Kampung Sungai Buaya, 42700 Banting, Selangor
KERTAS KERJA LADAP PAK 21
TARIKH | 8 & 9 FEBRUARI 2021
TEMPAT | KEDIAMAN MASING-MASING
PELANTAR | GOOGLE MEET
DISEDIAKAN OLEH | PUAN NORHAYATI BINTI BAHAROM | PENYELARAS BESTARI
KERTAS KERJA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21
1.0 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting alam pelaksanaan
kurikulum. Menjelang abad ke 21, pelajar dan perlu mendapatkan segala kemudahan
yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Sehubungan
dengan itu, perubahan perlu dilakukan bagi meningkatkan profesionalisma perguruan
dalam teknik-teknik pengajaran yang baharu dan berteknologi sesuai dengan kehendak
abad ke 21.
Bagi memenuhi tuntutan tersebut, aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah terkini seperti penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet,
komputer riba, dan sebagainya digunakan bagi menarik minat pelajar terhadap
pengajaran guru. Guru-guru juga perlu mendalami ilmu dalam pengajaran berasaskan
PAK 21 seperti aplikasi-aplikasi yang sesuai digunakan seperti Google Form, Kahoot,
Padlet dan sebagaimya supaya seiring dengan kemajuan di dalam teknologi maklumat
dan komunikasi.
Penggunaan kaedah ‘digital ink’ semakin mendapat tempat dalam kalangan guru-
guru kerana ia terbukti memudahkan tugasan guru serta menarik minat pelajar. Hal ini
dapat dibuktikan apabila seluruh dunia diuji dengan wabak penyakit Covid 19, dimana
proses PdPr tidak dapat dijalankan secara bersemuka lagi, Maka pilihan yang ada adalah
meneruskan proses PdP secara maya.
2.0 Objektif
1) Meningkatkan kefahaman guru dalam pembudayaan Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK
21)
2) Mewujudkan suasana pembelajaran abad ke 21 dalam kalangan guru serta pelajar.
3.0 Tarikh
8 dan 9 Februari 2021
4.0 Tempat
Rumah masing-masing
5.0 Sasaran
Semua guru SK Sungai Buaya (44 orang)
6.0 Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : Puan Hajah Norizah bt Hashim (Guru Besar SK Sungai Buaya
Naib Pengerusi : Puan Norhidayati bt Mohd Yunus (PK Pentadbiran)
S/U Kurikulum : Puan Wahida Eryani bt Sadiran
Penyelaras Bestari : Puan Norhayati binti Baharom
7.0 TENTATIF PROGRAM
8 Februari 2021 (Kumpulan 1)
8.30 pagi : Ucapan Pengerusi
9.00 pagi : Hands-on Ladap ‘Google Classroom’ – Puan Norhayati bt Baharom
11.30 pagi : Hands -on Ladap ‘Kahoot’ – Puan Sallinda bt Mahamad Husain
12.30 t/hari : Bersurai
8 Februari 2021 (Kumpulan 2)
8.30 pagi : Ucapan Pengerusi
9.00 pagi : Hands-on Ladap ‘Google Classroom’ – Puan Norhayati bt Baharom
11.30 pagi : Hands -on Ladap ‘Kahoot’ – Puan Sallinda bt Mahamad Husain
12.30 t/hari : Bersurai
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
- tiada
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan semoga program Ladap yang dijalankan akan dapat digunakan oleh
guru-guru sebagai salah satu alternatif di dalam pembelajaran abad ke 21 dan seterusnya
dapat memberi manfaat kepada murid-murid SK Sungai Buaya. Semoga Allah
memberkati dan mempermudahkan urusan ketika Ladap djalankan.
Disediakan oleh, Diluluskan oleh,
(Norhayati bt Baharom) (Puan Norhidayati bt M.Yunus)
Penyelaras Bestari PK Pentadbiran
Kampung Sungai Buaya, 42700 Banting, Selangor
LAPORAN LADAP PAK 21
TARIKH | 8 & 9 FEBRUARI 2021
TEMPAT | KEDIAMAN MASING-MASING
PELANTAR | GOOGLE MEET
DISEDIAKAN OLEH | PUAN NORHAYATI BINTI BAHAROM | PENYELARAS BESTARI
Tel 03-3120 2514
Faks 03-3120 2514
Emel [email protected]
LAPORAN AKTIVITI : LADAP PAK 21 (GOOGLE CLASSROOM)
TARIKH/HARI/MASA : 8 & 9 FEBRUARI 2021 / 8.30 A.M – 12.30 PM
PERKARA BUTIRAN / KETERANGAN
PROGRAM LADAP PAK 21
TARIKH 8 & 9 FEBRUARI 2021
TEMPAT KEDIAMAN MASING-MASING
KUMPULAN SASARAN SEMUA GURU SK SUNGAI BUAYA
1. UCAPAN PENGERUSI
AKTIVITI
2. LADAP HANDS-ON
1. PUAN NORHAYATI BINTI BAHAROM
PENCERAMAH
2. PUAN SAHLINDA BT MAHAMAD HUSAIN
Jam 8.20 : Menanti kehadiran guru-guru secara on-line.
Jam 8.30 : Ucapan Pengerusi Apa berlaku?
Jam 9.00 : Ceramah hands on
TENTATIF
- Google Classroom – Puan Norhayati bt Baharom
- Kahoot – Puan Sahlinda bt Mahamad Husain
Jam 12.00 : Taklimat PSS – Puan Lotfiah bt Abdul Rahman
Keberkesanan:
1. Semua guru dapat menghadiri Ladap yang dijalankan
secara ’online’ menggunakan pelantar Google Meet
2. Guru dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 1 tugasas untuk
kelas masing-masing
3. Guru boleh menggunakan aplikasi Google Classroom sebagai salah
satu aplikasi dalam proses pembelajaran secara bersemuka ataupun
online
POST MORTEM
Cabaran / Masalah:
1. Talian internet yang kurang stabil
2. Terdapat guru yang kurang memberi tumpuan
3. Ladap dijalankan secara online
4. Sukar untuk melaksanakan hands-on kerana ruang yang terhad
Cadangan / Penyelesaian:
1. Ladap dijalankan secara bersemuka
2. Kumpulan yang lebih kecil dibentuk
PENUTUP Adalah diharapkan aktiviti ini memberi kefahaman yang lebih baik kepada
(Harapan/Cadangan) guru-guru tentang aplikasi yang digunakan dan seterusnya manfaat kepada
murid-murid SK Sungai Buaya.
8 FEBRUARI 2021
LAMPIRAN
(GAMBAR AKTIVITI)
9 FEBRUARI
Disediakan oleh:
NORHAYATI BINTI BAHAROM
PENYELARAS BESTARI
UNIT ICT
10 FEBRUARI 2021