TARIKH : 7 JULAI 2023 MASA : 8.30 MALAM TEMPAT : RESTORAN RMS KATERING MESYUARAT AGUNG PERTAMA PENUBUHAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT KAPAR
1 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. ATURCARA MAJLIS 2 2. SERANGKAI KATA DARIPADA PENASIHAT 3 3. SEMANIS KATA DARIPADA PENGERUSI PENAJA 4 4. JAWATANKUASA PERLAKSANA 5 5. JAWATANKUASA PENAJA PENUBUHAN PERTUBUHAN 6 6. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 8-17 7. PERLANTIKAN JAWATANKUASA PERTUBUHAN 18 8. USUL DAN CADANGAN 19-23 9. HAL – HAL LAIN 24
2 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PERTAMA PENUBUHAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT BAKAR TARIKH : 7 JULAI 2023 (JUMAAT) MASA : 8.30 MALAM TEMPAT : RESTORAN RMS KATERING, JLN SETIA JAYA 8.30 malam : Kehadiran Tetamu & Pendaftaran 8.50 malam : Taklimat Panduan Perjalanan Majlis 9.00 malam : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa : Mesyuarat Agung Bermula : Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Penasihat 2. Ucapan Pengerusi Penaja 3. Pengesahan Perlembagaan Pertubuhan 4. Perlantikan Jawatankuasa Pertubuhan 5. Membahas Usul 6. Hal-Hal Lain 7. Ucapan Penangguhan 10.30 malam : Jamuan Ringan 11.00 malam : Bersurai
3 Serangkai Kata Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNYA kita dapat berkumpul pada hari Jumaat yang mulia ini untuk kita bersama-sama merealisasikan Penubuhan Persatuan Penduduk Taman Bukit Kapar. Terima kasih yang tak terhingga di atas kesudian tuan/puan hadir pada Mesyuarat malam ini. Sepertimana yang kita sedia maklum, Taman Bukit Kapar ini adalah taman perumahan yang pertama wujud di Kampung Bukit Kapar iaitu sejak tahun 1985 lagi. Secara keseluruhannya, pada tahun 2023 ini lebih daripada 40 buah taman perumahan telah di kampung kita ini seiring dengan pembangunan kawasan persekiran. Sebenarnya, perancangan untuk menubuhkan persatuan penduduk ini telah agak lama diperbincangkan, namun ia sekadar menjadi seperti angin bayu yang menghembus, lalu pergi tanpa jejak. Mungkin pada ketika tiada siapa yang bersedia untuk menjadi pelopor atau pemula kepada sebuah kemungkinan ini. Namun, baru-baru ini sekitar sebelum bulan Ramadhan yang lalu, satu perjumpaan telah diadakan diantara Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang – Zon N43A dengan wakil-wakil penduduk di setiap taman perumahan yang ada di kampung kita, dan dukacita dimaklumkan taman perumahan kita adalah satu-satunya taman perumahan yang tiada Persatuan Penduduk walaupun taman kita adalah Abang Long bagi semua taman yang ada. Bertitik tolak dengan itu, satu perbincangan dengan beberapa penduduk taman telah dibuat dan satu Jawatankuasa Penaja Penubuhan Persatuan Penduduk Taman Bukit Kapar telah ditubuhkan bagi merangka strategi bagaimana untuk merealisasikan penubuhan persatuan ini. Dua (2) siri mesyuarat telah diadakan iaitu pada 5 Jun 2023 & 21 Jun 2023 disamping beberapa siri perbincangan berterusan melalui whatapps group dan akhirnya dengan sokongan tuan/puan semua, kita hadir dalam Mesyuarat yang julong kali diadakan ini. Penubuhan persatuan adalah satu perkara yang sangat penting bagi sesebuah komuniti penempatan kerana biasanya pihak berkuasa tempatan hanya akan melayan komplen, tuntutan mahupun permohonan daripada persatuan berbanding dengan individu. Kerana apa? Kerana berperang berseorangan kita lemah, bersatu hati berganding bahu kita kuat. In Sha Allah, dengan tertubuhnya persatuan kita nanti, saluran kita dengan pihak yang berwajib juga sudah mula terbina dan pastinya akan memudahkan kita untuk berhubung dan berkerjasama dengan pihak pihak berkuasa terutamanya Majlis Perbandaran Klang yang tidak lama lagi juga akan dinaiktaraf sebagai Majlis Bandaraya Klang yang merupakan bandar ke empat di Selangor selepas Shah Alam, Petaling & Subang Jaya Justeru itu, kerjasama sesama penduduk untuk turut serta dalam setiap program & perancangan yang akan buat dan dilaksanakan amatlah diharapkan. Permuafakan yang jitu, timbang rasa & hormat menghormati hak sesama penduduk juga adalah kunci kepada keharmonian hidup berjiran. Akhir kalam, selamat bersidang pada yang hadir dan selamat menggalas amanah pada yang bakal dilantik nanti. Semoga Jawatankuasa Sulong yang dilantik nanti akan dapat menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh dicelah kesibukan masa dengan tugas hakiki. Sama-sama kita berganding bahu kerana yang berat itu pasti ringan bila sama dipikul, yang ringan pula pasti mudah bila sama dijinjing. Sekian terima kasih. Tn. Haji Aironi bin Misron Penasihat Persatuan Penduduk Taman Bukit Kapar Penasihat Persatuan Penduduk Taman Bukit Kapar
4 SemanisKata Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur alhamdulillah kerana pada hari ini kita dapat kumpul bersama-sama menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Taman Bukit Kapar untuk kali yang pertama. Mesyuarat Agung Tahunan seperti ini akan diadakan setiap tahun seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Persatuan dan bagi memenuhi peruntukan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Persatuan Penduduk Taman Bukit Kapar ini diwujudkan adalah selaras dengan saranan dari Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang – Zon N43A dalam pertemuannya bersama wakil-wakil penduduk taman perumahan yang ada di Kampung Bukit Kapar. Saranannya adalah untuk menubuhkan Jawatankuasa di setiap penduduk taman perumahan di bawah Zon N43A, kini hanya tinggal perumahan Taman Bukit Kapar sahaja yang masih belum ada Jawatankuasa. Sehubungan dengan itu, penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk merancang aktiviti, memperbaiki struktur organisasi, melaporkan sebarang kegiatan yang dirancang, melaporkan masalah kepada pihak berkuasa tempatan dan pihak yang berwajib sekiranya ada apa-apa perkara yang berlaku di Taman Bukit Kapar. Pelbagai program akan dirancang bagi mengeratkan ukhwah sesama kita, semoga apa jua aktiviti yang kita rancangkan dapat mewujudkan kesejahteraan serta keharmonian bersama. Walaupun kita semua mempunyai tugas dan tanggungjawab hakiki, namun kesediaan untuk sama-sama menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit menjadikan persatuan ini akan terus berfungsi untuk semua penduduk. Akhir kata, saya bagi pihak seluruh Jawatankuasa penaja mengucapkan terima kasih dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kami menganjurkan mesyuarat ini. Sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada semua Jawatankuasa dan seluruh warga Taman Bukit Kapar yang telah banyak membantu melaksanakan tugas-tugas sebelum ini. Semoga Allah sentiasa memberkati setiap usaha yang kita lakukan. Terima kasih dan selamat bersidang. Wassalam. Ahmad Shaiful bin Mohd Ihsan Pengerusi Penaja Persatuan Penduduk Taman Bukit Kapar Pengerusi Penaja Persatuan Penduduk Taman Bukit Kapar
5 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PERTAMA PENUBUHAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT KAPAR PENASIHAT & PEMBACA DOA Tn. Hj. Aironi bin Misron Pn. Dalilah binti Asopah PENGURUS ACARA & PENGACARA En. Eddika Putra bin Ibrahim PENDAFTARAN En. Haryaddy bin Abu Bakar PENYAMBUT TETAMU Tn. Hj. Subadri bin Mohd Said Pn. Jannatul Firdaus binti Kamarudin Pn. Dalilah binti Asopah PERSIAPAN TEMPAT & SAJIAN En. Abdul Fattah bin Mohamed Tarmizi Pn. Nurul Nadia binti Mohd Fasli En. Mohd Hisham bin Othman Pn. Suhainita binti Mustapa En. Muhammad Akmal bin Salleh JURU KIRA UNDI En. Muhd Akmal bin Hamir Pn. Dalilah binti Asopah TEKNIKAL & SISTEM AUDIO En. Ahmad Shaiful bin Mohd Ihsan En. Hissam Fahmy bin Ashaari Pn. Siti Hazrinawati binti Othman PENCATIT MINIT En. Eddika Putra bin Ibrahim
