MINIT MESYUARAT GURU
Bil. Mesyuarat : 1/2021
Tarikh
Masa : 21 Disember 2020
Tempat
: 8.30 pagi – 10.30 pagi
: Dewan Tertutup,
SK Taman Sri Mawar,
Seremban, NSDK
Hadir 1
1 Pn. Khadijah binti Mokhtar (Guru Besar)
2 Pn. Rauzita binti Abdul Manan (GPK Pentadbiran)
3 En. Md. Nordin bin Kassim (GPK Hem)
4 Pn. Norayrah binti Safiei (GPK Koko)
5 Pn. Azimah binti Mohd Azman
6 Pn. Azizah binti Mat Daud
7 Cik Azura binti Tahar
8 En. Elanggovan a/l Muniandy
9 Pn. Farhana binti Hussain
10 Pn. Hafsah binti Md. Yusof
11 Pn. Haliza binti Baharuddin
12 Pn. Haniyati binti Yaacob
13 Pn. Hudal Husna binti Abdul Hadi
14 Pn. Jamilah binti Latif
15 Pn. Juliana binti Habizar
16 Pn. Juliana binti Sa'adon
17 Pn. Marsitah binti Abdul Razak
18 En. Mohd Fadzli bin Ramli
19 En. Mohd Redzuan bin Abd. Majid
20 En. Nasruddin bin Nasrifan
21 Pn. Noor Azlina binti Sahak@Zainal
22 Pn. Nor Azlina binti Isa
Mesyuarat Guru Bil 1/2021
23 Pn. Nor Zalina binti Ab Rahim
24 Pn. Noraini binti Jaafar
25 Pn. Norazian binti Abdul
26 Pn. Norkasmaastina binti Alias
27 Pn. Norlela binti Bungsu
28 Pn. Norriah binti Ibrahim
29 Pn. Nor Ashikin binti Md. Din
30 Pn. Nur Faizah binti Hamzah
31 Pn. Nurul Ain Harjit binti Abdullah
32 Pn. Nurul Shuana' Adlizah binti Mohd Sidek
33 Pn. Rizwana binti Mohamed Yusof
34 Pn. Rohayu binti Mohamed Ariffin
35 Pn. Rose Fadzleena binti Abdul Majid
36 En. Rosmaizi bin Mohd Ali
37 Pn. Rozita binti Abd Razak
38 Pn. Sarina Begum binti Mohideen Batcha
39 Cik Sharifah Mazlin binti Syed Omar
40 Pn. Siti Hanipah binti Sumandi
41 Cik Siti Nurulhusna binti Razali
42 Pn. Siti Safinah binti Shamsudin
43 Pn. Sutina binti Muhammad Hanip
44 Pn. Mastura binti Yusuf
Tidak hadir dengan kebenaran:
1. Pn. Noorlina binti Abd Rahman (cuti bersalin)
2. Pn. Nor Satini binti Che Kar (cuti skait)
3. Pn. Shazila binti Abd Shatar (cuti sakit)
1.0 BACAAN DOA DAN BACAAN IKRAR
1.1 Bacaan doa dilafazkan oleh En. Redzuan bin Abdul Majid.
1.2 Bacaan ikrar perkhidmatan awam dan ikrar integriti dipimpin oleh En. Nasrudddin
bin Nasrifan.
2.0 PERUTUSAN PENGERUSI
2.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih dan selamat
datang kepada semua guru yang hadir mesyuarat kali pertama sesi 2021.
Tindakan: Makluman semua guru
Mesyuarat Guru Bil 1/2021 2
2.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke sekolah
semasa cuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi menyelesaikan
sebarang tugasan yang tertangguh.
Tindakan: Makluman semua guru
2.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru atas usaha dan kerjasama
yang telah diberikan sepanjang tahun 2020.
Tindakan: Makluman semua guru
2.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) sepanjang
tempoh Bekerja Dari Rumah (BDR) ekoran daripada cuti PKPB.
Tindakan: Makluman semua guru
2.5 Pengerusi mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah dicapai di peringkat
daerah dan negeri dalam aktiviti yang telah disertai.
Tindakan: Makluman semua guru
2.6 Pemulangan dan agihan buku teks telah selesai diuruskan mengikut jadual yang
telah disusun oleh guru Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Murid boleh
mengulangkaji pelajaran sepanjang cuti persekolahan.
