The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusnieza83, 2023-05-11 20:59:32

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 SK 2 TAMAN KERAMAT

Buku Program Mesyuarat Agung

Keywords: PIBG,SK2TK

PIBG SK (2) TAMAN KERAMAT JALAN ENGGANG TIMUR 1 54200 KUALA LUMPUR NO. PENDAFTARAN PIBG: SEL 769 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 SK (2) TAMAN KERAMAT Dirasmikan oleh: PUAN ZAITON BT AHMAD GURU BESAR SK 2 TAMAN KERAMAT 13 MEI 2023 (SABTU) 8.30 PAGI DEWAN TERBUKA SK2TK


VISI ‘MAJU SEKOLAH BERSAMA PIBG’ “SESIAPA YANG HENDAK MELAKUKAN SESUATU URUSAN UMAT ISLAM, HENDAKLAH BERMESYUARAT NESCAYA ALLAH AKAN MEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAH BAGI MEMPERELOKKAN URUSAN MEREKA”


Rujukan Kami : (PIBG) SK(2)TK 100-7/1/7( ) Tarikh : 12hb April 2023 Kepada, Ibu Bapa / Penjaga Murid SK (2) Taman Keramat Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 SK (2) TAMAN KERAMAT Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK(2) Taman Keramat akan mengadakan mesyuarat seperti ketetapan berikut: Tarikh : 13 Mei 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka SK (2) Taman Keramat 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: i) Ucapan Pengerusi Majlis ii) Ucapan Guru Besar (Penasihat) iii) Ucapan Yang Di Pertua PIBG iv) Ucapan dan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 v) Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 vi) Pembentangan usul/cadangan vii) Pembentangan aktiviti sekolah bagi tahun 2023 untuk persetujuan ahli PIBG viii) Ucapan Penangguhan 4. Jika ada sebarang usul yang ingin dicadangkan, sila isi usul tersebut dalam pautan yang akan diberikan. 5. Kehadiran tuan/puan amat dihargai demi permuafakatan PIBG dan kepentingan pendidikan anak-anak didik di sekolah ini. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang benar, ........................................ (MUHAMAD HAFIZ BIN MOHAMAD SANUSI) Yang Dipertua PIBG, SK (2) Taman Keramat PERSATUAN IBU BAPA GURU SK (2) TAMAN KERAMAT JALAN ENGGANG TIMUR 1 54200 SELANGOR DARUL EHSAN TEL: 03-42573546


ATURCARA MAJLIS PERASMIAN: 8.30 pagi : Pendaftaran Ibu bapa/ Penjaga 9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku : Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Guru Besar : Ucapan YDP PIBG : Persembahan Multimedia : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 bermula. 11.00 pagi : Bersurai AGENDA MESYUARAT: 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu 3. Membentang Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2022/2023. 4. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan 5. Pembubaran AJK PIBG SK2TK Sesi Lepas dan Pelantikan AJK Baru Sesi 2023/2024 6. i. Yang Dipertua ii. Naib Yang Dipertua iii. Setiausaha & Bendahari iv. Lima orang AJK di kalangan ibu bapa v. Lima orang AJK di kalangan guru vi. Dua orang Juru Audit Dalaman 7. Perbahasan Usul 8. Hal- hal lain 9. Ucapan Penangguhan ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 SESI 2023/2024 SK (2) TAMAN KERAMAT


JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 SK (2) TAMAN KERAMAT Penasihat : Pn. Zaiton binti Ahmad Pengerusi : En. Muhamad Hafiz bin Mohamad Sanusi Naib Pengerusi : En. Naser bin Fauzai Setiausaha : Pn. Nur Ain Farahin Binti Hassan Bendahari : En. Hisham bin Hassan ~~~ AJK PELAKSANA & TUGAS ~~~ Bil Nama Ahli Jawatankuasa Bidang Tugas 1. Sambutan dan Protokol: a. Pn. Zaiton binti Ahmad b. YDP dan semua AJK PIBG c. Semua Guru Penolong Kanan a. Menyambut ketibaan tetamu VIP 2. Pengacara: - MESY. AGUNG KALI KE 35 - En Danial Bin Zulkafli - Nurul Affa Binti Mansor a. Memastikan majlis berjalan lancar mengikut aturcara yang disediakan. 3. Bacaan Doa: a. Ustaz Abdul Hafiz Bin Abdul Satar a. Menyediakan doa yang bersesuaian dengan majlis 5.. Buku Program: a. Pn Yusnieza Binti Mohamed Noor (K) b. Pn Atiq Arashny Binti Mohd Fakhrul Anuar c. Pn Nor Aznida Binti Mat Noor a. Minit Mesyuarat Agung Kali ke-34 b. Maklum balas usul-usul c. Agenda Mesyuarat Agung Kali ke-35 d. Perincian Kutipan e. Penyata Kewangan f. Aktiviti sepanjang tahun g. Laporan pencapaian Ko-Kurikulum 6. Maklum Balas Ibu Bapa dan Penjaga: a. Pn Yusra Aina Binti Yaacof (K) b. En Yusri Bin Abd Wahab c. Pn Saliza Binti Omar Kamal d. Pn Saleena Binti Abd Jabar a. Membuat maklum balas/usul menggunakan Google Form. b. Memasukkan link maklum balas/usul ke dalam group kelas c. Mengumpul maklum balas/usul daripada guruguru kelas d. Memilih usul dan cadangan yang bersesuaian 7. Pendaftaran Kehadiran dan Tabung Sumbangan a. En Syaffwan Bin Che Ibrahim (K) b. Pn Chitara Devi a/p Logithasan c. Pn Ghayathiri a/p Ranjendran d. Pn Siti Rokiah Binti Mustapha @ Jaafar a. Membuat Google Form dan QR code, menampal QR Code di tempat yang sesuai untuk kehadiran ibu bapa dan guru pada hari Mesyuarat Agung. b. Membuat analisis kehadiran dan menyerahkan kepada Puan Ain. c. Mengagihkan makanan kepada ibu bapa. d. Menyediakan tabung sumbangan, mengira dan menyerahkan kutipan kepada Bendahari PIBG. 8. Kata Alu-Aluan dan Teks Ucapan: a. Pn Suzanawati Binti Tambi (K) b. Pn Nur Azimah Binti Mohamad Hashim a. Membuat teks ucapan untuk Perasmi, YDP dan GB dengan lengkap dan memberikannya kepada Ahli Jawatankuasa Buku Program b. Menyediakan kata alu-aluan dan memberikannya kepada Ahli Jawatankuasa Buku Program