6 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT KAPAR AJK KEBERSIHAN En. Zainal bin Arshad JURU AUDIT /PEMERIKSA KIRA / KIRA 1 Tn. Hj. Subadri bin Mohd Said JURU AUDIT /PEMERIKSA KIRA / KIRA 2 AJK MEDIA SOSIAL & SIAR RAYA Pn. Siti Fatimah Nor binti Hj. Mohd Saim PENASIHAT Tn. Hj. Aironi bin Misron PENGERUSI En. Ahmad Shaiful bin Mohd Ihsan TIMB. PENGERUSI 1 En. Haryaddy bin Abu Bakar TIMB. PENGERUSI 2 Pn. Marlina binti Mohd Mawel SETIAUSAHA En. Eddika Putra bin Ibrahim BENDAHARI En. Hissam Fahmy bin Ashaari AJK KEBAJIKAN Tn. Hj. Anas bin Mohd Hairudin Pn. Jannatul Firdaus binti Kamarudin AJK HAL EHWAL WANITA AJK KESELAMATAN En. Muhd Akmal bin Hamir AJK AKTIVITI En. Mohammad Nasarudin bin Botok AJK Kerohanian En. Azmi bin Miswan
7 PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT KAPAR
8 PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT KAPAR FASAL 1 NAMA PERTUBUHAN Pertubuhan ini dinamakan Persatuan Penduduk Taman Bukit Kapar, selepas ini disebut “Pertubuhan”. FASAL 2 TEMPAT URUSAN Alamat ,Tempat urusan serta Urusan surat menyurat pertubuhan ialah di : 813, Taman Bukit Kapar Jalan Setia Jaya Kg. Bukit Kapar 42200 Kapar, Klang Selangor Darul Ehsan Atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA • TIADA FASAL 4 TUJUAN / MATLAMAT 1. Mewujudkan perpaduan dan ikatan muhibah di kalangan penduduk Taman Bukit Kapar. 2. Menganjurkan aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk taman. 3. Menggalakkan penduduk taman menyertai persatuan ini. 4. Menjadi pengantara diantara penduduk dan pihak berkuasa tempatan mengenai masalah penduduk taman. FASAL 5 KEAHLIAN. 1. Ahli adalah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. 2. Ahli adalah dikalangan penduduk yang menetap di Taman Bukit Kapar Sahaja sama ada pemilik rumah @ penyewa rumah. 3. Sekiranya rumah tersebut disewakan oleh pemilik, pemilik rumah perlu mendaftar menjadi ahli dan bayaran yuran bulanan perlu dibuat oleh penyewa @ pemilik rumah sendiri (atas budibicara antara pemilik & penyewa)
9 4. Yuran ahli perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum diterima menjadi ahli pertubuhan. 5. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua (2) orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. 6. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli. FASAL 6 YURAN KEAHLIAN & SUMBER KEWANGAN. 1. Yuran penyertaan : RM 50.00 (sekali sumur hidup untuk setiap rumah) 2. Yuran bulanan : RM 5.00 sebulan @ RM 60.00 setahun a. Bayaran yuran bulanan hendaklah dijelaskan pada Bendahari dalam tempoh tujuh (7) hari dari awal tiap-tiap bulan. b. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada tiga (3) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hakhak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. c. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi empat (4) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. d. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. e. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. 3. Sumbangan Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang tunai hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan Pertubuhan. 4. Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan aktiviti ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi yang diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Pertubuhan.
10 FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1. Ahli yang hendak berhenti daripada ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan hutangnya. 2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 8 MESYUARAT AGUNG 1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua ( 1/2 ) daripada jumlah ahli atau dua (2) kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. 2. Jika korum tidak mencukupi selepas 1/2 jam daripada waktu ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari ) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan. 3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. 4. Notis Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diberikan kepada ahli pertubuhan selewatlewatnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. Satu salinan dokumen yang mengandungi agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan penyata kewangan pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli pertubuhan semasa Mesyuarat Agung dijalankan.
