The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatihahnurul133, 2022-05-12 13:41:03

e-majalah

e-majalah

KESEPADUAN SOSIAL DAN KEBUDAYAAN MERENTAS
BANGSA DI MALAYSIA

MPU 21032- PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PENSYARAH : PUAN NORZIRA BINTI AHAMAD

NAMA AHLI KUMPULAN : SHINEGA A/P THARAMARAJAN (2007)
: AIN NUR BATRISYIA BINTI KHALIM (2009)
: NURUL FATIHAH BINTI SABRI (2011)
: MUHAMMAD SYAZZAL SYAZIRY BIN RAMLAN AMIR (2013)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
TAJUK 2
PENDAHULUAN
PENGENALAN DAN DEFINISI ADAT 3-14
BUDAYA DAN ADAT RESAM MELAYU 15-20
BUDAYA DAN ADAT RESAM INDIA 21-26
BUDAYA DAN ADAT RESAM CINA 27-35
BUDAYA DAN ADAT RESAM SABAH
(KADAZAN DUSUN) DAN SARAWAK 36
(IBAN) 37
KESIMPULAN
RUJUKAN

PENDAHULUAN

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat ilahi di atas limpahan kurniaNYA,
sempurnalah penghasilan e-majalah kami ini. Terima kasih dan setinggi penghargaan buat
pengurusan tertinggi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ( PTSS ), Jawatankuasa E-Learning PTSS
dan Ketua Jabatan Pengajian Am khususnya kerana telah memberikan peluang kepada kami
menerbitkan e-majalah ini. Kejayaan dalam merealisasikan e-majalah kali ini merupakan hasil
komitmen jitu dan motivasi tinggi kerja berpasukan yang dianggotai oleh Shinega A/P Tharamarajan,
Ain Nur Batrisyia Binti Khalim, Nurul Fatihah Binti Sabri dan Muhammad Syazzal Syaziry Bin
Ramlan Amir, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, PTSS .

E-majalah ini memfokuskan adat resam tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India
yang bertujuan memberi pengetahuan dan pemahaman yang lebih jelas amalan setiap kaum tersebut
serta penghayatan . Ia juga dilengkapi dengan ilustrasi gambar-gambar yang menarik mengikut kaum
serta disediakan juga soalan latihan pengukuhan .

Harapan kami agar semua kaum saling memahami, bertolak ansur dan menjaga maruah dalam
membudayakan adat resam masing-masing. Diharapkan penerbitan ini menjadi rujukan dan
panduan para pelajar, pensyarah serta semua lapisan masyarakat. Semoga sumbangan kecil ini
bermanfaat dan dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

PENGENALAN ADAT RESAM MASYARAKAT MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan kaum yang terdiri daripada 3 kaum
utama iaitu Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum lagi. Kepelbagaian kaum dan sejarah yang
panjang menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan latar budaya yang
berbeza . Mereka bebas mengamalkan adat resam dan kebudayaan sendiri tanpa halangan selagi
ianya tidak menimbulkan sensitiviti mana-mana kaum .

DEFINISI ADAT

Kamus Dewan Edisi keempat mendefinisikan adaat sebagai peraturan yang sudah diamalkan
turun-temurun ( sejak dahulukala ) di dalam sesuatu masyarakat ( sehingga ia menjadi hukum
dan peraturan yang harus dipatuhi ) . Peraturan ini menjadi kebiasaan dan tabiat semulajadi
manusia . Ianya menjadi satu kemestian yang perlu diikuti dari generasi ke generasi yang lain
agar dapat dikekalkan tradisi sesuatu kaum . Adat merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti
kelahiran, perkahwinan,dan kematian .

BUDAYA DAN ADAT RESAM ( MELAYU )

1. Adat kelahiran

● Mengandung ( melenggang perut )
- Adat ini juga dipanggil kirim perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia

dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian . Upacara ini dilakukan kepada wanita yang
mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan . Ia
dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelekaan yang mungkin menimpa
wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut .

● Sewaktu bersalin
- Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan

oleh keluarga berkenaan . Mengikut kebiasaannya kandungan
ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari . Tetapi
adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga dua
belas bulan yang dipanggil bunting kerbau . Mengikut
kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung
di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada
tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak
bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus . Di
samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan
semasa menyambut kelahiran ini .