9. Pencatat Minit: MESY. AGUNG KALI KE 35 a. Cik Nurul Akma Binti Abd Wahab (K) b. Pn Siti Noor Baizura Binti Mat Saad c. Pn Zailawati Binti Husin a. Mencatat ucapan Perasmi, GB, YDP serta keseluruhan minit mesyuarat dengan lengkap. 10. Hadiah, Cenderahati dan Sijil: a. Pn Nor Hayati Binti Jaafar (K) b. Pn Muzlina Binti Mohamad c. Pn Noratikah Binti Hussin a. Menyediakan sijil penghargaan kepada semua AJK PIBG dan ditandatangani oleh Guru Besar. b. Menyediakan hadiah untuk AJK yang lama. c. Menyediakan hadiah untuk perasmi majlis. 11. Jamuan VIP dan Ibu Bapa: a. Pn. Hanisah Binti Md Yatim b. Pn Norzairatul Anum Binti Abdul Rashid c. Pn Marzita Binti Jusoh @ Mohd d. Pn Norizan Binti Mohamad Zawawi a. Menyediakan tempat jamuan VIP b. Menghidangkan makanan untuk tetamu VIP 12. Banner, Backdrop dan Pentas: a. Cik Siti Athirah Binti Zahari (K) b. Cik Nurfarhanah Binti Mohd Khair c. En Muhamad Shafiee Bin Muhamad d. En Muhammad Ashraaf Bin Muslim a. Menyediakan backdrop untuk paparan semasa berlangsung mesyuarat. b. Mempromosikan MAT PIBG ke dalam groupgroup kelas 13. Pentas dan Meja Mesyuarat a. En Muhammad Syafiq Yadiy Bin Hasnol Yadi b. En Sharul Iswar Bin Idris c. En Muhammad Ikhwan Zulkarnain Bin Mohd Yusof a. Menyusun atur pentas agar menarik. b. Menyusun atur tempat berucap, meja hadiah dan meja mesyuarat. c. Melabel nama semua AJK PIBG di meja mesyuarat 13. Persiapan dan Kemas Dewan: - Cik Jayanthy a/p Arumugom - En Yusri Bin Abd Wahab - Pn Adilah Binti Ibrahim - Pn Nor Amira Binti Mohd Ali a. Memastikan dewan bersih, meja dan kerusi VIP dalam keadaan teratur (sebelum majlis). b. Mengemas dan menyimpan peralatan di tempat sepatutnya (selepas majlis). c. Menyediakan sofa dan meja VIP (pastikan beralas dan bunga disediakan). 14. Pemilihan AJK Baru bagi Ibu Bapa: a. En Eddy Izwan Bin Muhamad b. Cik Thavamalar a/p Selvaraj c. En Mohamad Shukri Bin Yahya @ Che Kar a. Menyediakan borang undian lantikan AJK Ibu Bapa di dalam Google Form b. Memasukkan pautan ke dalam group kelas. c. Menyediakan Slaid PowerPoint calon AJK yang baharu d. Mengira undi semasa undian dijalankan. e. Menganalisis keputusan pemilihan AJK untuk paparan f. Memaparkan senarai AJK Ibu Bapa bagi sesi 2023/2024 15. Persembahan Multimedia & PA Sistem a. En Ahmad Rais Akmaluddin Bin Rozelan b. En Mohamad Hazim Bin Hamid a. Menyediakan peralatan ICT semasa mesyuarat b. Memastikan PA Sistem disediakan dan berfungsi c. Menyediakan persembahan multimedia untuk ditayangkan semasa mesyuarat berlangsung 16. Jurufoto a. Muhammad Fais bin Yusuf a. Memastikan peristiwa penting dirakam. b. Menyediakan gambar untuk didokumentasikan


CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA AJK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TAMAN KERAMAT PENASIHAT ZAITON BINTI AHMAD (GURU BESAR) YANG DIPERTUA MUHAMAD HAFIZ BIN MOHAMAD SANUSI NAIB YANG DIPERTUA NASER BIN FAUZAI GURU 1. PN. SALIZA BINTI OMAR KAMAL 2. CIK NURUL AFFA BINTI ABU MANSOR 3. PN. HANISAH BINTI MD YATIM 4. EN. MUHAMMAD HAZIM BIN HAMID 5. PN. ZAILAWATI BINTI HUSIN 6. EN SHARUL ISWAR BIN IDRIS BENDAHARI HISHAM BIN HASSAN SETIAUSAHA NUR AIN FARAHIN BINTI HASSAN YUZHAIDA BINTI MOHAMED YUSOF AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA 1. EN. MOHD ZAINIZAM BIN JUNID 2. EN. MOHD JOHAN ARIF BIN AIRISAL 3. EN. KAMARUZZAMAN BIN AHMAD 4. PN. NUR NADHIRAH BINTI MD RAFI 5. EN AZHAR BIN MOKHTAR 6. PN. NORHAYATI BINTI AHMAD HAMDANI JURUAUDIT DALAMAN 1. PN. NOORMAZLINA BT NOOR RAHMAN (IBU BAPA) 2. CIK NURUL AKMA BINTI ABD WAHAB (GURU) NAIB SETIAUSAHA ATIQ ARASHNY BINTI MOHD FAKHRUL ANUAR YUZHAIDA BINTI MOHAMED YUSOF


MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 SESI 2023/2024 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35


UCAPAN ALUAN PENGERUSI (YDP ENCIK MUHAMAD HAFIZ BIN MOHAMAD SANUSI) Bismillahirahmanirahim… Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berbahagia Puan Zaiton binti Ahmad , Guru Besar SK(2) Taman Keramat juga selaku perasmi mesyuarat kita pada kali ini, Barisan Pentadbir, Yang Dihormati Barisan PIBG, Guru-guru dan ibu bapa sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya sekali lagi kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Sk (2) Taman Keramat kali ke-35. Saya amat mengalu-alukan kehadiran semua pihak kerana dapat meluangkan masa bersama-sama dengan kita pada hari ini. Saya juga amat berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua pihak terhadap kami. Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain. Saya juga amat berterima kasih kepada semua ibu bapa kerana meluangkan masa dan sudi hadir ke mesyuarat agung kali ini untuk membincangkan perancangan masa depan apa yang perlu disumbangkan dan apa yang perlu dilakukan untuk memberi kebaikan anak-anak kita, secara amnya kepada sekolah dan warga SK (2) Taman Keramat. Sesungguhnya kehadiran tuan dan puan amat penting bagi menggambarkan betapa tuan puan mengambil berat untuk meningkatkan prestasi anak-anak dan apa yang boleh memberi manfaat pada semua. Diharap mesyuarat kali ini menjadi platform untuk para ibu bapa dan guru bertukar fikiran yang akan member kesan positif di masa hadapan. Segala apa yang kita lakukan, InsyaAllah akan memberi perkembangan yang baik dari segi pendidikan di samping penerapan nilai-nilai murni keagamaan yang menghasilkan pembentukan sahsiah dan rohaniah yang kukuh kepada para pelajar. Sesungguhnya nilai terpuji telah berlaku di mana sekolah yang para pelajarnya mendapat pencapaian cemerlang melalui penglibatan ibu bapa di dalam memastikan bahawa agenda sekolah tersebut dapat di laksanakan bersama-sama dengan pihak sekolah membantu untuk mencapai apa yang telah dicita-citakan oleh semua. Penglibatan ibu bapa bukan hanya terhenti kepada pencapaian cemerlang dalam akademik malahan juga prihatin kepada