11 5. Agenda Mesyuarat Agung hendaklah mengandungi:- a) Ucapan pengerusi. b) Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu. c) Membentang dan menerima Laporan Tahunan pertubuhan. d) Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya. e) Membahas usul, jika ada. f) Pemilihan Jawatankuasa pertubuhan (jika berkenaan). g) Pemilihan Juru Audit Dalaman @ Pemeriksa Kira – Kira. h) Ucapan penangguhan. i) Hal-hal lain. 6. Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab memilih pemegang jawatan dalam Pertubuhan serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Pertubuhan. 7. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiaptiap Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh tiga (3) bulan setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 9 MESYUARAT AGUNG KHAS 1. Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa. 2. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan. 3. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 4. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. 5. Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. 6. Urusan Mesyuarat Agung Khas hendaklah dihadkan kepada tujuan mesyuarat itu diadakan. 7. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiaptiap Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh tiga (3) bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
12 FASAL 10 JAWATANKUASA 1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung pada setiap tiga (3) tahun sekali. 2. Keanggotaan Jawatankuasa adalah seperti berikut:- a. Seorang Pengerusi b. Seorang Naib Pengerusi 1 (Lelaki) c. Seorang Naib Pengerusi 2 (Wanita) d. Seorang Setiausaha e. Seorang Bendahari f. 7 Orang Ahli Jawatankuasa Biasa 1. AJK Keselamatan 2. AJK Kebersihan 3. AJK Kebajikan 4. AJK Kerohanian 5. AJK Aktiviti 6. AJK Hal Ehwal Wanita 7. AJK Mediasisoal & Siar raya 3. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut:- a. Anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Pertubuhan hendaklah hadir dalam mesyuarat. b. Setiap pencalonan perlu ada pencadang dan penyokong. c. Pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan. 4. Semua pegawai-pegawai boleh dilantik semula dalam pemilihan tersebut. 5. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengatur kegiatan Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Pertubuhan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas. 6. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. 7. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga (3) kali dalam setahun. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. 8. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
13 9. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa. b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. 10. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan Mesyuarat. 11. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturutturut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. 12. Jika terdapat sebarang kekosongan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. 13. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan pertubuhan. 14. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. FASAL 11 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 1. Pengerusi. • Menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan mesyuarat bila ia telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Bendahari dan atau sama ada salah seorang diantara Setiausaha atau Naib Pengerusi. • Membuat Keputusan akhir yang tidak boleh dipertikaikan oleh ahli ataupun AJK.
14 2. Naib Pengerusi • Hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. 3. Setiausaha • Hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. • Bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku kecuali akaun dan buku-buku keawangan. • Bertanggungjawab menyimpan semua maklumat ahli seperti nama, tempat, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nama majikan dan alamat tiap-tiap ahli. • Hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. • Bertanggungjawab mengirimkan penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung sebagaimana yang dikehendakki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966. 4. Bendahari. • Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. • Hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan atau salah seorang sama ada Setiausaha atau Naib Pengerusi. 5. Ahli Jawatankuasa • Hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan kepadanya. FASAL 12 LAIN – LAIN JAWATAN 1. Penasihat Pertubuhan • Wakil tetap yang dilantik oleh Pihak Surau Haji Jangidin adalah secara automatik dilantik sebagai Penasihat Pertubuhan. Antara fungsi dan tanggngjawab penasihat adalah seperti berikut:- o Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pertubuhan, Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung Khas.
15 o Menasihati Pertubuhan supaya segala aktiviti, kegiatan & keputusan yang dibuat dalam mesyuarat tidak bercanggah dengan dasar-dasar negara. o Meluluskan agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Khas. o Memastikan kegiatan Pertubuhan selaras dengan tujuan & fungsi persatuan. 2. Juru Audit Dalaman / Pemeriksa Kira-Kira • Pertubuhan hendaklah melantik dua (2) orang Juru Audit Dalaman / Pemeriksa Kira-Kira dari kalangan anggota persatuan yang tidak mengganggotai Jawatankuasa Pertubuhan pada Mesyuarat Agung Tahunan. • Tanggungjawab Juru Audit Dalaman / Pemeriksa Kira-Kira adalah seperti berikut:- o Mengaudit akaun persatuan pada setiap akhir tahun kewangan o Menjalankan pengauditan secara berkala sepertimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 13 KEWANGAN 1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang, wang Pertubuhan ini boleh digunakan dalam perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan termasuk belanja pentadbiran. Walaubagaimanapun wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang di jatuhkan hukuman oleh mahkamah. 2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 200.00 (Dua ratus ringgit sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan. 3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari sebagai pengganti mendandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan. 4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu . Perbelanjaan yang kurang daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
16 5. Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan. 6. Tahun Kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan Berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. FASAL 14 PENTADBIRAN HARTA 1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara perlaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolaholah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh tiga (3) orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan 2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik @ ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung. FASAL 15 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 1. Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkaraperkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. 2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 16 PINDAAN UNDANG-UNDANG Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
17 FASAL 17 PEMBUBARAN 1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya. 2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah di jelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan. 3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubuaran itu
18 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BUKIT KAPAR PENGGAL 1 JAN 2024 – 31 DISEMBER 2026 Penasihat : Tn. Haji Aironi bin Haji Misron Pengerusi : Timb. Pengerusi 1 : Timb. Pengerusi 2 : Setiausaha : Bendahari : AHLI JAWATANKUASA 1. AJK Keselamatan : 2. AJK Kebersihan : 3. AJK Kebajikan : 4. AJK Kerohanian : 5. AJK Aktiviti : 6. AJK Hal Ehwal Wanita : 7. AJK Media Sosial & Siar Raya : JURU AUDIT / PEMERIKSA KIRA-KIRA 1. 2.