Bertungku Potong tali pusat

Proses Sewaktu
Bersalin

Berpantang / Azan/Qamat
Tempoh berpantang

Membelah mulut

1. ADAT PERKAHWINAN

- Adat Merisik

· Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu,
adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang
melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak
dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga
pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak
meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan
tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh
terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan.
Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang
dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana
dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping
itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya
adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu
atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan
untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.

- Meminang & Bertunang

· Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil
dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan
diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka
meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak
dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada
pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka
sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil
bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli
keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang
sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat
bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati
dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap
tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian
masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan
apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang
dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat
yang ditetapkan.

· Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran
ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah
ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari
manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki
. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan
hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang
perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan
ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak
bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

· Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas
kahwin telah ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas
tetapi hantaran pula terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah
pihak pengantin. kebiasaannya jumlah hantaran dihantar dengan
nombor yang ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan sebelas. Jumlah
hantaran daripada pihak pengantin lelaki adalah lebih kecil daripada
jumlah hantaran pengantin perempuan. contohnya, jika pihak
pengantin lelaki menghantar hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran
maka pihak pengantin perempuan akan membalasnya dengan
sembilan dulang hantaran. Gambar di bawah merupakan
hantaran-hantaran yang selalunya dihantar.

- Adat Berinai

· Majlis berinai di dalam masyarakat Melayu dijalankan secara
berperingkat. Terdapat 3 peringkat berinai iaitu berinai curi, berinai
kecil dan berinai besar. Pengantin perempuan akan memakai inai pada
kesemua jari tangan dan kaki termasuklah pada tapak tangan.
Sebaliknya, pengantin lelaki hanya memakai inai pada jari kelingking,
jari manisdan jari hantu pada sebelah tangan sahaja. Namun kini,
masyarakat hanya membuat majlis berinai secara kecil-kecilan kerana
faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar.

1. Adat Kematian

· Menguruskan jenazah bagi masyarakat Melayu beragama Islam
merupakan kewajipan fardhu kifayah yang bermaksud jika tiada
seorang pun yang menguruskan kematian tersebut, setiap orang Islam
dianggap berdosa. Beberapa perkara yang perlu diikuti semasa
menguruskan jenazah orang Islam iaitu:

· Semasa Kematian Berita tentang kematian seseorang perlu dimaklumkan kepada seluruh
penduduk tempat tinggal si mati supaya persiapan dapat dilakukan dengan segera. Jenazah
akan dibaringkan di dalam rumah bahagian tengah dan tubuhnya akan dilitupi dengan
sehelai kain. Kaki jenazah akan dihalakan ke arah kiblat serta tangannya diletakkan di dada.
Bacaan ayat suci al -Quran digalakkan bagi orang yang menziarahi jenazah tersebut. •
Memandikan Jenazah Ahli keluarga diberi keutamaan di dalam upacara memandikan
jenazah. Ilmu memandikan jenazah ini perlu dipelajari agar mayat dapat diuruskan dengan
betul. Kebiasaannya upacara ini akan diketuai oleh beberapa orang yang pakar tentang
pengurusan mayat untuk membantu ahli keluarga. Jenazah lelaki akan diuruskan oleh kaum
lelaki begitu juga sebaliknya jika jenazah perempuan ia akan diuruskan oleh kaum
perempuan. Tujuan memandikan jenazah adalah untuk membersihkan tubuh badannya
daripada sebarang kekotoran. Aurat jenazah perlu dijaga semasa dimandikan supaya aibnya
terpelihara.

· Mengafankan Jenazah Upacara mengafankan jenazah dilakukan dengan membalut seluruh
tubuh mayat menggunakan kain putih. Tiga lapisan kain digunakan bagi jenazah lelaki dan lima
lapisan kain untuk jenazah perempuan berserta telekung. Penghormatan terakhir akan
dilakukan oleh keluarga terdekat dan mahramnya dengan mengucup mayat. • Solat jenazah
Jenazah diletakkan di hadapan imam dan para jemaah untuk disolatkan. Solat jenazah boleh
dilakukan di masjid ataupun di rumah. Ahli keluarga amat dituntut menunaikan solat ke atas
jenazah. Sebaik - baiknya ahli keluarga terdekat si mati yang menjadi imam solat jenazah