bidang kokurikulum terutama bidang sukan, ini adalah contoh yang baik bahawa ibu bapa mempunyai kesedaran dalam memberi sokongan pada anak-anak mereka. Para hadirin sekalian, pada hari ini peranan pendidikan telah berubah, kebanyakan murid datang ke sekolah bukan sahaja untuk belajar malah mereka dididik sebagai bakal pemimpin negara yang akan menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Kita patut sedar sistem pendidikan telah merungkai perubahan yang selaras dengan perpaduan semasa. Para hadirin yang saya hormati, sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa perlu digalas oleh semua pihak. Pelbagai program telah diperkenalkan oleh pihak kementerian seperti Sarana Ibu bapa & Sarana Sekolah sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran negara dan penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak. Usaha yang dilakukan kepada murid sebagai pendokong ilmu dan bukan sekadar penglipur amat penting bagi mempersiapkan generasi muda. Saya memohon kepada ibu bapa agar mendidik anak-anak mereka secara semulajadi dan bukan diserahkan sepenuhnya di atas bahu pihak sekolah, namun dengan pembangunan yang pesat dan perubahan zaman yang kian mencabar, usahasama antara ibu bapa dan pihak sekolah harus memainkan peranan penting dalam membendung masalah sosial yang kian meruncing. Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan tersebut bukan semata-mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. PIBG telah berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbang kepada penglibatan murid dan juga ibu bapa. Oleh itu beberapa biro telah ditugaskan bersama-sama guru dalam menjalankan aktiviti sekolah yang telah dirancang. Untuk makluman semua, pada akhir tahun lepas juga kita telah menjalankan aktiviti membaik pulih prasana sekolah seperti mengecat tandas, membaiki tombol pintu, lampu, dan lainlain lagi. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat. Para hadirin sekalian saya mewakili PIBG SK(2) Taman Keramat sesi 2022/2023 ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang telah memilih kami untuk berkhidmat di dalam PIBG selama tempoh setahun yang lalu. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan, para guru dan semua AJK PIBG SK (2) Taman Keramat yang banyak membimbing dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti program yang telah dirancang bersama.


Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, ingin saya menyusun sepuluh jari di atas kesilapan mahupun teguran yang telah dilakukan selama saya memegang jawatan sebagai Yang Di Pertua PIBG sama ada kesalahan dilafaz dengan sengaja atau tidak sengaja. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada AJK yang bakal di lantik sebentar lagi dan berharap AJK yang dilantik dapat membawa SK (2) Taman Keramat ke peringkat yang lebih tinggi. Sekian saya sudahi ucapan saya dengan wabilahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


UCAPAN PERASMIAN PUAN ZAITON BINTI AHMAD (GURU BESAR) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang dihormati Encik Muhamad Hafiz bin Mohamad Sanusi, YDP PIBG, Encik Naser bin Fauzai, NYDP PIBG, Guru-guru Penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan guru-guru SK (2) Taman Keramat, serta ibu bapa dan penjaga sekalian. Pertama sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan izinNya dapat kita berkumpul secara bersemuka dalam majlis yang bermakna ini bagi menjalankan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-34 dan kali ke-35. Saya mewakili SK (2) Taman Keramat mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir hari ini. Saya yakin dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat menyemarakkan semangat dalam memajukan sekolah ini dan melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan yang telah banyak mengalami perubahan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada barisan PIBG dan guru-guru yang berusaha memberikan kerjasama yang erat dalam meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak murid. Kita sangat bertuah kerana dibawah pimpinan Encik Muhamad Hafiz bin Mohamad Sanusi dan barisan ahli jawatankuasa PIBG telah berjaya memainkan peranan masing-masing mewakili ibu bapa dalam menjayakan program yang dirancang. Permuafakatan yang dijalinkan oleh PIBG dan sekolah adalah satu platform untuk membangunkan sekolah menjadi lebih cemerlang. PIBG telah banyak menabur jasa kepada sekolah ini. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa atas kerjasama dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi kepada sekolah. Kepekaan dan keprihatinan adalah menjadi aspirasi dan pendorong kepada anak-anak untuk meningkatkan prestasi anak-anak. Kejayaan anak-anak tidak akan dicapai tanpa usaha yang gigih daripada pentadbir, guru-guru, PIBG dan yang paling utama anak-anak itu sendiri. Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu akan pentingnya pendidikan dalam mengubah nasib anakanak pada masa akan datang. Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti. Pendidikan yang baik adalah modal yang paling mahal demi menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan hidup pada masa akan datang. Pada hari ini, kita semai benih ilmu dalam diri anak-anak kita. Pada hari kemudian, kita tuai hasil itu dengan kabahagian dan kesenangan. Biarlah kita berpayah-payah dahulu. Kelak, di hari tua kita nanti, kita akan


bersenang lenang. Oleh itu marilah kita bekerjasama dan berganding bahu membentuk anakanak kita agar berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan negara kita. Pada kesempatan ini, saya memohon agar ibu bapa sentiasa peka dan memainkan peranan masing-masing dalam pembelajaran anak-anak dan penjagaan kesihatan anak-anak dari rumah serta keperluan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan setiap masa. Dalam hal ini, saya mengajak anda semua untuk bersama-sama membudayakan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian. Kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu iaitu kehidupan dalam Covid 19 dan fenomena stroke haba yang sedang berlaku sekarang ini. Seterusnya, ibu bapa dan guru juga berperanan dalam melahirkan murid yang cemerlang, kemudahan fizikal yang baik dan selamat juga membantu kita mencapai hasrat itu. Keselesaan dan keceriaan sekolah memberi satu suasana yang menggalakkan kepada murid-murid. Mereka pastinya akan berasa seronok untuk ke sekolah seterusnya menimba ilmu dalam keadaan yang seronok dan terhibur. Keupayaan guru-guru, kesediaan murid-murid dalam pembelajaran, kemudahan infrastruktur yang dibekalkan adalah tidak mustahil dapat membentuk murid-murid menjadi seorang pemimpin yang hebat atau pegawai tinggi kerajaan suatu masa nanti. Namun, ia harus bermula di sini, iaitu di sekolah. Oleh itu, saya berhasrat untuk menyediakan kemudahan yang terbaik dan sesuai dengan potensi yang dimiliki oleh mereka. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir secara bersemuka pada hari ini. Kesudian anda semua menghadirkan diri dalam majlis ini memberi satu semangat kepada saya untuk terus berkhidmat dalam dunia pendidikan ini. Sekian, terima kasih.


