MPU 3183 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO KEPENTINGAN ICT DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA TEMA: PERSEPSI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA TERHADAP PENGGUNAAN ICT (TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI) DALAM KEHIDUPAN HARIAN. TAJUK KECIL:
UWAIS AL QORNY BIN AB. LATIFF (23BI04008) NAMA AHLI KUMPULAN HUZAIFAH BIN ZAMRI (23BI04001) TUAN MOHAMED AL MIZI BIN TUAN AZMI (23BI04005) FIDA’ AL-ISLAM BIN MOHD ALWI (23BI04007) NAMA PENSYARAH CIK AYU NOR AZILAH BINTI MOHAMAD
1 PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN 2 OBJEKTIF 3 PENGENALAN PENTAFSIRAN GRAF: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ICT 4 5 PANDANGAN ISLAM TERHADAP ICT 6 RUJUKAN
Akhir sekali, terima kasih kami ucapkan kepada mana-mana pihak yang telah membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan e-folio ini. Walaupun ianya serba kekurangan, kami dapat banyak manfaat dan pengetahuan yang diperolehi melalui tugasan e-folio ini. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik jua. Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada Cik Ayu dan sesiapa yang membaca e-folio ini. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah kurnia dan izin-Nya dapatlah kami sekumpulan menyiapkan sebahagian tugasan daripada MPU3183 – Penghayatan Etika Dan Peradaban di Universiti Islam Selangor (UIS) Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cik Ayu Nor Azilah binti Mohamad selaku pensyarah kursus untuk semester ini bagi kelas BI04, BI05, BE01 dan BE03 yang telah banyak memberi bimbingan, pengajaran dan juga nasihat sepanjang waktu kuliah sehingga tugasan ini disiapkan. Jutaan terima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana sanggup berkorban waktu untuk berusaha menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tidak dilupakan juga penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan keluarga-keluarga kami yang memberi sokongan, dorongan dan bantuan bagi melengkapkan tugasan e-folio ini. PENGHARGAAN
OBJEKTIF Tugasan e-folio ini dilakukan secara amya bagi mengenal pasti persepsi masyarakat majmuk di Malaysia sekarang terhadap penggunaan ICT. Dalam tugasan e-folio ini, kami melakukan kajian secara kuantitatif iaitu dengan menyediakan 10 soalan melalui Google Form bagi responden menjawab sekadar mana tahap penilaian mereka dalam penggunaan ICT. Dengan itu, kami dapat mengenal pasti hasil dapatan kajian daripada responden untuk menjayakan tugasan e-folio ini. Tugasan e-folio ini juga dapat menambah pengetahuan kami tentang penggunaan ICT dari sudut pandangan Islam di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. la juga memberi kami banyak pendedahan bagi mengenali dan memahami apakah asal usul ICT ini. Melalui tugasan ini, ia merangkumi beberapa objektif seperti yang berikut:
ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi dimana satu teknologi pemprosesan maklumat iaitu mengubah, menyimpan, melindungi, melihat dan mendapatkan pelbagai jenis maklumat tanpa mengira tempat dan masa. ICT merupakan perkara yang signifikan dalam hampir keseluruhan kehidupan manusia kerana ianya semakin meluas dan digunakan oleh masyarakat pada zaman kini tidak kira bangsa dan umur. Ini kerana, seluruh negara berlumba-lumba menuju ke arah kemodenan iaitu penggunaan teknologi moden sebagai contoh, dalam pembelian barang-barang keperluan ataupun makanan secara atas talian yang semakin popular pada masa kini kerana dengan hanya menggunakan aplikasi di atas talian mereka tidak perlu bersusah-payah untuk keluar ke rumah untuk membeli barang-barang keperluan. ICT sangat mempengaruhi perkembangan teknologi semasa dan menular dalam setiap lapisan masyarakat sejagat di seluruh dunia. Ianya muncul dalam pelbagai tapak digital seperti Digital Apps, Facebook, Instagram, Telegram, Internet dan sebagainya. Ianya juga merujuk kepada semua teknologi yang digunakan untuk mengendalikan telekomunikasi media penyiaran, sistem pengurusan bangunan pintar dan fungsi kawalan dan pemantauan berasaskan rangkaian yang biasanya menyediakan perkhidmatan intenet, telefon dan televisyen ke rumah dan perniagaan melalui satu kabel optic tunggal. Senn (1998) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. ICT adalah satu lagi istilah termaju untuk teknologi maklumat (IT) yang menekankan peranan komunikasi bersatu dan penyepaduan telekomunikasi (talian telefon dan isyarat tanpa wayar), komputer serta perisian perusahaan, perisian tengah, penyimpanan dan sistem audio visual yang diperlukan dimana ianya membolehkan penggunaan mengakses, menyimpan, menghantar dann manipulasi maklumat. Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluaskan untuk merangkumi banyak aspek pengkomputeran dan teknologi. Pelbagai aplikasi diwujudkan supaya dapat memudahkan kehidupan masyarakat sekarang. Bahagian pertama Rukun Negara 31 Ogos 1970 (kemerdekaan ke-13) membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Antara objektif yang disenaraikan dalam Bahagian Pertama tersebut ialah: 1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat. 2. Memelihara satu cara hidup demokratik. 3. Mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. 4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagaibagai corak. 5. Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. PENGENALAN
TAFSIRAN GRAF: KAJIAN RESPONDEN BERKAITAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ICT Dari 80 orang responden yang menjawab borang kaji selidik, hanya 5% adalah lelaki berbanding Wanita. Kami menyimpulkan, jurang gender dalam penggunaan teknologi dalam urusan harian adalah sangat jauh ketidak-setaraannya. Jurang ini sangat terbalik jika dibandingkan dengan 8 tahun lepas, kenyataan akhbar Berita Harian menunjukkan wanita menampakkan lebih ketinggalan berbanding lelaki. Golongan berumur 51 tahun dan ke atas menampakkan sebagai majoriti yang terlibat dalam tinjauan kaji selidik ini. Namun setelah ditanya, kebanyakan mereka yang menjawab borang kaji selidik ini dengan bantuan anak masing-masing. Dalam artikel Penggunaan Internet Dalam Kalangan Warga Emas Bandar ditulis oleh Muhammad Zaiamri bin Zainal Abidin, salah seorang responden tinjauan kaji selidik dalam kajian penulis menyetakan perkara yang sama iaitu, anak-anak mereka yangmembantu dalam hal teknologi.
Mungkin kerana tinjauan kaji selidik ini dikendalikan di Selangor, maka responden dari Selangor lebih ramai berbanding negeri lain. Majoriti responden bersetuju dan sangat bersetuju bahawa telefon pintar (smartphone) membantu memudahkan urusan harian mereka. Berdasarkan perbualan lisan kami dengan responden, gajet bukan sekadar memudahkan urusan, kadangkala ia menjadi alat hiburan masa kini, sehinggakan boleh menyebabkan ketagihan. Kenyataan ini disokong oleh kenyataan akhbar Harian Metro
Berdasarkan Rajah 2.1, corak graf bar menunjukkan tentang pernyataan peratus bilangan responden yang memilih tahap penilaian dari sangat tidak setuju sehingga sangat setuju berkaitan penggunaan Internet memainkan peranan penting terhadap peningkatan produktiviti dalam pekerjaan atau pendidikan. Kajian mendapati bahawa majoriti responden seramai 55 orang iaitu 61.1% sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula adalah seramai 32 orang dengan peratus 35.6%. Terdapat responden yang meneutralkan pernyataan tersebut iaitu 3 orang sahaja dengan hanya jumlah 3.3%. Hal ini demikian, kelompok neutral ini menunjukkan mereka tidak pasti bahawa penggunaan Internet memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dari segi pekerjaan mahupun pendidikan. Kelihatan tiada respon daripada responden yang memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju. Menurut analisis daripada Brown dan Lauder (1997) mengenai pendidikan, globalisasi dan pembangunan ekonomi dengan jelas menunjukkan bahawa pembangunan ekonomi masa depan bergantung sepenuhnya kepada pelaburan perancangan strategik dalam pembentukan modal manusia melalui pendidikan dan peningkatan ilmu pengetahuan yang digiatkan oleh ICT. Rajah 2.1
Berdasarkan Rajah 3.1, corak graf bar menunjukkan tentang pernyataan peratus bilangan responden yang memilih tahap penilaian dari sangat tidak setuju sehingga sangat setuju berkaitan penggunaan teknologi digital seperti e-wallets (Dompet Elektronik) memudahkan urusan kewangan. Kajian mendapati bahawa majoriti responden seramai 32 orang iaitu 35.2% sangat setuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden yang setuju terhadap pernyataan tersebut pula adalah seramai 28 orang dengan peratus 30.8%. Terdapat responden yang meneutralkan pernyataan tersebut menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden terhadap pernyataan tersebut adalah seramai 24 orang dengan jumlah 26.4%. Terdapat 5.5% iaitu 5 orang responden yang tidak bersetuju dan terdapat kelompok minoriti dengan hanya 2.2% iaitu 2 orang sahaja