The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by spbtskbalikpulau, 2022-11-28 09:06:53

POKOK BUAH PALA@skbp

POKOK BUAH PALA 2

Pokok Buah Pala@SKBP

POKOK BUAH PALA – POTENSINYA

Nutmeg, atau lebih dikenali sebagai buah pala bagi penduduk tempatan, berasal dari
kepulauan Maluku, jajahan Indonesia. Buah Pala atau nama saintifiknya Myristica fragrans
tergolong dalam genus Myristica dan merupakan spesies yang terpenting dalam famili
myristicaceae. Buah pala yang lebih terkenal sebagai rempah, perasa dan ubat-ubatan ini
dipercayai telah diperdagangkan bersama bunga cengkih ke Selatan India iaitu Sri Lanka dan
Malabar oleh pedagang Kepulauan Jawa.

Penjajahan kuasa besar seperti Belanda, Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Portugis di
kawasan Hindia Timur, telah memperkenalkan dagangan hasilan buah pala ke Eropah sebagai
bahan rempah yang penting di dunia. Di Malaysia, buah pala mula diperkenalkan di Pulau
Pinang sekitar awal tahun 1800.

Buah pala boleh ditanam menggunakan biji benih yang
disemai dikotak semaian. Mula tumbuh 4-6 minggu selepas
semaian. Anak benih dipindahkan ke polibeg apabila
mencapai ketinggian 3 – 5 cm sebelum ditanam diladang
selepas anak benih mencapai ketinggian 30 cm atau berusia
setahun. Densiti penanaman adalah 125 pokok/hektar dan
mula mengeluarkan hasil ditahun ke 5 – 6 dan berbuah
sepanjang tahun, namun pengeluaran puncak adalah di
sekitar bulan Julai dan Disember.
Pokok pala boleh mencapai ketinggian 4 – 15 meter dan bersifat monoecious atau unisex
iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga jantan atau betina. Oleh itu penanaman setiap 10
batang pokok betina mestilah diselang dengan satu batang pokok jantan. Angin laut dan
tanah loam selain berkedudukan ketinggian melebihi 45 m dari aras laut merupakan faktor
penting kejayaan tanaman pokok pala selain mempunyai sistem teres dan pengairan yang
baik.

Semua bahagian buah pala mempunyai kegunaan tersendiri, biji dan aril atau mace
dikeringkan dan digunakan sebagai rempah bagi penyediaan berbagai jenis makanan
terutamanya memberi perisa untuk pelbagai jenis sos dan kicap. Manakala perikarpnya boleh
diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala yang terkenal di Pulau Pinang. Selain
dari itu jus buah pala semakin mendapat perhatian pengemarnya.

Minyak tepu yang dihasilkan dari biji dan aril buah pala boleh digunakan sebagai ubat minyak
sapu untuk sakit perut, lelah atau rheumatism. Minyaknya juga digunakan untuk pembuatan
minyak wangi.

Buah pala ialah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk yang berbeza diantara pokok yang
berlainan. Ada pokok yang menghasilkan buah berbentuk bulat dan ada juga yang
menghasilkan buah berbentuk pir. Secara purata berat buah pala ialah dalam lingkungan 80 -
90 g dan bergaris pusat lebih kurang 5.6 cm. Apabila buah ini masak, perikapnya yang
berwarna kuning dan mempunyai ketebalan 1.5 cm terbelah dua dan mendedahkan biji yang
berwarna perang keungguan serta berkilat. Biji ini diselaputi aril yang dipanggil ‘mace’
berwarna merah terlekat pada pangkal biji.

Bekalan buah pala di Malaysia masih berkurangan disebabkan tidak ramai petani yang
berminat menceburkan diri dalam industri ini. Potensi tanaman ini sangat tinggi
memandangkan bekalan bahan mentah ketika ini terpaksa diimport dari negara-negara jiran
seperti Indonesia. Kesedaran dan galakkan dalam penglibatan tehadap industri ini perlu
diperluaskan.