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35


SK (2) TAMAN KERAMAT JALAN ENGGANG TIMUR 1, 54200 KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 TAHUN 2022 Tarikh : 30 Jun 2022 Masa : 9.00 malam Tempat : Lokasi masing-masing Pelantar : Secara atas talian Kehadiran : 174 orang Turut Hadir 1. Encik Sulaiman Bukhari bin Hj Amir (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hal Ehwal Murid PPD Gombak) Tidak Hadir (Bersebab) Tiada Urus Setia Mesyuarat : 1. Pn. Nur Ain Farahin Binti Hassan Setiausaha PIBG 2021/2022 2. Pn Atiq Arashny Binti Mohd Fakhrul Anuar Naib Setiausaha PIBG 2021/2022 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih di atas amanah yang telah diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan kepada beliau selaku YDP dan juga ahli-ahli jawatankuasa yang lain. 1.2 Beliau berharap dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada semua AJK PIBG dapat melahirkan suasana persekolahan yang cemerlang. 1.3 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak membantu pihak sekolah menjayakan program-program di sekolah ini. 2. UCAPAN PENASIHAT 2.1 Pn. Zaiton mengalu-alukan kedatangan YB, pegawai PPD Gombak dan ibu bapa pada mesyuarat kali ini secara atas talian. 2.2 Pn. Zaiton memaklumkan bahawa AJK PIBG pada tahun lepas dibawah pimpinan Encik Muhamad Hafiz bin Mohamad Sanusi telah berjaya memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan program yang dirancang. 2.3 Pn. Zaiton memohon ibu bapa untuk menjaga keselamatan serta kesihatan anak-anak , dan sentiasa mengikut SOP. 2.4 Pn Zaiton merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah bekerjasama membantu sekolah dalam menjayakan setiap program yang dijalankan bagi tahun 2021/2022.


2.5 Pn. Zaiton mengesyorkan bahawa murid-murid akan seronok untuk ke sekolah dan pihak sekolah sedang mengusahakan keceriaan sekolah. 3. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 3.1 Encik Hafiz merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak guru dan ibu bapa yang hadir. 3.2 Encik Hafiz mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang menjayakan mesyuarat ini. 3.3 En Hafiz mengalu-alukan kedatangan En Sulaiman dan berterima kasih kerana turut hadir dalam Mesyuarat Agung kali ke-34 ini. 3.4 Encik Hafiz berharap agar mesyuarat ini dapat dijadikan platform untuk guru dan ibu bapa bertukar idea 3.5 Encik Hafiz memikirkan kebajikan murid-murid di sekolah terutamanya kebajikan, terima kasih kepada ibu bapa yang memberi sumbangan dan menghadirkan diri dalam program-program sekolah. 3.6 Encik Hafiz meminta jasa baik ibu bapa untuk sentiasa memberi sokongan dalam setiap program yang akan diadakan. 4. UCAPAN PENOLONG PEGAWAI PPD GOMBAK 4.1 Encik Sulaiman mengalu-alukan kedatangan ibu bapa pada mesyuarat kali ini secara atas talian dan mengucapkan terima kasih dan merasmikan majlis 4.2 Encik Sulaiman mengucapkan tahniah atas kehadiran yang ramai pada mesyuarat kali ini. 4.3 Encik Sulaiman memberitahu bahawa matlamat yang murni mencerminkan permuafakatan pihak ibu bapa untuk meningkatkan pembelajaran anak-anak, menentukan masa depan sekolah. 4.4 Encik Sulaiman juga mengatakan bahawa persekitaran sekolah yang kondusif amat penting buat guru, murid dan warga sekolah. 4.5 Encik Sulaiman memesan bahawa kerjasama ibu bapa untuk menjayakan program sangat diperlukan untuk menjadi sebuah sekolah yang disegani ramai. 4.6 Encik Sulaiman menyarankan pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti akan mencurahkan tenaga untuk meningkatkan nama sekolah ini. 4.7 Encik Sulaiman juga memberitahu yang ada banyak cabaran dalam arus teknologi ini untuk meningkatkan pembelajaran. 4.8 Encik Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah, PIBG dan ibu bapa kerana menjayakan mesyuarat ini untuk masa depan anak-anak. 4.9 Encik Sulaiman juga mengucapkan tahniah dan syabas buat barisan pentadbir, guru-guru serta warga sekolah termasuklah pihak pengawal, pekerja kebersihan, dan pihak kantin kerana bekerjasama dalam usaha memberikan yang terbaik buat murid-murid semua. 5. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 5.1 Pn. Nur Ain Farahin Binti Hassan selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat PIBG kali ke-33 Tahun 2021 yang lepas dan memohon pengesahan daripada pihak mesyuarat.


Cadangan : En. Mohamad Hazim bin Hamid Sokongan : Sokongan sebulat suara 6. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 6.1Tiada 7. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN 7.1 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN 2021 7.1.1 En. Hisham bin Hassan selaku bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan PIBG untuk tempoh 1 Januari 2021 dan berakhir 31 Disember 2021. Cadangan : Pn Saliza binti Omar Kamal Sokongan : Puan Nurzairatul Anum binti Abdul Rashid dengan sebulat suara 7.2 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2021/2022 7.2.1 Ahli jawatankuasa PIBG 2021/2022 dibubarkan secara rasmi. 7.3 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA 2022/2023 7.3.1 Pn. Zaiton binti Ahmad selaku Guru Besar melantik pengerusi sementara dengan memilih En. Mohd Naslisham Bin Awang Nik dengan sokongan sebulat suara. 7.3.2 Guru besar membentangkan ahli jawatankuasa guru. Setiausaha : Pn. Nur Ain Farahin Binti Hassan Naib Setiausaha : Cik Atiq Arashny Binti Mohd Fakhrul Anuar Bendahari : En. Hisham bin Hassan Ahli Jawatankuasa : Pn. Saliza binti Omar Kamal Cik Nurul Affa Binti Abu Mansor Pn. Hanisah Binti Md Yatim En. Muhammad Hazim Bin Hamid Pn. Zailawati binti Husin En Sharul Iswar bin Idris 7.3.3 Senarai ahli jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut: Yang Dipertua (YDP) : En. Mohd Hafiz bin Mohd Sanusi (dikekalkan) Naib Yang Dipertua : En. Naser bin Fauzai (dikekalkan) Setiausaha : Pn. Nur Ain Farahin Binti Hassan Naib Setiausaha : Cik Atiq Arashny Binti Mohd Fakhrul Anuar Bendahari : En. Hisham bin Hassan AJK Ibu Bapa. : En. Mohd Zainizam Bin Junid (dikekalkan)