19 USUL & CADANGAN BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 1. GOTONG ROYONG a. Gotong royong 2 kali setahun En. Kamarul Bahrin bin Ali 771 b. Aktiviti gotong royong. Rumput dan semak samun yang menghalang pandangan En. Mohd Akmal bin Salleh 790 c. Diadakan gotong royong En. Basiran bin Yatim 803 d. Gotong royong En. Rozaidi bin Mazlan 831 e. Harap dapat jalankan gotong royong. En. Ahmad Ehsan bin Sayuti 776 f. Sentiasa adakan gotong royong bersihkan longkang @ Kawasan taman permainan dan rumah. En. Mohamad Nasarudin bin Botok 822 g. Pembersihan taman terutama pada jalan masuk taman En. Hisham Fahmi bin Ashaari 824 BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 2. LALULINTAS a. Memasang bonggol jalan bagi mengurangkan kelajuan kenderaan En. Haryaddy bin Abu Bakar 773 b. Membaiki jalan yang rosak En. Haryaddy bin Abu Bakar 773 c. Menurap semula jalan Pn. Hajah Rediyah binti Wahidan 783 d. Baiki jalan yang rosak Tn. Hj. Aironi bin MIsron 809 e. Bonggol atau papan tanda amaran kurangkan laju. En. Akmal bin Mohd Hamir L0T 13515 f. Pemanduan kenderaan – Perlahan sebab Kawasan perumahan En. Ismail bin Mat Noh 801 g. Lalulintas. En. Rozaidi bin Mazlan 831
20 BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 3. PARKIR KENDERAAN a. Tidak parkir hingga terhalang laluan En. Ahmad Shaiful bin Mohd Ihsan 813 b. Parkir kenderaan - Jangan menghalang jalan En. Ismail bin Mat Noh 801 c. Lalulintas – parkir tidak menghalang laluan. En. Akmal bin Mohd Hamir L0T 13515 BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 4. NAMA JALAN a. Memberi nama Lorong yang sesuai Pn. Hajah Rediyah binti Wahidan 783 b. Memohon kepada MPK untuk mendaftarkan nama jalan bagi setiap Lorong di TBK En. Eddika Putra bin Ibrahim 785 c. Nama Jalan / Lorong. En. Akmal bin Mohd Hamir L0T 13515 BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 5. PENGUMPULAN SAMPAH (HADAPAN RUMAH) a. Menaik taraf sistem pengumpulan sampah bagi setiap rumah (menyediakan tong sampah) En. Haryaddy bin Abu Bakar 773 b. Lori kutipan sampah beri masa yang tepat atau masa yang sesuai di hari kutipan. En. Mohd Zamri bin Awang Mat Said 813 c. Kutipan sampah pada hari Isnin, Rabu jan Jumaat. En. Mohd Zamri bin Awang Mat Said 813
21 BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 6. PENGUMPULAN SAMPAH (SIMPANG MASUK TAMAN) a. Isu pembuangan sampah yang lebih teratur. Contoh persimpangan masuk TBK ada longgokan sampah. En. Mohd Akmal bin Salleh 790 b. Sampah diluar taman (Jalan Setia Jaya) kita perkemaskan – minta tong roro atau kita tutup terus. Tn. Hj. Subadri bin Mohd Said 816 c. Sampah longgok disebelah kiri jalan masuk Taman Bukit Kapar En. Mohd Zamri bin Awang Mat Said 813 BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 6. PENGUMPULAN SAMPAH (SIMPANG MASUK TAMAN) a. Isu pembuangan sampah yang lebih teratur. Contoh persimpangan masuk TBK ada longgokan sampah. En. Mohd Akmal bin Salleh 790 b. Sampah diluar taman (Jalan Setia Jaya) kita perkemaskan – minta tong roro atau kita tutup terus. Tn. Hj. Subadri bin Mohd Said 816 c. Sampah longgok disebelah kiri jalan masuk Taman Bukit Kapar En. Mohd Zamri bin Awang Mat Said 813 BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 7. PAGAR SEMPADAN a. Memasang pagar disepanjang Kawasan perumahan dan tanah persendirian Pn. Hajah Rediyah binti Wahidan 783 b. Memohon MPK untuk memasang pagar sempadan Kawasan perumahan En. Eddika Putra bin Ibrahim 785 c. Parit sempadan taman dan tanah persendirian Tn. Hj. Aironi bin MIsron 809 d. Sempadan taman. En. Rozaidi bin Mazlan 831
