di atas jalan
raya. Menurut Syafiq (2018), kereta hibrid dianggap sebagai kereta masa hadapan kerana
mempunyai dua enjin bekerja bersama-sama secara efektif serta dapat menjimatkan
penggunaan bahan api lebih daripada separuh. Erti kata lain, kereta hibrid ini penyelamat
kepada alam sekitar. Dua enjin tersebut terdiri daripada enjin petrol tradisional dan juga
mempunyai motor elektrik dan bateri. Apabila kenderaan bergerak, penggunaan bahan api
seperti petroleum dikurangkan, yang bukan sahaja dilihat dari segi bajet yang rendah tetapi
juga menjadikan persekitaran yang lebih bersih dan bebas pencemaran udara (Beliveau, M.,
et al, 2010).
Isu plastik saring dibahaskan sama ada dalam kelompok masyarakat setempat
mahupun dunia. Namun, penggunaan plastik masih diteruskan sehingga hari ini. Walaupun
banyak kesan buruk penggunaan plastik yang diuar-uarkan, namun masyarakat tidak
mengambil endah dan ia digunakan meluas di kedai makan, pusat beli belah dan sebagainya.
Menurut laporan World Wildlife Fund (WWF) pada tahun 2020, anggaran nilai penggunaan
bungkusan plastik makanan di Malaysia berjumlah 148,000 tan metrik (Norshahzura, 2021).
Oleh sebab plastik tidak boleh terbiodegradasi, ia mengambil masa yang lama untuk
dihapuskan. Plastik sekali guna mengambil masa 400 hingga 1,000 tahun untuk terurai
berbanding dengan sampah organik yang hanya mengambil 1-5 hari sahaja. Pada tahun
2018, Malaysia menjadi penerima terbesar sisa plastik yang dikategorikan di bawah kod tarif
HS3915. Berdasarkan Pangkalan Data Comtrade PBB, jumlah import sisa plastik ke Malaysia
ialah 872,762 tan pada tahun 2018. Banyak kilang kitar semula haram telah beroperasi di
Malaysia bermula tahun 2018 tanpa permit atau tidak mendapat kelulusan daripada pihak
berkuasa yang berkaitan. Ini kerana kilang-kilang ini menggunakan teknologi rendah atau
kaedah pelupusan yang membahayakan alam sekitar. Sisa buangan yang tidak boleh di kitar
semula didapati sering dibakar atau dibuang secara haram (Sahabat Alam Malaysia, 2021).
Plastik yang dibakar akan mengeluarkan gas-gas beracun yang membahayakan alam sekitar.
Kajian Institute of Energy and Enviromental Research (IEER) pada 1992 menunjukkan
polisterina yang diperbuat daripada HCFC-22 mengancam persekitaran tiga hingga lima kali
lebih tinggi berbanding bahan buangan yang lain. Ini dibuktikan apabila HCFC-22 adalah
hidroklorofluorokarbon menyumbang kepada penipisan lapisan ozon yang bertindak
melindungi bumi dan hidupan (Hartini Mohd Nawi, 2017). Sikap sesetengah individu hanya
mengambil jalan mudah untuk melupuskan plastik dengan membakar menambahkan
kemudaratan organisma hidup dan alam sekitar. Gas yang dihasilkan daripada pembakaran
plastik karbon monoksida (CO), nitrogen oksida (NOx), sulfur dioksida (SO2), Dioksin dan
Furan. Gas-gas yang dihasilkan oleh proses pembakaran boleh menipiskan lapisan ozon, dan
menyebabkan kesan rumah hijau di permukaan bumi, di samping ia adalah zarah toksik yang
mempunyai potensi tinggi untuk menyebabkan kanser. Selain itu, kebanyakan bahan kimia
yang dilepaskan daripada sisa plastik tersebut adalah toksik dan kekal dengan lama dalam
persekitaran (Sakeenah, 2020).