En. Mohd Johan Arif Bin Airisal (dikekalkan) En. Kamaruzzaman bin Ahmad (cadangan oleh En Mohd Naslisham bin Awang Nik) Pn. Nur Nadhirah binti Md Rafi (dikekalkan) En Azhar bin Mokhtar (cadangan oleh En. Mohd Naslisham bin Awang Nik) Pn. Norhayati binti Ahmad Hamdani ( dikekalkan) AJK Guru : Pn. Saliza binti Omar Kamal Cik Nurul Affa Binti Abu Mansor Pn. Hanisah Binti Md Yatim En. Muhammad Hazim Bin Hamid Pn. Zailawati binti Husin En Sharul Iswar bin Idris Juruaudit Dalaman : Pn. Noormazlina bt Noor Rahman (cadangan oleh En Kamal) Cik Nurul Akma Binti Abd Wahab 7.3.4 Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023 disokong sebulat suara. Makluman 7.4 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN 7.4.1 En Mohd Afandi Mohamed Amdan mencadangkan supaya pihak sekolah melaksanakan kutipan dana khas untuk membaik pulih kolam anak-anak PPKI. Usul disokong dengan sebulat suara oleh semua ahli. Tindakan: Penyelaras PPKI 7.4.2 Pn Noor Zuleiana binti Zulkipli meminta pihak sekolah menghantar murid untuk menyertai lebih banyak pertandingan seperti pidato, coral speaking, dan nyanyian untuk mencungkil bakat murid serta memberi pengalaman kepada murid. Makluman : Banyak aktiviti telah disertai murid secara atas talian seperti pertandingan nyanyian solo yang telah mendapat tempat kedua serta aktiviti ko-akademik yang lain seperti pertandingan bicara berirama, bercerita dan juga pidato. Pasukan bola sepak sekolah juga telah mendapat tempat keempat dan layak ke peringkat daerah. Pn Zaiton meminta ibu bapa memaklumkan kepada guru sekiranya terdapat anak-anak yang mempunyai bakat terpendam agar dapat diketengahkan. Tindakan: PK Kokurikulum


7.4.3 En Zainizam bin Junid mencadangkan penubuhan kelab memanah untuk murid yang berminat. Makluman : Pihak sekolah sedang dalam proses mencari tempat yang bersesuaian kerana untuk permulaan, pihak sekolah akan menganjurkan klinik sukan memanah dengan menjemput jurulatih SUKMA. Sekiranya mendapat banyak sambutan daripada murid, kelas memanah akan diteruskan. Tindakan: PK Kokurikulum 7.4.4 En Zainizam juga mencadangkan agar pihak sekolah membina sebuah pondok menunggu di belakang pondok pengawal sekolah. Makluman : Sekolah tiada peruntukan kerana anggaran kos adalah RM10 000 dan dana PIBG tidak mencukupi. Sekiranya ibu bapa bersetuju, kutipan akan diadakan. 7.4.5 En Zainizam turut mencadangkan agar sekolah memasang CCTV. Makluman : Kontrak keselamatan tiada perjanjian untuk pemasangan CCTV dan dana diperlukan untuk pemasangan tersebut. Pihak sekolah akan meminta sumbangan sekiranya ibu bapa bersetuju. 7.4.6 En Zainizam juga mencadangkan agar sekolah membuat pendaftaran surau sekolah dengan JAIS bagi memudahkan pihak sekolah mendapatkan sebarang bantuan. Beliau juga mencadangkan agar menaiktarafkan surau demi keselesaan pembelajaran dan aktiviti pendidikan agama murid-murid. Makluman : Surau sekolah sedang dalam proses pendaftaran dengan JAIS. 7.4.7 En Zainizam meminta kebenaran ibu bapa untuk ke kelas anak masing-masing pada hari cuti atau hari minggu sekiranya ada yang ingin membantu keceriaan kelas. Pn Zaiton binti Ahmad membenarkan ibu bapa untuk ke bilik darjah dengan kebenaran dan persetujuan daripada guru kelas pada hari Sabtu sehingga waktu tengahari sahaja. Guru kelas perlu ada bersama-sama pada waktu tersebut. 7.4.8 Pengerusi PIBG membentangkan usul sekolah agar setiap keluarga dapat memberikan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga. 7.4.9 Guru Besar memohon sumbangan menaik taraf Pusat Sumber Sekolah, dan tandas. 7.4.10 Beliau mencadangkan agar setiap murid dapat memberikan sumbangan sebanyak RM20.00 untuk pembaikan tandas dan pusat sumber. Beliau amat mengalu-alukan sumbangan secara peribadi sekiranya ada. Tindakan: YDP PIBG 8. PENUTUP 8.1 En. Muhamad Hafiz bin Mohamad Sanusi selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir di atas mandat yang diberikan kepada beliau sekali lagi sebagai YDP bagi sesi 2022/2023.


8.2 Beliau berharap AJK yang baharu dilantik dapat memberikan komitmen pada setiap program yang akan dijalankan. 8.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 malam. Urus Setia PIBG 2022/2023 Tarikh: 4 Julai 2022


KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 TAHUN 2022 BIL Nama Kategori Kehadiran 1. Mohd Kamaruzaman Bin Ahmad Ibu bapa/ Penjaga 2. Normazlina Binti Noor Rahman Ibu bapa/ Penjaga 3. Nursurianti Binti Yusoh Ibu bapa/ Penjaga 4. Rosnani Binti Haron Ibu bapa/ Penjaga 5. Muhamad Hafiz Bin Mohamad Sanusi Ibu bapa/ Penjaga 6. Nuzaihanbazli Bin Md Talip Ibu bapa/ Penjaga 7. Naser Bin Fauzai Ibu bapa/ Penjaga 8. Siti Farraisyah Azman Ibu bapa/ Penjaga 9. Syarifah Hunaini Syed Ismail Ibu bapa/ Penjaga 10. Syarifah Hunaini Syed Ismail Ibu bapa/ Penjaga 11. Nurul Najeha Bt Muhammad Ibu bapa/ Penjaga 12. Roslina Binti Mohmmed Ibu bapa/ Penjaga 13. Sharil Bin Noli Ibu bapa/ Penjaga 14. Syarifah Hunaini Syed Ismail Ibu bapa/ Penjaga 15. Tun Mohd Nuzul Hazrin Ibu bapa/ Penjaga 16. Nur Dini Bt Amir Ibu bapa/ Penjaga 17. Jalaludin Bin Yahaya Ibu bapa/ Penjaga 18. Nurul Najeha Bt Muhammad Ibu bapa/ Penjaga 19. Noraliza Binti Namsi Ibu bapa/ Penjaga 20. Munirah Binti Ahmad Ibu bapa/ Penjaga 21. Saiful Bahri Bin Sohod Ibu bapa/ Penjaga 22. Nor Rashida Binti Abdul Manap Ibu bapa/ Penjaga 23. Siti Noormaisarah Binti Zaidi Guru 24. Hasmini Binti Che Dah Ibu bapa/ Penjaga 25. Sulaini Binti Rani Ibu bapa/ Penjaga 26. Saidatul Asmimy Abu Bakar Ibu bapa/ Penjaga 27. Suhaili Bt Sukiman Ibu bapa/ Penjaga 28. Yusnieza Bt Mohamed Noor Guru 29. Saleena Binti Abd Jabar Guru 30. Nor Nadirah Binti Md Rafi Ibu bapa/ Penjaga