· Pengkebumian Jenazah Jenazah akan diusung ke tanah perkuburan oleh kaum keluarga dan
sahabat handai sebagai penghormatan terakhir. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah
hingga ke kawasan perkuburan manakala kaum perempuan pula tidak digalakkan kerana
dibimbangi akan meratapi kematian tersebut. Orang Islam dilarang meratapi kematian dengan
cara yang keterlaluan terutamanya di tanah perkuburan. Jenazah disemadikan di dalam liang
lahad (lubang kubur) dengan mengadap ke arah kiblat. Batu nisan akan dipasang di tanah
perkuburan dengan ukiran nama, tarikh lahir serta tarikh kematian. Seterusnya upacara
membaca talkin dan doa dilakukan. Talkin adalah bacaan yang berbentuk peringatan tentang
kematian kepada jenazah dan orang yang hadir di tanah perkuburan pada hari tersebut.

· Selepas Kematian Setelah selesai upacara pengkebumian, keluarga terdekat dan sanak saudara
akan mengadakan kenduri arwah. Kenduri ini akan diadakan pada hari pertama, kedua, ketiga,
ke empat puluh empat atau seratus selepas hari kematian. Tetamu terdiri daripada kaum
keluarga dan jiran terdekat. Kenduri arwah dilakukan dengan tujuan mendoakan kesejahteraan
si mati

MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

· Makanan di Malaysia mencerminkan solekan pelbagai etnik
penduduknya ataupun pelbagai budaya di Malaysia. Banyak budaya dari
Malaysia dan Kawasan sekitarnya telah mempengaruhi makanan di
Malaysia seperti melayu cina, india, siam, jawa dan iban. Terdapat pelbagai
jenis makanan daripada pelbagai etnik yang dapat diperoleh di Malaysia.
Antaranya makanan kaum melayu, seperti nasi lemak, satay, lemang dan
rendang yang disediakan pada hari raya. Makanan bagi kaum cina pula
adalah seperti yee sang dan kuih bulan yang disediakan ketika perayaan
tahun baru cina dan dumpling. Bagi kaum india pula, adalah seperti
murukku, tosai, nasi beriani dan putu mayam .

PEMAKAIN TRADISIONAL MELAYU

· Terdapat pelbagai jenis pakaian tradisional di Malaysia. Pakaian tradisional bagi
kaum melayu ialah baju kurung untuk wanita dan baju melayu untuk lelaki. Baju
kurung ialah sehelai baju yang longgar dan dipadankan dengan kain Panjang
yang berlipat di bahagian tepi. Baju melayu pula ialah sehelai baju longgar yang
mempunya tiga poket dan dipadankan dengan seluar panjang. Pakaian
tradisional bagi kaum cina pula ialah cheongsam bagi perempuan dan samfu
bagi lelaki. Cheongsam ialah pakaian yang mempunyai leher yang tinggi, butang
di bahu dan bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di bahagian kiri dan
kanan kain. Samfu pula adalah sepasang baju dan seluar yang diperbuat
daripada kain yang nipis. Pemakaian bagi kaum india pula ialah sari bagi kaum
wanita dan kurta bagi kaum lelaki. Sari ialah sebidang kain yang dipadankan
dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut dan dililitkan
pada badan manakala kurta pula ialah sehelai baju yang labuhnya hingga ke lutut
dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen. Pakaian-pakaian ini
sering dipakai ketika musim perayaan.

CARA HIDUP MELAYU

Orang Melayu suka makan bersama keluarga ataupun dengan rakan-rakan. Melayu cina dan india
di malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti malaysia yang ada kini.
Budaya Melayu bermaksud cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama kalangan orang Melayu.
Sekiranya kurang percampuran dalam aktiviti sosial masyarakat maka akan timbul rasa. Generasi
tua pun apa kurangnya sibuk menyertai program realiti yang dianjurkan oleh pihak televisyen.
Kebiasaan baik orang malaysia dimulai dengan senyuman ramahnya walaupun kepada orang yang
belum dikenal sekalipun. CARA HIDUP KAUM IBAN. Budaya tradisional mencakupi amalan dan
cara hidup pelbagai kaum di negara kita Budaya Melayu yang ditonjolkan oleh masyarakat Melayu
di Malaysia dapat menentukan keperibadiaan kebangsaan. Budaya Melayu meliputi hal-hal tentang
bahasa agama kesenian adat peraturan dan sebagainya. Sebagai sampel yang boleh kita lihat adalah
penggunaan bahasa Melayu oleh orang Cina yang menetap di Malaysia