Seperti yang diketahui, plastik tidak terbiodigradasi. Namun, plastik boleh
membiodegradasi beberapa keadaan cahaya, kelembapan, suhu, oksigen, mesti dipenuhi,
dan lain-lain (Portillo, 2021). Menurutnya lagi, plastik terbiodegradasi merupakan plastik yang
dibuat daripada pelbagai bahan mentah termasuklah gandum, jagung, tepung jagung,
kentang, pisang, minyak kacang soya atau ubi kayu. Plastik dibiodegradasikan oleh
mikroorganisma membolehkan ia dimasukkan semula ke dalam kitaran semula jadi dalam
bentuk baja organik yang bermanfaat untuk tanah. Ini bukan sahaja mendapatkan bahan yang
tidak mencemarkan, tetapi memberi kelebihan kepada alam sekitar. Masa plastik
terbiodegradasi ini bukan sahaja dapat dilupuskan lebih singkat tetapi menjadikan
pengurusan sisa pepejal lebih cekap dan sempurna. Menurut Hartini Mohd Nawi (2017),
Wilayah Persekutuan telah melaksanakan produk biodegradasi yang bertujuan untuk
meningkatkan kesedaran berkaitan ancaman plastik dan polistirena. Produk ini mudah
kompos dan mesra alam. Produk ini tidak melepaskan gas toksik seperti karbon kerana
karbon tidak terlibat dalam proses pembuatannya. Jelaslah, dengan menukar plastik tidak
terdiodegradasi ini dengan plastik terbiodegradasi ini, maka pencemaran udara dapat
dikurangkan kerana cara pelupusannya dapat diuruskan melalui persekitaran terurus iaitu,
kemudahan penggubahan industri, penghadaman anaerobik dan penggubahan rumah dan
dalam persekitaran yang tidak terurus iaitu, di mana sampah plastik yang berakhir di lautan
atau tanah (Teh, Z. Y., 2020). Oleh itu, masalah pengurusan plastik tidak lagi menjadi isu dan
dapat dilupuskan dengan cara yang tidak merosakkan alam sekitar.
Bekalan tenaga elektrik amat diperlukan pada masa kini. Ia digunakan meluas di
rumah, pejabat, bangunan dan seumpamanya. Penjanaan tenaga elektrik dihasilkan
menggunakan bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas. Bahan api fosil ialah sisa
tinggalan tumbuh-tumbuhan dan haiwan darat dan laut yang telah mati dan tertimbus di bawah
timbunan batuan dalam kerak bumi. Ia mengambil masa kira-kira 400 juta tahun dahulu dalam
keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dan akan berubah secara semula jadi lalu membentuk
arang batu, petroleum dan gas asli. (Murtedza Mohamed seperti yang dinyatakan dalam Isma,
2012). Bekalan bahan api fosil akan berkurangan dan habis kerana ia merupakan sumber
yang tidak boleh diperbaharui. Hal ini sangat membimbangkan kerana aktiviti manusia akan
terbantut dan kembali kepada zaman sebelum ini iaitu berbekalkan lilin sebagai sumber
cahaya utama. Teknologi canggih seperti televisyen, peti ais, penghawa dingin dan mesin
basuh tidak dapat lagi digunakan sekiranya dunia ini kehabisan bahan api fosil. Pengangkutan
juga tidak dapat lagi digunakan kerana kehabisan sumber petroleum. Isu kehabisan sumber
bahan api fosil bukan satu-satunya isu yang dibimbangkan, tetapi kesan sampingan
penggunaan bahan api fosil turut dibahaskan. Pembakaran bahan api fosil dalam penjanaan
tenaga elektrik telah membebaskan asap yang mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan
terampai seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara
(Isma, 2012). Bahan-bahan terampai ini mendorong kepada hujan asid. Banyak kesan buruk
hasil daripada hujan asid ini yang bukan sahaja mengganggu aktiviti manusia, tetapi juga
mengubah nilai pH tanah dan air kepada berasid. Hidupan akuatik juga turut terjejas dan boleh
mati. Kesan sampingan lain yang ketara ialah jerebu dan peningkatan suhu bumi.