31. Mohd Ewan Bin Mohd Yusuf Ibu bapa/ Penjaga 32. Norlina Binti Othman Ibu bapa/ Penjaga 33. Ili Munirah Mazlan Ibu bapa/ Penjaga 34. Noryati Binti Awang Ibu bapa/ Penjaga 35. Nabilah Zainal Guru 36. Muhammad Asraf Bin Mahmud Mahayudin Ibu bapa/ Penjaga 37. Salina Binti Che Rus Ibu bapa/ Penjaga 38. Zaid Bin Zahar, Zilal Binti Saari Ibu bapa/ Penjaga 39. Noor Zuleiana Binti Zulkipli Ibu bapa/ Penjaga 40. Ahmad Fuaad Ibu bapa/ Penjaga 41. Siti Nor Zakiah Binti Khairudin Ibu bapa/ Penjaga 42. Salnisah Binti Abd Salleh Ibu bapa/ Penjaga 43. Masthura Binti Abdul Hamid Ibu bapa/ Penjaga 44. Muhammad Azhar Bin Azlan Ibu bapa/ Penjaga 45. Mohd Kamarulain Bin Abd Rani Ibu bapa/ Penjaga 46. Siti Rokiah Bt Mustapha Guru 47. Siti Aishah Binti Ahmad Ibu bapa/ Penjaga 48. Johari Bin Masuan Ibu bapa/ Penjaga 49. Ili Munirah Mazlan Ibu bapa/ Penjaga 50. Noor Zuleiana Binti Zulkipli Ibu bapa/ Penjaga 51. Rohana Binti Buang Ibu bapa/ Penjaga 52. Norlina Bt Ngah Ibu bapa/ Penjaga 53. Humamuddin Bin Mohd Salleh Ibu bapa/ Penjaga 54. Elmi Susanty Guru 55. Mohammad Hairi Abdullah Ibu bapa/ Penjaga 56. Norlina Bt Ngah Ibu bapa/ Penjaga 57. Noorziela Binti Tugiman Ibu bapa/ Penjaga 58. Mohd Adrin, Irdawati Ibu bapa/ Penjaga 59. Razleen Abdul Rahman Ibu bapa/ Penjaga 60. Kam Rafidah Binti Abdul Mutalib Ibu bapa/ Penjaga 61. Johan Airisal Ibu bapa/ Penjaga 62. Anis Sarnazmi Nazri Ibu bapa/ Penjaga 63. Saliza Binti Omar Kamal Guru


64. Naser Bin Fauzai Ibu bapa/ Penjaga 65. Nor Nadia Binti Che Eie Ibu bapa/ Penjaga 66. Nur Dalida Ibrahim Ibu bapa/ Penjaga 67. Maslina Binti Ramli Ibu bapa/ Penjaga 68. Ezhar Bin Mokhtar Ibu bapa/ Penjaga 69. Norizan Binti Mohamad Zawawi Ibu bapa/ Penjaga 70. Mokhtar Bin Salim Ibu bapa/ Penjaga 71. Norizan Binti Mohamad Zawawi Guru 72. Nur Fazilla Abdullah Ibu bapa/ Penjaga 73. Munirah Binti Ahmad Ibu bapa/ Penjaga 74. Norzilawati Binti Othman Ibu bapa/ Penjaga 75. Nor Syahida Binti Arbain Ibu bapa/ Penjaga 76. Kam Haryatie Bt. Abdul Mutalib Ibu bapa/ Penjaga 77. Muhammad Irfan Ilham Ibu bapa/ Penjaga 78. Umi Suraiya Bt Alimin Ibu bapa/ Penjaga 79. Farrah Waheeda Ibu bapa/ Penjaga 80. Alimin Bin Hasan Guru 81. Yahya Izzqandar Ilham Ibu bapa/ Penjaga 82. Syed Hafiz Dzulkifli Bin Syed Taha Ibu bapa/ Penjaga 83. Syarifah Hunaini Syed Ismail Ibu bapa/ Penjaga 84. Nur Hazrina Bt Hassan Ibu bapa/ Penjaga 85. Norhayati Binti Ahmad Hamdani Ibu bapa/ Penjaga 86. Maria Muhayadin Ibu bapa/ Penjaga 87. Syarifah Hunaini Syed Ismail Ibu bapa/ Penjaga 88. Nur Hazrina Bt Hassan Ibu bapa/ Penjaga 89. Syarifah Hunaini Syed Ismail Ibu bapa/ Penjaga 90. Ahmad Syahir Halim Ibu bapa/ Penjaga 91. Nur Zafirah Ibu bapa/ Penjaga 92. Ruzanna Abdul Aziz Ibu bapa/ Penjaga 93. Nur Hazrina Bt Hassan Ibu bapa/ Penjaga 94. Muhd Tarmizi Bin Md Salim Ibu bapa/ Penjaga 95. Nor Shafarilla Binti Ahmad Tahir Ibu bapa/ Penjaga 96. Faridah Yaucob Ibu bapa/ Penjaga


97. Nik Mohd Faqrul Bin Nik Man Ibu bapa/ Penjaga 98. Siti Afidah Binti Rosly Ibu bapa/ Penjaga 99. Maznah Bt Zahari Ibu bapa/ Penjaga 100. Nur Zalifah Binti Mohd Faiz Ibu bapa/ Penjaga 101. Mohd Suhaimi Bin Rajab Ibu bapa/ Penjaga 102. Hanisah Bt Md Yatim Guru 103. Syaza Liyana Binti Ishak Ibu bapa/ Penjaga 104. Nordiana Ibu bapa/ Penjaga 105. Mohd Farid Bin Mohd Nasir Ibu bapa/ Penjaga 106. Nurul Nadhira Patricia Bt Robert Ibu bapa/ Penjaga 107. Nur Zalifah Binti Mohd Faiz Ibu bapa/ Penjaga 108. Mohd Khairul Nizam Bin Abdul Rani Ibu bapa/ Penjaga 109. Nordiana Ibu bapa/ Penjaga 110. Siti Hafizah Binti Mohd Razib Ibu bapa/ Penjaga 111. Hisham Bin Hassan Guru 112. Siti Noor Baizura Binti Mat Saad Guru 113. Marzita Bt Jusoh @ Mohd Guru 114. Noorhayati Bt Sulaiman Ibu bapa/ Penjaga 115. Norzairatul Anum Binti Abdul Rashid Guru 116. Mohd Zainizam Bin Junid Ibu bapa/ Penjaga 117. Nor Hidayah Binti Sairon Ibu bapa/ Penjaga 118. Mohd Zaikham Bin Husin Ibu bapa/ Penjaga 119. Atiq Arashny Binti Mohd Fakhrul Anuar Guru 120. Nor Aznida Binti Mat Noor Guru 121. Nurul Akma Binti Abd Wahab Guru 122. Siti Zulaihah Bt Mohamad Amin Guru 123. Mohamad Hazim Bin Hamid Guru 124. Norhashikin Bt Ramli Ibu bapa/ Penjaga 125. Fadzlul Afif Ibu bapa/ Penjaga 126. Norazilah Binti Jamaluddin Ibu bapa/ Penjaga 127. Nur Azimah Mohamed Hashim Guru 128. Suzanawati Binti Tambi Guru 129. Zailawati Binti Husin Guru