Tindakan: Makluman semua guru
2.7 Motto, Visi dan Misi KPM sepertimana berikut:
2.7.1 Moto: Peneraju Kecemerlangan Sehati Sematlamat.
2.7.2 Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
2.7.3 Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Tindakan: Makluman semua guru
2.8 Misi dan Visi Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar (SKTSM)
2.8.1 Misi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
2.8.2 Visi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Tindakan: Makluman semua guru
3.0 PERBINCANGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 2021
3.1 Hala tuju pendidikan 2018 – 2023 berteraskan tiga nilai utama:
3.1.1 Pendidikan berteraskan nilai merangkumi pendidikan
berunsurkan manusiawi, kasih sayang, kebahagiaan, saling
menghormati, sivik dan nilai kebangsaan.
3.1.2 Ketinggian kualiti iaitu kecemerlangan, releven dan
keberkesanan.
3.1.3 Autonomi dan kebertanggungjawaban yakni penguatkuasaan,
pembuat keputusan secara konteksual, transparensi dan
kebertanggungjawaban.
Tindakan: Makluman semua guru
Mesyuarat Guru Bil 1/2021 3
3.2 Inisiatif KPM dalam hala tuju pendidikan merangkumi 12 perkara yang menjadi
keutamaan iaitu:
3.2.1 Manual nilai dibaca dalam setiap perhimpunan.
3.2.2 Pengenalan pendidikan sivik.
3.2.3 Penyelesaian mutual distrust antara guru dan ibu bapa.
3.2.4 Popularkan budaya hero teacher.
3.2.5 Manipulasi telefon pintar untuk pendidikan.
3.2.6 Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh bersekolah pada Tahun
2019.
3.2.7 Pewujudan kawasan rehat guru.
3.2.8 Guru tiada lagi kerja perkeranian.
3.2.9 Tiada kompromi dalam belanjawan pendidikan.
3.2.10 Menjadikan sektor pendidikan OKU friendly.
3.2.11 Menyelesaikan isu sekolah daif.
3.2.12 Kemeriahan speaker’s coner.
Tindakan: Makluman semua guru
3.3 Dasar-dasar KPM merangkumi 6 perkara utama iaitu tiada pengasingan pelajar,
Penilaian Berdasarkan Bilik Darjah (PBD), pemakaian kasut hitam (bermula tahun
2021 pelajar dibenarkan memakai kasut hitam atau putih dan pemakaian stoking
adalah berdasarkan warna kasut yang dipakai), beg sekolah berat, kehadiran
secara atas talian (APDM) dan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
Tindakan: Makluman semua guru
3.4 Sebelas etika kerja yang perlu ditekankan iaitu niat yang betul, perlakuan yang
baik, penggerak ke arah kebaikan, menghargai dan bertanggungjawab, berdisiplin
dan beradab, mengotakan apa yang dikata, kerja sepasukan, kasih sayang,
ikhlas, benar dan amanah.
Tindakan: Makluman semua guru
3.5 Setiap guru perlu mematuhi empat etika perguruan iaitu:
3.5.1 Tanggungjawab terhadap murid
3.5.2 Tanggungjawab terhadap ibu bapa
3.5.3 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
3.5.4 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan.
Tindakan: Makluman semua guru
3.6 Barisan kepimpinan sekolah terdiri daripada dua tonggak utama:
3.6.1 Senior Leader Team (SLT) terdiri daripada guru besar dan
semua guru penolong kanan.
3.6.2 Middle Leader Team (MLT) terdiri daripada ketua panatia,
setiausaha peperiksaan, penyelaras, guru bimbingan
kaunseling.
Tindakan: Makluman semua guru
3.7 Pengurusan Sekolah.
3.7.1 Sekolah Digital
Mesyuarat Guru Bil 1/2021 4
3.7.2 i. ePangkat: Diisi oleh guru. Guru perlu peka dengan tarikh kenaikan
3.7.3 pangkat.
3.7.4 ii. ePrestasi (PBPPP): 2 fasa setahu dan diisi oleh PK 1 sebagai Penilai
1 dan guru besar sebagai Penilai 2, temujanji guru dan pentadbir,
eviden dan borang keberhasilan.
iii. SKPMG2: Mempunyai 3 fasa (Januari-Mac, April-Jualai, Ogos-
November), guru yang terlibat terdiri daripada SLT, MLTdan guru
(jawatankuasa pelaksana) dan eviden.
iv. HRMIS: perlu dikemaskini oleh guru, surat jaminan kerajaan (GL).
v. egTukar: diisi oleh guru yang ingin bertukar, pengisian pada bulan
Februari setiap tahun.
Tindakan: Makluman semua guru
Kehadiran guru dan AKP
i. Kehadiran bertugas semua guru dan AKP perlu direkod
menggunakan mesin thum print di pejabat.
ii. Waktu pdpc bermula 7.40 pagi setiap hari.
iii. Tidak dibenarkan keluar pada waktu bertugas kecuali dengan
kebenaran guru besar.
iv. Guru dan AKP yang tidak dapat hadir bertugas secara mengejut
(sakit / kemalangan / kecemasan) sila maklumkan pada guru besar
dengan kadar segera.
