The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ARIFAH AQILAH BINTI SULAIMAN IPG-Pelajar, 2024-03-21 00:18:34

ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF

EDUP3153-PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN 2 2024 DISEDIAKN OLEH: 2021202340408 NUR ARIFAH AQILAH BINTI SULAIMAN


ISI KANDUNGAN PENGENALAN ANALISIS INSTRUMEN 1 ANALISIS INSTRUMEN 2 ANALISIS INSTRUMEN 3 RUMUSAN RUJUKAN LAMPIRAN 1 2 3 4 5 6 7


PENGHARGAAN Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Aminawati yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada Puan Aminawati kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.


PENGENALAN


PENGENALAN Menurut (Mahaya Salleh et al., 2024), pada tahun 2016, Pentaksiran Sekolah (PS) telah dikenali dengan nama baharu iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di mana ianya melibatkan penilaian yang dijalankan oleh guru terjadap murid di dalam bilik darjah. Dalam konteks ini guru akan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran untuk mengukur pencapaian, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid dalam pembelajaran. Merujuk kepada (Mustaqim Roslan, 2024) terdapat tiga kaedah yang telah digunakan oleh guru dalam mentaksir murid-murid iaitu kaedah pemerhatian, penulisan dan lisan di mana kaedah berbentuk ini merupakan satu pendekatan baru dalam menilai pencapaian murid di sekolah. Ia melibatkan penilaian yang dijalankan oleh guru secara langsung di dalam bilik darjah. Berbeza dengan pentaksiran tradisional yang lebih tertumpu kepada peperiksaan akhir tahun, PBD lebih memberikan penekanan terhadap penilaian secara berterusan dan formatif, di mana guru dapat memberikan maklum balas kepada murid secara langsung untuk meningkatkan prestasi mereka. Sehubungan dengan itu guru perlu menteapkan aspek, aktiviti dan jenis instrument yang sesuai digunakan untuk mentaksir murid bagi memastikan hasil pembelajaran tercapai.


(PENULISAN) ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN


2.1 INSTRUMEN


2. 2 Ulasan Rajah 2.0 tersebut merupakan instrumen pentaksiran yang pertama iaitu lembaran kerja bagi bidang Ibadah Tahun 2 di bawah tajuk Bacaan Sunat Solatku di mana lembaran ini mengehandaki para murid untuk menyesuaikan padanan dengan perkara-perkara sunat haiah dan perkara-perkara sunat ab’ad. 2. 3 Kritikan Selepas menganalisis instrumen lembaran kerja berdasarkan Rajah 2.0 ini, saya dapati bahawa pemilihan instrumen yang digunakan oleh guru ini tidak selari dengan penilaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah dirancang di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di mana penilaian PdP yang sepatutnya diukur dalam pentaksiran ini adalah berbentuk lisan. Ianya juga didapati tidak selaras dengan Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan iaitu menyasarkan murid untuk membaca dan menghafaz bacaan sunat haiah dalam solat dengan sempurna. Merujuk kepada lembaran kerja pada Rajah 2.0, instrumen ini lebih menekankan kepada aspek mengingat jenis-jenis bacaan sunat haiah yang terdapat dalam solat dengan mengecam perkara Sunat Ab’ad dan perkara Sunat Haiat. Sedangkan, Standard Pembelajaran yang telah digariskan di dalam RPH ialah bacaan Sunat-Sunat Haiat dalam solat itu sendiri. Ini menunjukkan bahawa instrumen pentaksiran berbentuk lembaran kerja ini mempunyai kesahan kandungan yang lemah di mana item ujian yang dibina pada lembaran kerja tersebut tidak menguji perkara yang sebenarnya diajar dan dipelajari oleh murid. Maka secara automatik, lembaran kerja ini boleh dikatakan tidak sah. 2. 4 Cadangan Penamabahbaikan Antara cadangan penambahbaikan yang boleh saya berikan adalah dalam dua bentuk iaitu : 2.4.1 Kaedah Pentaksiran secara Lisan (merujuk kepada item penilaian PdP yang telah ditetapkan di dalam RPH)


