The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurgg7182, 2023-01-01 22:05:33

UNIT KOKURIKULUM SKKP

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

Keywords: #risetoroar

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 1 / 2022

Tarikh : 15 MAC 2022
Hari : SELASA
Masa : 11.30 PAGI
Tempat : DEWAN MESYURAT
Pengerusi : TN HJ CHE HUSIN BIN HARON ( Guru Besar )
Kehadiran : ( lampiran )

Agenda mesyuarat :

1 Perutusan Pengerusi
2 Pengesahan Minit Mesyuarat Induk KOKURIKULUM Bil.1/2021
3 Perkara Berbangkit
4 Maklum Balas Mesyuarat Induk KOKURIKULUM Bil.1/2021
5 Perbentangan perbelanjaan kewangan Kokurikulum
6 Pengurusan dan perancangan setiap unit
7 Hal-hal lain
8 Penutup

1. Perutusan Pengerusi – TN HJ CHE HUSIN BIN HARON ( Guru Besar )

1.1 Syukur kerana mesyuarat dapat diteruskan seperti yang dirancang walaupun
tanpa kehadiran beberapa guru atas sebab-sebab tertentu dan terima kasih di
atas kehadiran ahli mesyuarat.

1.2 Perkongsian mengenai hal-hal Pentadbiran Sekolah.

Mengenai Kehadiran Guru ke Sekolah mengikut Masa yang telah ditetapkan itu sebelum
Jam 7.40 pagi setiap hari Ahad sehingga Khamis, jika guru lewat hendaklah merakam kad
perakam waktu waktu semasa, tidak dibenarkan terdapat tulisan tangan di dalam kad
perakam waktu tersebut.

1.3 Semua Komponan PBS menjurus kepada penekanan terhadap penguasaan murid dan
keupayaan – KBAT.

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
1 Februari 2016 - Keluaran 04| Pindaan 00

1.4 Proses Transformasi Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013 – 2025 memfokuskan kepada;

a) Merealisasikan aspirasi Negara membangunkan insane seimbang
ilmu dan akhlaknya.

b) Negara maju, utamakan kebersihan, disiplin dan kesopanan selain
kemahiran komunikasi dan penerapan ilmu.

c) Sistem Pendidikan perlu terap kasih sayang, hormat menghormati
dan kegembiraan (love. Mutual respect and happiness)

d) Demi membentuk Negara maju beteraskan acuan kita sendiri.

1.5 Surat perlantikan akan diberikan selepas pengesahan perlantikan dibuat.

Tindakan : Makluman

3. Pengesahan Minit Mesyuarat induk KOKURIKULUM Bil. 1/2021

2.1 Pencadang : PN SURIANI BINTI YUSOF
2.2 Penyokong : PN MAWARNI BINTI MOKTHAR

Tindakan : Makluman

4. Perkara Berbangkit : - TIADA –

5. Maklum Balas Mesyuarat Induk KOKURIKULUM Bil.1/2021– Lampiran
Tindakan : Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
1 Februari 2016 - Keluaran 04| Pindaan 00

6. Hala Tuju Pengurusan Kokurikulum bagi Tahun 2022

6.1 Pengesahan Pelantikan JK Induk Unit KOKURIKULUM

a) Pencadang : EN MOHD NURI BIN SALLEH
b) Penyokong : PN MADIHAH BINTI HUSIN

6.2 Setiap program mesti ada hubungkait dengan SKPMG2 sebagaimana di bawah;

Aspek 3.2.1 Ketetapan pelaksanaan Kokurikulum dibuat untuk memastikan
Aspek 3.2.2 kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kokurikulum.
Aspek 3.2.3 Pengurusan Kelab / Persatuan diurus untuk mengukuhkan
Aspek 3.2.4 pembelajaran di bilik darjah, mengembangkan potensi dan memupuk
Aspek 3.2.5 nilai estetika dan social yang positif.
Aspek 3.2.6 Pengurusan Badan Beruniform diurus untuk meningkatkan disiplin
Aspek 3.2.7 dan daya kepimpinan bagi pemantapan pembangunan perwatakan
murid.
Pengurusan Sukan dan Permainan diurus untuk mengukuhkan
pengetahuan, kemahiran dan memupuk nilai estetika dan social yang
positif.
Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum diurus untuk
mengoptimumkan bakat dan potensi murid.
pengurusan Sukan untuk semua diurus untuk memupuk budaya
bersukan dan amalan gaya hidup sihat, cergas serta berdaya saing
dalam kalangan murid.
Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum diurus untuk mengesan
pencapaian murid.