130. Siti Mahani Ibu bapa/ Penjaga 131. Eddy Izwan Bin Muhamad Guru 132. Nurfarhanah Binti Mohd Khair Guru 133. Mohd Faizal Bin Halipah Ibu bapa/ Penjaga 134. Muhammad Syafiq Yadiy Bin Hasnol Yadi Guru 135. Norraisahsuwaty Binti Norizan Guru 136. Khairazzad Bin Omar Ibu bapa/ Penjaga 137. Siti Rokiah Ibu bapa/ Penjaga 138. Azlina Fairos Binti Japar Guru 139. Nora Aida Binti Mat Salleh Ibu bapa/ Penjaga 140. Nora Aida Binti Mat Salleh Ibu bapa/ Penjaga 141. Ahmad Rais Akmaluddin Bin Rozelan Guru 142. Muzlina Binti Mohamad Guru 143. Nifatun Ibu bapa/ Penjaga 144. Sharul Iswar Guru 145. Norhaslinie Binti Ibrahim Ibu bapa/ Penjaga 146. Norhaslinie Binti Ibrahim Ibu bapa/ Penjaga 147. Muhamad Shafiee Bin Muhamad Guru 148. Muhammad Ashraaf Bin Muslim Guru 149. Wan Mohd Faizal Bin Wanang Ibu bapa/ Penjaga 150. Nurul Ain Binti Johal Ibu bapa/ Penjaga 151. Noratikah Bt Hussin Guru 152. Salizuana Binti Zulkefli Ibu bapa/ Penjaga 153. Abdul Hafiz Bin Abdul Satar Guru 154. Nor Hayati Bt Jaffar Guru 155. Nur Ain Farahin Hassan Guru 156. Nor Amira Binti Mohd Ali Guru 157. Thavamalar A/P Selvaraj Guru 158. Nurul Affa Binti Abu Mansor Guru 159. Danial Bin Zulkafli Guru 160. Jayanthy A/P Arumugom Guru 161. Chitara Devi A/P Logithasan Guru 162. Siti Nadhirah Ke Zaki Guru


163. Yusri Bin Abd Wahab Guru 164. Mohd Naslisham Bin Awang Nik Guru 165. Yusra Aina Yaacof Guru 166. Muhamad Fais Bin Yusuf Guru 167. Ghayathiri Guru 168. Siti Farraisyah Binti Azman Ibu bapa/ Penjaga 169. Mohd Kamaruzaman Bin Ahmad Ibu bapa/ Penjaga 170. Normazlina Binti Noor Rahman Ibu bapa/ Penjaga 171. Nursurianti Binti Yusoh Ibu bapa/ Penjaga 172. Rosnani Binti Haron Ibu bapa/ Penjaga 173. Muhamad Hafiz Bin Mohamad Sanusi Ibu bapa/ Penjaga 174. Nuzaihanbazli Bin Md Talip Ibu bapa/ Penjaga


Laporan kewangan pibg Penyata kewangan pibg sesi 2022/2023 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35


Usul & cadangan Ibu bapA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35


USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 35 Bil Nama Ibu Bapa/ Penjaga Usul & Cadangan Jawapan Catatan 1. Norhayati Abdul Aziz (Yusuff Hael bin Hamdan ) -4 Ibnu Rusyd a)Anak saya ada memberitahu bahawa tandas sekolah selalu rosak atau tersumbat. Kebersihan tandas saya rasa harus kita titik beratkan untuk dibaik pulih agar anak-anak selesa untuk ke tandas. 2. Nor Mayme binti Mohamed Nor ( Muhd Hafidh Amsyar bin Kamaruzaman ) -2 Ibnu Batutah a) Minta pihak sekolah agar menghadkan masa penghantaran anak² ke sekolah pada waktu pagi disebabkan ada segelintir ibubapa yg mengambil masa lama untuk menurunkan anak dr kenderaan yg mana ini menyebabkan byk kereta dibelakang beratur pjg sedangkan semua nak kejar masa ke tpt kerja. b) Minta pengawal menjaga lalulintas dihadapan sekolah diwaktu kemuncak bagi mengelakkan perkara yg tidak diingini berlaku. 3. Amir Shah Redhuan bin Azalan Muhammad Muizzuddin Hazim a) Cadangan 1: Pakaian Sukan berlenggan Panjang bagi Pelajar Perempuan. b) Cadangan 2: Kemudahan Lokar untuk semua pelajar


-6 Ibnu Batutah (Sistem bayaran bulanan RM 10 dan Deposit RM 20). c) Cadangan 3: Penukaran kipas di setiap bilik Darjah (Buat Tabung infak kat sekolah). 4. Iliya Binti Hadir (Muhammad Irfan Danish Bin Mohd Fahmi ) -5 Ibnu Sina Usul saya no.1 berkenaan makanan dikantin,selalu tidak cukup makanan untuk masa rehat tahap 2,bila waktu rehat tahap 1 keluar dulu lepas tu tahap 2 keluar rehat makanan mesti banyak habis hanya tinggal sisa makanan yang tidak habis dijual sahaja disediakan sehingga murid tahap 2 tiada pilihan makanan untuk dimakan. Usul saya no.2 berkenaan perhimpunan memang wajib ke perhimpunan disekolah setiap hari waktu pagi? sehingga anak2 murid yang datang awal tidak sempat untuk bersarapan disekolah sebelum mula waktu belajar. Cadangan saya no.1 kantin perlulah menyediakan makanan yang lebih untuk tahap 2, jangan hanya menyediakan makanan cukup2 hanya utk murid tahap 1. Cadangan saya no.2, Jika pihak sekolah mewajibkan perhimpunan setiap Hari waktu


pagi bolehkah pihak sekolah memberi anak2 sedikit waktu untuk mereka bersarapan pagi, ini membantu untuk anak2 fokus semasa mereka belajar..sebab ada anak2 yang tidak sempat bersarapan dirumah. 5. Intan Syazwani (Intan Eryna Sofea) -2 Ibnu Rusyd a)Laluan trafik yang teruk untuk mengambil pelajar pada waktu tengahari. Banyak kereta berhenti di kiri dan kanan jalan walaupun jalan sempit.Cadangan melantik guard untuk mengawal kenderaan yang menghalang laluan sempit. Atau gate waktu pulang ditukarkan ke gate belah kantin yang mempunyai ruang parking yang lebih luas 6. Mohd Aidil. Osman (Mohammad Haziq bin Mohd Aidil ) -3 Ibnu Rusyd a) Minta jasa baik pihak sekolah bagi melakukan baik pulih bekalan elektrik & air yang sering terganggu di sekolah. b) Memohon pihak sekolah untuk membenarkan penggunaan laluan keluar masuk ke kawasan sekolah di pagar (berhampiran padang) pada waktu pagi (laluan kenderaan), kerana isu jalan perumahan yang sempit menyukarkan kenderaan lain untuk bergerak (ketika hujan @ tidak hujan).