Melihat kelestarian tenaga sebagai jalan penyelesaian bagi menggantikan
kebergantungan terhadap bahan api fosil, elektrik tidak lagi perlu dijana daripada bahan api
fosil, sebaliknya menggantikan dengan sistem panel solar. Sistem panel solar ini berfungsi
dengan menggunakan tenaga dari matahari untuk menghasilkan tenaga elektrik. Cahaya
matahari bukan sahaja mesra alam tetapi juga merupakan sumber yang boleh diperbaharui.
Sistem panel solar ini bukan sahaja dapat digunakan di rumah, tetapi juga untuk semua jenis
bangunan yang memerlukan tenaga elektrik. Tambahan pula, bersesuaian dengan iklim
Malaysia iaitu iklim khatulistiwa. Iklim di Malaysia dengan suhu antara 27°C hingga 33°C
menjadikan tenaga suria mempunyai potensi yang besar dalam penjanaan tenaga elektrik
(Hamidah et al., 2019). Maka, cahaya matahari bukanlah suatu masalah besar kerana mudah
diperoleh. Biasanya, kebanyakan bangunan memasangnya di kawasan bumbung rumah
kerana mudah memperoleh cahaya matahari yang maksimum. Kebanyakan di Malaysia,
tenaga yang dihasilkan daripada tenaga solar ialah di luar bandar, telekomunikasi, lampu jalan
dan navigasi (Aslam et al seperti yang dinyatakan dalam Hamidah et al., 2019).
Kelestarian alam sekitar perlu diambil serius oleh semua individu demi menjamin
kualiti persekitaran jangka panjang. Negara tidak tumbuh maju selama-lamanya sekiranya
sumber alam tercemar dan berkurangan. Aktiviti manusia yang melebihi had menjadikan
dunia berada pada tahap kritikal. Sumber alam terus menerus dirompak dan dicuri tanpa
kawalan. Malah, pembuangan bahan kimia juga merosakkan kualiti sungai dan aliran air yang
mengganggu kehidupan akuatik dalam jangka masa pendek dan panjang. Sekiranya masalah
ini terus dipandang remeh, dunia tidak akan dapat bertahan lama. Generasi masa hadapan
juga akan terkesan dengan kerosakan yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, semua pihak
perlu bertanggungjawab dan mengambil kira aspek-aspek ini supaya bumi dapat
diselamatkan dalam jangka masa panjang. Bumi masih dapat diselamatkan sekiranya
pencemaran udara, tanah dan air dikurangkan dan diatasi dengan baik. Tambahan pula,
negara perlu menggantikan sumber semula jadi tidak boleh diperbaharui dengan sumber
semula jadi yang boleh diperbaharui. Hal ini mengatasi masalah kekurangan sumber alam
yang berkurangan. Kesimpulannya, sekiranya semua individu mengambil berat tentang
masalah ini, masalah rumah hijau juga dapat diatasi.
RUJUKAN
Elis Vita Aries Santhi (2019, Julai 13). Gas Berbahaya dari Pembakaran Sampah Plastik.
https://www.smktarunabangsa.sch.id/artikel/detail/gas-berbahaya-dari-pembakaran-
sampah-plastik
Haliza Abdul Rahman (2021, September 21). Risiko pencemaran udara. Sinar Harian.
https://premium.sinarharian.com.my/article/153408/mediasi-kritis/cetusan/risiko-
pencemaran-udara
Hamidah Haneym Abdul Hamid, Ismawati Zakaria & Mohd Shukor Othman (2019). Tenaga
Boleh Diperbaharui Bagi Penjanaan Tenaga Elektrik di Malaysia: Satu Kajian
Literatur. Journal on Technical and Vocational Education, 4(3), 128-141.
Hailmi (2014, Januari 7). 5 Bahan cemar udara. Blogspot.
https://www.cikguhailmi.com/2014/01/5-bahan-cemar-udara.html
Hartini Mohd Nawi. (2017, September 15). Ambil masa singkat untuk terurai. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2017/09/264038/ambil-masa-singkat-untuk-terurai
Hezeri Samsuri (2019, April 22). 5,403 ereta elektrik di atas jalan raya Malaysia. Careta.my.
https://careta.my/article/5403-kereta-elektrik-di-atas-jalanraya-malaysia
‘Imaaduddin Abdul Halim (2020). Isu-isu alam sekitar di Malaysia menurut pandangan pakar:
satu analisis perbandingan berdasarkan tafsir al-Misbah. Borneo Akademika, 4(2),
30-40.