Berikut (Rajah 2.1 & 2.2) merupakan contoh instrumen yang boleh disediakan oleh guru bagi pentaksiran secara lisan iaitu senarai semak dan rubrik pemarkahan. Menurut Buku Pentaksiran Dalam Pendidikan, instrumen ini amat sesuai digunakan oleh guru untuk menilai aspek kefahaman konsep, pengetahuan fakta dan kefasihan menghafaz. Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan agar guru tersebut membuat satu senarai semak untuk merekod bacaan dan hafazan sunat haiat murid dalam solat melalui aktiviti seperti bacaan kuat. Penggunaan instrumen pentaksiran berbentuk senarai semak ini sememangnya dapat meningkatkan kecekapan guru dalam proses penilaian kerana guru hanya perlu melihat dan menilai aspek kriteria yang telah ditetapkan sahaja. Bukan itu sahaja, dengan penyediaan senarai semak dan rubrik ini juga, guru dapat mengelakkan kesalahan dalam membuat penilaian yang tersasar daripada Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan kerana rubrik tersebut sudah memperincikan setiap elemen yang hendak dinilai terhadap murid-murid secara spesifik.


2.4.2 Kaedah Pentaksiran secara Bertulis (sekiranya guru tersebut ingin menguji murid melalui penulisan) Berikut (Rajah 2.3) merupakan contoh instrumen lembaran kerja yang boleh disediakan oleh guru bagi pentaksiran secara bertulis. Berdasarkan lembaran kerja tersebut guru juga masih dapat mengukur tahap ingatan ataupun hafazan murid dalam bacaan sunat haiat walaupun dalam bentuk bertulis. Saya mencadangkan agar semasa pembinaan item bagi lembaran kerja ini, guru perlulah merujuk semula kepada aras Taksonomi Bloom supaya ianya dapat menguji perkara sebenar yang telah dipelajari oleh murid dan selari dengan kehendak Standard Pembelajaran dan Objektif Pembelajaran. Dengan melakukan perkara sedemikian, maka lembaran kerja tersebut akan memperolehi kesahan kandungan yang tinggi. Berdasarkan Rajah 2.3 itu juga terdapat markah ujian yang dapat membantu guru untuk mengukur sejauh mana keberhasilan murid dalam proses menghafaz bacaan sunat haiat yang telah dipelajari. Di samping itu, dengan penentapan markah ujian yang diletakkan dalam lembaran kerja tersebut, guru dapat memastikan bahwa setiap murid dinilai secara konsisten berdasarkan standard yang sama. Secara tidak langsung, melalui markah murid ini juga, guru boleh menilai sejauh mana kebolehpercayaan set instrument yang telah dibina.


(LISAN) ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN


3.1 INSTRUMEN


3. 3 Kritikan (Kelebihan) Berdasarkan pengamatan saya, instrumen ini selaras dengan Standard Kandungan yang telah ditetapkan dalam RPH iaitu membaca dan menghafaz bacaan wajib dalam solat. Bukan itu sahaja, pentaksiran ini juga dapat mengukur dua Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan di bawah Standand Kandungan ini iaitu membaca bacaan wajib dalam solat dengan sempurna dan menghafaz bacaan wajib dalam solat dengan sempurna. (Kelemahan) Setelah menganalisis senarai semak tersebut dengan merujuk kepada Buku Panduan Pentaksiran Pelaksanaan Bilik Darjah (PBD), didapati bahawa instrumen ini tidak menerangkan secara terperinci berkaitan tahap hafazan murid-murid tersebut menyebabkan guru tidak dapat mengukur sejauh mana tahap ingatan ataupun hafazan sebenar murid. Selain itu, elemen senarai semak “(hafaz/tidak)” ini juga tidak disusun dengan baik di mana ini berkemungkinan akan menyebabkan kekeliruan pada penilaian yang akan dilaksanakan oleh guru terhadap murid kelak. Ini boleh dilihat pada Rajah 3.0 di atas, di mana guru tersebut telah melakukan kesilapan pada penandaan rekod bacaan Al Fatihah murid. Di samping itu, penggunaan senarai semak yang menggabungkan kedua-dua objektif pembelajaran ini juga tidak berapa sesuai digunakan kerana dalam konteks ini kedua-dua objektif pembelajaran tersebut mempunyai aspek pengukuran yang berbeza. Kesannya, guru berkemungkinan besar sukar untuk mengetahui tahap kelancaran bacaan dalam solat kerana terlepas aspek-aspek penting dalam penilaian. 3. 2 Ulasan Rajah 3.0 tersebut merupakan instrumen pentaksiran yang kedua iaitu senarai semak bagi bidang Ibadah Tahun 2 di bawah tajuk Bacaan Wajib Solatku di mana ianya menilai bacaan murid daripada lima aspek iaitu Bacaan Takbiratul Ihram, Al Fatihah, Bacaan Tasyahhud, Selawat kepada Nabi dalam Tahiyatul Akhir serta Ucapan salam Pertama. 3. 3 Cadangan Penambahbaikan