Komposisi zat makanan: Bagi setiap 100 g Sumber : Nutrient composition of
Malaysian Foods. IMR, 1982
Komposisi 470.0 calories

Tenaga 14.0 g
7.4 g
Kelembapan 36.4 g
Protein 28.3 g
Lemak 124.0 mg
Karbohidrat 4.6 mg
Kalsium
Zat besi

Pokok Pala tumbuh subur di lereng bukit di ketinggian
melebihi 45 m di atas paras laut

Salah satu industri hiliran dari Buah Pala adalah
jeruk, minyak tepu dan jus

Buah pala ia. lah buah jenis ‘drup’ dan mempunyai bentuk
yang berbeza diantara pokok yang berlainan.

Buah pala berbuah sepanjang tahun, namun pengeluaran
puncak adalah disekitar bulan Julai dan Disember

.

Biji ini diselaputi aril yang dipanggil ‘mace’ berwarna merah terlekat pada pangkal biji

Salah seorang pengusaha tanaman pala di
P. Pinang, En. Ng Teck Fook

PULAU PINANG PENGELUAR BUAH PALA

Pulau Pinang dan keluaran produk buah palanya sememangnya sangat
sinomim bagi negeri itu.

Industri buah pala di negeri itu telah berkembang pesat dan mengikut sejak
tanaman buah pala telah pun wujud sejak zaman penjajah lagi.

Dari sebiji buah pala, pelbagai produk dapat dihasilkan, selain jeruk, buah
pala juga boleh dibuat minyak angin, bam dan sirap malah kulit
dalamannya boleh menghasilkan produk kosmetik manakala bijinya dibuat
serbuk dan banyak digunakan dalam masakan.

Chang Kun Mim bukanlah nama asing di Pulau Pinang kerana beliau adalah
ahli perniagaan buah pala yang terkemuka di negeri utara Malaysia.

Selain itu, beliau memiliki kilang buah pala yang paling lama beroperasi di
negara ini.

Produk buah palanya yang menggunakan jenama "Ghee Hup" sentiasa
menjadi pilihan cenderahati popular dalam kalangan pelancong yang
melawat negara ini.

Kejayaan Chang, 72, membuka Kilang Buah Pala Ghee Hup di Sungai
Pinang, Balik Pulau sejak lebih 40 tahun lalu adalah berkat kesabaran dan
kegigihannya memajukan lagi perniagaan keluarganya.

Ketika berusia 16 tahun, Kun Mim berkata beliau membantu bapanya
Chang Sun Min membeli buah pala daripada penduduk di kawasan itu
untuk dijual kepada sebuah kilang buah pala namun pendapatan mereka
tidak seberapa.

“Ini mendorong saya mengeluarkan jeruk buah pala sendiri secara komersil
kira-kira 10 tahun kemudian,” katanya ke BeritaBenar.

Selepas beberapa cubaan, keluarga beliau akhirnya menghasilkan resipi
terbaik jeruk buah pala .

Dan bermulalah perusahaan jeruk buah pala keluarga Kun Mim di rumah
sewa mereka di Pekan Sungai Pinang, dengan memasarkannya di sekitar
Balik Pulau.

Menurut Kun Mim, cara membuat jeruk buah pala bukanlah mudah kerana
melalui beberapa proses namun, tekonologi moden memudahkan proses itu
dijalankan dengan cepat dan bersih.

Antaranya ialah isi dan kulit pala yang dijemur perlu dicampurkan dengan
air gula sebelum dijerukkan di dalam pasu besar selama seminggu. Selepas
itu, barulah ia boleh dibungkus.

Kun Mim berkata selain isi dan kulitnya dijadikan jeruk dan halwa
(manisan), biji buah pala pula boleh dikukus selama beberapa jam untuk
menghasilkan minyak angin, salap atau balm.

Buah pala diketahui kaya dengan potassium, kalsium, fosforus, lemak,
protin dan karbohidrat yang berkesan bagi mengubati sakit kepala,
masalah bau mulut, gatal selain menipiskan jeragat.


Click to View FlipBook Version