Isma (2012, Januari 7). Penggunaan bahan api fosil dalam penjanaan elektrik di Malaysia.
Blogspot. http://isma1991.blogspot.com/2012/01/assigment-hgf3032-penggunaan-bahan-api.html
Isabelle Leong (2019, September 2019). Tahukah anda plastik sekali guna ambil masa 400
hingga 1,000 tahun untuk terurai?. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/tahukah-anda-plastik-sekali-guna-ambil-masa-400-hingga-1000-tahun-
untuk-terurai-217753
Jeffrey Lawrence D’silva, Haliza Abdul Rahman & Dzuhailmi Dahalan (2021). Analisis Status
Alam Sekitar semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Pandemik
COVID-19 di Malaysia. Sains Malaysiana 50(3), 869-878.
Karmilah Abdullah & Jamilah Ahmad (2014). Impak Pemerkasaan Teknologi Hijau terhadap
Amalan Pengamal Perhubungan Awam Hijau di Malaysian Green Technology
Corporation (GreenTech Malaysia). Akademika, 84(3), 29-39.
Loh Yean Chun, Jayakumar, S., Mugilan Govindaraju, & Ismail, F. (2013). Biodegradable
Plastic. ResearchGate.
https://www.researchgate.net/publication/319757311_Biodegradable_Plastic
Mohamad Fazrul Abdul Majid (2021, Januari 5). Malaysia rekod 32,378,174 kenderaan pada
2020. Melaka Hari Ini. https://www.melakahariini.my/malaysia-rekod-32378174-
kenderaan-pada-2020/
Mohammad Nazri Mohd Jaafar, Muhammad Roslan Rahim & Mohd Naqiuddin bin Mohd
Salleh (2017). Kajian prestasi penggunaan bahan api envo-diesel dalam sistem
pembakaran. Jurnal Teknologi, 79(3), 39-44.
Norshahzura Mat Zuki (2021, Mac 16). Penggunaan plastik sukar dielakkan. Sinar Harian.
Penggunaan plastik sukar dielakkan
https://www.sinarharian.com.my/article/128649/BERITA/Nasional/Penggunaan-
plastik-sukar-dielakkan
Norizan Hassan, Hussin Salamon & Hasimah Abdul Rahman (2017). Peranan aplikasi
teknologi hijau dalam konteks melestarikan alam sekitar menurut perspektif Islam. e-
Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 4(1), 1-12.
Nur Azfahani Ahmad, Nur Huzeima Hussain, Norazmi Anas & Jasrul Jamani Jamian (2020).
Pemasangan panel solar bagi menampung bekalan elektrik tambahan untuk institusi
pendidikan agama persendirian di luar bandar: melalui pendekatan program
kemasyarakatan komuniti. Malaysian Journal of Sustainable Environment. 7(2), 155-
179. https://doi.org/10.24191/myse.v7i2.10270
Portillo, G. (2021, May 6). Plastik terbiodegradasi. Renovables Verdes.
https://www.renovablesverdes.com/ms/plastik-terbiodegradasi/
Sakeenah Omar (2020, Julai 22). Kesan plastik yang tidak berhenti. Green Peace Portal.
https://www.greenpeace.org/malaysia/story/3563/kesan-plastik-yang-tidak-berhenti/
Sahabat Alam Malaysia (2021, Ogos 31). Pembakaran bukan jalan keluar dari krisis plastik.
https://foe-malaysia.org/my/articles/pembakaran-bukan-jalan-keluar-dari-krisis-plastik/
Turrentine, T., Delucchi, M., Heffner, R., Kurani, K., & Sun, Y. (2006). Quantifying the
benefits of hybrid vehicles.
https://escholarship.org/content/qt2v7873dm/qt2v7873dm_noSplash_aae9d85c452
22585d255ac45ba56f6ff.pdf