Berikut (Rajah 3.1) merupakan contoh senarai semak yang dicadangkan. Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memperbaiki instrumen pentaksiran ini adalah dengan menambah column bagi catatan. Dengan adanya penambahan column ini, sudah tentunya guru dapat menilai murid secara lebih terperinci dengan membuat sedikit ulasan berkaitan tahap hafazan bacaan mereka dalam solat sama ada benar-benar menghafal ataupun sedikit gagap.


Ini juga membolehkan guru untuk mendapatkan gambaran yang lebih komprehensif tentang kemahiran hafazan murid-murid dan memberikan intervensi yang sesuai untuk membantu mereka memperbaiki prestasi dalam aspek ini. Seterusnya, bagi mengelakkan kesilapan semasa penandaan berlaku, guru sewajarnya membahagikan tahap pencapaian murid kepada dua bahagian iaitu kategori pertama ‘hafal’ dan kategori kedua ‘belum menghafal’. Oleh itu, guru lebih mudah untuk menilai bacaan murid dalam solat dengan meletakkan tanda palang (/) pada column yang berkenaan. Akhir sekali guru sepatutnya membahagikan senarai semak tersebut kepada dua kategori mengikut standard pembelajaran supaya ianya lebih mudah untuk dianalisis.


(PEMERHATIAN) ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN


4.1 INSTRUMEN


4. 3 Kritikan (Kelebihan) Selepas meneliti instrumen ini, saya dapati bahawa ianya selaras dengan Standard Kandungan yang telah ditetapkan dalam RPH iaitu membaca dan menghafaz bacaan wajib dalam solat. Dalam konteks ini, pemilihan pentaksiran alternatif amali ini amat bersesuaian dengan Standard Kandungan yang menyasarkan murid untuk mengaplikasikan bacaan wajib dalam solat dengan sempurna. (Kelemahan) Merujuk kepada Buku Panduan Pentaksiran Pelaksanaan Bilik Darjah (PBD), saya dapati bahawa pentaksiran alternatif amali yang dipilih ini sudah menepati standard kandungan yang ingin dicapai. Namun daripada sudut penyediaan instrumen tersebut, ianya tidak lengkap di mana hanya gambar sahaja yang dilampirkan. Dalam konteks ini, guru tidak menyediakan instrumen yang dapat merekod pelaksaan pemerhatian tersebut dengan lebih jelas. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, tanpa maklumat atau alat merekod daripada pemerhatian ini, guru tidak dapat melengkapkan sesuatu keputusan pentaksiran itu secara tepat dari segi tahap penguasaan murid sama ada baik ataupun lemah serta menentukan murid manakah yang mempunyai bacaan baik tersebut. Selain itu, dengan hanya melampirkan gambar aktiviti sahaja sebagaimana pada Rajah 4.0 dan 4.1, guru tersebut juga tidak dapat menyatakan prestasi murid dengan lebih terperinci berkaitan bagaimana pengaplikasian bacaan murid dalam solat. Tambahan pula, instrumen yang hanya berbentuk gambar aktiviti ini juga tidak dapat menyatakan elemen yang hendak dinilai dengan lebih terperinci. 4. 2 Ulasan Rajah 4.0 & 4.1 tersebut merupakan instrumen pentaksiran yang ketiga iaitu pentaksiran alternatif amali bagi bidang Ibadah Tahun 2 di bawah tajuk Bacaan Wajib Solatku di mana ianya juga turut menilai bacaan murid daripada lima aspek iaitu Bacaan Takbiratul Ihram, Al Fatihah, Bacaan Tasyahhud, Selawat kepada Nabi dalam Tahiyatul Akhir serta Ucapan salam Pertama. Instrumen ini telah digunakan untuk mencapai Objektif Pembelajaran ketiga di dalam RPH iaitu menunjukkan cara membaca bacaan wajib dalam solat dengan sempurna selepas aktiviti “Fikh Ad-Din”. 4. 3 Cadangan Penambahbaikan


Berikut (Rajah 4.2) merupakan contoh skala kadar yang boleh disediakan oleh guru bagi menggantikan atau menambah baik instrumen pentaksiran bagi pentaksiran alternatif amali.