BUDAYA DAN ADAT RESAM (INDIA)

Adat Kelahiran
Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan
bulan.Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud
`kandungan ibu’ dan Kaappu pula bermaksud ‘perlindungan’. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam
kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Potong tali pusat
Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk
kunyit, garam dan pinang.Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak
digunakan oleh ahli sihir.

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah (Upacara Aarati) sireh)

● Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan
diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam.

● Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali.
● Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan

anak.
● Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang Aarati dibuang.

Menyapu Madu
Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya.Di samping madu, air gula juga boleh
digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala
digunakan.Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit.

Mandi Selepas Bersalin
Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur
dengan bahan-bahan herba.Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning.Susu juga digunakan sebagai bahan utama
untuk melembutkan kulit bayi.

Adat Perkhawinan

Merisik
Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti
status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras
dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.

Kunjungan Ke Rumah Pengantin
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk
melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu
dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut
ramai.

Adat Kematian

MENGURUS MAYAT
Mayat si mati diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan. Lampu minyak atau “kaamaatci amman
vilakku” dinyalakan, sebiji kelapa dibelah dua dan sirih pinang diletak berhampiran mayat. Kemenyan dan kapur barus diasap
sebagai simbol ketenangan jiwa. Serbuk suci atau “tiruniiru” disapu pada dahi si mati sebelum upacara sembahyang.
Sepanjang berada di rumah mayat perlu dijaga sebaiknya.

UPACARA VAAIKKARISI
Selepas dimandikan dan dihias dengan cantik mayat dimasukkan ke dalam keranda bersama kapur barus supaya mayat tidak
berbau. Sedikit beras dimasukkan ke dalam mulut si mati sebagai tanda pemberian terakhir, dan inilah yang dinamakan
vaaikkarisi.

KOLLIC CATTI
“Kollic catti” bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat menggunakan pelepah kelapa yang
dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk yang dibawa oleh ahli keluarga si mati sama ada anak atau pun bapa.
Seseorang yang membawanya perlu mengiringi mayat. Lagu-lagu suci dimainkan hingga ke tempat pembakaran.

PEMBAKARAN
Keranda diusung ke tempat pembakaran menggunakan pengusung. Setiba di sana pembawa pengusung perlu membayar duit
kepada penyelenggara sebagai upah menyediakan tempat pembakaran. Keranda digerakkan beberapa kali menghampiri
tempat pembakaran bermula dengan mengubah posisi bahagian kaki dan kemudian bahagian kepala. Ini dipercayai
membolehkan si mati berada di dalam perut Dewi Bumi.

Perayaan Dalam Masyarakat India

PERAYAAN DEEPAVALI
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan
merupakan hari cuti di Malaysia.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan “Aipasi” dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November)
dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Pakaian Tradisional

Pakaian warga perempuan Sari merupakan pakaian tenunan khas Pakaian warga lelaki Dhoti merupakan pakaian tradisional orang
yang dipakai oleh semua kalangan orang India. Sari diubahsuai lelaki dalam kaum India. Dhoti juga merupakan hasil tenunan yang
untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-kanak dan remaja. ditenun menggunakan benang kapas ( Cotton ) dan ada juga dhoti
Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia dapat menunjukkan yang ditenun khas dengan benang silk. Pemakaian dhoti juga
kumpulan keturunan seseorang wanita India. Berikut adalah mempunyai pelbagai cara. Berikut adalah beberapa contoh
beberapa contoh dalam cara pemakaian sari. pemakaian dhoti.

MAKANAN TRADISIONAL

Vadai merupakan sejenis makanan tradisional kaum India. Terdapat dua jenis vadai iaitu paruppu vadai dan ulunthu
vadai. Paruppu vadai diperbuat daripada kacang dal, hirisan cili hijau, daun kari, dan bawang merah. Ulunthu vadai pula
diperbuat daripada tebung beras dan berbentuk roda dan berlubang di tengah. Ulunthu vadai biasanya dimakan sekali
dengan chutney. Vadai perlu digoreng dengan minyak yang banyak.