Tindakan: Semua guru
Perhimpunan Mingguan (Isnin)
i. Masa diperuntukkan 30 minit.
ii. Guru bertugas mingguan perlu memastikan segala persiapan dibuat
lebih awal termasuk PA Sistem.
iii. Segala makluman dibaca oleh guru bertugas.
iv. Pihak pentadbir akan berucap segala bergilir-gilir.
v. Morning Prayer diadakan bila perlu sahaja.
vi. Guru perlu mematuhi etika berpakaian dan etika majlis.
vii. Guru perlu menerapkan budaya mencatat di kalangan murid.
viii. Guru perlu mengelakkan memarahi murid dengan menggunakan
suara yang tinggi.
Tindakan: Semua guru
ix. Jika perhimpunan dibatalkan disebabkan cuaca hujan, guru kelas
akan mengambil alih masa tersebut untuk keceriaan kelas masing-
masing.
Tindakan: Guru kelas
Tatacara berpakaian perlu dipatuhi berdasarkan pekeliling
perkhidmatan berkenaan:
i. Isnin - guru lelaki memakai baju kemeja dan bertali leher. Guru
wanita memakai pakaian formal baju kurung.
ii. Selasa - pakaian formal / pakaian sesuai untuk PJK.
Mesyuarat Guru Bil 1/2021 5
3.7.5 iii. Rabu - baju unit beruniform / baju formal / sesuai untuk PJK.
iv. Khamis - baju batik / pakaian formal / sesuai untuk PJK.
3.7.6 v. Jumaat - baju melayu lengkap bersamping (L) / pakaian formal /
3.7.7
pakaian sesuai untuk PJK
3.7.8 Tindakan: Semua guru
Cuti Rehat Khas (CRK) merupakan kemudahan yang diberikan yang
layak dimohon 10 hari setahun dan bukan hak mutlak. Perlu dimohon
seminggu lebih awal dari tarikh hendak bercuti, tidak boleh digunakan
untuk tujuan melancong. CRK boleh digunakan untuk tujuan berikut:
i. Keadaan kecemasan seperti kemalangan, kebakaran dan
banjir.
ii. Menghadiri majlis konvokesyen pegawai dan keluarga.
iii. Mendaftar anak ke sekolah asrama atau Institut Pengajian
Tinggi (IPT).
iv. Menunaikan haji.
v. Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus.
vi. Perkahwinan pegawai / anak pegawai.
Tindakan: Makluman semua guru
Cuti Sakit (CS) perlu dimaklumkan kepada guru besar dan PKP dengan
segera. Sijil cuti sakit perlu dihantar kepada PT setelah tamat cuti.
Tindakan: Makluman semua guru
Meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja.
i. Guru dan AKP tidak dibenarkan meninggalkan pejabat pada waktu
bekerja.
ii. Jika perlu meninggalkan pejabat, perlu mendapatkan kebenaran
daripada ketua jabatan dengan syarat tempoh masa keluar tidak
melebihi 4 jam.
iii. Prosedur yang perlu dipatuhi termasuklah hadir dan thumb print
kehadiran, buat permohonan dengan guru besar, jika temujanji
hospital kemukakan surat / kad, catatkan dalam buku rekod
pergerakan guru, dan serahkan time slip. Jika melebihi 4 jam perlu
mengambil cuti.
Tindakan: Makluman semua guru
Permohonan ke luar negara atas tujuan peribadi perlu mematuhi perkara
berikut:
i. Pegawai awam yang ke luar negara atas urusan persendirian tanpa
kebenaran adalah satu kesalahan.
ii. Pegawai perlu membuat permohonan selewat-lewatnya 5 minggu
sebelum tarikh perjalanan.
iii. Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke pejabat pendidikan
daerah untuk kelulusan.
Tindakan: Makluman semua guru
Mesyuarat Guru Bil 1/2021 6
3.7.9 Pengurusan bilik darjah
3.7.10 i. Guru kelas perlu memastikan bilik darjah sedia dan selamat untuk
3.7.11 digunakan pada hari pertama persekolahan.
ii. Kerusi dan meja mencukupi dan dalam keadaan bersih, lampu dan
kipas berfungsi dengan baik.
iii. Susuan atur meja dalam kelas seperti yang dikehendaki PAK21
iaitu mengikut kumpulan murid.
iv. Ceria dan kondusif.
v. Maklumat dan sudut-sudut pembelajaran lengkap seperti jadual
waktu, jadual bertugas murid dan sebagainya.