22 BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 8. TAMAN PERMAINAN a. Kemudahan taman permainan anak-anak dinaiktaraf Pn. Hajah Rediyah binti Wahidan 783 b. Minta MPK baiki taman permainan Tn. Hj. Aironi bin MIsron 809 c. Mohon semula playground En. Ahmad Shaiful bin Mohd Ihsan 813 d. Pasang lampu di taman permainan seperti taman-taman lain En. Senin bin Sarno 797 e. Memasang lampu @ spotlight di taman permainan TBK En. Mohamad Nasarudin bin Botok 822 BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 9. TANAH RIZAB a. Meruntuh binaan dan membersihkan kawasan rizab taman kerana menghalang penglihatan pemanduan & mengakibatkan kemalangan En. Haryaddy bin Abu Bakar 773 b. Mewujudkan kawasan lapang untuk aktiviti taman & sebagai tempat parkir kenderaan yang lebih tersusun En. Eddika Putra bin Ibrahim 785 c. Pembersihan tanah rizab didepan taman untuk dijadikan parkir awam & keceriaan taman En. Akmal bin Mohd Hamir L0T 13515 d. Turunkan binaan ditanah rizab. Tn. Hj. Subadri bin Mohd Said 816 e. Masalah parkir. Pembersihan di bahagian depan untuk dijadikn parking En. Hisham Fahmi bin Ashaari 824 10. HARI KELUARGA a. Mengadakan aktiviti riadah seperti ‘Hari Keluarga’ dan sukaneka dikalangan penduduk TBK En. Mohd Akmal bin Salleh 790
23 BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 11. AKTIVITI KEROHANIAN a. Melaksanakan ibadah korban tahunan di taman (sekiranya bersetuju) Pn. Marlina binti Mohd Mawel 806 b. Mengadakan aktiviti rehlah berasaskan kerohanian. Pn. Marlina binti Mohd Mawel 806 BIL. PERKARA NAMA NO. RUMAH 12. KEBERSIHAN a. Kebersihan rumah sendiri. - Bahagian depan dan belakang rumah, sampah masuk dalam tong sampah & longkang tiada sampah. En. Ismail bin Mat Noh 801 b. Mohon setiap 2 @ 3 bulan sekali untuk adakan fogging nyamuk supaya penduduk taman selamat daripada denggi En. Mohamad Nasarudin bin Botok 822 c. Memantau pekerja MPK memotong rumput kerana rumput sebelum dan selepas sama sahaja. En. Saadon bin Basri 827 d. Lorong belakang rumah bersih & tiada sekatan untuk laluan (indah water & TM) En. Ahmad Shaiful bin Mohd Ihsan 813 e. Kucing tidak berkeliaran – isu tahi & kencing kucing, sampah bertaburan En. Ahmad Shaiful bin Mohd Ihsan 813 13 TAMBAHAN a. Tabung bulanan RM 10 / RM 20 setiap rumah Pn. Siti Hazarnasnad / Suhaimizan 814 b. Bank Food untuk orang taman @ luar yang tiada sumber makanan Pn. Siti Hazarnasnad / Suhaimizan 814 c. Bantuan kecemasan (kebakaran/bencana alam/ kematian) duit dah ada tidak perlu tunggu buat collection Pn. Siti Hazarnasnad / Suhaimizan 814 d. Haiwan peliharaan (kucing) - Berak di kawasan rumah orang Muhammad Shahridzuan bin Mat Nasir 807 e. Halangan lalulintas (parking) - Parking hingga menghalang laluan utama Muhammad Shahridzuan bin Mat Nasir 807
24 HAL – HAL LAIN