BUDAYA DAN ADAT RESAM (CINA)

Kepercayaan dalam adat

● Percaya kepada angka memiliki elemen negative dan positif.
● Angka 4 membawa kepada sial dan negatif kerana bunyi angka 4 si sama seperti mati.
● Angka 8 pula membawa kepada kemewahan dan masa depan yang cerah.
● Jadi, ada di kalangan orang cina menghabis ribuan ringgit untuk dapatkan angka yang cantik.

Pantang larang semasa hamil

● Wanita hamil dilarang membuat kerja kerja memaku kerana dikhuatiri anak dalam kandungan cacat kerana
terkejut.

● Wanita hamil dilarang mengeluarkan kata-kata kesat atau memukul binatang kerana risaukan anak dalam
kandungan akan terkena badi.

Pantang larang selepas kelahiran

● Wanita bersalin perlu berpantang selama 40 hari.
● Perabot di bilik ibu tidak boleh diubah.

Adat Perkahwinan

o Perkahwinan antara perkara besar dan penting bagi kaum cina . Ianya adalah peralihan yang akan
mempengaruhi seseorang lelaki . Antaranya pantang larang yang ada semasa perkahwinan adalah

● Tetamu tidak boleh memakai baju berwarna hitam atau gelap
● Upacara meminum teh. Pasangan hedaklah memberi teh kepada ahli keluarga yang lebih tua sebagai tanda

pengenalan
● Pakaian berwarna merah sangat digalakkan.

Adat & Pantang Larang Semasa Kematian

● Upacara kematian berlangsung dari 3-7 hari . Ini memboleh sanak saudara untuk berkumpul.
● Sumbangan wang dalam sampul putih diberikan kepada keluarga si mati.
● Tidak digalakkan memakai pakaian yang berwarna warni.Sebaiknya memakai pakaian berwarna gelap

seperti hitam atau kelabu.
● Apabila masuk rumah si mati , tetamu mestilah memasang lilin putih kertas dan lain alat sembahyang

untuk diberikan kepada pada keluarga si mati yang kurang berada.
● Mayat dan keranda tidak boleh disentuh oleh tetamu

Adat &Pantang Larang Semasa Makan

● Orang tua dilarang memakan kangkong kerana boleh menyebabkan sakit sendi.
● Mereka yang ada luka dibadan tidak dibenarkan makan udang dan ketam
● Nelayan yang makan di atas kapal dilarang membalikkan ikan yang mereka makan kerana dikhuatiri

membawa bencana dan kemalangan
● Tidak boleh bercakap dan membuat bising seperti mengetuk pinggan semasa makan

PERAYAAN DALAM MASYARAKAT CINA

1.SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

● Hiasan tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan bentuk sering memenuhi kawasan kediaman
masyarakat Cina. Ini menunjukkan perayaan itu akan disambut dengan cukup meriah. Hiasan dalaman
rumah dan tanglung-tanglung serta birai pintu rumah juga akan diwarnai dengan warna merah bagi
menyambut ketibaan tetamu. Hiasan bunga-bunga juga berona merah mewujudkan semangat keceriaan yang
padu dan harmoni.

● Masuknya Tahun Baru Cina iaitu hari perayaan masyarakat cina antara sebab kanak-kanak yang dinantikan
ialah pemberian 'angpau' atau sampul merah yang berisi duit.Bagi yang belum khawin, mereka juga layak
mendapat ‘angpau’.Pada perayaan Tahun Baru Cina ,angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkhawin atau
yang belum berkhawinan

● Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya
dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika
majlis pengebumian . Jumlah wang yang diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk menampung
perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan pengantin.

2.CHAP GOH MENG

● Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari
terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

● Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta
Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan
itu.

● Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh
bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi
kebudayaan dan keagamaan.

3.KUIH BULAN

● Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada
adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Pada masa kini,
berbagai-bagai jenis kuih bulan yang telah dipromosikan oleh peniaga. Menurut legenda, pesanan untuk
memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya
menjatuhkan Dinasti Mongol.