Tindakan: Guru kelas
Pertandingan kokurikulum, sukan dan ko-akademik
i. Bersiap lebih awal. Murid boleh mulakan latihan sebaik sesi
persekolahan bermula.
ii. Guru perlu peka dan sentiasa merujuk takwim zon dan daerah.
iii. Pertandingan peringkat sekolah seperti merentas desa dan sukan
tahunan diadakan awal tahun.
iv. Pemilihan dan latihan pasukan sekolah diadakan lebih awal dan
berterusan.
v. Guru perlu melengkapkan borang penggunaan kereta sendiri jika
perlu membawa murid bagi urusan rasmi sekolah. Guru perlu
pastikan kereta dalam keadaan baik dan cukai jalan tidak tamat
tempoh. Borang yang lengkap perlu ditandatangani oleh guru
besar.
vi. Guru yang ingin membuat tuntutan tambang, boleh menggunakan
peruntukan yang sedia ada.
Tindakan: Makluman semua guru
Kewangan sekolah
i. Kewangan terdiri daripada:
a. Kumpulan wang kerajaan
b. Kumpulan wang SUWA
ii. Tatacara pembelian barangan termasuk:
a. Dapatkan jumlah terkini anggaran perbelanjaan Panitia daripada
PT kewangan.
b. Dapatkan kelulusan daripada guru besar untuk maksud membeli
barangan.
c. Elakkan menggunakan wang sendiri dalam membeli barangan.
d. Setelah mendapat kebenaran guru besar, gunakan prosedur
yang betul bagi setiap pembelian.
e. Borang permohonan stok perlu ditulis semasa mengambil alatan
di pejabat.
f. Kewangan Panitia bukanlah hak mutlak Ketua Panitia untuk
membelanjakan peruntukan sedia ada.
Mesyuarat Guru Bil 1/2021 7
3.7.12 g. Panjar Wang Runcit adalah untuk keperluan kecemasan bagi
3.7.13 menampung kerosakan barangan sekolah.
3.7.14
iii. Pengurusan perolehan memerlukan dokumen termasuk kertas
3.7.15 kerja, nota minta, invois, Local Oder (LO), dan baucer bayaran.
Tindakan: Makluman semua guru
Takwim 2021 disediakan untuk:
i. Semua guru dan AKP bagi memantapkan pengurusan.
ii. Panduan dan rujukan guru untuk menyediakan perancangan aktiviti
seperti pelan taktikal dan pelan operasi serta program-program
intervensi.
iii. Membuat perancangan lebih baik dan berimpak tinggi.
iv. Menyediakan kertas kerja lebih awal.
v. Mengelakkan program yang bertindih atau tertanguh.
Tindakan: Makluman semua guru
Dialog Prestasi perlu diadakan:
i. Di peringkat sekolah dan peringkat unit / panitia.
ii. Berdasarkan analisa data.
iii. Pernyataan masalah dan perbincangan.
iv. Merangka program intervensi (sediakan kertas kerja).
v. Melaksana intervensi yang dirancang.
vi. Post mortem.
vii. Dokumentasi.
Tindakan: Makluman semua guru
Hari pertama persekolahan 2021
i. Perhimpunan pagi – guru yang bertugas mingguan seperti yang
telah dijadualkan, pegawai perhubungan sekolah PDRM (PPS)
akan hadir memberikan ucapan.
ii. Pdpc berjalan seperti biasa. Tiada kutipan yuran dilakukan oleh
guru kelas.
iii. Setiap murid mendapat satu meja, satu kerusi dan satu set buku
teks.
iv. Amalan guru penyayang dilaksanakan. Guru perlu menyambut
kedatangn murid di pintu masuk sekolah.
v. Kelas dalam keadaan bersih, kipas dan lampu berfungsi dengan
baik dan selamat untuk digunakan.
vi. Kantin beroperasi seperti biasa.
vii. RMT dan susu disediakan oleh pengusaha kantin.
viii. Kehadiran murid direkod secara atas talian oleh guru kelas melalui
sistem APDM.
ix. Peratus kehadiran harian perlu dimaklumkan oleh guru yang
berkenaan melalui WhatApps rasmi sekolah.