c). Mencadangkan kantin sekolah menjual kuih-muih tradisional & buah-buahan seperti karipap, donut dan buger malaysia (tidak pedas), pisang, tembikai, jambu, nenas & betik kerana makanan tersebut lebih berkhasiat berbanding ayam goreng, nugget dan sosej. d). Memohon agar pihak sekolah memantau penjualan makanan snek seperti jajan, keropok, gulagula dan coklat di dalam kawasan sekolah kerana tidak berkhasiat kepada murid. e) Mencadangkan meletakkan sabun di kantin sekolah dan tandas murid. f) Latihan kebakaran (firedrill) di sekolah bersama anggota bomba supaya murid-murid tahu cara untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran. Periksa pemadam api sama ada berada dalam keadaan baik atau tidak. g) Mencadangkan agar pihak sekolah membuat sudut bacaan di dalam kelas bagi memupuk sikap membaca dikalangan murid.


Perancangan aktiviti setiap Unit Bagi tahun 2023 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35


SK (2) TAMAN KERAMAT ANGGARAN PERBELANJAAN PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT KURIKULUM 2023 BIL AKTIVITI/PROGRAM SASARAN TARIKH KEWANGAN 1. HARI APRESIASI DAN ANUGERAH CEMERLANG DAN KONVOKESYEN TAHUN 6 SEMUA MURID CEMERLANG FEBRUARI 2024 HADIAH+SIJIL RM5000 2. HARI BICARA AKADEMIK / HARI BERTEMU WARIS SEMUA MURID DAN IBU BAPA JULAI & JANUARI 2024 BAHAN-BAHAN ALAT TULIS RM500 3. GRADUASI TAHUN 6 SEMUA MURID TAHUN 6 JANUARI 2024 SEWAAN JUBAH RM3500 4. PROGRAM KEAGAMAAN SEMUA MURID SEPANJANG TAHUN RM500 5. JAMUAN AKHIR TAHUN 6 SEMUA MURID TAHUN 6 FEBRUARI 2024 MURID + PIBG JUMLAH RM9500 Disediakan oleh: …………………………………. HAZLINA BINTI ARIPIN PK PENTADBIRAN SK (2) TAMAN KERAMAT


SK (2) TAMAN KERAMAT ANGGARAN PERBELANJAAN PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI HAL EHWAL MURID (HEM) 2023 BIL AKTIVITI ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH (RM) 1 Guru Penyayang RM 2.50 x 340 murid 850.00 2 Sambutan Hari Lahir RM 70.00 x 4 kali 280.00 3 Hari Kanak-kanak RM 10.00 x 50 murid 500.00 4 Watikah Perlantikan RM 5.00 x 150 murid 750.00 5 Kem Pemimpin Muda RM 10.00 x 150 murid 1500.00 6 Prasarana Sekolah dan 3K (Naiktaraf) RM 2000.00 2000.00 7 PPDa (Laluan/ Sudut) RM 300.00 300.00 8 Keceriaan Kelas RM 35.00 x 6 piala 210.00 9 Sumbangan Raya 2024 RM 2.00 x 660 murid 1320.00 10 Hari Anugerah Cemerlang (HEM) RM 290 290.00 11 Sumbangan Asnaf dan Miskin RM 20.00 x 40 murid 800.00 JUMLAH (RM) 8800.00 Disediakan oleh: …………………………… MOHAMAD ZAWAWI BIN SEMAN PK HEM SK (2) TAMAN KERAMAT


SK (2) TAMAN KERAMAT ANGGARAN PERBELANJAAN AKTIVITI-AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2023 BIL AKTIVITI TARIKH SASARAN KOS SUMBER 1 MERENTAS DESA 19 MEI MURID TAHAP 2 RM 800.00 PIBG & SEKOLAH 2 KEM KEPIMPINAN DAN PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM OKTOBER MURID TAHAP 2 RM130.00 PIBG,SEKOLAH IBU BAPA 3 KEJOHANAN SUKAN MSSD DITETAPKAN OLEH PPD MURID TAHAP 2 RM3000 SEKOLAH PIBG 4 KEJOHANAN SUKANEKA & SUKAN TAHUNAN JULAI SEMUA MURID RM5000 SEKOLAH,PIBG IBU BAPA 5 PERTANDINGAN KOAKADEMIK DITETAPKAN OLEH PPD MURID TERPILIH RM1500 SEKOLAH 6 BULAN KECERGASAN SEPTEMBER SEMUA MURID RM500 SEKOLAH 7 HARI KOKURIKULUM NOVEMBER MURID TAHUN 3- 6 RM1500 SEKOLAH PIBG 8 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM NOVEMBER MURID TAHUN 3- 6 RM1500 SEKOLAH PIBG 9 KARNIVAL 1MURID 1 SUKAN OKTOBER SEMUA MURID RM2000 SEKOLAH PIBG Disediakan oleh: ----------------------------------- AZILA BINTI MARYANI PK KOKURIKULUM SK (2) TAMAN KERAMAT


SK (2) TAMAN KERAMAT ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) TAHUN 2023 BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN JUMLAH (RM) 1 PROJEK GALLERY WALK PPKI Sepanjang tahun 500.00 2 KEBUN KOMUNITI BERSAMA MPAJ Sepanjang tahun 500.00 3 PEMASANGAN GRILL BAGI KELAS TAHUN 1 DAN 2 PPKI 1000.00 4 KUTIPAN DUIT BAHAN MASAKAN MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP ASAS TAHAP 2 RM 50 x 15 murid 700.00 JUMLAH 2700.00 Disediakan oleh: ----------------------------------- NABILAH BT ZAINAL PK PENDIDIKAN KHAS SK (2) TAMAN KERAMAT


LAMPIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35


AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 SK (2) TAMAN KERAMAT JAWATAN NAMA PENASIHAT YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA BENDAHARI AJK IBU BAPA AJK GURU JURUAUDIT DALAM


AUTOGRAF


Click to View FlipBook Version