CARA PEMAKAIAN BANGSA CINA

Lelaki Wanita

Samfoo Cheogsam

- membawa maksud 'baju dan seluar' - Busana klasik Cina yang asalnya
dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang
dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. emas dan sutera, kini masih boleh dilihat
Pakaian ini terdiri daripada baju yang dengan diubahsuai mengikut peredaran masa
longgar dan terbelah di depan dan dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam,
berkolar tinggi serta dipakai bersama Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di
seluar longgar. Pakaian tradisional ini dalam majlis dan upacara.Pakaian ini dipakai
bukan pakaian tradisional kaum Cina. oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya
Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti
Ching. Ia adalah pakaian tradisional majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru
kepada Orang Manchu. Cina.Baju ini asalnya labuh tetapi
lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras
lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di
kiri dan kanannya.

MAKANAN DAN MINUMAN BANGSA CINA

- MAKANAN - MINUMAN

PENG BING Jus Buah Plum

Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat Buah plum merupakan jenis buah yang memiliki berbagai
lama dahulu. Big Thumb bakery telah khasiat bagi tubuh, masyarakat China memiliki kebiasaan
memperbaharui dan mengubah bentuk dan yang unik yaitu dengan menjadikan buah plum sebagai jus.Jus
rasanya seperti yang kita lihat di atas. Rupanya buah plum selain digunakn sebagai minuman khas imlek,
yang berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng masyarakat China menjadikan minuman ini sebagai minuman
Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan kesehatan, seperti untuk diet, menjaga kebugaran, menjga
tepung yang sama cuma intinya lebih sedap lagi. daya tahan tubuh dan lain sebagainnya.

BUDAYA DAN ADAT RESAM DI SABAH (KADAZANDUSUN)

ADAT PERKAHWINAN

1) MERISIK
Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur
segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian
sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki.

2) MEMINANG
Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan
menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga).
Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.

3) BERTUNANG
Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk
memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk
menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang
dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh
bertunang kerana mimpi buruk.

4) MAJLIS PERKAHWINAN
Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk
memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor.
Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh
pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada
canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga
dibawa pada hari perkahwinan.

5) ADAT KELAHIRAN
- Sewaktu mengandung
Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak. Bidan terdiri daripada
kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan
secara menyeluruh. Tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat
dilahirkan.

- Bersalin
Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari berpantang
bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh berpantang ialah tujuh hari. Bagi
orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21 hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi,
tempohnya ialah 44 hari.

- Selepas lahir
Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi nama
sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara mesti
dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon
Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut
anak tersebut.

6) Kematian atau "Kepataiyen"
Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil
mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan
diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama.
Bila kematian berlaku dalam masyarakat Dusun tradisi, ahli keluarga si mati akan memukul gong
"Tontong sanang"yang bertujuan memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga dan disertai
turun dari rumah atau "menuhon" bertujuan cuba menahan roh simati atau kedwo-dwo melalui
benda-benda yang diambil dipersekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan di
ubun-ubun kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula.

9) Makanan Tradisional Etnik Kadazandusun

- Hinava - Bosou
Hinava merupakan sebuah hidangan Bosou atau juga dikenali sebagai
yang istimewa bagi masyarakat kadazan Sambaat, merupakan salah satu
dusun. Makanan ini dihasilkan daripada makanan tradisional etnik Kadazan
isi ikan yang segar dicampurkan dengan Dusun. Makanan ini kebiasaannya
biji buah bambangan yang telah diparut, dijadikan sebagai hidangan sampingan
halia, cili merah, halia, bawang merah, sebagai "pembangkit selera".
limau kapas dan garam.

10 ) Pakaian Tradisional Pakaian perempuan:
1). 'Sinuangga' - baju blaus pendek dan
Pakaian lelaki: leher berbentuk U dipakai oleh wanita
- 'Gaung' ( baju lengan panjang), souva ( seluar muda.
panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna
biru 2). 'Sinompukung' - blaus dengan lengan
- indigo, kaking atau toogot (bengkung pinggang 3/4 dan tidak mempunyai sulaman
hitam), siga (penetup kepala), dan tupi' sinikat. dipakai oleh wanita pertengahan umur.

3). 'Kihongon' - blaus dengan lengan
panjang, dipakai oleh wanita tua dan
spesialis ritual.