Tindakan: Makluman semua guru
Ponteng sekolah (murid) penghantaran surat-surat amaran adalah
Mesyuarat Guru Bil 1/2021 8
3.7.16 berdasarkan jumlah bilangan hari yang telah ditetapkan sebagaimana
3.7.17 yang berikut:
i. Amaran 1 - pada hari ke-3 (jika tidak hadir berturut-turut), pada hari
ke-10 (jika tidak hadir bukan berturut-turut).
ii. Amaran 2 - 7 hari selepas Amaran 1(jika tidak hadir berturut-turut),
10 hari lagi selepas Amaran 1(jika tidak hadir bukan berturut-turut).
iii. Amaran 3 - 7 hari selepas Amaran ke-2 (jika tidak hadir berturut-
turut), 20 hari lagi selepas Amaran ke-2 (jika tidak hadir bukan
berturut-turut).
iv. Buang sekolah - 14 hari selepas Amaran terakhir (jika tidak hadir
berturut-turut), 20 hari lagi selepas amaran terakhir (jika tidak hadir
bukan berturut-turut).
Tindakan: Guru kelas
Pengurusan kehadiran murid – Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas
KPM Bilangan 1/2019 guru kelas bertanggungjawab:
i. Merekod kehadiran murid sebelum tamat sesi persekolahan (9.00
pagi).
ii. Mengemaskini sebab ketidakhadiran murid dalam sistem APDM.
iii. Mencetak, menandatangani dan menfailkan analisis bulanan.
iv. Mendaftar murid ke kelas selepas mendapat arahan PK HEM.
v. Memastikan tarikh masuk kelas bagi setiap murid dalam APDM
tepat.
vi. Sentiasa menggalakkan kehadiran murid ke sekolah.
vii. Tiada istilah “minta cuti bagi murid”.
viii. Kehadiran murid SK Taman Sri Mawar masih tidak mencapai KPI
ix. Guru cakna pada murid.
Tindakan: Guru kelas
Kemahiran melayani tetamu
i. Tetamu termasuklah ibu bapa, pegawai-pegawai JPN/PPD,
jemaah nazir, penceramah, persatuan NGO, dan pihak swasta.
ii. Perlu berurusan secara rasmi di pejabat sekolah.
iii. Di sambut dan diiringi sama ada oleh guru besar, guru penolong
kanan dan guru.
iv. Mengisi dan menurunkan tanda tangan di dalam buku pelawat.
v. Melayan dengan baik sepanjang berada di sekolah, termasuk
mengiringi dan memenuni permintaan tertentu.
vi. Membawa minum.
vii. Mengiringi ke kereta waktu pulang.
Tindakan: Makluman
4.0 HAL-HAL LAIN
4.1 Pengerusi, Pn. Khadijah binti Mokhtar memaklumkan beberapa perkara
Mesyuarat Guru Bil 1/2021 9
termasuklah:
4.1.1 Tiada mesyuarat dan aktiviti rasmi sekolah diadakan pada minggu 1, 3
dan 5.
4.1.2 Memastikan tidak berlaku situasi di mana bendera yang dipasang
terkoyak dan terbalik.
4.1.3 Akan ada cuti secara bergilir pada hari-hari peperiksaan awam tetapi
bergantung kepada keperluan sekolah.
4.1.4 Cuti peristiwa boleh diambil jika melibatkan semua murid dan peristiwa
berlaku sebelum cuti.
4.1.5 Tuntutan bayaran guru ganti akan dibuat setiap bulan.
4.1.6 Permohonan lawatan pendidikan murid perlu dibuat 5 minggu lebih awal
dari tarikh perjalanan.
4.1.7 Jika ingin mengundang orang kenamaan untuk menghadiri majlis
sekolah, hanya boleh menjemput pegawai dari parti pemerintah semasa.
4.1.8 Murid tidak dibenarkan membawa basikal lajak ke sekolah.
4.1.9 Murid dibenarkan memakai kasut putih ke sekolah bermula sesi
persekolahan 2021.
Tindakan: Makluman semua guru
4.1.10 Pn. Rozita binti Abdul Razak memaklumkan jumlah kerusi dan meja
untuk murid tahun 1/2021 adalah tidak mencukupi memandangkan
jumlah murid yang mendaftar adalah lebih berbanding tahun sebelumnya
(16 set).
Tindakan: GPK HEM
5.0 PENUTUP
5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh
semua guru sepanjang mesyuarat dijalankan. Selamat melangkah ke tahun 2021.
5.2 Pengerusi berpesan supaya semua guru perlu kurangkan kontroversi
dan sebaliknya berusaha untuk meningkatkan prestasi.
5.3 Pengerusi juga mengingatkan semua guru bahawa setiap daripada
guru tidak dipaksa untuk menjadi seorang guru dan perlu sentiasa ingat bahawa
setiap daripada guru dipertanggungjawabkan dengan amanah.
5.4 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 10.30 pagi.
Mesyuarat Guru Bil 1/2021 10