responden yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Penganalisis Ekonomi dan Kewangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, industri dompet digital kini menjadi pemacu kepada ekonomi digital negara dengan perubahan infrastruktur digital negara menyumbang kepada perkembangan pesat industri. Beliau berkata, pada masa ini 42 jenis dompet digital diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan lima daripada institusi perbankan di negara ini manakala yang lain terdiri daripada organisasi bukan bank atau syarikat kewangan. Antara dompet digital yang popular di negara ini adalah Boost, Grabpay dan Touch N Go di samping beberapa lagi jenama seperti WechatPay, Alipay, Maybank Pay, Samsung Pay dan lain-lain. Rajah 3.1
Berdasarkan Rajah 3.1, corak graf bar menunjukkan tentang pernyataan peratus bilangan responden yang memilih tahap penilaian dari sangat tidak setuju sehingga sangat setuju berkaitan kemajuan teknologi komunikasi dapat memperkukuhkan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Majoriti responden seramai 36 orang iaitu 39.6% bersetuju terhadap pernyataan tersebut. Seterusnya bagi responden yang sangat setuju terhadap pernyataan tersebut pula adalah seramai 20 orang dengan peratus 22%. Terdapat responden yang meneutralkan pernyataan tersebut menunjukkan pemahaman dan tahap penerimaan responden terhadap pernyataan tersebut adalah seramai 27 orang dengan jumlah 29.7%. Terdapat 7.7% iaitu 7 orang responden yang tidak bersetuju dan terdapat kelompok minoriti dengan hanya 1.1% iaitu 1 orang sahaja responden yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Menurut kajian oleh Petter Bae Brandtzæg dan Jan Heim (2009), terdapat pelbagai alasan yang memotivasikan orang-orang yang menggunakan media baharu yang baharu atau media sosial ini. Motivasi utama adalah untuk mencari hubungan baharu (31%), manakala sebab lain untuk berhubungan dengan kawan dan kenalan rapat (21%), bersosial seperti berkongsi pengalaman, melaporkan aktiviti, dan sokongan sosial (14%), mendapatkan maklumat pelbagai perkara seperti fesyen, hiburan dan lain-lain (10%), dan berdebat atau membincangkan topik (6.5%). Ini hampir sama dengan pendapat Tom Tong (2008) yang berkata laman web sosial yang membolehkan pengguna atau ahli membentuk tanggapan, mengekalkan persahabatan, dan mendapat kenalan baharu. Media sosial ini telah digunakan sebagai tempat bagi pengguna untuk bersama-sama dan membina perkenalan, malah semakin digunakan untuk mewujudkan hubungan baharu dan mengembangkan rangkaian sosial yang sedia ada. Rajah 4.1
Rajah 5.1 : Penggunaan ICT Dalam Keselamatan Kehidupan Harian Berdasarkan rajah 5.1 seramai (3.7%) 3 orang responden sangat tidak bersetuju mengatakan bahawa penggunaan ICT memberi keselamatan dalam kehidupan harian. Manakala (18.3%) 15 orang responden tidak bersetuju dengan pandangan soalan yang dinyatakan. Dalam pada itu (42.7%) 35 orang responden tidak pasti dengan pernyataan soalan tersebut. Namun begitu sebanyak (28%) 23 orang responden bersetuju bahawa penggunaan ICT itu memberi keselamatan dalam kehidupan harian mereka. Namun hanya segelintir sahaja yang bersetuju dengan pernyataan soalan tersebut iaitu seramai (7.3%) 6 orang responden. Hasil daripada tinjauan berdasarkan rajah 5.1 diatas penggunaan ICT tidak dapat memberikan keselamatan secara keseluruhan dalam kehidupan harian kita. Jadi dalam masa yang sama kita perlu berhati-hati dalam penggunaan ICT seperti di media sosial atau mana-mana platform di dalam talian. •
• Menurut artikel laporan daripada Berita Harian (2016), Tahukah kita bahawa aplikasi mudah alih yang kita muat turun ke gajet yang digunakan mengumpul sejumlah besar maklumat peribadi mengenai pengguna tanpa kita sedari? Antaranya maklumat berkaitan lokasi dan butiran peribadi seperti umur dan jantina. Lihat kepada telefon mudah alih dan telefon pintar di tangan kita. Data inilah sebenarnya tarikan utama penganalisis, pemasar dan pengiklan. Lebih banyak maklumat pengguna yang berjaya dikumpul, lebih mudah untuk menyesuaikan pengiklanan kepada pengguna. Pada pandangan kami, isu privasi dan sekuriti umpama timbangan neraca yang perlu berada pada kedudukan seimbang. Sebagai pengguna, kita tidak perlu mengurangkan satu bahagian untuk mendapatkan lebih lagi di bahagian yang bertentangan. Yang penting, kita perlu ada kesedaran mengenai keperluan privasi dan sekuriti bagi diri kita serta membuat pilihan yang bijak.