BUDAYA DAN ADAT RESAM DI SARAWAK (IBAN)

● Adat Perkahwinan

Dalam masyarakat iban, usia lelaki yang layak untuk bernikah adalah 20 tahun keatas. Manakala, bagi perempuan adalah tiada had
mur yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat iban adalah perkahwinan yang mengikut adat . Bagi

mana-mana pihak yang melanggar adat, mereka akan dikenakan denda yang bertujuanuntuk mengelak pasangan suami isteri tersebut
itimpa bala atau kesusahan.Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam adat perkahwinan kaum iban. Antaranya;

. Merisik

Dalam masyarakat Iban, adat merisik merupakan adat yang wajib diikuti. Adab merisik akan dijalankan apabila seorang teruna telah
erkenan pada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan pergi ke rumah si gadis untuk merisik.

. Meminang atau bertunang

Rombongan meminang daripada pihak lelaki akan desertai oleh lima hingga sepuluh orang yang terdiri daripada golongan
rang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan sekali lagi. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak
elaki akan menanggalkan lapik atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.

. Majlis perkahwinan

Majlis perkahwinan ini dimulakan oleh pihak lelaki dimana mereka akan menyediakan barang-barang atau hantaran yang akan
iberikan kepada pihak perempuan. Antaranya ialah kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan barang kemas. Pasangan ini akan

mengenakan pakaian tradisional Iban. Keluarga pihak lelaki berjalan diiringi oleh paluan gong.

Adat kematian

● Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan
sahabat handai menghadirinya.

● Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya.
Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang
sebaik-baiknya.

● Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara
ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di
tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.

Perayaan kaum iban

● Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut untuk menunjukkan
bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di serambi
umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat dengan mengenakan pakaian
tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang
mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan
bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini
turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga
diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

LELAKI PEREMPUAN
● Pakaian tradisional lelaki Iban ● Pakaian tradisonal wanita Iban
terbahagi kepada dua iaitu Kain pula, terbahagi kepada tiga jenis
Sirat dan Dandong. Kain iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong.
Siratdikenali juga sebagai kain Bidangmerupakan sejenis kain
cawat merupakan pakaian asas sarung yang sempit dan
kaum Iban. Sirat dipakai dengan panjangnya cuma separas lutut.
cara melilitnya dipinggang dan Baju Kaum Iban yang dipanggil
celah kelengkang. Hujung kain ini kalambi pula ada dua jenis iaitu
dijuntaikan dari pinggang ke kalambi berlengan dan kalambi
hadapan dan belakang badan, tanpa lengan.
mempamerkan bahagian yang
berhias. Dandong pula
merupakan kain selendang yang
dipakai oleh lelaki Iban.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM IBAN

MIDIN CAKAR AYAM

Sayur midin atau nama panjangnya Cakar ayam ini diperbuat daripada ubi
Kemidin merupakan sejenis sayur yang keledek dan bersira dengan gula melaka,
sangat popular di Sarawak dan rasa dia pula sangat rangup dan
kebiasaanya sayur ini dimasak secara berlemak manis.
goreng belacan.

KESIMPULAN

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik serta budaya. Justeru itu, suatu usaha perlu
digembleng bagi memastikan perpaduan antara seluruh rakyat Malaysia tercapai. Soal perpaduan
dan permuafakatan sangat penting dalam sesebuah negara yang majmuk kerana perpaduan itu
menjadi tunggak kepada kemajuan serta kestabilan dalam aspek seperti politik, sosial, ekonomi
dan sebagainya. Kedatangan penjajah yang melahirkan masyarakat pluralistik menyebabkan
usaha bagi menyatu padukan rakyat agak rumit kerana masih terdapat kaum yang
mempertahankan tradisi, budaya dan pegangan mereka.

RUJUKAN

https://soscili.my/adat-resam-pantang-larang-melayu-beranak-kahwin-mati/

https://www.academia.edu/31747008/ADAT_RESAM_ORANG_INDIA

https://voize.my/adat-resam-pantang-larang-kaum-cina-di-malaysia/

https://yourlocalbornean.blogspot.com/2019/09/makanan-tradisional-etnik-kadazan-dusun
.html?m=1

http://masyarakatsabahdansarawak.blogspot.com/2018/02/adat-resam-dan-budaya-kaum
-iban-di.html?m=1


Click to View FlipBook Version