6.3 Organisasi Kokurikulum – Lampiran

6.4 Dasar Kokurikulum – perbentangan slide power point – Lampiran
6.4.1. Penetapan Key performance Indicator ( KPI )
6.4.2. Penetapan Visi, Misi dan Motto unit Kokurikulum
6.4.3. Objektif Kokurikulum
6.4.4 Piagam Pelangan Unit Kokurikulum

Tindakan : Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
1 Februari 2016 - Keluaran 04| Pindaan 00

7. Pengurusan dan perancangan Kokurikulum bagi tahun 2022
7.1 Penetapan kadar tuntutan makan dan minum murid

BILANGAN MURID KADAR
1 orang RM 5 ( ½ HARI )
RM 10 ( SEHARI )
RM 15 ( BERMALAM )

7.2 Penetapan kadar tuntutan perjalanan murid dan guru pengiring.

BIL MURID GURU PENGIRING KADAR TUNTUTAN
PERJALANAN

<10 MURID 1 ORANG DALAM ZON RM10
>10 ORANG 2 ORANG LUAR ZON RM20
LUAR DAERAH
RM20 – RM 50

7.3 Penetapan Etos Sekolah iaitu Permainan Bola Baling di kekalkan pada tahun
Ini.

Tindakan : En Wan Jahari Bin Wan Ab Rahman

7.4 Aktiviti Kokurikulum bagi tahun 2022 akan dijalankan pada setiap hari RABU
iaitu jam 12.45 hingga 2.45 petang kehadiran murid dan guru adalah WAJIB.

7.4.1 Murid wajib hadir dalam aktiviti kokurikulum bagi pengemaskinian
markah PAJSK.

7.4.2 Bagi aktiviti kokurikulum buku laporan perlu disediakan dan
dikemaskini pada hari berkenaan atau selewatnya pada hari khamis
untuk semakan oleh Penyelaras seterusnya PK Kokurikulum dan
Pengisian Buku PAJSK.

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
1 Februari 2016 - Keluaran 04| Pindaan 00

7.4.3 Pakaian murid sepanjang aktiviti kokurikulum dijalankan telah
ditetapkan sebagaimana berikut :
7.4.3.1 Unit Beruniform – Pakaian Seragam Unit beruniform lengkap
7.4.3.2 Rumah sukan dan Pendidikan Jasmani – Baju Sukan sekolah.
7.4.3.3 Kelab dan Persatuan dan Sukan Dan Permainan – Baju Sukan

Sekolah atau Baju T Uniform.

7.5 Mengemaskini Bilik Pengurusan Sukan dan Kokurikulum, jika ingin membuat
pembelian, hendaklah membuat nota minta bagi pembelian peralatan baru.

Tindakan : En Ruzami Bin Ibrahim

7.6 Perjalanan aktiviti unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan
permainan hendaklah di buta mengikut perancangan tahunan.

Tindakan : Semua Guru

8.0 Hal-hal lain

8.1 En Mohd Nuri Bin Salleh meminta mengeluarkan surat kebenaran menjalankan
aktiviti kokurikulum kepada semua murid termasuk Pra sekolah.

Tindakan : Pk Kokurikulum

9.0 Penutup

Pengerusi mengakhiri ucapan beliau dengan menyatakan harapan kepada semua AJK
yang di lantik dapat menjalankan Amanah yang diberi bersama-sama berganding
bahu dan bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar membuahkan hasil
kerja dan seterusnya menaikkan nama sekolah dalam kecemerlangan Kokurikulum.

Mesyuarat Ditangguhkan Pada JAM 12.30 tengahari

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
1 Februari 2016 - Keluaran 04| Pindaan 00


Click to View FlipBook Version