Berdasarkan kajian di rajah 6.1 kami dapat menyatakan bahawa segelintir responden iaitu (5.6%) bersamaan 5 orang mengatakan sangat tidak bersetuju bahawa penggunaan media sosial punca memberi tekanan dalam kehidupan harian mereka. Seterusnya diikuti dengan mereka yang tidak bersetuju tentang pernyataan soalan di atas seramai (27.8%) 25 orang. Manakala (36.7%) 33 orang tidak pasti tentang persoalan yang dinyatakan. Akan tetapi, seramai (22.2%) 20 orang bersetuju dengan soalan tersebut tentang penggunaan sosial media ini dapat memberikan tekanan dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu, terdapat segelintir sahaja (7.8%) 7 orang responden sangat bersetuju bahawa penggunaan media sosial ini mendatangkan tekanan dalam kehidupan harian mereka. Natijah daripada kajian graf di atas penggunaan media sosial ini boleh memberikan tekanan dari segi emosi dan juga fizikal dalam kehidupan harian jikalau kita menggunakan media sosial itu secara berlebihan. Kesudahannya kita perlu seimbang dan bijak dalam penggunaan media sosial agar tidak menjadi tekanan atau bebanan dalam kehidupan kita. Rajah 6.1 : Penggunaan Sosial Media Dalam Memberi Tekanan Kehidupan Harian
• Menurut artikel laporan daripada Sinar Harian (2019), Penggunaan gajet dan media sosial secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan masalah mental malah semakin banyak kajian saintifik telah menunjukkan perkaitannya dengan kes-kes kemurungan, keresahan melampau (anxiety disorder) dan perilaku impulsif. Banyak kajian hari ini termasuk di Malaysia menunjukkan responden banyak menggunakan media sosial dan gajet mengalami kadar stres yang tinggi. Ahli Jawatankuasa Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia itu berkata, tiada kesepakatan dalam kalangan pengkaji mengenai durasi selamat seseorang boleh 'mengadap' media sosial. Ada pandangan umum yang mengatakan harus kurang dari dua jam dalam sehari. Namun, apa lebih penting sebenarnya ialah sejauh mana penggunaannya memberi kesan kepada kehidupan. "Apabila dirasakan sudah mula memberi kesan negatif, ketika itulah kita perlu mula mengawal diri.
• Rajah 7.1 : ICT Memudahkan Akses Kepada Perkhidmatan Kesihatan Berdasarkan corak graf di atas, statistik graf menunjukkan sedikit daripada responden iaitu (4.4%) 4 orang sangat tidak bersetuju bahawa ICT itu dapat memudahkan akses kepada perkhidmatan kesihatan seperti perubatan dalam talian. Selain itu, seramai (12.1%) 11 orang memilih tidak bersetuju untuk pernyataan di atas, Seterusnya diikuti dengan (25.3%) 23 orang tidak pasti dengan pernyataan yang dinyatakan tersebut. Manakala, Seramai (42.9%) 39 orang bersetuju bahawa penggunaan ICT ini dapat memudahkan akses kepada perkhidmatan di sektor kesihatan seperti perubatan dalam talian. Namun juga, seramai (15.4%) 14 orang sangat bersetuju yang mana penggunaan ICT dapat memudahkan akses seseorang itu kepada perkhidmatan dalam sektor kesihatan dari segi perubatan dalam talian. Sehubungan daripada apa yang kami lihat tentang antara pendapat masyarakat ialah penggunaan ICT ini dapat juga memudahkan akses kepada perkhidmatan di sektor kesihatan dari segi perubatan telemedicine.