Dengan adanya instrumen skala kadar ini ianya mampu untuk menjelaskan kriteria kejayaan bagi murid tersebut dalam pengaplikasian bacaan dalam solat secara lebih terperinci di mana guru dapat mebuat sedikit catatan atau maklum balas yang sesuai berkaitan dengannya pada ruangan ulasan. Sebagai contoh guru boleh menerangkan sedikit bagaimana cara atau keadaan bacaan murid tersebut seperti Murid A mempunyai kefasihan sebutan huruf dan lafaz dalam menyebut Takbiratul Ihram. Bukan itu sahaja, dengan adanya bantuan skor di dalam skala kadar ini, ianya lebih memudahkan dan membantu guru untuk menilai pelaksanaan bacaan wajib dalam solat murid dengan lebih tepat. Merujuk kepada Rajah 4.2 tahap yang paling lemah bagi pencapaian murid adalah skor 1 manakala tahap yang paling cemerlang adalah skor 5. Di samping itu, melalui penyediaan skala kadar ini juga, guru dapat menilai bacaan wajib dalam solat murid daripada pelbagai aspek dengan penetapan elemen yang pelbagai terhadap murid bagi mencapai objektif pembelajaran berbanding dengan hanya menyediakan gambar aktiviti. Sebagai contoh, murid dapat mengungkapkan ungkapan Takbiratul Ihram dengan jelas dan membaca Surah Al Fatihah dengan lancar.


RUMUSAN


RUMUSAN Dapat disimpulkan di akhir penulisan ini, bahawa guru perlulah menitikberatkan pemilihan instrumen pentaksiran yang betul yang ingin digunakan bagi mentaksir pencapaian murid. Ini adalah kerana melalui instrumen yang relevan dan sesuai, guru dapat memastikan bahawa pencapaian murid dapat dinilai secara holistik dan menyeluruh. Ini akan membantu guru untuk lebih memahami tahap pemahaman dan kemajuan setiap murid dengan lebih tepat, serta merancang intervensi yang sesuai untuk membantu murid yang mengalami kesulitan dalam pembelajaran. Ini dapat disokong oleh (Fara Izzati Marnizam & Siti Rahaimah Ali, 2021) yang menyatakan bahawa guru yang menilai mestilah berpengetahuan dan berkemahiran dalam menjalankan penilaian pembelajaran murid supaya guru dapat menambahbaik kaedah PdP dengan lebih efektif.


RUJUKAN


Fara Izzati Marnizam & Siti Rahaimah Ali (2021). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Sains Dan Matematik Malaysia, 11(2), 81-94. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/5382/3190 Mustaqim Roslan (2024). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kesannya Kepada Murid Tahap Satu: Analisis Subjek Pendidikan Islam. UMRAN - International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 11(1), 63-78. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/5382/3190 Mahaya Salleh, Suzana Abd Mutalib, Hashiroh Hussein & Zakirah Imana Ho Abdullah (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. LOCAL PUBLICATIONS (M) SDN BHD. Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (2nd ed.). Kementerian Pendidikan Malaysia. RUJUKAN


LAMPIRAN


BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR


PEMBUKTIAN PEMEROLEHAN RPH DAN INSTRUMEN RPH INSTRUMEN 1 - PENULISAN


PEMBUKTIAN PEMEROLEHAN RPH DAN INSTRUMEN RPH INSTRUMEN 2 - LISAN


PEMBUKTIAN PEMEROLEHAN RPH DAN INSTRUMEN RPH INSTRUMEN 3 - PEMERHATIAN


PEMBUKTIAN PEMEROLEHAN RPH DAN INSTRUMEN


SEKIAN TERIMA KASIH [email protected] 2021202340408 www.pentaksirandalam pendidikan.com


Click to View FlipBook Version