• Menurut laporan artikel daripada Astro Awani (2020), Dengan teknologi telemedicine atau teleperubatan yang wujud dalam zaman ini, orang ramai tidak lagi perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor. Dunia kini sudah berubah, begitu juga dengan sistem kesihatan yang dilihat semakin beranjak ke arah sistem kesihatan digitalisasi atau telemedicine. DoctorTouch merupakan aplikasi yang membolehkan doktor berjumpa dengan pesakit di alam maya, iaitu pesakit boleh bertanyakan soalan berkaitan gejala COVID-19 kepada doktor tanpa bersemuka, kata Dr Thomas Khor, Pengarah Urusan DoctorTouch dalam temu bual ekslusif bersama Rancak TV, pada Rabu. Tambah Khor, aplikasi ini juga membolehkan pesakit kronik menempah pertemuan khas dengan doktor di hospital atau klinik, selain menawarkan perkhidmatan penghantaran ubatubatan ke rumah pesakit dimana para doktor di dalam talian mempreskripsikan ubat tertentu bagi setiap pesakit. Telemedicine merupakan kaedah memantau pesakit tanpa pesakit dan penjaga berada bersama secara fizikal yang sah dibawah Akta Kemudahalihan dan Akauntabiliti Insurans (HIPAA).
Berdasarkan rajah di atas, kadar peratus responden yang sangat tidak setuju dan tidak setuju perlu memiliki kemudahan ICT untuk pembelajaran adalah 0(0%). Manakala kadar peratus responden yang natural 4(5%). Dan kadar peratus bagi responden yang setuju adalah 33(41.3%). Dan bagi responden yang sangat setuju pula 43(53.8%). Berdasarkan berita akhbar harian, kerja teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara mempunyai visi ke hadapan. Produk perkhidmatan ICT menyumbangkan 18.5 peratus kepada ekonomi negara pada 2018. Dan kerana adaptasi awal ICT, khususnya teknologi tanpa wayar, langganan jalur lebar mudah alih Malaysia berjumlah 36.79 juta pada 2018 dan disokong oleh liputan penduduk 3G dan 4G LITE sebanyak 94.7 peratus dan 79.7 peratus. Rajah 8.1
Rajah 9.1 Berdasarkan rajah di atas, kadar peratus yang setuju dengan penggunaan ICT membantu dalam meningkatkan kefahaman agama dalam kalangan masyarakat majmuk di malaysia adalah yang paling tinggi, yang mana kadar peratusannya adalah 40(50%). Manakala bagi yang sangat setuju 27(33.8%).Dan bagi kadar peratus yang natural adalah 11(13.8%). Kadar peratus bagi responden yang tidak setuju adalah 2(2.5%). Manakala kadar peratus yang sangat tidak setuju pula adalah 0(0%). Berdasarkan berita akhbar harian, penggunaan ICT juga dapat meningkatkan interaksi positif dalam masyarakat majmuk Malaysia serta membincangkan kefahaman mengenai nilai agama untuk membantu menangani isu sejagat yang menggugat manusia secara keseluruhannya. Dialog antara agama dapat meneruskan kesinambungan hubungan etnik , perpaduan, keharmonian, tolak ansur, saling hormat dan juga menghindarkan konflik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Rajah 10.1 Berdasarkan rajah 10.1, kemahiran digital dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia berada tahap yang cemerlang. Yang mana tahap paling tinggi adalah 43 orang responden yang setuju dengan tahap kecemerlangan digital dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Manakala yang sangat setuju hanya 11 orang responden sahaja. Dan bagi responden yang natural adalah 21.3%. Tahap kemahiran digital bagi responden yang tidak setuju pula adalah 10% dan bagi yang sangat tidak setuju 1.3% sahaja. Berpaling pada rujukan saya, pendidikan digital kini merupakan salah satu pemacu utama dalam perkembangan ekonomi negara. Penguasaan dalam kemahiran digital menjadi semakin penting di era revolusi industri 4.0, internet benda dan juga proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi.Walau bagaimanapun, kesemua agenda ke arah pembangunan digital ini dilihat hanyalah sebagai satu kenyataan retorika semata-mata sekiranya jurang digital masih meluas dalam negara
Menurut pandangan Islam, umat islam telah menunjukkan cara yang terbaik dalam usaha penyebaran maklumat yang lebih awal daripada penganut-penganut agama lain, iatu dengan memulakan industri kertas pada tahun 729M di Baghdad, berbanding orang Kristian yang pertama sekali menggunakan percetakan kertas dalam tahun 1276M. Sejak 1040M lagi, kerajaan Islam kita telahpun menggunakan kertas dalam urusan rasmi kerajaan, tetapi malangnya. apabila muncul soal isu bidaah tentang penggunaan teknologi pada abad ke-17M, umat Islam mengambil sikap yang agak mudah dan berpuas hati dengan apa sahaja mereka ada. Ini mengakibatkan, industri percetakan dikuasai oleh masyarakat Barat (Abu Bakar dan Siti Fatimah, 1999). Sejarah di atas, telah membuktikan bahawa teknologi telah lama wujud dalam kalangan kehidupan manusia dari dulu, sehinggalah sekarang ini. Merujuk kepada sejarah Islam kita, teknologi merupakan sesuatu yang bukanlah asing. lanya adalah satu proses yang berterusan, sama berkembang dengan kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang mahupun mengharamkan teknologi ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan kita. Oleh itu, hukum asal sesuatu adalah harus, termasuk segala yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada lama ataupun baharu. Tidak ada sama sekali bahawa sesuatu itu hukum haram kecuali terdapat nas dan dalil agama yang sesuai dengan perubahan zaman dan menuntut agar umatnya selalu maju dalam peradaban masing-masing. Agama Islam juga merupakan satu agama yang menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan untuk kita semua, untuk mempunyai ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencukupi pelbagai bidang dan juga sub bidang. Ini tidak terkecual ilmu yang berhubung erat dengan teknologi makumat dan komunikasi yang merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Tegasnya, kegunaan ICT mash tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. PANDANGAN ISLAM TERHADAP ICT
RUJUKAN Dr. Muhamad Sham bin Shahkat Ali, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) https://core.ac.uk/download/pdf/11777235.pdf Sofyan Rizal Ishak, Jun 17, 2019, Harian Metro https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/06/466014/e-wallet-jadi-pemacu-ekonomidigital Zainal Abidin, M. Z. (2016). Penggunaan internet dalamkelanganwargaemas bandar. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 18(1), 18-36 Bernama. (2015, Oktober 17). Jurang gender dalam penggunaan internet cerminkan ketidaksetaraan. BeritaHarian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/10/89670/jurang-gender-dalampenggunaan-internet-cerminkan-ketidaksetaraan Ahmad Ghazali, A. H. (2020, Ogos 18). Ketagihan telefon pintar.Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/itmetro/2020/08/611391/ketagihan-telefon-pintar Mazmalek, M. (2016, November 11). “Seimbang keperluan privasi, keselamatan”. BeritaHarian. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/11/211577/seimbang-keperluanprivasi-keselamatan Azimah, G. (2019, June 24). “Banyak kajian bukti media sosial punca isu kesihatan”. SinarHarian. https://www.sinarharian.com.my/article/32135/SISIPAN/Sinar-Aktif/kesan-buruk-mediasosial?fbclid=IwAR39KABT3eoY2NjJKslYPWlQgnnuz8NxpICF7SA5ugMYey5QtA3zZezop4o Seraya, M. (2020, May 09). “Takutdijangkiti? Usahpanik, kinisudahadainovasiteleperubatan”: 242185. Astro Awani. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/takut-dijangkiti-usah-panik-kini-sudah-adainovasi-teleperubatan-242185 Penyalahgunaan ICT: Pandangan Islam Terhadapnya & Cara Mengatasinya https://anyflip.com/tqmhi/nhcn/basic Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2023 ©️ BH, New Straits Times Press (M) Bhd. A part of Media Prima Group. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/12/509258/kepelbagaian-agama-budayaperlu-dihormati ICT permudah masyarakat digital https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/01/643842/ict-permudah-masyarakat-digital